Sunday, 9 October 2016

ANTARA PUTARBELIT MAMAK MAHATHIR DAN SANDIWARA BUGIS YANG MENGHAKISKAN KEYAKINAN

KOMEN TERPILEH:
NAJIB PERNAH TUMBANGKAN KERAJAAN HALAL
Najib pernah tumbangkan kerajaan pakatan di Perak, mengikut undang2 dan perlembagaan negeri. So, apa masalah kalau tun nak tumbangkan kerajaan bn cara yang sama, mengikut undang2 dan perlembagaan malaysia? Melompat parti tak salah. Cuba dapatkan campurtangan agong berlandaskan perlembagaan tak salah. What seems to be the problem here? Do you even know what you are talking about anon 20.55?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mestilah beterus terang kepada rakyat tentang keadaan ekonomi sekarang supaya rakyat  bersedia untuk menghadapi keadaan yang lebih buruk.

Apapun cerita-cerita besar Najib tentang kesihatan ekonomi tetapi ahli perniagaan, golongan profesional dalam beberapa sektor terutama dalam bidang petroleum, mahasiswa dan mereka yang bergantung kepada peluang-peluang perniagaan dan pembayaran dari kerajaan amat merasakan keadaan sebenar yang menggigit mereka.

Dalam menghadapi keadaan ini, apapun dikatakan orang tentang GST tetapi saya melihatnya sebagai suatu kewajaran terhadap peniaga-peniaga yang selama ini mengelak cukai dari kerajaan dan menjadi penyelamat kepada ketenatan ekonomi sekarang.

Walaupun keadaan ekonomi kini  tidak seburuk 1997 tetapi masalahnya ialah kepimpinan negara tidak pernah menghadapi kehilangan deposit keyakinan rakyat atau deficiency  of trust seperti yang dialami oleh Perdana Menteri sekarang (Datuk Seri Najib) dibandingkan dengan lima perdana menteri sebelum ini.

Semuanya berpunca kepada ketidak matangan dan ketidak bijaksanaan serta kegelojohan  dalam menguruskan propaganda dan informasi dari slogan "I Love You" sampai kepada PM bercakap bagi pihak Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung.

Memburukkan lagi kredebiliti kenyataan ini adalah oleh kerana didahului oleh komen mengenainya oleh Raja Petra bloger kontroversi sehingga rakyat dapat merasakan Najib terpaksa bergantung kepada apa sahaja dalam keadaan lemas.

Pengurusan informasi  di bawah Era Najib dirasakan oleh rakyat sebagai permainan silap mata atau penjual ubat di pekan sehari. Tidak pernah sebelum ini seorang setiausaha akhbar PM membuat kenyataan politik bagi pihak Perdana Menteri tetapi ini berlaku di era Najib.

Hakisan kredebiliti Najib  bermula dengan hasratnya  untuk mempamerkan kepada dunia dan rakyat negara ini  liberalisma, demokrasinya yang lebih baik dari Perdana-Perdana Menteri dahulu. Ia mulanya dirintis oleh Abdullah Badawi untuk menunjukkan Mahathir adalah authoritarian atau diktator atas nasihat menantunya Khairy Jamaluddin.

Untuk menunjukkan lebih progresif, lebih liberal demokratik  dari Pak Lah, Najib  menghapuskan ISA untuk menang pilihanraya tetapi belum sempat rakyat menikmatinya, Najib telah memperkenalkan NSA(National Security Act) yang lebih menggerunkan rakyat kerana Najib dapat merasakan penghapusan  ISA lebih mengancam bangsa dan negara.

Di bawah demokrasi NSA, rakyat dapat melihat baju merah bebas untuk memukul dan mengancam baju kuning.

Bila sahaja ISA dihapuskan Najib menubuhkan Majlis Perundingan Perpaduan (National Unity Consultative Council)   untuk menyediakan blueprint bagi mempromokan perpaduan rakyat  tetapi majlis itu sekarang seolah-olah mati tak berkubur kerana suara bebas dari majlis ini boleh mengkuburkan kerajaan kerana pemilihan anggota dari orang-orang yang liberal.

Berikutan dengan kegagalan ini  "Luncai-Luncai" yang terus tidak dapat merasakan akibatnya, telah meminta pula akhbar  The Star menginisiatifkan gerakan G25 yang menunjulkan  "Orang Putih Celup" untuk menjual liberalisme kehidupan Barat kepada rakyat Malaysia dan untuk menunjukkan kerajaan BN adalah liberal dan demokratik.

Dalam masa yang sama berbagai provokasi di jalankan oleh akhbar Star terhadap  orang Melayu dan Islam dengan menonjolkan  ketakutan dan kejijikan Melayu kepada anjing walaupun ini telah diterima sebagai budaya hidup bersama di negara ini. Beberapa orang Melayu yang sanggup jadi barua dalam soal ini telah digunakan.

Akhrinya G25 ini hilang dan Jaguh utama mereka Datuk Wong Chun Wai CEO Star terpaksa sepi membisu sebab terlihat oleh Najib  gerakan ini memakan diri.

Sementara itu Global Movement of Moderation yang di pengerusikan  oleh Tan Sri Razali Ismail yang juga WOG(Western Oriented Gentelman) yang menampakkan pemikiran-pemikiran yang tidak berjijak kepada kesederhanaan negara ini segera  diimbangi dengan  CEO yang berasal dari PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Terakhir sekali yang menggemparkan rakyat, Najib telah bercakap bagi pihak Seri Paduka Yang Dipertuan  Agung dalam hal yang berbau politik berikutan dengan  pertemuan Mahathir dengan baginda  kerana jika PM  mendiamkan diri maka mungkin orang ramai akan menyangka  Seri Paduka bersetuju dengan Mahathir.

Tetapi masalahnya sebelum itu Raja Petra seorang blogger yang kredebilitinya  telah noted dikalangan ramai  lebih dahulu mendedahkan pertemuan  Mahathir- Seri Paduka dan isu  yang mereka bincangkan. Raja Petra pernah disiasat oleh polis dan pernah menimbulkan masalah kepada Najib dan pemimpin  UMNO pernah meminta supaya dia dibuang negeri.

Kenapa Datuk Seri Najib tidak mendahului  Raja Petra. Tidakkah PM mendahuli orang lain dalam mendapat maklumat? Dalam hal ini Raja Petra mendahului Najib.

Satu persatu yang saya sebutkan itu adalah  siri hakisan keyakinan rakyat kepada Datuk Seri Najib yang sukar  untuk dipulehkan.

Walaupun mamak Mahathir juga melakukan berbagai putar belit politik  tetapi beliau lebih banyak menanam dan menyuburkan keyakinan diri dikalangan generasi baru, rakyat  dapat merasakan kebesarannya,berbangga dan bermaruah dibawah pimpinannya, rakyat percaya Malaysia Boleh tetapi apa yang dilakukan oleh Najib menghakiskan satu demi satu keyakinan yang telah dibina  di kalangan rakyat dari sejak Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan hingga kepada Tun Mahathir.

