Monday, 5 September 2016

MAHATHIR GEMPARKAN NEGARA.



Tindakan Mahathir menemui Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menggemparkan Negara pastinya kerana beliau memikirkan RM 2.6 billion yang masuk ke dalam poket adalah lebih besar dosanya daripada masalah moral Anwar.

Lebih dari itu beliau mengutamakan  hak rakyat yang akan lebih tertekan dengan National Security Council Act 2016 ( NSC Act)  yang disifatkan oleh Tun sebagai UMNO tidak menghormati Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung demi untuk kepentingan seorang pemimpin.

Benarlah kata-kata Tun  "Tidak ada musuh dan kawan yang kekal dalam politik." Penyokong-penyokong Anwar tentunya menerima realiti ini dengan melihat  hakikat bahawa Mahathir benar-benar political animal( Haiwan Politik).

Jika Mahathir berbaik dengan DAP di anggap sebagai mengkhianati Melayu, maka apakah pula kata=kata  UMNO dengan langkah Mahathir berbaik semula dengan Anwar. Adakah beliau mengkhianati Negara, Agama dan Bangsa? 

Bagaimana dengan sikap PAS yang sebelum ini menjadi "budak suruhan" Anwar ketika Anwar berbaik dengan DAP demi untuk memenohi hasrat  Haji Hadi untuk menjadi Perdana Menteri.

Tindakan Mahathir hari ini membawa suatu scenario baru dalam politik Malaysia dan juga luar negara. Anwar masih mendapat sokongan dari pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat dan penyokong -penyokong senyap dalam UMNO.

Aanggapan  bahawa Anwar  tidak ada lagi  masa depan dalam politik Malaysia, mungkin tidak terpakai lagi malah Mahathir bila di tanya apakah beliau akan menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri jika menang dalam pilihanraya kelak, Mahathir hanya menjawab terlalu awal untuk memberi ulasannya tetapi beliau tidak menolak kemungkinannya.

Suatu keyakinan baru dalam politik Malaysia mulai terserlah. 

103 comments:

  1. Ini lah dikatakan Politik orang lama.

    Bravo Tun Mahathir

    ReplyDelete
  2. Kita sekarang berada dalam scenario politik baru yang meyakinkan. Ingatlah tidak ada perjuangan Mahathir yang tidak berjaya. Najib harus bersiap sedia. Yang dalam UMNO pun tidak boleh percaya.

    ReplyDelete
  3. NAJIB TELAH MELAKUKAN SESUATU YANG TIDAK DISANGKA BERLAKU.ANWAR BERJABAT SALAM DENGAN MAHATHIR KERANANYA.

    ReplyDelete
  4. Adakah anda tahu bahawa suasana di di Ibu Pejabat UMNO petang ini berada dalam kegemparan kerana apa yang tidak terduga telah berlaku.
    Disini juga masih ada ramai penyokong-penyokong Anwar Ibrahim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kan lah semua MT terkejut beruk dengan tindak tanduk TM!
      Matlamat menghalalkan cara sudah jadi sinonim dengan bekas idola saya.

      Delete
    2. JohorMali, Siapa idola baru kau? Kruak atau ahmad maslan?

      Delete
    3. anti pemakan dedak.6 September 2016 at 21:55

      Johor Mali.

      Ko pi sekolah dak?

      Delete
    4. Sekolah dekat kerala.

      Delete
  5. Saya meramalkan Pilihanraya ke 14 akan dipercepatkan untuk menyekat Anwar Ibrahim dari berkesempatan berkempen dalam pilihanraya.
    Thema kempen kali ini tentunya Bebaskan Anwar Ibrahim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul itu, Aku tertanya2 ini jika anwar dibebaskan nanti mungkin anwar akan menjadi persaing kepada mukhriz.
      Pro-tun m mungkin terpaksa usaha keras untuk jatuh anwar. ITU

      Perkara ITU menjadi persoalan aku ini
      1)Adakah anwar masih setia pada gurunya

      2)Adakah anwar lebih berminat meletakan Nur izzar anwar jadi timbalan atau mukhriz sebagai timbalan.

      3)sokongkan golongan liberal selam dan ponyokong hak asasi lgbt pada parti peribumi bersatu Dan pkr 'telah terbelah pada dua mereka akan pilih pkr atau peribumi...

      Analisi aku ini
      Ini bertambah besarlah huru hara pakatan harapan.
      Golongan liberal selam Dan ponyokong hak asasi lgbt berbelah bagi sama ADA nak sokong anwar atau tun m.

      Tun m menyebabkan golongan liberal Dan golongan hak asasi LGBT berkubur.

      Bagus juga ITU tun m terima balik dengan murid petama dia ITU, says terima kasih pada tun m ITU sebab tolong menkuburkan golongan liberal geng25 Dan NGO hak asasi lgbt ITU berkuasa dalam pakatan harapan ITU.

      Harus ingat ingat Malaysia ini tak menerima golongan liberal Freemason Dan golongan ngo lgbt ITU malaysia ini,tun m bakal melakukan kesilapan besar

      'ingat Malaysia ini bukan amerika menerima golongan Freemason liberal Dan golongan lgbt dinegara ini.

      Kesilapan marina tun m minta NGO lgbt untuk menyokong anwar ITU menjadi kecaman orang melayu Dan Islam

      Delete
    2. Pada usia Anwar menghampiri angka 70 dan Mukhriz masih di awal 50an serta Izzah di pertengahan 30an, ianya tidak menjadi masalah. Baik Mukhriz dan Izzah kedua-duanya ada kemampuan besar dan pengaruh yang kuat. Ke dua-dua mereka ini akan bawa nama besar bapa masing-masing lebih bagus daripada apa yang terjadi pada Najib dan Hishammuddin.

      Delete
    3. Sudah laaaaa.... bercakap tentang politik warisan ni.....

      Yang punca MASALAH BESAR la niiiii pun punca POLITIK WARISAN laaaa.....

      Oh ..... RAKYAT MALAYSIA, tolong bagi ada aqai sikit, bagi otak tu cayaq sikit.... Tak kan tak reti nak memilih pemimpin untuk nasib masa depan sendiri kottttt.......

      Dah terbukti, kuasa secara warisan ni - TAK BREJAYA. Jangan kata Kesulatanan Melayu Melaka, Empayar Maharaja China pun hancur dengan penurunan kuasa secara warisan.

      Adakah minda Rakyat Malaysia HARI INI (yang rata-rata celik huruf), lebih teruk @ rosak berbanding zaman Rakyat Malaysia BUTA HURUF dahulu 2 Zaman 50-70 an ??

      Mungkin celik huruf, tapi BUTA HATI....

      Delete
  6. Apa ada pada umno lagi? Tun dah cakap, ni soal masa depan negara, masa depan anak cucu kita, bukan pasal dia....kalu pasal dia, baik dia beli rumah kat sydney ka, tokyo ka, enjoy.

    ReplyDelete
  7. Najib ada lah musuh no 1 negara,wajib dihapuskan.

