Sunday, 23 October 2016

"DI DEPAN API DI BELAKANG DURI" DISAMPAIKAN KEPADA TENGKU MAHKOTA

KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan Tan Sri Abdul
 Aziz bergambar bersama dengan buku Saya Bukan
Menteri dan Di Depan Api Di Belakang Duri

EDISI  INGGERIS SIAP TAPI GAGAL DITERBITKAN 

Presiden Mubarak Tan Sri Dato Sri Haji Abdul Aziz Rahman telah menyampaikan dua buah buku tulisan saya kepada KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah  selepas suatu majlis Tahlil di Masjid Negeri Kuantan  baru baru ini.

Dua buah buku itu ialah Kisah  Sejarah Utusan Melayu Di Depan Api di Belakang Duri dan juga Saya Bukan Menteri  memoir kehidupan yang dihasilkan sebagai Karyawan Utama  Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Universiti Utara Malaysia(UUM)(2010-2014).

Menurut Tan Sri Abdul Aziz baginda sendiri mahu bergambar dengan buku hasil karya saya itu. Saya amat berbangga kerana inilah diantara buku karya saya yang amat dekat dihati saya dibandingkan dengan lain-lain  buku.

Sebagai  seorang yang telah bekerja dengan Syarikat Utusan Melayu dalam dua zaman iaitu sebelum mogok bersejarah Utusan pada tahun 1961 dan sesudah Utusan diambil alih  sepenuhnya oleh UMNO bermula dari era Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman hingga ke era Mahathir, saya boleh mendakwa buku ini adalah mencatitkan sejarah paling lengkap Utusan Melayu sepanjang 70 tahun sejak dilahirkan di Singapura pada tahun 1939.

Buku ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunAbdul  Abdul Razak  sempena perasmian  bangunan baru Utusan Melayu pada Mei 2010 tetapi sayangnya terjemahan Bahasa Inggerisnya yang  siap serentak dengan edisi Bahasa Melayu gagal  diterbitkan.

Terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris telah dilakukan oleh Wan Hulaimi seorang bekas wartawan Straits Times  yang sudah lebih 20 tahun menetap  di London. Beliau telah pun menterjemahkan ke Bahasa Inggeris buku-buku saya Tun Razak :Jejak Bertapak Seorang Patriot (Tun Razak Profile of a Patriot) dan Mahathir Di Sebalik Tabir (The Other Side Of Mahathir).

Mereka yang telah membacanya menganggap terjemahan Wan Hulaimi  adalah excellent dan matchless tetapi sayang walaupun terjemahannya telah siap pada masa yang sama dengan edisi Bahasa Malaysia namun  kelemahan  pengurusan di Utusan Publication and Distributor telah menjadi punca kegagalan penerbitan secara serentak. 

Walaupun saya telah menghubungi Pengarah Urusan Utusan Melayu, Datuk Mohd Noordin Abbas dan juga telah berkali-kali menulis surat kepadanya tetapi tidak menerima sebarang jawapan hingga kini.

Bayaran terjemahan buku ini telah pun diselesaikan oleh Pengurus Utusan Melayu terdahulu dibawah pimpinan Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin tetapi sayang sekali sebuah terjemahan yang magnificent untuk  suatu record sejarah dalam bahasa Inggeris telah menjadi tidak bernilai kepada pengurusan baru Utusan Melayu.

Saya berharap Institut Terjemahan Negara Malaysia akan dapat mengambil alih tanggungjawab untuk mempastikan penerbitannya kerana tidak ada sekatan dalam perjanjian bagi pihak lain menerbitkannya.    
Buku Mahathir Di Sebalik Tabir & Tun Razak : Jejak Bertapak Seorang Patriot terjemahan Wan A.Hulaimi

81 comments:

  1. ZAM, sejujurnya apa perasaan ZAM bila Utusan dicaci maki, diperlekeh dan dihina dina oleh masyarakat Malaysia termasuk2 mereka2 yang menulis komen dalam blog ZAM. Adakah ZAM bersetuju dan merasakan ia wajar atau sebaliknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam keadaan sekarang saya rasa ada kewajarannya kerana Utusan tidak berlaku adil kepada pembaca dengan hanya memberikan berita sebelah pihak seperti yang dilakukannya sekarang.Kita tak tahu apa yang pembangkang kata tetapi kita hanya baca jawapan menteri dalam Utusan.
      Semasa saya menjadi Ketua Pengarang walaupun pun menyokong UMNO tetapi tidaklah menjadikan akhbar sebagai suara parti sama seperti Harakah kepada Pas tetapi sekarang Utusan tidak lebih seperti Harakah kepada UMNO
      Saya bukan sahaja tidak tunduk kepada tekanan pembangkang tetapi juga kepada orang dalam parti yang mahu menguasai Utusan. Maka itu saya disingkirkan. bacalah Sejarah Utusan Di Depan Api Di Belakang Duri.

