Friday, 14 October 2016

1MDB UNIFYING FACTOR ATASI PERKAUMAN DAN KEUGAMAAN RAKYAT

UMNO MULAI BERPECAH,PEMIMPIN AKAR UMBI KELUAR PARTI(lihat berita terkini di bawah sekali)


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengaitkan dua individu, yang pertama ialah 'ketua pembangkang' dan seorang lagi 'pemimpin lama' sebagai bertanggungjawab dalam mengancam dan menggugat perpaduan negara.
Melalui mesej radio terbaharu yang disiarkan di Galeri Audio Astro Awani, Najib turut menyimpulkan usaha menggugat keharmonian kaum ini berlaku dalam dua fasa dan yakin fasa ketiga dirancang pihak-pihak berkenaan.
Yang dimaksudkan oleh Najib tentulah Tun Dr.Mahathir Mantan Perdana  dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Mantan Timbalan Perdana Menteri yang telah pun bermaafan antara satu sama lain untuk menggerakkan suatu taufan politik lebih besar dalam menghadapi pilihanraya 14 dan bagi menggulingkan Datuk Seri Najib.
Najib nampaknya telah terlepas pandang atau ketinggalan dalam kemajuan sosial dan politik  negara yang berlari bagitu pantas secepat kilat melampaui  perasaan perkauman dan keugamaan rakyat yang tergugat oleh 1MDB dan kesamaran kisah RM2.6 Billion.
Bahawa beliau merasa perlu untuk menonjolkan Mahathir dan Anwar sebagai pencetus politik perkauman adalah menunjukkan bahawa beliau sudah kehilangan modal politik dan berada dalam keadaan yang panik.
1MDB sebenarnya telah menjadi unifying factor rakyat  Malaysia yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah negara ini  sebelumnya.Rakyat  telah bersedia untuk mengundi tidak diatas sentimen perkauman dan agama tetapi atas  keinginan untuk melihat sebuah kerajaan yang ideal, bersih, cekap dan amanah untuk atasi masalah tekanan ekonomi  dan keruntuhan maruah negara berpunca daripada pembaziran wang negara, kehidupan mewah dan juga ketidakcekapan pengurusan kewangan.
Mereka hanya menungggu persiapan muktamad antara Mahathir, Anwar dan Muhyiddin untuk bersatu meniup  taufan politik.

Sementara itu menurut Malaysiakini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak lagi memendam perasaan berhubung tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat suaminya. Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.
"Memang hati saya terguris (dengan apa yang telah berlaku kepada Anwar) namun kita tidak boleh pendam kerana saya juga manusia biasa," katanya, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini.
Katanya, beliau sedar bahawa manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Anak-anaknya juga tidak menyimpan sebarang dendam ekoran insiden itu, kata Wan Azizah, walaupun Anwar dipenjara ketika usia mereka masih muda.
"Kalau orang buat jahat pada kita dan kita tidak pendam, insya-Allah itu akan membawa kebaikan pada satu masa nanti.
PEMIMPIN PEMIMPIN AKAR UMBI UMNO KELUAR PARTI
 Lebih 30 kepimpinan akar umbi Umno hari ini mengumumkan keluar daripada parti kerana hilang keyakinan terhadap presidennya Datuk Seri Najib Razak.
Pengumuman itu dibuat dalam sidang media yang diketuai oleh
bekas exco Pemuda Umno Malaysia Mohd Rafiq Naizamohideen.
"Kami bersetuju dan bersedia keluar Umno berkuatkuasa serta merta.
"Walau berat tapi yakin ramai yang hilang keyakinan dan barisan kepimpinan yang sebelum ini kami pertahankan sehingga hujung nyawa.
perjuangan Umno tak letak rakyat keutamaan, tetapi membenarkan, menyokong kemungkaran dan salah guna kuasa berleluasa di Malaysia," katanya.
Pengumuman itu dibuat dalam sidang media di Hotel De Palma Ampang sebentar tadi.(15 Oktober 2016) (Malaysiakini)
 







47 comments:

  1. Tidak syak lagi Anwar akan dijadikan sebagai Perdana Menteri selepas pilihnarya umum kelak.Bagaimana?
    Hal ini mudah sahaja.Walaupun Anwar berada dalam penjara tetap pembebasannya akan menjadi isu utama dalam kempen janji pillihanraya itu.
    Mahu tidak mahu rakyat melihat Anwar dilihat sebagai pemimpin yang terbaik dibandingkan dengan pemimpin flip flop Najib dan penyokong Anwar juga tidak sahaja ada di kalangan pembangkang tetapi juga masih ada dalam UMNO sendiri yang tahu keupayaannya. Muhyiddin bersedia memberikan laluan kepadanya.
    Maka itulah sebabnya maka bagi pertama kali Najib benar-benar2 berasa berada dalam keadaan tergugat sekarang.
    Sekiranya pembangkang menang, Anwar akan dibebaskan dan janji pembebasan Anwar itu akan menarik sokongan besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar tidak layak menjadi pm.

      Ini adalah pandangan neu
      tral dan peribadi berdasarkan kepada jenayah yang telah beliau lakukan dan kerosakan politik yang telah beliau lakukan semasa dalam kerajaan dahulu.kita mesti tahu membezakan antara kepentingan bersama dengan perseorangan. Kerosakan umno pada hari ini juga banyak disumbang oleh anwar dan hanya boleh menyokong beliau tidak lebih daripada apa yg rakyat perjuangkan pada hari ini.

