Tuesday, 2 August 2016

UTUSAN MELAYU "SAKIT" PERLU DISELAMATKAN SEGERA

REAKSI  KETUA PENGARANG KUMPULAN UTUSAN
Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu Datuk Aziz Ishak telah menyambut baik kesediaan Dato' Raja Niza Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) untuk berkerjasama membantu pemulihan Utusan Melayu.

Dalam jawapannya kepada Dato' Raja, Aziz berkata" Terima Kasih banyak atas keperihatinan Dato' dan doa.Saya  akan berkongsi sokongan kuat Dato' dan KVUM dengan Dato' Nordin."

Berita terdahulu:
Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu(KVUM), Dato Raja Ahmad Niza hari ini menyeru supaya langkah segera diambil bagi menyelamatkan Utusan Melayu ( Utusan Malaysia) yang sedang berada dalam keadaan "sakit".

Ini adalah berikutan  kegagalan syarikat itu membayar gaji mengikut jadualnya kepada kakitangan termasuk para wartawan sebaliknya akan di bayar lewat iaitu pada 5 Ogos ini

Mereka telah diberitahu menerusi suatu surat pekeliling Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu Datuk Mohd Noordin Abbas bertarikh 21 Julai 2016.

Raja Niza dalam tulisannya di Buletin Suara Keramat iaitu suara kumpulan whatsapp bekas-bekas wartawan Utusan Melayu telah menyatakan  anggota KVUM seramai 271 orang  amat bersimpati dengan kesulitan  yang dihadapi oleh perkerja-pekerja  Utusan akibat kelewatan pembayran gaji itu.

katanya, "kalau peha kanan dicubit,peha kiri  terasa sakitnya.Peha kiri itu adalah KVUM."

Kesakitan ini,kata Raja Niza memerlukan  doktor pakar untuk  mengubati atau membedahnya kerana dikhuatiri akan bertambah teruk.

"kami juga bersimpati dengan pengurusan Utusan sekarang kerana diserkup oleh suasana yang terpaksa dihadapinya

"Penyelesaian jangka pendek dan panjang perlu dicari dengan segera kerana masa tidak pernah menunggu kita,"katanya

Raja Niza memberitahu KVUM akan menghantar memorandum kepada Utusan yang mengandungi  cadangan  langkah pemulihan  Utusan yang diharapkan tidak akan disalah mengertikan".
.

63 comments:

  1. Saya sudah lama berhenti membeli Utusan.Sekarang ia berwarna hijau PAS.Lagi lah meluat melihat akhbar keramat bertukar menjadi akhbar pengkhianat bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau utusan ditutup maka bergenbiralah puak murtad,lgbt,sister selam Dan liberel selam, aku tetap akan beli utusan
      Utusan juga menghalang marina tun m suka bagi kondom dan jarum percuma.
      ADA faham tak
      Utusan juga menghalang propaganda komunuis berkuasa dimalaysia ini
      Utusan juga menghalang golongan pondan berkuasa di Malaysia
      Utusan juga berjaya halang pengaruh demokasi lgbt dewa rome Dan dewa greece berkuasa di Malaysia ini.

      Nak harap Akbar lain alamat cerita bomoh,kekasih lari, kami bosan menbaca benda bodoh ITU

      Delete
    2. Abang Az yang selalu Utusan siar kata-katanya itu siapa wahai tuan "Kalau utusan ditutup maka bergenbiralah puak murtad,lgbt...."?

      Delete
  2. Saya tidak ambil kisah jika pembangkang tak baca Utusan tetapi adakah orang-orang UMNO sendiri membaca Utusan Malaysia? adakah mereka mempunyai perasaan simpati pada pekerja Utusan yang sedang hadapi masalah dan kesulitan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapannya mudah. Pertama, orang umno tak baca utusan. Kedua, orang umno tak peduli pasal umno. Ketiga, ada orang umno kisah pasal utusan. Keempat, ada lagi ke " orang umno?"

      Delete
    2. hahahahhaha.......I like this guy's comment. Hebat bro....

