Sunday, 31 July 2016

TINDAKAN MEMANDAI2 NAIB KETUA PEMUDA UMNO BUKAN ARAHAN NAJIB

KU SEMAN: KAYA BAIK DALAM UMNO KAYA BURUK LUAR UMNO
Bekas editor kanan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain meminta Pemuda Umno untuk menjelaskan apakah perbezaan definisi kekayaan seseorang pemimpin itu ketika masih dalam kerajaan dan sebaliknya.
"Adakah seorang pemimpin yang mengaut kekayaan itu menjadi buruk apabila keluar Umno dan menjadi baik selagi dalam Umno?" tanya beliau yang berkhidmat lebih 32 tahun dengan akhbar Umno itu.
Beliau mengajukan soalan demikian dalam catatan Facebooknya pagi ini sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii yang menasihatkan bekas bosnya, Tan Sri Muhyddin Yassin agar cuba belajar mengenang jasa-jasa Umno.
Mohd Razlan mengingatkan Muhyiddin dan sekutunya yang telah hidup mewah hasil dari memegang jawatan dalam Umno suatu ketika dahulu supaya membuat keputusan yang lebih matang atau sekurang-kurangnya cubalah 'berlakon' jadi bijak.
Sebelum ini, Ku Seman turut meminta semua pihak menghentikan kejian, kutukan mahupun memperlekeh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengulas lanjut, beliau menambah, pihaknya juga membuat kesimpulan Pemuda Umno dapat menerima pemimpin yang mengaut kekayaan melalui Umno.
"Betulkan kalau saya silap.
"Kalau memang sudah menjadi prinsip Pemuda Umno melindungi mereka yang terus dalam parti walaupun mengaut kekayaan, tak apalah. Cuma nak tau saja," jelasnya lagi.
KHAIRY  PISAHKAN DIRI DARI KHAIRUL
Dengan Penjelasan di bawah ini yang di buat oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin maka tidaklah benar khabar - khabar angin yang mendakwa Naib Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis mengenai 3 orang individu terkemuka adalah dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semoga ini memberikan ingatan kepada Khairul Azwan Harun, jika nak menyokong pimpinan pun, janganlah sokongan membawa rebah atau mencalarkan pimpinan.


Tindakan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis berkaitan dakwaan wujudnya konspirasi untuk menggulingkan perdana menteri adalah bersifat individu, bukannya pendirian sayap parti itu.


Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin berkata laporan itu dibuat atas kapasitinya sebagai seorang individu kerana mempunyai maklumat tertentu yang telahpun dikongsi bersama polis dalam keterangannya.

"Kita serah kepada polis untuk buat siasatan lanjut. Seperti yang perdana menteri sudah sebut, laporan polis yang dibuat (oleh Khairul Azwan) adalah sebagai individu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan FIT Malaysia Fasa II Johor di Stadium Batu Pahat hari ini.

Khairy, yang juga menteri belia dan sukan, berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan naibnya membuat laporan polis sama ada ia adalah pendirian Pemuda Umno ataupun persendirian.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tindakan naib ketua Pemuda Umnoitu adalah tindakan peribadi bukannya parti dan Khairul Azwan mempunyai hak untuk membuat laporan polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata keterangan Khairul Azwan diambil di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi semalam dan siasatan masih diteruskan berhubung perkara itu.

Selasa lepas, Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap tiga orang yang didakwanya terbabit dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Mereka yang dinamakannya ialah bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
- Bernama


Bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir berucap di suatu majlis hari raya di Kedah baru-baru ini




 

36 comments:

  1. TS Zam,
    Apa ada pada pemuda UMNO sekarang,sayap ini sudah jauh simpang dari matlamat pemuda UMNO zaman 50han ,60 han ,70han.Sejak semua ahli dan pemimpinnya bergelut nak jadi ahli perniagaan semua nilai nilai pemuda umno dahulu lenyap.

    Sekarang pemuda umno hanya penyemak kepada masyarakat itu sendiri kerana pendirian pun dah kelabu dan hanya jadi bahan gurauan senda kepada umum.Saya tak mahu cerita panjang la kalau dah Ketua Pemuda pun menerima jawatan secara korup dan curiga begitu juga lain lain pemimpin dalam sayap ini ,apa lagi yang boleh diharapkan hasilnya dari depa ini kalau bukan korup , kerana ,"corrupt mind corrupt everythings".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khalid dah umum bole buat demo asal bukan utk jatuhkan kjaan atau Najiblis. Jadi bole buat demo 'Singkir Malaysia Official 1'.

