Monday, 12 September 2016

HUSNI DEDAH TAK BOLEH BERSEKONGKONG DENGAN "SUSPECT"

Bekas  Menteri Kewangan 11,Datuk Ahmad Husni yang merahsiakan sebab pemberhentiannya  dua bulan lalu, kelmarin telah mendedahkan bahawa dia berhenti  kerana 1MDB telah menaikan darah tingginya.

Inilah bukti yang jelas bahawa orang baik dan jujur tak boleh bersekongkong dengan SUSPECT


 hours ago
Bekas Menteri Kewangan11 Datuk Seri Ahmad Husi Hanadzlah mendedahkan sebab sebenar beliau meletakan jawatan yang dirahsikan selama kira- kira dua.Dalam interviu dengan Sinar Harian Husni menyatakan dia berhenti kerana 1MDB naikkan darah tingginya. Inilah bukti orang baik dan jujur tak boleh bersekongkong dengan SUSPECT
Ahmad  Husni Hanadzlah mengakui sangat tertekan dengan isu 1MDB sewaktu menjadi menteri kewangan kedua.
Malah, Ahmad Husni mendedahkan tekanan darahnya naik mendadak selama lima jam pada awal April lalu kerana begitu tertekan sebelum meletakkan jawatan, laporSinar Harian kelmarin.
“Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama lima jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada.
“Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam kabinet atau tidak?”
“Saya membuat penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?” katanya dalam wawancara dengan akhbar itu.
Walau tidak menyatakan dengan jelas masalahnya ketika mengendali isu tersebut, Husni, yang melepaskan jawatan secara mendadak pada 27 Jun, meluahkan tidak setuju dengan cara 1MDB dikendalikan.
Beliau menyebut ada pemimpin “hipokrit” mengendalikan isu berkaitan rasuah.
Beliau "dihentam" apabila cuba membentangkan langkah pembaikan sewaktu indeks tanggapan rasuah (CPI) Transparency International negara ini makin merosot.
Berikutan itu, Ahmad Husni merancang untuk meninggalkan kabinet sejak Januari lagi, tetapi terpaksa membatalkan niat itu kerana “tidak tergamak” melakukannya.
Namun, hasrat untuk berundur itu menjadi tekad setelah beliau mendengar kata-kata seorang pegawai kanan kerajaan yang berjaya membuka matanya untuk tidak lagi dibayangi masalah 1MDB.
Tak dirujuk
Ahmad Husni berkata keputusan tersebut dibuat ketika beliau berada di Laos bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Asean.
“Saya beritahu pegawai saya, saya tidak berapa sihat pada sebelah tengah hari dan saya tidak mampu untuk hadir ke mesyuarat sebelah petang.
“Seorang pegawai kanan Bank Negara berkata ‘semua orang tahu Datuk Seri tidak terlibat dengan urusan 1MDB. Mengapa Datuk Seri tertekan dengan isu 1MDB?’
“Kata-kata itu membuka hati saya... harus pisahkan antara kerja, perkara yang tidak melibatkan saya dan keadaan diri. Fikiran saya terasa lega," luah Ahmad Husni.
Malah, Ahmad Husni berkata selepas kejadian itu 1MDB tidak lagi mengganggu minda dan hatinya.
Selain itu, Anggota Parlimen Tambun itu juga dipetik berkata walaupun memegang jawatan menteri kewangan kedua, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang penubuhan 1MDB pada 2009.
"Sebenarnya saya tidak tahu tentang penubuhan 1MDB. 1MDB ditubuhkan pada 2009. Saya tak dirujuk walaupun saya menteri kewangan II.
"Bila dapat tahu tentang penubuhannya, saya mempersoalkan mengapa perlu tubuh 1MDB?” soal Ahmad Husni.
Tak libat diri
Mengulas lanjut Ahmad Husni berkata ini kerana penubuhan sesebuah syarikat pelaburan memerlukan kajian mendalam melibatkan Kajian Fisibiliti, Risiko Perniagaan, Risiko Kewangan, Unjuran Aliran Tunai, Unjuran Untung Rugi dan Unjuran Imbangan Kewangan.
Namun, apabila kontroversi syarikat pelaburan itu memuncak, beliau ditugas menyediakan jalan penyelesaian hutang 1MDB yang begitu tinggi dengan aliran tunainya yang negatif.
"Saya tidak libatkan diri dalam urusan 1MDB sehinggalah tahun 2015 di mana pada awal tahun tersebut saya diminta untuk merangka jalan penyelesaian kepada masalah hutang 1MDB yang begitu tinggi dengan aliran tunai yang negatif.
"Dengan izin Allah swt, dengan bantuan SUSK kami berjaya menyediakan Pelan Rasionalisasi 1MDB,namun saya tak terlibat dalam pelaksanaan pelan tersebut," kata Ahmad Husni.
Sinar Harian juga memetiknya berkata, dirinya amat berharap masalah 1MDB dapat diatasi kerana sebarang perkembanngan negatif boleh menjejaskan rating negara.
Malah, katanya, ini juga akan membawa kesan sistemik kepada keseluruhan ekonomi negara yang akhirnya akan merugikan negara dan rakyat.

