Friday, 30 September 2016

TAMBAHAN PENGUNDI MUDA BAHAYA PADA NAJIB DAN UMNO

BERAPA BANYAK MAHU MASUK SEMULA UMNO?
Anonymous30 September 2016 at 23:47
Ahli umno bertambah???
Kena buat kajian berapa yang keluar dan berapa yang masuk sebelum guna perkataan "tambah"
Minta ku nan tunjuk senarai yang merayu semula masuk umno, kalau tak ada, sekali lagi kaki kencing.
Anak saya empat orang belum masuk mana mana parti, pasti bukan umno, sokongan pd bersatu.

SEMALAM tersebar berita mengatakan ramai anak-anak muda yang menyerbu ke pejabat pos dan lain-lain pusat pendafaran untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi kerana kabar angin Pilihanraya Umum  telah hampir dan pendaftaran akan ditutup.

Mengenai hal ini saya membuat tweet  ringkas dalam twitter saya sebagai berikut:

Kabarnya hari ini ramai anak muda berebut daftar sebagai pengundi. Berita ini tidak baik bagi UMNO kerana majoriti pengundi muda adalah anti Najib.

Saya agak terkejut kerana dalam masa sekelip mata impressions kepada tweet ini ini telah meningkat kepada ribuan. Adakah ini menunjukan perasaan simpati pada Najib atau Anti Najib?

Bagaimanapun apa yang saya perhatikan setiap kali tulisan saya yang menampakan kritikal terhadap Najib  mendapat reaksi pantas  dan bagitu banyak sambutan.
Apakah arti semua ini?

Bagi saya demi untuk keselamatan masa depan UMNO,Datuk Seri Najib mestilah menerima hakikat sebenar dari sekarang dan keluar dari alam khyalannya,hadapilah realiti dengan berani , bukan sahaja anak muda yang tidak menyokong UMNO sekarang tetapi banyak veteran UMNO juga telah tidak percaya lagi kepada UMNO dan mencari borang BERSATU.

Penambahan ahli UMNO tidak berarti akan bertambahnya  undi kepada UMNO dalam Pilihanraya  UMUM akan datang.Kenyataan Najib dalam hal ini adalah syok sendiri

47 comments:

  1. Ingat kata2 Joseph Goebbels
    'Ulangkan cerita ITU berulang kali walau cerita berbohong, Rakyat pastikan percayakanya.

    Kami pengundi muda dah muak pemain joseph goebbels dengan permain
    Permain ahli politik di luar sana balik2 cerita 1mbd ,anak tiri najib,rosmah..

    Orang muda mahu perkerja,senang bersukan, harga makankan murah,harga Rumah tak meningkat, kereta murah.

    Tapi saya lihat tak ada APA pembangkang tawarkan pada pengundi muda, saya hanya nampak bn tawar pada pengundi muda..

    Sepatut mereka nak memang ITU berfikir tawarkan apa mereka mampu bagi pada pengundi muda,
    Contoh tempat muda nak memulakan peniaga, banyak perkerjaan, beri perkerjaan dan mula perniagan pada golongan pelajar berkemahiran.

    Aku lihat kalangan pembangkang hanya menjadi pelawak politik hanya pelawak untuk mendapat undi popular seperti maharaja lawak..

    Sepatutnya pembangkang dan pihak Kerajaan ambil bertindak memujuk bakal pengundi muda mendafta diri untuk mengundi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 22.34 Analisa tahap mat rempit felda

      Delete
    2. Libang libu aku tgok ayat mike ni.àdoi.

      Delete
    3. 1mbd? penulis PMO ke ni?

      Delete
    4. Analisis parti cop bunga raya macam mana,
      Tak ada cawangan janji ada parti
      Ahli tak tahu pelambagaan parti 'janji sokong.
      Ahli tak tahu undang2 parti 'janji sokong
      Setiap keputusan kerajaan mesti melalui parti Dan majis tertinggi 'alamat di papet doll kan lah guna kabel tun m itu
      Ini sedang diperhatikan oleh penganalisis politik diluar sana..

