Sunday, 13 November 2016

CUBAAN MEMBUNUH MUHYIDDIN DAN HUSNI DENGAN CHARACTER ASSISSINATION





PEOPLE WHO LIVE IN GLASS HOUSES SHOULDN'T THROW STONE
Dua orang bekas menteri yang dianggap paling mengancam kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib ialah Mantan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disingkir  dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Husni Hanadzlah yang meletak jawatan tetapi menjadi duri dalam daging.

Mereka kedua menyimpan rahsia-rahsia besar yang boleh menambah kecemaran pada Najib dari masa kemasa.

Maka itu dengan apa cara sekalipun kredebiliti dan potensi mereka  mesti di musnahkan menerusi undang-undang  atau penghinaan secara character assassisnation (pembunuhan peribadi). Paling berkesan ialah pendedahan scandal sex yang telah pun cuba dilakukan terhadap kedua mereka.

Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew telah melakukan ini terhadap bukan sahaja pembangkang tetapi juga ahli partinya dan menteri-menterinya untuk memberikan sebuah kerajaan yang bersih kepada rakyat sebelum pun keburukan mereka terdedah.

Kerana malu seorang menteri telah membunuh diri kerana rasuah sebelum hukuman dijatuhkan oleh mahkamah, seorang menteri telah dipindahkan menjadi duta dan seorang lagi yang berkahwin  dua tanpa memberitahunya dilucutkan jawatan menteri dan dihantar menjadi duta di Indonesia.

Seorang wartawan Utusan Melayu yang berasal dari Singapura  yang dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Singapura selepas kemenangan PAP  dalam  pilihanraya Singapore 1963, telah dipecat apabila diketahui  pergi ke rumah urut bersama kawan-kawannya di Utusan semasa kunjungan singkatnya ke Kuala Lumpur.

Othman Wok Menteri Sosial  Singapura yang sebelumnya adalah Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu yang menyembunyikan perkahwinan keduanya telah dipanggil mengadap Lee Kuan Yew.

Dalam bukunya "Never in My Wildest Dream", Othman menceritakan secara terbuka bila perkahwinannya  diketahui, Menteri kanan PAP  Rajaratnam memintanya supaya menemui Lee Kuan Yew.

Othman menyatakan pada Lee Kuan Yew " I understand you have been informed"
" How Old is she" tanya Lee Kuan Yew.
" She 's 29 years old,"jawab Othman

Othman kemudiannya bertanya  "If I should still go to Indonesia."

Lee Kuan Yew memberitahu Othman" Go a head,but if you can't solve your problems,pack up (muka 217- 218). LKY sebenarnya terhutang budi besar kepada Othman yang membawa  sokongan Melayu kepadanya tetapi beliau lebih mementingkan sebuah kerajaan yang bermaruah, bersih dan jujur dan beliau sendiri adalah bersih dari sebarang scandal.

Tidak ada cerita tentangnya bersekedudukan atau berkhalwat dan diselamatkan.

Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman tidak menyembunyikan kenakalannya malah beliau telah menceritakan kepada kami wartawan-wartawan Utusan segalanya pada malam pelancaran bukunya" Looking Back" di kediamannya di Bukit Tunku.

Seperti Tunku, Tun Dr. Ismail  Menteri Dalam Negeri juga terus terang mendedahkan  dalam bukunya The Reluctant Politician tentang  beliau pernah mempunyai hubungan sex dengan tiga gadis  termasuk seorang gadis Jerman semasa menuntut di Melbourne Universiti Australia dan katanya  "It was because of these happy episode in my youth when love was fullfilled for it own sake that my marriage owes its success( muka 31-32).

Di Malaysia sejak merdeka, kabinet dan juga anggota Parlimen tidak pernah sunyi dari scandal sex samaada yang terdedah atau tersembunyi. Pemimpin-pemimpin menerimanya sebagai suatu keharusan malah cuba menyembunyikannya kerana menyedari kelemahan diri masing-masing.

Jika tindakan berlaku maka ia  lebih didorongkan oleh sebab-sebab  politik atau kerana tidak lagi dapat disembunyikan umpamanya kes rogol.

Maka itu adalah lebih baik bagi pemerintahan Datuk Seri Najib sendiri tidak menggunakan character assissinantion untuk membunuh lawan politik dan senantiasa mengingatkan pepatah Inggeris.." People who live in glass houses shouldn't  throw stones" -Mereka yang tinggal dalam rumah kaca,jangan membaling  batu.