Ahmad Husni meletakkan jawatan pada akhir Jun lalu secara mendadak, sejurus sebelum Najib mengumumkan rombakan kabinet, menimbulkan tanda tanya dan spekulasi.
Beliau juga meletakkan semua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.
Pada waktu itu Ahmad Husni menafikan pengundurannya ada kaitan dengan syarikat kontroversi 1MDB.

56 comments:

  1. Mengapa DS Husni tak akui sahaja bahawa Najib telah merompak duit negara melaui 1MDB sebanyak 2.4bil. Senang SPRM boleh terus buka kertas siasatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab Bank Negara sendiri mengaku ada terima 4 surat dari penderma dari Saudi Arabia.

      Delete
    2. Setuju tuan. Sebut saja perkara yg benar. Berani kerana benar dan takut kerana salah.

      Delete
    3. Tok Husni jawab dulu... sbelum kena siasat esok2... keh3... kena la selamatkan tengkok...

      yg lain mcm memberi sokongan tak berbelah bagi, sbb di mata manusia depa wajib beri sokongan... tp depa lupa yg tuhan dah bagi peringatan tentang perkara ini:

      Dan (ingatlah), ketika mereka berbantah-bantah dalam neraka, maka orang-orang yang lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: “Sesungguhnya kami adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan dari kami sebahagian azab api neraka?”
      Orang-orang yang menyombongkan diri menjawab: “Sesungguhnya kita semua sama-sama dalam neraka, karena sesungguhnya Allâh telah menetapkan keputusan antara hamba-hamba-(Nya)”. [Ghafir/40:47-48].


      ayat ini bukan sahaja kepada dia, tetapi kepada kita semua...

      Delete
  2. Berkata benar lah!Jadilah orang yang amanah.Kita tidak perlu untuk pergi jauh,kononnya mendalami ilmu agama,sedangkan di meja tempat bertugas kita tidak punya keberanian untuk melaksanakan peringatan Tuhan.Apa maknanya,.....mampukah kita mengingati Tuhan setiap saat,ulang-alik ke Mekah,sedangkan kita berterusan khianat kepada amanah yang dipertanggung jawabkan?Menjadi seorang yang amanah,jujur,dan ikhlas dalam apa yang kita lakukan,....itulah cara mengingati Allah setiap saat.Bukannya dengan menganjurkan Konsert Malam Cinta Rasul di seluruh negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju sepenuhnya dengan pandangan ini. Umat Islam di negara ini sedang dilalaikan oleh ustaz-ustaz dengan kecanduan kepada agama sehingga tidak melihat segala kemungkaran yang berlaku termasuk menggunakan wang institusi agama untuk mengadakan kursus nikan kepada pelajar-pelajar di luar negara dan bermain golf

      Delete
  3. Ahmad Husni pun tak bercerita secara terus terang, dia sendiri pun tak pasti perkara itu benar atau tidak. Cuma kesian dia terlibat dalam sesuatu perkara dia sendiri tak tahu dan tak pasti dan terpaksa menyelesaikan perkara tersebut. Sekurang2nya dia tidak menuduh sesiapa kerana tidak pasti dan kurang bukti, tak seperti sesetengah pihak itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimanapun pasti menimbulkan prasangka yang lebih buruk terhadap Najib,menurunkan darah tinggi Husni tetapi menaikan suhu panas di tubuh Najib.