      Delete
  2. Ahli umno bertambah???
    Kena buat kajian berapa yang keluar dan berapa yang masuk sebelum guna perkataan "tambah"
    Minta ku nan tunjuk senarai yang merayu semula masuk umno, kalau tak ada, sekali lagi kaki kencing.

    Anak saya empat orang belum masuk mana mana parti, pasti bukan umno, sokongan pd bersatu.

    ReplyDelete
  3. Yang syok sendiri tu kau zam. Mana cawangan parti cap bunga? Mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi.. tak bersabar benar Tuan Hamba.. Haha..

      Delete
  4. Macam ZAM pelopori Batik Merbok. Akhirnya Merbok dan Terkukur masih makan sambau.

    Aduh! karawale...

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya cop parti bunga raya ITU dah adakan menyuarat untuk lantik mana2 ketua cawangan, Lantik jawatan ketua umum pembangkang untuk rebut jawatan ITU pada anwar, pru dah nak dekat ini lagi 7bulan je, masalahnya sempat ke? Tubuhkan cawangan seluruh Malaysia ini,
    Sepatutnya mahyuddin merasmikan cawangan parti cap bunga raya itu, sehingga sekarang satu cawangan pun tak ada.
    Cawangan tak ADA mana orang muda nak sertainya
    Kalau nak harap mendafta internet je alamat tak kemana parti cap bungan raya.
    patutnya parti bungaraya itu belajar dari pkr macam mana nak tubuhkan cabang mereke menbara seluruh tanah air dengan motor dan kereta untuk perkenalkan parti pkr itu

    ReplyDelete
  6. Demikianlah nasib yang bakal melanda parti2 yang ditubuhkan atas matlamat yang kabur. Sebagaimana PKR ditubuhkan untuk menaikkan Anwar, Bersatu pula ditubuhkan untuk menurunkan Najib.

    Parti2 seumpama ini tidak memiliki kekuatan teras. Ia akan jadi seperti parasit menumpang hidup dengan parti lain. Seumpama PKR yang menang di Selangor atas kekuatan teras PAS. PAN pula mendapat undi dari kekuatan teras DAP. Bersatu pula tercari2 parti yang akan dapat mendokong ketempangannya. Oleh itu Muhyiddin tercari2 rakan parti yang mampu memberikannya nafas dan nyawa untuk PRU akan datang. Dalam keadaan tiada cawangan dan bahagian, tiada perlantikan Timbalan Presiden, Khairuddin yang memboikot serta masalah2 skandal yang melanda Muhyiddin, maka Allah sajalah yang mengetahui akan kesudahan nasib parti yang kabur ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib dan Rosmah yang paling 'jelas' sekali,.....yang lain semua kabur belaka....macam kepala otak kau.

      Delete
  7. hahaha. tuan zam memang popular. baru masuk aje post dah pemakan dedak semua komen. nampak kesan blog ni.tahniah tuan.

    ReplyDelete
  8. PRU nanti aku nak undi BN. Walaupon aku tak suka, aku tetap undi, demi masa depan anak2 aku.

    Rasional aku simple...bn akan kekalkan kebodohan golongan luar bandar pada tahap sekarang. Mereka dan anak2 mereka kekal sebagai keturunan subsidi, tak fasih english dan tak mampu mencari ilmu tambahan di luar bilik darjah . Jadi maksudnya, anak2 mereka tidak akan menjadi pesaing kepada anak2 aku di masa hadapan. Aku dah give up dan fed up dengan orang2 luar bandar ni, tak ada initiative langsung untuk maju ke hadapan. Kes 1mdb pon tak tau apa apa. Aku dah guna prinsip survival of the fittest, yang tak fit tu, lantak korang lerrrr, peduli apa aku. Undi lah BN dan umno!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sokong prinsip tuan. Aku mahu anak aku juga tiada pesaing dari anak kampong. Bagus Kerajaan punya matlamat negara berpendapatan tinggi dengan fokus kepada anggota perkhidamatan awam. Petani dan nelayan cukup dengan br1m. Hidup UMNO sebagai penghancur Negara dan bangsa.