    ReplyDelete
  8. Tun m berjumpa murid petama si anwar' dia minta bantuan untuk menhapuskan murid kedua dia si najib
    Nampaknya tun m telah memaafkan anwar jual negara Dan bersekutu dengan nya
    Bagi pendapat aku tun m Cuba minta bantuan golongan liberal selam Dan penyokong lgbt yg dibelakang anwar ITU

    Persoalannya:
    mampukah tun m pengaruhi golongan liberal selam dan golongan LGBT ITU yg menyokong kuat anwar ITU, hanya masa je menuntukan

    Lihat kejatuhan Pak lah dulu apabila Pak lah terpengaroh dengan golongan liberal selam Dan golongan penyokong setia lgbt selepas hampar2 kerajaan bagi peruntukan kondom percuma Dan jarum percuma, nasib baik palimen menbantah dari bn Dan pembankang yg beragama Islam ITU 'jika tak, APA nak jadi pada Malaysia ini

    ReplyDelete
  9. PKR bekerjasama dgn BERSATU = checkmate UMNO-BN

    ReplyDelete
  10. Tan Sri,
    Dah lama saya tak baca media arus perdana dan dah lama saya tak menonton RTM dan TV3, maaflah kalau saya silap.
    Mahathir pergi kemahkamah itu untuk mendengar kes apa?
    Kalau kesnya adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan Malaysia, bukan sahaja Mahathir, malah semua rakyat yang sayangkan Malaysia patut sokong.

    ReplyDelete
  11. This old man is full of surprises. But I am pleased that the UMNO guys are now caught in a serba-salah situation. Of course their cyber troopers, especially that keruak fellow, are spewing their vitriol at the old man, who must be enjoying himself tremendously...very cunning, my dear Dr.

    ReplyDelete
  12. Bukan saja orang umno terperanjat? orang PAS pun. Tapi saya yakin yang terperanjat cuma pemimpin2, ahli ahli biasa dah lama harapkan ini semua akan berlaku. Pemimpin2 umno masih disconnected dengan realiti kehendak rakyat, masih fikir mereka boleh memenangi hati rakyat dengan pelbagai dedak. Bencmark sokongan rakyat pada umno boleh dinilai dari segi jualan utusan. Habis cerita.

    ReplyDelete
  13. jangan lupa, zahid juga bekas orang anwar. KJ juga penah jadi budak despatch pasport anwar~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid tak sampai seminggu di lepaskan dari ISA Dan tak didakwa dimahkamah sebab apa mungkin ramai tak tahu perkara ini mungkin dia jadi pengintip untuk tangkap anwar Dan pendapat rahsia ADA ditangan anwar mungkin juga tun m arahkan zahid untuk ketahui rahsia anwar itu. Pak lah ITU cepat kasihan orang sebab ITU kj diarah akan hantar passport ,tak salah aku Pak lah ADA hubungan suadara dengan anwar ini sebab ITU kasihat pada anwar ITU, ITU kesilapan Pak lah ITU sendiri.
      Pak lah ini bagus cuma dia cepat kasihankan orang yg bersalah ,ini tak bagus untuk pemimpin negara

      Delete
  14. Kerana mu Najib dan 1mdb mu itu...

    ReplyDelete
  15. Dan akhirnya melayu akan gaduh sama melayu dgn skala lebih besar. Bravo tun m!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu gaduh melayu secara politik demi masa depan negara yang lebih bagus.....lebih baik dari melayu sokong melayu jenis perompak

      Delete
  16. Tun Mahathir seorang yang "genius" dan gifted,,itu sebab dia terkenal di seluruh dunia dan termasuk dalam senarai orang-orang yang berpengaruh di dunia,,Syabas dan a Tahniah kepada Tun Mahsthir,,semoga Allah Ta'ala merahmati mu sekeluarga,Amiiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah bawa perangai diblog che det sini.

      Ingat kata2 ini 'jika sorang pemimpin mendengar pujuan melambung tinggi menyebabkan seorang pemimpim jadi rosak

      Delete
    2. Betul ti Salwah...Tun seorang genius.Patut la pemakan dedak macam 14.24 dah kalut....

      Delete
  17. Tun jumpa Anwar atas sokongan memfailkan MKN, tudak kurang dan lebih dari itu.
    Anwar akan salam dan bermuka manis dengan siapa sahaja yang mahu berjumpanya.

    Cuma Tun mendahului masa dan langkah pada masa yang tepat sebelum orang lain mencuri kesempatan tersebut.

    Di dalam umno, orang yang mungkin paling bahagia dan gembira atas pertemuan Anwar Mahathir adalah Zahid Hamidi.

    Mengambilkira pengakuan Najib lawan tetap lawan dengan siapa sahaja, tentulah salam Mahathir dan Anwar tidak akan menggugatnya.

    ReplyDelete
  18. Demi menyelamatkan Malaysia dari bahayanya NSC maka Tun melupakan kepentingan diri dan ego menyusur merendah diri pada orang yang pernah berpatah arang dalam politik akibat salah laku sendiri maka rakyat Malaysia harus berlapang dada dan menyokong usaha Anwar memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia berhubung Akta MKN. Sekiranya akta ini dibenarkan berkuatkuasa natijahnya amat buruk kepada rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  19. Tun tak ego, tak fikir tentang legasi dirinya, fikir pasal negara, syabas Tun. Yang curi duit negara tu, tunggu lah yerrrr, bukti elektronic banking tak boleh dipadam. Yang dapat share pon sama, enjoy habis habis....sg buluh dekat jerrr.

    ReplyDelete
  20. Dari dulu Tun M mahukan DSAI calon sebagai PM ttp isu moral DSAI menjadi halangan.Marah Tun M jika kita selami seperti marah ayah kepada anaknya seperti cerita Anakku Sazali.Jika Tun M dituduh memenjarakan DSAI, ttp semasa era Pak Lah DSAI dibebaskan, namun DSAI dipenjarakan semula semasa DS Najib berkuasa.Tidakkah terlintas sejenak, angkara/konspirasi siapa yang mahu politik DSAI berkubur selamanya.Ada logiknya kata TSMY,mainan politik....sentiasa berkait dengan seks.Siapakah dalangnya?

    ReplyDelete
  21. Tun m patut Tanya pada diri dia sendiri majis raja2 ada menbantah tak? Tak satu pun raja melayu menbantah aktar MNK.
    Tun m patut lihat sejarah raja2 melayu Dan sejarah tanah melayu 'kuasa kuasa keselamatan dibawah menteri2 bukan dibawah raja2 melayu, sebab ITU bila British cuba ambil kuasa menteri2 melayu di Perak mereka terus menentang British, jadi tun m ITU patut baca sejarah raja melayu.

    Jawapan aku mudah je tun m cemburu sebab najib tak mendapat tentangan dari raja2 melayu, tun m punya akta 1994 telah mendapat tentangan Dari raja2 melayu.