      Delete
    2. Saya sudah membaca 'Di Depan Api Di Belakang Duri' sebaik saja ia mula dijual.

      Saya setuju dengan pandangan TSZam... "Saya bukan sahaja tidak tunduk kepada tekanan pembangkang tetapi juga kepada orang dalam parti yang mahu menguasai Utusan."

      Sebaliknya Najib yang terhegeh-hegeh tunduk kepada tekanan Bersih untuk:-

      - menghapuskan ISA & EO yang menyebabkan samseng & geng kongsi-gelap terpaksa dibebaskan.

      - menggunakan dakwat kekal dalam PRU. (Siapa dapat AP untuk import dakwat kekal ini, dari India, tidak dihebahkan kepada Rakyat)

      - hapuskan Akta Hasutan... Nasib baik dibatalkan pada saat akhir setelah terima banyak bantahan.

      Bermakna... Bersih telah berjaya memperolehi sebahagian dari apa yang dituntut dari Kerajaan.

      Orang Melayu ditakutkan kepada DAP... tetapi Najib seolah-olah, amat bertolak-ansur apabila berunding dengan Kerajaan PAP Singapura. Mungkin UMNO-Najib terlupa bahawa DAP adalah jelmaan PAP setelah Singapura tersingkir dari Persekutuan pada 1965.

      Selama 22 tahun, Dr.M gagal mencapai persetujuan, bila berbincang atau berunding dengan mereka. Tetapi.. Najib dengan begitu mudah:-

      - tukar tanah KTM dengan tanah-lain sehingga 'terlupa' bahawa di KL juga DBKL mengutip 'cukai-pembangunan' yang tinggi kepada pemilik-tanah yang mahu membina bangunan. Ada sekatan terhadap berapa tinggi bangunan boleh dibina.... dan lain-lain lagi yuran pembangunan-tanah. Dengan nilai ringgit yang sangat rendah berbanding SGD, sudah tentu tanah itu menjadi 'Gajah-Putih' yang akan dibebani... cukai.

      - pembatalan Jambatan-Bengkok lebih banyak menguntungkan Singapura. Bayangkan berapa banyak Marina akan tumbuh sepanjang pantai Semenanjung, jika Tambak Johor dirobohkan. Orang-kaya di Malaysia boleh labur dalam bidang Pelayaran, membawa pelancong belayar dengan kapal mewah atau sederhana-mewah, menyusuri perairan Negara, berlabuh di jetty-jetty & menginap sehari-dua, sambil sight-seeing... dari Kota Baru, Kuantan, Tioman, Mersing, Pantai Lido, Muar, Melaka, Port Dickson, Port Kelang, Pangkor, Pulau Pinang... Langkawi, dan menjana pendapatan Rakyat setempat.
      Jika ada penumpang yang mahu pulang ke Kota Baru dari Pulau Pinang, mereka boleh guna bas melalui Lebuhraya Timur-barat. (Grik-Jeli). Atau dimana saja destinasi yang mereka suka, mereka boleh suruh sana-saudara mengambil mereka pulang.
      Sudah tentu bisness Pelayaran ini membuka berubi-ribu peluang pekerjaan kepada anak-anak muda, dari ship-husbandry, kejuteraan enjin kapal dan shipyard.
      Kerajaan juga dapat kutip cukai dari keuntungan bisness pelayaran ini.

      Delete
  2. Tidak pula saudara ceritakan bagaimana perjalanan buku itu boleh sampai ke tangan TM Pahang.

    Adakah saudara berhajat menghadiahkannya melalui TS, atau buku itu adalah cenderahati TS sendiri kepada TM.

    ReplyDelete
  3. Rakan rapat saya sejak di Dewan Negara yang juga Presiden MUBARAK Tan Sri Abdul Aziz telah menyampaikan kepada saya hasrat KDYTM Tengku Mahkota Pahang untuk mendapatkan buku itu dan saya meminta beliau untuk menyampaikannya kepada baginda.

