Friday, 22 July 2016

NOR YAKCOP DAN PROFESIONAL NEGARA KENANG SAAT TERPENTING DENGAN MAHATHIR


REFLECTIONS MEMORIES OF A MOMENTOUS OCCASION 

Sebelum dilantik menjadi Penasihat Khas Ekonomi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang ketika itu tidak mempunyai sebarang perkerjaan tetap setelah berundur dari Bank Negara, datang dengan mengejut menemui saya di Pejabat UP&D (Utusan Melayu Publicaton and Distirbutors)  yang ketika itu saya sebagai pengerusi eksekutifnya.

Beliau mengajak saya untuk menemaninya  pergi berjumpa  Perdana Menteri Malaysia  Tun Dr. Mahathir yang mahu menemuinya di Buenos Aires,Argentina pada 2 Oktober tahun 1997 bagi membantunya mengatasi krisis ekonomi negara yang semakin meruncing .

Mengenai hal ini,Nor  mencatitkan dalam buku "Notes to The Prime Minister": Apart from my family, only two close friends knew of my intended visit to Argentina. The first was Tan Sri Zainuddin Maidin, who declined my invitation to join me on the trip. Instead he gave me a long letter to hand over to Tun Dr. Mahathir.   

Dari geraknya,saya tahu bahawa beliau takut atau segan untuk menemui Mahathir berseorangan. Mungkin beliau juga salah seorang yang menganggap saya rapat dengan Mahathir sedangkan pada hakikatnya tidak. Saya menolak ajakan ini  kerana saya tidak mempunyai wang dan keduanya kerana penerbangan yang terlalu panjang.
Bersama dengan Tan Sri Nor Yaakob
 di majlis hari raya Aidilfitri
di Mercu UEM baru-baru ini

Nor juga  telah menceritakan hal ini  ketika berucap dalam  suatu majlis ucapan  di Oxford Universiti yang turut di hadiri oleh saya.

Hubungan saya dengan Nor Mohamed bermula apabila UP&D menerbitkan bukunya Perbankan Islam dan bila saya tahu beliau sedang menganggur saya berjanji untuk membawanya masuk ke Utusan Melayu sebagai Pengarah Urusan.

Tetapi Takdir Allah telah menyinarkan cahayanya lebih gemilang apabila Mahathir melihatnya berjalan kaki seorang diri   di sebatang jalan di Kuala Lumpur setelah tersingkir dari Bank Negara (akan saya ceritakan kelak). 

Akhirnya beliau tidak sahaja  menjadi Penasihat Khas Ekonomi kepada Perdana Menteri tetapi  menjadi Menteri Kewangan  Kedua.

Keupayaannya dalam membantu penyusunan semula ekonomi negara dalam keadaan runcing dan amat tercabar telah memberi keyakinan yang besar kepada Mahathir untuk memberikan tugas yang besar itu. “ I was honoured to have had Dr.Mahathir’s trust in undertaking this new challenge”.

Mahathir terkejut  dan memanggilnya apabila beliau membawa beberapa orang professional muda untuk membantunya dalam saat yang genting itu. 
Lima belas tahun kemudian Dalam buku kompilasi Nor Yaakob “ REFLECTION Memories of A Momentous Occasion”,semua professional penting yang sekarang menjadi pemain utama dalam dunia korporat Malaysia telah mencatitkan pengalaman berharga bekerja dengan Tun Dr.Mahathir yang nasihatnya adalah abadi sebagai prinsip utama dan perangsang dalam dunia professional mereka hingga ke hari ini.

Buku yang di Komplikasikan oleh Nor dalam kapasitinya  sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterbitkan dalam tahun 2014 baru sahaja saya berkesempatan membacanya .
Ia memberikan kesedaran kepada saya bahawa “Orang  profesional mengenang budi seseorang dengan penilaian sejati dan orang politik mengenang budi kerana kepentingan diri”.

Buku ini mengandungi catitan  ringkas setiap individu yang terlibat membantu  Nor bagi transformasi dan  penyusunan semula  dunia korporat GLC (MRCB,TV3 NSTP ) yang masih dalam keadaan tidak menentu dalam tahun 2000 walaupun  negara telah berjaya keluar dari Krisis Kewangan Asia menerusi kawalan modal terpilih  dan pembentukan Danaharta dan Danamodal.

