Wednesday, 10 August 2016

PERLUKAH UMNO BANTU UTUSAN MALAYSIA (MELAYU) YANG TAK LAKU

Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman Presiden Mubarak
( Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia) yang 
mewakili Tengku Mahkota Pahang untuk
mendapat autograf saya bagi buku Sejarah Utusan:
Di Depan Api Di Belakang Duri 
 di Zam Newsroom Cafe  Ayer @ 8 Putrajaya.
UMNO terikat untuk membantu Syarikat Utusan Melayu yang diambilalih dari penajanya,pemegang-pemegang sahamnya kecil dan besar yang tediri dari orang Melayu pada tahun 1961.Walaupun telah menyertai pasaran saham tetapi UMNO tidak terlepas  dari tanggungjawab ini untuk kepentingan politiknya malah sering membantu bila Utusan dalam kesempitan.

UMNO perlu merampas kuasa ini dari pemegang saham bebas kerana Utusan masa itu dikuasai oleh wartawan-wartawan kiri yang pro Indonesia, sosialis dan komunis.Perdana Menteri Pertama  Malaysia Tunku Abdul Rahman terpaksa menyingkirkan penajanya  Yusuf Ishak yang tidak dapat mengawal penguasaan gulongan ini yang juga mahu menyingkirkannya.

Yusuf juga tidak mahu megikut arahan Tunku sepenohnya sebaliknya mahu meneruskan dasar bebas  Utusan Melayu sebagai suara rakyat Melayu.

Walaupun UMNO telah mengambilaleh Utusan dan menjalankan dasar menyokong parti dan kerajaan tetapi Utusan masih dibenarkan oleh UMNO untuk menyiarkan berita-berita dari pembangkang tetapi dengan syarat tidak mengutamakannya dan tidak menyokong mereka.

Dengan dasar yang longgar  ini,Utusan masih dilihat dan  dirasakan sebagai akhbar rakyat dan tidak dianggap sebagai akhbar parti atau suara parti UMNO( Fakta-fakta ini dapat ditemui dalam  buku Kisah Sejarah Utusan Melayu Di Depan Api  Di Belakang Duri yang diterbitkan oleh Utusan Melayu). 

Dalam mempertahankan dasar ini, saya sebagai Ketua Pengarang Utusan dalam tahun 80an pernah dipanggil oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Mahathir yang  disertai oleh beberapa orang MB untuk menegur Utusan kerana menyiarkan interviu  khas wartawan Rosnah Majid dengan MB Kelantan(PAS) Datuk Nik Aziz  yang baru menguasai Kelantan.

Saya bertanya kepada Mahathir:  Adakah Datuk Seri hanya mahu Utusan dibaca oleh orang UMNO sahaja dan mesej kita tak perlu sampai kepada orang bukan UMNO?

Inilah yang berlaku sekarang menyebabkan edaran Utusan  telah jatuh dengan bagitu teruk disamping hadapi saingan dan ancaman media sosial yang lebih bebas. Utusan tidak sewajarnya menghadapi keadaan ini kerana ia mempunyai hardcore readers tetapi mereka juga telah meninggalkan Utusan kerana Utusan telah hilang perimbangan dan kerakusannya dalam menyokong kerajaan dan menyebabkan pembaca setianya pun merasa jelak dan mual.

Apabila berada dalam kelemasan dan panik,liberalisme kewarasan dan kebijaksanaan  Utusan telah hilang.Tulisan wartawan-wartawannya sendiri  yang bersifat kritikal dan radikal diharamkan dan wartawan-wartawan Utusan yang mempunyai peminat besar  berhenti atau diberhentikan.

Orang  membaca Utusan merasakan seperti membaca suara parti,seperti membaca Harakah(Pas)  atau Roket( DAP). Mengecam,menghentam pihak tertentu  tanpa mengetahui kenapa mereka dihentam.

Kerakusan ini menjelekan  dan memualkan dan  memberikan sumbangan besar kepada Utusan Melayu hilang kredibiliti politik, autoriti berita dan integriti kewartawanan. Peranan bijaksana telah diambil alih oleh  Sinar Harian yang walaupun pro UMNO dan kerajaan tetapi tidak secara rakus atau blatantly menyokong kerajaan dan memboikot pembangkang.

Apakah ini kesalahan para pengarang Utusan? Jika akhbar lain menyiarkan berita-berita yang anti kerajaan atau kritikan terhadap Najib atau friendly
 kepada pembangkang tidak menjadi perhatian tetapi Utusan akan ditegur dari masa ke semasa sehingga ketua pengarangnya berada dalam keadaan tidak selesa dan lebih buruk lagi Utusan terpaksa memberikan tempat kepada orang-orang yang diketahui ramai sebagai pencacai atau "ulak ayak" politik. Semua ini meruntuhkan lagi integriti Utusan sebagai akhbar parti  yang berkredibiliti

Apakah bad press ini dapat dikembalikan dengan UMNO mencurahkan berjuta ringgit untuk memulihkan imej Utusan yang tercemar  oleh kerakusan dan kebodohan tangan politik yang cuba berlagak sebagai profesional?