    Anwar Pula ambil kesempatan cipta isu untuk di keluar bersiar2 di luar penjara bamboo river, tak akan tak biasa dengan perangai anwar ini,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekkkkkkk ... Majlis Raja-Raja sudah buat kenyataan rasmi minta MKN diperhalusi dan dibaiki sebelum dilaksanakan dan Agong tidak beri tandatangan yer ... Itu bukan KAEDAH nyata menunjukkan RAJA-RAJA membantah MKN rekaan Najib ?

      Delete
    2. Fendi...biarkan 10.43 tu...merapu dari dulu lagi...layan dia pon tak guna

      Delete
    3. Fendi

      Inilah dikatakan penyokong dan macai2 najib yang pandai dalam sejarah politik tanah air.

      Oleh kerana takut hilang kuasa dan ada kepentingan diri dan sekeluarga berkaitan dengan kerajaan yang di perintah oleh umno selain mendapat dedak, mereka ini sanggup menipu dan memutarbelit rakyat.

      Ini bukan zaman 80an lah kawan. Rakyat malaysia bukan lagi dungu dan bodoh macam yang awak fikir. Rakyat dah banyak yang memiliki degree, master dan phd.

      Mungkin makcik2 dan pakcik2 felda atau orang kampung boleh kau kelentung.

      Delete
  22. AsSalam sumo .

    Yang sabonar ehhh Tun M ni dah hilang harapan .
    Dio harap sangat pado TSM untuk teraju Parti Bersatu , lifeline Tun M .
    Tibo2 keluar lak kes TSM berkopit hangat dongan bini oghang .
    Punah harapan Tun .

    Lopeh pikir lamo , Tun M pun bertekad , alang2 dah terkono tempieh kes pempuan lobih baik bersendiwara dongan si Anwar.
    Sekurangnyo bolih tumpang penyokong Anwar tu .
    Tun M dah nampak TSM ni takdo karisma dan roadshow pertamo Parti Bersatu kek Sabak Bernam hanyo dihadiri olih 500 oghang jo .
    Berbanding dongan Festival FIT olih KJ kek Ghombau dihadiri 5000 oghang !!! . Satu tamparan kaw2 pado Tun M .

    So , berkecai harapan Tun M ...
    Sekarang lak mengharap belai kasihan dari si Anwar ...banduan peliwat.

    Sodih ...

    Waghih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apalah bangang ... kj majlis bersukaria ... tu yg seluroh rembau turun

      Delete
    2. Sedih? Maruah negara dah masok lubang jamban pasal 1mdb, lagi sedih. Berapa sen kau dapat? Kalu ko dapat rm10 juta, bagus la, dedak first class, boleh enjoy sampai anak cucu. Kalu takat ribu ribu, buat malu kat anjing jerrr.

      Delete
    3. Hehehehehe

      Waghih buek lawak.

      Sampai nampak pokung ekau Waghih.



      Delete
    4. Hang ni waghih rosemah ker??

      Delete
    5. Waghih mak badak gilor henbeg mangkali c waghih pencacai ni

      Delete
    6. Waghih
      Waghih ni sedar ke tidak atau sengaja buat bodoh kerana nak sokong umno dan najib..Yang bos kau itu angkat bini orang mcm tak ada perempuan lain kat malaysia yang lebih cantik dan mempunyai bentuk badan menarik mcm h*p*o.



      Delete
  23. Memang dah gelabah. Kalau tak takkan Salleh Keruak keluarkan blog dia petang tu juga. Biasalah dia memperkecilkan pertemuan tu. Tapi hakikatnya TDM dan anwar bincang macam macam isu hampir 1 jam. Takkan sampai 1 jam cakap pasal NSC aje? Tak masuk akal. Takkan nak bagitahu semua apa yang dia bincang. Ini permainan politik takkan nak bagitahu lawan strategi sendiri. Itu perbuatan bodoh. TDM dan Anwar tak bodoh. They are real political animals.

    ReplyDelete
  24. Sikip tun m ITU dia akan berjuang sehinggakan apa dia nak capai dia berjaya 'itu bagus jika dia gunakan perkara baik, perkara tak baik dia sedangan nak lakukan ,Sikip nak Naik Anak sendiri tak akan berjaya,

    Aku ingat kata2 ahli veteran umno ITU.
    hari kita kawan
    Besok kita duduk lain2 meja
    Hari kita lawan
    Besok kita duduk semeja

    ITU yg dia kata2 pada saya dengar dari ahli veteran itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engko ITU dari dulu lagi BENGAP....

      Delete
  25. Ada sesiapa tahu tak siapa yang hulur tangan dulu untuk bersalaman? Mahathir ke Anwar?

    ReplyDelete
  26. The very reason Tun has strong following inside and outside umno, among bumi and non bumi, among west and east malaysians, and among BN and opposition supporters; is because he dares to make tough decision. He has been doing this since the 60s. And many a times, his decisions have been proven to be right and correct, given the political situation of the day.

    KJ has lost his opportunity to be his own man. Hisham is like...non existence. Ahmad maslan? Azeez? Azalina? Reezal merican?Mas budak pink?

    No wonder people are excited about Tun-Anwar partnership, because it is about the future. It is about azmin, mukhriz, rafizi, tony pua, nurul, hannah yeoh, guan eng, darrel leiking, baru bian. Just ask around....tanya kawan, jiran, rakan pejabat, sedara, sapa sapa disekeliling. (maaf TS Zam kalu post ni sampai 2 atau 3 kali, signal wifi kalut sikit hari ni, tah sampai ka dak)

    ReplyDelete
  27. TS Zam.

    Saya melihat pertemuan ini sebagai agahan dua singa tua yang tinggal gusi, jika dipasangkan taring palsunya maka nampaklah garangnya. Impak pertemuan ini tidak pasti akan positif atau negatif nya pada pihak pemerintah dan pembangkang. Memacam isu dan andaian boleh dimainkan. Sejak Chedet keluar UMNO, tampak pusingan pertama di PRK Sg. Besar dan KK UmNO menang besar. Dengan kemenangan besar ini telah memberi semangat menjawab dan melawan yang baru pada PM Najib. Sebabnya isu perkauman, keagamaan dan janji bina pembangunan sangat mudah difahami oleh rakyat dan Melayu terutamanya, berbanding dengan isu 1MDB, Altantuya dan kapal selam. Jadi berhati-hati lah .. kenalilah siapa itu Cina, Islam dan janji seperti nak jadikan pekan Kuala Kangsar seperti kota Venice. Pembohongan dan pembelitan berlaku hari-hari .. tak percaya pergilah ke Kedai 1Malaysia dimana hari itu disiarkan di TV, betapa PM kata barangnya murah .. saya dapati sadin kecil cop 1Malaysia dijual RM1.40 walhal kat luar dijual pada RM1.20. Dan barang cop 1Malaysia hanya terdapat 15% saja, barang-barang lain dijual sama harga dengan kedai lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tu guane pendapat pahlima potaseh ....nk kekalkan jay low taik ker????