      Kalau ditanya mahathir adakah anwar akan jadi pm? Jawapan adalah seperti diatas. Anwar is finished, silap2 dia akan menjadi liability kepada pembangkang.

      Tindakan mahkamah mengenai kes liwat hanya sekadar utk memanaskan hayat politik beliau supaya jangan dilupakan dengan permainan lagu lama " saya teraniaya"

      Lupakan anwar rapatkan barisan pembangkang dan fokus pada perjuangan.

      Delete
  2. Orang umno mana paham isu 1mdb, baca omputih pon tak tau.

    ReplyDelete
  3. Ramai2 kita bagi Najib pula rasa tinggal di penjara. Kak Mah kita bagi tinggal di Zoo sekandang dgn Badak

    ReplyDelete
    Replies
    1. melampau lah kau ni.adakah patut kau suruh kak rossy tinggal sekandang dengan badak.dua dua tu kan berlainan spesis

      Delete
  4. Saya ingat komen ini adalah melampau. Jasa Rosmah dalam mendidik dan membangunkan keyakinan di kalangan anak-anak miskin adalah sangat besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jasa beri dedak pada bapak kamu je

      Delete
    2. Anon 18:07, hang serius ka hang chamdek ni?

      Delete
  5. Dengan mengemukakan Anwar dan Mahathir sebagai punca perpecahan rakyat berbilang kaum di negara ini Najib menolak hakikat bahawa beliau telah menjadi punca kehilangan kuasa dua pertiga BN dalam pilihanraya lalu kerana rakyat berbilang kaum menerima konsep perpaduan Anwar Ibrahim.
    Polisi Mahathir walaupun mirip kepada Melayu tetapi berjaya melahirkan keseimbangan untuk perpaduan rakyat dan diyakini oleh bukan Melayu.
    Adalah jelas dengan kenyataan Najib itu beliau sudah gelabah,ketakutannya kepada gandingan Mahathir dan Anwar jelas walaupun luncai-luncainya meanggap Mahathir sebagai nyanyuk.
    Siapakah sebenarnya nyanyuk dalam membaca politik Malaysia terkini. Bugis sudah mulai panik.

    ReplyDelete
  6. Anon 18:07

    POOORAHHHHH!!!!!! MANGKOK AYUN TU KAU KATA BANYAK JASA.

    ROSMAH BERJASA?????

    ENGKAU TENGOK KAT YOU TUBE. BAPAK SEDARA DIA SENDIRI DIA BUAT2 TAK KENAL.

    RUMAH ROSMAH DAN NAJIB NIKAH PUN DIA BUAT2 LUPA.

    ROSMAH DAN NAJIB NI DUA2 RENDAM DALAM KOLAM KUMBAHAN INDAH WATER KONSORTIUM TU 3 BULAN BERTURUT2 BELUM TAU DIA TAUBAT KE TIDAK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini hanya fitnah jahat tetapi kenaapa tidak dilihat bagaimanah Rosmah setiap kali keluarga negara membeli belah bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk pemimpin2 wanita UMNO.
      Dan jika dia menyanyi dermawan sanggup menderma hingga berpuluh ribu ringgit untuk disumbangkan bagi pertubuhan-pertubuhan amal.
      Betapa beliau pernah membantu Wismaputra untuk selamatkan pelajar2 kita.
      Kau orang ini terlalu prajudis sehingga tak pedulikan jasanya.

      Delete
    2. 18.51
      baik sungguh ye rosmah tu..beli hadiah kepada pemimpin2 wanita UMNO..kenyataan tu macam ramai je..persoalannye, duit dari sumber mana dia beli hadiah2 tu...oooo lupa..rosmah kan menyimpan dari duit dia..sudah la saudara..pencuri ttp pencuri...di malaysia je AG Malaysia cakap tak salah...di luar, 1 dunia tahu...sekarang ni jarang pulak g luar negeri ye? hmmm...nak jimat duit le tu..

      Si Rosmah tu penaung PERMATA je saudara..idea asal dari org UM..dia org yang byk buat keje..kenapa perlu diangkat nama rosmah..cth. atlit paralimpik yang menang pingat emas, knp tak diwar2kan bahawa tun jeann abdullah yang berjasa sebab dia penaung..

      Ni mesti mulut saudara dah penuh dedak ni..hahahahha...

      Delete
    3. Awak ni macam saya allergic ngan DIA Tu

      Delete
  7. Tun M & Anwar Pengancam Perpaduan Negara Atau Kedudukan Najib Yang Sedang Terancam?

    Semalam Najib menerusi catatan di blognya berkata sejak akhir-akhir ini perpaduan negara sering diancam dua individu iaitu 'Ketua Pembangkang' dan 'pemimpin lama' yang berkemungkinan merujuk kepada Tun Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim. Beliau mendakwa kedua-dua individu ini terlibat dalam memainkan isu perkauman dan memecah belahkan orang Melayu dengan menubuhkan sebuah parti baru.

