Sunday, 18 September 2016

PERKARA YANG TIDAK GEMBIRAKAN KABINET NAJIB

ANUGERAH ROSMAH: LIHAT PENJELASAN BERNAMA DI BAWAH
Pendedahan Menteri Kewangan ke11 Datuk Ahmad Husni   mengenai sebab sebenar beliau meletakan jawatan tepat dan wajar pada pandangan rakyat dan memberi kesan yang sangat buruk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. 
Husni  tidak terus menjatuhkan hukuman bahwa kes 1MDB itu satu jenayah kerana beliau tidaklah berada di posisi membolehkan beliau mengetahui hasil siasatan pihak berkuasa mengenai kes tersebut. Jadi mana mungkin Husni boleh mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan kapasitinya selaku bekas Menteri Kewangan. Cuma apa yang diluahkan Husni sebenarnya sedikit sebanyak telah membuka pekong Najib. 
Dengan pengunduran beliau yang sebelum itu Wahid Omar, secara tidak langsung menggambarkan adanya sesuatu perkara yang tidak menggembirakan dalam Kabinet Najib selama ini. Taraf Najib sebagai seorang "suspect" semakin tinggi.

Rakyat di lapangan sedang merasai keadaan sebenar dari kekalutan ekonomi dan politik  terutama para kontraktor yang mencari peluang baru dan juga usahawan-usahawan  yang menunggu bayaran dan ahli-ahli perniagaan yang   merasai kesan dari tertutup peluang-peluang baru dan sebagainya kerana peruntukan yang terhad dan dibataskan.Pelajar-pelajar juga merasakan sakitnya.

Rakyat  mempunyai keyakinan bahawa kestabilan negara  akan dapat dipulihkan hanya apabila Najib dan Rosmah berundur.Pemulihan tidak mungkin berlaku dengan serta merta kerana kerosakan yang berlaku terutama yang menjejaskan maruah, integriti  dan keyakinan di dalam dan luar negara  sangat teruk  tetapi rakyat tetap percaya ada kebaikan kepada negara jika Najib berundur.

Maruah negara tidak akan pulih hanya semata-mata kerana media tempatan membesar-besarkan  Rosmah  dianugerah "Lead By Example" daripada UNESCO  kerana dalam negara cerita buruknya lebih banyak dari cerita baiknya.

ANUGERAH ROSMAH: PENJELASAN BERNAMA
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini menjelaskan bahawa berita mengenai pemilihan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penerima Anugerah 'Lead by Example' telah ditulis berdasarkan kenyataan Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad.
Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata Alias, yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, dalam kenyataannya menyatakan anugerah itu adalah daripada UNESCO dan akan disampaikan pada 22 Sept ini.
Zakaria mengulas portal berita Malaysiakini yang melaporkan Bernama mendakwa anugerah itu adalah daripada UNESCO.
"Bernama hanya melaporkan kenyataan itu yang menyatakan bahawa anugerah berkenaan adalah daripada UNESCO,"katanya.
Penyampaian anugerah itu dijadual diadakan pada majlis 'A Tribute to Heroes in the Global Campaign Against Violent Exremism' di Metropolitan Museum of Arts, New York.
- Bernama



105 comments:

  1. Buang umno, bagi peluang orang lain pulihkan maruah negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. APA kata korang semua baca 'malaysian Maverick 'tulisan Barry wain' dekat situ banyak pembohongan tun m ITU pada Malaysia ini, sila bacanya golongan pro-tun m, kalau berani tun m nafikan tulisan beliau, suruh tun m baca buku dia akan suka baca buku orang putih he.he.he,

      Aku ini tak suka baca buku orang putih tapi, aku suka baca sejarah penipuan orang putih Dan tulisan konpirasi politik.
      Jika teliti tulisannya Barry wain ADA kebenarannya.

      Ingat kata2
      Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata, bahawa beliau mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.

      Delete
    2. Najib sudah gagal mentakbir Negara ini dengan baik,justru itu beliau wajib disingkirkan segera, Negara ini menuju kehancuran yang drastic,,pilihan ada di tangan kita sama ada singkirkan najib atau kita ingin lihat kemusnahan berlaku dulu baru bertindak,Wassalam

      Delete
    3. Orang ini sebenarnya tak bacapun buku Malaysian Maverick oleh Barry Wain. Kalau dia baca dia takkan suruh orang baca kerana banyak aspek positif kepada Mahathir terutama dari segi kepintaran,kelicinan dan kekuatan politiknya dalam dan luar negara.
      Banyak petikkan dibuat dari buku saya"The Other Side Of Mahathir" oleh Barry Wain bagi bukunya itu. Eloklah semua orang membaca supaya dapat membandingkan Mahathir dan Najib dan untuk mengetahui apakah benar kawan kita ini membaca buku itu dan memahaminya.Dia hanya baca tajuk.

      Delete
    4. 23.58...ko tak tau baca omputih, jangan temberang la.

      Delete
    5. Zam patut baca siapa ITU 'ketua pengarah UNESCO Irina bokova 'dia seorang yahudi dia bawa agenda yahudi di unesco perjuangan anti semitism Dan Holocaust.
      'dia juga berkawan menjadi ahli ngo2 yahudi amerika jadi tak mengherankan jika 'dia mahu kenakan datin rosma ITU
      Zam boleh baca mana2 cerita Irina bokova 'dia orang komunis yahudi bulgaria penah menjadi ahli palimen dekat sana 'dia pembawah agenda yahudi
      Taip dekat komoputer korang ITU ia siapa Irina bokova

      Delete
    6. Mana boleh lihat kemusnahan Mahathir? Ada Menara Petronas, Ada Lebuh Raya, ada LRT, ada Jambatan Pulau Pinang dan ada Mahathir disetiap hati orang yang siuaman.

      Delete
    7. He.he.he mungkin anda tak faham 'APA dia telah memusnahkan diri dia sendiri

      Dr siti hasmah menbasmi penagihan Dan pengharam Hubungan luar nikah he.he.he Anak 'dia cuba bagi kondom Dan jarum percuma, anak cuba munusnahkan legasi yg dibina..

      Dr mahathir sorang anti lgbt' Anak seorang penyokong lgbt ,tun m juga penyokong anwar dalam lgbt, dia bina legasi tapi dia juga memusnahkan nya.

      Tun m menbantu Anak sendiri dari di tangkap sebab tak dapat banyar hutang, syrikat Anak dia sendiri jadi tempat sarang rasuah.

      Tun m menbina bpr untuk lindungi kroni Dan legasi, Pak lah mehapuskan bpr Dan menuntupnya, tun m orang melindungi orang rasuah di mahkmah


      Yg memusnahkan diri 'dia ADA tun m ITU dia bina Cara


      Lihat lah sekarang legasi tun m musnah satu persatu, 'APA tun m mahu pertahankan legasi dia Bina ,tapi di musnahkan oleh Anak diri sendiri sebab dia terlalu manja akan Anak

      legasi Cara pemerintah tun m musnah satu persatu banyak lagi aku nak cerita ini, 'APA tun m cuba pertahankan cara legasi dia,

      Harus ingatkan jika umno terlalu ikut pemerintah legasi lama tun m macam mana pemimpin baru nak berfikir

      Delete
    8. Membaca tentang Irini Bokova tidak akan menukarkan sikap dan pandangan rakyat Malaysia terhadap Rosmah kerana ini adalah bukti yang jelas yang dapat mereka lihat dihadapan mata pada setiap hari dan setiap ketika.
      Saya tidak tahu apakah pandangan mereka terhadap Rosmah lebih buruk dari pandangan merkea terhadap Yahudi.