 

29 comments:

  1. Zam, secara jujurnya apakah kes Anwar Ibrahim itu hanya politik kotor atau cerita betul?
    Harap Zam jawab dgn sejujurnya.
    Drpd hamba yang konpius.

    ReplyDelete
  2. Zam, kalau umur kita panjang, sempatlah kita menyaksikan pembongkaran skandal terbesar di dunia.

    Kalau ada rezeki, tidak lama, 2018.

    Bukan niat membuka aib tetapi untuk menjadi tauladan dan sempadan pada anak bangsa. Kita selalu membaca sejarah kejatuhan Kesultanan Melaka dan akan datang tidak kruang hebatnya.

    Jadi janganlah bimbang, setiap kali jatuh, kita lihat Melayu dan Islam terus bangkit.

    ReplyDelete
  3. Sejujurnya saya percaya kes Anwar Ibrahim adalah benar kerana saya rapat dengan kawan-kawannya yang liar dan tamak.
    Malangnya Mahathir sendiri tidak percaya sekalipun diberitahu oleh polis sehingga beliau diyakinkan oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan dari segi kepentingan ekonomi.
    Jika beliau bertindak lebih awal maka akan menampakan kejujurannya.Tetapi beliau mahu melantik Anwar sebagai penggantinya dan tidak yakin pada laporan polis.
    Dalam pada itu Mahathir juga mempunyai beberapa kes menterinya yang skandal tetapi tidak diambil tindakan.Kes Anwar adalah terlalu kotor dan bahaya pada negara.Skandal dengan perempuan tidak bagitu diambil berat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zam.
      Naluri saya pun rasa spt apa yg Zam luahkan.

      Delete
    2. Tan Sri.

      1. Aku tidak pernah berganjak dari dulu lagi hingga la ke saat ini bahawa Anwar memang ada berkelakuan seperti ini sebab Tun yang kata begitu, bukan nya mahkamah.

      2. Walaupun Tan Sri kata dia tidak pernah melakukannya, aku tidak akan percaya juga selagi Tun belum menafikannya.

      3. Kalau Tun berbohong, I will feed him to the pig.

      4. Tetapi, bila Tun bersalaman dengan Anwar, aku sanggup maafkan Anwar...sebab aku rasa kesalahan peribadinya ini tidak la seberat kes rasuah dan pecah amanah Najib dan UMNO.

      5. Ini bukan bermakna aku menerima pemimpin yang homosexual atau liar sex...tetapi, kesan perbuatan Najib yang disokong olih UMNO itu akan di rasai dari sekarang hingga 30-50 tahun akan datang. Anak cucu kita kena bayar duit yang dia curi untuk berfoya-foya dan hidup senang...ini la contoh anak haramzadah!!!!!

      Delete
  4. Muhyiddin pun manusia biasa. Dia ada nafsu. Jadi bukanlah suatu yg mustahil jika dia ada skandal sekalipun, apatah lagi dia ada kedudukan dan harta. Kita semua pun ada buat dosa juga di kala muda dan tua. Tinggal lagi dosa2 maksiat tu Allah sembunyikan utk jaga maruah kita. Kalau aib Muhyiddin dah terbuka, apa oleh buat. Terima sajalah dan istighfar banyak2 la wahai Muhyiddin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalnya kenaapa hanya tentang Muhyiddin sahaja didedahkan kenaapa tidak tentang menteri menteri lain.Allah sembunyikan tentang Najib?tetapi manusia buka skandal tentang Muhyiddin kerana politik.

      Delete
    2. Golongan ulamak dan agamawan tolong selamatkan Najib.Kenapa?Hanya kerana Najib dan gengnya berjubah di konsert malam cinta rasul?Bodohnya!Kenapa kita masih nak pertahankan Najib yang merompak,dan ada banyak bukti jenayah yang dilakukannya?Kenapa nak keluarkan aib orang yang umum tidak pernah tahu pun?Melayu semakin sesat.

      Delete
  5. Kalau ada scandal tapi tak berlagak warak orang tak kisah sangat.

    ReplyDelete
  6. Itu sebab orang sangat marah dengan Anwar Ibrahim tapi Muhyiddin tidak berlagak seperti ulama dan menjalankan kempen untuk menegakan negara Islam atau mengetuai ABIM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!Beliau dilonjak sebagai pemimpin Islam.

      Delete
  7. Yidin pun pi sana sini jadi imam juga. Kalau benar dia ada skandal, dia dikira pelakon terbaik la. Sama mcm Nuar.