    Kita jangan terpedaya dengan dakyah sebegini. Kenyataan Najib itu umumnya dibuat kerana khuatir dengan perkembangan semasa khususnya persefahaman dan kesepakatan yang mula dibentuk parti-parti pembangkang. Lebih-lebih lagi kegusaran Najib apabila melihat Tun M dan Anwar sudah mula merintis jalan damai demi mencapat matlamat lebih besar iaitu menjatuhkan kepimpinan Najib serta UMNO-BN.

    Najib berkemungkinan tidak mahu sentimen rakyat terhadap gandingan Tun M - Anwar kembali meningkat. Umum mengetahui bagaimana kedua-dua pemimpin ini amat berpengaruh sewaktu masing-masing menjadi PM dan Timbalan Perdana Menteri satu ketika dahulu.

    Tidak siapa boleh menafikan gandingan Tun M - Anwar adalah yang terbaik dalam sejarah. Bangsa Melayu dipandang tinggi dan berdaya saing dalam ekonomi. Jenayah dan masalah sosial terkawal. Ketika Tun M sibuk merancang dan membangunkan negara, Anwar pula membantunya membentuk sahsiah dan keterampilan masyarakat Malaysia. Rakyat merindui saat kesinambungan pemerintahan tersebut.

    Tiada siapa akan membantah malah ramai akan meraikan kegembiraan kiranya Tun M dan Anwar saling memaafkan, melupakan sejarah hitam antara mereka berdua dan bergandingan semula memimpin negara.

    Penyatuan dapat menguatkan bangsa Melayu serta masyarakat majmuk Malaysia, mengembalikan semula kepercayaan umum terhadap sistem demokrasi berperlembagaan.

    Apabila asas sebuah negara diletakkan di sebaik-baik tempatnya, yang lain-lain akan kembali baik secara automatik. Keadilan dapat ditegakkan, ekonomi dapat dipertingkatkan, pendidikan dapat diperkasakan, kerukunan dan kesepakatan dapat diteguhkan.

    Dan tiba saat itu negara menjadi aman, makmur dan sejahtera. Bukankah itu yang terbaik untuk semua?

    ReplyDelete
  8. panglimo potaseh14 October 2016 at 19:00

    Keharmonian kaum pada negara ini adalah melayu dgn melayunya, china dgn chinanya dan india dgn indianya. Semua perkara sendiri-sendiri .. dari mendengar siaran TV, radio, lapangan sukan sehingga lah tempat makan semuanya sendiri-sendiri. Sebarang campurtangan dan lintas sempadan diantara kaum, maka itu di panggil memecah keharmonian kaum.

    Tuduhan Najib yg menyatakan Chedet dan Sudara Nuar mengugat keharmonian kaum, pada asasnya adalah kerana mereka berdua berada dalam satu kelompok besar yg mencakupi semua kaum berdepan dengan sub-kelompok UMNO terutamanya, MCA dan MIC. Maka jadilah ia seakan Melayu kritik Cina atau Cina kritik Melayu.

    Gandingan Chedet dan Sudara Nuar, adalah gandingan biasa berlaku, terutamanya apabila dua atau tiga musuh lama yg bersengkita tetiba mereka berhadapan dengan musuh baru yg sama. Lihat gandingan Maotzetung dan Kaishek di China .. setelah musuh bersama ditumbangkan apa jadi .. mereka bertembung pula sesama sendiri yg mengorbankan pulohan juta nyawa, bala dan huru-hara yang memakan masa. Saya doakan ini tidak akan berlaku terutama di kalangan kaum Melayu .. ingat kaum yang lagi satu tu senantiasa mengintai peluang. Percayalah hanya melayu yg boleh tolong melayu .. tapi bukan melayu yang seperti sekarang ini. Ingat juga krisis Maotzetung dgn Kaishik tak melibatkan kaum kedua .. tapi jika ada perang antara melayu .. habislah kita.

    ReplyDelete
  9. panglimo potaseh14 October 2016 at 19:01

    Keharmonian kaum pada negara ini adalah melayu dgn melayunya, china dgn chinanya dan india dgn indianya. Semua perkara sendiri-sendiri .. dari mendengar siaran TV, radio, lapangan sukan sehingga lah tempat makan semuanya sendiri-sendiri. Sebarang campurtangan dan lintas sempadan diantara kaum, maka itu di panggil memecah keharmonian kaum.

    Tuduhan Najib yg menyatakan Chedet dan Sudara Nuar mengugat keharmonian kaum, pada asasnya adalah kerana mereka berdua berada dalam satu kelompok besar yg mencakupi semua kaum berdepan dengan sub-kelompok UMNO terutamanya, MCA dan MIC. Maka jadilah ia seakan Melayu kritik Cina atau Cina kritik Melayu.

    Gandingan Chedet dan Sudara Nuar, adalah gandingan biasa berlaku, terutamanya apabila dua atau tiga musuh lama yg bersengkita tetiba mereka berhadapan dengan musuh baru yg sama. Lihat gandingan Maotzetung dan Kaishek di China .. setelah musuh bersama ditumbangkan apa jadi .. mereka bertembung pula sesama sendiri yg mengorbankan pulohan juta nyawa, bala dan huru-hara yang memakan masa. Saya doakan ini tidak akan berlaku terutama di kalangan kaum Melayu .. ingat kaum yang lagi satu tu senantiasa mengintai peluang. Percayalah hanya melayu yg boleh tolong melayu .. tapi bukan melayu yang seperti sekarang ini. Ingat juga krisis Maotzetung dgn Kaishik tak melibatkan kaum kedua .. tapi jika ada perang antara melayu .. habislah kita.

