Friday, 29 July 2016

RAKYAT TAHU PEMIMPIN POLITIK YANG TAK TAKUT BALASAN AKHIRAT

SYABAS DATUK SERI MOHD SHUKRI!
Ternyatalah kita masih  mempunyai pegawai-pegawai kerajaan yang berani,ikhlas,percaya kepada Allah dan sanggup untuk bersama rakyat bagi memperjuangkan kebenaran dan menegakan sebuah negara yang tidak hanya berasaskan kepada metrialisme. 
Syabas Datuk Seri Mohd Shukri Abdull!!!!- PATRIOT

SPRM BUKAN TEMPAT PEGAWAI  PENGECUT( LIHAT TVKINI)

 Apabila  hari ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengingatkan semua orang termasuk ahli politik,hakim dan pegawai-pegawainya akan dipertanggungjawab di akhirat maka terbayang kembali sejarah buruk yang berlaku terhadap SPRM tidak lama dahulu.

Dan orang ramai dapat membayangkan siapakah pemimpin politik yang telah menjatuhkan moral dan keyakinan ramai kepada SPRM kerana kerajaan sendiri yang secara langsung turut bertanggungjawab demi untuk menyelamatkan orang politik.

Berita di bawah ini dipetik dari laporan Malaysiakini:
Hari ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sekali lagi memberi pesanan dengan mengingatkan orang ramai kepada tuhan.
Berucap di majlis perpisahan di Putrajaya beliau berkata semua orang termasuk ahli politik, hakim dan pegawai-pegawainya akan dipertanggungjawabkan di akhirat.
Kata Mohd Shukri mereka perlu sentiasa jujur dalam tugasan masing-masing kerana pada akhirnya akan ada balasan menanti di akhirat.
“Nasihat saya kepada para hakim, jatuhkanlah hukuman seadil-adilnya kerana semua pihak - sesiapapun terlibat - satu hari nanti kita akan bertemu hakim yang Maha Adil yang akan menjatuhkan hukuman pada kita.
“Pada waktu itu, semua orang - termasuk saya - akan jadi saksi terhadap diri kita sendiri, (juga) menjadi peguam bela ke atas diri kita.
"Sesungguhnya hukuman itu akan menjadi hukuman yang paling adil berdasarkan apa yang kita lakukan di muka bumi," katanya.
Sebagai agensi antirasuah SPRM sentiasa menjadi perhatian ramai. Namun pada tahun lalu tumpuan itu semakin meningkat ekoran pembabitan mereka menyiasat isu berkaitan syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB.
Siasatan itu menyaksikan berlaku ketegangan antara SPRM dengan polis termasuk serbuah ke atas Bahagian Operasi Khas SPRM.
Dipindah ke JPM
Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan dakwaan pembocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin turut dipindahkan dari agensi berkenaan ke Jabatan Perdana Menteri secara mengejut.
Bagaimanapun selepas mendapat kritikan ramai perpindahan itu kemudian dibatalkan. Bahri kemudian kembali ke bahagian berkenaan.
Solat hajat dilakukan SPRM antara lain untukmemohon kepada Allahsupaya mereka diberi kekuatan untuk "melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin".
Hari ini selain Mohd Shukri, ketua suruhanjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Mustafar Ali turut diraikan kakitangan agensi berkenaan.
Abu Kassim akan menamatkan perkhidmatannya mulai 1 Ogos manakala Mustafar dipindahkan menjadi ketua pengarah Jabatan Imigresen Malaysia mulai tarikh sama.
Mohd Shukri kemudian melanjutkan pesanannya: "Kepada orang-orang politik, menteri-menteri wakil-wakil rakyat dan sesiapa sahaja yang dalam politik, ingatlah tuan-tuan di atas sana kerana rakyat.
“Utamakan rakyat, berkhidmatlah dengan seikhlas hati dan penuh berintegriti (kerana) ingatlah satu hari nanti rakyat akan menjadi saksi apabila bertemu Pencipta kita," katanya.
Ketika itu kata Mohd Shukri tiada apa pun yang akan membantu mengubah ketetapan dibuat-Nya, termasuk jawatan atau sebarang bentuk konspirasi.
Suara Mohd Shukri kedengaran sebak ketika mengucapkan ayat berkenaan.
Orang ramai di dewan itu menjadi semakin beremosi apabila Mohd Shukri mula memberi nasihat kepada pegawainya dengan berkata mereka harus jujur menjalankan tanggungjawab dan tidak gentar melawan rasuah.
“Kepada anak buahku, buatlah kerja dengan betul tanpa rasa takut dan gentar kerana di SPRM bukanlah tempat untuk pegawai-pegawai yang kecut, penakut dan gentar.
“Peliharalah kebebasan SPRM (untuk) mencegah rasuah. (Ia) bukan kerja yang mudah (kerana) banyak cabaran dan dugaan (didepani tetapi) hadapilah rintangan ini dengan penuh cekal dan tabah,” katanya.
Bunyi esakan daripada kakitangan SPRM dapat didengar pada ketika itu.-MALAYSIAKINI