Dr.Mahathir terkejut dengan tindakan Nor Yakcop mengambil professional muda  untuk  membantunya.

Mahathir memanggilnya dan bertanya dengan keras” Bagaimana  awak boleh melakukan begini?" dan Nor yang kebingungan  bertanya “Apakah yang saya lakukan?” dan Mahathr menjawab “Awak telah melantik orang-orang  yang sangat muda untuk menjalankan GLC” dan Nor menjawab "Dato'  mengarahkan untuk melantik mereka yang cekap, berkerja keras, takut kepada Tuhan dan merendah diri dan Dato'  tidak menyebutkan langsung mengenai umur.” Mahathir diam.

Mereka itu terdiri dari Datok Abdul Rahman Ahmad, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Dato’ Seri Abdul Wahid Omar, Johan Mahmood Merican, Tan Sri Datok Seri Mohd Bakke Salleh, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, Tan Sri Dato’ Seri Zainol Anwar Jamalullail, Datuk Syed Tamim Ansari Syed Mohamed.
Nor Yackop mengenang bila  semua berhimpun di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri pada 18 Oktober 2001 jam 11 pagi,setiap wajah jelas ketakutan untuk menghadapi Perdana Menteri (Dr.Mahathir Mohamed). Semuanya duduk di atas sofa biru untuk menunggu pertemuan pada jam 11.30 pagi. Nor mengabadikan  saat mendebarkan ini dengan  bergambar untuk kenangan.

Hingga sekarang gambar yang diambil 15 tahun lalu masih tergantung di pejabat Nor dan mereka ini sekarang adalah pemain utama dalam dunia  koporat Malaysia .
Nor mencatitkan “Tiap kali saya melihat gambar ini, ia mengingatkan saya pada suatu hari  penentuan nasib bila sekumpulan anak muda menemui perdana menteri.

"Bagi kami semua yang didalam gambar ini, nasihat Dr.Mahathir akan abadi sebagai  prinsip utama  dalam hidup kami. Semua anak-anak muda ini telah dikayakan oleh kata-kata dan nasihatnya  yang memberangsangkan  pada 18 Oktober 2001" ujar Nor.




48 comments:

  1. Alah tan sri ... Dont try make angels out of penyamun. He cost the nation RM30 billion and still counting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak pasti samaada cerita RM 30 billion itu benar atau sekadarkan untuk menutop wang masuk poket RM2.6 bilion yang didakwa sebagai derma halal.
      Yang jelas Mahathir tidak membawa negara ini ke dalam longkang sepeti apa yang berlaku dalam masa pemerentahan Datuk Seri Najib;maruah negara jatuh,rakyat hilang kehormatan diri,ringgit Malaysia yang diselamatkan oleh Tun Mahathir jatuh sehingga Thailand yang dulu berebut mahukan wang Malaysia tetapi sekarang menolaknya.
      Hanya orang yang tidak mempunyai kehormatan diri yang masih merasa bermaruah ketika integriti Malaysia jatuh dansedangkan anak tiri Najib disebut dalam pembekuan aset oleh AS dan Spore dan diketahui sebagai kawan seorang China kaki arak dan kakiperempuan. Adakah ada cerita yang sah bagini di zaman Mahathir?
      Disebalik RM30 billion yang didakwa oleh Tuan,Malaysia di bawah Mahathir menjadi negara kecil yang terhormat tidak sahaja di kalangan negara Islam tetapi juga kafir.
      Mungkin tuan hidup bergelomiang dengan Najis maka tuan tidak lagi dapat menciumi bahu busuknya.
      Bacalah posting terbaru zam tentang gulongan profesional yang berkerja dengan penuh dedikasi untuk Mahathir bagi pemulihan ekonomi negara dan tidak seperti tuan lemas dalam dedak.

      Delete
    2. 18:59

      Cool as a cucumber but hot as hell you land some mild expletives towards bonehead 17:25.

      Still I think this type 17:25 were born silent autistic, complex brain disorder, hence he/she probably just won't be able to wrap his/her brain around what you just wrote.