      Delete
    2. Cari aku tin sadin kecil ITU Rm1.40sen. Aku nak ada brand, aku tak nak jenama gaint, big aeon, tesco jenama ITU sama dengan 1malaysia

      Delete
  28. Lagi pendedahan WSJ hari ni pasal Jho Low, siap dengan transkrip message BlackBerry. Bau bangkai dah bertambah busuk ke peringkat global...atau glocal...atau loclab...last last lokap

    ReplyDelete
  29. Mau tak gelabah....dalam sekelip mata, 1.6 juta pekerja sektor awam, dan 400 ribu sektor GLC bukan lagi fixed deposit umno.

    ReplyDelete
  30. Begitu hebat dedak yang ditabur Mahathir selama 22 tahun. Sehinggakan jilatan Mahathir terhadap kahaknya pun dilihat sebagai berjiwa besar. Sungguh menyedihkan bagi pemakan2 dedak Mahathir political animal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahap ni jerrr boleh berbahas? Lulus upsr atau form 3?

      Delete
    2. Dedak apa yang Mahathir tabur selama 22 tahun? Saudara faham tak maksud dedak tu apa? Kemakmuran, kemajuan, kemodenan, penghormatan oleh negara-negara lain? Adakah itu yang saudara maksudkan sebagai defak?
      Itu sebenarnya bukan dedak sebab ianya tidak bercirikan 'gula-gula' seperti Brim yang terang-terangan tabur duit cash. Itu semua adalah legasi dan jasa beliau kepada negara.
      Mahathir tidak melakukan itu semua untuk gula-gulakan rakyat. Beliau tidak percaya kepada tabur wang ringgit untuk membeli sokongan dan pengaruh. Beliau ikhlas untuk membangunkan bumi Malaysia ini agar menjadi sebuah negara yang dihormati di pentas antarabangsa. Kegigihan dan ketekunan beliau terserlah dengan pembangunan dan kemakmuran yang kita kecapi sekarang dan ianya dapat dirasakan oleh segenap lapisan masyarakat. Yang penting Mahathir melakukan semua itu tanpa sedikit pun membebankan rakyat. Mahathir tidak perlu menghapuskan subsidi beras, gula, minyak untuk meningkatkan kadar kekayaan negara. Mahathir tidak pernah mengenakan cukai yang membebankan untuk menampung perbelanjaan negara. Kesemua hasil kekayaan negara pada zaman beliau tidak pernah diperolehi dengan dengan menghimpit dan menekan rakyat. Dalam mentadbir negara, beliau sentiasa didampingi oleh professionals, experts dan economist, bukannya kissers, robbers and thieves.

      Delete
    3. 1905..dah tahap bebal..

      Delete
    4. Tun m tabur dedak pada kroni 'Rakyat dapat apa?
      Klcc Hanya lihat dapat lihat, kalau makan tengah hari 'tak ADA 15Rm keatas jangan haraplah ADA nak harga makan 10Rm kebawah.
      Korean Dan jepun penting produk dari bangunan tertinggi dunia
      Tahukan anda Korean Dan jepun kontrakto utama klcc.
      Tak ada satu teknologi tempatan dibawah masuk kedalam pembinaan klcc ITU.
      Betul tun m berjaya banggukan Malaysia tapi produk kita ini masih bergantung pada industari minyak Dan gas ,industari pertanian, ini lihat APA berlaku pada kilang produk kita tak jual dengan bersunguh2 ketika era tun m itu.
      Jepun Dan korean tak pentingkan bangunan tertinggi,litar lumba sepang untuk Anak sendiri uruskan.
      Korean dulu ekonomi mereka sama macam Malaysia sekarang mereka lebih banyak bawa masuk teknologi asing Dan perbahurui teknologi ITU.
      Kereta Korean teknologi mereka sama macam proton tapi kenapa jualan lebih tinggi dari kita proton kita ini.

      Korean pentingkan produk dari dari bangunan tertinggi Dan litar sepang ITU Cuba and berfikir,

      tun m suka berlawan Dari sampai dia menang daripada bina produk menbanggakan kita, kalau bina produk sekadar lepas batuk ditangga

      Delete
    5. Betul tu dengan BRIM, kita dapat makan hari-hari.

      Delete
  31. NSTP diarah bayar rm200k pada guan eng dan ramasamy kerana fitnah. Apa ada lagi pada kredibiliti umno?

    ReplyDelete
  32. Penyokong-penyokong Najib kebanyakannya terdiri dari orang yang tak berakal.Maka itu anda dapati dalam komen disini mereka hanyadapat melepaskan geram,marah dan bencia tanpa alasan-alasan yang rasional.
    Mereka tidak dapat memberikan alasan secara konkrit tetapi sentimen dan prajudis semata.
    Terlampau banyak makan dedak jadi bodah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Saudara Ishak Ayub.

      Memang susah nak defend atau bela Najib ni. Pasal tu mereka merapu... korek isu-isu lama untuk memburuk-burukan Tun Dr.M, TS Mahyuddin, DS Shafie. Mereka lupa... sebenarnya mereka membuka pekong didada... UMNO yang akan dipandang serong oleh masyarakat, lebih-lebih lagi, anak-anak muda bukan-Melayu yang masih kanak-kanak ketika Dr.M bersara.
      'Oh...patut pun... memang sah... UMNO sudah 'busuk' dari dulu lagi.' Mungkin itu pendapat mereka bila terdengar segala keburukan yang dilemparkan kepada bekas-bekas kepimpinan UMNO yang anti-Najib, hari ini.

      Langsung mereka tak mampu jawab:-
      - Siapa Jho Low? Pegawai Kerajaan ka?
      - mengapa Najib tak bawa berbincang dalam Kabinet ketika mahu tubuh 1MDB dengan berhutang?
      - dah ada Khazanah Nasional, nak buat apa lagi satu 'Syarikat Pelaburan Stategik Negara'... guna WANG yang dihutang bagi pihak Rakyat.
      - Harta-pusaka dan asset strategik Rakyat & Negara tergadai kepada Negara-Asing... demi nak bayar bunga-hutang dan mengurangkan hutang.

      Kena tipu hidup-hidup oleh Najib pun... mereka masih sokong dia. Bodoh sunggoh... mungkin sebab itu ramai penyokong Najib guna Anonymouse... jadi tikus.

      Delete
  33. Pro Najib semua dari para Bodoh. Semua dah hang Nazak. Tunngu hari nak MAMPOS

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  34. Jangan terkejut kalu dalam sedikit masa lagi, ada ketua2 akar umbi PKR yang keluar parti kerana "teramat sangatlah sedih dan kecewa" kerana anwar berbaik dengan Tun. Cash is king, ingat tu.

    ReplyDelete
  35. Memang benar Mahathir tak tabur duit dia kat rakyat. Tapi dia tabur kt kroni dia yg taat support dia berkuasa selama 22 tahun. Ananda, Vincent, Daim, Halim Saad. Kedekutnya Mahathir krn 22 tahun tak pernah bagi duit kt rakyat.