    ReplyDelete
  10. Tan Sri Zam,

    "Najib nampaknya telah terlepas pandang atau ketinggalan dalam kemajuan sosial dan politik negara yang berlari bagitu pantas secepat kilat melampaui perasaan perkauman dan keugamaan rakyat yang tergugat oleh 1MDB dan kesamaran kisah RM2.6 Billion."

    1. Najib dan UMNO bertanggung jawab kepada 3 perkara pecah amanah, bukannya 2.

    2. Perkara 1: adalah seperti yang ditulis disini iaitu 1MDB...kemana hutang RM50 billion itu?...30 juta rakyat Malaysia, Cina, Melayu, India dan yang lain2, tidak kira miskin atau yang kaya, dari anak2 yang baru lahir semalam sampai la orang tua yang sakit nazak menunggu ajal akan membayar hutang ini melalui GST dan cukai2 lain....sedangkan semua kita tidak tau kenapa kita harus menanggung hutang ini.

    3. Perkara 2: "kesamaran kisah RM2.6 Billion"...memang masih samar isu ini bagi kita rakyat Malaysia...tetapi bukan bagi kerajaan Swiss atau Singapura atau Amerika Syarikat dan negara luar yang lain...mereka2 ini tau duit RM2.6 billion ada duit dicuri dari rakyat Malaysia...itu la hingga ke saat ini Swiss Attorney General tidak dapat buat apa apa sebab permintaannya untuk membongkar dan menyelesaikan perkara ini tidak diendahkan olih kerajaan Malaysia sebanyak 2 kali.

    4. Perkara 3: yang tidak disebut disini ada lah mengenai SRC International, sebuah company dibawah Kementerian Kewangan, yang didapati ada memasukkan duit sebanyak RM42 juta ke akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib di Ambank...tanpa sebab...dan ini adalah salah dari undang undang negara sebab SRC International BUKAN SEBUAH COMPANY BAPA DIA YANG PUNYA.

    5. Tiga2 kesalahan ini adalah kesalahan besar tetapi tiada siasatan dibuat diMalaysia sebab ia melibatkan Raja Bugis...itu saja....ini masa kamu, Najib dan UMNO....buat la sesuka hati kamu...demi bangsa, agama dan negara.

    ReplyDelete
  11. Tsunami 1MDB ini akan jadi lebih besar mara gelombangnya berbanding Tsunami Cina 2008.
    Tsunami 1MDB ini ditambah perisa Typhoon Rosmah yang akan membawa kepada muafakat satu Malaysia menolak Barisan Najib (BN).
    Buatlah ubah sempadan ke ubah apapun, ianya tak akan mampu menahan kemaraan rakyat menghumban BN keluar dari Putrajaya.

    ReplyDelete
  12. Tan Sri Zam,

    " Perdana Menteri Malaysia, Najib mengaitkan dua individu, yang pertama ialah 'ketua pembangkang' dan seorang lagi 'pemimpin lama' sebagai bertanggungjawab dalam mengancam dan menggugat perpaduan negara...dalam dua fasa dan yakin fasa ketiga dirancang pihak-pihak berkenaan."

    1. Bagi tau sama si najib nazak, kita tidak ada masa mau layan dia punya fasa fasa...tiada fasa disini...hanya satu fasa saja...fasa dia dan UMNO akan masuk kubor.

    2.Aku bukan penyokong PKR...jauh sekali Anwar selepas dia disingkir olih Tun...aku percaya Tun, bukan Anwar.

    3. Tetapi, bila Tun bersalaman dengan Anwar, aku sanggup menerima Anwar sebagai Perdana Menteri.

    4. Ini la masa dan peluang kita, orang Melayu mencorak politik baru demi masa depan anak cucu kita. Kita dari generasi yang sudah tua ini hanya menyokong moral saja...tapi demi anak2 cucu kita, rebut la peluang ini untuk melahirkan sebuah sistem dua party dalam negara kita selaras dengan sistem demokrasi mantap seperti di US, Britain, Jepun dan negara2 maju.

    5. Ini la perjuangan terakhir bagi aku untuk anak cucu aku, bukan untuk aku...walaupun aku susah menerima Anwar tetapi demi Tun Mahathir, aku sanggup menerimanya juga...walaupun aku malu tetapi aku lagi malu dengan si Najib....aku malu sama UMNO!

    ReplyDelete
  13. Kelihatan Raja2 Melayu bersikap rasional dalam hal Najib. Jika Najib naik melalui pilihanraya, kalau hendak turunkannya biarlah melalui pilihanraya.Bukan dengan tandatangan 1 juta yang Mahathir kumpulkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon. 08:37,....Najib tak naik jadi PM dan juga Presiden UMNO melalui pilihanraya.Belum pernah berlaku dalam sejarah negara yang mana PM baharu,dilantik selepas PRU.Kalau di luar negara memang ada begitu.Najib naik setelah Pak Lah melepaskan jawatan.Tun Razak naik setelah Tunku Abdul Rahman meletak jawatan.Tun Hussein naik setelah Tun Razak meninggal dunia.Tun Hussien meletak jawatan,dan Tun Mahathir menggantikannya.Pak Lah naik setelah Tun Mahathir letak jawatan.Najib bakal mencipta sejarah politik negara dengan menjadi PM pertama yang dijatuhkan oleh rakyat melalui PRU.1MDB sudah pun memecah rekod dunia sebagai rompakan terbesar dalam sejarah kewangan dunia.Najib sudah pecah rekod dunia,sekarang rakyat menanti Panglima Bugis ini untuk memecahkan rekod kebangsaan pula.