      Delete
  2. Ketua Pemuda BANGANG.

    Timbalannya pulak BEBAL.

    Lingkup Malaysia dapat pemimpin BODOH TAK BOLEH DIAJAR. PANDAI TAK BOLEH DI IKUT.

    ReplyDelete
  3. Inilah akibatnya apabila menyokong seorang ketua yang punyai banyak tengkorak dalam almari, demi kepentingan diri. Segala apa yang dilakukan demi ketua itu akan jadi serba tak kena, janggal dan dipertikaikan. Diri-sendiri dipersalahkan.

    Akhirnya, 'Rakyat di Dahulukan' menjadi laungan-kosong dan semua usaha demi membela nasib Rakyat dan memperkuatkan UMNO menjadi sia-sia.
    Makanya, seluruh kepimpinan UMNO, ternampak seolah-olah sedang mendukung biawak hidup.

    ReplyDelete
  4. Tan seri boleh percaya ke mereka tak tahu laporan dibuat atas kapasiti individu dlm politik macam2 boleh jadi ada main wayang ada buat derama jadi hanya ygmaha esa yg tahu kalau tanya saya cincang sampai mati pun tak percaya

    ReplyDelete
  5. Di hati majoriti rakyat Kedah,Mukhriz adalah MB sebenar.PRU depan sejarah bakal dicipta.Parti baharu akan memerintah negeri Kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahmad Bashah dan UMNO boleh pi tidoq.....

      Delete
    2. pi tidoq di mana ?

      Delete
    3. Tak payah lah kalau MB hanya padai jual kabel dan ketum. Kerja 3 hari seminggu.

      Delete
  6. teringat saya cerita arwah p ramli - keluarga 69.

    begitu lah nampak gaya nya UMNO d bawah Najib sekarang - lintang pukang.

    phinisi (tongkang) pahlawan bugis sudah hilang kemudi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluarga GORMAL...

      Delete
  7. depa kena kata lagu tu (personal & takdak kena mengena dgn umno baru), kalau tidak benda ni pasti akan back-fire, keris makan tuan.

    ReplyDelete
  8. Wayang tak laku dah....some say kj is caught between a rock and a hard place...i think he is caught in a bugis bahtera....

    ReplyDelete
  9. Shamsuddin Naim31 July 2016 at 21:50

    Jika Khairy Jamaluddin mempunyai sifat kepimpinan yang tulin maka beliau pastinya akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Naib Ketua Pemuda UMNO yang telah bertindak sendirian atas pekara yang sangat penting.
    Saya ingin bertanya kepada beliau,kiranya Zeti, Gani Patail atau Abu Kasim mengambil tindakan undang-undang kepada naib ketuanya itu maka apakah beliau hanya akan mendiamkan diri dan berkata" Saya tiak terlibat",melepaskan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pemuda?
    Yang terdedah kepada umum sekarang ialah Khairy Jamaluddin tidak mempunyai kaliber sebagai seorang yang pemimpin. Walapun beliau mahu "play safe" tetapi lebih banyak merosakan masa depannnya dengan meunjukan sikap tak bertanggungjawab.
    Terbukti beliau seorang pemimpin yang lemah tidak sahaja kepada rakyat tetapi khususnya kepada pemuda-pemuda UMNO seluruh negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KJ juga seperti yang kita tahu,adalah petualang.Apa hebatnya si kitol ini?

      Delete
    2. Pre-emptive strike by Khairi proxy on the three stooges.

      Delete
  10. Sebenarnya kualiti Pemuda Umno merudum sejak zaman Mahathir. Kerana Mahathir menekan orang2 bawahannya supaya menjadi: "Yes Boss." Pemuda2 Umno yg hebat dan berani semuanya pada zaman 3 PM terawal. Ini menunjukkan Mahathir gagal melahirkan Pemuda Umno yang hebat selama 22 tahun memerintah. Kegagalan pada hari ini segalanya berpunca dari Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mok bapak kamu tak salahker melahirkan kamu...hahaha

      Delete
    2. Anon 31 July 2016 @ 22:20pm

      Saya rasa Mak Bapak Awak silap melahirkan kamu. Sewajarnya awak dilahirkan dikalangan masyarakat LEMBU.

      Delete
    3. anon 22:20 masa kecik dulu tak mamp*s. dah besar menyusahkan bangsa dan agama.

      Delete
    4. 22:20 adalah dari GBS.Golongan Bodoh Semulajadi.