    ReplyDelete
  36. Pabila direnung2 kembali, tiada apa sangat yang dapat dibanggakan kerana zaman Mahathir duit kerajaan banyak salur ke kroninya saja. Takde pun hulur kat rakyat dalam bentuk BR1M ke, rumah 1Malaysia, Klinik 1Malaysia ke, Kedai 1Malaysia ke.. Baucer buku kat student pun takdak. Gaji pun kecik.

    GBN Zeti Aziz pun akui pemberian BR1M lebih efektif dari beri subsidi petrol yang byk dilahap oleh org2 kaya serta penyeludup.

    Sekurang2nya ada usaha memodenkan sekolah pondok melalui Yayasan Pondok 1Malaysia. Berbanding Mahathir yang sangat anti pondok dan sgt sayang Anti Hadith @ Kassim Ahmad.

    Susah hidup zaman Mahathir. Gaji tak naik2. Harga kereta mahal. Buat Proton tak berkualiti, terpaksa beli sbb kereta import cukai mahal. Semua tu polisi Mahathir.

    Zaman Mahathir tak pernah dengar tol mansuh. Rakyat hidup ikat perut sedangkan kroni Mahathir buncit kekenyangan.

    Mahathir PM yang paling teruk menekan rakyat dalam Sejarah Malaysia. Namun rakyat tetap undi BN kerana tak mahu DAP memerintah, bukan undi kerana sayang Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah pondok

      Delete
    2. Semua salah mahathir. Musa cerai bini pun salah tun. England kalah Euro 1980 pun pasal dia. Tsunami 2004 pun, dia jugak salah. Ramai kencing manis laaa ni, madey la buat hal. Bangunan Bank Negara sampai sekarang masih belum cat, madey punya arahan tu.

      Delete
    3. Mahathir tak curi duit rakyat ber billion2 masuk akaun peribadi!!

      Delete
    4. Anon 0034...
      Mu ni fikiran pendek??????komen mcm budak tak pergi sekolah...

      Delete
    5. Agak-agak nye la... berapa puloh ribu Rakyat Malaysia... dapat berkerja dengan kroni-kroni Najib... seperti Razak Baginda, Deepak Carpet & Jho Low.

      Delete
    6. 'GBN Zeti Aziz pun akui pemberian BR1M lebih efektif dari beri subsidi petrol yang byk dilahap oleh org2 kaya serta penyeludup..'

      - Aku baca surat khabar hari-hari sejak umur aku 18. La ni aku dah ada cucu. Aku tak pernah dengar atau baca Zeti puji Brim. Boleh tak kau tunjuk bukti bila Zeti cakap macam tu? Sila link kat berita tu.

      Delete
    7. Ni komen kat posting lama Blog Zam ni. Dia copy paste dan ditokok tambah sana sini. Menunjukkan depa dah tak ada modal untuk berhujah mempertahankan kebatilan penyamun tarbus..

      Delete
    8. Pecaya cakaplah tun m tak ambil duit ,Tak payah bohong aku ini, kalau tak macam mana semua Anak dia boleh kaya raya,kalau seorang tak kesah sangat, duit datang dari langit ke?,semua Anak tun m kaya raya datang dari mana ia?

      Akaun yg diamahankan umno dalam pada tun m di masuk dalam akuan pribadi president, kalau kenapa umno berjaya selamat diri dari akaun dibekukan oleh Ros dimahkamah itu ketika 9 ekor bawa kes kemahkamah itu .

      Semua president umno ADA akaun Pribadi sendiri untuk pada parti jika terdapat undang Ros Cuba bekukan akaun parti, di amerika pun ada calon president ada akaun pribadi untuk gunakan pada kempin, tarisa kok jaga akaun pribadi dap itu guna nama dia supaya dapat gunakan apabila akaun dibekukan amanah Parti dibekukan

      Take sangka penikut pro-tun m konon faham politik nak bodohkan orang , hoi orang Sekarang bijak lah semua ADA yg masuk univesiti Dan ADA rajin menbaca.

      Lupa presidet pilipina yg baru pun terima 33billon dari amerika dengan selamba je cakap pada Saya terima 33billon dari amerika john kerry yg bagi, jadi kau cakap najib salah terima Wang dari Arab suadi atau itu duit dari 1mbd ke?

      Delete
    9. Zaman Mahathir gaji kecik pasal Mahathir tahu harga barang akan naik kalau kerajaan naikkan gaji secara membuta-tuli. Kajian hendaklah dijalankan sebelum sesuatu kenaikan dibuat. Gaji minima, gaji maksima tidak boleh dilakukan sesuka hati. You can't just simply raise maximum salary just to win the elections with total disregard to what's left for the next generation.
      Let me tell you how it works. Market reacts to anything happens in the public sector rather private ones as it involves government policies. That include government's salary scheme. You don't give arbitary payrise in a big quantum sampai melompat 2, 3 tangga. That is just silly. Prices will skyrocket and the market will get jitters. Gaji 5 atau 6 ribu kalau 1/2 abis kat rumah, 1/10 abis kat GST nak buat apa. Tak ada makna.
      Betul harga barang tidak statik dan akan meningkat tahun demi tahun tetapi kenaikannya bersifat gradual kerana ia bergantung kepada kuasa membeli rakyat secara purata. Jika kuasa membeli naik secara berperingkat, begitu juga harga barang dan juga aset-aset lain seperti rumah dan hartanah.
      Dengan tindakan kerajaan menaikkan gaji secara tiba-tiba dan dalam quantum yang besar, of course the market will react secara radikal yang menyebabkan harga barang melambung secara tidak terkawal termasuk harga rumah. Akan berlaku chain reaction yang boleh menyumbang kepada kadar inflasi. Kenaikan tersebut tidak bermakna kalau belanja isi rumah meningkat bila harga barang semakin mahal.
      Orang yang tidak bekerja di sektor kerajaan seperti peniaga, penganggur dan pesara akan bertambah malang nasib mereka bila harga barang naik.
      Untuk mengekang kenaikan harga barang secara mendadak, kerajaan tidak boleh naikkan gaji sewenang-wenangnya dan dengan quantum yang besar. Benefit yang lain seperti kemudahan kredit juga hendaklah dibendung dan dikawal. Jika kenaikan diberikan, ianya hendaklah bersifat adil kepada iklim ekonomi negara dan insentif boleh diberikan jika keadaan memerlukan.
      Zaman Mahathir kerajaan bukan tak mampu nak bayar gaji lebih. Lebih dari mampu tapi beliau bersifat adil kepada sektor lain. Sebab itulah pemberian subsidi diteruskan di zaman beliau malah ditambah. Subsidi adalah salah satu mekanisme yang diguna pakai untuk mengawal harga-harga barang di pasaran dan mengekang kadar inflasi negara. Bagi beliau apa gunanya gaji naik kalau harga barang pun naik.
      Swasta pun terpaksa bayar gaji lebih kalau gaji kakitangan kerajaan naik dan ini menyumbang kepada kos operasi mereka. Any increment which is too generous will upsets the balance across the board and push consumer prices upwards. Any increment should be gradual so that inflation will be minimal so that prices will adjust accordingly.
      Gaji di sektor awam sebenarnya bertindak menjadi asas perbandingan to all the price tags in the country and across all sectors of the economy. Anything happen there, the whole things will be touched and affected.