      Jap ada soalan ke lima...
      Orang UMNO dengan utusan ada kena mengena ker? hahahahahahah

      Delete
  3. jangan la meraun raun dan terjerit jerit ,merayu untuk ditolong ini semua kerana kesalahan penguasa dalam UTUSAN itu sendiri serta hala tuju utusan itu sendiri,si PM bugis tu bukan kah billionaire jadi takkan dia tak ada jiwa melayu minta tolong la dengan beliau,ini la jadi nya kalau media terlebih dalam memihak kalau yang diampu semakin orang meluat media ini pun akan terjerumus lingkup.

    ReplyDelete
  4. Pak Zam, ini Kaffarah kepada Utusan atas dosa mereka menjual maruah kepada pihak yang tak sepatutnya. Saya telah lebih setahun berhenti membeli Utusan. Mula-mula masih membeli hanya pada hari Ahad tetapi sudahnya berhenti terus membeli. Ke laman online mereka pun tidak lagi. Utusan lupa, pembaca mereka, melayu khususnya yang mereka didik membaca dan berfikir tidak lagi dapat mencerna berita palsu yang disogokkan setiap hari. Mual dan jelak! Utusan sendiri yang menggali liang lahad mereka.

    ReplyDelete
  5. Sudah dua tahun saya tak beli utusan sejak utusan jadi akhbar pembohong melindungi iblis.

    ReplyDelete
  6. Salam Tan Sri Zam.

    Saya amat bersimpati dengan musibah yang menimpa Utusan dan warga pekerjanya.

    Pada saya, hanya UMNO sebagai 'Tuan-Besar', mampu dan mesti membantu Utusan. Itu pun jika UMNO mempunyai Presiden yang Bersih, Cekap dan Amanah. Jika tidak, Utusan akan terus 'diserkup oleh suasana yang terpaksa dihadapinya'. Segala apa yang bakal dilapor-cetak mengenai Kerajaan akan menjurus kepada mengagong-agong, memuji-muji dan menjulang Presiden UMNO itu. Akhirnya dikalangan pembaca paling patriotic dan setia pun, akan menjadi, bosan dan rasa tertipu.

    Tapi sayang, Presiden UMNO sendiri juga diserkup pelbagai persepsi negatif, termasuk banyak yang berpunca dari tindak-tanduk isterinya. Sehingga terlupa untuk 'derma'kan kembali baki RM2.6 Billion itu kepada Utusan yang banyak berbudi kepadanya.
    Bayangkan jika Presiden UMNO tidak buruk-siku memulangkan RM2.03 Billion kepada Arab Saudi, sebaliknya menderma kembali WANG itu kepada Utusan. Sudah tentu, segala masaalah yang dihadapi Utusan akan selesai sekelip-mata. Barulah menepati hasrat dan tujuan Raja Saudi menderma, iaitu untuk membantu Malaysia 'melawan Daesh, Evangelist DAP atau Zionist dengan lebih berkesan atas bantuan Utusan yang kukuh kewangan.

    ReplyDelete
  7. Let this Ketuanan Melayu piece of shit propaganda newspaper die.
    Ptuiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11:30.

      There's too much hatred in your heart. Get a grip of yourself. Or we will all together burnt and die, along with Utusan and Sin Chew.

      Delete
  8. Pihak bukan melayu memang ingin tengok utusan itu bungkus kerana sentiasa membela kepentingan bangsa dan menjadi suara untuk menegakkan perkara songsang yang cuba di bawa oleh bukan bumiputra.tapi yg sedihnya org melayu sendiri yg kununya liberal pun ingin lihat utusan di tutup.senag ler media lain utk menyampaikan agenda mereka. Saudara Zam sendiri mungkin terbawa dengan agenda ini dan yang lain.kita patut memperkuatkan utusan dan bukan memusuhi.ramai yang menunggu untuk melihat kajatuhan utusan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Piiiirahhh....biaq pi la dia lingkup kalu dia tak tau buat bisness.