Setiap sen yang UMNO belanjakan, UMNO mahu keuntungan politiknya malah orang UMNO sendiri akan bertindak menyaman malu Utusan jika kepentingan dan  kemungkaran mereka didedahkan oleh Utusan. Seorang MB telah menyaman malu Utusan.
Dari segi logiknya apakah UMNO wajar membantu Utusan jika Utusan sudah tidak lagi menjadi suara berkesan dan tidak lagi berpengaruh

Adakah ahli-ahli UMNO,pemimpin-pemimpin kecil dan seluruh pemimpin besar UMNO diperingkat negeri dan persekutuan memikirkan hal ini dan  mempunyai simpati dan sentimen sayang pada Utusan seperti yang dimiliki oleh mereka yang telah sekian lama jatuh bangun bersamanya? Orang UMNO sendiri pun tak beli Utusan dan tidak membaca Utusan.

Sentimen sayangkan kepada Utusan Melayu ini lebih kepada hasrat untuk melihat sebuah institusi Melayu bersejarah dan berjasa  terus hidup selain dari  ialah satu-satunya syarikat Melayu yang tertua dan terus  hidup setelah melalui berbagai pahit getir dan cabaran politik dan kewangan sejak 70 tahun lalu.

Saya sendiri sebagai manusia yang hidup dalam dua zaman besar Utusan Melayu pastinya mengharapkan Utusan terus hidup dan maju. Ia adalah darah daging saya tetapi perubahan sosial,  politik  dan  kemajuan teknologi serta masalah dalaman pengurusan yang tidak berpengalaman  menampakkan masa depan yang gelap bagi akhbar ini.

Masalah ini  juga dihadapi oleh akhbar cetak lain  sehingga NST sendiri jatuh jualannya kepada hanya lebih 30,000 naskah sahaja sehari tapi ia dapat bergantung kepada Media Prima.

Utusan tidak ada tempat bergantung kecuali langsung kepada UMNO.

Saya sendiri telah membaca akhbar cetak  terutama Utusan Melayu/ Malaysia sejak 50 tahun dahulu tanpa ketinggalan seharipun kecuali apabila keluar negara tetapi sekarang saya boleh katakan jarang sekali membaca akhbar manapun.

Utusan dihidupkan semula oleh Yusuf Ishak(Allahyarham) dan rakan-rakan penaja  di Singapura setelah Jepun kalah dalam peperangan dunia ketiga pada tahun 1945.

Beliau yang sakit dalam masa peperangan telah kembali ke  kampongnya Taiping  dan bila tamat perang berjalan kaki dan juga menumpang berbagai kenderaan untuk kembali ke Singapura bagi menerbitkan semula Utusan Melayu (Jawi) pada tahun pada September 1945.Tetapi kemudiannya wartawan-wartawan  kiri yang menguasai Utusan  juga mengenepikanyanya kerana tidak setuju dengan kekirian mereka.

Beliau tersingkir kerana mempertahankan dasar bebas Utusan.Bila Tunku mengutus S.M. Shah anggota lembaga pengarah Utusan untuk pergi menemuinya di rumahnya di Gombak untuk memberitahunya supaya berundur, Yusuf Ishak menangis seperti keanakan dan bertanya "apa dosa saya".Beliau mahu membunuh diri( diceritakan sendiri kepada saya oleh H.M.Shah)

Utusan Melayu  yang ditubuhkan bersama-sama dengan rakan-rakannya dan sokongan orang Melayu dalam tahun 1938-11939)terlalu berharga baginya. H.M. Shah yang berkawan dengannya sejak Utusan ditubuhkan di Singapura terpaksa menenangkannya  dan meninggalkannya setelah  dia pulih.

Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang menjadi peguam pertama Utusan dan mengenali rapat Yusuff Ishak sebagai seorang yang jujur,dedikasi,terpelajar dan tidak rasuah dan berkorban  hidupnya untuk Utusan Melayu telah mengambil Yusuf setelah dibuang dari Utusan dan melantiknya  menjadi Pengerusi  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam  Singapura,Yang di Dipertuan Negara Singapura dan akhirnya menjadi Presiden Singapura.

Sebuah masjid atas nama Yusuf Ishak  juga sedang dibina di Woodlands Drive 17, Singapura untuk mengenang jasanya.