      Delete
    2. Budak budak kampung ramai pakai smartphone habis masa main FB ngan whasapp, merapu pagi ke malam share benda bodoh. Cam ner nak maju

      Delete
  9. Agak pelik pecacai dan pendedak berhujah over confident tentang parti BERSATU yang dikatakan tiada haluan, kabur dan sedang berpecah berebut jawatan.

    Tetapi berlainan pula di peringkat pemimpin atasan yang seringkali mengulangi supaya jangan pandang ringan kepada parti baru malah Bahagian Subang buat latihan pilihanraya di Korea.

    Pada pecacai apa yang nak dibimbangkan, umno kalah, cari dedak tempat lain pula...
    Tetapi pada pemimpin, dunia kemewahan mana mungkin mereka sanggup tinggalkan. Sesetengah pemimpin talian hayat mwreka, mati hidup mereka 100% kabel politik. Sebab itulah mereka bermatian terpaksa mempertahankan walau sampai ke lubang jamban.

    Harap pecacai pendedak nasihatkan sikit pemimpin mereka, bawa bertenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat belajar ideologi north nepostism dari Korean utara, semoga berjaya OK..
      Jawapan aku sehingga sekarang tak ADA satu pun cawangan parti cap bunga ITU dekat Malaysia ini ok..
      Yg ADA IBU pejabat di rumah tun m ITU he.he.he

      Delete
  10. Banyak sungguh secara tiba-tiba pengomen yang menunjuk seolah UMNO kuat, UMNO tak akan terkesan dengan BERSATU. Kelakar !

    3 juta ahli UMNO sebenarnya pada nama sahaja. Sila-silap ramai yang sudah lupa mereka pernah "register" masuk UMNO. Nama mereka masih sah ahli UMNOpun sebab ada yang membayarkan yuran tahunan keahlian.

    Tanyalah golongan berusia 21 hingga 40 tahun yang akan menguasai undian di PRU 14 nanti, sokongan pada Najib Razak dan partinya amatlah tipis.

    ReplyDelete
  11. Saya belum pernah jadi ahli sebarang parti politik tetapi dua hari lepas saya mengisi borang menjadi Parti Bersatu. Kenapa? Bagi saya enough is enough! Dah terlalu banyak kesilapan Umno yang masih diteruskan tanpa melihat akibat dari tindak tanduk mereka selama ini. Kalau Umno menunjukkan minat utk baiki contohnya melepaskan tanah2 negara ini ketangan minoriti atau asing yakni tunduk kepada kemahuan minoriti walaupun mereka terang2an tidak menyokong BN, maka selamat tinggal Umno. Jika Umno gagal memupuk satu bangsa Malaysia selepas hampir 60 tahun memerintah, then you reap what you sow. BN tidak langsung mengambil ikhtibar dan contoh baik dari negara2 jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Brunei, sebaliknya Umno memupuskan bangsa dan bahasa Melayu dibumi sendiri, semata2 kerana ingin menjaga minoriti yg tidak pernah puas atau menyokongnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga seperti tuan. Selamat berjaya BERSATU. Perjuangan untuk Negara. Bukan demi kekayaan.

      Delete
  12. Tahniah Fendi Ahmad selaku ahli BERSATU ke 10 juta. Sama ada sokongan tu tipis atau tidak,biar rebah menentang dari mengundur dari medan perang. Semua ada pendapat masing2. Bina dulu kekuatan teras Parti Bersatu, kemudian baru boleh cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn bimbang nasihat anda diterima... Yang pasti untuk mohd najib only wajib ditumbangkan.