      Good job bro, salute you.

      MLN

      Delete
    3. Kalau betul rm30 juta; tunjukkanlah bukti.

      Betul, Mahathir bukan 'angel' tetapi adalah salah & serong mengatakan Negarawan Berjasa 'penyamun'.

      Buat perbandingan dengan hati terbuka; tentu kita dapat menilai dengan baik.

      Delete
    4. walallahu'alam..begitulah sejarah..tepi kemanakah mereka ini sekarang, ketika rakyat negara ini sedang bergelut dengan keperitan ekonomi yang teruk ditambah dengan beban cukai, harga yg melambung kepercayaan rakyat terhadap kerajaan semakin menurun ditambah bala 1MDB, mana perginya bijak2 pandai yang kononya..' Mahathir memanggilnya dan bertanya dengan keras” Bagaimana awak boleh melakukan begini?" dan Nor yang kebingungan bertanya “Apakah yang saya lakukan?” dan Mahathr menjawab “Awak telah melantik orang-orang yang sangat muda untuk menjalankan GLC” dan Nor menjawab” Dato' mengarahkan untuk melantik mereka yang cekap, berkerja keras, takut kepada Tuhan dan merendah diri dan Dato' tidak menyebutkan langsung mengenai umur.” Mahathir diam...." konon takut pada tuhan...jgn hipokrit..tengok apa sudah jadi pada negara...DEMI ALLAH AKAN KU TUTUT DI AKHAIRAT NANTI..

      Delete
    5. Macam ini tun m tuduh orang curi duit.
      Ketika era tun m sendiri duit Rakyat hilang 150billon sebab kecuaian dia, ada ke orang tuduh dia curi duit.
      Sehingga Sekarang tun m sendiri gagal membuktikan si tuduh ITU pencuri.
      Bila orang tuduh dia marah.
      Tun m dah kena balasan tuhan sebab perbuatan dia suka tuduh orang sana sini.
      Kalau tak ADA daim kenalkan nor yakcop dah lama tun m masuk dalam bamboo river bersama2 anwar ITU ingat soharto berjasa bebaskan Indonesia Dari komunis dia juga di masukan ke penjara.

      Sekarang pelakon Hollywood doj jabatan amerika pun suka tuduh orang sana sini. Bila wartawan Tanya ADA bukti ke? Sedang dalam siasatan .kan mamalukan jabatan siasatan amerika .doj ITU.

      Stadard amerika punya doj tak ADA class, hanya standard sampah

      Macam ini zaman tun m dengan zaman najib berbeza
      Kalau dulu ADA media sosial dah lama dah tun m
      Di malukan ,dulu pun WSJ siap buat buku salah laku tun m itu siap dia tak bagi masuk buku di erdarkan dimalaysia. ITU Cara amerika nak jatuh memimpin pertukaran rijem

      Apa Rakyat nak kestarbilan politik tak ada gaduh sana sini. Tun m seperti mahu kestabilan politik digugat, korang ikut nyanyok itu. Kita orang dah tak layan si nyanyok ITU.

      Aku sendiri tak yakin mukhriz itu mampu jadi PM dengan baik sebab dia tak ketahanan di fitnah Dan hina.

      Ingat pemimpin zaman Sekarang yg tak tahan kena fitnah Dan hina tak layak jadi pm.
      Sorang pemimpin kena atasi fitnah dia sendiri dengan kebijaksanan untuk atasi lawan dia

      Mungkin aku cakap ini bukan mengangkat anwar 'tapi anwar Dan najib lebih baik dari mukhriz jika dia mengahadapi krisis morel dan fitnah dari mukhriz. Mukhriz tak ada kebolehan tahan fitnah Dan tak ada kebolehan atasi fitnah. ITU kelemahan mukhriz ITU.

      Delete

    6. 17.25,

      You are nothing but another one of Najib's thoughtless minions and probably a fulltime dedakman.

      It is a standard operating procedure of a dedakman, making wild, ridiculous allegations befitting a brainless operative, who will never be able to substantiate his accusations.

      Wake up. The rest of humanity is more intelligent than you are.