UMNO wajar membantu terus syarikat Utusan Melayu untuk jangka masa singkat supaya dapat membayar gaji pegawai, para wartawan dan pekerjanya yang lebih seribu orang disamping menyediakan pelan jangka panjang bagi menjamin survivalnya.Utusan Melayu tidak lagi boleh hidup diatas perasaan sentimental.

 .
Sekarang anda boleh membeli buku " Kisah Sejarah Utusan DI DEPAN API DI BELAKANG DURI  " yang di autograf oleh pengarangnya Zainuddin Maidin dengan memesan terus darinya.

Harga sebuah RM 70 termasuk belanja pos dan RM75 bagi Sabah dan Sarawak. Pembayaran boleh dibuat menerusi :
 Akaun CIMB : 8002397357.
  Sila sertakan alamat anda yang lengkap.

Sila maklumkan jika anda telah membuat pembayaran dan sertakan resit pembayaran sebagai bukti kepada zainudinmaidin@gmail.com

24 comments:

  1. Utusan dah jadi akhbar hampas kelapa

    ReplyDelete
  2. Umno boleh tolong warga utusan cari pekerjaan kedua. Ahmad maslan boleh ketuai jawatan kuasa cari kerja. Dan untuk kurangkan kos sara hidup, dengar la nasihat menteri, masak la di pejabat.

    ReplyDelete
  3. Saya berhenti membaca Utusan sejak mereka mengutuk dan memperlekeh seorang tokoh dengan cara yang saya tak sanggup membacanya.
    Tidak salah mereka memuji serta memuja tokoh lain tetapi janganlah keterlaluan dan melampau sehingga kadang-kadang meloyakan.

    ReplyDelete
  4. Ketua Pengarang Utusan Melayu Datuk Aziz Ishak tidak boleh disalahkan atas kejatuhan pasaran Utusan kerana Utusan yang besar edarannya dan berpengaruh dari segi politik dianggap lebih merbahaya oleh UMNO sekiranya diberikan kebebasan seperti akhbar-akhbar lain.

    Maka itu apa yang boleh dilakukan oleh akhbar lain,tidak boleh dilakukan oleh Utusan terutama dari segi memberikan tempat atau berita yang lebih luas kepada pembangkang.
    Akhbar-akhbar lain dianggap tidak merbahaya kerana tidak berkesan sebagai akhbar politik.
    Membataskan kebebasan Utusan oleh UMNO telah memberikan kesan negatif kepada Utusan Melayu sendiri terutama dari segi edarannya.
    Dengan semakin kecil edarannya maka semakin kecillah pengaruh Umno.
    Ketua Pengarang Utusan Melayu yang baik hanya mendengar arahan.Kerana kepatuhan kepada arahan inilah maka Utusan terpaksa menanggung akibatnya.
    Utusan terpaksa membayar harga yang mahal bagi kehilangan kebebasannya,tidak sahaja dari segi kewangan tetapi juga dari segi maruah dan integriti.

    ReplyDelete
  5. Saya sudah boikot sepenuhnya Utusan dan tidak akan kembali ! Tidak perlu komen panjang :)

    ReplyDelete
  6. Sejak mereka memaparkan berita mengampu serta tidak benar,apatah lagi memburukkan Tun M,terus berhenti melanggan surat khabar ini.

    ReplyDelete
  7. Salam Tan Sri,

    Utusan sebuah akhbar yang berpengaruh . Malah akhbar mingguannya MM mendahului akhbar lain dari segi edarannya. Sebagai akhbar parti pemerintah sesuai lah jika mereka tidak siar berita pembangkang yang kandungannya boleh mempengaruhi sikap pengundi. Kita terima hakikat ini . Tapi bila ada dua tokoh penting dan pejuang umno bertelagah mengenai dasar perjuangan umno utusan tak boleh lah menyebelahi salah seorang dari mereka kerana masing masing ada pengikut . Hati pengikut itulah yang utusan kena jaga. Walau bagaimanapun saya masih membeli utusan di samping akhbar arus perdana lain.

    ReplyDelete
  8. Kalau keluar muka pemimpin-pemimpin UMNO atau menteri-menteri kat TV pun orang dah tutup TV atau alih ke channel lain, apatah lagi nak beli Utusan dan nak baca!

    ReplyDelete
  9. Semua orang berhak memboikot apa yang mereka tidak suka. Begitulah yang orang lain rasa apabila Mahathir selaku PM mengawal dan mengarahkan Utusan memburukkan pembangkang selama 22 tahun. Maka adil dan saksamalah di situ apabila Mahathir bersekongkol bersama pembangkang untuk mengalahkan Umno di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, maka layaklah beliau diburukkan sebagaimana beliau memburukkan pemimpin2 politik lawannya selama 22 tahun. Seperti yang TS Zam kata, Mahathir cuba kongkong Utusan berita yang enak orang Umno baca sahaja dipaparkan. Sedangkan TS Zam mahu Utusan dibaca oleh semua parti lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkah? Kadang-kadang berita tentang Mahathir keluar dimuka dalam. Berita tentang orang lain yang keluar dimuka depan.