      Delete
    2. Tuan yang tidak dikenali usah lah jadi pejuang kepada Utusan Melayu, sebabnya tuan sendiri nak dedahkan nama sendiri kepada umum pun takut.... pui

      Delete
    3. Sikit2 Melayu
      Sikit2 Melayu
      Melayu juga penipu, penyamun
      Melayu dah tak tau malu
      Apa yg berlaku pemimpin Melayu aka Mo1 kata tak dak apa.
      Semua normal beres.
      Buat biasa jer.
      Adoi Melayu tak kan hilang mu di dunia

      Delete
    4. Itulah nak kata awak ni bodoh, u rasa nak marah , pada saya semua surat kabar baik pun melayu , cina atau india, semua nya tarak guna kebanyakan maklumat ada tipu dan recycle , salah sendiri x nampak atau buat buta jer , patu salahkan org lain ..lebih baik gulung tikar , jgn susahkan rakyat....bahalol

      Delete
  9. Jika dulu saya adalah seorang pembaca utusan dan berita harian tetapi kini tidak lagi. Dengan banyak penyelewengan berita adalah amat malang bagi saya untuk bersama-sama dengan utusan dan berita harian. Saya telah lama beralih kepada Sinar harian yang agak adil dalam pemberitaannya.

    ReplyDelete
  10. Tan Sri Zam..saya telah membeli utusan sejak 50 tahun lalu, dan berasa bangga dengan akhbar ini. Tetapi saya tidak lagi membeli dan membaca utusan sejak 2 tahun yang lalu.
    Ini kerana, saya melihat sejak 2 tahun lalu, kandungan utusan lebih banyak menghina keintelektualan pembaca, malah menghina daya fikir utusan sendiri.

    ReplyDelete
  11. Berjuta-juta ahli UMNO tak boleh beli senaskah Utusan Malaysia? Ke mana pergi Melayu UMNO totok? Kenapa tak boleh bantu Utusan?

    Salahnya Utusan menjadi suara UMNO yang tidak lagi disokong orang Melayu. Lagi pun tak ada leverage untuk mendapatkan iklan daripada syarikat syarikat swasta. UMNO tak disokong lagi sebab itulah Utusan nazak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SinggahSebentar2 August 2016 at 15:20

      mana ada duit bro..abih dok bayaq alphard, vellfire, bmw etc...tu lagi penting.

      Delete
  12. Saya adalah pembaca setia Utusan. Walaupun saya generasi kelahiran 1980an saya tetap suka Utusan.

    Saya akui saya tidak beli akhbar pada hari bekerja kerana selesa setakat baca online sahaja tetapi Sabtu dan Ahad juga hari-hari cuti umum memang saya akan beli akhbar.

    Sejak 1MDB dan ketidakmasukan akal apa yang dibuat rejim PM dengan laporan-laporan tidak masuk logik oleh Utusan maka saya sudah tidak beli Utusan Malaysia pada hari Sabtu dan Mingguan Malaysia pada hari Ahad. Selamat tinggal Utusan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya seperti tuan juga...No more Utusan selagi ia adalah tunggangan untuk benda yang 'tidak betul'...

      Delete
  13. Terbukti secara saintifik.... bisness menggilap kasut pemimpin umno tidak menguntungkan.

    ReplyDelete
  14. TanSri saya bersykur kalau kita selalu menganiaya orang maka balasannya akan datang jua maka selamat tinggal utusan utk selama lamanya

    ReplyDelete
  15. Salam zam,
    Harga senaskah surat khabar bukanlah mahal untuk dibeli. Tetapi akan menjadi terlalu mahal sekiranya tiada "isi". Dari muka depan sampai muka belakang hanya membosankan.
    Utusan dulu adalah lidah perjuangan dan pembakar semangat bangsa melayu.
    Tetapi kini utusan menjadi "kosong jiwa" semata-mata kerana tidak berani menongkah arus. Menyiarkan berita yang berlegar didalam kepompong.
    Jiwa dan fikiran rakyat dahagakan kebenaran dan keberanian dalam penyampaian maklumat. Kepelbagaian sumber maklumat tidak lagi membolehkan utusan menjadi pengampu pada satu pihak.

    ReplyDelete
  16. Call CCCC....they have billions,
    no problem maaaa....