      Delete
    2. Dari awal dia sendiri benarkan dirinya terlibat dalam mempertahankan Najib,sedangkan dihatinya jelas dia sedar akan apa sebenarnya berlaku.Wang yang sangat banyak hilang.Bukan kerana Ahmad Husni tak pasti perkara itu benar atau tidak.Tetapi dia tidak ada keberanian 100% untuk berkata benar.Ini soal sejauh mana sebenar-benarnya iman seseorang itu terhadap Allah.Janggut,serban,jubah,dan belajar agama di negara arab tidak dapat membantu.Beliau masih ada sifat takut untuk berkata benar.Sifat ini wujud kerana masih ada sikap pentingkan diri.

      Delete
  4. selalu nya ini lah tindak balas orang yg kecewa.

    beliau gagal mempertahankan perompak. saya masih ingat lagi penjelasan nya mengenai duit 1MDB yg sebenar nya tidak ujud d BANK d singapura.

    penjelasan nya sebagai jurucakap najib agar pandai menipu rakyat gagal secara total.

    dgn mengatakan 'units just units' mencerminkan ketidak upyaan nya utk menipu.

    ane arul kanda lebih pandai dgn putar belit nya. maklum lah ane ini adalah seorang peguam n sangat licik bertutur.

    olih demikian husni d turunkan pangkat. drpd menjaga sebuah kememterian yg amat strategis, beliau d tukar utk menjaga 'unit' saja.

    husni mempunyai tanggung jawag utk memaklumkan kpd warga apa yg dia tahu agar penyingkiran rosmah/najib dpt d percepatkan.

    "selamat membantu rakyat marhaen mengenakan pertuduhan 'pecah amanah'(criminal breach of trust) terhadap bapa klepet Negara dgn pasangan nya".

    ReplyDelete
  5. Bila PAS nak saman Sarawak Report pasal derma rm90 juta ni? Semua ni ada kaitan dengan 1mdb tak? Saman jangan tak saman. Jangan pulak kata selasa depan, tu dah jadi trademark orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi Awang mahu terus mengkafirkan orang Melayu mukmin? Boomerang fitnah dah jalan terpusing balik ketuk kepala nya sendiri!

      Delete
  6. Husni masih dalam golongan yang belum boleh dipercayai dan diragui.
    Terlalu banyak versi yang diadunnya.

    Elok kita berhati-hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.

      Kalau Husni berjiwa besar dan yakin pada Allah SWT, kenapa tidak bercakap benar dahulu?

      Sekarang, bila dah tiada kuasa untuk membetulkan keadaan, baru nak cakap?

      walaupun pada keadaan sekarang, nampaknya semacam Husni mahu bercerita, di mata saya, dia tetap bersalah dan telah berdosa kepada rakyat kerana pembohongannya dahulu, satu pembohongan dan satu persekongkolan yang teralalu besar yang berkemampuan untuk menjatuhkan Malaysia.

      decaf guest

      Delete
  7. Ramai penganalisis politik tanya2 APA maksud parti yg dididaftakan oleh tun m ITU dengan nama parti PBBM

    Ramai Dari pihak lawan bercakap bercakap parti nama parti PBBM bermaksud 'parti Bantu balaci mahathir'

    Diharap tun m tampil beri penerangan APA maksud panjang nama parti PBBM supaya tak mangkecewakan para pengikut tun m ITU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau bodoooooooooohhhhhhhhhhh....ITU jawapan terbaiiiiik untuk engko yang merapu tunggang langgang setiap post di blog ni.

      Delete
    2. Inilah satu soalan yang paling bodoh dan tongong.

      Kau sebenarmya cuba nak pusing dan tipu pembaca blog ni, tapi tak pasal2 kau dah tipu diri kau sendiri. Hehe

      Baca la sendiri dalam banyak blog2 tu ada banyak cerita pasal topik bodoh kau tu. Haha

      Delete
    3. 20.49...jawapan pada semua persoalan kamu ada dalam lubang jamban di rumah kamu. Semoga bergeliga otak mu.