      Delete
    2. Ya, tapi Najib ttp jadi PM atas kelayakannya memenangi Parlimen Pekan, Pahang. Dan Presiden Umno serta BN atas kepercayaan ahli UMNO. Apa yang pasti Najib tak jadi PM melalui jalan belakang, revolusi dan rusuhan jalanan. Itulah maksudnya yg ingin disampaikan.

      Delete
    3. Kau tak faham-faham lagi kah?Masih nak menegakkan benang basah.Bukan cara Najib naik jadi PM yang menjadi persoalan dan masalah.Najib melakukan rompakan terbesar dalam sejarah dunia melalui 1MDB,yang merupakan sebuah syarikat jenayah terancang.Penyokong Najib adalah golongan orang yang tidak amanah.Tidak amanah bererti tidak beriman.

      Delete
  14. Tan Sri Zam,

    1. Walaupun Tan Sri tidak memberi sokongan yang kuat pada Deklarasi Rakyat untuk mendapatkan tandatangan 1 juta itu kerana sebab yang tertentu...itu ada lah hak Tan Sri.

    2. Deklarasi tersebut adalah suatu cara yang paling baik dalam proses amalan demokrasi yang sihat.

    3. Kita anggap la Deklarasi itu suatu cara yang sopan dan beradap stail Melayu untuk menyedarkan dan memujuk secara lembut supaya kepimpinan yang serong dan pecah amanah berundur secara baik demi bangsa, agama dan negara.

    4. Tetapi banyak kita masih mempertikaikan keberkesanaan nya dalam amalan demokrasi dimana pemimpin yang dipilih melalui pilihanraya, kalau hendak diturunkan pun biarla melalui pilihanraya...ini suatu pendapat yang tidak tepat sekali.

    5. Tun Mahathir berusaha...dan itu usaha yang paling baik...dia mencuba...dan itu cubaan yang baik...dia gagal sebab dia berusaha dan mencuba...itu la nama nya perjuangan.

    ReplyDelete
  15. Tan Seri amat murni hati kak wan diatas bersangka baik terhadap Tun dan begitu juga DSAI klu ini berterusan tanpa mainan dedak umno maka insyaallah Bn Umno akan dikuburkan apa yg kita lihat pemimpin yg ada cuba memutar belit dan alih isu sebenar iaitu 1MDB n 2.6b itu yg menghantui mereka lihat hari ini rasuah menjadi2 amat memalukan tetapi pemimpin yg ada tidak berani nak bercakap kerana tepuk air fidulang kena muka muka pemimpin yg rasuh bukan ke begitu

    ReplyDelete
  16. Saya rasa PM terbaik dlm sejarah Malaysia ialah Najib. Disusuli oleh Tun Razak, Pak Lah, Tun Hussein, Tunku dan akhir sekali Mahathir. Maafkan saya jika tersilap susun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik dalam merompak duit rakyat dan memalukan negara....

      Delete
  17. Aku masih ingat lagi macam mana kuli dimalukan oleh tun m, dengan perbagai fitnah, kalau orang baru kenal tun m itu mana tahu siapa itu tun m itu. Kuli difitnah dengan menyatakan dirumah dia ada jamban bersalut emas ketika itu ramai ahli umnk yg percaya fitnah dibuat until menjatuhkan kuli itu, Sekarang itu permain tun m,..

    Zam selaku ahli vetaran pasti dengar fitnah tak menahsabah dekakal ini itu taktik tun m untuk menjatuhkan morel lawan dia.

    Zam jika percaya pada kebebasan media sila siarkannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah sangatke Ku Li nak petik gambar atau panggil media untuk tunjukkan itu semua fitnah yang jamban rumah dia tu tak ada salut emas?? Takkan orang politik hebat macamtu tak tahu macam mana nak lawan fitnah?

      Delete
    2. 00:23....boleh sertakan maklumat,fakta dan bukti lengkap berkenaan kenyataan anda berkaitan fitnah Tun M terhadap Ku Li?Berapa lama anda mengenal Tun M,....adakah usia anda sebaya Tun M?

      Delete
    3. Ketika itu ku-li tak ambil kesah pun apa yg pro Dr mahathir cakap kan, cerita yg aku dengar veteren umno, memang benar orang2 tun m menabur fitnah jamban kuli bersalut emas dirumah dia itu ,Cara tun m nak jatuhkan orang dengan cakap jamban ku-li bersalut emas.
      Tun m bijak bermain persepsi untuk menjatuhkan orang, dia yakin kebanyakan ahli umno ketika rata2 senang percaya dengan fitnah yg dibuat walau pun mengarut...
      Ini cerita sejarah pejalaan ahli umno veteran ceritakan pada aku ini.

