Thursday, 22 September 2016

SAYA TIDAK AKAN SERTAI PARTI BERSATU

SEJARAH HITAM ANWAR MAHATHIR TERPADAM (Lihat berita terkini di bawah ahli UMNO mulai sertai BERSATU)

Saya tidak akan sertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)yang diinisiatifkan oleh Mantan  Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir dan Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi saya tidak penting,siapa saya?

Yang penting bukan saya tetapi jutaan rakyat yang sedang mencari borang keahlian parti ini dan sedang tertanya-tanya bagaimana hendak menyertainya.

Walaupun nama BERSATU tidak dibenarkan  tetapi nama PBBM yang diluluskan tetapi BERSATU telah meniti dan melekat di bibir rakyat,suatu nama yang catchy dan lebih  diingati.

Saya hadapi pertanyaan untuk penyertaan parti ini dari Pulau Sayak Pantai Merdeka Kedah  hingga ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Orang datang menemui saya kerana menyangka saya adalah sekutu Mahathir.Saya rasa, saya lebih popular sebagai bloger dari semasa menjadi Menteri. Mungkin kerana blog saya tidak comformist dan sebahagian besar yang lain telah senada.

Saya beritahu mereka ,selain dari umur yang sudah lanjut dan tidak pernah berminat menjadi ahli politik,saya mahu mengakhiri hidup saya sebagai wartawan.

Jadi menteri dulu pun sebagai  bidan terjun dan hanya jadi ahli UMNO setelah menjadi Senator dan kerana diminta bertanding dalam Pilihanraya Parlimen tetapi saya boleh mendakwa darah daging saya lebih tebal dari darah kebanyakan orang UMNO kerana saya mengenali,memahami   dan menghayati UMNO lebih dari mereka sendiri.

Sebagai wartawan dari sejak umur lebih 18 tahun saya telah berkhidmat di bawah Perdana - Perdana  Menteri: Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr.Mahathir.

Maka itulah juga sebabnya saya tidak serasi dengan Anwar Ibrahim dan tidak berada dalam khemahnya bila dia berada dalam UMNO kerana saya dapat menciumi  denyut nadinya yang tidak sebati dengan UMNO.

Saya pernah membuat kenyataan terbuka bahawa kesilapan Mahathir adalah membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.

Tetapi sekarang keadaan telah berubah.Mereka yang masih berada dalam UMNO masih tidak dapat merasakan bahawa UMNO sekarang bukan lagi UMNO.

Saya tidak pernah merasa terasing dan terhina sebagai seorang berjiwa  UMNO di bawah Perdana-Perdana Menteri yang pernah saya berkhidmat sebelum ini tetapi saya merasa saya kehilangan maruah di bawah UMNO sekarang ini.

Banyak sebab untuk kita merasa kehilangan keyakinan diri sekalipun dalam keterampilan Najib yang penuh dengan semangat tinggi. Kita lebih merasakan kepura-puraan dari ketulenan.

Saya juga sampai pada taraf berfikir bahawa sekiranya  Tun Ghafar Baba menjadi Perdana Menteri, keadaan tidaklah seburuk  hari ini malah Anwar Ibrahim jika menjadi Perdana Menteri akan jauh lebih baik dari Najib Tun Abdul Razak.

Mungkin ramai yang telah berfikir bahawa "Kesesatan" Anwar Ibrahim harus dimaafkan kerana itu adalah antara beliau dengan Tuhan  tetapi kesilapan dan dosa pada negara terbenam  menyeluruh dalam hati sanubari rakyat yang  sukar untuk dihakiskan.

Anwar sendiri juga telah sanggup melupakan perasaan dendam keluarganya pada Tun Mahathir.


UMNO tidak  lagi boleh memikirkan  perseteruan masa lalu  Mahathir -Anwar sebagai tembok halangan untuk rakyat  " BERSATU" kerana jika dulu UMNO tidak diterima oleh orang muda tetapi sekarang veteran UMNO juga membelakangkan UMNO. Sokongan pegawai-pegawai kerajaan juga hanya lah hipokrasi. Lain dimulut lain dihati.

Kenyataan bersama mempertahankan hak rakyat dan demokrasi yang dikeluarkan oleh Mahathitr dan Anwar  kelmarin  menunjukkan bahawa walaupun Anwar memahami perasaan anak perempuannya Nurul  Nuha supaya Mahathir meminta maaf lebih dahulu kepada keluarga mereka kerana menyingkir dan memenjarakannya sebelum "BERSATU" tetapi  nampaknya  sudah tidak menjadi syarat lagi kepada Anwar.

