Sunday, 2 October 2016

WALAU DIBENCI TETAPI NAJIB AKAN KEMBALI JADI PERDANA MENTERI


  1. TERKINI:Anwar setuju Pakatan Harapan runding dengan  Bersatu dan Pas (Lihat dibawah)

  2. TUN MAHATHIR WAS MISFIT AND STILL IS


  1. Tun was a misfit...and still is. A nonconformist, his thinking was too far ahead of his contemporaries. Gone are the days when terms like FDI and technology transfers dominated the business agenda. The days when he scolded the malays, and yet being able to get them to vote for him! Going back even further, he got himself sacked from umno by tunku, only to be invited back to the party by razak, without the funfare of being apologetic to anyone. Yup, only crazy people can achieve that.

    Now we have all sorts of nonsensical transformation programs which nobody cares, glossy statistics thats dont make sense. And yet, we are expected to be grateful to our leaders. For what, i will never know.
    Delete

  1. Persidangan Teh Tarik bekas-bekas VIP Utusan Melayu pagi ini paling  bersejarah kerana dihadiri oleh bekas-bekas Pengarang Utusan Melayu yang tersohor dan membincangkan topik semasa yang  paling hangat: Adakah  Datuk Seri Najib akan dapat bertahan sebagai Perdana Menteri?
  2. Hadir ialah  Zin Mahmud bekas Pengarang Mingguan Malaysia,  Raja Ahmad Niza bekas Pembantu Pengarang Mingguan Malaysia, Rozaid Abdul Rahman bekas Pengarang Berita Utusan Malaysia, Latif Nordin bekas Pengarang Berita Luar Negara, Hamid Yahya penyunting Utusan Malaysia, dan dua orang bekas Ketua Pengarang Johan Jaafar dan Zainuddin Maidin.

  3. Turu Hadir Ali Jaafar Pengarah Utusan Transport dan juga Rosle Azmi Bekas Penolong Pengurus Jabatan Pengarang. Ali  melaporkan masalah tidak dapat mengedarkan Utusan Melayu.

  4. Pada keseluruhannya perbincangan bersetuju anak-anak muda Melayu termasuk anak-anak  peserta perbincangan  sudah tidak lagi menyokong UMNO atau BN. Penyokong-penyokong UMNO dan juga veteran UMNO juga sudah tidak yakin pada Najib tetapi BN akan kekal berkuasa selepas Pilihanraya ke-14 oleh kerana parti-parti pembangkang tidak mungkin  dapat BERSATU dan tidak mempunyai satu logo.

  5. Generasi muda walaupun pro Mahathir dan  anti Najib, anti UMNO atau BN tetapi tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi dan masih belum menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) kerana kelemahan jentera BERSATU.

  6. BN akan bekerjasama dengan PAS tanpa bergabung untuk pastikan setiap calon dari Pas dan BN menang dan BN akan mengambil langkah-langkah menyekat dari berlakunya satu lawan satu dalam Pilihanraya Umum ke-14.

  7. Polis Di Raja Malaysia dan Peguam Negara akan terus komited  kepada Perdana Menteri Datuk Seri  Najib seperti juga Komitmen yang dilakukan oleh Ketua-Ketua Polis  Negara dan juga Peguam Negara  terdahulu malah di masa pemerintahan Tunku Abdul Rahman  dan Tun Abdul Razak, Peguam Negara berada dalam kabinet. Kuasa adalah kuasa. Apa guna berkuasa  jika tidak dapat menguasai jentera keselamatan negara yang terpenting.

  8. Kemungkinan besar Calon -Calon UMNO akan menghadapi kekalahan dan "Money is the The King" tidak akan berkesan jika  berlaku kekecohan dan perpecahan dalam Bahagian- Bahagian UMNO kerana perebutan menjadi calun dalam pilihanraya kelak.

  9. Masalah pengedaran Utusan Melayu yang semakin merosot juga dibincangkan tetapi semua percaya bahawa Najib akan memastikan Utusan terus  berada di pasaran   demi soal moral tetapi siapakah yang  akan dipengaruhinya  jika tidak lagi dibaca umum malah oleh orang UMNO sendiri?

  10. Keterangan gambar: Dari kiri Ali Jaafar, Zainuddin Maidin,Zin Mahmud, Johan Jaafar, Raja Ahmad Niza,Latif Nordin, Rozaid Abdul Rahman dan Hamid Yahya.



ANWAR IBRAHIM SETUJU PAKATAN HARAPAN BERUNDING DENGAN BERSATU DAN PAS(Dari Malaysiakini 5 Oktober 2016)
  1. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau setuju supaya rundingan dilakukan antara Pakatan Harapan (HARAPAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS bagi mengukuhkan pembangkang di negara ini.
    Malah, beliau turut berkata, perbincangan bersama Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini juga menjurus kepada peningkatan usaha kerjasama antara BERSATU dan HARAPAN.
    "Ya, ya kita setuju ada rundingan dengan PAS.
    "Saya alu-alukan kehadiran dia (Muhyiddin) dan kita akan tingkatkan kerjasama dan kita minta PKR dan Pakatan Harapan berbincang dengan dia untuk adakan kerjasama.
    "Kita bincang usaha tingkatkan kerjasama bersama Pakatan Harapan dan BERSATU dan supaya dapat berunding dengan semua parti-parti pembangkang," katanya.
    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perbicaraan kes fitnahnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
    Selain itu, ketika ditanya sama ada PAS akan dimasukkan dalam 'pakatan pembangkang baru' berkenaan, Anwar berkata rundingan perlu dilakukan terlebih dahulu.

    18 minutes a2 hours a8 minutes ago

105 comments:

  1. Smart people will move on and say ada aku kisah. Idiots will be left behind generation after generation. Anyway, ada aku kisah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dato Zam.... nak kata apa lagi dah... kalau itu sahaja yang dipesan waktu supply dedak diterima .... kami pun tak nak kata apa2 dah... dikala penghujung usia, maka hadap lah dedak semahu2nya.

      Delete
    2. Kepada Smart people diluar sana jangan ulang sejarah melaka di jajah ,tun m jangan meneruskan legasi tun mutahir ITU' keturunan pun sama pengamal nepostism APA bila tun mutahir jadi PM, Anak dia jadi bendahari , sebab itu sultan melaka hukum tun mutahir ITU Dan para pengikut tentera upah jawa seperti mahnyuddin lari kan diri itu

      Tun mutahir Pengamal nepostism serupa dengan tun m keturunan pun sama
      Mahnyuddin ikut jadi tentera upahan jawa di era kerajaan melaka larikan diri apabila melaka diserang protugus malah sangup bersekongkol dengan musuh dulu dia benci
      Ini

      APA aku cerita sejarah melaka
      jadi tun m ulang apa tun mutahir buat mengamalkan nepostism Sama seperti keturunan nya bawa masuk portugis

      Mahyuddin jadi tentera upahan jawa kerajaan melaka dan menjadi pengikut tun mutahir ,lari dirj tentera upah jawa melaka.