      Delete
  10. Utusan adalah darah daging ZAM.Justeru, beliau lebih bangga dikenali sebagai bekas wartawan berbanding bekas menteri. Seburuk mana pun Utusan, ia tetap mengalir dalam darah ZAM. Berdenyut dalam nadinya. Memboikot Utusan adalah hak Fendi Ahmad. Tapi sedikit sebanyak ZAM akan bersedih kerana ia menandakan ambang kehancuran institusi kebanggaannya hampir tiba. Akibat pemboikotan.

    ReplyDelete
  11. Kenapa mahal skit dari harga pasaran..Saya kalau tak silap beli buku ini RM62 je..hi3

    ReplyDelete
  12. dulu langgan utusan hari hari.... pastu beli hari ahad je.... sekarang nak baca pun tak teringin dah...... mari bersatu

    ReplyDelete
  13. Salam Tan Sri.

    Masa saja menentukan hayat hidup Utusan.
    Jika Umno akan terkubur....apa yg baik lagi akan berlaku pd Utusan yg memang suara Umno.

    Fikirlah...selagi ada Bugis HZ yg menghancurkan Umno dan Institusi Melayu dan Islam...Utusan tidak akan bertahan.

    ReplyDelete
  14. Kalau jumpa ular dengan Utusan, kencing atas Utusan dulu baru ketuk ular.

    ReplyDelete
  15. Pada pandangan saya, UMNO Pusat patut melancarkan gerakan di kalangan ahli- ahli UMNO seluruh negara supaya membeli Utusan Malaysia pada setiap har.
    Jika ada kesedaran di kalangan ahli UMNO untuk memperkuatkan institusi Presiden seperti yang dikehendaki oleh Najib saya percaya mereka akan membeli Utusan pada setiap hari dengan kesedaran inilah suara presiden yang mesti dibaca dan didengar setiap hari dan untuk menjadi bahan bagi membantu kekuatan institusi berasaskan kepada bahan-bahan terkini yang tersiar di Utusan.
    Menteri-menteri besar(Kecuali MB Pahang) atau ketua perhubungan UMNO negeri boleh mengarahkan ahli-ahli diperingkat negeri,bahagian dan cawangan supaya membeli Utusan.Harganya bukanlah mahal sangat.tak sampai harga segelas Teh tarik
    Kempen menerusi sekolah tidak berkesan kerana kanak-kanak sekolah tidak mahu membaca akhbar sebaliknya lebih menumpukan kepada media letronik.
    Saya percaya kempen ini akan memberi kesan walaupun kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a la mao tse tung...sapa tak ikut arahan hantar pi labour camp.

      Delete
    2. Tak payah susah2 kempen. Bagi percuma saja. Macam akhbar the Sun Daily.

      Delete
  16. Zam kena faham media proksi parti politik siapa mampu bagi dia duit dia akan hidup. Baru2 ini WSJ penyokong setia parti Republic amerika ITU sebab dia mampu bagi duit pada WSJ itu.

    Sebab itu saya cakap ini 'kebebasan media hanya untuk proksi ideologi politik Dan duit je 'media ini kebanyakan mereka hanya belakon je.

    Hanya bodoh percaya cakap barat dengan percaya kebebasan media, barat british guna media untuk jatuhkan raja perancis fitnah semasa saman refolusi perancis ..




    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari pengalaman saya sendiri saya bersetuju penuh dengan pandangan saudara.Hanya cara setiap pemimpin menguasai media yang berbeza. Pokoknya semua authoritarian atau pun dictator. Amerika bunuh orang dg berselindong disebalik permainan demokrasi

      Delete
  17. Itulah perbezaan antara Tokoh yang hebat dan Orang yang perasaan dia hebat sebagai PM. Bagi seorang tokoh kaca digilap menjadi permata yang berharga dan berada di tempat yang betul. Bagi yg perasaan PM apa sehaja yang hebat atau permata akan hilang serinya menjadi tak bermaya seperti najis di jalanan sebagai tanda perninggalan beliau ataupun sebagai tanda kegagalan. Itulah perbezaan antara tokoh yang penuh ilmu di dada dan yang hampas.

    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Baru baru ni saya nampak setimbun akhbar ini di dalam jamban umum untuk kegunaan ramai!

    ReplyDelete
  19. Tan Seri saya rasa Utusan tidak perlu lagi wujud dlm dunia IT sekarang ia bukan akhbar yg menolong melayu dan islam bahkan ia hadi libelitu kpd org melayu dan islam maka utusan harus ditutu rapat2 dan hanya tinggal kenangan saja selamat tinggal utusan

    ReplyDelete