      Delete
    9. He.he.he siapa penyokong kempin anti semitism Dan Holocaust di UNESCO 'Irini bokovo mendapat dana dari ngo yahudi untuk kempin anti semitism kalau bukan irini bokova itu,
      Sebab apa anugerah ITU batalkan oleh Irina bokova sebab dia takut pelobi yahudi tak nak bagi dana lagi bagi kempin anti semitism yahudi 'dia itu...


      Rosmah bertindak bijak tak menerimanya ,kalau tak dia bakal di hina oleh pembangkang

      Delete
  2. Bagi saya pihak-pihak yang berkenaan seharusnya berusaha untuk menerangkan perkara yang sebenarnya berlaku terutamanya kepada pakcik makcik di desa yang masih merasakan abang Najib ni tidak bersalah. Mereka ini masih dengar TV arus perdana atau telinga masih pekak badak.

    Yang masaalahnya kumpulan yang bergelar "ustaz" atau "ulamak" masih mempertahankan Najib dan Rosmah, walau terang-terang Najib kata duit masuk akaunnya. Sedihnya kita bila ada orang yang kita harapkan dalam pembangunan insan dan masyarakat masih takut menyatakan kebenaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dah tengok bukti pro-tun m ,bagi aku semua nya dibuat2 Dan palsukan, malah cop tandatangan Dan number siri dokumen palsukan oleh pro-tun m itu, kami mahu bukti great triple A, bukan bukti great f windows exacel

      Kami ahli umno jika nak jatuh seseorang kami tengok bukti triple A seperti bukti macam mana anwar itu Sodom belakang ADA faham tak

      Delete
    2. Nak bukti triple apalagi.. Kan bukti triple A dah pun ditunjuk secara tak sengaja oleh Peguam Negara Pandi waktu dia buat PC mendobikan najib dulu. Zoom lah kertas triple A yang dia pegang tu besar2 kalau nak tau flow chart dari mana najib dapat duit dan kemana pulak dibelanjakan duit yang masuk ke akaun bank dia. Segala bukti triple A yang setinggi 1.70 meter dikumpul oleh SPRM dan triple A yang 320 mukasurat disediakan oleh Ketua Audit Negara tu pun kau suruhlah najib bebaskan dari OSA bagi semua orang tengok. Itulah bukti great triple A kalau orang umno nak tau... Jangan asyik dok makan dedak saja, bahaya untuk kesihatan. Boleh jadi bodoh dan bangang sampai ke mati tau ka. Makanlah nasi sama, sambal belacan dengan ulam jangan lupa itu barulah namanya makanan orang Melayu Malaysia.

      Delete
    3. 19.00 orang pun dah tengok bukti kau, kau terbukti bodo. ADA faham tak?

      Delete
    4. Kalau tandatangan tu palsu you ingat Tun M dan sektariat berani ke nak serah kepada YDPA Agong?

      Delete
    5. Anon 19.00
      Jangan nak tunjuk munafik kat sini. Nak cari 4 org saksi baru boleh percaya?....kenapa takut nak buat hukum huduk?
      Takut tangan kamu kena potong?
      Kamu ingat pembaca blok ini sek rendah macam kamu?

      Delete
    6. Kalau tandatangan tu palsu you ingat Tun M dan sektariat berani ke nak serah kepada YDPA Agong?

      Delete
    7. Bukti Triple A? kah kah kah..... Bukan masaalah pro-Tun M, ini masaalah rakyat sudah meluat pimpinan semasa.

      Kalau terbukti tidak bersalah, kenapa nampak sangat main pecat sana sini, tukar sana sini... beri jawapan pun sekejap Pak Arab kaya, sekejap anak raja Arab, sekejap nak saman. Flip-flop punya jawapan itu macam Triple A kah?

      Delete
    8. Anon 1900
      Bukti apa lancau yg hang dah tengok...kalau setakat jadi kucing kurap UMNO, tak payah la hang dok kelentong di blog ni...

      Delete
    9. Kurang2 raja Arab suadi mengakui derma di tv Dan surat siap ada cop kerajaan Arab lagi.

      Ini pro-tun m bagi bukti Windows exacel great f he.he.he

      Bukti yg bagi pro-tun m
      Cop tak ADA
      Nomber siri dokuemn tak ADA
      Tandantangan di palsukan
      Akuan syrikat Dan akuan pribadi di palsukan

      Macam mana orang nak percaya dengan pro-tun m ITU lagi

      Delete
    10. anti pemakan dedak.20 September 2016 at 13:19

      Betul tu...Grade apa yg ko melaluk ni Anonymous 1900?

      Lan@#u gred apa yg hng tengok?
      Lan@#u Bugis HZ barangkali kot.

      Nak sokong biar bertempat.

      Hang kata hang ahli Umno....kalau aku jumpa Ular dgn hang atau sapa2 ahli Umno....aku katok hampa dulu...hang tau dak.

      Pi Mampus lah. ahli Umno Najis.

      Hng cakap seropadgn TpM Jawa Tok2 kata pasal Sabu org Syiah gred A...B...tapi lepaih tu diam bisu.

      Toya...cakap mcm keluar dari bunt@t

      Delete
  3. Elok je najib buang kroni Dan macai2 tun m,macam inilah korang yakin ke dengan keluarga tun m berkuasa balik
    Keluarga nepotism tun m Dan anwar itu, pasti ramai ahli umno lama Dan baru akan korek cerita lama,..

    Dalam pemilihan umno dulu pun terlalu banyak rasuah Dan aku pernah pergi di dalam perwakilan parti bagi 100-300rm malah jam tangan mewah pun beri pada perwakilan, untuk mendapat jawatan penting, dizaman najib je aku nampak perubahan sikit sebab undi perwakilan dihapuskan digantikan dengan undi ahli,
    Tak ADA lagi kota istimewa untuk jawatan tertinggi seperti zaman tun m itu,..ahli umno siapa tak puas hati boleh cabar najib walaupun dia berkerja sebagai pengkutip sampah dia di galakan mencabar najib jika ahli umno digalakan bertanding.

    Kalau korang mahu amalan rasuah 22tahun tun m kembalikan dalam umno, alamat umno akan digantikan pas atau pkr itu, walau pun pkr mengunakan taktik undi pertandingan top thaitel WWF wrestling itu angap adil pada semua para ahli pkr itu until merebut jawatan tertinggi.

    Aku cakap terus teranglah jika najib di letak jawatan pun keluarga tun m dan kuncu2 nya tak akan berkuasa, selepas APA dia buat pada umno itu lihat APA jadi pada oon jaafar itu.