    ReplyDelete
  4. TS Zam, adakah cubaan Mahathir selaku PM utk mengongkong Utusan supaya menjadi akhbar parti dipersetujui oleh Zam, atau Zam rasakan tindakannya itu tidak betul atau tepat..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara telah membuat persepsi yang salah samasekali.Mahathir tidak pernah cuba mengongkong Utusan supaya menjadi akhbar parti. Ini hanya berlaku apabila Mahathir menyerahkan tanggungjawab medi kepada Timbalannya Anwar Ibrahim dan kerana saya tidak bersetuju dengan beberapa percubaannya termasuk untuk memasukan saya dalam campnya maka saya disingkirkan dari jawatan Ketua Pengarang.
      Bila orang-orang UMNO termasuk MB tertentu membantah penyiaran interviu dengan Nik Aziz MB Kelantan oleh Utusan, say telah beretanya apakah pemimpin UMNO mahu Utusan dibaca oleh orang UMNO sahaja? .Mahathir menyokong saya.
      Mahathir juga secara konsisten mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua pengarang semua akhbar pada setiap bulan dan terbuka mendengar fikiran kami dan memerima pendapat kami.
      Keadaan yang paling buruk dalam sejarah kebebasan kewartawanan di Malaysia adalah sekarang

      Delete
    2. Saya rasa itulah satu bentuk putar belit Mahathir yg modus operandinya tetap sama semenjak dulu. Untuk mengongkong utusan, dia serahkan kpd Anwar utk bertindak. Utk Memali dia serahkan kpd Musa Hitam. Untuk Ops Lalang dia serahkan kepada orang lain supaya di masa akan datang namanya akan bersih dan org2 itu semua yg akan dikambing hitamkan.. Dalam menurunkan Ghafar secara halus pula dia menggunakan Anwar. Itulah antara sisi2 hidup Mahathir yang jarang ditilik manusia.

      Delete
    3. Saudara Anon 22:10, tolong hormat Tun MUSA HITAM, ANWAR Ibrahim DAN Arwah Tun GHAFAR BABA. Mereka bukan patong yang boleh diarah-rahkan sesuka hati. Jika mereka patong, tentu mereka masih lagi kekal sebagai TPM bukan keluar separuh jalan.

      Delete
  5. Kalau majoriti orang melayu kampong tau baca omputih, umno dah lama bungkus. Anak2 kampong masih idamkan ke mrsm, sekolah berasrama penuh....anak2 pembesar umno masok international school, mckk pon tak pandang dah.

    ReplyDelete
  6. Itulah dia akhbar melayu mereka hanya pentingan membodek tetapi tidak pernah memikirkan untuk memperjangkan dan perasaan hati org melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud anda, ketika ZAM menjadi ketua pengarang Utusan dulu pun peranannya membodek juga ke NordinaBilah? Atau mcm mana? Mohon pencerahan.

      Delete
  7. Salam TS Zam
    Jenuh saya mencari kedua-dua buku TS ni tapi tak jumpa. Di mana dijual di KL? Kat MPH, Popular atau Times Bookstore takde ke? At least kalau ada book sales bolehlah dibeli diskaun.Kat Kedai buku 1Malaysiapun takde
    Ke?
    Mengenai Utusan,adakanh censorshp atas arahan Najib atau PMO? Atau reporters or Editors yang self-censorship. Kadangkala kita sendiri yang takut.Thanks.

    ReplyDelete
  8. Cuba saudara lihat dibahagian atas blog ini sebelah kanan bagaimana mudahnya saudara boleh mendapat buku "SAYA BUKAN MENTERI."

    ReplyDelete
  9. Saya baru selesai baca buku, 'Saya Bukan Menteri". Memang bagus isinya. Seronok membaca kisah-kisah yang diceritakan. To be honest, i like your style of writing. Keep up on writing ZAM.

    Dan satu lagi you dan Tun Dr M adalah antara idola saya dalam politik dan penulisan. Kebetulan you both adalah dari keturunan mamak.

    So pada mereka di luar sana jangan suka perlekeh kaum mamak.
    Hahaha....

    ReplyDelete
  10. Saya mengagumi dan sering mengikuti penulisan Zam. Khususnya cara penulisan Tan Sri untuk melontarkan idea kepada orang ramai dengan metaforanya tersendiri.

    Tertarik saya dengan satu penulisan yang menyatakan bahawa walaupun zam tidak belajar di peringkat tinggi tetapi penulisan zam mempunyai kelasnya tersendiri.

    ReplyDelete
  11. Tu dia...tun dah publish 2 surat dari musa hitam masa musa jadi tpm, berkaitan ku li. Main main dgn orang tua tu, dia punya otak still sharp. Always trust a doctor...but a lawyer..hmmm?

