Monday, 21 November 2016

25 PROMINENT MALAYS SUDAH MATI

KELANGSUNGAN EKONOMI DAN KESELAMATAN NASIONAL
Ucapan Zainudin Maidin Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan PERKASA kali ke-7 -20 November 2016( Bhg 1)


Image result for pic of 25 prominent malays


Kehadiran saya disini hari ini adalah untuk memberikan penghormatan kepada Datok Ibrahim Ali sebagai Presiden PERKASA kerana walaupun  dalam keadaan yang tidak mempunyai kedudukan berkuasa, telah dapat  mengumpul kekuatan beratus ribu orang dibelakangnya  malah walaupun sebagai NGO, Perkasa telah mencatit sejarah dalam memainkan peranan penting menggagalkan rancangan kerajaan mahu menghapuskan Akta Hasutan.

Bagaimanapun pengekalan akta ini tidak mencegah provokasi terhadap asas –asas perlembagaan sebaliknya  25 orang yang mendakwa  sebagai Prominent Malays dengan  didalangi oleh akhbar The Star atas  restu pihak atasan memperjuangkan liberalisme  yang tidak secucuk dengan syriah dan menimbulkan kemarahan di kalangan orang Melayu .
            
Beberapa orang Melayu  pula diupah untuk menghina orang Melayu  kerana tak boleh pegang anjing sedangkan ini telah diterima sebagai norma dalam masyarakat Malaysia  sekian lama .

Mungkin ini  hendak menggambarkan kebebasan dan demokrasi baru selepas ISA dihapuskan tetapi tidak lama kemudian ISA digantikan dengan Akta Majlis Keselamatan Negara. Dua puluh lima orang Prominent Malays  tidak prominent lagi, Majlis Perundingan Perpaduan Kebangsaan tidak lagi berfungsi kerana anggota yang dilantik tidak terkawal dan tidak menghayati dasar nasional dan Datuk Saifuddin Abdullah CEO Global Movement of Moderates sekarang berada dalam barisan pembangkang dan digantikan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasarddin Mat Isa.

Kita melihat  tindakan-tindakan ke depan ke belakang,  flip flop dan mockery  yang tersembunyi dan yang nyata.

Maka itu apakah salah jika saya berdiri disini hari ini dihadapan tuan- tuan  sebagai seorang rakyat  yang dalam keraguan , hilang keyakinan dan tidak pasti  terhadap masa depan seperti berjuta rakyat lainnya terutama orang Melayu.

Untuk memulihkan keyakinan diri marilah kita melihat kembali sejarah kegemilangan kita di masa lalu. Melihat kebelakang adalah penting seperti  kita  memandu kereta   dengan sesekali melihat  Side Miror   kerana bahaya  tidak hanya  datang dari hadapan tetapi juga dari belakang, kiri dan kanan  supaya kita selamat.

Saya tidak bertujuan untuk menyingkap semula permulaan sejarah perjuangan secara perlembagaan  sejak  Malayan Union yang sudah sering diperkatakan tetapi mahu menunjukan keupayaan,kebijaksanaan  dan keberanian kepimpinan Melayu khusus UMNO  melawan arus  sentiment  agama dan bangsanya,menentang obscurantism dan conservatism  yang menjadi penghalang kepada pemodenan dan kemajuan.

Kebijaksanaan mereka dapat melihat antara kehendak emosi dan sentiment dan  keperluan kepada nilai-nilai utama yang boleh memberikan asas kepada kekuatan masa depan bangsa telah menyelamatkan negara dari menjadi lebih buruk  dari zaman penjajahan.

Di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia yang pertama tekanan  yang datang dalam sifat nasionalism kiri , faham keugaman yang sempit dan ideology antarabangsa ditentang   dengan secara demokrasi, deplomasi dan juga tindakan keselamatan termasuk menggunakan ISA.

Kejayaan kita mencapai pembangunan yang pesat dan menjadi sebuah negara makmur dan moden adalah kerana kejayaan pemimpin-pemimpin negara melawan dan mematahkan  tekanan sentiment bangsa  dan agama dari masa ke semasa dalam bidang sosial,agama,ekonomi dan politik.

Cabaran yang paling hebat yang pertama  ialah kepercayaan bahawa keselamatan bangsa Melayu  di Malaya dalam menghadapi ancaman orang Cina ialah  bersatu dengan Indonesia dalam gagasan Melayu Raya yang diperjuangkan oleh suara Melayu dan suara rakyat yang paling berpengaruh  iaitu akhbar Utusan Melayu.

Utusan Melayu ketika itu  dikuasai oleh nasionalis-nasionalis kiri,sosialis dan juga komunis sehingga selepas merdeka yang akhirnya memaksa Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman  mengambil tindakan drastik mengambil alih Utusan Melayu dalam tahun 1961 dengan memasukkan Datuk Ibrahim Fikri seorang kuat UMNO dari Terengganu yang kemudiannya menjadi Menteri Besar Terengganu.

Tindakan ini menghadapi tentangan yang hebat dari seluruh pekerja Utusan Melayu yang melancarkan mogok yang berlangsung selama tiga bulan  tetapi akhirnya dapat dipecahkan dengan kerjasama beberapa orang pemimpin UMNO,  segelintir perkerja, seorang Kader PAP dalam Utusan Melayu, Othman Wok  yang ketika itu menjadi Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu  yang membawa perkerja-pekerja Utusan dari Singapura.

Ramai orang tidak tahu bahawa Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura adalah peguam Utusan yang pertama dan  Presiden Singapura yang pertama  Yusuf Ishak yang menjadi  gambar mata wang Singapura adalah salah seorang pengasas Utusan Melayu pada 1938 dan merupakan pengarah  dan Pengarang Utusan Melayu antara 1938 hingga 1959.

Untuk mengenang jasanya Kerajaan Singapura telah membina Masjid Yusuf Ishak di Woodland , mengadakan kursi Profesor Yusuf Ishak  dalam Sains Social di Universiti Singapura dan Institut Pengajian Asia Tenggara  (ISEAS)  dinamakan semula sebagai The Yusuf Ishak Institute  bagi mengingati generasi baru terhadap  nilai dan perjuangan tokoh ini. 

Yusuf  sendiri tidak dapat mengawal ansir-anasir Indonesia   dalam Utusan Melayu dan terpaksa berundur dan diambil oleh LKY untuk menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura dan seterusnya menjadikannya Yang di Pertuan Negara dan Presiden Singapura yang pertama selepas merdeka.

Matinya akhbar jawi  Utusan Melayu dan kepupusan tulisan jawi di negara ini adalah akibat   sentimen kepada  Indonesia yang mahu mewujudkan hanya satu tulisan sahaja bagi Bahasa Melayu iaitu tulisan rumi yang perjuangannya dalam tahun 50an dijuarai oleh Angkatan Sasterwan  50 atau ASAS  50 dan disokong oleh beberapa persatuan guru Melayu. BERSAMBUNG..
   

No comments:

Post a Comment