      Pengajar pada tun m
      agong dah hukum tun m ITU Dan tak layan perangai tun m seperti tun mutahir itu yg di hukum mati disebab mengamalkan nepostism ITU

      Delete
  2. PRN SERAWAK, PRK SG.BESAR DAN KK telah bukti kn. Majoriti orang ISLAM/MELAYU BERSAMA SIAPA???????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mereka terus gembira dan memilih untuk menjadi bodoh dengan terus memberikan sokongan demi kerana sesuap "dedak" yg dihulurkan jentera BN terutamanya UMNO pada setiap pilihanraya yg diadakan.

      Delete
    2. PRN negeri bn menang kerana adnan, bukan kerana najib. Poster najib tak naik pon di kebanyakan tempat. Adnan ada kata, putrajaya bodoh sebab tak iktiraf sijil sistem sekolah persendirian cina. Maksud dia ialah umno bodoh. Ada umno berani sound adnan? Tarakkkkk. Sarawak undi untuk parti2 sarawak. Sekarang shafei buat parti untuk sabahan. Umno bakal berkubur di sabah. Sabahan pon ada sentimen sama seperti orang sarawak.

      Delete
    3. "WALAU DIBENCI TETAPI NAJIB AKAN KEMBALI JADI PERDANA MENTERI".... kata2 ini nampak macam kata2 terakhir dari seseorang sebelum lemas atau seseorang yang akan menjalani hukuman gantung....
      Biasanya kalau musuh dah meliputi dan menguasai seseorang, maka dia hanya boleh memberi kata2 terakhir... itulah susunan kata2 tersebut...

      Delete
    4. masa kempen prk dedak ditabur siang dan malam. ayam kampung makan dedak terbeliak biji matanya sedap sangat. tetapi ada juga ayam kampung makan dedak terberak kapur.. jangan tak percaya pulak..

      Delete
    5. Mereka tak marah pon najib malah undi pon untuk najib...mereka seronok diperbodohkan. Kalau bodoh dapat dedak ....eh kalau bijak dan pandai dapat ape??? Dah memang melayu ada rosak genetik nya suka pada yang haram. Cuma babi jer tak makan. Yang lain rembat sampai roboh.

      Delete
  3. Berbanding dengan penyertaan generasi muda ke dalam UMNO sebelum kemerdekaan dengan kesedaran nasional yang mendalam untuk merobah nasib bangsa tetapi generasi baru sekarang hanya pandai bercakap tetapi tidak sanggup untuk berkorban,bercakap kebencian pada rasuah dan peyalahgunaan kuasa tetapi tidak iltizam untuk bertindak sekurang-kurangnya dengan mendaftar diri sebagai pengundi atau menjadi ahli parti yang mahu menegakan sebuah kerajaan yang sesuai dengan idealisme mereka.
    Baca kembali sejarah pejuang2 sosialis seperti Kassim Ahmad,Syed Hussein Ali, Ibrahim Ali dan lain-lain yang berani menghadapi tindakan sebagai pelajar atau sanggup menghadapi akibat dalam perjuangan.
    Sokongan pada Anwar Ibrahim dulu pun kerana dia memberikan dedak.
    Tidaklah boleh berjuang hanya sekadarkan seronok berdemostrasi tetapi tidak menjalankan kerja yang sewajarnya. Bertindaklah dari sekarang.

    ReplyDelete
  4. Rakyat tak benci Najib, tapi pemfitnah, pembangkang dan geng ANCmemfitnah dan menghasut rakyat supaya membenci Najib. Inshallah rakyat tak terkesima dengan fitnah2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau fitnah saman la.

      Delete
    2. Yang mana satu yang dikatakan fitnah terhadap Najib ? Boleh ko tolong huraikan sikit ?

      Delete
    3. 17.15....lagu lama, rentak baru. Blog ni dah bincang pasal "fitnah" sepanjang tahun dah. Cybertroopers umno baru nak masuk kat sini ramai ramai, ulang lagu lama. Korang ketinggalan. Lagi pon orang kat sini berpendidikan, kalau bahas tahap mat rempit, sori laaa.

      Delete
  5. Generasi sekarang bercakap berdegar degar tetapi duduk atas pagar. Dulu miskin tak ada apa yang akan kehilangan tetapi sekarang pelajar pun maka dedak,pensyarah gaji besar,profesor pun jadi orang upahan.

    ReplyDelete
  6. Sebagus mana penulis2 lama dan sehebat mana analisis mereka dulu dan sekarang. Selagi mana mereka gagal menyatukan orang2 melayu melalui penulisan mereka, Selagi itulah penulis melayu dikira gagal dalam bidang mereka. Yang lainnya cuma seperti orang biasa yang di luar sana. Setakat cari makan, penulis dan orang lain sama sahaja. Ayuh hentikan gerakan untuk perpecahan sesama orang melayu. In sya Allah, kalau ini berlaku, orang ramai akan kembali membaca UM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam erti kata lain, kena bersatu di bawah umno lah yerrr? Sori lah bro, umpan tak jadi

      Delete
    2. Aku rasa penulis2 melayu faham maksud kau...sokong umno, sokong najib....tak gitu? Try harder bro.

      Delete
    3. Jadilah seperti penulis Cina. Mereka menulis terarah memberi peringatan dan pengajaran sesama mereka.yang salah tetap salah begitulah sebaliknya. Tetapi sedihnya, penulis Melayu menulis berunsur fitnah sesama mereka. Fitnah, tipu, adu-domba, menghina dan mengada-adakan cerita mengikut selera ketua mereka. Itu bezanya penulis Melayu dengan penulis Cina. Yang sedihnya masih ada penulis lama Melayu yang tidak mahu mengkaji hal ini. Malah, mereka bangga menjadi mentor kepada penulis muda.

      Delete
    4. 23.06...boleh bagi contoh penulis melayu tulis fitnah? Ingat, blog ni ada klaaas tau. Kalu tembak sebarangan, orang tak layan

      Delete
    5. Anon 23.27. Baca ini.
      http://hariannews.com/2016/08/16/zam-sahkan-musa-korban-mahathir-kerana-fitnah-aids/

      Delete
    6. Anon 23.27. Dan baca yang ini
      http://www.mykmu.net/2013/10/bukan-kali-pertama-pas-buat-gambar-palsu/

      Delete
  7. Tan Seri sebenarnya akhbar utusan ini sepatutnya dikuburkan saja kerana ia tidak ada nilai berita kecuali menyokong pemimpin yg rasuah dan tidak bermoral dan berakhlak maka elaklah dari membeli akhbar utusan biarlah dikuburkan sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis mat rempit nak baca apa? He he

      Delete
  8. Johan Jaafar saya cukup hormat anda dan hampir semua artikel anda sya minati... tapi hari ini anda juga sperti Zam.. lupa bahawa melayu hendaklah dipertahankan bukan hanya dengan dakwat namun lebih dari itu mesti bersedia jika tuntutan titisan merah terakhir... betapa relevannya baju merah sekarang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju merah pertahankan najib...bukan pertahan melayu. Tak payah kelentong laaa. Ingat orang baca blog zam ni bodo kaaa

      Delete
    2. Takda apa yang nak dibanggakan dengan SAMSENG
      BAJU MERAH tu. Tunjuk samsing kat orang-orang
      tua. Lainlah kalau mempertahankan negara dari dicerobohi lanun Abu Sayyap di perairan Sabah. Baru boleh kita tabik spring kat Jamal ikan
      bako. Takat tunjuk samseng kat orang-orang tua berbaju kuning, apa ada jaguhnya.....Samseng taik kucing!