14 comments:

  1. When politicians and officials give speech crying...don't fully believe them!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah tersepit baru ingat tuhan.

      Delete
    2. Wan zamzuri....kamu hidup mewah....kamu tau erti susah ker????

      Delete
  2. SEMUGA KITA MEMPUNYAI LEBIH BANYAK PEGAWAI TINGGI KERAJAAN SEPERTI MOHD SHUKRI YANG TIDAK MENJADIKAN PEMIMPIN POLITIK YANG RASUAH YANG TIDAK SENSITIF DAN TIDAK PRIHTATIN KEPADA PERASAAN RAKYAT SEBAGAI CONTOH. BANGUNLAH SELURUH PEGAWAI KERAJAAN

    ReplyDelete
  3. Tetapi kita masih kekurangan atau mungkin tiada mereka yang betul-betul berani dan yakin pada kuasa Allah dengan berterus terang demi keadilan. Berbunga-bunga dalam berbahasa tidak cukup untuk keadaan DARURAT sekarang.

    Kita doalah moga bekas-bekas Jeneral SPRM, Bank Negara, AGC, Special Branch ini semuanya buat tindakan berani dengan terus terang tampil menyatakan mana yang haq mana yang batil. Janganlah sekadar bermain bahasa berbunga-bunga atau bersembunyi main selamat. Jihadlah anda walau ketenangan persaraan terganggu kerana manisnya InsyaAllah dijamin Yang Maha Kuasa. Yang berkuasa tidak mampu tewaskan Kun Fa Yakun Yang Maha Kuasa.

    ReplyDelete
  4. Iyo lah ....
    Nanggih tu dah adat ... sodih ninggalkan tompek kito bergelumang .

    Kenangan yang di tinggalkan olih TS Abu Kasim dan DS Mohd Shukri iolah di outsource siasatan pado oghang2 umah .
    Oghang umah tu lak jadi hakim .
    Kes Queen Control lah ni dalam SPRM .

    TS Abu Kasim lak lopeh tangan jo ...
    Naik miang lah buah ehhh ...
    Bergambar samo Uktrakiasu Dap dan PKR untuk nunjuk independent lah tu ...
    Kan 3B namo tu ...

    So , didoakan semogo KP baghu akan lobih bijak dan saksamo lah .. amin.

    Waghih



    ReplyDelete
    Replies
    1. Another Waghih30 July 2016 at 20:02


      Waghih,

      Ekau kalau tak momalukan oghang kampung buleh tak.

      Asa bukak mulut jo ayat bangang yang kelua.

      Kok yo na pon ekau tu bungko, sughuk-sughuk la sikit.

      Cakap moghaban jo yang ekau tau. Buat malu company jo.

      Kughangkan montadaghah bondo haram Waghih.


      Another Waghih.


      Delete
    2. Queen control....woghih elok ckp kt piem....hehehe

      Delete
    3. Oghang rumah nombor duo tigo. Nafsu buayo.

      Delete
  5. Hadis Ibnu Umar r.a. Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w berkata: baginda telah bersabda: kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.

    I salute you....Tuan Syukri..Semoga Allah bersama orang yang menjalankan kerjanya kerana Allah. Amiiin,

    ReplyDelete
  6. panglimo potaseh30 July 2016 at 12:01

    Itu lah dia sindrom polis pencen. Polis pencen ini TAHU semua benda yang berlaku ditempat atau kawasan dia berkhidmat dulu. Walhal masa masih dalam perkhidmatam hampir semua benda dia tak tahu.