Sejarah hitam masa lalu antara kedua mereka  telah terpadam apabila mereka sanggup  menandatangani suatu kenyataan bersama pada 19 September 2016. Mereka  membuktikan kesanggupan untuk mengutamakan hak rakyat dari kepentingan diri mereka sendiri.

 Majlis Raja-Raja Melayu
Kenyataan bersama Mahathir-Anwar
AHLI UMNO MULAI TINGGALKAN UMNO SERTAI BERSATU
Seramai 110 ahli Umno cawangan dari bahagian Serdang, Kapar dan kota Damansara mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) malam tadi.
Sepuluh daripadanya mengisytiharkan keluar Umno untuk menyertai BERSATU di majlis Malaysia Bersatu bersama Mukhriz Mahathir di Shah Alam.
Manakala seorang daripada mereka - ketua cawangan Umno Semarak di bahagian Kota Damansara, Jefri Bin Salleh - sebagai wakil turut menyerah 100 lagi borang keahlian dari ketiga-tiga bahagian berkenaan untuk menyertai BERSATU, sambil disaksikan naib presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga bekas menteri besar Kedah.
Pengisytiharaan keluar parti itu diketuai oleh bekas Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Mohd Hamidi Abu Bakar.
Mohd Hamidi Ahad lalu dilapor meninggalkan Umno selepas dicabar oleh salah seorang menteri Umno supaya berbuat demikian.
Pada Mei lalu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam satu laporan dipetik sebagai mencabar Mohd Hamidi mengikut jejak langkah pemberontak Umno agar keluar daripada parti itu.
Nazri dilapor berkata demikian sebagai respon kepada komen Mohd Hamidi bahawa pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mukhriz dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menjadi bencana.
Dalam pada itu Mohd Hamidi mendakwa, penyertaan 110 ahli parti itu malam tadi hanyalah gelombang pertama-Malaysiakini





56 comments:

  1. Saya juga tidak menyertai BERSATU tetapi lebih awal menyokong Deklarasi Rakyat dan saya juga tidak hantar surat keluar UMNO kerana lebih awal menolak Najib.

    ReplyDelete
  2. Tetapi saya tidak nampak untuk menyokong semula UMNO walaupun Najib berundur.
    Bukan sahaja sudah terlewat tetapi pelapis yang ada pun, hambar.

    Saya tidak penting.

    ReplyDelete
  3. umur saya pun sudah lanjut.

    namun bagi menyedarkan penduduk Pekan yg sudah hampir leka d buai manja olih najib, maka insya'allah saya akan menggunakan keahlian saya dlm PPBM sebagai platform utk menyedarkan mereka drpd pengaruh 'candu' yg tlh d beri selama 40 tahun.

    ini bukan lah misi yg enteng. namun saya tidak gentar olih kerana banyak 'peluru' yg bolih saya berkongsi bersama dgn mereka.

    saya juga berharap veteran mcm tan sri akan menyumbang tenaga utk menjatuhkan pasangan 'klepet' Negara ini.

    banyak yg mengata bahawa zahid tiada aura n charisma utk menjadi pemimpin. penilaian yg sama d buat k atas pres jokowi. mereka mencemoh dia sebagai pemimpin 'endeso' atau mempunyai paras 'kampungan'.

    tapi lihat saja tranformasi tulin yg d bawa nya.

    bak kata rakan "a petty crook is better than n organized scammer".

    jika PPBM dpt menerajui kerajaan pusat, maka saya saran kan aagar ia d tukar nama kpd UMNO Bersih. bila semua nya sudah stabil,maka ia nya bolih lah kembali menggunakan nama UMNO asal setlh d bersihkan drpd pengkhianat yg menderhaka kpd sumpah jawatan.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada umno lagi selepas ini, terlalu banyak daki..

      Kalau sekadar itu perjuangan saudara Rahman, lebih baik jangan masuk BERSATU dan bercakap tinggi.

      Delete
    2. yang banyak daki ia lah UMNO najib. olih demikian ia nya perlu d buat 'spring cleaning'

      tun amat cinta kpd UMNO n saya yakin beliau akan menyuntik samula roh/semangat '46 utk menhidup semula UMNO tulin.

      tidak banyak parti politik d asia yg mempunyai 'track record' saperti UMNO.

      visi UMNO masih kental tetapi tlh d 'hijack' olih pemimpin yg tlh menderhaka kpd sumpah jawatan. mereka2 ini wajib d nyahkan.

      jadilah saperti d USA :- parti GOP - 1854

      democrat - 1828

      d Britain pula :- conservative -1834

      labuor - 1900.

      UMNO - 1946 ???
      semua parti2 d atas masih segar bugar. saya harap n berdoa agar UMNO akan juga kekal selama itu.