      Delete
    7. 'Ketika era tun m sendiri duit Rakyat hilang 150billon sebab kecuaian dia, ada ke orang tuduh dia curi duit..'

      Itu bukan hilang la ngok. Itu bad investment. Money lost from bad investment lain dengan money lost kerana duit dialihkan ke tempat lain. Zaman Mahathir kita rugi berpuluh-puluh bilion kerana Mahathir ambil risiko untuk menambahkan pendapatan kerajaan. Kesemua pelaburan-pelaburan yang beliau venture itu seperti Perwaja Steel, Forex trading, PKFZ, Petronas oil exploration overseas bertujuan bagi membolehkan Malaysia menjadi rich country. Tak semua investment tersebut gagal. Ada yang menjadi seperti Petronas overseas ventures & explorations.
      Pada zaman minyak tengah mahal pada tahun era 90-an, Petronas mampu mencatatkan keuntungan sehingga ratusan bilion ringgit setahun dan mampu menyumbang kepada kerajaan dalam bentuk cukai sebanyak 50-60 bilion setahun. Dengan pendapatan yang melimpah-ruah itulah Mahathir gunakan untuk bangunkan infrastruktur-infrastruktur dan projek-projek mega dalam negara seperti Putrajaya,Cyberjaya, KLIA, LRT, Monorel, ERL, KLCC, Litar Sepang, lebuh raya Plus, Inter-city highways, Bakun dam dan projek-projek lain. Mahathir tak pernah simpan duit berbilion-bilion tu di off shore companies untuk dijoli anak-beranak. Kalau ada, mesti ianya telah dibocorkan oleh wikileaks seperti yang berlaku oleh pemimpin-pemimpin lain. Money lost from bad investment ada financial statements dia yang boleh diaudit dan disiasat oleh firma-firma bertauliah. Duit yang sepatutnya digunakan untuk tujuan pelaburan tapi tak dilaburkan tapi sebaliknya dialihkan di tempat-tempat lain itu bukan pelaburan namanya. Itu MENYAMUN.

      Delete
    8. 'Sehingga Sekarang tun m sendiri gagal membuktikan si tuduh ITU pencuri..'

      Tak ada bukti? Siasatan MACC, Bank Negara telah diserahkan kepada AG untuk pendakwaan. Sebelum tu pendedahan demi demi pendedahan dari WSJ dan Sarawak Report dan baru-baru ni 136 muka surat oleh DOJ Amerika. Itu bukan dipanggil bukti ke? ke khabar angin?

      Delete
    9. 'Sekarang pelakon Hollywood doj jabatan amerika pun suka tuduh orang sana sini. Bila wartawan Tanya ADA bukti ke? Sedang dalam siasatan .kan mamalukan jabatan siasatan amerika .doj ITU..'

      Siasat apa ke bendanya. Depa dah habis siasat. Dah setahun Jabatan kehakiman Amerika siasat. Dah siap bentang hari rabu hari tu untuk tatapan satu dunia. Siasatan DOJ bawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative atau secara ringkasnya disebut KARI. Laporan siasatan setebal 136 muka surat. Tersangatlah detail. Siap ada audit forensik lagi. Siap dengan money trails, money transactions, bank account statements, wire transactions? Semua ada. Itu semua bukan bukti ke?
      Kalau ilmu tak cukup jangan memandai nak komen pasal sistem kehakiman negara maju macam Amerika Syarikat. Nanti nampak kebodohan diri tu..

      Delete
    10. 'Stadard amerika punya doj tak ADA class, hanya standard sampah..'

      Kalau 'sampah' cuba kau sangkal bukti-bukti yang dibentangkan oleh DOJ baru-baru ni yang setebal 136 muka surat tu. Cuba kau refute satu persatu. Kau sebut page berapa dan para berapa. Aku nak tengok hujah-hujah engkau. Sila sertakan bukti sekali. Ada berani?

