Sunday, 16 October 2016

JENAYAH IKLAN DALAM DUNIA KECANTIKAN DAN PRODUK KESIHATAN

MENTERI KOMUNIKASI HANYA TAHU KUTUK TUN
Komen:
Sebarkanlah tulisan ini seluas-luasnya supaya seluruh rakyat terutama di Sabah menyedari Menteri Komuikasi Salleh Said Keruak tidak beberbuat apa-apa untuk menyedarkan masyarakat  Islam sehingga membiarkan RTM menggunakan iklan-iklan yang boleh mencandui orang Islam untuk terpengaruh dengan iklan-iklan berunsur Islam yang karut marut. Dia tak pernah peduli hal lain untuk membina hiburan dan kesedaran ke Islaman yg dinamik di kalanganorang Islam menerusi RTM sebaliknya hanya terserlah sebagai Menteri yang asyik hentam,mencaci dan menghina Mahathir, Dia  membiarkan umat Melayu dan Islam tertipu. Memalukan orang Sabah-Rohani Abdullah



RADIOTV BERSUBHAT
Kementerian Kesihatan dan juga Polis Bahagian Jenayah Perdagangan sewajarnya memantau dengan teliti iklan yang berselindung disebalik produk kecantikan dan kesihatan di radio dan televisyen.

Dengan memainkan sentimen agama, memakai jenama-jenama Arab, pengusaha-pengusaha yang mendakwa diri sebagai ustaz dan ustazah maka amat mudah bagi orang Melayu mempercayai produk mereka.

Lebih dahsyat lagi apabila juru acara Radio dan TV turut menjadi jurubicara dalam kempen pemasaran bagi produk-produk ini. Tentunya ini menambah   kredibiliti dalam pemasaran.

Sebenarnya kalau dipantau, disiasat dan dibuat kajian dari pembeli-pembeli maka banyak yang akan mengakui mereka telah tertipu terutama kerana sentimen agama.

Saya merasa bertanggungjawab untuk menarik perhatian pihak Kementerian Kesihatan supaya memberikan perhatian yang serius dalam pekara ini supaya tidak berlaku kelulusan penyiaran iklan di radio dan TV dengan sewenang-wenang yang dengan mudah menipu orang ramai terutama dengan menggunakan unsur keugamaan.

Semasa saya menjadi Menteri Penerangan, saya tidak membiarkan iklan-iklan tertentu disiarkan walaupun telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Saya percaya ada juga unsur-unsur rasuah dalam perkara ini. Kementerian Kesihatan tidak seharusnya menjalankan tugas mereka dalam hal ini hanya seperti melepas batuk di  tangga.

Ada stesen TV yang terus menyiarkan iklan bagi produk yang kredibilitinya telah pun dipersoalkan dan telah pun pernah menghadapi tindakan.

Pengusaha-pengusaha kecantikan pula memerangkap mangsa mereka  dengan cara profesional yang berakhir dengan ugutan. Diantaranya adalah seperti aduan yang dibuat oleh seorang pembaca wanita blog ini yang berhasrat dengan pendedahan ini akan membantu Polis Bahagian Jenayah Perdagangan disamping menarik perhatian Kementerian Kesihatan yang meluluskan iklan.

INI PENGADUANNYA:

Semua wanita ingin sentiasa cantik. Tetapi dalam mengejar kecantikan, perlu juga berhati -hati jangan sampai terpedaya dengan iklan untuk kurus, kempen perut, lebatkan rambut  dan sebagainya.

Saya dan kawan pernah alami sendiri pengalaman di sebuah pusat kecantikan bagi melangsingkan badan. Walaupun kami bukan lah dari golongan orang-orang yang obesiti, tapi disebabkan ketaksuban untuk sentiasa kurus membuatkan kami ke tempat tersebut.

Pada mulanya kami cuma diminta untuk menjalankan pemeriksaan fizikal untuk mengenal pasti bahagian badan mana yang perlu di rawat. Tapi selepas menimbang berat, saya dan kawan di pisahkan ke bilik yang berlainan.