    ReplyDelete
  17. Tan Sri Zam,keluarga saya dari arwah datuk,arwah ayah dan saya sendiri adalah pembaca Utusan sejak dari dahulu lagi.Tetapi saya telah berhenti membaca/membeli Utusan sejak akhbar ini beralih arah menjadi pembodek tegar kepada Kerajaan BN pimpinan DS Najib.
    Akhbar yang dahulunya menjadi lidah keramat orang melayu telah berubah wajah menjadi suara kepada beberapa individu pembodek tegar DS Najib.Isi beritanya pun amat berkurangan malah tidak menarik langsung sejak akhir-akhir ini.Kalau dilihat berapa kali Akhbar Utusan ini tewas dalam kes saman Mahkamah yang melibat kan ratusan ribuan rinngit sendirinya menunjukkan hala tujunya yang semakin lesu,apatah lagi hendak menjaga kebajikan pekerjanya?

    ReplyDelete
  18. Pekerja2 Utusetan telah "bersetongkol" menjaja fitnah, membohong, menipu. Macamana nak kesian. Lebih mulia lagi bekerja di kilang Carlsberg.

    Utusetan ni memang sakit. Dan penyakitnya memang dah teruk, jadi elok dibiarkan mati saja.

    ReplyDelete
  19. Macamana Utusan tak bankrap.

    Asyik bayar saman malu je..Ha3

    ReplyDelete
  20. Tidak ada yg perlu dikesalkan..kerana Utusan sendiri yang merendahkan keintelktualnya ..saya berhenti membeli Utusan sejak 1998.

    ReplyDelete
  21. Saya sudah lama tidak melanggan Utusan,dulu akhbar inilah antara yang pasti dibeli,walaupun di era Pm 5 (maaf zamam pm ni dalam zon hibernasi)...sekarang tidak membeli sejak ia penuh dengan berita ''indah khabar dari rupa'....berpijaklah di bumi yang nyata,paparkan realiti dan berita tepat dan benar,walaupun pahit ditelan oleh mereka yang terasa......kami sebagai pembaca perlukan sumber yang benar.

    ReplyDelete
  22. Kalau UTUSAN boleh lingkup, apatah lagi umno

    ReplyDelete
  23. suratkhabar utusan... mungkin kali terakhir beli/baca tahun 1998... hidup segan mati tak mahu dah suratkhabar ni

    ReplyDelete
  24. Tutup Sahaja sebelum Akhbar ini meracuni pemikiran orang melayu dengan berita berita dari lidah pengkhianat negara.

    ReplyDelete
  25. Ketua Pengarang, Pengarang dan yg jawatan editorial mahupun pengurusan besar-besar dalam Utusan adalah penakut, pengecut dan pengkhianat suara keramat Melayu ! Padan Muka ! Maaf kerana agak kasar. Saya tabik pada Ku Seman.

    ReplyDelete
  26. elok kojol cepat...tak ada berita fitnah lagi

    ReplyDelete
  27. Saya tak beli Utusan Malaysia dan juga tak baca. Sekali pun dapat free, saya tak baca.

    ReplyDelete
  28. Saya tak beli Utusan Malaysia dan juga tak baca. Sekali pun dapat free, saya tak baca.

    ReplyDelete
  29. skrg pembaca pilih apa yang nak dibacanya bukan apa yang disuruh baca. Dengan ada online nasib bayk suratkhabar akan berakhir sperti filem Fuji dan Kodak.

    ReplyDelete
  30. Tan Sri perlu adil dalam membuat siaran walau hanya 'memetik' kenyataan KVUM. Lewat bukan bererti tidak bayar langsung. Itupun baru sekali dan bukan berkali-kali. Bak kata Tan Sri di Twitter, 'hal ini luar biasa, dah berpuluh tahun tak berlaku', pada hemat saya 'berpuluh tahun' itu bukti tidak ada apa-apa dan tertangguh beberapa hari itu biasa. Takkan operasi mana-mana syarikat 100% tidak boleh ada kesilapan langsung, seolah-olah Utusan dioperasikan oleh Tuhan, bukan manusia.

    Pada saya Tan Sri tidak wajar memetik kenyataan KVUM ini, walau kononnya ayat mereka simpati dengan warga Utusan namun hakikatnya pantang ada kesilapan kecil, hanya berlaku sekali dalam berpuluh tahun, terus diperbesarkan.