      Delete
    11. 01.05 ni selalu mengarut kat sini....bahas tahap darjah 6....tak yah layan, waste time

      Delete
    12. Sekadar perbandingan....01.05 dan 16.57.
      Seekor bodoh,seorang bijak. Jadi saya guna pakai pendapat 16.57. Ikut rasa saya belasah je dia ni...tapi bila 16.57 kata bahas takat upsr,saya batalkan niat saya. Hanya si bijak kenal si bodoh.
      Betul2 buang masa je nnt....
      Buat mum of 7@22.30..bijak pandai tu semua dah di benamkan oleh pemimpin selepas beliau. Apakah tekanan hidup anda pun salah Tun jugak ke? Cuba bijak sikit mum of 7 !

      Delete
    13. Aku nak tengok sangat bukti itu pertama shell company tak ada di masuk akan dalam loporan PAC itu' di sebut oleh doj, setebal 150muka Surat pasti sebut Wang transfer Dan bukti. Dalam bukti yg bagi SR Dan wsj tak ada berani menyebut shell company kenapa nampak sangat dia Cuba main politik.

      Dah cai
      Ketika ditanya oleh wartawan duit hilang 3billon kemudian kamu cakap hilang 1billon kamu ADA buktinya, siap pegawai NSA di doj cakap kami baru nak siasatan nya,.
      Aku Tanya ini doj ADA class ke? Selepas tuduh orang sana ini Selepas itu cakap hilang 1billon boleh pulak cakap pegawai doj di NSA kami baru nak siasatan kan malu. anda boleh tengok sidang Akbar doj ITU YouTube, cari benda itu ADA berani

      Delete
    14. Kalau betul pun kita kerugian banyak duit kerana kecuaian Tun Mahathir, ianya tak sama dengan Najib yang curi wang negara.

      Kecuaian tak boleh didakwa atas tuduhan jenayah berbanding dengan mencuri.

      Delete
    15. 11.41 cakap melayu pon tunggang langgang, ada hasrat nak citer pasal dokumen DoJ...dia orang cakap omputih di amerika, bukan cakap bangla

      Delete
  2. Assalammualaikum Tan Sri,

    Di kala keadaan Negara yang dimalukan oleh tindakan Najib, berita berita macam nilah yang dapat mengembalikan jati diri and semangat juang kita. Ayoh Tan Sri perbanyakan cerita macam ini.

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Apakah NASIHAT itu, Tan Sri............?????

    ReplyDelete
  4. Alangkah baiknya jika Tan Sri Nor Yakcop dapat terjemahkan buku ini ke dalam Bahasa Malaysia.Mereka berkerja dengan ikhlas dan dediksi kerana mereka percaya kepada keikhlasan Mahathir dan mereka dapat melihatk kejayaannya yang semakin meyakinkan mereka untuk terus berkerja.

    ReplyDelete
  5. Saya merasa amat terharu mendengar cerita Tan Sri tentang keikhlasan dan kebijaksanaan Tun Mahathir.Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui segala galanya.Semuga Tun akan berjaya didalam segala usaha ikhlasnya kini,InsyaALLAH.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Tan Sri Nor Yakcop and the team. Saya sekeluarga hargai usaha dan kesungguhan tuan-tuan sekelian.

    ReplyDelete
  7. Sememangnya Tun Mahathir adalah pemimpin berwawasan serta kuat bekerja.Saya sentiasa mendoakan semoga satu hari nanti pada masa hadapan,negara kita akan dianugerahkan seorang pemimpin yang mempunyai karisma serta ciri kepimpinan cemerlang seperti YB Tun Mahathir ,semoga segala jasa bakti yang dicurahkan kepada negara akan dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  8. Salaam TS Zam.
    Saya perhatikan komen2 tak berasas dari mereka yg otaknya masih diselaputi najis ini tersasar terlalu jauh.
    Baik Tun mau pun TS Nor Yaacob,saya bangga dapat bertemu mereka ini secara berdepan. Satu persamaan antara ialah mereka mmg berdisiplin tinggi. Khasnya Tun yg mmg diakui berpandangan jauh. Saya juga mempunyai sejarah tersendiri dgn TS Nor Yaacob. Beliau sentiasa ada sifat ingin menyumbang sesuatu kpd negara. Berbual dgn beliau pasti menghiburkan. Celotehnya masih saya rindui!
    Malangnya kini saya tak pasti adakah sejarah itu akan berulang atau lenyap di telan waktu. Segalanya kini telah berubah dgn pantas.
    Bijak pandai di zaman Tan Sri amat menghargai sesuatu yg diterima mahu pun yg diberi. Tapi masih ramai yg buta fakta itu.
    Seperti jugak TanSri,saya rasa masih ramai yg tak mengenali Tan Sri secara mendalam,maka sbb itu banyak pandangan2 negatif dilemparkan. Mana mungkin Tan Sri tidak bagus hingga mampu menjawat jawatan tinggi dlm bidang kewartawanan. Tahniah Tan Sri. Yg benar tetap kita benarkan.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. KARI makin pedas....#BeStrongJLho....the US prison is not that bad....better with some fellow malaysian roommates accompanying, not so lonely laaa kan....kih kih kih