    Orang kita semuanya tahu pasal ugama .. lebih lagi sekarang ini, ustaz bersepah-sepah berebut ngajar ugama. Malahan siang malam ustaz ini terpacul diruang TV ngajar ugama dengan berbagai penampilan dan aksi. Seperti India aktiviti keagamaan merupakan komoditi dagangan yg telah menghasilkan lebih rm100 billion setahun. Maka kita pun seakan menuju kearah itu. Ugama dinegara ini telah dijadikan bahan politik, bahan untuk kelihatan baik dan bersih, bahan berlindung daripada kritikan. Adunan inilah ugama dipakejkan dan didagangkan, ada juga yang kata dilacurkan.

    Hasil ajaran ugama yang kita terima hari ini, membuatkan kita lebih faham tentang keagamaan dan tuntutannya, terutama Penjawat Awam. Kita tahu kerajaan dah banyak berhabis membentuk mereka jadi lebih berugama melalui kursus motivasi. Hasilnya kita boleh lihat sendiri .. ramai orang kita jadi jutawan jual tudung, serban, makanan sunah, air jampi, ayam terapi, selipar nabi dan pakej umrah untuk jadikan kita betul-betul bersih dari dosa.

    Tapi malangnya, walaupun kita semakin beragama .. moral kita tampak semakin meruncing. Perlakuan rasuah dan tidak beretika, boleh kita amati sendiri, tidak perlu minta SPRM atau MAMPU siasat. SPRM tak boleh buat apa, kita tak punya undang-undang rasuah seperti terdapat di negara kapir Singapura, Hong Kong, Korea atau Jepun. Begitu juga dengan etika kerja .. cuba kita jengok kedai minum disekitaran SOGO .. sejak Jabatan Kerajaan berbaju seragam, tanpa segan silu dari 8 pagi hingga 5 ptg kita boleh lihat mereka minum.

    Itulah dia hasil kita beragama ikut acuan ustaz sekarang .. ada ugama tapi moral TARAK. Kita tahu perlakuan kita akan disoal dan ditimbang di akhirat nanti. Tapi kita juga diperkenalkan dengan mesin pembasuh dosa .. janji ada duit .. bak kata Sami Vellu semua perkara boleh selesai.

    Kita tidak diajar bertapa perlakuan rasuah dan tidak amanah ini, impaknya sangat besar .. impaknya membunuh sekitaran sosial, ekonomi dan fizikal generasi sekarang dan generasi anak-cucu kita secara horizontal dan vertikal. Kita hanya bercerita dan diajar cara menangani soalan diakhirat nanti. Kita tidak diajar untuk membentuk generasi akan datang supaya anak cucu kita ini dapat hidup senang dan cukup secara bersama .. ingat kemiskinan itu tidak ada dalam islam.

    ReplyDelete
  7. Agak2 Tundun M takut ke balasan akhirat. Di umur yang lebih dari senja masih lagi nak berebut kuasa dunia, walaupun bukan untuk diri sendiri. TSZ terpaksalah sokong. Dek terhutang budi terpaksa tergadai bodi dan prinsip diri. Dulu kemain lagi TSZ ludah ke muka DAP tapi kenalah jilat balik sebab boss yang TSZ terhutang budi tu pun dah jilat balik ludah dia. Hutang budi dengan manusia ingat, tapi akhirat? . Dunia ni sementara saja. Peringatan untuk diri sendiri selain untuk Tundun M.

    ReplyDelete
  8. Adakah semua orang yang menyokong Mahathir kerana terhutang hal peribadi dengan Mahathir. Adakah kerana menyokong Mahathir berarti meyokong DAP. Sokongan ini lebih didorongkan oleh kebencian kepada pembohongan yang keterlaluan dan kelemahan pimpinan Najib dn kesukaan isteri nya mengumpul harta dan keruntuhan integriti keluarga mereka tetapi mahu terus berada diatas takhta.

    ReplyDelete
  9. Sesudah jenazah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

    ReplyDelete