    APA kata keluarkan balik buku yg buat oleh WSJ pada tun m itu OK di zaman media sossial seperti alasan biasa tun m cakapkan ADA bukti boleh dakwa saya mahkamah, aku tak Lupa kes sadam WSJ menipu dunia termasuk media tempatan percaya siarkan berita itu.

    Zaman Sekarang tun m tak boleh menyekat media sosial ,silap2 Anak tun m itu pun walau pun menang pun tak berkuasa lama sebabnya orang akan menbuka pekong keluarga tun m itu termasuk sokong Marian tun m dalam lgbt itu Dan pekong anak2 tun m itu,harus ingatkan orang melayu Islam tak suka golongan yg suka sejenis seperti di perjuangkan hak aksasi manusia ham lgbt yg marina tun m lakukan itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini satu lagi pemakan dedak gred 3.

      Delete
    2. Hang merapu apa ni..bila Najib bertanding dlm UMNO..pemilihan ditunda lepas PRU 14 la bodo..

      Delete
    3. Cerita kucing kurap UMNO boleh percaya ka..
      Puiii..

      Delete
    4. Masa zaman Mahathir PM ada ke ketua-ketua bahagian secara terbuka memberi suapan berbentuk wang ringgit kepada ratusan ketua di peringkat cawangan dengan mengumumkan di hadapan khalayak? Seolah-olah ianya menjadi satu kebanggaan dapat menabur wang ringgit untuk membeli sokongan dan kesetiaan. Tiada rasa segan dan silu. Tiada langsung rasa bersalah. Begitu mudah sekali ketua-ketua cawangan dapat dibeli.

      Itu menunjukkan rasuah zaman PM sekarang telah melonjak ke satu tahap lagi. Tahap yang sangat kronik. Para pemimpin di peringkat bahagian tanpa segan silu memberi sogokan kepada beratus-ratus ketua cawangan untuk mengekalkan pengaruh mereka. Malah dengan bangga dengan mengumumkannya di hadapan orang ramai. Seolah-olah ianya patut dicontohi oleh para KB yang lain. Kalau pemimpin bahagian pun dah macam tu gayanya, apalan lagi pemimpin di peringkat pusat. Ratusan juta agaknya permainan mereka.

      TPM yang turut sama berada dalam majlis bukannya nak menegur amalan rasuah dan sogok wang yang dilakukan tapi siap puji melambung lagi. Betapa susah nak jumpa ketua bahagian yang sangat 'pemurah' katanya. Ketua yang sanggup keluar belanja beratus ribu untuk sponsor ketua cawangan pergi makan angin oversea.

      Zaman Tun M jadi PM ada ke perkara sebegitu berlaku? TS Rais Yatim pun tidak dapat menyembunyikan rasa tidak senangnya dengan perilaku sedemikian. Beliau dengan lantang menyelar perbuatan rasuah tersebut secara terang-terangan. Beliau memberitahu di zaman beliau menjadi pemimpin kanan dalam parti dan kerajaan, membuat 'pengisytiharan' untuk menabur wang kepada ketua-ketua cawangan tidak pernah berlaku.

      Amalan sumbang sedemikian tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ketua di mana-mana peringkat atau bahagian. Kalau pun ada berlaku dulu, masih lagi sembunyi-sembunyi. Sorok bawah meja dan sebagainya. Masih ada rasa segan dan silu. Bukannya dilakukan secara terang-terangan seperti yang belaku sekarang.

      Delete
    5. Jamal cakap jika dia menang akan bagi melancong ke Dubai cakap depan 118 ketua cawangan ' tapi dia tak dapat tunaikan dia janji bagi 2k pada ketua cawangan di tunaikan
      ITU manofosto pertandangan ketua cawangan ADA faham tak
      Mungkin ramai tak faham politik baru dalam parti politik di Malaysia di amerika lakukan perkara sama.

      Setiap calon nak jadi ketua mt Dan ketua bahagi kena sedia manofosto jika nak bertanding jawatan penting dalam umno
      Kalau bertanding dalam kerusi mt aku akan sediakan manifosto
      1)kalau aku menang semua ketua cawangan Naik elaun
      ,najib penah berjanji kalau dia menang pertandingan presidet bagi elaun 2juta ketua cawangan di telah tunaikan.
      Kalau jadi calon presidet umno aku akan buat manifosto 'ahli umno akan dapat 100rm jika saya menang, ketua cawangan Naik elaun


      Korang faham pertandingan manifosto calon ketua mt. Amerika pun buat benda sama bagi sesuatu jika menang jawatan ketua parti.

      Jadi macai pro-tun m kena faham manifosto pertandingan ketua mt Dan ketua bahagi

      Macai protun m boleh ke rasuah 3juta ahli umno ITU sedang undi rebut jawatan parti sila berfikir ia.

      Dulu zaman tun m rasuah bagi secara tersorok undian ketua cawangan untuk mendapat undi mereka.
      Malah anwar pun beri rasuah pada ketua cawangan untuk mendapat undi mereka.

      Rasuah diberi Cara tersorok untuk mendapat balasan undi dalam parti politik ADA faham tak.

      Kalau manifosto pertandingan jawatan mt dia sendiri kena terangkan depan ahli Dan majis mt 'ADA faham tak pro-tun m

      Delete
    6. Manifosto pertandingan parti'
      1)Ia bukan rasuah ia 'sebab ia lakukan secara terbuka, dia berjanjin jika dia menang dia akan hadiah pelancongan kepada ketua cawangan

      Dorongan bagi rasuah until mendapat sokongan
      2)Lain dia cakap undi saya akan bagi hadian pelancongan ITU baru rasuah bagi secara tersorok

      Anda kena tahu beza dua percakapan ini diatas ini ..
      Pengundi kena berfikir APA ITU pertandingan parti


      'Dalam pertandingan dalam parti mesti ADA manifosto untuk ahli parti Dan manifosto ahli mt jadi dia menerangkan depan para cawangan umno,ahli umno Dan ahli mt'
      Contah manifosto parti saya akan tolong ahli parti mana2
      Ahli umno susah atau sakit jika mereka minta pertolongan saya, saya akan sikir akan mana pemimpin tak mahu tolong ahli umno, dan saya akan elaun parti mana ahli menbantu parti ITU angap manifosto pertandingan parti.

      Lain Kali kalau mukhriz kalau mahu menang 'Dalam pertandingan majis tertinggi buat manifosto pertandingan dalam parti ,lepas itu tunai APA dia berjanji ,sebab ITU cakap mukhriz tak tahu politik Dalam pertandingan parti dia tak layak jadi PM

      Delete
    7. Manifosto? Amende tu?

      Delete
    8. Hang pi balik Bangla la woiii...meqapu kejadah apa statement hang ni.

      Delete
  4. bekas meneteri kewangan kedua tu buat pendedahan...berita menggemparkan ni...bekas timbalan perdana menteri yg lebih besar dari menteri kewangan mcm mna? haha....sudah2 la tu...imej negara buruk pun disebabkan si kitol2 menjaja sana sini cerita buruk2kan negara...guna nama rosmah bagi sekadar membunuh karakter seseorang...dulu aku sokong mahathir tapi selepas apa yg dia buat terserlah wajahnya yg sebenar...Allah itu maha besar panjangkan umurnya yg didalamnya ada pintu taubat.