    ReplyDelete
  12. Tak salah saya zam 'dulu utusan semua berpegeng pada ideologi Sukarno pancasila tapi sekarang anak sukarno cukup memalukan mereka sekarang mereka berpegang pada ideologi nepostism utara hanya anak beranak kuasai parti pdi, di Malaysia paling banyak menamalkan ideologi nepostism utara Parti dap,pkr Dan ppbm.

    utusan dibeli umno baru ia berjaya di selamatkan dari ideologi pancasila, tun m cuba bawa ideologi nepostism utara dengan bertahun2 ideologi diserap mula2 dengan menbetuk golongan fanatik hingga sehingga mereka akan cakap ada Institut Dr mahathir, di Russian mereka menbetuk golongan fanatik dengan ada institut starlin bagi menjalankan propaganda komunis, di Korean utara ada inStitut kim jong bagi menjalankan ideology nepostism utara, rakyat dirusia mereka musnahkan institut Stalin sebab tak nak rakyat rusia begitu fanatik pada Stalin telah mati Dan komunis dihabis.

    Apakah rakyat Malaysia diajar supaya fanatik pada pemimpin angap diri mereka sebagai dewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf cakap, cerita dongeng kau dah capai tahap SIAL!

      Delete
    2. Rakyat bijak, boleh menilai bahawa kau 22.02 ni merapu sejak zaman berzaman.

      Delete
    3. Hanya orang bijak tahu siapa tun m dia bukan diktator dia Supreme leader.
      Maklumlah Korean utara mana pakai perkataan diktator jadi tun m tak penah akui dia diktator
      Malah rakyat pun tak penah akui tun m diktator.

      Jadi tun m bukan diktator di Supreme leader, kepada rakyat Malaysia akui tun m supreme leader ok..

      Korang semua cari APA maksud Supreme leader..
      Di Malaysia hanya tun m je dapat gelaran Supreme leader

      Delete
  13. 2 words : free press. The country can only achieve develope status if the press is free. When that happens, people's mind will be free. Information flow will be smooth, fair, and devoid of all fairytales. Governments, be it federal, state or local, can no longer conduct their business as usual; they have to put the people's interest first. Fight for freedom of the press.

    ReplyDelete
  14. Saya adalah generasi kelahiran 1980an yang begitu meminati penulisan TS Zam. Kesemua buku yang disebutkan di atas ada dalam koleksi saya. Wira Tak Didendang juga saya miliki. Nostalgik juga bila dikenang, Mahathir DiSebalik Tabir waktu saya milikinya saya masih di alam persekolahan. Saya kumpul duit belanja harian. Wira Tak Didendang pula saya beli dengan duit biasiswa masa saya menuntut di Universiti.

    ReplyDelete
  15. Terima Kasih Fendi tetapi buku Wira Tak Didendang saya kira hanya brief of history yang kurang bermutu. Namun saya bdpuas hati dengan Mahathir di Sebalk Tabir dan Tun Abdul Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya yang menghargai sejarah dan tiada pengalaman 'on the scene' maka Wira Tak Didendang itupun sudah saya kira bagus kerana ianya sejarah yang tidak juga diceritakan secara jelas oleh media apalagi subjek Sejarah di sekolah. Buku Tun Razak: Profile of Patriot saya beli sewaktus aya sudah bekerja kerana harganya sedikit mahal tapi kualitinya cukup memuaskan dengan dipersembahkan dalam bentuk yang eksklusif, sepadan dengan 'nilai' yang ada pada Tun Razak. Lupa pula, buku Mahathir Bukan Kawan Saya juga saya ada. Rasanya semua yang TS Zam tulis dan terbit, saya pasti ada. Terima kasih banyak kerana membuatkan saya generasi kelahiran 1980an yang celik sejarah dan susah senang pembinaan negara bangsa kita ini. Sedih kerana negara yang berpotensi besar ini seakan berjalan ke belakang pula selepas bersaranya anak Kedah yang seorang itu.

      Delete
    2. Banyak peruntukan utk rakyat dalam Bajet 2017. Susah nk dpt peruntukan sebegitu pada zaman Mahathir kerana habis disapu kroni2 Mahathir semuanya. Bagi pentaksub Mahathir, peruntukan seumpama itu dikira dedak. Bagi yang miskin dan memerlukan, ia satu rezeki dan rahmat Allah salurkan kepada merela melalui kerajaan Najib. Pentaksub Mahathir tak nampak semua itu kerana mereka dijamu dedak first class selama 22 tahun.

      Delete
    3. "Banyak peruntukan utk rakyat dalam Bajet 2017. Susah nk dpt peruntukan sebegitu pada zaman Mahathir kerana habis disapu kroni2 Mahathir semuanya.."