      Delete
    10. Anon 00:34

      Mungkin awak ini sepesis macai atau penyokong najib jenis yang bebal sbb takut hilang kuasa dan kemewahan yang dikecapi oleh ahli umno dan ahli keluarga jika umno tumbang.

      Zaman tun rakyat tak susah walaupun gaji kecil sebab tak di beban GST dan penarikan subsidi oleh kerajaan ke atas bahan bakar dan barangan2 lain.

      Zaman tun mahathir semua rakyat tak kira kaum di malaysia menyokong beliau dan menyebabkan Umno@BN menang dengan 2/3 majoriti di parlimen cuma kelantan jatuh ke tangan PAS.

      Walaupun semasa kegawatan ekonomi dunia menyebabkan nilai ringgit jatuh teruk oleh angkara perbuatan spekulasi pedagang mata wang di ketuai george soros tetapi kerajaan di bawah tun mahathir mengambil tindakan dengan mengikat nilai ringgit tetap kepada rm3.80 berbanding usd1.

      Walaupun begitu kerajaan mengambil langkah pro aktif untuk melindungi rakyat daripada kesan kemelesitan ekonomi tersebut dengan mengekalkan susidi ke atas semua barangan keperluan dan bahan bakar.

      Tentang kroni seperti yang dikatakan oleh anon 00:34. Saya percaya tiap2 kerajaan yang memerintah tidak kira ianya di pimpin oleh sesiapa pun memang ada kroni begitu juga najib. Tetapi tun tidak menubuhkan syarikat 1MDB yang sarat hutang dan GST yang banyak membebankan rakyat malaysia.

      Delete
  37. Sekolah pondok pun butiran komen jelas.dan sejajar dengan realiti kehidupan kita sekarang....buka mata
    Jangan asyik khayal dgn spekulasi dan presumsi
    Rajinx membaca dan faham betul isi kandongan berita sebelum membuat coclusioSelidik fakta sebenar bukan menerima berita dari Reliable source atau from somebody familiar with the case
    Teruk sangat ke keadaan sekarang atau semenjak Najib jadi PM
    Betul ke kes 1 MDB ini lebih terok dari Kes FOREX.PERWAJA,MAS,PKF...
    Salah ke Kjaan sekarang ambil tindakan menguranggkan kekayaan yang di kaut olih YTL,Vincent Tan,Anand Krishnan
    Salah ke Kjaan beri subsidi direct pada Rakyat
    Salah ke Kjaan ambil tindakan melalui GST memunggut cukai daripada Peniagax terutam Kaum Mata Sepet dan hasil nya tahun pertama saja dapat RM 30 Bil di mana ianya menyelamatkan negara setelah PETRONAS kerugian kerana harga petrol turun....bersikap adil lah...berapa ringgit kita rakyat biasa kena bayar GST dalam sehari dan ini pun telah ditampong dgn BRIM
    Kita semua maanusia dan tidak maksum,mesti ada kelemahan
    Ada ke adil kita menghukum sesaorang itu sebagai Penyangak,Penyamun dan macamx lagi,sedang kebaikan yang beliau laksanakan dibakulsampahkan
    Ada kah adil kita mendewa dewakan maanusia yang dewasa nampak jelas telah mengkhianati diri sendiri berbohong secarab terang....sekejap 42 Bil leasap,lepas itu 27 bil,last last tak hilang pun,hanya bising pasal Derma Pak Arab.Mengggunakan kuasa wang supaya campor tangan negara asing dan banyak lagi tindakan yg dibuat saperti menjilat ludah sendiri ...360 degrees pusing
    So tepok dada tanya hati sendiri
    Tidak siapa pun bolih menyoal pendirian masingx kerana kita hidup di negara yang Demokrasi tetapi elakkan diri dari ditunjangi emosional dan terapkan sikap rasional di dalam menghadapi sesuatu situasi....Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangang sunggoh penyokong Najib.

      "menguranggkan kekayaan yang di kaut olih YTL,Vincent Tan,Anand Krishnan"

      Kalau dah macam tu... kenapa Najib beli IPP hampir luput dengan harga sangat mahal. Kemudian dijual pada syarikat asing-China dibawah harga belian?

      mengapa pinjam RM 2 Billion dari Ananda untuk bayar bunga atau interest keatas hutang?

      Najib... bila dia terdesak dan nak ambil hati PAS... baru dia teringat pada 'Sekolah Pondok'.

      Nak tanya...

      1MDB dah berapa banyak dapat untung sejak 2009, sehingga boleh hantar beratus-ratus naik Haji?
      Kalau guna duit TH, Yapiem atau Zakat... kira ok la juga.
      Sepatutnya... Najib kena beringat.. Rakyat bukan-Islam juga ada 'saham' dalam 1MDB.

      Oh ya... beratus-ribu Rakyat Malaysia boleh bekerja dengan kroni-kroni Najib... seperti Razak Baginda, Deepak Carpet & Jho Low?

      Delete
    2. sapa minta campur tangan asing? Sapa buat cerita pusing sana sini pasal derma? Kalau dari awal2 lagi bagi cerita betul, orang tak akan tanya banyak hal. Bila nak saman WSJ? Memang laaa rakyat ada hak bising, supaya anak cucu kita tak tanggung beban hutang 1mdb yang bakal cecah rm50B, supaya tak ada lagi aset negara dijual pada China. Kalau tak paham isu teras, pi baca wsj, bloomberg, cnbc, SR, south china morning post. Luaskan pengetahuan mu....

      Delete
    3. 'Betul ke kes 1 MDB ini lebih terok dari Kes FOREX.PERWAJA,MAS,PKF...'

      Skandal-skandal yang kau sebut tu genuine businesses yang ada balance sheets. Urusniaga untung rugi did take place. Tapi 1MDB ni..aku malas nak cakap. Baca dokumen DOJ lah yang 136 muka surat. AG Amerika kata geng-geng penyonglap ni ambil duit dari 1MDB funds macam amek duit dari akaun peribadi. Ikut suka mak bapak dia. Nak ambil bila, ambil banyak mana, nak beli apa, semua boleh.

