Wednesday, 13 July 2016

MANIFESTO PILIHAN RAYA TUN DR. MAHATHIR

Semasa menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu,saya telah terlibat dalam Jawatankuasa Perang Saraf Pilihanraya Umno dan Jawatankuasa Merangka Manifesto Pilihanraya BN bagi Pilihanraya Umum 1999.

Sesuatu yang tidak mungkin saya lupakan ialah apabila manifesto yang kami sediakan langsung tidak digunakan sebaliknya Manifesto 1999  merupakan Manifesto Dr. Mahathir .

Timbalan Presiden UMNO, Abdullah Badawi mempengerusikan Jawatankuasa Manifesto 1999 yang dianggotai oleh Setiausaha Agung UMNO, Mohamad Rahmat, Dr.Nordin Sopiee daripada Institut Kajian Strategik Antarabangsa(ISIS),  Abdul Kadir Jasin daripada NST dan saya sendiri.

Apabila dikemukakan drafnya kepada Presiden UMNO untuk pengesahannya beberapa hari sebelum pilihan raya, manifesto itu tidak dikembalikan kepada kami yang menunggu di luar biliknya lebih dari tiga jam.

Apabila dikembalikan, bukanlah manifesto kami tetapi manifesto tulisan tangan daripada Dr.Mahathir sendiri yang langsung tidak berasaskan kepada draf kami yang dihasilkan menerusi proses perbincangan yang panjang dan memakan masa lebih sebulan. Nyatalah draf kami  telah ditolak.

"Biasalah." kata Dr. Nordin Sofie yang berpengalaman menyediakan beberapa ucapan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri terutamanya yang melibatkan pentas antarabangsa.

Bagaimanapun yang lebih menarik ialah  Pilihan Raya Umum 2008 tanpa manifesto walaupun drafnya telah disediakan untuk percetakan oleh mereka yang dikenali sebagai budak-budak tingkat empat Jabatan Perdana Menteri. Manifeto itu mulanya telah dihantar untuk cetakan Utusan Melayu tetapi dipindahkan kepada NST.

Bagaimanapun manifesto itu tidak pernah sampai ke tangan calon-calon BN dan juga orang ramai kecuali mereka melihat dan mendengar pengumumannya oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi di siaran langsung telivisyen menjelang pilihan raya.

Inilah pertama kalinya dalam sejarah Pilihan raya Umum  Malaya dan Malaysia, manifesto parti pemerintah tidak diedarkan kepada umum.

Yang menjadi persoalan jika tidak dicetak maka ke mana perginya wang berjuta ringgit yang diperuntukan bagi percetakannnya

Butiran rahsia lebih mendalam lagi boleh dapat diketahui dari buku terkini saya : SAYA BUKAN MENTERI . Buku ini  yang diterbitkan oleh UUM PRESS (Universiti Utara Malaysia) juga boleh dipesan terus dari saya.

Manifesto BN Pilihanraya Umum 1999 dari tulisan tangan Tun Dr.Mahathir sendiri yang merupakan dokuman bersejarah  terdapat dalam SBK(SAYA BUKAN MENTERI).3 seconds ago

9 comments:

  1. Wan Zam, macam mana nak pesan terus dari wan

    ReplyDelete
  2. Lihat iklan sebelah kanan tulisan ini

    ReplyDelete
  3. Zam elok ITU manifesto hanya ikut Cara tun m je bukan ikut persetujan majis tertinggi di bersetujuan bersama sebab taktik my way itulah Malaysia rosak dan dasar ekonomi bumiputera boleh gagal sebab my way protun. Sebab sikap my way protun ITUlah kereta proton boleh jatuh jualnya.

    Selagi ADA sikap protun may way itu, selagi ITU dasar ekonomi bumiputera boleh gagal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau ITU protun tarak bikin itu Proton ada mana itu besar punya GLC angkat ITU ramai ramai engineer dan mekanik dan itu kerja kilang melayu kasi kerja? Itu kereta proton jatuh jual lu pigi tanya itu Proton punya orang apasal la, apa salah protun, dia tarak jual kereta, mana dia ada itu di ofis proton hari hari ADA masyuk ofis. Itu dasar bumiputera ada gagal pon lu mau kasi ITU protun salah, dia sudah banyak kali kasi marah sama itu orang ta tau cari peluang niaga, mau niaga bawa brown envelope saja, itu ADA kontrak pon kasi sendiri alibaba, ITU pon protun punya salah? Itu myway pon ADA orang ikut kasi protun 2/3 majoriti kaw kaw punya, apa ada salah? Apa lu punya masalah itu protun sudah 12 tahun tarak masuk itu ofis sana putrajaya a, itu abdullah ADA masuk, itu ADA najib. Kalaj sudah ada anak sekarang pon jadi ITU 12 tahun masuk darjah 6 pon, dia sudah itu lam lama pencen pon lagi dia salah , macam mana ADA?

      Delete
    2. Anon 1.15
      U ni dedakman ker??? Hahaha

      Delete
    3. 0115....kamu manusia yg otak toksid....kamajuan yg kamu kecapan sekarang siapa punya perancangan?....pak lah?,anwar?...musa?...hajiadi?

      Delete
  4. Proton adalah satu catalyst ekonomi msia.
    - ramai wkshop2 melayu. kebanyakan ex proton. kemahiran dpt dari proton.
    - kilang rim tayar sg buluh (bukan melayu) maju dpt supply rim kpd proton.
    - kilang acond denso d bangi maju
    - kilang radio balupunck maju
    - servis wkshop maju..minyak itam, oil filter, coolant..mcm2 lagi
    - kilang spare parts maju
    - insurance agent dan bank2
    - tg malim maju
    - berpuluh ribu pekerja dpt hidup sempurna.
    - byk wkshop cina dan india maju
    - beratus ribu kereta proton d atas jalan.
    - dari enjin 8 valve, 12 valve, 16 valve, fuel injection, turbo charged etc
    - byk lagi.. the list is long brader!

    Proton oleh Tun tidak gagal!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun tak gagal cutus idea tapi bila nak laksanakan nya dia gagal dalam mengkekalkan keuntungan protun itu setiap Kali protun gagal bertahan terpaksa minta bailout dari kerajaan , sebenarnya perurusahan my way dia yg gagal

      Ketika proton ambil lotus dulu proton telah berhutang dengan banyak belum hutang setegah dibayar Dah beli agustar menyebab kowangan protun membimbangkan, bila agustar Di jual tun m marah, kita kena sedar proton kena tumpu pembayar hutang dulu, syrikat proton hanya mampu dah beli agustar tapi Cara uruskan kowangan syarikat proton belum mampu untuk proton bertahan

      Syrikat motor amerika pun tak mahu tanggun beban agustar, jual balik agustar itu sebab tak mampu

      Delete