      - Macamlah bajet yang dibentangkan oleh Menteri-Menteri Kewangan sebelum ini tiada peruntukan untuk rakyat.

      Delete
    4. anti pemakan dedak.26 October 2016 at 00:56

      Alahai..Anon 14.50..

      Apa yg ko faham pasal sngat pasal budget....hingga ko betcerita dan merapu2.

      Ko memang bengap....tak faham apa2 pun
      .
      Tulisan ko standard Mat Rempit...yg ko tahu kutuk Tun sahaja....itu modal lama... dah basi.

      Ko tiada isi nak defend Bugis HZ ko...sebab dia laki bini sudah penuh dgn keaiban setelah dibogelkan oleh WSJ....Sarawak Report ...Kerajaan Singapura...DOJ.
      .dan media2 asing.

      Ko kutuk Tun pun tidak akan merubah kotoran yg busuk dan jijik Boss Bugis HZ ko.

      Ko faham.
      Yg taksub dan bebal tu adalah Ko sebenarnya.

      Delete
    5. Sungguh hebat dedak 22 tahun Mahathir. Sehingga jadi hilang pertimbangan mencaci, membebal dan membengapkan orang lain. Itu semua hanya penilaian politik semata2. Iaitu perbezaan pandangan politik masing2, menyokong tokoh masing. Maka yang emosional, jadi hilang adab tutur kata memaki orang bengap dan bebal melambangkan mentaliti pengikut2 Mahathir yang merasakan dirinya sentiasa di atas kebenaran. Saya simpati dengan nasib anda.

      Delete
    6. Tak perlu layan org mcm 14.50...IQ tahap baju merah jerr

      Delete
  16. Saudara Fendi kesedihan saudara adalah kesedihan saya malah kesedihan seluruh rakyat yang telah melalui dan mengenali sejarah kebijaksaan,kecekapan,kecekalalan,keberanian kepimpinan dan kita sedang melihat semua ini sedang runtuh yang digantika dengan kepura-puraan pembohongan,kebiadapan,ketidak jujuran yang diselimutkan dengan segala kekotoran dan najis yang amat menjijikan.
    Kadang-kadang kita terfiir bahawa kita bukanlah lagi bangsa yang bersejarah.
    Saya tidakj pernah merasa ini semasa zaman Tunku,Tun Razak, Hussein Onn,Mahathir malah di zaman Pak Lah.

    ReplyDelete
  17. Cocrection: Bukanlah lagi bangsa yang bermaruah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin dan pengikut mereka yg tak ada maruah. Rakyat biasa ada maruah.

      Delete
  18. Mungkin ZAM dah tua. Kata org makin bertambah usia makin mudah sensitif dan merajuk. Banyak2lah berdoa ZAM, taubat dan minta ampun dari Tuhan atas salah silap dan dosa2 silam. Semoga beroleh manfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dosa Najib lagi besar. Dosa terhadap 30 juta Rakyat Malaysia dan juga yang belum lahir. Interest keatas Hutang 1MDB saja... RM2.3 Billion setahun.

      Delete
  19. Zam, Kafir mana bagi nasehat ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib membazir WANG Rakyat... RM7.2 Billion... bayar Penasihat & Konsultan, dalam 5 tahun pertama beliau jadi PM. MatSalleh kaki-botol & berparty-liar pun dia percayakan untuk berinya nasehat.

      Kalau Najib boleh dengar nasehat Kapir, mengapa TS Zam yang bukan lagi pemimpin Negara Islam, tak boleh?Mengapa Cik Norlela tak tanya soalan serupa pada Najib?

      Delete
  20. Fakta yang disorok ialah Mahathir pernah menyebabkan negara kerugian hampir 100 billion dalam kes yang pelbagai. Skandal Forex Bank Negara, PKFZ, Perwaja, Proton dan bail out syarikat anak2nya dan lain2. Semoga Mahathir bertaubat dan insaf. Di dunia dia boleh lepas, di akhirat pasti tidak sama sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fakta disorok madey? Kalau disorok, cam nerrr kau tau? Isu ni semua madey dah jawab, dia kata kalu ada bukti, dakwa la dia. Kau ketinggalan.

      Delete
    2. 11.35 Fakta apa ?

      Delete
    3. 11:35 adalah contoh melayu bangsat penyokong penyamun dan ularmak palsu.

      Delete
  21. Berdasarkan Bajet 2017, seramai 1.3 juta pelajar pengajian tinggi bakal menerima kad debit pelajar untuk kegunaan membeli buku pelajaran, akses internet dan peralatan komputer.