      Delete
    2. Terima kasih sangat :) ... Saya ahli dalam lingkungan 10000 bukan sejuta. Sikap tu hahhaaa

      Delete
  13. Satu lagi halangan sebenar BERSATU ialah kerusi yang hendak ditandinginya:

    1-Adakah di kerusi Umno yang akan ditentangi oleh Pas, maka di sana akan terjadi 3 penjuru. Umno biasanya mendapat kelebihan.

    2- Adakah di kawasan cina? Sudah pasti DAP akan bermati2an takkan melepaskannya secara mudah kepada Bersatu.

    3- Adakah di kawasan campuran? Sedangkan PKR akan bermati2an mendapatkannya atas semangat persefahaman tipis dengan Pas.

    4- Adakah di kerusi tradisi Pas di Kelantan, Terengganu dan Kedah? Yang akar umbinya berdarah hijau dan tidak akan mungkin mengundi parti tajaan Mahathir kerana sejarah lampaunya amat pedih atas perbuatan Mahathir.

    Natijahnya, BERSATUlah 3M- Mahathir, Muhyidin dan Mukhriz akhirnya dalam kubur PRU.

    Salam hormat, ini sekadar pandangan. #Jangankecamsaya.

    ReplyDelete
  14. Cik Fendi Oii!. kau tengok demo BERSHIT tu pun dah tau makin hari-makin kurang. Anak muda Melayu yang boleh berfikir dah meluat dengan pemimpin pembangkang, orang lain yang terjerit terlolong mereka asyik himpun harta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demo Baju Merah yang guna pemuda UMNO tu bukan Melayu ek? Kesianlah kamu ini, mentaliti murahan cara berfikir pendek sama macam dua menteri sabah tu :)

      Delete
  15. Tan Seri Dalam pru 14 ini pengundi anak muda melayu akan tolak umno kerana pemimpinya penuh dengan rasuah
    Diharapkan anak muda org cina tolak bn 100% elaoklah mereka undi DAP
    Org melayu yg sudah lama ditipu bn/ umno harus menolak bn kerana pemimpinya penuh dgn rasuah dan menindas rakyat dan org melayu akan beruntung apabila umno dikuburkan

    ReplyDelete
  16. Dulu tak pernah saya terfikir untuk memilih parti pembangkang, namun setelah melihat apa yang yg berlaku kebelakangan ini dimana cash is king, my conscience is pricked. Cukup2lah menjaga poket sendiri dan menjual maruah orang Melayu, wahai pemimpin Umno. Rakyat ditipu dengan GST, dan saya amat malu kerana dulunya saya membela pihak Kerajaan kerana yakin bahawa GST tidak membebankan rakyat. Saya tertipu, rakyat tertipu...semua harga barangan naik dgn alasan GST. Apa yang telah kerajaan lakukan utk membantu rakyat? BRIM? cukup ke? Cash is king in real life, in politics it's poison ataupun rasuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga barang di Singapore naik pada 2% pada 2016
      Andan berfikirlah ia http://www.tradingeconomics.com/singapore/food-inflation

      Delete
    2. Harga barang di Indonesia lagi teruk naiknya http://www.tradingeconomics.com/indonesia/food-inflation

      Delete
    3. Harga barang naik di Singapura tapi pendapatan perkapita Singapura hampir 5 kali dari Malaysia. Nilai dollar Singapore juga sudah 3 kali nilai ringgit. Kalau tukar RM10 dapat RM3.30 sahaja.

      Pendapatan rakyat Malaysia tidak setanding dengan pendapatan rakyat Singapore dan Korea Selatan.

      Kalau ikut tahun 2015, kadar inflasi Singapura lebih rendah dari Malaysia.

      Ekonomi Singapura lebih baik walaupun tidak ada derma dari Tok Arab ke dalam akaun PM.

      Sultan Brunei ada buat derma kepada Presiden Indonesia, Abdul Rahman Wahid sejumlah US 2 juta kedalam akaun beliau. US 2 juta adalah sedikit berbanding dengan RM2.6billion.