      Aku cabar pergi Tanya pada ahli veteran umno betul korang dengar orang2 pro DR m ketika itu menabur fitnah jamban rumah ku-li bersalut emas, ketika era Dr m vs kuli dulu

      Delete
    4. Sesiapa juga yang waras tidak akan meletakan Tun Mahathir untuk membuat fitnah murahan mengatakan jamban rumah Tengku Li bersalut mas.
      Jika Mahathir mahu membuat fitnah kepada Ku li buknalah dengan cara Pas yang tidak profesional seperti menuduh orang UMNO Kafir,berimamkan orang UMNO tak sah sembahyang dan sebagainya.
      Tun adalah Perdana Menteri masa itu dan mempunyai banyak rahsia Ku Li yang boleh disebarkan termasuk mengenai pembunuhan seorang pegawai bank Bumiputra di Hongkong tetapi Tun tidak mahu berbuat demikian.Dia ahli politik yang berkualiti
      Jika nak bantu Najib pun tak usahlah sehingga menyebakan orang ketawa dalam menilai pemikiran Mahathir. Ini hanya menampakan fikiran awak yang dangkal dan sebarkan fitnah ikut sedap mulut sahaja.
      Tengku Li dikalahkan kerana memakai tengkolok berlambangkan salib krisitian, berjuta orang melihatnya di TV. Ini bukan fitnah.faham?

      Delete
    5. Tun m bijak menjatuhkan orang, kuli pakai tenkolok salib kesalahan dia sebab dia tak melihatnya sebelum memakainya dulu kalau orang pakaikan pasti dia tak dapat melihat nya , tun m seorang baling Batu sembunyi tangan he.he.he jika jika Seorang memahami tindak tanduk tun m itu, jika dalam kes dalam kes liwat anwar pun 'tun m dah lama tahu sebelum Dia peliwat sebelum orang ramai tahu he.he.he setalah habis dia gunakan baru anwar itu di hapuskan, jika anda lihat pemikiran tun m dia bijak main politik

      Tun m bijak main persepsi, Sekarang kita akan lihat taktik orang main persepsi
      1)orang bijak berpolitik main baling Batu sembunyi tangan contoh memgunakan orang lain dia akan memastikan orang tak boleh kesah kesalahan dia Dan dia akan mengkorban akan orang itu jika rahsia terdedah.
      2)orang atasan bijak politik memgunakan orang bawahan seperti orang miskin contoh 'tengok marcos bermewah2
      3)memgunakan faktor agama
      4)orang bijak memgunakan kelemahan seorang contoh morel Dan wang..
      5)taktik simpati

      Sebelum kes serangan 1mbd 'Dalam kes najib serangan yg tun m mula2 lakukan persepsi
      1)Tun m Cuba mula2 tun m main persepsi kes AL altantuyu
      2)tun m cuba rapat diri dengan pembangkang
      3)ikut retak pembangkang dan meyakinkan orang ramai parti yg dimainkan pembangkang tun m sebagai ikon fanatik...
      Selapas tiga perkara tak jalan tun m cari kelemahan lain


      Pak lah telah tertewas dengan 4 perkara
      1)golongan fantik tun m
      2)fitnah
      3)gagal kawal orang bawahan
      4)gagal mengkesan orang main persepsi Dalam parti
      5)gagal kesal orang umno peralat pembangkang dengan gunakan taktik baling Batu sembunyai tangan

      Murid tun m Ada Lima
      1)Anwar
      2)najib
      3)azmin
      4)khairuddin
      5)rafizi

      Selepas mereka berlima berjaya menuntut ilmu dengan tun m mereka ini akan belot

      Bakata movie samurai
      'jika ilmu anda atasi guru anda ,pasti guru akan datang mencabar anda untuk melayakan anda menjadi mahaguru.

      Dalam kes ini saya lihat tun m sedang menperektikkan sama ada najib layak jadi mahaguru atau Tak
      Kita akan lihat sama ada najib terkorban atau tun m terkorban

      Delete
    6. 21:10......apa yang kau cuba nak sampaikan.Hanya mereka yang sama tahap pemikiran macam kamu sahaja yang percaya semua auta kamu.Kau sedar tak apa yang kau tulis?Hujah yang sangat tidak konsisten.Kau setuju Mahathir itu bijak tapi jahat,dan Ku Li tu pulak bodoh dan tapi baik....atau bagaimana?Adakah kamu percaya yang orang yang bijak itu adalah jahat,manakala orang yang baik-baik pula agak bodoh?Tahukah anda yang kebodohan itu tidak ada had dan penamatnya,.....boleh faham ke?Sementara kebijaksanaan itu pula ada had batasannya.Tidak ada baiknya menjadi seorang yang bodoh.Orang bodoh selalunya menentang kebenaran.Siapa yang orang bodoh sembah dalam solatnya?

      Delete
  18. anti pemakan dedak.16 October 2016 at 12:34

    Bro..00.23
    Ko ada bukti cukup?

    Nmpk mcm ko yg buat fitnah bila ko tuduh Tun M memfitnah Ku Li.

    Kalau betul Ku Li ada jamban bersalut emas...mcm mana?

    Fitnah ke apa.