    Syukur ada bantuan ini utk anak saya yang belajar di IPT sekarang ini. Sekurang2nya dapat ringankan beban saya menanggung keluarga. Teringat waktu saya belajar dulu tahun 80an 90an, tak pernah ada bantuan2 sebegini. Walaupun saya tak sokong Najib, tapi saya tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pimpinannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji dapat barang free jerr, korang happy habis. Patut la umno boleh survive. Ubah la sikit perangai, ni abad ke 21 dah, sampai bila nak tunggu benda free.

      Delete
    2. Teringat saya di tahun 90an dulu lepas grad, dalam sebulan dapat 5 atau 6 panggilan interview kerja; tak sampai 2 minggu lepas interview dapat tawaran kerja.

      Skrg ada 200000 graduan tak dapat kerja berpadanan dgn ijazah. Kalau anda benar2 seorang bapa atau ibu kpd anak yg belajar di ipt spt mana anda dakwa, anda sepatutnya runsing tentang masa depan anak anda di ipt tu. Sepatutnya laa...

      Delete
    3. Dedak eater detected! Apa kena mengena bantuan kad debit anak kau dgn meringankan beban kau tanggung keluarga kau? Anak kau dapat ptptn, beban kau terhadap dia dah kosong....zero. Aku pernah tulis kat sini, org yg baca blog ni dari kelas pertengahan yg berpendidikan. Aku rasa mamat ni org yg sama dgn fake sporean yg dapat gaji sgd8000 sebulan tapi nak migrate dr spore dulu.

      Delete
  22. Zam, berlaku jujurlah pada diri kamu. Tidak kira siapa pun yang jadi pemimpim baik Maharthir mau pun Najib, Kit Siang juga Mat Sabu.

    Berapa banyak harta yang dikumpul oleh pemimpin ini berbanding dengan upah mereka berkerja untuk rakyat.

    Mulai era Mahathir sebagai pemimpin bercambahnya sanak saudara, sahabat handai yang menjadi jutawan segera.

    Maka bermulalah politik wang termasuklah di pihak pembangkang.

    Jika Mahathir itu hanya seorang doktor swasta selama 7 keturunan lagi Mokhzani, Mirzan dan Mukhriz tak akan jadi Billionair segera. Tak perlu bersusah payah untuk putar belit dengan alasan rakyat bukan semua bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 18.22
      Kenyataan kamu ini seperti mau menghalalkan perbuatan najib ker????sebab tu Tun kata bawa semua ke mahkamah termasuk najib.....

      Delete
    2. Betul ITU tun m bukan diktator, tun m Supreme leader untuk mereka fanatik akan ikut nya hanya siapa pemakan dedak akan ikutnya Rakyat miskin dibiarkan, tak penah berlaku dalam sejarah duit cukai bagi pada Rakyat miskin walau pun 2.5 zakat sepatutnya mereka terima, dalam sejarah hanya najib bagi wang gst pada Rakyat balik 2.5% untuk Rakyat walau kita tahu get 6% selebihnya dibuat untuk pembangunan negara,gst menbayar 2.5% ITU zakat Dan jizyah mereka memelukan dimalaysia,

      sejarah tun m hanya lindungi orang kaya sampai ke mahkamah pun dia sangup lindungi kroni ITU Dan kepentingan diri dia pun sangup pergi jumpa orang main belakang di mahkammah.

      dulu ada cukai SST penah bagi pada orang miskin penah anda dengar SST ITU meringan bebah orang miskin tak penah saya dengar nya, penah anda dengar cukai SST ITU buat untuk Rumah PPR di Bandar tak penah saya dengar walaupun kita tahu Rumah PPR ADA Bandar tapi tak penah kita dengar nya cukai SST buat ppr Rumah.

      Delete
    3. 10.05...kau minum air ketum ke?

      Delete
  23. Korang semua dah baca surat tun musa hitam 'gulung tikar' ITU.
    Betul cakap orang tun m memaksa musa hitam berhenti Dan musa hitam dalam surat cakap dia minta 3bulan untuk berhenti sebelum dia dapat kerja baru,dari segi Cara penulisan tun musa ITU menunjukan tun m arah dia berhenti kerja . betul tun m memang supreme leader.

    Mungkin zam boleh siasat betul ke? Surat tun musa 'Tanya pada tun musa ITU ramai hak tahu Dan peanalisis luar sana pun nak tahu?

    http://chedet.cc/?p=2291

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bebalnya....

      Delete
    2. Ya ada baca, ada faham. Kau tak faham, sebab surat tu dalam english.