      Delete
    3. Put it this way, brand umno dah rosak teruk. Why flog a dead horse? Reviving umno (by whoever, tun kaa, tsmy kaaa, sapa sapa lah) just for nostalgic sake, is a waste of time. It is totally unnecessary, and it dont serve no purpose. Move on with Bersatu. Umno is history. Bersatu is history in the making (hopefully lah). Anyway, the current umno has cancerous diseases all the way to bahagian and cawangan. Kalau potong satu tangan, ok lagi. Ni nak kena potong kaki kiri kanan, potong tangan, buat dialisis, ganti biji mata, tukar gigi palsu, repair jantung, tulang penuh skru sana sini, telinga lagi la pekak badak....tak yah la kot.

      Delete
    4. saya hormati pendapat sdr.

      sila lihat visi misi n perlembagaan 'bersatu'.

      ia nya hampir sama dgn UMNO.

      sila baca komen saya betul2.

      saya pernah berjumpa ts muyid n tun m.

      permerhatian saya berteraskan kpd gerak geri mereka. insya'allah sebaik saja keahlian PPBM saya d sah kan ,maka saya akan cuba bergiat secara aktif.

      jgn lah jadi saperti parti2 politik d Indonesia.

      taida parti d antara 10 yg ujud sekarang bolih d kesan secara langsung kpd gerakan kemerdekaan. parti PDIP d tubuhkan sebagai tentengan kpd parti democrat.

      pada pendapat saya Indonesia akan terus bergolak n parti2 baru akan terus d tubuh utk berkuasa.

      yg menyelamat kan mereka adalah pegangan kpd deklrasi semangat '45 n panca sila.

      pak jokowi tlh pun bersedia dgn 'fall back position'nya dgn tertubuh nya parti PIKA.

      UMNO sekarang 'is rotten 2 d core' n perlu proses 'rejunavation'.

      BERSATU lah 'vehicle' yg amat cucuk.

      maaf jika berbeza pendapat.

      Delete
    5. Bersatu Hampir sama tak ada idea, panca sila ideologi Sukarno pegang oleh rakyat dijadikan pelembagan negara..

      Setiap parti mesti ada identiti Dan perjuangan sendiri.

      Dalam pkr dulu identiti dia dibawa selogan anti nepostim Dan anti kronima
      Menhapuskan ISA
      Tapi Sekarang pkr pengamal nepotism Dan kronima ini menjadikan parti pkr lari dari perjuangan Asal dia

      Delete
  4. Laporan the star hari ni, pejabat SPR Wilayah tak terima kedatangan wakil rakyat pembangkang serah bantahan persempadanan semula. Apa hal ni? Makin teruk dah ni

    ReplyDelete
  5. Saya setuju pendapat anda en.rahman. saya ahli veteran umno dan bersimpati dg tun mahathir.mungkin juga penyokong tegar tun m.

    ReplyDelete
  6. UMNO hari ini (dan mungkin selama-lamanya slps ini...???) adalah United Malays Najib's Organisation...???

    ReplyDelete
  7. Buat masa ini, begitulah .. Sudara Nuar dan Chedet akhirnya ditakdirkan punya musuh yang sama. Yang demi rakyat bahawa musuh ini perlu diturunkan dan seterusnya dihukum.

    Perjuangan kali ini, tidak boleh tidak .. tidak boleh ditunda, tidak boleh dilapik, tidak ada gostan .. ia adalah jalan terus dan sehala. Sudara Nuar dan Chedet tidak ada pilihan selain daripada bersatu .. bukan masanya untuk bernastolgia.

    Tapi kalaulah ditakdirkan Sudara Nuar dan Chedet berjaya dalam perjuangan mereka. Adakah ianya akan sama seperti Mao Zedung dan seteru nya Kaishek .. bersatu untuk menghambat musuh bersama .. tapi apabila mereka berjaya maka berlaku lah perang sudara yang maha kejam dan zalim.