    Lainlah kalau berkali-kali lewat atau tertunggak berbulan lamanya gaji mereka. Kalau berlaku sebegini, sayapun setuju 'simpati dengan warga Utusan'.

    Harap Tan Sri tidak melatah, takkan tiada sedikitpun perasaan kasih dan sayang terhadap Utusan yang Tan Sri sendiri pernah menerajuinya. Jangan Tan Sri terpedaya dengan KVUM, sayapun tidak faham kenapa mereka kononnya 'simpati sangat' yang tidak berasas.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  31. Woi Melayu kalu ya pun malu laa sikit kat kaum mamak tu..
    Haha..
    Tak dak mamak susah woo..

    ReplyDelete
  32. saya beli setiap hari dan saya baca.

    Saya faham kalau apa apa berkaiatn Utusan akan dianggap sebagai perkauman. Ramai melayu kini bangga dapat kutuk bangsa sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak seramai yang tutup sebelah mata atau menyokong kebathilan bangsa sendiri.

      Iyalah, bangsa sendiri mestilah dibangga-banggakan, mana boleh ditegur.

      Delete
  33. Jangan risau, sebab sebenarnya Utusan Melayu mampu berubah menjadi surat khabar fiksyen ala Mastika. Mastika masih dalam edaran dan mempunyai peminat setia. Walau apapun yang terjadi, saya yakin kleptokrat unggul di Malaysia akan mengumumkan bantuan dana kepada Utusan dalam minggu ini. Mark my words! Ini kerana boogeys perlukan sesuatu untuk mengaburi minda orang kampung dan yang paling penting sekali menyebarkan propaganda mistik untuk boogeys. Boogeys pun sebenarnya insecure

    ReplyDelete
  34. Kalu utusan buat edisi bahasa myanmar, indon, nepal, bangla...boleh survive kot.

    ReplyDelete
  35. orang myanmar, indon atau nepal tak sebodoh itu nak buang duit beli sampah!!

    ReplyDelete
  36. Tara ku cha cha3 August 2016 at 15:05

    Kalo x silap UM dpt durian runtuh rm48j pd thn lepas hasil dari jualan kepentingannya. Bukan main sikit punya duit tapi masih bermasalah?

    Sebelum tu pun bail payung terjun puluhan juta jua apa dah jadi? (Kalo payung terjun puluhan juta mestilah duit pembayar cukai, x kan lah sumbangan dari putera arab saudi kot).

    Sebenarnya kita x tahu langsung apa masalah kita, maka jadilah kita macam kucing mengejarbekornya sendiri - pi mai pi mai tang tu jugak.

    Mari kita tengok dlm kerangka yang lebih besar apabila Petronas pun nak jual harta-harta tetapnya.

    Beginilah, saya bagi hint sebagai pemula kepada carian punca masalah sebenarnya, itu pun kalo kita faham: keberkatan telah cabut lari.

    Sebenarnya itu bukan masalah, itu simptom shj.

    ReplyDelete
  37. Sebenarnya kita semua telah menjadi macai Mahathir selama 22 tahun. Sehingga dedak yang Mahathir suapkan selama 22 tahun menyebabkan kita menjadi ayam dan itik. Jikalau ada 10 PM lagi selepas Mahathir, kita tetap akan kata mereka salah, lemah, rasuah, kronisme dan seumpamanya. Yang pasti tiada anak2 PM yang mendapat habuan tender dan kontrak sebesar yang diperolehi oleh Anak2 Mahathir seperti Mokhzani, Mirzan dan Mukhriz semenjak Mahathir masih PM. Itulah hakikatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 19:58 adalah contoh seorang munafik sejati dan Melayu sejati.Berfikir seperti seorang penyembah berhala.

      Delete
    2. Dedak apakah yang Mahathir suapkan kepada kita selama 22 tahun? Apakah sama dengan dedak yang disuapkan Najib?

      Delete
  38. Satu peringatan kpd Berita Harian . Mungkin kumpulan NST akan menerima nasib yg Sama Tak lama lagi

    ReplyDelete
  39. Sorong papan, tarik papan,
    Buah keranji dalam perahu,
    Spin kiri, spin kanan
    Zaman sekarang semua orang tahu

    Siakap sinohong
    Gelama ikan berduri,
    Dah selalu sangat berbohong,
    Kan dah tak dapat gaji!