      Undi tak percaya dibuat oleh Kongress Indonesia dan Presiden dilucutkan kuasa.

      Dari segi ekonomi, buat apa kita bandingkan negara yang lemah ekonominya?

      Delete
  17. Salam Tan Sri.

    Ramai2lah kita mengundi Parti BERSATU kelak.

    TOLAK Umno dan TOLAK Pas.

    Tolak Umno sebab;
    - Ketua No 1 aka Mappadulung...aka MO1...terpalit dlm skandal besar dan dituduh MENYELEWENG duit 1MDB sbnyk RM2.6b.

    - Bercakap bohong sentiasa..umpama lidah biawak.

    -Isteri dia pun dituduh menyalah guna harta kerajaan...belanja besar spt hartawan terulung...pernah dituduh mndpt wang sbyk RM2juta masuk akaun sendiri....sedangkan suami adalah seorg PM Negara sahaja dll tuduhan lagi.
    - Menyusahkan rakyat dgn GST yg menyebab harga barangan pengguna naik mendadak.

    - Tidak cekap memerintah negara....hingga ekonomi kucar kacir....Ringgit naik hingga melebihi paras RM4 berbanding USD.
    Hutang negara telah naik 3 kali ganda kerana dia.

    Semuanya berpunca dari dia yg hilang fokus dan sibuk dgn kerja2 menyelamat diri sahaja dari tuduhan Rasuah dan Menipu dari memerintah negara.

    Tolak Pas sebab;
    - 2x5 dgn Mappadulung juga...kuat bohong.

    - Ketua2 Parti tidak cekap dan kini sanggup bersekongkol dgn Umno yg Ketua dituduh Mencuri....atas alasan demi Perjuangan Bangsa Melayu.
    (satu alasan yg lemah.Terapi bila dah berkawan dgn Pencuri...yg haram pun dihalalkan...huh!!!).

    - Pas bukan lagi berjuang kerana Ugama...tetapi kerana survival ketua2 sahaja.

    Sudah sampai masa org2 Melayu tidak lagi taksub pd Parti dan Ketua.
    Malah taksub hanyalah pd Ugama.

    Mesti berani mempertahankan kebenaran dan menolak Ketua yg mungkar dan bukan pula memilih dan membuat kawan.

    Lebih2 lagi Ketua2 yg berdolak dalik dan mempermaikan Ugama demi survival diri.

    Lihat Najib....lihat Hadi....serupa sahaja mereka.

    Apa dosanya jika menolak kedua2 Parti ini?
    Fikirkah sendiri.

    Malah lebih berdosa mungkin bila bersekongkol dgn Ketua2 dari Parti yg mengguna ugama sbg alat.
    Ugama bukan untuk diperalatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib malas nak layan kerenan si khairuddin Dan bini dia si artis itu ok.
      Dulu masa dia kaya APA bantu orang melayu bumiputera, yg aku tengok dia sebuk nak kahwin dengan artis nak kahwin dengan orang kaya,.
      Dulu masa dia ketua cawangan APA di bantu umno di Penang itu muka dia pun tak nampak.
      Si kahruddin patut sedar diri umno bukan parti keluarga anwar kau jatuhkan dulu, dulu anwar bagi si kharuddin. Kaya Sekarang bila anwar dah tak nak bagi dia kaya, dia sebuk jatuhkan anwar,bila najib tak bagi tolong dia bankrap salahkan najib, orang seperti kahruddin memang tak berguna elok tun m itu peralatkan dia Dari zaman anwar di jatuhkan hingga zaman najib Cuba di jatuhkan,Rakyat tahu siapa itu khairuddin hanya tahu ambil peluang untuk perolehi kekayaan dengan menjatuhkan orang ,.
      Kalau orang tikam belakang sampai bila pun orang tak percaya dengan kharuddin..

