Sunday, 17 July 2016

KAIN BURUK PAS YG AKAN BERGABUNG DENGAN UMNO

HARAPAN KEHARMONIAN POLITIK BARU PIMPINAN MAHATHIR


KOMEN:
Saya berpendapat PAS akan berpecah sekali lagi apabila terbentuknya Party baru ilham Dr.M ini. Kali ini lebih teruk lagi.
Sudah tentu masih ramai Pemimpin PAS yang jujur dan beramanah. Bagi mereka, imej dan maruah Islam sudah tentu akan tercemar jika PAS berbaik-baik dan menyokong UMNO-Najib dalam kemelut 1MDB. Setelah dikaitkan dengan pengganas, sudah tentu mereka tidak mahu Islam dipandang serong pula oleh bukan-Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Jika berpecah menjadi PAN tidak banyak menjejaskan PAS, perpecahan kerana 'Cash is King' kali ini akan lebih menjahanamkan.
Maka yang tinggal untuk 'bergabung' dengan UMNO, sudah tentu boleh diibaratkan sebagai kain-buruk.

Didalam kalangan Ahli Parlimen UMNO sendiri mungkin ada ramai lagi yang masih jujur dan amanah. Pada PRU14, jika ada, sudah tentu PA
S tidak akan mendapat sokongan bukan-Islam.

HARAPAN KEHARMONIAN POLITIK BARU....
Perpaduan tenaga Melayu dan Islam parti-parti pembangkang di bawah Pakatan Pembangkang Baharu yang bakal  diketuai oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang akan menubuhkan parti barunya akan membersihkan Mahathir dari prasangka buruk bersekongkol dengan DAP.

UMNO  telah mengexploitasi sepenuhnya isu ini untuk memanaskan kemarahan orang Melayu terhadap Tun dan melumpuhkan perjuangannya untuk menggulingkan Najib.

Kenyataan Presiden PERKASA  Datuk Ibrahim Ali untuk kembali ke dalam politik berikutan dengan langkah penubuhan parti baru Tun Mahathir itu memberikan sokongan moral yang sangat besar kepada  Tun walaupun Ibrahim  tidak mengisytiharkan akan bersama dalam parti baharu itu.

Yang telah pasti akan bersama dengan Tun di bawah Pakatan Pembangkang Baharu berasaskan kepada kehadiran dalam mesyuarat bersama dengan Tun kelmarin ialah DAP, PKR dan PAN.

Matlamat utama Tun  bukan untuk kembali menjadi Perdana Menteri tetapi untuk menggantikan Datuk Najib dengan orang lain sebagai Perdana Menteri yang kelayakannya bebas dari persoalan integriti di kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Tun  terus terang menyatakan bahawa bukanlah tujuan beliau dengan  penubuhan parti baru untuk bertanding dalam Piliharnaya Umum ke 14 yang dengan sendirinya menafikan sebarang prasangka untuk kembali menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya Ibrahim Ali menyertai   parti baru pimpinan  Mahathir yang akan bersama dalam  Pakatan Pembangkang baharu yang disertai oleh DAP maka Mahathir dengan kewibawaan pimpinannya, tidaklah lagi akan terlihat sebagai menjual orang Melayu kepada DAP sebaliknya akan dapat membantu menghakiskan imej perkauman Cina DAP.

Jika Ibrahim Ali yang mewakili sejumlah besar bekas ahli UMNO dan Lim Kit Siang yang mewakili orang Cina dapat duduk bersama di bawah pimpinan Mahathir, pastinya akan membantu mewujudkan suatu keharmonian politik baru di Malaysia yang lebih mantap dari pimpinan  Anwar Ibrahim  yang membawa kerjasama PAS DAP .

Anwar Ibrahim hampir berjaya mencorakkan politik  baharu  tetapi kerana masalah moralnya yang sangat kotor dan keupayaan politik Mahathir yang lebih besar dalam mengekalkan  kekuatan UMNO dan ekonomi negara telah menyebabkan beliau hancur.

Ramai  pemimpin-pemimpin  politik di bawah Pakatan Pembangkang Baharu ini lebih berkeupayaan dari segi kredebiliti, integriti dan ketokohan  dibandingkan dengan barisan  kepimpinan  UMNO atau BN  sekarang.

UMNO dan BN akan lebih tercabar jika Pakatan Pembangkang pimpinan Mahathir  ini disertai oleh Pas yang sedang mencari perdamaian dengan PAN.

UMNO tidak lagi boleh persetankan politik Mahathir hanya kerana kerjasama dengan DAP.

58 comments:

  1. Pertama, buat lah parti dulu. Ni belum ade parti dah hebahkan ade pakatan.

    Mcam pelik la. Letak pedati sebelum kerbau. Bila nak buat parti tu? Atau buat bising jer lebih?

    Bonk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu terburu-buru buat parti. Lagi pun PRU14, lagi 2 tahun. Itu pun belum tentu lagi. degan peningkatan ancaman Daesh, boleh saja menjadi penyebab, tertangguhnya PRU14. Maklumlah Najib punyai kuasa-istihar darurat yang dulunya dimiliki YDP Agong.