69 comments:

  1. Cerita dongeng yang Raja Petra Kamaruddin sampaikan berhubung dailog antara YDP Aggong dan Tun Mahathir amat sinonim sekali dengan cerita olamak kemetot PAS Mokhtar Snake yang bermimpi berjumpa Nabi sebulan 3 kali tu.....

    ReplyDelete
  2. Apa ko melalut ni org tua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak melalut pun.

      Yang nyanyuk ialah mak bapak kau Anon 1500. Dah nak mampus???

      Delete
  3. Salam Tan Sri.

    Tajuk Topik sdra Zam agak mengelirukan.
    Apa yg 'Putar Belit' sdra maksudkan tentang Mahathir....minta pencerahan lanjut.

    Atau adakah sdra ada sebarang mesej tetentu hingga menuduh Mahathir 'berputar belit'.

    Minta pencerahan.

    ReplyDelete
  4. A’kum Dato’ Zam,

    Raja Petra melakukan amalan fitnah di England terhadap Sarawak Report kena saman oleh Kerajaan British.

    Beliau terpaksa minta-maaf kepada Sarawak Report kerana melakukan amalan fitnah. Mungkin beliau takut kalau kena tendang balik dari kerajaan British.

    Saya tengok gejala fitnah semakin menjadi di Malaysia berbanding dengan zaman Mahathir.

    Zaman Mahathir tidak ada Jamal Ikan Bakar dan Ali tinju. Ekonomi tidak teruk sangat. Tak banyak rasuah seperti sekarang. Perkauman pun tidak seteruk sekarang. Biasiswa pun banyak. Tidak ada GST. Nama negara semakin mahsyur.

    Zaman sekarang, hidup orang melayu lebih susah berbanding dengan dulu. Hutang negara pun semakin meningkat. Simpanan negara (Foreign Reserve) semakin jatuh. Rating ekonomi semakin jatuh. Rating rasuah semakin naik. Nama negara semakin buruk disebabkan skandal 1MDB hingga sampai ke Amerika dan Eropah.

    Kita boleh bandingkan zaman Tun M dan Najib yang mana lebih baik.

    ReplyDelete
  5. Zam, hang pun satu kapai dengan Madey. Karanglah panjang berjela-jela. Jika orang dah mula benci dengan perangai Madey yang semakin haloba hang buatlah apa pun orang tak berkenan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keadaan adalah sebaliknya.Hang menulis untuk seronokan diri sendiri tetapi hakikatnya tidak sahaja orang muda tetapi veteran UMNO juga menolak Najib di mana-mana.

      Delete
    2. korang buat kajian mendalam era tun m ITU
      Dizaman tun m pada 80an
      Dizaman 80an hampir2 kehilangan sokong pada golongan muda dan veteran umno di sebab pemusuhan dia dengan kuli lepas ITU Kelantan jatuh ketangan pas,
      APA Cara tun m gunakan Anwar untuk menarik golongan muda mendekati umno,
      Mungkin zaman 90an era kegemilangan anwar menarik golongan muda pada umno, mungkin cuba zam berfikir pada tahun 97-98 ketika rata2 golongan muda terarik memasuk refomasi ketika ITU mereka bangku sekolah mereka sangup pergi merusah berfefomasi sebabnya mereka benci pada Dr mahathir..
      cuba bayangkan Lima tahun kemudian budak tingkatan 3-5 tahun 97-98 ITU undi lepas ITU terengganu jatuh tangan pas bagi pas pandai ambil peluar ini dengan mengunakan pemusuhan anwar Dan tun m, pas juga mengunakan golongan muda untuk berkempin memasang bendera Dan ceramah agama berorentasi lawak walau pun upah hanya budak2 ini hanya nasi bungkus Dan ustaz berbayarkan 300rm untuk ceramah ini mereka berjaya menarik golongan muda menyokong pas ini.
      Cuba anda perhatikan dap cuba mendekati mengunakan golongan agama yg muda di univesiti sama seperti pedekatan yg pas lakukan ketika era 80an lagi adakah..

      Rata2 budak kemahiran mlvk semua menbenci tun m ITU setelah mereka dapat tahu tun m menbuat exparimen pada pusat kemahiran mlvk swasta ITU tahun 95-2002.

      Saya melihat najib cuba tetengahkan kj Dan ikon lain golangan muda ahli sukan, seperti tun m lakukan pada anwar itu,
      Tun m bukan suka bersukan dihanya minat sukan badminton Dan suka kuda, pada golongan sedeharnan mana suka suka kuda ITU rata2 untuk orang kaya, cuba anda fikirkan sekor kuda boleh cecah ribuan Dan jutaan RM untuk cuburi suka ITU, rata mereka angap tun m bukan ikon pemimpin suka bersukan pada golongan muda.
      Jika lihat anwar pun bukan suka bersukan tapi minat sukan main belakang,APA golongan muda suka pada anwar di pelawak terkenal dikalangan ahli politik golongan muda pasti suka lawak dia sebab ITU orang undi anwar sebagai undi popular maharaja lawak je..

      Sepatut kita najib sepatut ketengahkan golongan muda umno dalam di univesiti dan intitusi kemahiran, ia kita dalam univesiti, umno kena menarik golongan professional Dan budak kemahiran supaya monyokong umno ITU balik.



      Delete
    3. TS Zam, ada juha anjing dlm blog TS. Anon 1619 seeokkr anjing yg penakut. Blog TS Zam punya, suka hati TS Zam nak tulis apa pun hatta pendek ka panjang. Bukan spt Anjing, menyalak mcm bodoh. Ni Anjing Kurap mcm Jamal Ikan ka? Shoo...shooo

      Delete
    4. TS Zam,
      Awat nana dok lepas mamak bangla masok mai dalam blog nana..
      Takut nanti dia kucai habih jadi dalca atau buboq sora...

      Delete
    5. 16.19
      haloba kat mana tuan? tanya pasai 1MDB tu haloba ka? yg curi duit 2.6b, 42j duit kwap tuan tak panggil haloba pulak..kalau banyak dok baca utusan..mai mana ni..apa dia buat ke arah tu ka? org makin benci najib ada la..tuan saja dok spin pusing sana sini..ni tak mau sebut pasai campurtangan asing ka? DOJ, Swiss AG? merepek biaq bertempat..

      Delete
  6. Tulisan terkini terbaik dari TS.

    ReplyDelete
  7. Salam Tan Sri.

    Maaf bertanya dan minta pencerahan lanjut tentang nukilan sdra dlm topik ini.

    Penutup paparan sdra tidak selari dgn Tajuk Topik..."Antara Putar Belit Mamak Mahathir...."

    Malah ada kontradiksi....kerana sdra menekan tentang kekuatan PM2 sebelum ini hingga ke Era Tun Mahathir yg baik dan berjaya....tetapi bila sdra menulis dan melabel 'Putar Belit' pd beliau.... sy rasa tentu ada sebab tertentu.....sebab Tun tidak 'putar belit' tetapi tegas.