    Saya harap demi rakyat perkara ini tidak akan berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "If you're going through hell, there is no other way, just keep going.."
      - Sir Winston Churchill

      Delete
  8. Kalau anwar menang pru 'Malaysia jadi Negara nepotism utara

    Dulu Dr mahathir menang pru 'Malaysia jadi Negara nepotism Dan kronima, tun m pulah Cuba pertahanankan legasi nepotism Dan kronima

    Anwar Dan tun m pemegang ideologi Korean utara

    Jadi kedua2 ideologi bertembung seperti komunis pol pot vs ho chi Minh dalam perang sino

    Kita Akan melihat kemusnahan kedua2 pihak,
    Cara menyelasaikan anwar akan buat pertandingan wwf wrestling
    'kedua pihak akan bergaduh satu sama lain, lihat apa belaku di Taiwan pihak menang berjaya kuasai palimen ,pihak kalau duduk dekat luar palimen
    Time ITU tak ADA siapa nak tolong ..
    majis raja2 tak akan campur.
    Tentera pulak taat Raja Dan negara

    Jadi Rakyat bijak malas nak layan perangai tun m Dan anwar untuk merusuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chehhhhhh...podah

      Delete
    2. Kucin kurap UMNO ni buat dah dok menyibok dengan ceta karut marut dia. Balik bangla la woii...

      Delete
    3. anon 23;52
      Hehehe.....bangla umno mamat ni......

      Delete
  9. Dulu pun Aku dengar je apa ahli veterankan pasal cerita anwar terjumpa haji suhaimi Dan rakanya dalam lif bawa anwar masuk ke dalam umno 'dia suruh anwar jumpa Dr mahathir mungkin dia boleh tolong anwar ITU menasihatkan anwar 'buat apa hang merusuh sana sini sebab dia tahu tun m tengah tengok anwar mahu menangkap anwar itu lebih baik hang jumpa tun m mungkin dia boleh tolong hang jadi ahli umno Dan selamatkan hang ini, pada masa ITu anwar ketakutan langsung dia jumpa Dr mahathir, menjadi murid tun m dah ahli umno,.
    Jika lihat fakta sejarah anwar ITU suka merusuh sana sini ketika jadi ketua pelajar Dan menjadi ketua NGO pun dia suka merusuh sana sini

    Kesilapan tun m telah menerima murid seorang si anwar suka merusuh sana sini ketika Mudanya jadi budaya sampai ke 'tua merusuh sana sini menjadi ketagiahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkatan "merusuh" ini banyak sebab kenapa ianya berlaku. Adakah Anwar Ibrahim sorang sahaja dalam Malaysia ini atau dalam dunia ini yang sifatnya suka merusuh.

      Adakah Anwar Ibrahim "merusuh" kerana membela rakyat miskin atau dituduh.....? Adakah rakyat Mesir rakyat Syria, rakyat Thailand suka merusuh? Kalau Anwar Ibrahim orang gila harta, duit berbilion dalam akaun bank buat apa dia buat kerja bodoh membuat rusuhan.

      Bukan "merusuh". Tapi ingin mewakili kebanyakan rakyat menyatakan kebenaran atas sifat setengah pemimpin ketika itu. Ada benda yang tak kena. Takkan rakyat diam membisu seribu bahasa kalau ada perkara yang ganjil berlaku.

      Kebanyakan dunia ketiga, dunia Timur Tengah, Afrika "merusuh" sebab orang politik suka tipu ketika pilihanraya. Kadang-kadang 99% menang. Siapa yang tak sakit hati.

      Adakah kita lihat rakyat Amerika merusuh kerana tipu dalam pilihanraya Presiden? Rakyat UK merusuh kerana Parti Labour tipu dalam pilihanraya?

      Adakah pimpinan politik Malaysia betul-betul adil dalam menjalankan pilihanraya setiap musim? Dalam TV ada siaran langsungkah debat antara parti pemerintah dan pembangkang? Di negara maju ada. Tapi kalau negara diktator minta maaflah. Debat bukan budaya kita kata Najib. Debat antara sekolah? universiti?

      Adakah Malaysia ini betul-betul bebas bersuara? Lagi teruk ada "bias"nya. Kalau penyokong UMNO macam Ali Tinju macam hendak menumpahkan darah, tidak ada kertas siasatan. Kalau pihak pembangkang atau bekas ahli UMNO buat laporan kena siasat. Apa jenis "siasat" punya negara kita Malaysia tercinta ini?

      Sekiranya ribuan rakyat keluar ke jalanraya menyokong Tun M dan Muhyiddin Yassin.....adakah Tun M dan Muhyiddin Yassin sifat mereka suka "merusuh"?

      Adakah rakyat keluar jalanraya menentang Malayan Union dalam tahun 1946, ertinya orang Melayu suka merusuh?

      Adakah anak kecil menangis, merengek, kaki memukul lantai terus di tuduh ibunya suka merusuh?

      Kalau begitu, bolehkah saya katakan Anwar Ibrahim buat kerja bodoh suka merusuh seumur hidup, walhal kekayaan, harta, pangkat betul-betul terhidang depan matanya?