      Delete
    4. '.bersikap adil lah...berapa ringgit kita rakyat biasa kena bayar GST dalam sehari dan ini pun telah ditampong dgn BRIM'

      - Ni hujah tahap sampah. Kau ingat banyak sangat ke BRIM tu? Tahan sampai 12 bulan ke duit BRIM ciput tu? Dengan GST yang dikutip, BRIM tu celah gigi jer depa jer.
      Lagipun semua 31 juta rakyat Malaysia dapat BRIM ke? Yang aku tahu 31 juta rakyat Malaysia semua BAYAR GST. Tiada satu pun yang tertinggal dan diorang bayar hari-hari. Yang bayar GST tapi tak dapat BRIM nak tampung kot mana yang kau cakap boleh tampung tu? Bukan penerima BRIM jer yang kena bayar GST, yang tak dapat BRIM pun kena bayar. Budak universiti yang belum ada kerja pun kena bayar. Budak kecik pun kena bayar. Yang paling menyedihkan bayi yang baru lahir pun kena GST pasal barang-barang dia pun dicukaikan.
      Kerajaan kesayangan kau tu dah tersangat pokai. Sampai kena kutip duit dari rakyat secara terang-terangan. Orang macam kau jer tak nampak. Kalau nampak pun buat-buat tak nampak pasal dah makan dedak.

      Delete
    5. Llp ciptaan tun m Dan anwar untuk bodohkan petronas ada faham 'elok ia jual, dulu kenapa buat ceo Tmb dibuang kerja itu dia bagi amaran awal Malaysia akan dilanda kekurangan eletik ketika dia siap bagi cadangan buat logi llp tapi cadangan nya ditolok,..

      Delete
    6. Suadara geng tun m hujah kau tak boleh pakai , dulu pun ada cukai SST lah baby,budak universiti,baby,penanggur,kena bayar cukai sst.
      Macam ini orang cakap tak tahu ekonomi, dulu zaman daim dia mula nak laksanakan gst sebab dia tahu gst mampu menghalang dari penipuan cukai,sebab akaun jual beli dapat di lihat oleh kerajaan Dan nak seragamkan cukai. Dizaman tun m lagi hebat tol pun ada dekat k.L apabila pembangkang rancang hapuskan tol dibandar barulah tun m hapuskan tol itu, aku nak Tanya ini siapa buat tol di cheras dan setapak itu semua kerajaan anwar Dan tun m itu

      Macam inilah sebab barang Naik 'kalau ikut teori harga barang tak Naik betul tapi disebab 22tahun memerintah tun m telah menututup sebelah Mata dia 'APA kroni dia lakukan dengan elak cukai sst itu telalu ramai tak bayar cukai sst Dan elak cukai keuntungan syarikat Semua dilakukan oleh kroni tun m itu apabila kena cukai sikit dah Bising Dan apabila kena tengok akaun jual beli dan bising..
      Lihatlah zaman tun m penuh penipuan cukai dilakukan oleh kroni nya Sekarang mereka day menipu lagi. Kami juga tahu mereka berjumpa dengan tun m supaya pujuk najib hapuskan gst itu.

      Cari aku macam mana nak ganti cukai minyak kita telah hilang itu kalau tak laksanakan gst,
      Untuk mengantikan nya ikut Cadangan rafizi nak kena cukai saham pada Rakyat,cadangan itu tak boleh pakai punya cadangan, Cuba berfikir orang tak ada pencan itu yg bergantung pada dividend saham ASB macam mana mereka kena cukai pada saham, kalau pelabur pun lari,nanti mereka cakap lebih baik mereka masuk saham amerika yg kena cukai atau masuk saham mana2 negara tak kenakan cukai saham

      Dizaman tun m nak makan KFC Dan mc.d pun Rakyat Malaysia tak mampu, Sekarang pelajar universiti mampu makan KFC Dan mc.d hari2 OK
      Kalau tak tahu zaman tun m..baik jangan cakap

      Delete
  38. Ni dikatakan bodoh mcm baghal.... malangnya ada org mcm ni jadi rakyat malaysia... inilah contoh orang yg hidup semua hendak dibantu...

    ReplyDelete
  39. Alangkah hebatnya dedak yang ditabur Mahathir selama 22 tahun. Sehinggakan jilatan Mahathir terhadap kahaknya pun dilihat sebagai berjiwa besar. Sungguh menyedihkan bagi pemakan2 dedak yang ditambah perisa barbeque oleh Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir hantar ramai anak melayu pegi us,uk,jepun dll....zaman najib semua dh kurang....badigol

      Delete
    2. Macam pernah baca jer komen ni. Macai dah kering idea. Post komen copy and paste. Dedak bos bagi kat you tak berkat tau buat kerja mengelat macam ni..

      Delete
    3. Kota belud....

      Delete
  40. Kasihan. Dedak yg ditaburkan oleh Mahathir kepada pentaksubnya telah mematikan sel2 otak mereka. Isnt it a pity..

    ReplyDelete
    Replies
    1. If you cant argue with facts, then just enjoy your dedak and be proud of it.

      Delete
  41. Zaman Mahathir mmg la semua univ tak naik taraf. Jadi dia hantar la anak Malaysia pi belajar Jepun,US,UK.

    Tapi la ni IPTA dan IPTS kita dah canggih. Mcm2 bidang ditawarkan. Univ Petronas, Univ Telekom, Uniten lagi dan lambakan kolej2 yang ada twinning program dgn Univ luar negara, tambah lagi ITM dah naik taraf jadi UITM.

    Maka,tak perlulah zaman Pak Lah dan Najib hantar mrk pi oversea dah. Buat mengalir duit kat Univ luar sahaja. Tambahan lagi yuran univ barat yang naik mendadak.

    Kepada pemakan dedak, jangan nampakkan kebodohan anda hanya dengan berhujjah ramai pi blajaq oversea adalah penanda aras Mahathir itu hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang 100,000 graduan menganggur. Mana FDI?

      Delete
  42. Anon 23.27 kelihatan telah membodohkan dirinya sendiri di khalayak ramai.

    Anda tidak boleh anggap BR1M tu ciput. Sebab anda ukur ia dengan perbelanjaan harian orang kaya yang belanja RM100-RM200 sehari.

    Cuba anda ukur BR1M tu dari sudut golongan miskin, miskin bandar, orang2 tua, orang kampung, orang asli, orang2 bernasib malang, maka peruntukan itu amat2 mrk syukuri.

    Keduanya anda persoalkan kenapa 31 juta rakyat Malaysia tak dapat BR1M.Ini juga salah satu tanda ceteknya akal anda. Namanya pun BANTUAN, sudah tentulah ia disalurkan kepada yang memerlukan atau tidak mencapai tahap pendapatan tertentu.

    Orang2 miskin di kampung boleh bayar yuran tadika anak2 mereka, boleh beli buku dan pensel dengan duit BR1M tersebut, menampung sikit2 kesan kenaikan harga minyak dan gst kalau pun tak semua, adakah itu bukan satu nikmat yang harus disyukuri.

    Cuba letakkan diri anda pada kedudukan mereka, nescaya anda akan tahu betapa syukurnya anda dengan bantuan kecil tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BR1M ciput sebab ianya dedak pancing undi. Apasal tak masok je dalam akaun, tak payah buat majlis penyerahan duit Br1M, ada ucapan pembesar2 umno. Untuk tolong orang miskin, caranya ialah mempertingkatkan tahap ekonomi mereka, bukan bagi cash. Kaedah bagi cash ni budak lulus SRP pon boleh fikir.