    ReplyDelete
  5. serupa lah mcm 'sore loser !'

    mengapa gagal dgn hasrat utk kekal sebagai MK2 baru timbul keinsafan ???

    tak apa. 'better late than never'.

    dari sekarang bantu lah rakyat utk mengenyah kan ROSMAH dgn menghumban NAJIB k dlm sg Pahang.

    semua yg berfikiran sama harus berpadu tenaga utk mengheboh kan kebobrokan rosmah/najib kpd semua lapisa rakyat.

    persempadanan semula yg d rancang olih SPR adalah sah dari segi undang2. ini d praktikkan olih semua Negara demokrasi.

    pihak yg tidak berpuas hati perlu membantah nya dgn hujah2 yg bernas d makhamah agar mereka akan dpt menimbang n membuat keputusan saksama.

    namun usaha melawan SPR bukan lah perkara yg senang.sebagai institusi kerajaan mereka selalu nya menang.

    strategi najib/UMNO sekarang jelas berpaksi kpd emosi penduduk2 luar Bandar kerana mereka tahu penduduk Bandar yg lebih celik tlh lama menolak mereka.

    inilah lah tugas utama PPBM - gempur kawasan luar bandar.

    insya'allah saya melalui PPBM, akan membantu d kawasan Pekan, tempat kelahiran saya.

    ReplyDelete
  6. Anon 1839, ustaz dan ulama tu betul. Anda yang salah. Ustaz dan ulama tu berpegang dengan prinsip Islam di.mana selagi tiada bukti yang sahih dan konkrit, tak boleh menghukum sewenang2nya. Jika tidak, mereka akan dikira memfitnah dan mencemar maruah orang. Ustaz dan ulama tu bukan mcm anda hanya bersandarkan hearsay, wsj, sarawak report, fb, tweeter. Mereka ada garis panduan dalam menangani sesuatu permasalahan. Shame on you kerana telah meletakkan timbangan keadilan di lutut atau dibuku lali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak ulamak .... ulamak sokong UMNO, ulamak sokong PAS, ulamak sokong PKR ...., ulamak Saudi, ulamak Syria, ulamak Iraq, ulamak Sunni, ulamak Syiah ...

      Delete
    2. Ada lagi org mcm hang rupanya...memang for sure UMNO bungkuih PRU 14 nanti.

      Delete
  7. Zaman dulu ramai manusia mensyirikkan Allah kerana sembah BATU, POKOK, KUBUR, MATAHARI. Ironinya hari ini semakin ramai manusia (didahului oleh para ULAMA, MUFTI, MAJLIS PROFESOR NEGARA) mensyirikkan Allah hanya kerana mereka percaya bahawa rezeki bukan daripada Allah tetapi daripada NAJIB. Kesian.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasihan. Dah jadi DAESH dah si Fikir Tajam ni dgn kafir dan syirikkan orang. Lama2 sok Fikir Tajam pun sembelih org silap2. Sebab semua org dia dh hukumkan syirik.

      Delete
    2. Anon 00:58 telah menelanjangkan 'MANTIQ SAMPAH' yg hanya layak berada di longkang hanyir. Cendekiawan apa macam ini. Org bicara pasal keOKUan para ulama, mufti & majlis profesor negara dlm menghadapi 1MDB SAGA. Mereka menutup mulut tak berani sentuh/komen/hujah/wacana/lontar penyelesaian kerana TAKUT DIPECAT! Simple logic macam ni pun tafam! Mereka terlalu cintakan dunia hingga tak betah NAHI MUNKAR. Jgn cakap la 1MDB di luar kefahaman mereka... Justeru profesor ekonomi yg berlambak di universiti tu sebok apa? Cuci tandas ke? Jika berlaku kemungkaran di depan mata kita, jika:
      1. Berkuasa guna tangan utk sanggah
      2. Tak upaya guna tangan maka gunalah kata2
      3. Jika tak upaya juga MESTI bencikan di hati akan kemungkaran itu

      Tak kan lah Ulama, Mufti & Majlis Profesor Negara berTARAF org kebanyakan yg bencikan di hati saja tak berani bersuara? Maknanya mereka golongan cendekiawan ini sama saja seperti Pak Ngah nelayan, Pak Long penoreh, Mak Ngah cleaner, Pak Uda guard? Malu beb! Ironinya Prof Muhaya BUKAN MAIN tunjuk handal bicara soal keJIWAAN/keROHANIAN/RESET MINDA yg jelas di luar kepakaran beliau..... Tapi membisu sama soal 1MDB! Sape nak dengar celoteh kalian aduhai Prof Muhaya, Dr Fadzilah Kamsah, Ustaz Bad, Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus,Ustaz Kazim...

      Delete
  8. Ts zam. Kalo najib berundur sape nk ganti? Kita tolak ketepi tun m (yg xbole dipetcayai), mukriz (yg lemah), tsmy (yg ckp pusing2 dan blur). Jgn lah menidakkan rekod najib kerana mereka yg fhm ekonomi mengakui tindakan2 kerajaan adalah betul. Hanya mereka yg tak fhm ekonomi, mereka yg taksub pd tun m dan mereka yg ada kepentingan saja yg against najib dan umno. Ts zam berada dlm kategori ini kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA INGAT YANG PALING LAYAK JADI PM ADALAH SAUDARA SENDIRI.

      Delete
    2. Ramai layak ganti....azeez raheeeem, mat maslan, keruak, ahmad bashah, ismail sabri, poad zarkashi, adnan yakob, teuku nan,...banyak lagi calon layak dalam umno boleh ganti najib. Mereka juga pakar ekonomi yang hebat...

      Delete
    3. Hahahaha...cantek ayat Tan Sri..padan muka hang anon 0706...ingat semua orang makan dedak macam hang ka...

      Delete
    4. Hahaha..lawak sungguh

      Delete
    5. Kalo tun m pun xdpt bg nama calun pm (yg sume org tau sape) slps najib, masakan Ts Zam dan protun dpt bgtau sape yg layak!? Come on lah...jgn jd hipokrit. Hahaha..

      Delete
  9. Dengan Memberi Rosmah Anugerah Wanita yang patut di Contohi (belanja mewah gila dan mempergunakan suami untuk dapat wang negara)menunjukkan UNESCO sudah tak bolih pakai lagi. Pendek kata sudah menjatuhkannama UNESO dan UN!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mat salleh kata dlm dunia ini semua nya bisa d atur. 'every thing has a price tag'.

      Delete
    2. Check latest dari malaysiakini...berita award dari Unesco tu tak betul!

      Delete
    3. New york times lapor unesco dah tarik balik award tu.