      Delete
    4. Lucu...'parti bantu balaci mahdey' aka parti the store(kawan2 yg kata yer..bukan saya..kira versi pendeknya)
      Moga tun mahdey dapat selamatkan malaysia spt yg dilaung2kan selama ini..aminnnnnnnnnnn.
      Jangan jer bila dh berkuasa...ISA muncul kembali..skandal spt forex, perwaja steel, bmf, pkfz, bailout syarikat2 anak dan kroni muncul kembali.Bukannya apa...sayang dgn wang rakyat yg dibazirkan percuma.Jumlahnya lebih rm100b.Bukan sikit...
      Selain itu perjanjian berat sebelah yg menguntungkan kroni jangan muncul kembali.Sistem kehakiman tidak dinodai..dan banyak lagilah.
      Itu jerlah...sokong sepenuhnya parti tun mahdey nie dan berharap tun mahdey berikrar tidak mengulangi perkara2 tersebut lagi.Tak kesah lah wlpun anak2..waris dan kroni tun mahdey kaya raya atas usaha tun mahdey sebagai pm.
      Semoga parti pbbm aka the store berjaya dlm pru akan datang dan sungguh tak sabar menjadi ahli baru.Untuk sama2 tun mahdey selamatkan malaysia saya akan bantu mempromosi parti pbbm ini kpd keluarga dan org kampung saya.

      Delete
    5. kalau nak spin pun agak2lah..artikel ni citer pasal pengakuan husni yg stress psl 1mdb.kenapa pula tiba2 nama tun mahathir dan partinya pula yg korg sibuk timbulkan?apa kena - mengenanya dgn artikel ni?

      Delete
  8. Manusia dijadikan sbg hamba dan khalifah di dunia. Hamba kpd Allah yakni mengesakannya dengan amalan menyembahnya. Tapi jika tugas dan tanggungjawabnya sbg khalifah yakni menjaga dan mengurus hak makhluk lain di dunia tidak dilaksanakan, tak akan mendapat rahmat Allah untuk masuk syurga.
    Husni perlu nyatakan kebenaran supaya dirinya boleh aman. Jika benar kata benar, jika salah katakan tidak setakat yang diketahuinya. Bukan dengar cakap.

    ReplyDelete
  9. Ramai penganalisis politik nak tahu undang2 Dan pelembagan yg parti yg tubuhkan oleh tun m itu, adakah sama dengan undang2 umno yg lama 'mampu beli ketua2 cawangan untuk mendapat jawatan tertinggil parti ,diharap 'parti ITU jangan jadi seperti zaman tun m lawan kuli Dan anwar lawan tun ghafar.

    Ramai juga keliru dengan nama parti PBBM ada sebut PPBM.

    Tun m patut bagi penerangan supaya tak ada program cantas mencatas sesama ahli 'parti bersatu peribumi itu..

    Kita tak mahu lihat APA berlaku pada 'parti pkr, jika mahu menang mereka kena BerGusti kerusi pelastik WWF antara kahlid vs azmin akhir Di menangi oleh azmin itu

    Ini sedang di tunggu oleh para peanalisis politik di Malaysia ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan pada semua persoalan kamu ada dalam lubang jamban di rumah kamu. Semoga bergeliga otak mu.

      Delete
    2. Parti Parti PBBM atau PBPM macam mana orang masuk kalau tak tahu APA pelembangaan Parti Dan undang2 parti. macam nak tarik para ahli kalau mereka tak tahu undang2 Dan pelembangaan parti, mereka tak sedar 'salah satu prasyarat untuk ros ialah kena sediakan pelembangaan Parti Dan undang2 parti barulah di luluskan, orang bodoh je sertai Parti ITU tak tahu undang2 parti Dan pelembangaan Parti itu.

      Jadi tun m kena terang para Rakyat pelembangaan Dan undang2 parti pada para Rakyat barulah dia mendapat sokong, Rakyat Sekarang bukan bodoh,

      Para peanalisis politik pun nak tahu undang2 Dan pelembangaan Parti yg tun m tubuhkan itu

      Delete
    3. 22.47....kau renung mangkuk tandas kau sejam dua, fokus...high intensity focus....kau akan nampak the meaning of life...life engkau, bukan life orang lain

      Delete
  10. Menteri dapur mungkin tak tahu apa dgn 1mdb. Yang mereka tahu hanya cerita dongeng dr mulut najib sahaja.
    Sebab itu juga bermacam alasan merepek yang rakyat terima. 1 mdb mungkin projek sulit yang melibatkan najib's family and the gang sahaja. Bila terdesak dia heret sama umno dan kerajaan dgn memerangkap ramai menteri dan adun dgn dedak. Menteri dapur yg bising bercakap sebenarnya tak tahu apapun dgn 1mdb melainkan pembodek dedak semata-mata.