      Delete
    3. Anon 19:41
      Hang rasa hang masuk blog Ts Zam dan sokong Tun tu kira org pandai2 ka? Aku rasa hang antara mereka yg tak pandai menilai permainan politik.

      Delete
  9. saya hanya bolih meneka bahawa artikel ini menggunakan pendekatan 'reverse psychology'.

    tapi menjadi 'arm chair critic' sekarang tidak membantu sesiapa.

    jika kita yakin bahawa penyelewengan wang rakyat tlh berlaku secara 'massive', semua perlu bangkit utk memperbetulkan keadaan.

    jika kaum muda yg perihatin masih belum mendaftar, maka adalah amat bermakna jika kita yg sudah bersara berbuat sesuatu utk mencetus kan gerakan kecil kecilan utk mendorong mereka mendaftar.

    jika sudah tahu BERSATU lemah d peringkat bhg n cawangan, maka selaku veteran,bantu lah mereka utk 'organise' sewajar nya.

    saya bersetuju buat masa sekarang 'wang' adalah segala galanya. dlm bab ini apa yg d katakana olih najib berkenaan 'money is king' adalah tepat.

    semua sedar bahawa PAS sekarang berperanan sebagai 'king maker'. jika ts muyid berjaya mengujudkan persefahaman dgn mereka dari segi pembahagian kerusi ngeri n parliament, maka saya yakin UMNO najib bolih d kalahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun m tengok pengikut dia tak ada semangat macam pemuda2 pkr mula berkonvoi di seluruh Malaysia pergi ke kampung2 Dan bandar untuk perkenalkan pkr tak walaupun mereka dimaki dihina mereka tak berdulik semua itu, aku tengok hanya harapkan tun m Dan mahuyuddin naik jet pribadi je. Rakyat tengok je pun menyamapah, buat masa sekarang tak siapa pemuda tun m ketengahkan untuk berkempin untuk parti dimalaysia 'ADA cakap parti cop bungaraya pemuda2 berlatih dikorean utara baguslah ITU berlatih Korean utara ITU.
      Macam ini pkr pun tiru cara belia 4b perkenakan NGO mereka Masuk di kampung2 Dan perkenalkan NGO mereka ini. Tak payah nak berlatih pru di Korean utara ITU masa dah semakin sengkat hanya lagi 7bulan lagi, Lebih baik ambil orang mahir perkenalkan parti bungaraya di Malaysia ini dikampung Dan Bandar itu...

      Delete
  10. Aku baca UM banyak maklumat ada. Politik ada, komentar ada, cerpin ada, artis ada, kesihatan ada, keluarga ada, pelajaran pun ada. Iklan kerja ada, iklan produk pun ada. Aku fikir anon 1737 ni RBA dan tak pernah tenguk UM pun. Dah tu nak fitnahlah pulak. Memang buta hati dia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku akan baca UM semula kalu mat maslan dan ahmad bashah di beri ruang untuk bertulis. Kita nak juga dengar pandangan orang2 hebat seperti mereka...kah kah kah

      Delete
    2. Gila gila lagi power berbanding UM

      Delete
  11. Mari kita menentang golongan liberal selam berada dalam parti bungaraya dan pkr ITU

    Lihat APA belaku di amerika golongan liberal ketuai oleh Freemason Dan yahudi telah merosakan dunia ini..
    Mari kita menentang mereka terutama golongan liberal anc dan geng 25 ITU
    Agenda mereka berjaya dihalang oleh umno dan pas dulu ketika era era pentakbiran Pak lah ITU dulu apabila mereka cuba mendapat kondom percuma Dan jarum telah di gagal..
    Sekarang agenda geng liberal ini cuba merosakan Islam dengan cuba mengiktiraf kalimah Allah itu tak berjaya digagal oleh orang islam.
    Agenda baru mereka ini cuba mejadikan Malaysia golongan lgbt gay lesbia Dan pondan disokong oleh pihak asing diterima dimalaysia ..
    Harus Ingatkan golongan liberal ini berjaya di amerika,euro tapi mereka pasti gagal dimalaysia..
    Aku berharap orang Islam jauhkan dari geng berfahaman liberal ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engkau khayal

      Delete
    2. Dalam UMNO pun ada pejuang LGBT.Siapa tak kenal dia?

      Delete
    3. Geng liberal tak kuat Seperti zaman anwar dan tun m dalam umno Dan pas mereka berkuasa didalam dulu geng ini liberal ini sangup permainkan hukum hudud Dan hukum2 islam Mereka sangup berlindung dibelakang selam liberal, di zaman Pak lah baru mereka tunjukan belang mereka cuba menjatuhkan kepimpinan ada apabila agenda mereka tak tercapai apabila mereka cuba minta kerajaan bagi jarum percuma Dan kondom percuma telah digagalkan. Betul dalam umno masih ada geng ini hanya tingal Saki baki je dalam umno dan pas .selainnya Dan ketua telah lari ke parti pembangkang boleh dikata mejoriti geng liberal masuk kedalam parti penbangkang pkr,amanah,dap,parti cop bungaraya.
      Saya syabas pada najib Dan datok harun din berani menghapuskan geng liberal ini dalam parti umno Dan pas..

      Keluarga lim ,tun m dan parti pembangkang lain cuba mendapatkan sokongan geng liberal ini, bertaubat tun m geng berfahaman liberal ini lah merosakan amerika Dan euro itu mereka telah melakukan merosakan sana sini dunia ini..

      Delete
    4. Duk minum ketum sambil komen ke ni

      Delete
    5. Jangan di layan mat Bangla mabok ketum tu..

      Delete
  12. Bila kita takut untuk berubah, akhirnya kita
    takkan berubah kerana untuk berubah memerlukan
    keberanian.Tiada keberanian, tiada perubahan.
    Semua mengutuk Tun M sebagai pemecah belah, padahal
    dia mendesak kita supaya berubah. Bukan semua orang mampu
    buat sepertinya. Hanya the misfit, the crazy ones.......

    “Here's to the crazy ones. The misfits. The rebels. The troublemakers. The round pegs in the square holes. The ones who see things differently and are not scared of CHANGE. They're not fond of rules. And they have no respect for the status quo. You can quote them, disagree with them, glorify or vilify them. About the only thing you can't do is ignore them. Because they change things. They push the human race forward. And while some may see them as the crazy ones, we see genius. Because the people who are crazy enough to think they can change the world, are the ones who do.”
    ― Rob Siltanen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik minah, The only problem here is that the village idiots dont understand a damn thing about what you have written. They are proud to retain the status quo, due to either the false premise of supremacy which is founded on twisted historical facts, or due to the theologized sense of clannish sense of belonging. Nevertheless, we shall move on, and leave them behind, even though they will never ever realized that they are going to be left behind. Apa nak buat, dah jadi camni, camna nak gostan

      Delete
    2. Berubah ni konsep yang alien di kalangan orang luar bandar. 100 tahun lagi pon, tiada perubahan.