      Delete
    3. Anon 10.56, pentingnya kita belajar dan menguasai bahasa inggeris atau bahasa -bahasa lain, Jika tidak kita pintu maklumat kita akan terbatas.

      Delete
    4. Anon 10.56...aku tabik semangat kau mempertahankan umno dan najib. Tapi pakai otak sikit boleh tak? Kalau english kau lemah, tanya orang, tak salah. Ubah la perangai bodoh sombong kau tu.

      Delete
  24. Mmg benar org Melayu pandai berniaga dan berdikari. Buktinya Mokhzani, Mukhriz dan Mirzan semua jadi jutawan kaya raya sbb pandai berniaga. Bukan sebab ayahnya Mahathir. Kasihan para pemakan dedak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi isu 1mdb dan derma tak selesai, kredibiliti umno masih di tahap kosong. Hantam lah tun pagi petang siang malam pon...tak ada kesan. Bukannya korang tak pernah cuba...nazri pon dah senyap dah, give up dah kot.

      Delete
    2. Kalau anak-anak Tun,iaitu orang yang mengkayakan negara jadi kaya memang logik.Ini geng UMNO yang sekolah pun tak lepas boleh hidup kaya raya.Pandai sangatkah mereka berniaga?Anak tiri Najib buat bisnes apa sampai jadi kaya raya?Keluarga Rosmah tu orang kaya Nogori ke?

      Delete
  25. Banyak insentif utk penjawat awam dalam Bajet 2017. Saya bukan penyokong Umno dan Najib. Tak pernah undi Umno sepanjang hidup saya. Tapi selaku penjawat awam saya berterima kasih juga kepada kerajaan krn adat org Melayu ialah orang berbudi kita berbahasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus laa, sebab masa depan awak terjamin sampai mati....kalau boleh bagi nasihat kat rakan2 di pejabat jgn curi tulang, asyik sembang, selalu pi minum, dan jgn makan rasuah....ikhlas dari saya yg dah meluat dgn umno.

      Delete
  26. Umno ingat kita orang ni bodoh, sebab tu umno layan kita macam orang bodoh. Jangan lupa peringatan saya ni, ajar kat anak cucu sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Knp awk tak ajar anak cucu awk sendiri? Kerana anak cucu awk tak berkenan ke terima ajaran org yg bijak mcm awak?

      Delete
    2. 17.50 people like you will never ever realize how stupid you are.

      Delete
    3. Yo 17.50...pls enlighten us as to how calling others bijan will help umno?

      Delete
  27. Ada 13 alasan mengapa ramai yang bermaruah mahu keluar PPBM iaitu:

    a) PPBM tidak boleh pergi jauh dalam PRU14.
    b) Tiada pemimpin PPBM berpengaruh di negeri negeri
    c) Ramai pemimpin PPBM tiada pengalaman
    d) Ramai PPBM yang ada berpuak puak
    e) Masing masing ada misi peribadi dan mahu kekayaan
    f) PPBM gagal menjadi dominan dalam pembangkang
    g) PPBM tidak mampu gantikan UMNO
    h) PPBM akan pupus lagi cepat dari Semangat 46
    i) PPBM berada bawah telunjuk DAP
    j) PPBM sudah bersekongkol dengan peliwat (Anwar) dan perasuah (Guan Eng)
    k) PPBM adalah tempat terkumpulnya mereka yang kecewa dalam politik
    l) Secara purata umur pemimpin PPBM adalah 50an ke atas.
    m) PPBM adalah parti tua dan tiada masa depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu alasan kenapa anon 12.13 perlekeh bersatu:

      1. Umno dah panik

      Delete
  28. BERIBU AHLI PPBM BERSEDIA UNTUK KELUAR PARTI IKUT JEJAK KHAIRUDIN

    TINDAKAN anak didik Tun Dr Mahathir Mohamed, Datuk Seri Khairudin Abu Hassan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) amat mengejutkan ramai penyokong bekas Perdana Menteri itu.

    Masakan tidak, Khairudin yang dikenali sejak dahulu merupakan seorang 'budak suruhan' Mahathir yang amat setia sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita peribadi Pengerusi PPBM berkenaan.

    Logik akal, kenapa seorang 'budak suruhan' bertindak keluar serta merta dari parti pemimpin kesayangannya melainkan pasti ada yang tidak kena dengan parti dan pemimpin berkenaan.