      Delete
    4. berita terkini:
      anugerah penghormatan ini telah dibatalkan oleh UNESCO

      http://www.nytimes.com/2016/09/19/world/asia/award-malaysia-children-group-unesco.html?_r=0

      Delete
    5. Kah Kah Kah . Lihat berita ini :
      http://sozcyili.blogspot.my/2016/09/unesco-tidak-beri-rosmah-anugerah.html

      Delete
    6. Ikut laporan NYT, tak ada kena mengena dengan Unesco. Dari mana BERNAMA dapat berita award tu dari Unesco?

      Delete
    7. Mungkin 'mereka' mahu memalukan PM kita. Seluruh dunia tahu 'scandal-1MDB'... Malaysia dan kleptocracy... Rule by thieves.

      Nama anugerah pula....'Lead by Example'???
      Lead... Leader... Pemimipin... siapa yang Pemimpin Malaysia. Najib ke Rosmah?

      'Kepimpinan Melalui Teladan'... apakah yang patut dicontohi dari Rosmah?
      Extravagant shopping, kegilaan kepada bag-tangan jenama-mewah & menginap dihotel exclusive di Negara-Kapir?

      Nampakgayanya... Najib & Rosmah tidak berani lagi pergi ke New York. Buatnya... dipulaukan... lagi malu Negara.

      Kita tunggu hujung tahun ini... samada mereka berdua berani lagi pergi bercuti Krismas dan bershopping-sakan di Negara-negara Kapir, seperti tahun-tahun sebelum ini.

      Delete
  10. Pada tahun 1998-2002 pun ramai tak puas hati sepatutnya dua2 anwar Dan tun m patut letakkan jawatan sebab Anak murid yg tun m didik Cuba memusnahkan Malaysia ini Sebagai tok guru pada anwar 'tun m harus bertangungjawab.

    Macam ini aku ramai tak puas hati pada tun m dari 1998
    1)biasiswa di luar negara hentikan sementara sehinggakan ADA para IBU bapa terpaksa merayu pada menteri bagi biasiswa padanya.
    2)program mlvk kemahiran yg dibuat oleh pihak swastar gagal oleh sehinggakan dizaman Pak lah kolej swasta yg berunsurkan kemahiran terpaksa ditutup secara besar-besaran sijilnya hanya sampah.
    3)pinjaman yg melampau 12% kadar interest yg buat oleh anwar Dan tun m itu, bila para kroni dia marah barulah buang anwar sebagai korban pada hal dua2 yg salah sebab kenapa tun m tak teliti dulu apa mahu anwar betang bajet di palimen itu..
    4)kurang nya orang membeli kereta Dan Rumah sebab kadar interest 12%
    5)kenaikan harga barang ayam 4-7rm sekiloh Dan kenaikan Jalan bertol....
    6)tak dibenarkan president umno di cabar
    7)pertadingan umno ada Kota istimewa untuk tun m suka pada orang itu...
    8)rasuah merasuh dalam pertandingan parti..
    9)nepostim Dan kronima berleluasa
    10)tutup pasaraya besar di chow kit dan terjual pasar raya besar di bukit bintang milik bumiputera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila hang buka mulut saja aku asyik nampak kucin kurap saja...hang pi balik Bangla la woii..

      Delete
  11. Anon 07.52. Unesco ada pendirian dan jawatankuasa penilai. Mereka tidak mengambil kira hearsay dan laporan fb serta blogger2 utk menilai sumbangan tokoh2. Jika mereka bersandarkan laporan fb, blog, tweeter dan seumpamanya, maka tiada seorang pun yang akan layak menerima anugerah tersebut kerana semua manusia ada musuh peribadi dan politik. Anda telah menjatuhkan penilaian akal anda ke tahap paling rendah. Saya kasihan pada anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju 100% dengan anda. Dan anugerah pon dah kena tarik balik....mungkin jawatankuasa penilaiam unesco berpendapat bahawa laporan "fitnah" WSJ sebenarnya adalah betul!

      Delete
  12. Anong0752 menilai guna buku cincin Chegubar dan ceramah Rafizi, Unesco menilai guna laporan aktiviti dan gerak kerja seseorang yang ada di atas kertas dan visual rakaman video oleh panel2 penilai. Maka di situlah perbezaan Anon01752 dengan panel UNESCO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Dan bila ditarik balik pon, kerana penilaian pakar2 jugak.....betul tak?

      Delete
  13. Anwar ,Tun m Dan geng 25 liberal selam tak tahu hormati islam.
    Sebab apa aku cakap macam itu geng liberal dan tun m nak adakan bersih 5 ketika umat Islam menghayati konsep hijrah.

    Sepatut tun m malu dengan perbuatan Maria Chen Dan Marian tun m tak tahu menghormati konsep hijrah, ini ajar tun m selama 22tahun memerintah Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Podaaaaaaaaah...ko ni ustaz tepi longkang

      Delete
    2. 12.34 Maria Chen Dan Mariam, sapa tu, tak pernah dengar?

      Delete
    3. Kucin kurap bangla mana pulak ni...

      Delete
  14. TS Zam
    kekalutan ekonomi yang kemudiannya diparahkan lagi dengan amalan ketirisan dan kelemahan pentadbiran nampaknya telah benar2 meruntuhkankan sistem good governance of the sitting government dan agensi-agensi yang bernaung dibawahnya,

    Antara agensi yang terkesan adalah MARA, sebuah agensi yan ditubuh khas bagi membantu menaikkan taraf anak pribumi baik dari segi sosial, akademik mahupun ekonomi.

    Anak saya adalah bekas pelajar Kolej PolyTech Mara yang baru sahaja menamatkan pengajian peringkat diplomanya dalam bidang Electrical Engineering (Industrial Electronics)bulan April yang lalu. Dengan keputusan CGPA 3.95, pada kebiasaannya mengikut amalan tahun-tahun sebelum ni, pelajar2 yang cemerlang, Mara akan menghantar mereka ni untuk menyambung pelajaran peringkat ijazah di universiti-universiti terpilih diluar negara (iaitu UK dan Australia berdasarkan bidang pengajian)
    Namun, malangnya buat tahun ni nampaknya Mara tidak lagi menyambung amalan ini. Oleh itu, anak saya memilih untuk menyambung pelajaran peringkat ijazahnya di UniKL Miat dalam bidang BACHELOR OF AIRCRAFT ENGINEERING TECHNOLOGY (HONOURS) IN AVIONICS.
    Apa yang menjadi persoalan bukanlah sangat pasal tidak menghantar pelajar2 cemerlang menyambung pelajaran di luar negara. Apa yang menjadi kerisauan saya ialah mulai tahun 2016 nampaknya Mara tidak lagi membaiayai pengajian-pengajian melalui program pinjaman pelajaran yang memang sejak sekian lama merupakan satu obligasi agensi ini. Setiap kali cubaan untuk meng'access' website sistem e-eduloan online akan menerima status seperti berikut.