    Tidak adil bagi sdra meletak taraf putar belit terhadap beliau sama kategori dgn Mappadulung Haram Zada...kecuali sdra ada sebab2 tertentu....jika ada fakta sy minta pencerahan.

    Jika tiada....adalah baik jika sdra kekal sahaja dgn 'journalism berintegriti' kerana itulah sdra yg sy kenal tanpa rasa takut pd sesiapa.

    Sebab sebelum ini RPK pernah menuduh sdra org Tun M yg sy dan umum tahu adalah tidak benar.
    Tetapi sdra tidak perlu menafikan apa2 dgn cara yg begini.

    Tidak adil dan tidak patut memberi gambaran yg mengeliru atau negatif lebih2 lagi dari sdra yg terkenal dan profesional dlm 'journalism berintegriti'.

    With due respect to you.
    Maaf sekali lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wanita bila tua akan alami 'menopause',manakala lelaki pula alami 'andropause'.Bak kata Pak Ali,...sasterawan ada yang alami neurosis,....kalau tak menulis dia sakit.Andropause bergabung dengan neurosis,....apakah hasilnya?

      Delete
  8. Maaf saudara MSH saya tidak taksub kepada Dr.Mahathir seperti saudara atau lain-lainnya. Mahathir berjasa besar khususnya kepada saya tetapi tidak sampai kepada peringkat saya tidak dapat melihat beliau sebagai seorang ahli politik yang smart dalam dalam usaha untuk survivalnya dan juga dalam usaha membantu rakan dan keluarganya sendiri.

    Bagaimanapun apa pun yang dilakukannya jasanya adalah lebih besar sehingga dapat menutup segala kesilapan dan putarbelitnya..
    Najib dan luncai-luncainya tidak mungkin akan dapat menutop semua jasanya.
    Saya tidak mahu berhujjah panjang dalam soal ini tetapi saya tahu Mahathir luar dalamnya.
    Mahathir juga berubah sebagai manusia setelah menjadi Perdana Mengeti.Kepercayaan kepada metrialism terlalu tingg.

    Pada jemputan perkahwinan anaknya yang pertama dia menulis pada kad jemputan " Jangan membawa sebarang hadiah" tetapi tidak kekal seperti pendirian Lee Kuan Yew di Singapoura.

    Cukuplah setakat ini.Saya tetap lebih menghormatinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TS,
      Kalau nak ceta biaq bagi habih org kedah cakap. Kalau tak jangan ceta.. Kalau rahsia sangat org tua calap biaq pecah diperut jngan pecah dimulut. Jangan ceta langsung biaq sampai kita mati...

      Delete
    2. Putar belit dalam konteks mahathir kalau diterjemah ke inggeris ialah paradox

      Delete
  9. Màaf Tan Sri , adakah ini aproach baru yang diharap dapat menarik perhatian pembaca?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kira saudara seorang yang bijak dalam memahami pendekatan saya.

      Delete
  10. Adalah terlalu naive bagi sesaorang untuk memikirkan bahawa Mahathir tidak menjalankan putarbelit politik dan dia adalah maksum.Saya pernah mendengar beliau berkata" kadang kadang kita berbohong juga"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf berkata...Shahron.

      Kamu mugkin telah lari dari isu sebenar.
      Sy ingin pencerahan tetang isu dari Sdra Zam tentang apa yg Putar Belitnya diri Tun M bila menyuruh Pemerintah yg lemah dan dituduh mencuri turun dan takhta?.

      Isu didisini mengenai Najib yg penuh skandal tetapi bila kita pula menghukum dan menuduh org yg menjadi peneraju dlm kempen menjatuhkan pemerintah begitu...itu yg jadi tanda tanya nya.

      Kerana itulah yg sedang dilakukan oleh Pentadarah2 Dedak Najib.....modal yg sama...mengutuk Tun M.

      Modal yg sudah basi dan tidak mungkin dpt menutup lagi ketua yg telah telanjang bulat penuh keaiban.

      Tolong baca betul2 komen sy sekali lagi.

      Sy tidak taksub pd sesiapa....cuma sy menyokong apa2 aktiviti yg sedang dilakukan oleh Tun M dlm gerakan menjatuhkan BN dibawah Umno yg sudah jauh tersasar.

      Ini demi maruah bangsa dan Ugama.

      Sy juga beterima kasih pd sdra Zam kerana telah menjawab soalan sy.

      Delete
  11. Rakyat biasa masih tidak sedar tentang ancaman ekonomi yang akan dihadapi,masih membelanjakan wang di kedai-kedai mamak siang malam,masih tidak berjimat cermat dan masih melancung keluar negara walaupun nilai ringgit telah jatuh.
    Apakah keadaan ini harus dibiarkan untuk meyakinkan mereka ekonomi negara sihat sedang semakin ramai yang meganggur dan kena buang kerja.
    Bila kerja tidak ada maka tidak ramai yang boleh membantu dalam menggalakan pertumbuhan perniagaan dan juga bagi membolehkan kegiatan ekonomi berkembang.

    Di Singapura dulu bila keadaan ekonomi terancam,,PMnya mengingatkan rakyat suoaya bersedia untuk ikat perut.berjimat cermat. Apakah kita tidak perlu berbuat demikian sehingga keadaan sudah tidak dapat terkawal.ringgit terus jatuh dan wang semakin kecil rtidak untuk berbelanja sedangkan harga barang keperluan harian semakin naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ini kalau berjimat sangat macam mana ekonomi nak di rangsangkan, bila ada gaji simpan sikit 10% Dari pendapat kita simpanlah, selebihnya belanja lah . gst perlukan mereka ini, kalau berjimat sangat karajaaan tak mampu banyar subsisdi ketika cukai syarikat minyak jatuh, sebab kerajaan galakan mereka bebelanja. Soalnya adakah Rakyat Singapore ikut sarangnan kerajaan mereka tak ada pun permbelanjaan tetap biasa, yg aku tengok Singapore Naikan tol tambak johor ada untuk menyekat Rakyat Singapore berbelanja di johor itu.

      Korang penah buat kajian Rakyat Sekarang dah kurang bebelanja pada barang2 berbentuk material macam baju Dan kereta Dan sebagai nya buat masa Sekarang penguna kurang menbeli pakaian, aset hartanah Dan berbentuk barang bermewah seperti kereta

      Buat masa sekarang aku lihat kerajaan hanya dapat kutip gst pada fast food, makanan tin,botol Dan sabun jika ikut kutipan gst ITU pun dalam sebulan mereka belanja tak sampai 20rm gst itu sebulan.
      Perjual barang material kereta, Rumah,pakaian Dan barang eletik semua jatuh sikit disebab Rakyat nak berjimat..

      Dalam bidang fast food Makanan,tin,pekat Dan botol,sabun Dan kosmetik menunjuk kenaikan jual walaupun ADA gst..

      Sebab ITU kerajaan meberi Wang brim merangsang perbelanjaan golongan bawahan.pada golongan atasan Dan sokong golongan atasan untuk beBelanja pada barang mewah untuk mendapat supaya merangsang pendapatan kita ini..