    ReplyDelete
  10. Thank you DoJ, thank you FBI, thanks guys. You guys are the manifestation of the first world greatness. Sad to say that some of our own wont understand, or do not want to understand your contributions to our people, but thats ok. Nobody cares about frogs that isolate themselves under the coconut shell anyway.

    ReplyDelete
  11. Tidak dinafikan mahanthir ada kelemahannya tetapi sebagai orang no 1 cuba kita renung apa yang kita perolehi hasil wawasan jauh beliau..

    PLUS. KLIA, Putrajaya,LCC, Kl Tower.. ya masing2 ada kontreversi. At least ada benda.

    ReplyDelete
  12. Sebagai manusia semua orang ada kelemahan.Orang yang menyalahkan Mahathir tentang semua perkara adalah orang yang tanpa sedar menganggap Mahathir sebagai 'Tuhan' yang gagal.

    ReplyDelete
  13. Macam keLing mamaK jer korang berdua ni..cakap betuL2 jangan tipu jangan konar jsngan beLit2... hang pa keLing ker meLayu.?

    ReplyDelete
  14. - He began by saying that he started his career in Bank Negara 45 years ago on Sept 16, 1968 as a clerk and on his first day at work, he noticed that his chair had no armrest while that of a colleague, an officer, had one.

    The colleague told him: "You see, you are a clerk and your job is to write and write from morning till evening. You don't need to think, and therefore you don't need an armrest. Whereas I am an officer, and ever so often, I need to do some thinking by putting my arm on the armrest and my fingers on my forehead to think. Therefore, I need armrest. You don't."

    "That was when I decided that I wanted to be an officer, too," said Nor Mohamed, as the guests gave a thunderous applause.

    He was also questioned on his first working day by his boss whether he knew what the symbols in the Bank Negara crest stood for.

    Nor explained that the animal in the crest is a "kancil" (mouse deer), which is a clever animal in Malay folklore and there were also a sun and a crescent which he admitted that he did not know what they meant.

    "My boss explained that the sun and the crescent in the crest refer to the working hours in Bank Negara. The staff are expected to work the whole day (sun) and part of the night (crescent). I notice that my daughter-in-law, Iman, follows this rule religiously. She's hardly home before dinner time."

    - Azman Ujang, "Nor Yaakop - The Perfect Host", The Sun daily, 15 July 2013.

    ReplyDelete
  15. - As the laughter subsided, Nor Mohamed set a serious tone by relating a true story that happened one evening in September 1953 at a stall in a village named Ujong Batu in Penang's Bagan Dalam district. Ujong Batu was where in those days people would cross the river in a sampan to Prai, before boarding the train to Kuala Lumpur. And normally, they would stop at the coffee stall for a cuppa.

    That evening, there was excitement in the air when a well-dressed man in bush-jacket and songkok sat and chatted with the stall owner and three other guests.

    While sipping coffee, he cracked jokes to everyone's delight.

    The man also spoke about the political situation then and later, excused himself and boarded the sampan to continue his journey.

    "Who was this man? He was none other than Tunku Abdul Rahman. The Tunku at that time in 1953 was Umno president. He was appointed chief minister in 1955 and went on to become prime minister in August 1957.

    "And who was that coffee stall trader? He was Yakcop bin Mydin, my late father," said Nor Mohamed in a sombre tone.

    "Throughout my nine-year stint as minister from January 2004 to March 2013, I frequently went to Ujong Batu for official functions and every time, I'm reminded of the story.