    "ADALAH DIMAKLUMKAN PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN MELALUI SISTEM EDULOAN MASIH BELUM DIBUKA.
    SEBARANG MAKLUMAN TERKINI AKAN DISAMPAIKAN DARI SEMASA KE SEMASA."
    walaupun sudah masuk bulan September. Memang luar biasa sekali.

    http://eduloan.mara.gov.my/maintenance.aspx

    sekiranya benar Mara tidak lagi berupaya membiayai pengajian anak2 pribumi di dalam dan luar negara, maka ia merupakan satu tragedi dan tamparan hebat kepada anak bangsa yang terpaksa bergantung harap kepada agensi spt Mara ini bagi memastikan kesinambungan akademik mereka

    Barangkali mungkin Tan Sri boleh highlightkan isu ini agar nasib rakyat marhain yang tidak menerima sebarang derma dari pak arab tetapi memerlukan bantuan dapat dibela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada dengar ... ramai dari kalangan anak-anak-Rakyat-Marhean yang cemerlang, tidak dapat biasiswa dari Khazanah atau 'study-loan'dari MARA.
      Mungkin kerana mereka tidak ada 'cable'.

      Sebaliknya... ramai anak-orang kaya dan ahli-politik yang dapat 'study-loan' atau biasiswa.

      Kita hanya boleh berharap Kerajaan UMNO-Najib dan BN bersikap jujur dengan Rakyat... suruh MARA & Khazanah keluarkan senarai terkini... tanpa diedit... nama-nama pelajar yang mereka taja/biayai, di dalam dan luar-Negara.

      Delete
    2. Kalau setakat belajar bank,akuntan,pengurusan baik belajar di Malaysia je, di Malaysia Mara dah habis berjuta RM untuk meningkat mutu universiti mara di malaysia ini.
      Lupa kadang 100 orang je biasasiswa boleh dia sediakan, yg minta 2000 orang kalau tak ADA rizki terima je, jangan menghasut orang, kalau belajar percuma boleh naikkan gst kita seperti briazil 18% ok. Kerajaan dah sedia ptptn pun dah Kira bersyukur, zaman tun m ITU orang jual tanah untuk hantar Anak ke universiti sampai satu ketika baru palimen cadangan buat satu tabung pinjaman untuk tolong orang nak belajar..

      Delete
    3. 10.38....makin hari makin bodo kau yerrrrr

      Delete
    4. Bukan soal jurusan apa yang mereka belajar di universiti luar negara. Itu bukan isunya. Isunya disini pelajar-pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik dan prestasi yang amat memberansangkan dalam SPM/SPTM (seperti score straight A's), mereka ini layak untuk diberi 'hadiah' oleh kerajaan atas pencapaian cemerlang mereka dan usaha keras mereka selama ini.
      Berbekalkan keputusan cemerlang itulah, mereka mengharapkan untuk menyambung pengajian di peringkat tang lebihi tinggi di universiti luar negara dan kerajaan tidak sepatutnya menghampakan mereka. Matlamat mereka dalam usaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang adalah supaya dapat belajar di luar negara. Itu satu-satunya matlamat mereka. Dan apabila itu dapat dicapai, tiket untuk menyembung pengajian di overseas sudah berada dalam genggaman samada melalui Mara, JPA, Petronas atau GLC-GLC yang lain. And the government shouldn't negate on its promise. Itu hak mereka. Sudah semestinya mereka akan tuntut.
      Apa yang para pelajar ini capai is no small feat. Mereka bertungkus lumus sepanjang tahun mengulangkaji pelajaran kerana mereka ini mempunyai cita-cita untuk menyambung pengajian mereka di luar negara. Kerajaan hendaklah menunaikan janji mereka dengan menaja mereka-mereka ini. Akauntan, medicine, engineering, ekonomi, syariah, hatta sains sosial pun jika pelajar tersebut layak, dia berhak diberikan 'hadiah' dari kerajaan untuk menyambung pengajian mereka dalam atau luar negara.

      Delete
    5. Pergi Uk Univerditi Kebangsaan dah cukup.

      Delete
  15. Fikir, tajam, sayangnya fikiran anda amat tumpul. Semua umat Islam beriktiqad bahawa pemberi rezeki dan nikmat adalah Allah. Namun Allah menjadikan beberapa asbab (sebab-sebab) untuk kita mendapat rezeki tersebut iaitu dengan bekerja, meminta tolong dari manusia. Semua itu tidaklah syirik. Jika anda berpendapat hanya boleh meminta kepada Allah, tidak boleh bersandar kepada sebab2 maka:

    1- Apabila anda sakit, jangan minta tolong doktor.
    2- Jika mahu makan, jangan minta isteri masakkan.
    3- Jika mahu minum, jangan minta mamak bancuhkan teh tarik. Minta dan berdoa minta sahaja untuk teh tarik.
    4- Jika anda dirompak, jangan minta tolong polis.
    5- Jika anda mahukan duit, jangan mohon kerja, jangan bekerja, minta saja dari Allah supaya duit turun dari langit masuk ke poket anda.

    Tiada sesiapa yang sembah Najib untuk dapat rezeki dan nyawa untuk hidup. Kalau mereka minta pada Najib pun, ia hanyalah permintaan dan Najib sebagai sebab sahaja. Musabbibul Asbabnya adalah Allah.

    Kasihan saya melihat orang yang tumpul fikiran tapi mengaku tajam seperti anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat Anon 16:18... paling bangang dan menghina penganut-Islam.
      Nampakgayanya... lebih lama Najib bertahan, lebih tercemar emej dan maruah Islam.

      Memang tidak ada yang 'menyembah' Najib, untuk dapat rezeki... tapi ramai yang mencium-tangan Najib & Rosmah... membodek dan pengampu... demi jawatan dan kelangsungan dunia.
      Orang sebeginilah yang Najib & Rosmah suka pilih. Apabila memilih penyokong, Najib mengutamakan kesetiaan daripada kebijaksanaan.

      Hakikatnya:-

      - Rakyat tak pernah minta BR1M.
      Najib sendiri yang nak bagi... sebagai persediaan menjelang PRU13. Mungkin idea dari Penasihat & Konsultant yang berharga RM7.2 Billion (dalam 5 tahun), beliau.

      - Rakyat tak minta ditubuhkan 1MDB guna dana bersumberkan HUTANG, bila sudah ada Khazanah Nasional, sebagai Syarikat Pelaburan Strategik Negara.
      Najib sendiri yang pilih orang-tengah bernama Jho Low untuk berurusan dengan Pak-Pak Arab... bagi pihak 1MDB, Kerajaan atau Rakyat... tanpa dibawa berbincang dalam kabinet.
      Pemimpin UMNO, seolah-olah... sangat takut pada Jho Low. PDRM, PAC, Ketua Audit Negara dan Apandi pun sangat takut pada Jho Low. Bukan setakat 'usik', nak sebut nama Jho Low pun mereka tak berani... atau dipanggil untuk disiasat. Mengapa?

      - Rakyat juga tak minta dikenakan GST. Dulu... Rakyat miskin tidak dikenakan cukai, bila membeli barang makanan harian dan bil-bil utility. (TNB, Air, IWK & TM).

      Delete
    2. 16.18....kalau pemikiran kau tahap sekolah pondok, tak yah bising lerrr.