      Yg perlu berjimat adalah kerajaan ,ITU sedang dilakukan, kerajaan Dan rakyat tak perlu berjimat untuk merangsang ekonomi.
      Teori bodoh jika kita cuba menyekat pebelanjaan dalam negara lebih baik kita sekat pebelanjaan di luar negara tapi jangan mengabaikan pelaburan di luar Negara Dan dalam negara, kalau boleh pelaburan luar Negara Dan luar Negara kena seimbang.
      Negara kita jangan jadi amerika dan British disebab telalu tumpukan pelaburan luar negara dan Kos buruh murah, Rakyat mereka tak ADA perkerjaan kilang milik Negara sendiri tutup pergi ke buka kilang di China Dan vietnam..

      Delete
  12. Mamak Din,
    Hang salah kata GST baguih supaya peniaga tak boleh lari cukai ,hang tau ka Peniaga dia untung juga pembeli la akhirnya yang kena bayaq cukai tu dengan harga mahal,jadi tak ada faedah pun GST pada rakyat. Mamak mahathir walau pun tuduh mamak tapi salsilah mamak dia tu tak berapa keliar la sebab mak dia bangsawan siam pak dia pun bukan 100% macam hang ...tapi tak la seburuk mamak yang mai india asal tokwan mamak keja tarik tali kapal atau juai kacang putih macam ada ahli politik dan bekas ahli politik yang dok ada.

    ReplyDelete
  13. Salam Tan Sri, apa perlu menggunakan ungkapan 'mamak Mahathir juga melakukan berbagai putar belit politik'? Kalau nak discredit Najib Razak, jangan pula Tan Sri memburukkan sama Tun M.

    ReplyDelete
  14. Kita terima hakikat kesilapan, kesalahan dan kelemahan Tun Dr Mahathir tetapi menyentuh sikap, imej dan peribadinya sebagai politik putar belit tanpa memberi contoh jelas sangat keterlaluan.

    Kalau mahu dibandingkan, siapa yang lebih putarbelit
    Musa Hitam
    Najib
    Anwar
    Paklah
    Mahathir
    Ku Li

    Mahathir berada di tangga ke lima.
    Perubahan pandangan politik Mahathir terkini seperti merapati Anwar, lim kit siang, PAS atau menyokong BERSIH dan lain lain bukan satu putarbelit tetapi keadaan yang memaksa dan perlu.

    Mahathir bukan maksum tetapi Malaysia belum ada PM yang hebat sepertinya, world class.

    ReplyDelete
  15. Salam TS Zam.

    Saya amat setuju dengan pandangan TS.

    Memang benar, Dr.M juga ada 'putar-belit' beliau tersendiri, tetapi tidak nampak secara ketara, merugikan Rakyat. Yang jelas, Dr.M melakukannya dengan bijak, tanpa mendatangkan persepsi buruk kepada Kerajaan, diri atau keluarga beliau. Membawa masuk atau 'ikut' saranan supaya Anwar dibawa masuk UMNO, dari ABIM adalah salah satu contoh 'putar-belit' politik yang menguntungkan UMNO ketika itu, kerana pengaruh PAS dikalangan Melayu merudum teruk, setelah Anwar berjaya menyemai 'ciri-ciri' keIslaman di sekolah dan institusi Kerajaan.
    Harus diingat... ciri & nilai adalah dua perkara yang amat berbeza.

    Jika ada sesalan didalam hati Dr.M, sudah tentu ianya adalah membawa masuk Anwar kedalam UMNO, terpedaya dengan lakonan alim dan warak beliau sehingga sudah tidak nampak orang lain yang lebih layak, mengantinya sebagai PM.

    Selain dari itu... adalah lumrah dan tiada siapa dapat menafikan, kroni adalah penting dalam berpolitik. Bezanya, antara kroni-kroni Dr.M dan Najib adalah:-

    1- Berpuloh-puloh ribu Rakyat dapat 'cari-makan', bekerja dengan kroni-kroni Dr.M.
    2. Kerajaan juga dapat kutip berbillion-billion ringgit cukai dari kekayaan dan empire perniagaan mereka, dimasa lalu dan akan datang.

    Sebaliknya, dengan kroni-kroni Najib seperti; Razak Baginda, Deepak Carpet & Jho Low... tidak ramai Rakyat dapat berkerja dengan mereka dan sudah tentu, cukai juga tidak banyak yang boleh dikutip. Malah kerajaan terpaksa membayar komisen dan lain-lain insentif 'gelap' kepada mereka.

    ReplyDelete
  16. Zam, stock dedak Najib HarJad cukup?

    ReplyDelete
  17. Cantiklah Nana Zam muatkan satu tajuk yang menarik pembaca hingga akhir tulisan anda.Bravo.

    ReplyDelete
  18. Sungguh hebat dedak yang ditabur oleh Mahathir sehingga langsung tidak boleh dikritik. Pendedak2 Mahathir kena faham bahawa Mahathir bukanlah Nabi yang maksum, terpelihara dari sebarang kesalahan dan dosa. Ketaksuban sebeginilah yang menyebabkan orang Melayu runtuh laksana sokongan yang membawa rebah. Ketaksuban pendedak2 Mahathir di atas menunjukkan mentaliti penyokong2 Bersatu tidak jauh beza dengan penyokong Najib. Kemudian masing2 sedaya upaya mentafsirkan putar belit Mahathir sebagai suatu yang suci dan mulia. Sungguh menyedihkan apakala penyokong2 Mahathir menzahirkan diri mereka sebagai pendedak terawal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg kamu melaluluk bro...
      Meminta pencerahan pd sesuatu bukanlah satu perkara yg pelik atau tidak dibenarkan.

      Lihat pd isu dan topik....jgn terlalu kuat membuat andaian dan kesimpulan.

      Tiada apa yg taksubnya disini.

      Kecuali sdra yg terasa tanpa bersebab.

      Apa ug tiba2 bercerita pasal mentaliti Bersatu pula...meh.

      Faham dulu konteks tulisan sbelum melaluk tidak tentu arah.

      Delete
    2. 7.12
      nak bercakap memang senang..dedak sana, dedak sini, tp berdasarkan bukti apa? kalau dedak dari najib betul le sebab ada org mengaku terima. tanya shahril samad, tanya ketua puteri..dedak yg tun M kasi ialah usaha beliau untuk menjatuhkan seseorang yg begitu tamak, yg memberi kesan kepada rakyat..

      Bercakap biar berdasarkan bukti..bukan ikut sedap saja..apa2 pun UMNO yang menyokong penuh penasihat ameritus SRC perlu dijatuhkan..kerosakan telah berlaku...sebagai rakyat malaysia yang sayangkan malaysia, sayangkan anak cucu cicit, perkara ini perlu diperbaiki..