      Delete
    2. England riots bermula pada tahu 60an di england di mulakan golongan skinhead ,England riots tahun 2011, riots bukan perjuangan, APA anwar capai selepas riots aka bahasa melayu rusuhan ITU Pada tahun 70an-80an, Di riots Englang 2011 APA mereka capai tak ada mereka capai hanya dapat penjara malah kerajaan british akan mengunakan peluru hidup jika riots tak hentikan dalam masa sebulan.

      Cuba cerita dengan aku apa anwar capai lepas lakukan riots 70-80an Mengikut budaya England riots, aku tengok tak ada dasar baru dibuat selepas riots ITU..

      Delete
    3. 13.54....nak pi tengok england buat APA? Tengok ITU indon sama philipines laaa.

      Delete
    4. Apa philipines dapat menjatuhkan marcos hanya dapat meningkat Meningkat penagihan dadah Dan meningkatnya bilangan kumpulan kongsi gelap, mahu ubah philipines tapi ubah menjadi sarang tempat penagihan dadah , dulu sebelum marcos dijatuhkan ekonomi dia antara paling berkembang Di Asian malah philipines negara pengexport kasut wanita dunia walau pun Rakyat tak mampu nak pakai kasut, ketenteran pilipina paling moden dunia sebelum marcos di jatuhkan silap dia terlalu manjakan bini dia, nanti ada orang ini cakap rosmah macam marcos ,aku bukan pertahankan najib tapi sikap tak betul suruh PM dijatuhkan Cara merusah ..

      Mahu ubah Cara lebih baik
      Tapi ubah Cara keburukan
      Mahu ubah Cara sempurkan
      Tapi ubah akhirnya terbalikan

      Macam ini lah kalau tun m Dan anwar guna taktik marcos Dan bini raja perancis Maria lupakan je lah taktik ITU dah lapuk hanya gunakan feemason je

      Delete
    5. Kalau dah abang Muhyiddin tanya Abang Najib pasal 1MDB ...pun kena pecat cara halus?? Dah sangat baik tu! Banyak sudah cara baik nak cakap lemah lembut dengan Najib ni.
      Tapi apa Najib buat?
      Jadi macamana rakyat biasa? Apa Najib buat sehingga menyusahkan rakyat pun diam macam tunggul juga?

      Kita mesti ingat bahawa ciri-ciri ala diktator sudah mula meresap dalam pimpinan UMNO masa ini. Lambat laun jangan macam Korea Utara.

      Baiklah. GST tinggi tak apa. Harga barang naik tak apa. Budget untuk universiti turun tak apa. Budget untuk sekolah turun tak apa. Cikgu minta duit dgn anak murid beli kertas A4 tak apa. Biasiswa untuk pelajar cemerlang di kurang tak apa. Saham Felda turun tak apa.

      Apa lagi Najib mau janji? Janji janji janji tak jadi tak apa. Jangan marah sama Najib. Banyak saluran yang betul. Email ada. Facebook ada. Wassup ada. Nanti Najib jawab dengan lemah lebut. Najib akan buat sesuatu untuk menggembirakan rakyat.





      Delete
  10. Masa TUN marah Najib hapuskan ISA...ko orang tak pulak sokong najib ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilmu kau masih tak cukup. Dia hapus ISA, ganti dengan apa? Cuba research dulu, lepas tu kau faham kenapa rakyat tak sokong.

      Delete
    2. Abang Najib ini nawaitu dia tu ..... ISA diganti OSA.

      BRIM di "ganti" GST....

      Faham-fahamlah gaya abang kita tu....

      You sokong I, I bayar U...

      Delete
  11. Saya mahu agree to disagree dengan pendirian Tan Sri kali ini. Walaupun alasan yang dikemukakan Tan Sri adalah wajar namun pada hemat saya, kehadiran tokoh-tokoh utama seperti Tan Sri sendiri sebenarnya menyemarakkan lagi perjuangan rakyat di samping mampu meringankan beban dipikul Tun M ketika ini. Pemimpin yang ada dalam PPBM ketika ini tidak punyai pengalaman seperti Tan Sri dan tokoh UMNO yang lain. Politik bukan sahaja berkait rapat dengan kedudukan, kuasa, pangkat ataupun pengaruh. Sebaliknya politik juga boleh dijadikan alat untuk menyatupadukan pejuang yang menentang kebejatan pemimpin korup. Parti baru ini memerlukan tokoh-tokoh politik yang mampu mencurahkan pengalaman dan idea bagi mengukuhkan lagi usaha menjatuhkan Najib Razak demi membuka lembaran baru politik negara. Jika Tun Daim, Tan Sri ZAM, Tan Sri Rafidah, Tan Sri Sanusi dan lain-lain veteran UMNO mengadakan sidang media isytihar keluar parti dan sertai PPBM, impaknya amat besar kepad Najib dan konco-konconya.