    Walau apapun alasan yang diberikan kepada pihak media, yang pastinya tindakan Khairudin membuktikan di dalam PPBM sudah mula menular virus dan barah yang banyak 'memberi harapan palsu' buat ahlinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fandi Ahmed...kerana pemikiran orang macam awaklah, umno kini sekadar disokong mat rempit dan warga felda

      Delete
    2. Chehhh...no class punya propaganda si 12.16 ni...

      Delete
    3. Benarlah cakap peri bahasa
      'tok guru kencing berdiri ,Anak Anak murid kencing berlari'
      ITU perangai tun m dan khairuddin ITU 'sama2 menipu pada akhirnya dua2 melarikan diri sebab menipu ..


      Delete
  29. Betulkah?
    Apa yang Khairuddin terangkan, yang saya faham bukan begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa lah dia org ni kerja dia spin ...budak felda jerrr caya...macam si waghih tu. Kampong habisss. Si bahlol 09.59 tu pon sama, merapu tak sudah. Malu kita nak dekati umno lagi.

      Delete
  30. AsSalam TSZam.

    " Didepan api , dibelakang duri... " .

    Apo atau siapo ..?

    Ado pembahas khobar dio tu supreme leader ...
    Sekironyo dio nak ... dio akan lakukan.
    Makno eh itulah Tun M ...

    Tapi kebelakang ni sumo sentuhan dio berkocai ( cermin pocah seribu ) .
    Magis dan aura dah hilang ...
    Bak saperti tajuk ... sesiapo didopan dio teraso bahang api ... sesiapo dibelakang dio terkono duri ...
    Jadi ghamai yg melarikan diri ...

    Khai dah lari ...
    Yem mendiam diri ...
    LKS dah tak ambik peduli ...
    Nuar peliwat geli hati ...
    Zizah kipas diri ...
    Azmin syok sendiri ...
    Mat Sabu terkedik kedik ...

    Tun M terpakso berkepit samo Marina Chi.

    Apo nak jadi dongan ANC ni ...?
    Teraso api dan duri ...

    Waghih

    ReplyDelete
  31. Apabila Mahathir mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981, pemilikan korporat Bumiputera sudah pun 3%. Walau bagaimanapun, apabila Mahathir bersara pada tahun 2003, pemilikan korporat Bumiputera telah menurun kepada 2% dan bukannya mencapai 30% seperti rancangan asal. Dan Mahathir berbohong kepada kita dan menyatakan kepada kita, ia adalah 20% namun ia sebenarnya hanya 2% kerana dia memasukkan 18% yang dimiliki oleh negara seperti Pernas, Petronas, MAS, PKEN, dan lain-lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau pun berbohong juga.Semua penyokong Najib adalah bersubahat melakukan rompakan terbesar dalam sejarah dunia.

      Delete
  32. Troopers detected..

    ReplyDelete
  33. Ni sah-sah komen pendedak ni. Nama pun nak dekat sama dengan regular commentor di blog Zam iaitu Fandi Ahmad. Kalau ya pun tulislah nama yang lain sikit. Yang lebih original. Ni nak jugak tiru nama pengomen setia blog Zam. Kononnya nak tunjuk komen haprak kau tu ada credibility.
    Aku ingat komen kau nu kau print kat atas sekeping kertas dan flush dalam toilet ala-ala Jamal Jamban..

    ReplyDelete
  34. Orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan menafikan sesetengah tuduhan yang mendakwa bahawa beliau sengaja mensensasi keluar daripada PPBM bertujuan untuk mencemar imej parti.

    Apatah lagi, katanya, beliau lebih lama berjuang berbanding dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    “Bukan niat saya untuk mencemar imej parti kerana saya adalah orang yang paling awal berjuang. Kalau nak banding dengan Tan Sri Muhyiddin pun, saya lebih awal daripada TS Muhyiddin,”kata kepada pemberita ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

    ReplyDelete
  35. Selain Datuk Khairuddin Abu Hassan, orang kuat Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir iaitu Saheme Hashim juga turut mengumumkan keluar daripada PPBM.

    Saheme adalah Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kedah dan Kelab Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir.

    ReplyDelete
  36. Lihatlah nasib parti mee segera PPBM yang ditubuhkan atas matlamat yang kabur tanpa ideologi yang jelas. Ia akan lebih segera berkubur berbanding S46. Mungkin inilah angka berjuta2 yang dimaksudkan oleh Fendi Ahmad dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 08:47,...kau tulislah puas-puas.Jangka hayat UMNO dan Barisan Najib akan tamat tak lama lagi.

      Delete
  37. Yang coba melaga-lagakan pemimpin PPBM ialah orang-orang luar khususnya UMNO.
    Tak perlulah masuk campur urusan rumah tangga orang.

    ReplyDelete