      Delete
  19. Di zaman mahathir, nak beli 100 baht dalam lingkungan rm9 ke rm10. Laa ni, kena bayaq rm12.30 hari ni punya rate. Peniaga2 kita kat sempadan perlis, kedah, kelantan nak meniaga apa lepaih ni? Jersi ciplak untuk anak2 kampong pon dah tak mampu beli. Oang besaq umno boleh beli rolex dengan bmw, ada depa kisah? Baguih sokong najib, biaq lingkop habihh. Melayu jugak yang lingkop dulu.

    ReplyDelete
  20. Salam TS Zam

    Rakyat Malaysia langsung tidak perasan bahawa Najib telah menghapus semua identity Melayu yang terdapat pada duit syiling. Mungkin kerana Najib jarang berbincang dengan anggota kabinet sendiri atau segala perbincangan, jika ada, dirahsiakan dari pengetahuan Rakyat atau wakil-Rakyat di Parlimen. Penubuhan 1MDB dengan berhutang dan pembikinan duit-syiling-baru adalah contoh terbaik, tindakan beliau yang bertentangan sama sekali dengan slogan 'Rakyat di Dahulukan' atau 'Demi bangsa, Agama & Negara' atau laungan 'Hidup Melayu'.

    Sebaik saja menjadi PM, Najib telah mencipta slogan 1Malaysia untuk mengambarkan beliau liberal dan mahu Satu-Malaysia kan Rakyat yang berbilang Bangsa & Agama.
    Salah satu tindakan pertama beliau adalah, mencipta duit-Syiling-baru berwarna emas.

    Nota:
    Saya bukanlah anti-Cina, tetapi hanya mahu menceritakan hakikat sebenar sikap hipokrat pemimpin UMNO. Orang Melayu yang sudah sekian lama ditakut-takutkan kepada Cina-DAP.
    Hakikatnya... DAP dan PAS hari ini, tidak lagi bersikap extreme atau pelampau seperti 1980an. Ketika itu, 'Amanat Haji Hadi' telah mengkafirkan UMNO hanya kerana 'berkawan' dengan MCA, MIC dan Party bukan-Islam lain.
    DAP pula, semenjak menjadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2008 dan setelah 'berpelok' dengan PAS, sudah mula bersikap sederhana dan lebih bertolak-ansur... agree to disagree, mengenai Hudud-PAS.
    Slogan 'PAS for All' adalah bukti PAS sudah bertukar... sederhana, moderate atau wasatiyyah.
    Sebaliknya, MCA... oleh kerana sokongan lemah dari Rakyat, terutamanya Masyarakat Cina, telah mula bersikap 'keras' dan mengambil-alih peranan yang pernah dimainkan DAP duhulu. Penentangan RUU 355 yang dibawa PAS yang disokong oleh UMNO adalah bukti jelas, perubahan sikap ini. Harus diingat, PAS dan UMNO juga... lemah: PAS berpecah kepada PAN dan UMNO kepada PPBM atau Bersatu. Dan... sudah tentu PAS akan berpecah sekali lagi jika Haji Hadi mengistiharkan sokongan. secara terbuka kepada 'Cash is king'... kerana masih ada di kalangan Kepimpinan dan ahli PAS yang tidak mahu emej Islam terpalit dengan najis UMNO-Najib dan scandal 1MDB yang termahsyur seluruh dunia.

    Berbalik kepada Duit Syiling-baru.

    UMNO-Najib mahu menampakkan mereka adalah pejuang-Melayu... melaungkan ... HIDUP-MELAYU...., tetapi apa yang dilakukan Najib sebaik saja menjadi PM, bertentangan samasekali dengan laungan itu. Kalau kita belek duit-syiling baru, kita akan sedar bahawa semua ciri-ciri atau identity keMelayuan yang terdapat pada duit syiling lama sedia ada... telah dihapuskan dan tiada sekelumit pun ciri-ciri keMelayuan.

    Tiada lagi gambar cetak-timbul... gasing, congkak, tapak-sireh, wau-bulan atau bangunan Parlimen. Semuanya... digantikan dengan corak berbentuk, seolah-olah... bintang-lima komunis dan bunga teratai yang berciri keCinaan. Maklumlah, ketika menjadi TPM lagi, keluarga Najib sudah 'mesra' dengan Cina-Jho Low dalam TIA.

    Dan... apabila diedarkan untuk kegunaan Rakyat, duit syiling baru ini telah mengkelam-kabutkan penggunaan ticketing & vending machine. Sehingga ke hari ini, jika kita mahu tukar duit-syiling di Bank, kita mesti asingkan yang lama dengan yang baru, terlebih dahulu. Kalau tidak, mesin kira syiling di Bank, tidak mampu... compute.

    Mungkin pada pendapat Najib... itulah 1Malaysia... apa-apa pun... BOLEH.

    Harap Maklum.

    ReplyDelete
  21. Tan Sri...

    Dengan menulis ayat 'putar belit Mahathir' tidak membantu keadaan yang ada malah mengelirukan. Kalau Tan Sri ikhlas janganlah diungkit hal yang lepas... Tun M pun manusia biasa...jika ada pun putar belitnya dia mungkin sedang menyesalinya biarlah...tetapi usahanya untuk membetulkan keadaan yang sangat mudarat ini patutlah disokong jika kita benar sayangkan negara ini. Tumpuan kita sepatutnya kepada apa yang telah dan sedang Najib lakukan yg merosakkan ekonomi .... perpaduan kaum....keselamatan .... nama baik ....dan kedaulatan negara ini....

    Tan Sri mempunyai hubungan yang baik dengan Tun Mahathir... sekiranya Tan Sri ikhlas tegurlah dia secara berdepan ....apa nak segan atau takut bukannya dia berkuasa lagi...
    Maafkan nenek jika menyinggung Tan Sri....

    ReplyDelete
  22. Kasihan msh yang masih hidup dalam sindrom penafian. Mula2 sy fikir dedak Najib paling lazat, rupa2nya dedak Mahathir lebih berperisa dan dahsyat sehinggakan setelah sekian lama Mahathir meletak jawatan, perisa2 dedaknya masih membuatkan msh menjilat jari tangan dan kaki. Sungguh luarbiasa secret resepi Mahathir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdra Anonymous 13.29.

      Sdra ....baca dan baca lagi komen sy sebelum membuat apa2 andaian atau 'assumption'.

      Sy kasihan dgn ddra yg cepat sngat membuat rumusan dan andaian.

      Kalau sdra masih tidak faham atau bebal sngat dgn apa yg tersirat dlm mesej sy pd sdra Zam..tanyalah sesiapa yg lebih pandai.

      Sy tidak perlu menerangkan dgn lebih lanjut lagi kpd org yg mungkin gemar mebuat kerja2 jilat menjilat spt sdra menuduh sy.

      Spt sy berkata...sy tidak taksub pd sesiapa....tetapi sy berpihak kpd Mahathir kerana dia menjadi peneraju kpd kerja2/gerakan menurunkan Najib HZ serta BN.

      Janganlah terlalu cepat membuat tohmahan dan andaian....hingga sanggup menjadi....
      bak kata Org Putih...terlampau sngat suka 'making ASSumption'...terus menjadi spt Keldai.