Pada mulanya saya cuma mengikut sahaja arahan yang di suruh oleh staff di pusat pelangsingan badan itu. Ini kerana dengan bentuk badan dan berat saya tidak mungkin kos rawatan mencecah ribuan ringgit.
Selepas pemeriksaan dan ujian fizikal di jalankan, terkejut saya bila staff itu menerangkan kepada saya rawatan yang sesuai adalah pakej berharga RM 13,000.

Saya  curiga dan tidak mahu meneruskan rawatan itu dan meminta untuk keluar. Tapi dia menyatakan bahawa kawan saya telah bersetuju. Saya semakin curiga dan saya agak dia cuba menipu saya. Sebab kami berdua tidak akan membuat keputusan bersendirian.

Selepas itu staff disitu memujuk supaya saya tetap membuat rawatan pelangsingan dengan pakej yang lebih murah. Dia juga menerangkan rawatan tersebut boleh di bayar dengan kredit kad. Bayaran secara ansur juga di terima.

Oleh kerana saya tiada kredit kad, dia turut meminta debit kad saya dan menyatakan boleh di jadikan deposit bayaran dan bayaran selebihnya boleh di bayar secara ansuran. Saya rasa tidak sedap hati dan merasakan ada unsur penipuan.

Berbagai alasan saya beri tapi mereka tetap memaksa saya mengeluarkan duit untuk produk mereka. Untuk melepaskan diri, saya telah memberi mesej kepada kawan di pejabat untuk menghubungi saya. Mujurlah dia  membantu walaupun tidak tahu apa yang berlaku.

Selepas dihubungi saya menyatakan kepada staff tersebut bahawa saya terpaksa balik ke pejabat kerana ada mesyuarat. Saya menghubungi pula kawan baik saya di bilik sebelah. Dia yang terpinga-pinga mengiyakan tentang mesyuarat itu.
Selepas keluar dari pusat pelangsingan itu, saya menyedari  hal sebenar. Rupanya mereka juga memujuk kawan saya dengan ayat yang sama. Itu adalah kali pertama dan terakhir kami ke situ dan mana-mana pusat pelangsingan.

Saya sedar bahawa tiada yang lebih baik dari mengamalkan pemakanan sihat dan juga senaman yang berterusan untuk kekal langsing, cantik dan juga sihat.

Bagi mereka yang tidak tahu putar belit dan jujur tentu telah terperangkap. Iklan Pusat kecantikan ini sedang disiarkan oleh sebuah setesen TV.

Cukuplah maklumat saya beri setakat ini. Lain-lain perlulah Kementerian Kesihatan dan juga Polis Bahagian Jenayah Perdagangan menjalankan inisiatif jika mereka komited dengan tugas suci kepada rakyat.


22 comments:

  1. Yang pertama sekali Pihak Kementerian Kesihatan mesti monitor iklan di Radio Klasik dan juga bagaimana juruacara-juruacaranya boleh terlibat menjual iklan? Mereka tidak sewajarnya interviu pengusaha-pengusaha produk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stesen radio tu adalah salah satu sarangnya.

      Delete
  2. Aku masih ingat lagi dulu Akbar nyamuk, Akbar pembangkang Dan Akbar bebas semua ada siarkan iklan ubat kuat sex, alatan sex Dan siapa Nak dapat rawatan bomoh ketika era tun m dulu
    Apakah rakyat Malaysia berfikiran macam itu, itu aku cerita sejarah lama

    Sepatut semuanya ubat Dan barangan kesihatan kena mendapat kebenaran iklan kementerian kesihatan Malaysia kmm sebelum disiarkan
    Sepatut akta dah ada dimana iklan ada kena siarkan kena mendapat kebenaran kmm terlebih dahulu tapi kerana malas starsen TV Dan radio untuk mendapat Wang dengan cepat itu jadi nya

    ReplyDelete
  3. Dalam dunia teknologi maklumat tanpa sempadan sudah sukar untuk mengawal segala maklumat.

    Tidak adil juga untuk mengenakan syarat yang ketat kepada media berlesen sedangkan di media lain ia begitu bebas. Contohnya di fb, blog dan sebagainya. Malah sebahagiannya diluar bidangkuasa kerajaan untuk mengawal, mengenakan syarat atau mengambil tindakan.