    ReplyDelete
  8. Ini bukan soal skandal sex atau tidak. Ini soal 2.6 Billion gi mana? Derma Pak Arab ke? Rakyat dah cerdik woi ! Depa dah pandai pikiaq bukan boleh main sogok cerita bodoh kononnya derma. Podah!!

    ReplyDelete
  9. Haha hihi..si Jamal jamban kena tumbuk sampai berdarah hidung. Kalu aku ada tempat kejadian aku tambah sebiji lagi bagi patah hidungnya. Alahai Jamal lembik juga kau rupanya. Samseng low kelas..kah kah kah

    ReplyDelete
  10. "YB Zuraida pukul saya"
    "YB Zuraida pukul saya"
    Kah kah kah
    Samseng bodoh lembu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dermawijaya Petaling Jaya.14 November 2016 at 07:49

      Sesiapapun jangan percaya. Sebenarnya dia bubuh darah pada mukannya sendiri.Mulanya tuduh polis pukul,kemudian tuduh perempuan.Dia ingat semua orang percaya macam pengikutnya. Inilah samseng ulaq ayak yang menjatuhkan maruah UMNO dan berpotensi untuk menimbulkan pergaduhan sesama Melayu.Pemimpin pemimpin Umno menolak dia lakukan atas arahan UMNO. Inilah hipokrasi paling jelas.
      Kita bersimpati dengan polis yang terpaksa bersabar dengan kelakuan buruknya kerana mengetahui bahawa dia adalah kepala tentera upahan. Dia adalah Datuk Panglima Garang Temberang.

      Delete
  11. dato zam,

    Klau kita membuka aib org hanya utk memalukan beliau,pasti Allah swt bukakan aib kita sebesar besar nya sebelum mati..
    Wpon dsai dikatakan buat perkara terkutuk,bukan hak kita mengaibkan dia.begitu juga tsmy

    ReplyDelete
  12. TSZ,
    Untuk masyarakat US baru baru ini, Trump tetap jadi pilihan pengundi (kulit putih) dengan mengenepikan pelbagai cerita skandal Trump.

    Bagaimana bila masyarakat Melayu Muslim bersikap lebih keterbukaan apabila menilai pemimpin mereka di masa hadapan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dahpun jadi lebih demokratik dari America. Boleh terima homoesexual sebagai pemimpin Islam

      Delete
  13. saya berkawan baik dgn arwah ts megat. beliau tlh menceritakan 'conquest'nya.

    tun m orang yg amat segak semasa muda nya. amat nenarik jika beliau juga berkongsi dgn kita tahap 'kenakalan' nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf jika saya silap. Saya kenal Mahathir lebih dahulu dari Megat Junid tetapi saya tidak pernah dengar atau lihat sendiri kenakalannya masa sebelum dia kahwin kerana dia sebok sebagai orang perjuangan sejak hari mudanya.
      Cuma saya dengar ada sedikit kekakalannya kemudian sebelum jadi menteri,tetapi itu bukan peribadi asalnya,dia bukan playboy.
      Tak tahulah kalau dia lebih terus terang dengan Megat.
      Cuma yang saya dengar cerita Mahathir marah-marah Megat kahwin dua didepan Dr.Asmah tetapi bila Asmah dah pergi,dia tanya Megat " Kahwin dua sedap dak"

      Bila saya minta izinnya nak kahwin lagi bila isteri saya kena stroke lama dahulu, dia kata pada saya " Tak usah duk mengarut"

      Delete
    2. Masalah negara kita sekarang ialah PM seorang penyamun.Kenapa kita nak ungkit dan soal masa muda dulu Tun Mahathir kaki betina ke tidak?Soalnya sekarang ini Najib sedang melingkupkan Malaysia.Inilah jadinya bila orang melayu semakin kuat menghadiri ceramah agama ciptaan tok guru.

      Delete
  14. Bill Clinton pun banyak scandal sepanjang career politiknya. Skandal beliau yang terbesar meletus di white house menjelang pilihan raya presiden untuk penggal ke 2 pemerintahan beliau. Beliau dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan 'intern' yang baru memulakan kerja di rumah putih. Tetapi rakyat Amerika masih memilih beliau untuk menerajui Amerika apabila beliau menang untuk penggal ke 2 pilihan raya presiden.
    Segala kempen-kempen kotor yang mendedahkan kehidupan peribadi Bill Clinton tidak mempengaruhi rakyat Amerika. Rata-rata rakyat Amerika terhutang budi dengan Bill. Pada pemerintahan beliaulah ekonomi Amerika Syarikat berkembang pesat dalam sejak zaman The Great Depression dan mencatatkan kadar pengangguran terendah dalam tempoh 3 dekad.
    By the time Bill Clinton left office, beliau meninggalkan sebuah negara yang makmur ekonominya dan mempunyai surplus yang melimpah ruah. Segala-galantq musnah apabila Bush mengambil alih dan memusnahkan segala-galanya.