      Baca dan baca dan baca lagi komen sy....sy cuma minta pencerahan dari Tuan Blog...sdra Zam...dan beliau telah pun memberi nya.

      Tetapi sebaliknya sdra pula telah membuat ASSumption terlampau sngat...dan yg bukan2 pula.

      Bersikap matanglah....tidak bnyak pun sedikit...bila mahu berbahas.

      Faham isu dulu....baru menerjah...terlalu awal dan kuat berandaian 'ASSumption' hingga menjadi spt sekor Keldai.

      Delete
    2. Takat ni jerrr otak mampu berfikir? Betul lah apa zahid cakap....melayu middle class tak lagi sokong umno. Yang masih sokong ni lower class kau.

      Delete
  23. Kalau MSH matang dan memiliki pertimbangan yang wajar, kenapa tak tunggu sahaja PRU atau PAU untuk turunkan Najib cara terhormat. Najib tu naik melalui PRU, adakah adil anda menyokong Mahathir yang mahu menjatuhkannya ikut jalan belakang? Kalau Mahathir betul2 gentleman bertandinglah lawan Najib di Pekan, masa tu baru orang akan nampak kejantanan Mahathir. Adapun membuat kenyataan dengan bersandar kpd Sarawak Report, WSJ, bersekongkol dengan BERSIH, DAP, Lim Kit Siang adakah anda rasa itu satu persaingan yang sihat? MSH tahu tindakan Mahathir itu tidak tepat dan salah, tapi ketaksuban telah mengaburi mata dan hati MSH hingga lupa bahawa anak jantan harus bertanding di petak gelanggang, bukan bacul pi jumpa Agong bawak tandatangan 45 orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Ekonomi makin ranap. Mana boleh tunggu?

      2. 1mdb adalah kes jenayah, DOJ sendiri menggunakan perkataan "stolen money". Singapore dah mula pendakwaaan. Switzerland bising tak dapat MLA dari malaysia. Mana boleh tunggu?

      3. Kalau sarawak report dan wsj fitnah, saman lah. Apa mau tunggu?

      4. Tak payah guna perkataan anak jantan. Anak jantan tak lari dari media, tak censor website yang kritikal.

      5. Pi jumpa agung, apa yang baculnya? Gunakan baju merah untuk halang bersih beri penerangan pada rakyat, itu bacul sebenarnya. Tak berani bertembung secara ilmiah, main kasar style kutu kampong.

      6.tak salah " bersekongkol" dengan dap dan bersih.

      7. Anon 20.55...majoriti kat sini berpendidikan, mampu cari maklumat tambahan dari dalam dan luar negara. Kita bukan mat rempit felda. Awak tak perlu sekolahkan kita. Maaf bukan nak pandang rendah kat kau, sekadar nak hina kau.

      Delete
    2. Najib pernah tumbangkan kerajaan pakatan di Perak, mengikut undang2 dan perlembagaan negeri. So, apa masalah kalau tun nak tumbangkan kerajaan bn cara yang sama, mengikut undang2 dan perlembagaan malaysia? Melompat parti tak salah. Cuba dapatkan campurtangan agong berlandaskan perlembagaan tak salah. What seems to be the problem here? Do you even know what you are talking about anon 20.55?

      Delete
    3. Perbezaanya mudah..

      Najib tumbangkan pembangkang Perak kerana bilangan kerusi DUN telah mencukupi utk tukar kerajaan negeri dan bentuk kerajaan baru.

      Mahathir nak tumbangkan Najib dengan bilangan 45 tandatangan yang tak punya nilai di sisi perlembagaan negara.

      Di situlah perbezaannya wahai Anon2343.

      Dari sudut moralnya jelas Mahathir salah. Apatah lagi menyokong demonstrasi jalanan, BERSIH untuk tumbangkan kerajaan.

      Delete
    4. 10.42...you are talking nonsense. What 45 signatures are you talking about? And who says Bersih demo is to tumbangkan kerajaan? Umno supporters like you have been talking rubbish all this while. Kalau ilmu tak cukup, dok diam diam, bikin malu saja. It is a complete waste of time arguing with people like you.

      Delete
  24. Antara Najib dan madir tentulah madir lebih pandai.
    Sama2 pandai ambik. Tapi Najib bodoh sikit pandai ambik tak pandai simpan. Madir pandai ambik pandai simpan.
    Sapa bodo ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Anon2135 kerana turut mengakui bahasa Mahathir adalah penyamun wang negara yang pandai simpan serta berlagak suci.

      Delete
    2. 21:35 adalah munafik yang kerjanya memfitnah.Sila jelaskan cara mana orang yang mencuri duit dalam jumlah berbillion pandai menyimpannya seperti yang kau maksudkan?

      Delete
    3. Tapi jibbi terlajak bodo..

      Delete
  25. Tan Sri,

    Berita terbaru, Sarawak Report masih lagi menyebarkan cerita memburukkan Malaysia dengan menyebarkan berita di internet, jutaan wang masuk ke dalam akaun PM.

    Walaupun sudah diberikan amaran berkali-kali, pihak Sarawak report masih ingkar dan tidak insaf. Saya yakin, pihak kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap mereka.

    Khabarnya, perhimpunan agung UMNO akan berlangsung tidak lama lagi. Bagi pendapat saya, ahli UMNO boleh bersuara atas apa-apa isu yang tidak puas hati dari melarat tanpa penghujung.

    Parti UMNO adalah setaraf dengan Parti Dunia seperti Parti Demokrat dan Parti Buruh di UK. Setahu saya, belum pernah UMNO melarang ahlinya untuk menyuarakan pandangan di PAU.

    Setahu saya juga, pemimpin-pemimpin kita seperti DS Najib, DS Hishamuddin dan Tengku Adnan sangat terbuka kepada teguran-teguran membina dan tidak ada apa untuk diselindungkan seperti kata mat salleh, nothing to hide.

    Oleh itu, saya rasa orang UMNO bersuara dalam PAU supaya segala penyelesaian dapat dilakukan.

    ReplyDelete
  26. Dua2 penyamun.
    Penyamun cerdik
    Penyamun bodoh bebal
    Kesian...

    ReplyDelete
  27. EXCLUSIVE Just two weeks ago, former prime minister Dr Mahathir Mohamad told a crowd in London that Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) president Muhyiddin Yassin was the most likely choice to become the next prime minister, if the opposition wins the next general election.

    However, in an exclusive interview withMalaysiakini at his office in Putrajaya last Wednesday, Mahathir appeared to have changed his tone, declining to fully commit to Muhyiddin as the prime minister, when asked if Muhyiddin was fit to lead.

    Apa kes ni ZAM, mamak putar belit sedang putaq si Yidin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu yang tak paham atau sengaja buat-buat tak paham... Anon. 10:59.
      Kamu ingat Dr.M mampu mencatur segala-gala ke, termasuk siapa bakal jadi PM?

      Mana mungkin Dr.M boleh menyatakan dengan pasti siapa yang akan dilantik menjadi PM jika kesepakatan dalam Pembangkang belum diputuskan.