    And every such time, the question that comes to mind is: "Did it ever cross my father's mind that his son, who was then six years old, would one day become a minister?"

    In those days, a father's realistic hope was for his children to at the most, make it as teacher, clerk or dresser (hospital assistant).

    He said when then prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi made him a minister, it was "something that I had never imagined could happen even in my wildest dream."

    - Azman Ujang, "Nor Yaakop - The Perfect Host", The Sun daily, 15 July 2013.

    ReplyDelete
  16. Tan Sri,....tolong habaq kat Tun supaya jangan turun ke perhimpunan aman yang bakal diadakan.Kali ni sangat bahaya untuk keselamatan Tun,walaupun mungkin akan nampak aman.Orang yang sedang rasa terancam akan buat apa sahaja.

    ReplyDelete
  17. Apa yang dibanggakan tentang sumbangan Mahathir selama 22 tahun tersebut hanyalah berbentuk pembangunan material semata2. (KLCC, KLIA dll). Adapun moral dan rohani rakyat Malaysia telah disuap dengan dedak oleh Mahathir selama 22 tahun sehingga mereka tunduk mengundi Ummo dan menaikkannya sebagai PM. Jika marahkan Najib menyuap dedak, maka ia adalah teladan dan tunjuk ajar yang ditinggalkan oleh Mahathir kepadanya selaku murid politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak wujud istilah murid dalam politik bro.Ada faham ka?Perangai bergantung kepada diri sendiri.Guru dari Klate yang nak pergi mengajar kerohanian di Johor patut berjalan kaki sahaja,....baru hebat rohaninya.Begitu juga yang nak ke Mekah,...jangan naik kapal terbang kerana KLIA itu material sifatnya.Kau jalan kaki atau berenang ke Mekah,...kerana basikal,motosikal,kereta,sampan,bot dan kapal semuanya material atau benda, yang boleh merosakkan rohani kamu.Kamu hantar komen ke blog ini melalui apa?Komputer kamu cap apa?Jaga jaga takut komputer atau phone kamu itu Yahudi yang buat.Kamu adalah penganut agama 'video itu besi'.Apa yang rohani kau boleh cipta adalah berbunuhan sesama sendiri.

      Delete
    2. Korang ini ITU pun tak tahu, tun m ada Lima murid
      1)Anwar
      2)Najib
      3)Azmin
      4)kahiruddin
      5)rafizi

      Empat murid dia semua belot pada tun m tak nak dengar cakap tun m itu, hanya khairuddin masih bersama2 tun m apa Malang nasib murid keempat tun m itu si khairuddin ITU.

      Mungkin khairuddin belot pada tun m ITU dah jadi ahli palimen he.he.he.

      Delete
  18. Tidakah tanpa KLCC,KLIA,Lebuh Raya,LRT dan sebagainya kita akan merasa terhina dari Singapura yang menjadi negara maju di muka pintu negara kita.
    Tidakkah tanpa pembinaan PUTRAJAYA lebih awal kita tidak mungkin akan membinanya sekarang kerana kejatuhan ekonomi ,keruntuhan ringgit dan sebagainya.
    Pembinaan ini semua tidak seharusnya dilihat sebagai hanya metrialisme tetapi memberiikan selfesteem dan maruah kepada bangsa dan negara agama kita dan menyebabkan kita dihormati sebagai sebuah negara Islam.
    Jangallah penilaian digunakan dengan menggunakan akal sejengkal.

    ReplyDelete
  19. ZAM tak usahlahlah dilayan orang buta hati,buta perut dan tidak terpelajar. Dia kata Mahathir metrial tetapi jika Melayu dan Islam jadi peminta sedekah dan tidak bemaruah dan terus hina di negara sendiri maka apakah bangsa kita akan dapat jadi teladan kepada anak bangsa dan pernah menggugat dunia malahditakuti oleh Singapura kerana menjadi saingannya.

    ReplyDelete
  20. PWTC yang besar panjang lebar bertingkat2 tu kalu buat kandang bela lembu pon ok jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lembu makan rumput dan menghasilkan susu.Itu kehebatan Allah.Tetapi cara kau berfikir,....jelas penganut agama isle 'video itu besi'.