    Fokus harus diberi kepada kuasa dan pengaruh yang paling utama iaitu mendidik.

    Kalau nak negara bebas rasuah contohnya, pemimpin kena tunjuk tauladan - bersih dan amanah.
    Kalau nak rakyat sihat, pemimpin kena tunjuk tidak seks rambang.
    Pemimpin jangan tunjuk contoh belanja jutaan ringgit sekadar untuk botok.

    ReplyDelete
  4. Menteri Komunikasi dari ulu Sabah bukan tahu atau tak ambil kisah tentang iklan karut marut di RTM kerana dia lebih aktif dengan politik.
    Orang Melayu nak lingkup ke ,nak mampuske atau nak kena tipu dengan iklan agama dan sebaganya dia peduli apa ,dia orang Sabah yang tidak ada perasaan pada rakyat Semenanjung.

    ReplyDelete
  5. Salah sistem pendidikan kita...belajar sampai U pon kena tipu dengan skim cepat kaya, kena kelentong dengan ularmak dan politikus dan nigerian black money, jadi keldai dadah. Bodoh tak boleh diajar

    ReplyDelete
  6. Sekarang kita membiarkan diri kita dibodohkan oleh orang Sabah,kita membiarkan Tun Mahathir pemimpin agung kita dihina dan diperkecilkan oleh orang Sabah yang baru kenal Kuala Lumpur.
    Kenapa kita harus membiarkan orang yang baru termadon menjajah pemikiran kita,membiarkan dia menggunakan agama untuk melalaikan orang-orang semenanjung dengan perubatan-perubatan yang tidak saintifik dengan berselindong disebalik produk kesehatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi mungkin ada siaran langsung perlumbaan formula k - lumba karabau dari kota belud dan kawasan2 sekampong dengannya.

      Delete
    2. aku rse x perlu nk point die dr sabah ke..org sabah nk bodoh kan semenanjung ke..x professional lgsg...bernas sket pasni k...

      Delete
  7. Shamsul Azmin, Melawati, Ulu Klang.17 October 2016 at 20:22

    Saya harap Kementerian Kesihatan mengeluarkan suatu panduan kepada orang ramai untuk mengenali antara produk kesihtan dengan produk perubatan.
    Banyak iklan yang berb u agama di Raio Kelasik mendakwa boleh mengubati rasdong(Sinus) dan lain lain.
    Adakah pegawai-pegawai berkenaan di Kementerian Kesihatan menerima sogokan untuk luluskan pengiklanan yang mengelirukan atau mereka sendiri adalah tidak mengenali antara produk kesihatan dengan perubatan.
    Jika mereka tidak mengenalinya maka berarti mereka tidak mengambil berat terhadap tugas kesihatan keatas rakyat.

    ReplyDelete
  8. Kalau tanya Adnan Satem, dia mungkin akan ini semua stupid! Macam dia kata neglecting english is stupid, tak recognize sijil sekolah persendirian cina is stupid. Dan orang2 umno semua diam ternganga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO bawah jibi memang stupid.
      Jamal ikan tongkol pon stupid.

      Delete
  9. Orang Melayu satu hal bila ostat kempen semua bagus halal.
    Si ostat pon berniaga cari fulus nak hidup selesa.
    Tak caya ostat nak caya sapa lagi?? Kan,kan,kan..??

    ReplyDelete
  10. panglimo potaseh18 October 2016 at 14:04

    Saya tak tahu apa masalahnya pada kaum saya dewasa ini. Dari segi sosial dan ekonomi mereka nampak maju. Yang kaya asyik mereka sahaja dapat projek, seolah-olah yang lain tak reti nak urus projek. Pegawai kerajaan yang berpangkat sikit, tampak kekayaannya lebih kuah daripada sudu. Prihal lebih kuah ini jika berlaku di wilayah kapir seperti Jepun, Korea, Australia atau Sweden .. sudah tentu Jabatan Rasuah mereka akan buat penyiasatan .. malangnya ditempat kita tak de peruntukan untuk para terlebih kuah ini.