    ReplyDelete
  12. Maaf apa yang saudara baca tidak sama dengan apa yang saya bacatentang disiri saya,manusia politik tidak seteguh kata.Biarlah saya di luar memerhatikan sifat-sifat manusia dan saya pun bukanlah sebesar yang saudara mimpikan saya.Berjuang mesti ada wang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan Sri, perjuangan memerdekakan Malaysia dulu juga perlukan wang dan ada di antara rakyat yang sanggup bergolok bergadai untuk membantu perjuangan ketika itu. Wang akan ada jika semua sanggup berkorban. Kalau setiap rakyat dan ahli2 PPBM menderma RM1 setiap seorang, nescaya kantung parti akan berisi.

      Delete
    2. Keadaan dulu dan sekarang sudah jauh berbeza. Kumpul wang seringgit seorang dari rakyat itu cerita lama.Saya sudah lama dalam melihat perjuangan dalam semangat ini dan tidak mudah terpengaruh dengan teori kata kata kerana selalunya tidak seteguh realiti.
      Saya pun bukanlah seoarang pejuang sejati tetapi sekadarkan menulis apa yang saya pecaya berasaskan realiti sebenar.Kuasa adalah kuasa dan bila tindakan berlaku atas saudara terutama jika saudara tidak mempunyai kekuatan kewangan tidak siapa yang pedulibila saudara berada dalam kesusahan.
      Benar seperti kata Najib Money is The King.Apa sumbangan Daim dalam keadaan sekarang? Kenaapa dia tidak bersuara?

      Rakyat akan terus menjadi alat kepada pemimpin-pemimpin politik yang juga telah mengumpula kekayaan dari kesempatan berkuasa dan tiada masalah jika sesuatu berlaku keaatas mereka dan dalam pada itu ada juga yang kaya raya tetapi tidak mempedulikan perjuangan rakyat.

      Delete
  13. TS ZAM,

    Baru2 ini AKJ ada mendedahkan bahawa Mahathir ketika jadi PM menerima manfaat dari kawan-kawannya. AKJ berkata:

    "Kawan-kawan yang ketika beliau menjadi Perdana Menteri dulu berlumba-lumba meminjamkan pesawat peribadi mereka, telah menghilangkan diri. Mereka takut dilihat bersama beliau.”

    http://kadirjasin.blogspot.my/2016/09/cacian-kukuhkan-azam-dan-iltizam-dr.html

    Persoalannya:

    1- Tidakkan ini satu bentuk rasuah yang diterima Mahathir iaitu memperolehi manfaat berbentuk habuan peminjaman jet percuma ketika menjadi PM dari beberapa orang yang mempunyai hubungan perniagaan dengan Kerajaan Pusat? Seperti Vincent, Ananda dan lain2 lagi.

    Pada kaca mata TS ZAM bagaimanakah? Tidakkan ia sama seperti kes Khir Toyo dan Lim Guan Eng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari pemahaman saya kemudahan yang dimaksudkan ialah berupa kemudahan disebabkan persahabatan selepas beliau sudah bukan lagi PM . Selepas pencen saya tak nampak beliau mempunyai apa apa kuasa spt khir toyo dan guan eng. Lagipun sewaktu beliau dlm kerajaan semua ditanggung oleh kerajaan Malaysia.

      Delete
    2. 15.51...spot on! Macai umno nak berbahas, tapi basic understanding of issues pun tak tau.

      Delete
  14. Bersatu boleh berjaya jika ramai pemimpin akar umbi umno ditarik masuk, di peringkat cawangan. Pemimpin kecik kecik ni kenal rapat dengan ahli2 biasa, jadi pengaruh tu ada (pengaruh tanpa wang, tetapi lebih bersifat personal). Ketua cawangan di kampung saya cakap, kalau dia keluar, ramai akan ikut. Pembesar2 umno bahagian pula, lupakan saja mereka.

    ReplyDelete
  15. dalam politik apa saja bisa terjadi, kawan jadi lawan dan sebailnya. Yang penting adalah kepentingan yang ingin dicapai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membazir itu sifat syaitan. Kalau abang Najib dan Kak Mah membazir duit negara?? Sifat apa? Tak heran.

      Kalau ada yang tinggi ilmu agama bergelar "ulamak/ustaz/ustazah",tapi tak berani nak kata satu patah pun, maka sia-sialah ilmu itu, kerana tidak diamalkan dalam kehidupan seharian. Apa orang kata - cakap tak serupa bikin.