      Delete
    2. 12.26...orang sarcastic laaa

      Delete
  21. Tak salah bina KLIA KLCC semua tu utk kemudahan. Tapi utk berbangga2 sbg tugu peringatan Mahathir dan sumbangan teragungnya ia tak sayugianya begitu kerana komen2 di atas seolah2 mengunggulkan Mahathir melalui bangunan batu dan besi semata2.Sedangkan dedak yang Mahathir tabur dan suapkan selama 22 tahun mewariskan tol PLUS dan projek2 yang mengkayakan Eric Chia, Ananda Krishnan dan lain2 lagi. Selamat membayar tol PLUS seumur ayat demi mengkayakan kroni Mahathir diucapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebuhraya PLUS kutip tol pasal tu projek mega yang menelan belanja yang besar. Walaupun dah siap, banyak duit kena keluar bagi tujuan maintanaince seperti jalan, slope, facilities, R&R dan kemudahan-kemudahan yang lain. Kerajaan melantik konsesi untuk menguruskan semua tu dan konsesi tersebut dibenarkan mengutip tol bagi tujuan tersebut. Ianya tidaklah membebankan. Charge masih lagi berpatutan. Bukan selalu pun rakyat guna PLUS.
      Rakyat pun sebenarnya ada pilihan nak guna ke tidak lebuhraya tu. Kalau rasa mahal tok sah la guna. Pakai jalan lama yang tak ada tol. Selagi boleh elak tak nak bayar tol elaklah.
      Berlainan dengan GST. GST memang tak boleh nak elak. Rakyat memang akan jumpa GST hari-hari. Pergi kedai, acu bukak beg duit GST menunggu untuk sakau duit. Yang ni memang tak boleh nak elak. Kot-kot mana pun kena bayar. Bukan saja yang kaya, yang miskin pun kena bayar. Yang mintak sedekah pun kena bayar. Hari-hari duk bayar GST, gaji tang tu juga.

      Delete
    2. Mahathir tak pernah tabur dedak. Yang tabur dedak PM lain. Mahathir seorang pemimpin yang tabur jasa dan bakti kepada rakyatnya. PM yang sama sekali tidak mengkhianati rakyatnya dengan memansuhkan semua subsidi-subsidi dan mengenakan cukai yang sangat membebankan.

      Delete
  22. Bahtera...yang dilebarkan layarnya....dilabuhkan sauhnya....tak pi mana....tapi nak tenggelam....lompat la woi

    ReplyDelete
  23. Zaman Mahathir duit kerajaan banyak salur ke kroninya saja. Takde pun hulur kat rakyat dalam bentuk BR1M ke, rumah 1Malaysia, Klinik 1Malaysia ke, Kedai 1Malaysia ke.. Bauncer buku kat student pun takdak. Gaji pun kecik. GBN Zeti Aziz pun akui pemberian BR1M lebih efektif dari beri subsidi petrol yang byk dilahap oleh org2 kaya serta penyeludup. Sekurang2nya ada usaha memodernkan sekolah pondok melalui Yayasan Pondok 1Malaysia. Berbanding Mahathir yang sangat anti pondok dan sgt sayang Anti Hadith @ Kassim Ahmad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau adalah bodoh semulajadi.

      Delete
  24. Susah hidup zaman Mahathir. Gaji tak naik2. Harga kereta mahal. Buat Proton tak berkualiti, terpaksa beli sbb kereta import cukai mahal. Semua tu polisi Mahathir. Zaman Mahathir tak pernah dengar tol mansuh. Rakyat hidup ikat perut sedangkan kroni Mahathir buncit kekenyangan. Mahathir PM yang paling teruk menekan rakyat dalam Sejarah Malaysia. Namun rakyat tetap undi BN kerana tak mahu DAP memerintah, bukan undi kerana sayang Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke zaman Mahathir hidup kau susah wahai pendusta?Kesusahan adalah atas pilihan sendiri.Sekarang kau senang lenang?Berapa buah BMW atau kereta berkualiti yang kau ada sekarang?

      Delete
  25. Yang kaya anak beranak menantu dan kroni, beribu ribu juta.

    ReplyDelete