      Delete
    3. Tun was a misfit...and still is. A nonconformist, his thinking was too far ahead of his contemporaries. Gone are the days when terms like FDI and technology transfers dominated the business agenda. The days when he scolded the malays, and yet being able to get them to vote for him! Going back even further, he got himself sacked from umno by tunku, only to be invited back to the party by razak, without the funfare of being apologetic to anyone. Yup, only crazy people can achieve that.

      Now we have all sorts of nonsensical transformation programs which nobody cares, glossy statistics thatcdont make sense. And yet, we are expected to be grateful to our leaders. For what, i will never know.

      Delete
    4. Geng TEH TARIK Tan Sri Zam pun takut untuk berubah. Hehehehe.......macam-macam alasan.
      Mereka dah tualah, takda duitlah.........

      Perubahan memang memerlukan keberanian dan kekuatan mental sebab kita tak tahu, what is
      in store for us in the future.
      Tak payah perubahan kerajaan, perubahan kerja pun sungguh menakutkan kerana perubahan melibatkan banyak cabaran. Orang takut menghadapi cabaran yang tidak menentu, jadi lebih baiklah terus hidup dalam keadaan yang sedia ada, walaupun keadaan yang sedia ada tak semestinya kekal selama-lamanya. Tetap akan berubah juga mengikut peredaran masa dan acuan mereka. Umpamanya, GST mungkin tak kekal pada 6% je, akan dinaikkan jadi 13%. Cost hidup akan melonjak. Jika berubah pun, tidak menjamin kesenangan. Kena menghadapi cabaran juga tapi sekurang-kurangnya, kita puas hati. Kita sanggup mencuba.
      Kesimpulannya: Yang kekal tidak berubah cuma Allah. Jadi jangan takut menghadapi perubahan kerana Allah sudah berjanji akan sentiasa membantu bangsa yang sanggup berubah.

      Delete
    5. Kurang2 nya dasar ekonomi luar Bandar tun rakzak berjaya,
      Selepas Tun m ambil alir jadi PM dasar ekonomi dibandar gagal dijayakan oleh tun m mejoroti melayu Bandar tak memilik peniagaan mereka sendiri yg ada Anak dia sendiri, yg dia tolong kawan dia selalu minta bailout,orang betul boleh berjaya tak dia tolong,
      Sebab ITU orang luar Bandar lebih hargai najib dari tun m ITU anda fikirkan ia

      Delete
    6. Apa yang orang luar bandar dapat dari Najib, harga getah dan kelapa sait jatuh, saham Felda jatuh?
      Berapa banyak orang Langkawi yang tiba-tiba jadi kaya raya kerana Mahathir jadikannya Pelabuhan bebas. Tanah tanah harga jadi berjuta.
      Dulu mereka miskin tetapi sekarang menjalankan berbagai perniagaan. Pergilah ke Langkawi tengok sendiri.
      Jangan cakap hanya nak jilat pungkok Najib dan jilat... Rosmah sahaja.

      Delete
    7. Ini orang buta hati buta perut,otak beku,tak ada pelajaran.Terlampau banyak maka dedak.

      Delete
    8. He.he.he gst di Singapore naik 1% pun Rakyat dia bising tapi masih lagi keluarga lee berkuasa Dan pru menang besar.
      Sebab apa pembangkang cakap tak seberbikin bila menang lupa janji dia cakapkan itu, zaman sekarang tun m tak boleh lagi cakap tak serbebikin seperti zaman dia.
      Kalu SST naik cukai serupa juga harga barang akan naik.
      Harga barang naik bukan je di Malaysia malah diseluruh dunia pun harga barang naik..
      Zaman tun m ramai bising harga tol naik, harga tea ais naik,harga roti canai naik..
      Kena berfikir lah dulu gaji orang 600rm bagi mula berkerja, harga tea ais Rm 1,-1.20sen
      Sekarang gaji 1k harga tea ais 1.50sen-1.70sen ikut tempat sama je tak ADA beza..

      Macam ini lah kalau tak tahu ekonomi ini masalah nya, zaman Sekarang jika berubah ADA penghasut di media sosial contoh nak berubah ke SST ke gst pasti akan ADA orang akan menghasut nya..
      Di Brazil gst 18% dah tentu lah mereka boleh banggunkan petahanan dengan baik jet perjuang pun boleh di beli dengan ratusan buah
      Pelajaran pun percuma dari kecik hingga sampai univesti
      Jalan percuma.
      Masalah nya sangup Rakyat Malaysia menbayar 18% ITU.
      Di England selapas perang iran gst naik mendadak 20% pelaburan perang tersebut tak mendatangkan hasil, walau pun mereka mampu banyar siapa peangur dengan duit mereka ITU.
      Mana ADA gst di naikan lagi ,lagi pun kena juga ikut zaman tak akan ikut harga Barangan mungkin dalam masa 5tahun akan datang jika harga barang Dan Kos pentakbiran Nevada meningkat
      Tujuan sebenar gst buat memantau keuntungan syrikat,dulu ramai mengelak cukai SST, korang tahu cukai SST pun kena pada penguna tapi para peniaga mengelaknya sistem yg gunakan Tak boleh memantau keuntungan syarikat


      Delete
    9. Anon 11.45....Itu zaman Tun Razak.
      Tun Razak memang sayangkan Melayu, termasuk pemimpin-pemimpin sezamannya, semuanya sayangkan Melayu. Sanggup berkorban apa sahaja untuk mengubah orang-orang Melayu, daripada papa kedana dan sengkek menjadi golongan menengah - manusia yang berpendidikan,ada integriti dan jatidiri.
      Najib bukan BAPANYA, Tun Razak.
      Najib tak sanggup berkorban untuk Melayu.
      Najib cuma cakap sahaja dia sayangkan Melayu & umno.Kalau betul-betul sayang, dia patut letak jawatan sebab dia sendiri tahu, dia sudah buat
      banyak kesalahan yang mendedahkan dirinya kepada macam-macam tekanan luar dan dalam negara.
      Seburuk-buruk Pak Lah, dia sanggup berkorban letak jawatan demi umno dan orang Melayu bila dia sedar dia sudah hilang kepercayaan Melayu dalam pilihanraya 2008.
      Najib hanya pentingkan temboloknya.
      Dia tak boleh kawal nafsu serahkahnya untuk hidup bermewah-mewah sampaikan terperangkap dalam kemelut 1MDB.
      Orang macam nikah sayangkan UMNO & Melayu....???
      Seorang bapa yang sayangkan anaknya, meletakkan kepentingan anak-anak mengatasi dirinya.
      Dia takkan membiarkan anak-anaknya mati kelaparan semata-mata untuk membeli barang-barang mewah untuk dirinya. Najib sanggup potong biasiswa, hapuskan semua subsidi, potong budget kesihatan, kenakan rakyat GST, dll untuk bayar hutangnya.
      Jangan kata, semua ni FITNAH.
      Atau, semuanya memang masalah ekonomi global.
      Di zaman Tun M, kita menghadapi DUA KALI masalah ekonomi global, tapi rakyat tidak menderita. Tiada potongan budget pendidikan, pembangunan dan kesihatan. Tun M ikat perut, potong gaji dan alaun menteri dan kaki tangan kerajaan. Kawal perbelanjaan jabatan. Tidakl boleh keluar negara atau berseminar. Tidak ada berjetting ke sana dan ke sini. Najib ada buat semua ni....???