      Delete
  16. Tan ser pada rakyat apa takut sangat nak beri tahu rakyat apa yg berlaku dgn 1mdb berapa banyak duit yg telah disalagunakan biar rakyat sedar dan bangun menrntang pemimpin yg zalim perasuah cakap dgn nada yg jelas aa yg dilihat mereka ini mahu play safe nak tunjuk baik ini atau ada udang disebalik batu itu saja sebenarnya ahli umno ug totok saja sokong dan tidak menggunakan akal yg waras

    ReplyDelete
  17. Arizmaya, apa yg hebat sgt univ luar negara tu. Tun M dan ZAM pun tak masuk univ UK dan Australia, tapi boleh jer jadi menteri, tokoh, pm, negarawan, tokoh wartawan. Univ di Malaysia sekarang bukan mcm tahun 80an. Bercambah2 univ awam, swasta, kolej2 yg ada twinning bertaraf antarabangsa. Belajar UK dan Australia bukan menjadi ukuran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan anon 18:17..
      mengikut ranking terkini, universiti terbaik negara kita iaitu Universiti Malaya berkedudukan no.27 di Asia dan 146 di dunia. Manakala University of Cambridge berada pada kedudukan no. 4 di dunia.
      University of Melbourne di Australia pula berada pada kedudukan no.42 di dunia.
      Jadi, dengan ranking bagaikan langit dan bumi tu, tuan fikir sendirilah graduan dari universiti manakah yang agaknya akan menjadi pilihan pasaran kerja apabila mereka tamat belajar nanti.

      Delete
    2. Bodo tak bole di ajar.. Biasiswa adalah HAK..

      pDah lebih 20 tahun Petronas dapat duit hasil Petrolium yg untungnya melebihi rm100billions setahun...MANA DUIT TU PERGI? HANYA PM N LOSEMAH AJEE YG TAHU...

      Delete
    3. Ha ha ha ha ha.....

      Delete
    4. Anon 18.17, ni dah kurun ke 21, mentaliti kau masih di kurun 19. Teringat aku kat sedara di kampong bila kita cerita pasal kos sara hidup yang makin tinggi di KL. Mereka kata, balik laaa tinggal kat kampung; rumah tak payah sewa, tadika kemas pun ada, tak mahal (anak aku masuk tadika swasta di KL, rm1000 lebih satu penggal). Kaum cina pula mentalitinya lain, sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan yang terbaik, tak kira lah samada soal pendidikan, ekonomi, sosial, etc. Persoalan yang dibawa oleh Arizmaya itu afalah manifestasi kekalutan keadaan ekonomi negara sekarang. Kita patut berbahas bagaimana mengatasinya.

      Delete
    5. Perbezaan kualiti pendidikan dalam negara berbanding uk, australia, malah singapore; tidak perlu dipertikai dan diperbahaskan. Hanya katak di bawah tempurung yang cuba spin dari isu sebenar, iaitu kerajaan kita dah habis duit.

      Delete
  18. Anon 16:18

    Kesian dah lah nickname pun tak mampu nak tulis...tu pasal tak reti bahasa. Mungkin Anon 16:18 ni Profesor Kangkong. Org berhujah yg mufti, ulama & majlis profesor negara jadi BISU, PEKAK, MENTAL DISORDER tahap kronik kerana langsung tak tegur, ulas, wacana, kolokium, seminar, conference, memorandum MENYUARAKAN ISIHATI & FIKIRAN CENDEKIA kalian berhubung kebejatan 1MDB. Tahap sarjana kalian hanya sama aras dgn pegawai daerah je... Kesian..... Sesia published ISI journal HI Q1 tapi BACUL MENIKUS. Woi.... Einstein pun bersuara sanggah penubuhan ZIONIS ISRAEL yg berasaskan military state. What a shame!

    ReplyDelete
  19. 18.17 pemikiran kau tahap form 3....tak per lah.

    ReplyDelete
  20. Anon 16:18 telah menelanjangkan 'MANTIQ SAMPAH' yg hanya layak berada di longkang hanyir. Cendekiawan apa macam ini. Org bicara pasal keOKUan para ulama, mufti & majlis profesor negara dlm menghadapi 1MDB SAGA. Mereka menutup mulut tak berani sentuh/komen/hujah/wacana/lontar penyelesaian kerana TAKUT DIPECAT! Simple logic macam ni pun tafam! Mereka terlalu cintakan dunia hingga tak betah NAHI MUNKAR. Jgn cakap la 1MDB di luar kefahaman mereka... Justeru profesor ekonomi yg berlambak di universiti tu sebok apa? Cuci tandas ke? Jika berlaku kemungkaran di depan mata kita, jika:
    1. Berkuasa guna tangan utk sanggah
    2. Tak upaya guna tangan maka gunalah kata2
    3. Jika tak upaya juga MESTI bencikan di hati akan kemungkaran itu

    Tak kan lah Ulama, Mufti & Majlis Profesor Negara berTARAF org kebanyakan yg bencikan di hati saja tak berani bersuara? Maknanya mereka golongan cendekiawan ini sama saja seperti Pak Ngah nelayan, Pak Long penoreh, Mak Ngah cleaner, Pak Uda guard? Malu beb! Ironinya Prof Muhaya BUKAN MAIN tunjuk handal bicara soal keJIWAAN/keROHANIAN/RESET MINDA yg jelas di luar kepakaran beliau..... Tapi membisu sama soal 1MDB! Sape nak dengar celoteh kalian aduhai Prof Muhaya, Dr Fadzilah Kamsah, Ustaz Bad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jurang pembangunan di antara negara barat dan negara sedang membangun (serta negara2 bertaraf pariah kronik) ialah:

      keupayaan rakyatnya mencari ilmu, serta keupayaan pemerintah memberi ruang seluas luasnya kepada rakyat menimba ilmu. Di negara2 EU , US, Jepun dan sehebat dengannya, rakyat tidak menilai sejarah lampau parti pemerintah. Rakyat menilai isu semasa, dan keupayaan individu mengatasi isu. Di sana, pemimpin dan penyokong mereka akan disisih jika cakap kosong. It is always about substance. Di sana, ahli akademik, cendiakawan, etc, malah selibriti mempunyai daya pemikiran yang tinggi dan berani bersuara. Rakyat tak perlu pergi dengar ceramah politik. Senang cakap, tahap pengetahuan rakyatnya tinggi.

      Di sini, ada yang berani bersuara without fear or favor? I can name only one, ustaz asri. Bagaimana pula para akademik di UKM dan UiTM, dua institusi Melayu tersohor, yang sepatutnya bersuara untuk negara bangsa? Atau pun kita terlalu serasi dengan penceramah bertopengkan intelek tetapi, bersifat selibriti mengejar populariti? Ada artis kita yang mampu berbicara tentang 1MDB? Para wartawan pula (selain dari the Sun dan The Edge)? Di kalangan professional GLC? Di kalangan penjawat awam? Ada berani? Di mana Cuepacs dalam perihal 1MDB? Kepada 16.18, itu lah di antara bezanya apa yang boleh dipelajari di luar negara.

      Delete
    2. 8:36
      Pihak yg diberi tugas menyiasat mendapati xde penyelewangan. Pihak diluar negara pun xdpt nk buktikan.
      Yg menyalahkan PM dan 1mdb xdpt beri bukti2 yg sahih.
      Takkan ulamak2 nk bersuara perkara diluar bidang kuasanya yg masih x terbukti lg...