      Institusi agama Islam yang kita harapkan ada cahaya bersinar untuk menerangi alam ternyata tidak mampu untuk menghadapi bayang-bayang hitam kedurjanaan yang bangsat.

      Tak malukah kita dengan orang bukan Islam yang sanggup menyatakan kebenaran?

      Menyatakan kebenaran bukan hanya sekadar berceramah dalam TV, majalah, acara motivasi dll.

      Kbanyakan ulamak dahulukala, menyatakan kebenaran terang-terang depan Raja/Sultan.

      Apatah lagi para Nabi/Anbiya. COntoh Musa berdepan Firaun.

      Delete
    2. Ulamak dan ularmak mana berani bising bro, nanti rtm dan tv3 gam, cam nerrr nak cari makan. Jual air jampi bukan senang.

      Delete
  16. Saya sudah sah menjadi ahli BERSATU. Nombor keahlian 10974.

    Selamat tinggal UMNO yang saya sokong sejak kecil.

    Dahulu saya tidak fikir perlu jadi ahli UMNO kerana yang penting ialah sokongan, kasih dan yakinnya saya pasa UMNO dan ideologinya.

    BERSATU adalah wadah baru yang segar untuk menggantikan UMNO yang sudah jadi "parti Najib."

    Dengan itu saya rasa wajarlah saya masuk BERSATU secara rasmi supaya "parti Najib" jadi bertambah gerun dan dihantui ketakutan kerana BERSATU "ada nombor" yang banyak juga dalam masa singkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tipu macam dekalrasi Rakyat sudah ia, tandatangan tak sampai 200ribu cakap dah sampai 2juta...

      Parti umno dibuat untuk perjuangan orang melayu

      Sehingga sekarang jika Tanya pada ahli berjaya APA dasar parti hanya untuk jatuhkan najib itu je. Bila Tanya pada ahli 'APA perlembangaan Dan undang2 parti tak tahu

      Parti bersatu dibuat untuk nepostism Dan kronima seperti parti pkr perjuangan sama seperti bersatu tak ada hala tuju hanya jatuh pm, Dan nak jadi PM he.he.he

      Delete
    2. Tahniah saudara Fendi. Andalah pendukung perubahan. Jangan dihiraukan komen-komen pemakan dedak yang suka merendah-rendahkan dan memperlekeh perjuangan kita yang murni ini.
      Hati mereka telah menjadi hitam legam akibat terlalu banyak benda-benda haram yang 'masuk'. Penuh dengan hasad dengki dan iri hati.

      Perjuangan Umno untuk orang Melayu..Ah lucunya..Ya dulu Umno memang berjuang untuk orang Melayu, tetapi sekarang tidak lagi. Umno sekarang telah menjadi salah satu 'instrument' kepada Najib untuk berpaut kepada kuasa. Melayu dalam Umno itu sudah hilang.

      Umno telah dikorupkannya dengan wang. Dari ahli biasa, ketua-ketua cawangan, ketua-ketua bahagian, pengerusi perhubungan negeri sehinggalah pucuk kepimpinan tertinggi parti, kesemuanya telah dikhayalkan dan dimabukkan dengan wang ringgit. Dalam parti ini, tiada apa yang akan bergerak, berganjak kalau tiada wang.

      Dari segi luaran atau lahiriah, ahli-ahlinya memang nampak Melayu. Pakaiannya segak berbaju Melayu, bersongkok, bersampin dengan tangan yang digenggam menjulang ke langit sambil menjerit Melayu!!..Melayu!!... tetapi, tanpa disedari wang ringgit tersembul keluar dari poket-poket baju mereka, dari celah sampin yang dipakai, wang runggit terburai keluar dari songkok-songkok yang dipakai, ada yang terkoronyok dalam genggaman penumbuk dikala tangan itu dijulang tinggi di udara. Itulah Umno hari ini. Umno yang dahagakan ongkos. Umno yang telah hilang asal-usulnya. Umno yang telah hilang teras perjuangan. Arghh..pilunya..

      Delete
  17. Tahniah Fendi Ahmad kerana berjaya menjadi ahli Bersatu ke 10 juta. Tepat ramalan saudara bahawa berjuta2 penduduk Malaysia akan sertai Bersatu.

    ReplyDelete
  18. Bodohnya dedak ini,ke 10 ribu dikatakan ke 10 juta

    ReplyDelete
  19. Tak mengapa En. Baha 14:29, mmg nisbah 1 ribu di sisi Bersatu mewakili 1 juta. Barulah kelihatan hebat dan gempak. Sama seperti 100 ribu tandatangan Deklarasi Rakyat, tetapi yang dihantar Mahathir kpd Agong hanya 45 orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni Dedak ke nombor pun tak kenal?
      Apa sumbangan kau selain melantak Dedak? Tak habis² dendam kesumat kau kat Tun M sama spt Nazri Aziz mulut longkang yg tak de telor ajak org tua 92 tahun bertumbuk.