    ReplyDelete
  15. Heh heh politik umno, satu dunia dah tau perangai.

    ReplyDelete
  16. Tan sri,it is proven that sex sells..even in your blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not only sex sells....others like religion, race, language, education system, super natural and bomohism sell too. Know why? because most umno and pas people are not fluent in english, and bad in mathematics. Dont even know that the world is laughing at us after the DOJ started commencing action.

      Cant even read the math on 2017 budget, the math of multi billion dollar investment from china, especially the railway project cost..and 1mdb will be too complicated for them. Ever heard of Nik Abduh and co talk about 1mdb and the economy, ringgit, Trump, brexit? How many umno MPs and ADUns and MBs understand the 1mdb related trials in spore?

      Balik2 hantam cina, hantam DAP, yahudi. Mentaliti kampong habis.

      Delete
  17. Semua cerita pasal Tun Mahathir dan Tas Sri Muhiyuddin ada skandal sex,
    Kenapa keluar sekarang, kan terang2 character assasibation.

    HABIS MO1 PUNYA SEX SKANDAL KAT PD DENGAN SELEBRITI. KENAPA TAK DEDAH.INGAT DIA TU ALIM SANGAT KE.

    DIA TU IBARAT ANJING TAHI PYN KALAU BOLEH DIA NAK MAKAN. TAK MAKAN CIUM TETAP CIUM.

    DASAR MUNAFIK HARAM JADAH PUNYA PEMIMPIN.

    DI US RAKYAT AMERIKA LANTIK SEORANG BILIONAIRE JADI PEMIMPIN.

    DI MALAYSIA PULA RAKYAT MALAYSIA JADIKAN PEMIMPIN SEORANG BILIONAIRE.

    BODOH PIANG PUNYA PENYOKONG BN.

    ReplyDelete
  18. " People who live in glass houses shouldn'throw stones "

    Cukup bernas sekali kata2 tersebut ...
    Gambaran yang menarik...
    Tun M dan gang dah berusoho berkali2 baling batu kek DSN semaso dlm UMNO .
    Kutuk DSN dan Rosmah secaro peribadi dalam nogori dan luar nogori ...
    Keluar Umno pun baling sebosar2 batu dan sinki kek DSN ...
    Dongan kehondak maha berkuaso .. glass tak pocah ...

    Bilo giliran ooghang DSN pulak baling batu kek glass Tun M ... sumo mengelabah dan mengelupur hinggo tak terkato ...
    Tun M dulu khobar Nuar peliwat takleh jadi pemimpin sobab takdo moral . Hinggo Tun M ngato kalu Nuar peliwat ni tak berubat dongan doktor dio takkan pulih dari tabiat pelik tu ...

    Tapi sekarang Tun M dah buek lain cerito lak ... Tun M mahu Nuar peliwat dibebaskan lak ... makno ehh Tun M ni menyokong lah perlakuan pelik Nuar peliwat ni ...

    Sobab sokongan Tun M , penyakit pelik2 ni dah infect majoriti gang ANC .
    Kes Nika Din , Husni yati , Shafiee Rafik .. yang terbaru lah .
    Yang lamo tu , Normah sabu , Azmin toilet dah ghamai lai ...

    So camno nak lari ... satu jejari tunjuk oghang tapi ado jari tunjuk diri sendiri ...

    The gist is kalau nak jadi pemimpin dio mesti withstand micro scrutiny dari oghang ghamai ... itu jo ...

    Agamo kito pun ngato kalau nak pilih pemimpin mesti yang berakhlak mulio ..
    Untuk caghi yang akhlak mulio .. mestilah tau yang mano takdo akhlak ..
    Buek tapisan lah ...
    Kito nak jago keluargo , bangso dan negaro ...
    Takkan nak biarkan anak , bini kono liwat lak ...
    Kek negaro omputih .. oghang camni diikat elektronik tracking supayo kona pasti kedudukan dio ...

    Jangan poningkan kepalo lah ...

    Say NO to oghang berkepalo sex ni ...

    Habih cerito ...

    Waghih.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes ziana tak sebut?

      Delete