      Delete
    10. Langkawi pulau bukan Bandar He.he.he cuba anda Berfikir dibandar Kuala lumpur Dan seluruh malaysia mana yg tun m bangunkan Sehinggakan bumiputera berjaya 100% aka tak ADA 22tahun telah bagi peluang tapi gagal, harga komuniti dunia dah jatuh tapi felda masih mampu menbayar diveden nya, getah bukan tanaman utama di Malaysia ini lagi di Thailand pun harga getah dia pun jatuh tak ada pun Rakyat merungut ia. Langkawi ITU ADA getah ke? Atau pun ADA kelapa sawit sila jawab. Ia bergantung pada pelancongan jika ADA wabak penyakit pasti orang tak akan datang, jadi bersyukur rakyat Malaysia dijauhkan penyakit menyalahkan orang bila dia gagal

      Delete
    11. Mahathir tidak dapat jayakan 100 peratus bumiputera dalam apa bidang pun tetapi sekurang-kurangnya Putrajaya didiami oleh 99 peratus orang Melayu dan Islam dan Mahathir tidak menyebabkan hilangnya kuasa Melayu,hilangya majoriti 2/3 dalam pliihanraya seperti yang berlaku di zaman Najib dan Pak Lah.
      Pergi belajar dulu nak masuk kesini.

      Delete
    12. Orang tahu era zaman tun m 'Cik Minah baik kau lihat pada tahun 1998 biasiwa dibekukan 'kau tahu ke ramai yg paksa merayu pada menteri supaya dapat biasiwa jpa untuk pergi ke luar negara.
      Siapa yg buat tol dalam Bandar di setapak Dan cheras ITU sila jawab cik minah..
      Tak ADA aku dengar gaji menteri potong pada tahun 1998 ITU..
      Program mlvk yg dibangunkan oleh pihak swasta pun tak berguna sijil nya hanya sampah
      Hai cik minah balik kau kaji semasa pentakbiran tun m ITU dah Tanya pada mana orang hidup 1998 jangan dok kajian intsitut pemikiran tun m ITU je nanti jadi pengtaksub pulak

      Delete
  13. Saudara Zam dan rakan-rakan kena ingat, seperti juga Mahathir dan ramai lagi, sudah pasti ada dosa sebagai pelaku politik - jangan buat buat lupa.

    Tidak memadai buat analisa dan sembang pandai kalau tidak turun bersama memperjuangkan kebenaran. Tebuslah dosa yang tersembunyi. Kaya raya sekarang pun sebab ada kaitan dengan politik, ada habuan.

    ReplyDelete
  14. Perjuangan saya hanya menerusi pena. Jika saudara sangka saya kaya rasa saudara tidak mengenali saya. Macam Tun Mahathir dan lain-lain mereka boleh berjuang keranamereka ada segala kemudahan dan jika apa berlakupun tidak sekadarkan anak mereka sahaja terjamin tetpi juga sampai ke cucu cicit mereka.
    Keadaan saya adalah berbeza.Saya berjuang mengikut kemampuan saya. Lagi pun umur sudah 70 tahun lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Change is the law of life. And those who look only to the past or present are certain to miss the future" - John F. Kennedy

      Tan Sri, kemampuan dan kesanggupan untuk berjuang, tidak terletak pada 'kemudahan' di tangan. Segala-galanya terletak dalam minda kita. Minda selalunya takut kepada perubahan kerana kita tidak boleh membaca atau menentukan apa yang akan berlaku
      'IN THE FUTURE'. Ini yang amat menggerunkan kita untuk berubah. Padahal Allah sudah berjanji, akan sentiasa membantu bangsa yang kuat berusaha untuk berubah.
      Tun M dan anak-anaknya boleh duduk diam, enjoy segala 'KEMUDAHAN' yang ada tetapi dia tidak sanggup buat begitu.Melihat segala hasil usahanya 22 tahun hancur berkecai. Dan masa depan bangsanya gelap.
      Inilah pejuang tulin kerana dia tahu, tanpa keberanian dan kesanggupan menempuh duri dan api, tiada 'future' untuk bangsa Melayu dan Malaysia, amnya.

      Delete
    2. Mamu xdak teloq ...takut nak berjuang ...ingat perot sendiri jaa...pigidahhh

      Delete
    3. The main problem in this country is that those who refuse to change, think that they have the rights to stop others from embracing change; and will invoke God without shame to justify their actions. More often than not, the masses do not confront these people, not due to fear, but due to lack of knowledge. Personally, i have discarded lots of friends due to this. I have also stopped attending to my sekolah berasrama sains alma mater, as i simply cannot tahan these jokers anymore.

      Delete
    4. Setiap PM ADA Cara dia sendiri, jadi jadi bila legasi dia dia musnahkan atau orang tak nak ikut legasi dia jangan menyalahkan orang lain ITU hakikat kena diterima oleh mana2 manusia dunia ini , sikap my way is not you way tak boleh digunakan apabila dia melepaskan jawatan dia, Jika tak 'orang angap tun m guna kabel untuk papet doll kan orang mebonekarkan orang

      Delete
    5. Cik Minah,

      Albert Einstein ada mengatakan “The world is a dangerous place to live, not because of evil people but because of the people who don’t do anything about it”

      Atau dalam BM. “Dunia ini adalah amat berbahaya bukan kerana manusia yang jahat tetapi manusia yang tidak buat apa-apa dalam apabila melihat kemungkaran”

      Saya setuju dengan saudari.

      Delete
  15. Sebenarnya orang melayu sendiri majoritinya telah hilang jatidiri....terlalu lemah dan layuuuuu.... ramai yg kunun2nya marah namun hanya berpelok tubuh....tiada tindakan apa2...hanya spt anjing menyalak bukit shj....suara serak jiwa celaru....namun bukit masih teguh berdiri... Sedihnya nasib melayu termasuklah akuuuu....

    ReplyDelete
  16. Sepertimana TPM, Datuk Zahid mengatakan bahawa, jangan percaya sangat media di laman sosial kerana kita curigai sumber-sumber maklumatnya.

    Utusan adalah nadi orang melayu sejak berdekad lamanya. Pemberitanya lebih professional dan bertanggungjawap supaya berita adalah lebih tepat dan seimbang.