      Delete
  18. Ramai pengundi fence sitters tercari2 parti alternatif kepada Umno kerana buat masa ini, BN dan pembangkang lebih kurang sama saja modus operandinya, mengaut kekayaan utk penuhkan poket sendiri. Diharap Bersatu dapat berdiri sendiri dgn megah dan buktikan yang ia parti yang perlu digeruni. Yang paling penting, kami fence sitters tidak mahu perkara yang sama berlaku dlm Bersatu. Kami tidak mahu pemimpin recycle yg ada skandal ataupun 'baggage' kerana ia akan menjejaskan imej parti. Kami mahu pemimpin2 yang jujur dan amanah, yang mendahulukan rakyat, bukan pemimpin2 yang hanya menjaga dan pentingkan poket sendiri.

    ReplyDelete
  19. Orang kutuk pakai "anonymous" adalah pengecut :)

    ReplyDelete
  20. Saya heran apa lagi yang jadi masalah sangat.

    Macam-macam sudah kerajaan buat, zaman sekarang semua ada, air, elektrik dan jalanraya lebuhraya. Sampaikan BR1M pun sudah diberikan.

    Takkan semua hendak bergantung kepada kerajaan. Sepatutnya kita berterima kasih kepada kerajaan. Kita juga perlu usaha sendiri dengan lebih kuat.

    Kalau harga barang naik, tidak perlu membazir membeli kereta, makan di luar. Amalkan puasa selalu supaya dapat berjimat dan mendapat lebih pahala.

    Saya tengok orang Bangladesh sanggup berkongsi rumah untuk jimat kos.

    Kita perlu tanam sifat berjimat cermat dengan hidup dengan sekadar yang ada sepertimana nasihat daripada pemimpin dan pembesar UMNO.

    Yang paling penting adalah UMNO terus perintah negara dulu kini dan selamanya.

    Hulu_Dusun

    ReplyDelete
    Replies
    1. KEPIMPINAN MELALUI TELADDAN, saudara Anon 01.14.
      Cer saudara tengok NAJIB & Kelarganya, juga
      menteri-menteri Kabinet dapornya.
      ADAKAH MEREKA SEMUA MENGIKUTI APA YANG SAUDARA
      CAKAP DI ATAS INI...........?????
      Najib & bininya sentiasa berjet.
      Lihat pakaian mereka.
      Setiap kali berdiri, ratusan ribu.
      Saudara ingat jam tangan Richard Mills yang
      amat disukai oleh Najib, Rosmah dan menteri-menteri kabinet dapornya berharaga rm10..00 ke......????
      Semuanya ratusan ribu.
      Cer saudara masuk dan baca blog OUTSIDE THE BOX.
      Mana pergi duit bond USD20 Billion yang kononnya
      digunakan untuk modal 1MDB sedangkan 1MDB berutang
      sampai rm50 billion, siap jual tanah kepada Cina...???
      Siapa nak bayar usd20 billion tu kepada pembeli-
      pembeli bond, bila bond tu matang.....????
      KITALAH, saudara Anon 01.14.
      KITA, melalui pelbagai cukai - antaranya GST.
      Kalau dibiarkan UMNO menang, mungkin GST akan
      naik daripada 6% kepada 13%!!!
      Dan saudara minta kita semua berpuasakan bila
      harga barang semua naik......????
      Minta kita zsemua tanam ubi kayu untuk ganti nasi..????????

      Delete
    2. Helo...orang Hulu_Dusun... kalau awak nak hidup macam orang Bangla tu.. teruskanlah mimpi awak tu..

      Apa punya sengal otak awak ni....