    ReplyDelete
  19. Dalam kenyataan baru2 ini Mahathir menawarkan royalti minyak kepada Kelantan jika BN berjaya ditumbangkan. Mula2 ingat Najib jer tabur dedak dan cash is king, rupa2nya Mahathir pun tabur dedak dan main cash juga. Dunia2.. kalau politikus namanya, semua sama saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada baru baru ini. Bila disiarkan oleh suratkhabar,beri tarikhnya.Mana boleh dia buat tawaran itu sedangkan di bukan lagi . Kalau dulu tak ada pun tawaran itu.Fitnah bodoh. INilah taraf propagandis Najis.

      Delete
    2. http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/kelantan-dapat-royalti-jika-1.573542

      Ini Akbar bebas tau

      Delete
    3. Ternyata najis tersebut terkelepap ke muka Mazlan semula akibat kefanatikannya yang membabi buta terhadap Mahathir.

      Delete
  20. Tan Sri Zam,
    " PEMIMPIN PEMIMPIN AKAR UMBI UMNO KELUAR PARTI...Lebih 30 kepimpinan akar umbi Umno hari ini mengumumkan keluar daripada parti kerana hilang keyakinan terhadap presidennya Datuk Seri Najib Razak."

    1. Aku kagum dengan ketegasan pemimpin akar umbi yang semacam ini sebab mereka sudah sedar dan tidak sanggup maruah orang2 Melayu dipersendakan olih pemimpin2 atasan UMNO.

    2. Orang Melayu biasa yang aku tau ada maruah...kita bukan bangsa yang terminta minta...tumbuk rusuk... rasuah...mencuri dan pecah amanah.

    3. Tetapi, yang rasuah...pecah amanah...dan yang mencuri hak orang lain adalah pemimpin2 atasan UMNO sebab mereka gunakan kuasa itu untuk hidup berfoya2 dan mewah.

    4. UMNO dulu bagus...banyak bantu orang Melayu dan banyak sangat berjasa...ini kita tidak bolih lupakan walaupun ianya hanya tinggal sebagai kenangan dan bahan sejarah untuk anak cucu kita.

    5. UMNO sekarang menjahanamkan bangsa Melayu sendiri...Melayu rosak kerana UMNO...kini orang Melayu dipandang serong olih bangsa2 lain...aku menyesal menyokong UMNO selama ini...aku tidak sangka ini semua bolih terjadi dizaman aku...aku malu sama kamu UMNO...aku ingin mengucapkan selamat tinggal pada UMNO buat kali terakhir...aku tidak akan kembali lagi...aku malu.

    ReplyDelete
  21. Kalau setakat yg keluar Umno tu Mat Taib, Ezam dan lalang2 yang kecewa tak dapat pojek kerajaan, apa la sgt TS ZAM. Ada pun tak menambah, tiada pun tak mengurang. Maaf ZAM, kita tetap bersaudara meskipun berbeza pandangan politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi kau stay sebab Najib bagi projek?

      Delete
  22. Pada yg baru kenal politik atau belum celik mungkin merekA sokong tulisan Ts Zam. Tp sebelum Najib keluarkan kenyataan tersebut dlm bentuk audio tu...saya sendiri sudah berpendapat yang sama.
    Kerana cuma selangkah lagi untuk menjadi PM tetapi dipecat, Anwar seru rakyat bangkit melawan kekejaman Tun M. Anwar tiba2 berubah "tune" dari seorang yang pro islam kepada liberal. Akibatnya melayu UMNO berpecah dua. Dan kaum lain ambil kesempatan ini menyokong Anwar...satu bantal berlainan mimpi. Bertambah parah bila PAS yang merupakan benteng terakhir bagi Islam diwaktu itu menyertai barisan alternatif...maka bertambah naik tocang lah kaum lain hingga hal ehwal agama kita pun di langgarnya tanpa takut. Ini Anwar punya citer.

    Bila Tun pula bila segala persepsi, konspirasi utk jatuhkan Najib gagal, Tun M terpaksa menyembah pembangkang utk meminta sokongan. Di sini saja adalah petunjuk Tun M yang dulunya usahkan pembangkang malah negara barat pun dia tak tunduk telah tewas. Tak mungkin Tun M nak mengaku walau itulah hakikatnya. Skrg Tun M dah meminta maaf pd institusi Di Raja atas kekhilafan nya dan telah pula melupakan sengketa dengan Anwar tanpa ada sesiapa pun mengusiknya atau menyuruhnya berbuat demikian. Tindakan desperate! Ini Tun M punya citer.

    Sekarang ramai org Melayu yg membenci Najib berasa seronok bila Anwar dan Tun M sanggup bergabung kononnya utk menyelamatkan Msia. Rakyat leka dgn berita gembira tu. Tapi ada tak mereka terfikir apa yg ada dalam kotak fikiran dua ahli politik veteran tu?