    Saya yakin Hadi Awang akan terus berkerjasama dengan UMNO. Saya rasa beliau sudah yakin bahawa hanya UMNO sahaja yang lebih layak untuk perintah negara. Strategi 1 lawan 1 pembangkan tidak mungkin akan tercapai.

    Sebenarnya Parti Amanah tidak perlu dan mereka yang keluar dari PAS patut balik semula ke pangkal jalan.

    Orang UMNO sudah mengamalkan Bersih, Cekap dan Amanah sudah berdekad. Pemimpin dan Pembesar Melayu begitu gigih siang dan malam berusaha dan berkhidmat kepada rakyat sehingga sanggup korbankan kepentingan peribadi.

    Amalan orang melayu adalah berbaik sangka dan kita harus berbaik sangka kepada pemimpin dan istiqamah dalam saf-saf belakang pemimpin UMNO dan juga dalam PAS.

    Hulu_Dusun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhhhh...ada lagi pemikiran cam ni. Tak pa lah, demokrasi punya hal, kau ada hak bersuara, kita ada hak tinggalkan kau ke seberapa belakang yang boleh.

      Delete
    2. Dizaman tun m adalah hari paling Malang buat wartawan selalu berpegang pada dasar hak kebebasan akbar dimana wartawan akan panggil jika mereka tulis Menburukan pentakbiran Dr mahathir itu, siapa yg bersekongkol dengan tun m 'wartawan itu akan keyang sekeyangnya sehingga perut menjadi buncit dibagi jawatan penting menjadi CEO media.
      ADA wartawan dipanggil oleh pasukan ketuai tun m sendiri untuk menutup mulut wartawan ITU malah diancam buang kerja Dan di tutup medianya Dan hak pengedaranya disekat oleh tun m.
      Patut pembangkang patut sedar diri jika keluarga tun m berkuasa balik keluarga pengamal ideological nepostim utara akan menutup Akbar Dan di jual media mereka ada pada kerajaan paling komen pun gantung 6bulan media dia... Seperti berlaku di media cina ITU

      Delete
    3. Betulkah begitu? Apakah sekarang jauh lebih bebas?
      Hari ini banyak blog yang tak boleh diekses.

      Delete
    4. INI BUKAN WARTAWAN.DIA TAK TAHU APAPUN TENTANG KEWARTAWANAN ZAMAN MAHATHIR DAN DIA ANGGAP SEMUA ORANG BODOH DAN PERCAYA PADANYA MACAM PM NAJIB

      Delete
    5. INI BUKAN WARFTAWAN.DIA TAK TAHU APAPUN DAN CUBA BERLAGAK MACAM FAHAM KEWARTAWANAN ZAMAN MAHATHIR.POORAH

      Delete
    6. 17:43 adalah seorang munafik.Zaman Tun mana yang kau hidup?Terang-terangan menipu.Sah penganut isle.

      Delete
  17. Saya teringat kata-kata menteri Melaka Idris Harun. Adakah ada orang Malaysia sekarang ini miskin sangat sampai kelaparan.

    Negara kita kaya dengan hasil bumi dan rakyat tidaklah miskin sangat seperti di Indonesia dan di Afrika Selatan.

    Saya yakin Utusan Malaysia, tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanya satu iaitu untuk kepentingan dan masa depan orang melayu.

    Kita tidak tahu apa niat sebenar media media alternative di internet. Adakah beritanya tepat dan adil dan tidak berat sebelah.

    Banyak yang mengatakan di sini kita perlu berubah. Tapi kalau negara sudah maju, kenapa kita hendak berubah.

    Ekonomi negara berkembang pesat dan negara kita dan PM mahsyur di seluruh dunia.

    Pemimpin yang kita yakini sudah banyak berusaha untuk orang melayu. Saya tengok pembesar-pembesar melayu tidaklah hidup mewah yang keterlaluan . Setahu saya tidak pernah kedengaran pemimpin kita beli rumah sampai berjuta sepertimana yang terjadi di Penang.

    Kalaulah kita ada pemimpin yang amanah, kenapa perlu kita berubah. Bukankah lebih baik kita terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi.

    Pemimpin PAS sekarang ini sedang berusahan untuk meningkat martabat mahkamah syariah. Ini yang amat penting dan perlu diambil perhatian dari perkara yang remeh-remeh yang sedang dijuarai oleh pembangkang seperti reformasi dan lain-lain.

    Saya mengucapkan syabas kepada Hadi Awang dan pemimpin PAS kerana memajukan pemikiran orang melayu kepada satu tapak yang lebih tinggi.

    Pemimpin seperti kita seperti PM kita dan Hadi Awang memberikan sumbangan yang besar kepada negara dan rakyat kita.

    Hulu_Dusun

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM kita memang mahsyur pon di seluruh dunia kerana berjaya merekacipta record dunia...kelepet duit rakyat paling berjaya dalam dunia sampai bank umur berpuluh tahun pon kena tutup di Spore dan 7 negara buat siasatan salah guna kuasa.

      Delete
    2. En.Hulu_Dusun......kata-kata Idris Harun, Ketua
      Menteri Melaka anda jadikan pegangan hidup!!!!
      KIHKIHKIHKIH!!!!!!
      He is the laughing stock of Malaysia, u know.
      DON'T MESS WITH MELAKA!!!!.......hehehehe
      Ayat samseng orang TEXAS dijadikannya slogan
      negeri Melaka yang terkenal dengan tamaddunnya
      sejak abad ke 15.
      Sungguh memalukan.Langsung takda jatidiri.
      Lihat slogan-slogannya di banner-banner sekitar
      Melaka, semuanya jadi bahan lawak.
      Eh, Idris Harun ni kan yang kata US nak bunuh
      orang Melayu, En Hulu_ Dusun....????
      Pelik....Apasah Najib main Golf dengna Obama
      yang nak bunuh Melayu....????
      Najib tak kisah ke US nak bunuh Melayu....?????

      Delete
    3. Cik Minah,

      Inilah masalahnya sepertimana yang dikatakan oleh Datuk Zahid, jangan percaya sangat cerita dekat media sosial.

      Saya lebih banyak menonton TV media perdana (RTM dan TV3) dan utusan. Berita tidak banyak sangat berbeda.

      Kalau di media sosial, macam-macam cerita yang ada. Yang mana betul?

      Kalau Utusan, memang kita pasti, beritanya tepat dan seimbang. Tidak meragukan.

      Saya tak percaya berita yang mengatakan Amerika nak bunuh orang melayu. Ini cerita tak masuk akal. Ada kalanya orang cakap lain, lain pula diberitakan.

      Saya dah lama tak ke Melaka, apa yang jadi hal sangat poster-poster dekat bandar?

      Saudari bercerita untuk kita berubah, kenapa? Parti UMNO yang sedia ada sudah cukup bagus. Pemimpinnya amanah, tidak bermewah-mewah dan ketepikan kepentingan diri untuk rakyat.

      Saudari kenalah berbaik sangka. Seperti mana Datuk Idris Harun kata, negara kita tidak bermasalah, tidak ada orang yang kebuluran.

