Tuesday, 5 July 2016

MOHON MAAF DI AIDILFITRI ATAS KETERLANJURAN SAYA



Aidilfitri seperti kedatangannya setiap tahun membaharui kenangan indah pada masa lalu terutama pada kg halaman yang ditinggalkan kerana di sinilah kebanyakan kita berasal. Kita bukan dari keluarga elit atau feudal tetapi orang kampung yang berubah taraf kehidupan menerusi kemerdekaan.

Kita ingat  indahnya fajar subuh yang  mewarnai desa di pagi raya walaupun sinarnya dari  matahari yang sama setiap tahun tetapi peralihan dari Ramadhan ke Shawal, dari bulan penumpuan ibadat kepada kebebasan menyebabkan kita rasa kelainannya.

Demikianlah nilai kemerdekaan yang kita lalaikan atau kita salahgunakan setelah sekian lama berada di bawah tekanan penjajahan sehingga kita lupa dan tidak mengenal lagi antara hak kita, hak rakyat atau hak orang lain, kita tidak dapat membeza antara sumbangan dan pencurian. Kita mengamalkan fahaman Marxist" Mengambil hak orang adalah mengambil hak kita".

Adakah kita dapat melihat diri kita dalam keadaan ini. Adakah puasa turut memberikan kesedaran sosial dan politik. Jika puasa tidak mengajar kita maka kita kembali kepada kehidupan biasa, kembali tidak lagi berhati-hati dalam berkata atau membuat dosa.

Bagi pertama kalinya esok kita berhari raya dalam keadaan tidak pasti walaupun UMNO telah menang PRK baru-baru ini tetapi sinar pagi Aidilfitri tidak membawa bersamanya keyakinan diri  kepada masa depan, baik di kalangan pemerintah ataupun pembangkang.

Lakonan politik sudah tidak menarik lagi, ucapan berapi-api didengar sebagai pukulan tin kosong, senyum ketawa dianggap kepura-puraan dan kepalsuan.

Dalam suasana Aidilfitri inilah saya menyusun sepuluh jari memohon  berbanyak maaf  kerana tidak dapat  untuk bersama mempamerkan wajah  keyakinan diri sedangkan batin menjerit kebatilan.

Marilah kita  bermaafan dalam  perbezaan pandangan kerana inilah yang dianjurkan oleh Islam dalam persengketaan umatnya. Islam mengatur perbezaan ketara antara Ramadhan dan Shawal untuk kita menginsafi diri, untuk kita sedar samada wajar kita terus memimpin jika kita tidak lagi dikehendaki. 

Saya menyusun  jari sepuluh memohon maaf kepada sesiapa yan telah merasa tersinggung dengan tulisan, tutur kata saya, ramalan saya yang tidak tepat dan sebagainya.

Gambar :Saya dan isteri  duduk dari sebelah kanan  serta anak cucu di Aidilfitri tahun lalu.  

11 comments:

  1. Selamat Hari Raya TS Zam. Semoga bergembira di hari lebaran bersama keluarga yang tercinta.

    ReplyDelete
  2. TS Zam, Selamat Hari Raya Aidilfitri to you and family.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya TS.
    Semoga negara kita tidak berjangkit menjadi spt negara Pakistan, Iraq, Libya,Yemen dll.
    Simptom nya dah kelihatan. Harap ia tidak berlaku.
    Kita perlu pemimpin jujur dan berani. Bukan hanya pandai retorik dan mulut manis.

    ReplyDelete
  4. kEBIMBANGAN SAUDARA ADALAH SELARI DENGAN KEBIMBANGAN SAYA. SERANGAN PERTAMA DI PUCHONG MENUNJUKAN MEREKA TELAH BERJAYA MENEMBUSI KEKEBALAN KITA.
    MUNGKIN INI TAK AKAN BERLAKU DALAM MASA MAHATHIR KERANA BELIAU WALAUPUN ANTI MILITAN TETAPI TIDAK MENIMBULKAN KEMARAHAN MEREKA DENGAN KEBERANIAN MENGKRITIK US DAN TIDAK MENAMPAKAN SEBAGAI BARUA AMERIKA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seburuk mader, jibbi bukan tandingan. Ibarat bumi dan langit dr sudut kualiti pimpinan leadership. Lebih jibbi hanya cash is king. Tak der dunia nk respect.

      Delete
  5. Ts zam UMNO selepas 2003 dah jadi longkang berisi tahi.
    Sori ya ts yg benar selalunya pahit.

    ReplyDelete
  6. Salam aidifitri tan sri and family. Keep on writing....your kritikan is pedas, but rational, fair, and with reasons.

    ReplyDelete
  7. panglimo potaseh5 July 2016 at 21:15

    TS Zam.

    Kata TS .. kita lalaikan kemerdekaan sehingga lupa dimana hak kita dan hak rakyat, tidak dapat bezakan diantara sumbangan dan pencurian.

    Siakap Senohong
    Cencaru Makan Pagi
    Banyak Cakap Bohong
    Lama-Lama Jadi PENCURI.

    Apa pun saya ucapkan Salam Lebaran pada TS .. semoga sihat dan panjang umor. Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  8. Zam even everbody called you mamak but i think from your writing you really and truely a nasionalis Malay. Malay in heart with open minded. Not as katak dibawah tempurung or extremis stupid moron. Keep it up zam.

    ReplyDelete
  9. TERIMA KASIH KERANA MEMBERIKAN INJECTION SEMANGAT UNTUK TERUS BERJUANG ATAS KEPERCAYAAN DAN KEJUJURAN DEMI NEGARA DAN BANGSA DAN AGAMA YANG TERSAYANG.
    SAYA PERCAYA KITA BERKONGSI PERASAAN DAN NILAI YANG SAMA SEKALIPUN SAYA TIDAK TAHU SIAPA SAUDARA SEBENAR.

    ReplyDelete
  10. Salam Aidul fitri buat Ts dan keluarga. Semoga Ts mendapat keberkatan di hari yang mulia ini.Setiap perjuangan pasti melalui rintangan,tiada apa yang dapat kita sedarkan melainkan dengan kata-kata atau pun tulisan yang datangnya dari hati yang penuh jujur untuk kepentingan hak.Itu lah senjata yang tidak ternilai dan boleh membakar semangat juang .Teruskan menulis Ts.

    ReplyDelete