    Sekiranya Najib dan UMNO juga BN jatuh...
    Tun M akan berasa puas hati dan penyokongnya merasakan dia lah hero yang menyelamatkan Msia dr Najib. Sedangkan dalam kepala Tun M...dapat jugak aku push Boboi keatas utk jawatan penting kabinet demi mengawal kroni dan proxy aku.
    Anwar pula dah tentu2 menjadi PM pilihan majoriti rakyat dan parti di dalam pembangkang. Parti Tun M cuma melukut tepi gantang je. Dalam kepala Anwar pula...Haha...akhirnya menyembah jugak kau, Mahathir kat kaki aku ye. Berpuluh tahun kau musnahkan maruah, karier, keluarga aku. Skrg aku dah jadi PM...segala salah laku kau 22 tahun memerintah aku bongkarn satu persatu. Aku akan pegang SPRM,KP,AG dan agensi2 penting utk kenakan kau. Kau duduk lah dalam sel aku di Sg Buloh. Tun jugak yg akhirnya melopong!

    Salahlaku dan kukubesi Tun M lagi banyak dr Najib tp parti melayu UMNO dah dihancurkan. Habis lah org Melayu.

    Anwar akan terus berkata pada rakyat...anak cina anak saya, anak india anak saya, semua anak lahir di malaysia adalah anak saya. Maka habislah pegangan org melayu sedikit demi sedikit...dan tak mustahil azan takkan kedengaran lagi...skrg ni pun dah ada yang cadangkan sembahyang jumaat diganti pada hari Sabtu. Melayu akan menang sorak tp kampong tergadai.

    Najib dan Tun M dan ke Sg Buloh Inn.
    Anwar berkuasa dan buat apa saja yg dia suka, kaum dah tak hormat lg bangsa kita dan agama kita. And Najib is right after all...

    So keep it up TS Zam. You know I know....

    Ehsan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat tuan, boleh tahu apa yang ada dalam kepala Tun Mahathir dan Anuar Ibrahim. Tp bila fikir-fikir balik tak ada la hebat sangat sebab tuan tak tahu apa yang ada dalam kepala Najib

      Delete
  23. Tan Sri Zam,
    1. Pemikiran Melayu masih lemah.
    2. Masih ada kelompok Melayu menganggap bahawa UMNO itu Melayu...dan, Melayu itu UMNO...maka apabila parti melayu UMNO dah dihancurkan...habis lah org Melayu.
    3. Begitu juga ada yang masih percaya bahawa PAS itu Islam...dan Islam itu PAS...dan, siapa orang Islam yang tidak sokong Hadi bill maka bila dia mati akan dikebumikan di kubur Cina...atau, azan takkan kedengaran lagi...atau, sembahyang jumaat akan diganti pada hari Sabtu.
    4. Sebenarnya bukan pemikiran Melayu yang lemah, tetapi masih banyak Melayu2 begini yang masih lemah disebabkan mau menegakkan benang yang basah tetapi tidak tau berbicara untuk meluaskan minda bangsa sendiri untuk berfikir secara rasional...kecuali dengan menakut2kan bangsanya sendiri.
    5. Sudah2 lah...sudah cukup lah kita menakut2kan kan bangsa sendiri dengan cakap2 kosong dan bodoh2...bagi la peluang bangsa kita mencorak satu politik yang lagi besar demi anak cucu kita sebab hanya Melayu/Bumiputra sahaja yang bolih membentuk sistem dua party di Malaysia supaya kita dapat memberi sokongkan yang lagi bagus pada mana party2 yang menolong dan menjaga kepentingkan kita di masa depan...
    6. UMNO sudah tidak mampu membuat semua itu...sebab UMNO sudah lemah disebabkan olih corruption yang sangat berleluasa dan sudah menjadi darah daging mereka.
    7. UMNO perlu dijatuhkan untuk dibersihkan semula...bukan kerana kita membencinya, tetapi tidak ada cara lain lagi.
    8. UMNO perlu dijatuhkan supaya Melayu di hormati sekali lagi.
    9. Islam tidak perlukan sultan2 dan raja2...jauh sekali la UMNO atau PAS...untuk menegakkan Islam sebab Islam itu akan tetap Islam tanpa UMNO dan PAS untuk 1,400 tahun yang akan datang.
    10. Mari la kita Melayu bersatu mencorak masa depan kita, moga2an usaha kita diberkati Allah Taala sebab Dia tidak akan mengubah nasib kita kalau kita tidak berani berhijrah mengubahnya...ini adalah pilihan aku dan aku tidak tau apa pilihan kamu.

    ReplyDelete
  24. Persepsi yang agak melampau dari Sukasamasuka. Barangkali dia lahir dari zuriat yang membenarkan jantansukajantan dan betinasukabetina. Kasihan, di zaman ini masih ada org seperti sukasamasuka yang mengalami sindrom skeptikal yang kritikal. Semoga anda cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan Sri Zam,

      1. Nama samaran ini bertemakan lagu lama Rafeah Buang & Omar Suwita....masih ingat lagi?... https://www.youtube.com/watch?v=lDbqgLe8lLo

      2. Jantan dengan jantan lain tidak bolih melahirkan zuriat.

      3. Betina dengan betina lain pun tidak bolih melahirkan zuriat.

      4. Jantan yang suka jantan, tidak akan suka dengan perempuan, maka dia tidak bolih la punca menghasilkan benih untuk zuriat.

      5. Begitu juga betina yang suka betina, dia tidak akan campur lelaki, maka mustahil mau melahirkan zuriat.

      Situasi 2 hingga 5 bukan penyakit macam kudis atau jantung, jadi tidak bolih sembuh.

      Delete