    ReplyDelete
  11. Husni terus terang sajalah. Kalau dia cukup bukti utk SPRM buka kertas siasatan, apa dia nak takut. Melainkan kalau dia pun main agak2 juga masalah 1MDB ni ada kaitan dengan penyelewengan Najib. Kalau main agak2 dan rasa2 saja, SPRM tak boleh bukak kertas siasatan.

    ReplyDelete
  12. Bila dah macam-macam alasan yang dia bagi, nampak sangat rasa 'kecewa' lebih menebal dari rasa 'insaf'.

    Tanyalah pakar jiwa mana pun, selagi tak diluahkan apa yang bermain main di benak fikiran kita maka selagi itulah ketenangan yang dicari tak akan diperolehi.

    Sejak kebelakangan ni, mudah sangat alasan agama dengan nama tuhan dijadikan benteng pertahankan diri dan mohon simpati. Tapi jika benarlah beliau 'insaf' dan bukan 'kecewa diturunkan pangkat', berkata benarlah pada rakyat. Sebagai bekas bendahari parti dan menteri kewangan II sejak dari 2009 lagi, berilah pencerahan akan kebenaran lebih-lebih lagi mengenai isu "RM 2.6B" adakah benar 'sadakah' dari pak arab atau pun ianya 'sarakah' dari 1MDB yang dimasukkan ke bank arab. Beranikanlah berkata benar jika anda yakin anda sekarang berada dilandasan yang betul dan INSAF. Barulah nanti rakyat akan mempercayai dan ketenangan ditemui.....

    ReplyDelete
  13. Mereka yang merompak dan mencuri atau bersekongkol dengan perompak dan pencuri tidak bolih dianggap sebagai penganut Agama Islam kerana Islam tidak merestui kerja merompak dan mencuri.....

    ReplyDelete
  14. Tan seri saya rasa kalau kita ingat pada allah kita jangan hipokret
    1 kita harus beritahu rakyat bahawa pemimpin2 yg ada pd hari ini penuh dgn rasuah dan mengelapkan duit rakyat
    2 kalau dahulu dlm kerajaan takut bak cajap pasal 1mdb nah sekarang huraikan satu2 jika tidak kita masih bersubahat dgn perasuah dan bersekongkol
    3 beritahu rakyat sebagai menteri apa yg berlaku dikementerian kewangan dan di bank negara segala sahlaku yg diperolehi seperti apa yg dicakapkan oleh pegawai di laos itu
    4 jadilah anak jantan sepertibekas TPM Tan Seri yg sanggup hilang jawatan itu barulah kerana allah
    5 kalau masih cakap berkias nak suruk2 itu tidak ikhlas tidak jujur masih bersekongkol lagi
    6 sebagai org islam takut pd allah bukan takut pd manusia yg zalim menganiaya rakyat fikirkanlah jangan hendak main selamat aammiiinnn

    ReplyDelete
  15. Anon 0854 kalau anda tak belajar agama jangan sewenang2nya kafirkan orang. Itu perangai ISIS dan DAESH. Dalam Islam, jika seseorang itu mencuri dan merompak dan bersekongkol,dia jatuh fasiq@berdosa besar. Bukan jatuh kafir atau terkeluar dari penganut Islam. Pendapat anda demikian sebijik mcm pendapat Khawarij, ISIS, Talebab, DAESH dan puak2 radikal seumpamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong 08.54...dia merujuk kepada golongan munafik. Tak salah dan tak dosa kobdem golingan munafik

      Delete
  16. Kenyataan Husni ni mcm selalu dengar keluar dari mulut2 org yg kecewa@tersingkir. Senada dengan Muhyddin, Anwar, Musa Hitam, Khairuddin dan lain2. Kalau dia betul2 yakin dan punya bukti yang kukuh, dia kena terus terang. Tak boleh keluar kenyataan samar2 untuk jaga badan lantas buat rakyat tertanya2. Bagitau sajalah sapa yang merompak, Najib atau orang lain. Rakyat dah muak, lama sgt menanti.