      Kesian .... Nama pena pun tak daya nak tulis. Coward!

      Delete
  20. Hujah macai umno makin hari makin bangang...dah la tak boleh pertahankan najib, hantan tun pula macam tulisan budak form 3. Di mana mana blog pon sama. Cam ni nak pertahankan maruah melayu? Malu la sikit wehhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar Fikir Tumpul dan Anon2042.. tak perlu ribut2. Ini semua hanyalah donia dan perhitongan politik sahaja. Dedak itu hanya sekedar mengalas perut sahaja.

      Delete
    2. MO1 = Najib
      Wang derma Arab = Wang curi dr 1MDB

      Delete
  21. Fendi Ahmad janganlah terlalu berbangga menjadi ahli parti yang tiada ideologi penubuhan. Takut esok anda menjilat kembali kaki Najib@Zahid utk minta borang Umno. Dalam dunia politik semua perkara boleh terjadi. Orang berpengalaman dan berkecimpung lama dalam politik seperti ZAM pun tak mahu join parti Fendi Ahmad tu. Esok jangan Najib tabur dedak, Fendi Ahmad yang jadi ayam itik menyudu dan mematuk dedak Najib. Jangan marah yer Fandi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Dara: Siapa dia MO1? Majistret, lawyer, doctor, engineer?

      Rahman Dahlan: Najib

      Delete
  22. Masuk parti BERSATU sendiri bayar takkan sama jadi ahli dibayar. Tanyalah ahli umno apa nombor keahliannya (?)

    3 juta termasuk yang dah mati, yang masuk PKR, DAP dan masuk AMANAH, sekarang ni masuk pula BERSATU,

    TIGA JUTA TAK LUAK LUAK..
    Itu yg umno banggakan...
    Tanya Ku Nan mana senarai berduyun duyun bekas ahli umno merayu semula masuk umno..
    Dia boleh temberang Banga tapi bukan Melayu di luar umno.

    ReplyDelete
  23. Kalau hidup dan cari makan tak bergantung pada politik, tak perlu nak jilat kaki sesiapa.

    Lainlah ahli politik yg jual projek utk dapat sokongan.

    ReplyDelete
  24. SYUKUR ALHAMDULILLAH kerana aku tidak pernah terlintas hati utk aktif dlm politik, walaupun pernah ditawarkan tempat utk bergerak aktif bersama, tetapi tetap berterusan mengikuti perkembangan politik semasa, supaya diri aku tidak sebegitu mudah diperguna dan diperbodohkan oleh org2 politik dan org2 yg bergantung hidup pada politik sbg sumber rezeki.

    Mintak maaf cakaplah, kalau tidak aku pun akan termasuk sama kedalam golongan orang2 yg merasa diri mrk sentiasa 'benar' dan yakin pula mrk sentiasa berada dlm 'kebenaran' yg pasti. Dan kebanyakan 'kebenaran' itu adalah ciptaan yg berhubung-kait rapat dgn kefanatikan mrk sendiri dlm berpolitik, dan sentiasa pula cuba menyakinkan org lain utk mempercayainya.

    ReplyDelete
  25. Kenapa tak akan sertai parti bersatu? Kalau sertai bersatu pun tak semestinya nak jadi ahli politik.
    Tajuk berita tak sama dengan isi kandungan. Sepatutnya disampaikan alasan atau penjelasan mengenai tajuk berita.
    Tolonglah fokus sikit Zam dlm menulis tu.
    Apa kena mengena mahathir dan anwar dengan tajuk berita ni?

    ReplyDelete
  26. Duduk atas pagar lagi bagus. Tak perlu kita nak sokong sepenuhnya. Cuma yang betul kita sokong, yang salah kita bantah.

    Parti tak relevan. Yang penting kertas undi.

    ReplyDelete
  27. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali mengakui telah dipancing dengan satu jawatan penting untuk menyertai sebuah parti politik.

    Kata Ibrahim, namun tawaran itu ditolak kerana prinsip perjuangannya tidak selaras dengan PERKASA yang ditubuh bagi membela untung nasib agama, bangsa dan negara.

    Beliau dilaporkan berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Khas Tahunan PERKASA Parlimen Kelana Jaya hari ini.

    Walaupun Ibrahim tidak menamakan parti politik berkenaan, namun dipercayai ia merujuk kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

    ReplyDelete