      Delete
  43. AsSalam TSZam.

    Cukop terujo tertarik dongan pertemuan yang tak dijangko antaro Tun M dan Anwar si peliwat tu ..

    Tertarik sobab Tun M dah putuihkan yang si Anwar ni sorang yang takdo moral dan tak layak jadi pemimpin .
    Tun M jugo dah nulih dalam buku ' Doctor in the house ' yang si Anwar berpelesir dgn bini oghang , orgy dongan anak2 oghang , tak kiro laki atau pempuan dan banyak lai ...
    Penghakiman dalam kes Sodomy 1 jugo dinyatokan si Anwar memang terlibat dalan aktibiti sesamo jenih .

    Tibo2 Tun M timbul lak dimahkamah dan berjabat tangan samo siAnwar , peliwat yang Tun M paling bonci tu ...
    Gayo pertemuan nampak macam Tun M melutut kek siAnwar weiii .

    Tertarik den sobab ado ko ni bermakno Tun M nak minta maaf pado Anwar , banduan peliwat , sobab mengatokan / menuduh dio dongan perbagai namo ?
    Nampak gayo camtu lahhh...

    Tun M dah mintak maaf pado Agong , Raja2 dan rakyat Malaysia kerano tukar perlembagaan menyokek kuaso Agong dan Raja2 .

    Nampak gayo tak lamo lai Tun M akan mohon maaf pado DSN dan seluruh rakyat Malaysia ateh tuduhan karut dio tontang 1MDB.

    Tak sabar nungu next episode .

    Waghih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangang botol, Si Waghih nih.

      DoJ dah terang-terang kata Reza Aziz adalah sedara MO1.

      Scandal 1MDB mula terbongkar setelah Jho Low & Reza Aziz berbelanjo bosar, buek party-mabuk Mega, bergomol dengan Paris Hilton untuk promosi filem lucah. Paparazzi yang mengekori simbol sex Amerika itu, menjual gambar Jho low sedang mengomol Paris Hilton kepada New York Post. Dari sinilah mula 'investigative report' oleh WSJ & SR. Mereka hairan dari mana, Jho Low & Reza dapat model WANG sebegitu banyak untuk berbelanja mewah, berparty mabuk, berbotol-botol arak paling-mahal & bikin filem.

      Oleh yang demikian.... secara tidak sengaja... orang pertama yang mengkhianati Najib & 1MDB adalah Jho Low... orang-tengah Najib sendiri... menyebabkan Malaysia dan 1MDB-Najib menjadi termahsyur seluruh dunia kerana pemerintahan... klepet WANG Rakyat.
      Malaysia adalah Kleptocracy...Rule by thieves. Itulah hakikatnya.

      Hanya orang bangang seperti Si Waghih... sanggup memperbodohkan diri, menulis;-

      "Nampak gayo tak lamo lai Tun M akan mohon maaf pado DSN dan seluruh rakyat Malaysia ateh tuduhan karut dio tontang 1MDB."

      Bukan Dr.M yang tuduh 'Malaysia di Perintah oleh Pencuri-Pencuri'... DoJ negara orang kapir yang tuduh. Dan yang paling jelas... Negara orang kapir pun lebih Islamic jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh UMNO-Najib.
      Menipu Rakyat... tak payah cakap la. Dah sebati dengan UMNO-Najib.

      Delete
  44. Sah...macai umno dah habis idea....dedak dah kurang, atau dah habis

    ReplyDelete
  45. PRIBUMI BERSATU!!! YESSSSSS!!!!Jangan lupa joint venture dengan pribumi sabah dan sarawak sekali. Sabah dah goyang, maximus ongkili dari pbs dah bising pasal hak2 sabah. Kenapa bising kat press, walhal boleh terus ke sri perdana jumpa boss? He has to play state sentiment card now, knowing that shafei will do the same. Dah goyang dahhhh....

    ReplyDelete
  46. Setelah apa yang dilakukan 1MDB-Najib dan Jho Low terbongkar... saya lebih rela seorang Peliwat menjadi PM, daripada Najib.

    Sekurang-kurangnya... seluruh dunia sudah tahu orientasi sex beliau. Jika ada 'video' lain yang disimpan oleh egensi risikan Negara-Asing, sudah tentu ia tidak lagi berkesan digunakan untuk peras-ugut beliau, demi kepentingan Negara mereka.

    Sebaliknya... transaksi perbankan 1MDB-Najib... di Singapura, Swiss, Belgium, Hong Kong, British Virgin Island, Amerika dan lain-lain... sudah tentu boleh digunakan untuk Negara-Asing, 'picit-telor' Najib supaya ikut cakap mereka.

    Patut pun Najib hanya ucapkan; "Nice seeing you Mr President", ketika berjumpa Obama di Laos.

    Langsung dia tak berani ungkit pasal kes saman civil DoJ atau campur-tangan Amerika dalam urusan Malaysia.

    Bagaimana pun... kita tunggu hujung tahun ini, samada PM & isteri berani pergi bercuti Krismas, bershopping sakan di Negara-negara Kapir di Eropah & Amerika, dengan jet Kerajaan, seperti tahun-tahun sebelum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So..RD sokong siPeliwat jadi PM.
      Bayangkan ...

      1) Tingkat ompek pmo ofis jadi aktiviti villa ...

      2) Sumo staff pempuan / boy akan dihandpick olih siPeliwat .

      3) Drebar kreto akan dihandpick olih siPeliwat .

      Ceghito sejarah olih guru otai.
      Maso siPeliwat melawat sekolah dulu, guru bosar arahkan guru2 mudo yang lawa2 sumo duduk belakang . Yang dah jadi atuk n nenek sumo duduk dopan .

      Yo... punah negaro.

      Waghih

      Delete
    2. Dah samak mulut lepas makan dodak tadi waghihh oii...jangan lupo tolan clorox bagi bersih tu porut yo

      Delete
    3. Nak buek camno. Anwarlah yang mempelopori 'syiar-Islam' ketika dia jadi Menteri Pelajaran dulu. Saya masih ingat laie... bagaimana murid lelaki kono pakai seluar-panjang dan perempuan mesti bertudung.
      Dulu... tak do bacaan doa di sekolah.

      Dah tahu porangai dio, tak po. Kito boleh berwaspada. jangan boie laie, dio pogang Kementerian Kewangan. Arahkan SB ikut semua pergerakannyo.

      Tapi kalau Najib dibiarkan... laie punah Negaro. Hutang keliling-pingang. Negara kapir .. dimana 1MDB buek transaksi bank... ado 'money trial' boleh 'picit-telor' Najib untuk kepentingan mereka.

      Delete
  47. Sebelum pihak umno berpakat dengan Ds Anwar baik Tun M mulakan kan dahulu.Sekurang kurangnya sudah ada satu ikatan kerjasama..samaada sudah maaf memaafi itu perkara kedua.

    ReplyDelete