    ReplyDelete
  17. Hgapa Husni stress sehingga darah tinggi, mintak lah air magik atau air doa dpa drp Pak Ostaz .. alah rm4.50 je sebotol kecik (air mineral boleh dapat rm0.30 sebotol kecik). Tengok Pak Najib kita, walaupun dibalun kiri-kanan, depan-belakang, atas-bawah steadi je .. tanya lain, jawab lain. Pak Najib bukak je mulut belum tentu dia cakap betul .. biasanya tak betul .. jadi kita dah jadi terbiasa dengan kelentongnya. Apa pun beliau tetap kool .. mungkin berkat air magik dari ostaz UMNO dan PAS sekali gus kot.

    ReplyDelete
  18. Saya lebih senang dengan geng2 raggae berserban ala bob marley dari geng2 politik berserban...mereka tak susahkan orang, malah menghiburkan

    ReplyDelete
  19. dia x masyuk la tu...bukan ke dia impi nk dpt full menteri kewangan...huhu impian x dpt, tu yg merajuk letak jawatan...

    kalau psl 1MDB, dari tahun lepas lagi dia dah letak jawatan

    ReplyDelete
  20. Bila mau pi jordan?

    ReplyDelete
  21. Anon 1911, anda pun jahil ttg istilah munafiq. Orang munafiq ialah yang menyembuyikan kekafirannya di dalam hati tapi berpura2 Islam.oleh yang demikian dalam Quran sebut orang munafiq berada di tingkat paling bawah neraka kerana kekafirannya. Orang yang merompak@bersekongkol dengan perompak tak boleh diistilah sebagai munafiq kerana mrk orang Islam. Dahulu kutuk Hadi Awang kafirkan Umno, sekarang dah jilat balik ludah ke? Selamat belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la tu....tak payah belajar pon dah tau, mereka tu sama kepala....

      Delete
    2. Kalau bukan munafik, apa labelnya? Barua? Anak haram? Celaka? Bangsat? Sama geng semua tu.

      Delete
    3. Tetap tak sama. Wassalam.

      Delete
  22. ZAID IBRAHIM AKUI SALAHGUNA KUASA OLEH MAHATHIR SELAMA 22 TAHUN MEMERINTAH

    PETALING JAYA: Everyone errs when they are in power, thus there is no need to pin all the blame on everything wrong in the country on former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad. In coming to the defence of Mahathir, former law minister Zaid Ibrahim said the elderly statesman had apologised for his mistakes, including for amending the Federal Constitution which reduced the power of the Agong and Rulers. “It is important to realise however, that there are two types of leaders, one who was corrupt and had abused his power but has since repented and wants to change, while the other who continues to lie and cheat the public as he has no remorse,” he said in his latest blog posting today. This is something Zaid said, the likes of Amanah’s Saari Sungib and supporters of former Opposition leader Anwar Ibrahim have to choose between.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Zaid Ibrahim said the elderly statesman had apologised for his mistakes, including for amending the Federal Constitution which reduced the power of the Agong and Rulers."
      Betulkah kenyataan ini?
      Yang saya faham,Tun memohon maaf kerana pindaan yang dibuatnya menyebabkan ramai yang keliru!

      Delete
    2. Tajuk macam celaka.Semua tamadun manusia dalam sejarah kemajuan di dunia adalah kerana pemimpinnya menyalahgunakan kuasa.Najib satu-satunya yang menggunakan kuasa secara benar,biar pun negara tergadai.Apa yang penting Najib tidak menyalah guna kuasa.