      Selepas pilihanraya dan bila keputusan muktamat diumumkan, barulah Pembangkang ataupun... BN boleh buat keputusan.

      Saya bagi contoh:
      Katakan lah BN tidak dapat majority mudah untuk menubuhkan Kerajaan... Hang Parliament. Agak-agaknya la... siapa yang dapat membantu UMNO-Najib?
      Nota:-
      Saudara harus ingat... ada khabar-angin tersebar, mengatakan, PAS dapat 'derma' RM90 Juta. (Kalau tak saman SR... paham-paham saja le).
      Makanya... kalau 'Hang Parlimen, sudah tentu PAS boleh menyelamatkan UMNO-Najib & BN... mungkin dengan syarat. Misalnya; PM kedua diberi pada Haji Hadi, termasuk beberapa lagi jawatan Menteri kepada PAS. Kalau MCA, Gerakan atau PPP tak setuju pun, tak kisah... kerana jumlah kerusi PAS sahaja, mungkin melebihi kesemua kerusi mereka, dicampur.

      Di sebelah Pembangkang pun sama. Jika kerusi Bersatu, PKR, DAP & Party-baru Shafie Afdal, dikumpul dalam satu bakul, melebihi jumlah yang dimiliki BN & PAS... barulah Pembangkang boleh berbincang siapa yang akan jadi PM dan lain-lain jawatan. Mungkin juga ada Ahli Politik dikedua-dua pihak boleh 'lompat' kemana yang mereka rasa menguntungkan diri mereka ataupun Rakyat? Sejarah di Perak boleh dijadi pedoman.

      Saudara juga mesti ingat... Haji Hadi pun tidak berani istihar secara terbuka, sokongan PAS kepada UMNO-Najib. Yang pasti PAS akan berpecah sekali lagi, mungkin lebih teruk... jika Haji Hadi berbuat demikian. Bukan semua Pemimpin dan ahli PAS 'suka' pada UMNO-Najib. Sudah tentu mereka tidak mahu Agama Islam yang mereka perjuangkan, terpalit taik 1MDB, Najib & Jho Low.

      Delete
    2. Anon 10.59..it is very clear that you either you didnt follow the issue from the beginning, or your command of english is poor, or both. Next time when you read mkini, kau baca versi bm.

      Delete
    3. RD & 8:01
      Hangpa berdua mmg taksub ngan tun hinggakan apa yg ditanya 10:59 hangpa kata dia tak fhm isu. Dedak tun mmg dh jd darah daging..

      Delete
    4. And probably the winner is, DSAI...2nd runner TSM...other can take appropriate position in

      Politic is dynamic...not static..that's why we called it POLY.

      Delete
  28. TSZ,
    Saya dapat menghidu garapan TS kebelakangan mirip serampang dua mata.

    Tidak ada salahnya TS berbuat demikian kerana Dt Kadir Jasin baru saja mengistihar diri beliau sebagai "a social media journalist" yang perlu melapur apa jua yang berlaku di alam ini.

    Mungkin beza TS dengan DAKJ adalah memilih apa yang perlu dilapur.

    Saya harap TS akan terus berani menyampai khabar gembira, derita, pedih, sayu atau jijik yang TS lihat dan dengar.

    Tetapi dua teras utama janganlah TS pinggarkan, iaitu kebenaran dan tidak partisan.

    ReplyDelete
  29. Salam Tan Sri Zam.

    Ya...sdra Anonymous 22.19 dan 23.43 hujah2 yg baik.. buat mereka yg masih tidak faham isu sebenar.

    Pencerahan...sdra Anonymous 22.19..point 7 mengenai tepat pd Anonymous 20.55 yg tidak faham isu hujung pangkal....tapi masih mahu berbahas dgn hujah yg lemah... melaluk2 dan tidak berfakta.. hanya menegak benang basah.

    Bila tiada modal mempertahankan Mappadullung HZ....Tun dijadikan sasaran.

    Dangkal tahap gaban.

    Masih mahu pertahan ketua yg mungkar dan zalim dgn mengutuk Tun M...hingga menyuruh Tun M berlawan diPekan....ha ha mentaliti tahap Mat Rempit.

    Sdra Mat Rempit oops Anonymous 20.55....kamu baca sekali lagi hujah2 22.19...
    23.43 dan paparan sy dan terbaru lontaran Nenekghuffran...harap sdra faham isi kandung dan cuba berbahas dgn lebih cerdik.

    # Nota:
    Sbgai Peringatan...modal membusuk Tun M....sudah basi...kerana ia tidak lagi dpt menutup keaiban dan salah laku Mappadulung HZ....kecuali anda spt Pentedarah Dedak diManchester yg mesti selang 2 hari akan berterusan membusukan Tun M...walaupun tahu itu hanya sia2 belaka.

    Cari modal lain pula.


    Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali 14.25...pembahas2 umno ni memang tahap parah dah. Anyway, i repost again something mark twain said many moons ago: never argue with stupid people, they will drag you down to their level and beat you with experience.

      Delete
  30. Mana ada orang politik yang tak putar belit? Kalau tak pandai putar belit tak bolih bertahan lama. Kalau dah sampai tahap 22 tahun jadi PM itu kira dah sampai tahap master. Dalam masa 22 tahun dah macam macam dah diharongi. Krisis matawang, cabaran jawatan presiden olih Ku Li dan team B, pemecatan anwar, macam macam lagi. Ada orang kata putar belit, tapi bagi sesetengah yang lain, itu bukan putar belit itu tanda kepintaran berpolitik. Macam dalam peperangan. Kalau tak pandai tipu daya, macam mana nak menang?

    ReplyDelete
  31. Pulak dah, putar belit dan auta kari diistilahkan sbg kepintaran plak. Ntah2 esok kronisme nepotisme pun ditafsirkan sebagai membantu saudara mara sebagaimana anjuran agama.. apalah nak jadi. Kalau putar belit tu adalah kepintaran dah lama dah ZAM letak tajuk KEPINTARAN MAMAK MAHATHIR. Putar belit pun dah jadi halal. Apalah nak jadi dengan Anon1953.. ish ish ish.

    ReplyDelete
  32. Bersih 5 sudah tentu tidak sama dengan Bersih yang lepas-lepas. Lagi pun keganasan terhadap Polis yang dilakukan Bersih dahulu adalah ketika Haji Hadi masih 'berpelok' dengan Kit Siang & anaknya, Guan Eng.