      Kalaulah masalah sekarang, kos hidup meningkat, kita kenalah berjimat cermat. Jangan membuat pembaziran.

      Kerajaan pun ada langkah-langkah untuk berjimat seperti kurangkan subsidi, kurangkan belanjawan untuk jabatan-jabatan yang tertentu supaya langkah berjimat dapat diadakan.

      Hulu_Dusun

      Delete
    4. En.Hulu_Dusun.
      Jadi Awak cuma baca Utusan dan nonton TV3,RTM, rupanya. So, mustahil awak tak baca berita Idris Haron cakap Amerika nak bunuh Melayu sebab Berita ni disebar meluas di TV3 dan UTUSAN semasa sibuk pasal Amerika menDoJ duit curian Najib yang dibersihkan di Amerka dengan membeli asset dan buat filem porno Wolf of Wall Street oleh anak Rosmah, si Riza Aziz dan JH.Low.
      Berkobar-kobar Idris Harun bercakap kat wartawan TV3, "Cukup-cukuplah bunuh orang Iraq.Sekarang nak BUNUH MELAYU ISLAM pulak!!!!
      HEHEHEHEHE.
      "Cukup-cukuplah campur tangan dalam hal Malaysia!!!!!," tambahnya penuh semangat.
      HEHEHEHEHE
      For your info En. Dusun_Tua, kata-kata Idris Haron ini bersepah di merata-rata banners di seluruh MELAKA!!!!!!
      Termasuk slogan ciplak negeri Texas, USA 'DON'T MESS WITH MELAKA'
      HAHAHAHA............satu Malaysia ketawa lepas
      mengikuti berita ini di TV3 dan baca berita ni di UTUSAN. Nampaknya Idris Haron sama taraf dengan Mamat Maslan 3.85 CGP!!!!!
      Lawak....lawak.....Hehehehe sebab Utusan dan TV3 juga dengan bangga menyiarkan berita Najib bergolfing dengan Obama di Hawaii semasa rakyat Malaysia dilanda banjir dan di Summit ASIAN di Laos bulan lepas, Najib dikatakan berbual mesra dengan Obama, jadi macam mana Idris Haron boleh kata, US nak bunuh orang Melayu....?????
      Tak ke lawak tu.....?????
      Tambah lawak, apa yang dikatakan 'berbual mesara'
      tu, semua orang nampak di berita TV3, Najib bersusah payah menarik perhatian Obama bila Obama lalu kat mejanya, manakala Obana very the cool, senyum sinis antara endak dengan taknak je melayannya. HEHEHEHE
      Adakah TV3 & UTUSAN menyebar berita pelesu....???

      Delete
    5. Saudari Cik Minah,

      Janganlah perkecilkan Melaka. Empayar Melaka merangkumi kesemua Semenanjung Malaysia.

      Tidak mustahil, Dato Idris Haron ada kaitan saudara dengan 5 Hang pahalawan melayu yang terkenal dahulu, Hang lekir atau Kasturi.

      Sungguh kuat mana tentera Amerika, keris taming sari mustahil dapat dikalahkan. Ini kenyataan.

      Bacalah dan rujuklah buku sejarah sebelum nak mengecilkan orang. Kail sejengkal jangan lautan hendak diduga.

      Geng Semabok

      Delete
    6. Anonymous6 October 2016 at 10:13
      Cerita taminmg sari telah jadi sejarah... hari ini ade orang melayu OMNO CIUM KERIS mintak maaf kat bangsa lain... ape cerita... dan mereka ini turut bersekongkol dengan perasuah negara ...

      Syeikh Aljasini

      Delete
    7. "Tak Melayu hilang di dunia" quote siapa...?

      Ada sesiapa tahu manalah pulak menghilangnya si Tuah ni...??? Takkan yang mengungkapkan kata-kata keramat ni pulak yg hilang...???

      Delete
  18. Yang tulis ini seorang yang bukan journalist yang ignorant langsung tentang pengendalian akhbar di zaman Tun. Menulis ikut sentimen dan nampak benar ketololannya

    ReplyDelete
  19. That banglalized 17.43 feller has been shitting in this blog for quite sometimes already. Talking nonsense as if the whole universe is as dumb as his entire family line. Just ignore him. Never argue with stupid people.

    ReplyDelete
  20. Siapa MO1?

    Magistrate? Lawyer? Engineer? Accountant? Architect? Pilot? Businessman?

    Tiada satu pun di atas

    Abih sape dia?

    Penabur DEDAK

    ReplyDelete
  21. Tan Sri.

    Perenggan terakhir....;Najib pasti mencari jln menyelamatkan Utusan demi Moral....bla bla..."

    Bagi sy... untuk kesinambungan dan jika mahu berterusan wujud dan masih dianggap relevan. ..Utusan mesti keluar dari menjadi Media Cetak dan Suara Umno.

    Sdra dan kawan2 VIP sendiri pun telah menjawab perkara ini.
    Bagaimana mahu diselamatkan bila jumlah langanan makin merosot hari demi hari.

    Setakat Najib masuk duit untuk menyelamatkan perniagaan yg tidak lagi berkembang atau 'viable' hanya kerana soal 'maruah'..itu hanya pertolongan untuk jangka pendek sahaja dan tidak akan menyelesaikan masalah sebenar.

    Perlu dingat...Utusan menghadapi situasi ini berpunca dari kelemahan Umno atau terus terang saya katakan kerana kelemahan Ketua2 Melayu yg menerajui Negara kini telah hilang fokus dan tiada lagi bermaruah bangsa.

    Hata...apa perlu mahu diselamatkan Utusan hanya kerana soal maruah?
    Maruah apanya lagi bila Media ini mempropogandakan Kepimimpinan yg tiada bermaruah.

    ReplyDelete
  22. Sunarti 21.38, ketololan penyokong umno di alam maya sebenarnya tidak mengejutkan. Zahid sendiri dah ngaku melayu berpendidikan tak sokong umno. Yang masih sokong tu kita tau la tahap IQ mereka.

    ReplyDelete
  23. Dalam satu himpunan bersama PAS baru2 ini, Muhyiddin berucap sambil mengemis kerusi dari PAS. Saya kira ini amat memalukan kerana Parti Tun M terpaksa mengemis. Menunjukkan parti ini tiada jati diri dan tiada kekuatan teras. Hanya akan menumpang tuah dan kesempatan dari sokongan pengundi terhadap parti2 lainnya. Ini sekadar pandangan saya. Tak salah kita berbeza pandangan politik. Salam hormat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini orang tak seimbang fikiran. Dia lupa UMNO sedang mengemis kepada Pas termasuk memberikan sanjungan kepada orang yang dah mati yang dulunya menjadi musuh UMNO.
      Cakap-cakap pandang kiri dan kanan.Jadi tidaklah dianggap sebagai mabuk dedak

      Delete
  24. Muhyiddin semalam berkata:

    "Lepas ini saya nak beri amaran pada PAS, kalau ada kerusi-kerusi PAS…boleh bagi pada BERSATU (PPBM) berilah. Bukan bagi yang dah ada (menang), yang dah menang itu, menanglah tak usah kacau.