    Buah cempedak diluar pagar,
    Ambil galah tolong jolokkan,
    Termakan dedak banyaklah istigfar,
    Bila bos blah, kuli yang kelaparan.

    ReplyDelete
  40. Saya cadangkan agar pekerja utusan buat 2 kerja untuk tambah pendapatan, seperti mana disaran ahmad maslan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan agar pekerja utusan buat 2 kerja untuk tambah pendapatan, seperti mana disaran ahmad maslan dalam akhbar Utusan...

      Delete
  41. Saya simpati dgn nasib Utusan.
    Orang Melayu pun dah prejudis dengannya.

    Sebenarnya, membaca Utusan tak semudah membaca berita dari media sosial. Ada mesej sebenarnya yg hendak disampaikan oleh Utusan. Tetapi kita kenalah membaca, menganalisa, in between the line ! Kalau kita baca on the surface, memang kita menyampah dibuatnya.

    Bukan gitu TS Zam ... ?

    ReplyDelete
  42. Utusan tak sakit, yang sakit hanya orang yang cemburu.

    ReplyDelete
  43. Begitulah putaran alam. Dulu2 orang Pas dan pembangkang yang boikot membeli utusan. Pada hari ini, sedang kita masih hidup, sempar kita melihat ahli Umno dan utusan memboikot serta melaknat utusan dengan lidah mereka sendiri. Mungkinlah ini kaffarah atas dosa2 utusan bagi banyak berita fitnah, unsur2 maksiat dan mempromosi maksiat selama puluhan tahun usianya. Setiap inci maksiat, gambar2 mendedah aurat dan menjolok mata yang terbit pada akhbar utusan, maka ketua pengarangnya mendapat sama saham dosanya.

    ReplyDelete
  44. Ini pendapat yang penuh dengan ketaksuban dan kefanatikan dan mengenepikan logik perkembangan politik dan sosial yang berlaku.
    Bukan sahaja Utusan malah akhbar -akhbar lain juga sedang menerima nasib yang sama malah Utusan mempunyai jasa yang besar kerana telah dapat membuka mata pemimpin pemimpin Islam yang jumud yang selama ini hanya dapt melihat dunia dengan hanya dari balasan maksiat tanpa meliha diri mereka sendiri melakukan masiat dengan bersatu dengan kafir dan sekarang berkerjasama dengan parti yang mereka anggap gagalkan maksiat.Mereka juga sedang menerima pembalasan dari Allah kerana tidak mahu dengar nasihat Utusan dari awal supaya berkerjasama dengan kafir dan tidak mudah mengkafirkan orang lain hanya kerana fahaman agama dicelah kangkang sahaja.

    ReplyDelete
  45. Draman Ampang Jaya.7 August 2016 at 20:55

    Saya percaya yang dimaksudkan oleh Zaini,mereka yang galakan maksiat bukan gagalkan maksiat. Saya bersetuju penuh dengan Zaini dan terkejut mendapati ada orang yang nasih berdlkir secara k,menolak logik dan tidak rasional akal

    ReplyDelete
  46. Sdr Zaini janganlah emosional. Bukankah seorang yang baik ialah menerima teguran dan muhasabah dengan penuh keinsafan. Bukankah utusan mmg byk gambar2 artis terdedah dada dan peha sejak sekian lama. Maka perbaikilah. Yang pihak lain salah tu, salahlah. Namun salah sendiri kena akui juga. Kalau menerbitkan gambar artis2 seksi menjolok mata tu bukan maksiat, maka kita nk kira sebagai apa? Ibadat ke?

    ReplyDelete
  47. Simple jer - berapa byk saman yg Utusan kalah & diperintah mahkamah bayar. Bknnya singgit 2 hinggit pampasan nak dibayar...

    Kalah di mahkamah = isik beritanya melulu = hanya berasaskan andaian = palsu = fitnah...

    Moral = ada ker org yg berminat nak baca wadah yg x sahih & hanya bersifat propaganda semata-mata...?

    ReplyDelete