    Lihat betapa sedikit masa dulu, seorang penyanyi meminta kongsi harta pecarian dari bekas suaminya .. seorang pegawai kerajaan gred B yang punya 8 bidang tanah di PJ, unit resort di PD dan Perak .. tapi apa tindakan SPRM, ia semacam masuk angin keluar asap je.

    Berbalik pada keadaannya iklan kesihatan dan perubatan kita. Obat kita sekali gus boleh .. yang hitam ndak di putihkan, yang gedempol nak dilangsingkan .. satu obat boleh kasi pulih memacam penyakit .. sapu je boleh kentot, boleh kendor otot, boleh baik ghaout, yg itam boleh putih cam cina, setan pon boleh takut dengan sapuan ini dan memacam kemujarapan lagi, yg tak boleh hidupkan yg dah mati saja.

    Saya juga ada pernah lihat betapa terdapat sehingga 8 ramuan didalam satu obat .. yg sahnya 2 ramuan adalah makanan nabi sebagai penyedap iklan. Kalau di ikut kaedah saintifik campuran elemen bio-kimia ini tak boleh di buat secara cincai je, macam tanak asam pedas. Jadi harapan si pengadu supaya pihak berkuasa seperti Jab. Kesihatan, Polis atau Jab. Penerangan untuk ambil pot tentang kegiatan penjual obat yg sgt berleluasa ini dapat di realisasikan.

    ReplyDelete
  11. Tan seri jangan salahkan iklan sebenarnya org melayu memang bodoh cepat pecaya cepat kesian suka hiburan suka rasuah suka dedak percaya cakap org pollitik walau dia tahu org politik itu menipu itulah dia org melayu memang selalu syok sendiri sampai bahasa dan negara tergadai

    ReplyDelete
  12. Saya harap tiap individu terutamanya kaum wanita yang membaca tulisan ini supaya memberitahu kawan- kawan supaya mereka tidak mudah terjerat tertipu dan menjadi mangsa ugutan
    Kita jangan harap telivisyen dan juga radio akan menyebarkan peringatan ini kerana mereka adalah ejen kepada penipuan.
    Kemenetrian Kesehatan dan juga polis tidak akan membuat kerja sukarela dalam hal ini. Marilah kita bertindak sendirian membangunkan kesedaran masyarakat.

    ReplyDelete
  13. Aposal nak bokotuntang pasal oghang malayu sekarang .
    Kalau dolu Tun M khobar oghang melayu pemaleh .. sekarang bilo oghang melayu agresib dan kreatib berniago disalahkan jugo ... kan mereng namo tu .
    Kalu yo boto ado nipu ..repot lah kek polis atau kpdnk .
    Janganlah sokek melayu niago ... dah jadi macam Star WCW lak ... anti melayu.

    Takyah susah2 ... poilah tengok cino niago .. adoko oghang dio kutuk sesamo sendiri ? ... takdo.
    Tapi yg pasti mereko takkan masok kodai oghang melayu .

    So camno nak sokong oghang melayu ?

    Waghih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poi pokan naik basikal
      Apo dayo engkau bangang
      Apo nak di kato
      Kalu buleh kau kerja kilang
      Dari makan dedak

      Delete
    2. Tolan jo plandok d bukit nipah sana waghih oiii

      Delete
    3. Yang baguih sokong..kalau tak baguih, nipu yo bek po sokong..bengong lak kau ni.

      Delete
    4. Pi jadi drebar taxi uber la waghih, #buat2pekerjaan ikut saranan mat maslan dan pm.

      Delete
  14. Ibrahim Ali mungkin akan dilantik sebagai Timbalan Presiden PPBM untuk mengukuhkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku presiden parti itu, sekaligus mengimbangi pengaruh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang dikatakan tidak berpihak kepada Muhyiddin. Namun, tiga hari selepas itu, Khairuddin segera mencantas spekulasi itu dengan mencadangkan nama Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengisi jawatan Timbalan Presiden PPBM.

    ReplyDelete