Thursday, 28 July 2016

KHAIRY TIDAK DAPAT MENGAWAL PEMUDA UMNO

TERKINI: MKT MAHU BUKTI DARI PEMUDA UMNO (lihat di bawah tulisan ini)
Semua maklum berita Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan  membuat aduan polis supaya tindakan diambil terhadap  Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Abu Kasim dan Bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail telah tidak tersiar  di semua akhbar perdana  kawalan pemerintah.

Ketiga-tiga tokoh profesional negara yang sangat di hormati rakyat telah dihina oleh Khairul atau Pemuda UMNO dengan tuduhan berkonspirasi dengan agensi asing untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Tuduhan ini sangat berat yang mencalar nama baik mereka itu.

Penyiaran tidak berlaku mungkin atas arahan  kerana disedari bahawa mereka itu bukan berkonspirasi tetapi menjalankan tanggungjawab mereka kepada  agensi-agensi dunia  yang bertanggungjawab diatas keselamatan perjalanan kewangan antarabangsa.

Apa yang  dilakukan oleh Naib Ketua Pemuda  UMNO itu adalah suatu lagi usaha untuk menolak polis ke tembok dengan keyakinan sebagai parti pemerintah, mereka boleh buat apa sahaja untuk membantu Datuk Seri Najib termasuk  melakukan fitnah.

Dari awal lagi Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tidak bersekongkol dengan tindakan  ini kerana mungkin beliau tidak mahu terlihat bodoh, ignorance tentang udang-undang, kebudak- budakan, tetapi kepada umum khususnya kepada parti jelas Khairy  tidak dapat mengawal ahli jawatankuasanya, tidak dapat mencegah pemuda UMNO dari bertindak liar yang boleh menjatuhkan integriti parti.

Adakah beliau mempunyai  daya kepimpinan untuk terus memimpin  Pemuda UMNO atau Pemuda UMNO memerlukan seorang yang berani, tegas dan mempunyai kebijaksanaan politik untuk memimpin mereka?


MKT MAHU BUKTI DARI PEMUDA UMNO(Dari Malaysiakini)

Pemuda Umno perlu bersedia dengan bukti kukuh apabila membuat laporan polis mendakwa tiga individu berprofil tinggi terlibat dalam konspirasi menjatuhkan perdana menteri.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata bukti tersebut perlu agar dakwaan tersebut tidak dianggap pertuduhan tidak baik ke atas mereka.
“Kalau Pemuda Umno buat laporan begitu, mereka mesti bersedia dengan bukti-bukti yang kukuh supaya ia tidak dianggap membuat pertuduhan yang tidak baik,’ kata Tajuddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka Wanita Umno di Dewan Merdeka, PWTC hari ini.
Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun sebelum ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mereka didakwa terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dengan menyalurkan maklumat dalaman kepada agensi asing, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, Tajuddin, yang juga menteri Pertanian dan Asas Tani, percaya apa pun dakwaan dilemparkan, kepada ketiga-tiga individu itu mereka pasti akan bersiap sedia dengan peguam masing-masing.
“Saya juga percaya individu berkenaan akan pertahankan diri. Mereka akan guna pakar-pakar guaman.

“Saya tak akan kata betul atau tak betul,” kata anggota Parlimen Pasir Salak itu.

Saleh: Biar polis siasat
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Saleh Said Keruak menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“IGP (ketua polis negara) telah buat kenyataan dan saya tak ingin tokok tambah.
“Biarlah pihak polis buat siasatan kerana seperti mana yang telah dijelaskan IGP ia akan memanggil dulu naib ketua Pemuda Umno, jadi biarlah polis ambil tindakan susulan ke atas beliau,” kata Salleh.

Pemimpin nombor satu pasukan keselamatan Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata beliau dimaklumkan polis akan merakam kenyataan Khairul Azwan hari ini.


11 comments:

  1. Apa yang sewajarnya di dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO ialah memecat Naib Ketuanya yang telah memberi malu besar kepadanya,tidak sahaja menunjukan kebodohan tetapi tidak merundingkan dengannya lebih dahulu

    ReplyDelete
  2. Apapun nama Khairy telah tercemar, tidak ada leadership

    ReplyDelete
  3. lontar batu sembunyi tangan. I think he's in the knowledge and he gave the blessing to his deputy. Play safe punya kaki. bapak borek anak rintik!

    ReplyDelete
  4. Apa yang saya nampak ini sebenarnya plan KJ sendiri untuk topple Najib. Dengan lapuran polis yg telah dibuat,mereka (PDRM) perlu menjalankan siasatan terpeinci serta perlu melihat kepada semua dokumen yg dimaksudkan dan ini secara lansung akan mendedahkan Najib dan yg seangkatan dengan nya. Semua wayang KJ aje buat buat tak tahu....

    ReplyDelete
  5. Tak dapek den nak nolong khairi oi

    ReplyDelete
  6. Mungkin juga ini satu strategi 'indirect' Naib Ketua Pemuda ini untuk memancing ketiga2 tokoh tersebut keluar memberi keterangan dan berkongsi kisah sebenar yg berlaku disepanjang penglibatan mereka dalam siasatan 1MDB kepada umum. Mungkin akhbar aliran perdana sedar akan strategi ini dan menerima arahan dari PutraJaya untuk tidak 'play-along' with this situation kerana akan memberi kesan buruk luar kawalan sekiranya ketiga2 tokoh ini mula bersuara. Umpama kata pepatah....jangan menjolok sarang tebuan...

    ReplyDelete
  7. KJ ni tengah main safe ni. Tak tahu dia di sebelah pihak mana. Macam Najib zaman Team A dan Team B dulu. Tidak jelas pendirian. Sokong ke tidak?

    Kalau padi katakan padi,
    tidaklah kami tertampi-tampi.
    Kalau sudi katakan sudi,
    tidaklah kami ternanti-nanti..

    ReplyDelete
  8. Khairy is history. Ingat lagi apa dia buat ketika anwar dibebaskan oleh baba dia dulu. Berapa berkuasa nya dulu. Naik pun melalui tangga yg dah di setiakan. I don't think that he is going far. He don't have what it take to be a leader.

    ReplyDelete
  9. citarasa pemuda memang mudah berubah ubah mengikut keadaan dan perasaan. orang muda yang berprinsip sekalipun akan berubah pendirian bila diapikan oleh rakan pergaulan.
    Tambahan pula, terfikir juga masa depan diri dan parti yang semakin ditolak rakyat selagi najib sebagai no.1.
    Mulut terpaksa tutup walaupun hati berkata kata. sikap memberontak dalam pemuda memang perkara biasa. hanya pemimpin pemuda pondan dan palysafe saja yang gagal melakukannya.

    ReplyDelete
  10. Ts ada org baling batu sembuyi tangan atau menyorok dibalik telunjuk apa itulah umno sebuah parti yg tidak bermaruah menyokong penyangak pencuri kaki rasuah yg penting mereka mendapat habuan dan dedak melayu akan lebih maju berdaya saibg tanpa umno

    ReplyDelete
  11. Kj Sekarang sedang sebuk melayan tunku muda johor pergaduhan tunku muda Pahang sebab bola dan mahu mendamaikan mereka, jadi dia tak ada masa layan pengikut dia. ITU yg aku tengok Sekarang

    ReplyDelete