    “Tapi bagi yang mana PAS tanding tapi kalah, Umno menang. Yang itu bagi kita cabar. Kalau letak BERSATU (PPBM), InsyaAllah, boleh menang,” ujarnya ketika berceramah di Himpunan Harapan Semua, PAS Ganti Umno (PGU) HARAP 3.4, di Kemensik, Kemaman, Terengganu, malam tadi (Sabtu)

    ReplyDelete
  25. Utusan malaysia masih relevan....untuk bungkus nasi lemak dan meehun goreng

    ReplyDelete
  26. Kasihan pula saya tengok Bersatu terpaksa menghina diri mengemis kerusi dari Pas. Apa boleh buat, parti kerdil yang tiada cawangan dan bahagian, terpaksalah menghina diri bagaikan melukut di tepian gantang. Saya bersimpati dengan nasib Bersatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kat engkau, terus diperbodohkan oleh umno. Harap2 anak kau lebih bijak dari kau.

      Delete
    2. Nasi kangkang lauk apa hari ni 13.48?

      Delete
  27. Masih ramai yang bodoh, dan akan undi umno nanti. Bodoh tahap tak boleh diajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak dapat dedak dari tun m dan anwar, ketika ITU yg dapat dedak zaman tun m dan anwar bekuasa dalam umno 'siapa sokong tun m dan anwar ialah ketua cawangan Dan Mt sokong tun m menjadi parti nepotism utara yg belajar dari ideolagi Korean utara itu akan mendapat dedak lebih 'kami Rakyat biasa tengok je perbuatan ITU.

      Bila Rakyat biasa dapat dedak tun m marah pada najib bagi dedak pada Rakyat, tun m seorang kedekut bagi dedak pada Rakyat.
      Sebab ITU Rakyat tak berapa suka pada tun m ITU sifat dia suka bagi dedak pada ketua cawangan Dan Mt je Rakyat biasa hanya dapat tengok dedak ditaburkan pada mt,ketua cawangan Dan kroni..

      Delete
    2. 23.41...baglahabishhh

      Delete
    3. 12.41...meqapu habis mamat ni...apa punya baghqal daa...

      Delete
  28. Hulu_Dusun ni adalah contoh terbaik halangan untuk negara kita terus maju ke hadapan....kampong habissss. Ada berjuta macam Hulu_Dusun di seluruh negara. Umno hidup kerana mereka. Kalau Bersatu nak berjaya, perlu lalui halangan ni.

    ReplyDelete
  29. Parti yang mengemis kerusi bukanlah parti yang baik. Bahkan ia menzahirkan kelemahan dan kehinaannya sendiri. Kekuatan teras adalah penting bagi kejayaan sesebuah parti. Kekuatan teras itu pula hasil dari cawangan dan bahagian yang kuat, aktif dan memahami misi dan halatuju parti. Semua ini tiada pada parti Bersatu. Maka sebab itu ZAM dan ahli sidang teh tarik mamak berpendapat Umno dan Najib akan menang dalam PRU serta Najib akan kekal sebagai PM walaupun dibenci. Ini pandangan saya. Kita boleh berbeza pendapat dalam pandangan politik. Sekian.

    ReplyDelete
  30. Saya bukan ahli mana-mana parti. Tetapi saya sokong dan setuju dengan apa yang TDM perjuangkan demi untuk kebaikan negara yang tercinta ini.

    ReplyDelete
  31. Utusan kantoi lagi hari ni kes saman libel anwar...patut la orang umno pon tak baca. Kredibiliti apa lagi yang ada?

    ReplyDelete
  32. Umno dah panik...lagi ramai pemimpin merapu...cybertroopers umno pon makin merapu. Jangan ingat rakyat tak boleh baca tahap kemerapuan yang makin memuncak muncak dalam banyak blog. Orang kampong pon tau diaorang merapu, tanya kenapa buang muhydin dan mukhriz tapi jawab lain. Lepas tu pembesar2 cawangan tak tau nak jawab pulak pasal 1mdb. Kalau setakat bising hanya umno boleh jaga hak melayu, sudah laaa, dah basi dah.

    ReplyDelete
  33. Semalam akar umbi PAS tak bersetuju serah kerusi mrk yang kalah dgn Umno kepada Bersatu. Ini bermakna satu talian hayat Bersatu telah mati. Apakah nasih Bersatu? ALlah sahaja yang tahu.

    ReplyDelete
  34. Very simpke analysis untuk seronokan diri sendiri

    ReplyDelete
  35. Masalah pengedaran Utusan Melayu yang semakin merosot juga dibincangkan tetapi semua percaya bahawa Najib akan memastikan Utusan terus berada di pasaran demi soal moral tetapi siapakah yang akan dipengaruhinya jika tidak lagi dibaca umum malah oleh orang UMNO sendiri?

    - Maaf cakap, tetapi ini adalah topik yang hanya menjadi kegusaran kepada atuk-atuk dipengaruhi nilai sentimental zaman lampau dan banyak masa terluang.

    ReplyDelete
  36. Orang2 kampung tertanya2 juga kenapa jawatan Timb Pres Bersatu kosong.. Dan kenapa Mukhriz hanya dilantik menjadi Naib Presiden? Atuk2 juga tertanya2 apa yg terjadi kepada Khairuddin Botox?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Piiirah...tak payah kelentong laaa, cukup la pemimpin2 kau kelentong. Macai2 nak kelentong jugak? Pembesar2 umno cawangan ramai dah malu, sebab tak tau jawab.

      Delete
    2. Khairuddin kerja dia minta duit je mana mahuyddin tak begang, kerja tak buat satu cawangan tak ada, nak harap ibu pejabat di rumah tun m je buat kerja, mana boleh itu, aku ingat lagi siapa bagi cadangankan buat buat parti 'idea dari khairuddin 'dia hanya tinggal idea teumbang ambing je seperti tun m tinggal idea perwaja teumbang ambing je

      Delete
  37. Saya harap semua yang yang memegang jawatan tu hanya Protem commitee. AJK sebenarnya perlu dilantik melalui undian ahli2 BERSATU.

    ReplyDelete
  38. ahli biasa UMNO berjumlah 3 juta.

    jika 1 juta melanggan Utusan n surat khabar sekutu nya sudah pasti ia nya tidak 'tenat' saperti sekarang.

    d sini saja kita bolih membuat kesimpulan bahawa ahli2 UMNO pun sudah bosan dgn laporan berat sebelah.

    Utusan perlu kan 'total revamp' serta 'new business model' utk kekal relevan n bolih berdikari.

    ReplyDelete
  39. Antara penyebab merudumnya jualan utusan ialah letusan digital. Orang lebih mudah baca di screen dan gadget berbanding beli utusan di kedai. Alang2 rumah semua dh ada wifi internet, maka mrk manfaatkan internet utk baca utusan di tablet masing2.

    ReplyDelete