      Delete
  23. Pendirian dan kenyataan Husni itu tepat dan wajar. Sebaliknya beliau tidak terus menjatuhkan hukuman bahwa kes 1MDB itu satu jenayah kerana beliau tidaklah berada di posisi membolehkan beliau mengetahui hasil siasatan pihak berkuasa mengenai kes tersebut. Jadi mana mungkin Husni boleh mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan kapasitinya selaku bekas Menteri Kewangan. Cuma apa yang diluahkan Husni sebenarnya sedikit sebanyak telah membuka pekong Najib. Dengan pengunduran beliau yang sebelum itu Wahid Omar, secara tidak langsung menggambarkan adanya sesuatu perkara yang tidak menggembirakan dalam Kabinet Najib selama ini.

    ReplyDelete
  24. Jangan jadi lembu...jangan undi umno lagi

    ReplyDelete
  25. MO1 & Jho Low manusia terpandai di Malaysia sebab dengan sekelip mata menjadi diantara terkaya di ASEAN,, tahniah dan Syabas di atas pencapaian anda berdua......!!

    ReplyDelete
  26. Husni kata hari tu letak jawatan atas alasan peribadi. Sekarang kata sebab 1MDB pula. Kenapa mula2 umumkan bersara dulu tak sebut saja kerana 1MDB. Berani kerana benar.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum Tan Sri,

    Alhamdulillah gerakan pendaftaran keahlian PPBM telah bermula dan kami telah selamat melaksanakan tanggungjawab menyelamat bangsa dan negara dua malam yang lalu dalam satu majlis yang dihadiri oleh DS Mukhriz..

    Pendaftaran telah dijalankan secara fizikal iaitu pengisian borang keahlian dengan menyertakan salinan KP (atau whatsapp kan imej) dan bayaran berikut berdasarkan pilihan masing-masing (pilih salah satu) ;

    a. Ahli Biasa
    >>Pendaftaran - RM 2
    >>Yuran Tahunan - RM 2
    >>Kad Keahlian - RM 10
    ▶▶Jumlah [ RM 14 ]

    atau

    b. Ahli Biasa Seumur Hidup
    >>Pendaftaran - RM 2
    >>Yuran Seumur Hidup - RM 100
    >>Kad Keahlian - RM 10
    ▶▶Jumlah [ RM 112 ]

    Untuk keterangan lanjut sila hubungi ibupejabat PPBM seperti no telefon yang tertera di Borang Permohonan Keahlian iaitu;

    Tel : 03-9222 3322
    Fax: 03- 2011 5665

    Selamat mendaftar keahlian..
    Selamatkan tanahair sekalian..

    Jom beramai2 kita pergi mendaftar keahlian demi anak cucu kita!

    PPBM Berjaya..
    Rakyat Terpelihara..
    PPBM Berjaya..
    Rakyat Sejahtera..

    Sekian wasalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku nak masuk tapi dengan bersyarat mengtahui pejalanan parti

      1)tak orang cantas mencatas
      2)tak kota istimewa orang nak bertanding jawatan tinggi seperti zaman tun m itu
      3)tak ada Gusti WWF apabila bertanding jawatan tinggi seperti pkr
      4)PBBM mesti menerangkan hala tuju parti
      5)PBBM mesti menerangkan undang2 parti Dan perlembagan

      Setelah Teliti Lima perkara baru akan masuk
      Aku tengok tak ada hala tuju, hanya jatuhkan pemimpin ADA je

      Delete
    2. 18.16 kau tak payah masuk, kau ada pun tak untung, tak ada pun tak rugi, asyik merapu memanjang di setiap post Zam ni. Orang pun tau kau ni macai umno, tak payah berselindung. Kau ADA faham?

      Delete
  28. i just don't understand the mentality of many Umno members who are still giving support to Najib. Aren't they educated enough? Aren't they religious enough? Aren't they informed enough?

    The only thing that I can think of is MONEY and POWER that have blinded them.

    If this is the case then they are not fit to become our leaders. This team of people must be ousted.

    And I strongly agree with Tun Dr Mahathir that Najib, Umno and BN must be sunk in the nest GE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If there are going to be multi corner fight next GE, the Chinese will vote for umno, except in Penang and Selangor. Thats what i think they will do. What do they have to lose, if the majority of the malays do not want change? After all, logically speaking, the chinese should be happy with the way things are now, with umno in power.

      Delete
  29. Zam mcm mana pendirian. Nak masuk PPBM ke atau kekal setia sebagai ahli Umno?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa untuk saya kembali akatif ke dalam politik telah berlalu.

      Delete