    Elok saya klasifikasikan kategori peserta-perserta Bersih, mengikut keadaan atau suasana politik semasa ketika demo Bersih diadakan:-

    1. PAS sedang berpelok dengan DAP. Ada juga kempen anti-Lynas. (Ketika itu Melayu-PAS... dengan berjubah, sanggup jadi lembu, baring atas jalanraya)

    2. PAS-Haji Hadi berpisah dengan DAP. (95% peserta demo adalah Cina. Ketika itu Polis sangat tegas. FRU dengan gas pemedih-mata ditugaskan menghalang Geng Baju-Merah mendekati/bertembung dengan Baju-Kuning. KJ pun pernah merah-biji mata terkena asap tear-gas)

    3. Dr.M istihar keluar UMNO kerana scandal 1MDB & Jho Low. Muhyiddin, Mukhriz dipecat. Shafie tubuh Party baru... Sabah for Sabahan!... dan UMNO berpecah kepada Bersatu. (Polis tahu... setakat Melayu-terajang-Melayu... tak jadi hal. Pasal tu Polis tak guna kontigen FRU)

    Nota:-

    - Jamal Ikan-Bakar pun... pernah menyarong baju Kuning Bersih, tapi saya tak ingat bila.
    - Bila majority peserta demo adalah Melayu, Polis tidak perlu risau berlaku ketegangan kaum (antara Melayu-Cina seperti, sebelum incident Memali & sebelum Prebet Adam mengamuk/Ops Lalang)... tidak akan berlaku.
    - Ini lah kali pertama saya sokong Bersih.

    ReplyDelete
  33. walaupun aku anti DAP tetapi bersebabkan kebebalan pemimpn2 UMNO bersekongkol dengan najib dalam isu IMDB - aku akan turun menyokong bersih 5 - sokong BERSIH tak semstinya sokong DAP

    ReplyDelete
  34. Lagi working trip to saudi. Apasal selalu pi saudi? Berapa banyak peluang pekerjaan pak arab wujudkan kat sini?

    ReplyDelete
  35. Berasaskan tulisan Zam yang bertunjang pada fakta-fakta benar yang berisiri adalah bukti bahawa Najib adalah seoarang PM yang flip flop, tidak tegas,tidak bervisi dan membuat keputusan yang akhirnya menjatuhkan maruah UMNO,rakyat dan negara.
    Siapa yang mamikirkannya secara rasional dan tidak berasaskan kepada sentimen maka mereka adalah menerima hakikat bahawa Najib tidak lagi layak untuk meneruskan kepimpinan negara kerana terlalu banyak kerosakan yang dilakukannya yang menyebabkab maruah kepimpinannya sudah tidak ada.
    Walapun Mahathir berputarbelit tetapi banyak putarbelitnya yang menyelamatkan UMNO dan meninggikan maruah negara,dari buy British last sampailah kepada mematahkan percubaan Soros untuk lengkopkan ekonomi negara.
    Dalam pada itu dasar luar negaranya adalah kinsisten,ditakuti dan dihormati oleh dunia dan digeruni oleh Amerika sebaliknya Najib mengharapkan maruanya adalah dengan menunjukan kepada rakyat kebolehannya bermain golf dengan Obama dan naik kereta bersama Obama tetapi tidak lagi dihormati oleh dunia termasuk skendal ekonominya telah mencemarkan nama Malaysia.
    telah sampai masanya untuk Najib dan isterinya membersihkan negara ini dari wajah mereka kerana Amerika sebagai bapa demokrasi tidak boleh ditipu dg hanya keupayaan bermain golf dengan Obama, Amerika akhirnya akan lelbih mementingkan kepimpinan yang benar-benar kuat di negara ini yang tidak hanya kuat kerana menjadi King Of money.

    ReplyDelete
  36. Adakah kita menderita selama 22 tahun pemerintahan Tun? Kesilapan Tun ialah menyokong najib jadi PM selepas Tun bersara. Gegarkan minda dan renung semula. Putar belit blh jadi positif atau negatif bergantung kepada niat.

    ReplyDelete
  37. Assalamulaikum Tsn Sri (Admin),

    Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok Tan Sri. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon maaf saya tidak mungkin dapat melakukakan ini demi untuk menjaga integriti, kualiti dan keselamatan saya.

      Delete
  38. Assalamualaikum....Saya tidak pernah fanatik kepada kedua2 ( Mantan Perdana Menteri YABhg Tun Dato' Seri Dr Mahathir Bin Hj Mohammad & Pek Em Yg Amat Memalukan Tok Uban Najib Razak ) , tetapi dari segi kepimpinan melalui tauladan hanya YABhg Tun Dr M sahaja yang lebih unggul dalam memacu kejayaan untuk negara Malaysia dalam segala aspek pelbagai bidang dan bentuk kemakmuran...Di pihak Najib Razak sejak mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan...mula menampakkan jalan menuju ke arah kegagalan dan senyap...Kepimpinan kedua-duanya amat jauh berbeza. Malaysia mula menampak kejatuhan kepercayaan dunia sejak Najib menjadi PM dari hari jejak kaki ke pejabat PM..

    Setiap bicara tutur kata atau bait2 ayat bahasa najib tak pernah menampakkan keberhasilan atau manfaat yang jelas.. Sentiasa menyembunyikan fakta dalam setiap hujah nya...

    Malaysia sekarang tiada halatuju yang jelas dalam pelbagai bidang dan sektor. Kecelaruan semakin nyata dalam bidang pendidikan awal hingga ke tahap universiti, tidak seperti ketika era YABhg TUN mentadbir negara dengan wawasan walau gagal mencapai tahap 100% untuk tahun 2020. Sekurang2nya dari awal cadangan diwartakan kepada kita sebagai rakyat tak kira di mana sekali kita bermaustatin telah membina, menghasil, terhasil, terlaksana dan sedang dilaksanakan hingga ke awal tahun 2020. Dalam erti kata sebenar YABhg TUN telah berjaya dalam Wawasan 2020 ( Impian Tahun 2020 ) yang dipelopori beliau.

    Di pihak najib razak tiada satu plan strategi untuk memacukan kejayaan ekonomi negara..yang nampak nyata kegagalan dalam ekonomi... Jawapan nya adalah najib razak memang telah gagal dalam peperiksaannya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

    Nanti kita sambung lagi nukilan ini...ummi saya suruh pegi solat dulu...sebenarnya ideologi ' i love PM ' dan ' 1Malaysia ' yg dimulakan itu adalah titik permulakan mainan catur najib razak sebagai PM untuk memesongkan pandangan sebenarnya untuk menyedut segala kewangan negara ibarat GAS SARAF pihak Nazi di zaman perang dunia kedua dulu...cuba kaji dan kaji serta perincikan setiap detik dan hujah najib seawal memegang pentadbiran kerajaan di tahun 2008 dulu. Di sana akan terlihat bayangan untuk tahun2 mendatang akan hasil permainan catur najib...



    ReplyDelete
  39. Setuju dlm perenggan terakhir tu mengenai putarbelit Tun M.

    Mengenai Najib pula keadaan sebaliknya kerana yg menentang adalah Tun M dan yg menyokongnya pula merasa Tun M sentiasa benar dan Najib sentiasa salah. Kalo Tun M totally bersara dan tak campur hal2 pentadbiran Najib...keadaan adalah baik2 dan kerajaan boleh move-on utk majukan negara. 1mdb tu cuma alasan yg paling kuat utk menyalahkan Najib hingga kan byk kebaikan dan perubahan yg dibuat telah di overshadowed oleh isu 1mdb.

    Ehsan.

    ReplyDelete