      Delete
    3. 22.48...kau baca utusan dan tengok tv3 jerrr, patut laaa kau tak nampak apa apa. Nak sekolahkan orang macam kau bukan senang, tapi tak pa, kami yang berpelaran dan berilmu tinggi tetap akan usahakan. Buat permulaan, kau masuk website wsj, bloomberg, cnbc, financial times, new york times, south china morning post, cnn, bbc, kau type 1MDB...baca semua archives kat situ. Kalau tak tau baca omputih, ambik tuition english 3 tahun, lepas tu baca.

      Delete
  21. Assalam Tan Sri...pelik tapi benar... Kenapa ramai pro pm n umno memberi komen diatas tajuk yang Ts ketengahkan tapi TDM yg mereka sasarkan Kenapa tidak pada mantan menteri kewangan 2? Fikir fikirkan lah

    ReplyDelete
  22. Hebat dedak perisa stoberi yg disuapkan oleh Madet kpd ayam itiknya dalam blog ini. Sehingga meresap ke otak nikmatnya. Sungguh luarbiasa ini dedak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si bangang yang munafik bersuara menyokong Najib.

      Delete
    2. Madet dah nak balik kerala Agong dah tolak.

      Delete
  23. TAHNIAH SINGAPURA

    SINGAPURA – Komuniti perniagaan antarabangsa gempar apabila sayap pelaburan milik pemerintah Singapura, Temasek Holdings dilaporkan rugi sebanyak S$24 bilion (kira-kira RM72.9 bilion).

    Kerugian memalukan itu dilaporkan akhbar ternama tempatan, Straits Times (ST) pada Isnin, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai kelemahan urus tadbir selain campur tangan politik berlebihan terhadap Temasek selama ini.

    Ironi, akhbar berpengaruh Amerika Syarikat pro-Zionis, Wall Street Journal (WSJ) yang ‘kecoh’ hentam sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia, 1MDB sepanjang tahun lalu, sebaliknya ‘senyap’ macam tiada apa-apa berlaku pula!

    Walhal sejak ditubuhkan pada 1974 dan mengawal 10 buah syarikat milik kerajaan (GLC) republik tersebut, jumlah kerugian dicatatkan Temasek itu jauh lebih teruk daripada 1MDB; yang kini mula menunjukkan pemulihan ketara.

    ST dalam laporannya itu mendedahkan kerugian dicatatkan menerusi laporan tahun kewangan berakhir atau FY2016 bertarikh 31 Mac lalu daripada hanya S$242 bilion (RM735 bilion) kepada S$266 bilion (RM808 bilion).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerugian berniaga kerana kelemahan pengurusan adalah berbeza dengan kerugian akibat rompakan berbillion.1MDB ditubuhkan untuk niat melakukan rompakan berskala besar.

      Delete
    2. 21.30...Kerugian kerana perniagaan, bukan kerana kecurian. Ada bezanya.

      Delete
    3. Pemulihan ketara 1MDB? kah kah kah....apa lagi 1mdb nak jual kat China. Apa citer abu dhabi bawak 1mdb masuk court? Ada baca? Bandingkan pula berapa aset strategik dalam negara Temasek yang jatuh ke tangan asing.

      Delete
    4. Berniaga laki bini mana tak merudum.

      Delete
  24. Dipendekkan cerita, sekiranya Najib ikut ckp Tun M, isu 1mdb xmuncul.
    Kesannya skrg, pekung Tun M di dedahkan seluas2nya. Teringat kata2 arwah Fadhil Noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Derma' yang Najib dapat itu lebih benar dan suci?

      Delete
    2. Dipanjangkan cerita, 10 tahun tak tentu lagi boleh pulihkan maruah negara. Kesian bakal2 graduan masa hadapan, tak ada kerja sebab pelabur asing tak datang, dah anggap kita ni failed state. Ada dengar lagi sejak setahun kebelakangan ni pemimpin asing bawa misi pelaburan ke sini? Ada dengar syarikat2 dari korea, jepun, EU tempah tanah atau kilang di industrial park ? Pemimpin last yang datang, kalau tak silap, dari Maldives. Dia nak export ikan masin ke sini kot....

      Bank Negara kata isu perumahan sekarang bukan kerana pembiayaan, tapi kerana faktor affordibility atau keupayaan. REHDA pula kata rumah mampu milik banyak, faktornya ialah pembiayaan. Makin kalut dah.

      Delete
    3. Pelabur2 asing tarik diri kerana polisi kerajaan dgn pelabur asing selepas kemelesetan ekonomi 97-98. Itu polisi tun m yg buat. Harap maklum ye.

      Delete
  25. Tan Seri adakah harus rakyat negara ini hendak mempertahan pemimpin negara yg suami isteri sentiasa memberi masalah kepada kepada negara dan tidak habis2 dengan skandal kewangan hidup bermewah2an maka sesuai sangatlah agar bn umno dikuburkan dlm Pru14 selamat berkubur bn umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu dipandang dr sudut ekonomi, dagangan dan hubungan dua hala antara negara2 luar. Jgn lah di cemburui kemewahan mereka yg xde kena mengena dgn ekonomi negara. Think positively and dont act like a typical malay.

      Delete
  26. Memang sangat pedih apabila KDYMM Sultan Johor yang menitahkan rakyat agar tidak mempedulikan 'orang tua' yang sudah hilang akal ketika menyentuh hal perpecahan di kalangan rakyat. Sebenarnya, ada kebenaran daripada titah KDYMM Sultan Johor itu. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri, Mahathir sebenarnya sudah banyak melakukan jasa kepada negara ini walaupun jasa-jasanya mungkin boleh dipertikaikan antara kepentingan negara dan kepentingan tembolok kroni. Namun yang pasti, Mahathir berjasa dalam mengubah banyak perkara di negara ini walaupun akhirnya rakyat juga yang terpaksa membayar harga mahal daripada perubahan berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamak mamak ini semua hantar lah balik negeri masing2, kerala , madras, tamil nadu dll.Hampeh.

      Delete
  27. Kenapa menghina mamak? Mereka dijadikan Allah spt kita juga. Apa hak kita mencerca orang atas faktor warna kulit & keturunan? Assobiyah betul kamu.

    Saya sendiri tidak bersetuju dgn Azeez Rahim, Irwan Siregar, Ali Hamsa, Rizal Merican, Othman Muhamad, Ali Rustam yg kesemuanya berketurunan India/Pakistan. Tapi tak pernah sekali saya hina keturunan mereka.

    Sekolah mana kamu belajar?

    ReplyDelete
  28. Fikir Tumpul mungkin suka Bugis. I mean pahlawan Bugis.

    ReplyDelete
  29. FikirinTumpul pun hina orang Malaysia juga. Sebab kata org2 Ulama, Profesor dan lain2 dah jadi musyrik/syirik kerana sembah Najib. Mengata orang dia yang lebih. Shame on you FikirinTumpul.

    ReplyDelete