      Delete
    3. Hulu Dusun, awak tak faham, besar berkemungkinan:

      1. Awak penjawat awam, semua gomen tanggung, pi pejabat goyang kaki sembang2 pon dapat bonus dan naik gaji. Duit raya free hasil ihsan rakyat, jamuan raya free di pejabat

      2. Awak ada kabel umno, dah kaya raya buat business ali baba, awak faham apa yang berlaku, tapi kena pertahankan najib/umno/bn

      3. Awak mat rempit kat felda, baru jerr dapat duit BR1M, happy terguling

      4. Awak toreh getah kat kampong, menu harian ulam dengan ikan rebus, ayam sekepak share satu family, anak2 kenyang sebab tambah nasi. Awak sentiasa syukur dengan segala bantuan kerajaan umno, seperti subsidi tanam semula getah, subsidi baja, BR1M, bantuan persekolahan anak2, bantuan jabatan kebajikan masyarakat, bantuan zakat, bantuan biro kebajikan umno.

      Delete
    4. Aku tak setuju kita perlu kongsi rumah macam bangla. Kos sewa rumah masih tinggi. Yang tak cukup duit, tinggal macam indon di construction site...beli kontena, kongsi ramai2 dalam kontena. Murah lagi jimat. Mudah mudahan capai hasrat jadi negara maju 2020.

      Delete
    5. Orang malaisia mau jimat macam bangla kaa? Bole laa, pakai kain palaikat beli muraa muraa masjid yindia sana. Beli baju bundle sana chow kit ada jual, banyak muraa. Makan nasiii taro kuah dhal saja, bole juga kerja laa. Hari cuti bawa anak bini pergi klcc laa, dalam tamo maso, banyak mahal, dudo luar sana makan makan, ada jimat. Tirima kaseh

      Delete
    6. Saudara hulu dusun...saya suka cara pemikiran saudara. Jangan lupa wariskannya pada anak anak dan sanak saudara yang lain. Kalau boleh, bagitau mereka tak payah belajar bahasa inggeris, tak perlu, itu bahasa penjajah, kita ni bangsa merdeka. Tak payah belajar jadi doktor, arkitek, engineer...susah susah buat apa perah otak dengan matematik. Buat PhD kat UKM pon dapat title Dr jugak. Jangan lupa tau pesan kat anak anak.

      Delete
    7. Makan ubi dengan kangkung....jimat!

      Delete
  21. Cik Minah, saya setuju dengan pendapat anda. Berdasarkan pendapat anda itulah anak2 Majathir jadi antara org terkaya di Malaysia, Mokhzani. Mirzan pula tidak kurang. Kaya raya. Kapal di laut gedung di darat.

    ReplyDelete
  22. Nazir razak cadang tubuh NCC2. Jelas pada pandangan nazir, negara kita menuju kehancuran. Jelas juga pada pandangan beliau, kerajaan bn najib dan umno najib gagal mengurus negara, maka NCC2 diperlukan. Satu tamparan hebat kepada najib, datang dari anak tun razak sendiri. Tapi ramai yang sceptical dengan nazir ni, sebab dia elitist, dah setahun lebih dok bising kat instagran, takat tu jerr. Apa kata nazir dan orang2 cimb turun BERSIH, join konvoi BERSIH. Apakata nazir join roadshow 1mdb yang tsmy dan pakatan buat. Ada sign deklarasi rakyat? Apakata Nazir join pembangkang lawan najib di pekan PRU nanti. At least najib ada la jugak lawan yang berkemampuan uutuk beli suit armani, naik Bentley, holiday kat london tinggal the savoy hotel, pakai jam frank muller atau thomas muller atau tah apa lagi nama yang payah disebut. Baru la Pekan ada classsss gitu.

    ReplyDelete
  23. Sdr Fandi Ahmad janganlah terlalu berbangga menjadi ahli parti yang tiada ideologi penubuhan. Takut esok anda menjilat kembali kaki Najib@Zahid utk minta borang Umno. Dalam dunia politik semua perkara boleh terjadi. Orang berpengalaman dan berkecimpung lama dalam politik seperti ZAM pun tak mahu join parti Fandi Ahmad tu. Esok jangan Najib tabur dedak, Fendi Ahmad yang jadi ayam itik menyudu dedak Najib. Jangan marah yer Fandi.

    ReplyDelete