      Delete
  11. Dengan kenyataan Khairy Jamaluddin Ketua Pemdua UMNO Malaysia memisahkan diri dari tindakan Naib Ketua Pemudanya membuat laporan polis terhadap tiga orang tokoh profesional besar negara yang dianggap sebagai terinanya maka terdedahlah kepada umum sekarang bahawa Pemdua UMNO tidak berada dalam perpecahan dan kelemahan yang membimbangkan dalam menghadapi pilihanraya akan datang.
    Boleh UMNO mengharapkan sumbangan dan sokongan besar dari Pemuda UMNO?

    ReplyDelete
  12. Tun Mahathir sekarang ini sedang menuai hasil dari dasar dan polisi 22 tahunnya. Beliau yang membentuk ahli2 Umno selama 22 tahun, mencorakkan pemikiran mereka dan menjadikan mereka berfikiran begini pada hari ini. Pimpinan2 Umno pada hari ini mewarisi sikap Tun M sebagaimana apa yang Tun M lakukan terhadap Tunku. Maka, terima sajalah hasil tuaian ini wahai Tun M.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun dah pencen lebih 10 tahun...kau baru bangun lena

      Delete
    2. 13:18...Ulasan seorang yang munafik.Anti kebenaran.

      Delete
    3. Ulasan seorg yg pendek akal dan tidak berilmu.
      Tidak faham apa yg sebenarnya cuba dilakukan oleh Tun dan APA yg sedang Najib lakukan. ...memang betul kata sdra diatas ..'ulasan org yg anti-kebenaran'

      Delete
    4. Dulu dia buat Tunku sekarang penyakit berjangkit dekat dia balik.

      Delete
    5. 14:39....Apa yang Mahathir buat pada Tunku yang kau faham sangat?Munafik!

      Delete
    6. Gila talak dan mabuk fulus.

      Delete
  13. Bangunlah wahai bangsaku. Jangan kita bermimpi masih hidup di bawah lembayung PM Mahathir. Zaman Mahathir dah berlalu. Kita dikaburi oleh media selama 22 tahun mengenai kebaikan Mahathir. Biarkanlah PM seterusnya meneruskan dasar masing2. Mahathir kelihatan sangat tamak dan fanatik terhadap cara pentadbirannya. Bukankah kerugian Proton, Perwaja, Skandal Forex 30 billion semuanya disebabkan dasar Mahathir? Tiada banyak yang istimewa dirasakan oleh rakyat marhaen selama 22 tahun Mahathir memerintah. Kekayaan, keistimewaan dan kemewahan hanya kelihatan pada kroni2 beliau sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak suruh bangsa awak bangun...tapi awak cakap macam orang mengigau..
      Awak kata kita dikaburi oleh media selama 22 tahun mengenai kebaikan Mahathir, tapi nampaknya awak yang masih kabur...tak nampak kebaikan pemerintahan Mahathir dan terus kabur tak nampak kedurjanaan dan pengkhianatan Najib kpd rakyat dan negara...
      nenek harap janganlah sampai awak jadi buta mata dan hati.. kertas tidak boleh membungkus api...bak kata putera mardeka..insaflah!!

      Delete
  14. Budak hingusan konon2 nak jadi macai. Last2 jadi kucing kurap

    ReplyDelete
  15. Kita mesti menerima hakikat bahawa tuduhan terhadap Najib hanya bertaraf hearsay. Undang2 menyebut selagi seseorang tidak diputuskan bersalah oleh mahkamah, maka dia tetap tidak bersalah. Kebanyakan komen2 di alam siber semua mahu menjadi hakim dan mahkamah memutuskan orang itu bersalah, orang ini bersalah. Maka ia telah jatuh ke taraf fitnah iaitu menuduh orang lain tanpa menyertakan bukti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau yang bangang!Bugisman lumpuhkan Kedaulatan Undang-Undang.Bukti yang kau nak tengok itu wujud,....tetapi dibakul sampahkan.Faham?

      Delete
  16. Susah juga. Kalau setakat kata bukti tu ada tapi dibakul sampahkan, semua orang boleh mendakwa sedemikian atas apa saja tuduhan yang mereka nak lakukan. Saya pun boleh tuduh anon 16.32 rasuah, korupsi, salahguna kuasa. Bila org tanya saya mana bukti? Saya akan jawab, "bukti tu ada tapi dibakulsampahkan."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau bangang ,...tak faham konteks.AG ditukar itu apa maksudnya?Pegawai penyiasat ditukar,dan ramai lagi yang terima nasib yang serupa.Semua demi melindungi rompakan terbesar ini.Ini yang dimaksudkan dengan 'dibakul sampahkan'.Kau melayu bangsat!!!

      Delete