      Pemilihan Agong UMNO masih masih tertangguh. Tak tahu bila Najib berani adakan. Maklumlah, banyak nak kena belanja. PRK Sg.Besar & KK yang tidak dijangka, telah banyak merobek tabung-perang UMNO. Lagi pun, baki WANG 'derma' sudah dibekukan di Singapura.
      Harap-harap, kepentingan Negara tidak tergadai, demi mendapatkan kembali wang itu.

      Delete
  2. TS Zam, saya agak keliru dengan kenyataan:

    "Ramai pemimpin-pemimpin politik di bawah Pakatan Pembangkang Baharu ini lebih berkeupayaan dari segi kredebiliti, integriti dan ketokohan dibandingkan dengan barisan kepimpinan UMNO atau BN sekarang."

    Siapakah yang dimaksudkan tu? Wan Azizah, Azmin, Izzah, Mat Sabu, LKS, LGE? Saya tak nampak pada watak2 di atas melainkan sebagai golongan yang banyak membikin retorik, wayang, menyebar fitnah, menyalakan api perkauman dan terpalit dengan pelbagai skandal seks serta rasuah.

    Mohon pencerahan TS Zam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasuah? Sapa rasuah? Duit billion billion apa citer? Orang sekarang cerdik laaa.....kalau dok tengok tv3, sori la, terus ketinggalan

      Delete
    2. Dia kan paham apa itu rasuah

      Delete
  3. Tahniah kerana terus berjaya memecahbelahkan org Islam di Malaysia!

    Membuktikan AL-Quran dan janji Rasulullah itu benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time tinggal nyawa2 ikan cam ni baru la nak cakap pasal agama, perpaduan ummah.

      Delete
    2. Politicalamity917 July 2016 at 16:30

      boleh highlight siket part mana dalam Al Quran. Rasullah (nabi Muhammad) bukannya seorang ahli tilik (52:29)

      Delete
  4. Parti yang ditubuh oleh bekas bekas bekas..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan akan disokong oleh bakal bekas bekas umno yang dah celik, yang dah nampak apa yang telah dan sedang berlaku, yang tau baca apa orang seluruh dunia dah baca...ok apa...

      Delete
    2. Politicalamity917 July 2016 at 16:31

      sebenarnya..kita ni tak ada alternatif pada yg sedia ada....

      Delete
  5. Hang pi tidur lebih baik.

    ReplyDelete
  6. Orang-orang anwar x kan nak diam pasti mereka tidak akan berkerjasama dengan pakatan baru ini melainkan dijanjikan jawatan PM untuk Anwar bila Anwar keluar nanti dan kerjasama Tun M dan Anwar pasti akan lebih mengerunkan BN..Manakala untuk memastikan PAS kembali bersama Pakatan Harapan saya cadangan jawatan TPM untuk presiden Pas selepas PRU nanti..siapa Presiden Pas pada masa itu pun kita x pasti lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar sendiri dah cakap kat press, dia sokong Tun punya initiatif....ko ada baca malaysiakini hari ni?...cybertrooper umno dah panik, tembak tak tentu hala...kih kih kih perlekeh kan Tun, tapi nampak panik...

      Delete
    2. Apa nak panik bini pun tak datang. Yang datang Tun2.

      Delete
  7. Untuk berjaya, perlu ada wawasan & manifesto yg jelas, setakat nak jatuhkan najib tak cukup. Adakah parti baru ini menyokong malaysian malaysia? Secara peribadi, saya berpendapat Malaysia memerlukan parti yg 'truly Msian' yg tidak dibelenggu 'personal agenda' .

    ReplyDelete
  8. Generasi muda majoriti besar akan sokong gabungan baru ini.
    Cuma semua parti di bawah Harapan perlulah ikhlas, tidak fikir tembolok sendiri dan tanam kepercayaan bahawa masing2 tidak boleh kuat kalau tidak sepakat.

    Melayu pro UMNO tapi anti Najib amat ramai. Nak sokong Amanah terpikir Mat Sabu. Nak sokong DAP ternampak Kit Siang. Maka bila ada parti baru ini maka mudahlah merek buat pilihan.

    ReplyDelete
  9. Tahniah Tun Mahathir.
    Terima Kasih Tan sri atas huraian yang baik lagi benar.

    ReplyDelete
  10. Tun M hebat... lepas terajang Anuwar kluar dr UMNO, now walaupun dah 90 tahun masih mampu terajang Anuwar kluar dari Pakatan Pembangkang pula... siap dgn si ikan sepat dan famili kena halau kluar... hahaha.

    ReplyDelete
  11. Maaf kerana komen yg lambat sikit...saya sebagai seorang penyokong tegar BN, kali ini dapat satu peluang untuk menyokong parti yg betul2 dapat saya percayai. Walau selemah mana parti ini yg diwar-war kan oleh para penyokong BN di alam maya, saya akan tetap mengundi parti baru ini, daripada menyokong UMNO dan BN yg semakin kotor permainan mereka. Saya tetap menyokong Tun Mahathir kerana walau apapun yg orang cuba burukan, beliau masih dapat saya percayai, dan perjuangannya yang masib belum berakhir..InsyaAllah..
    Perbedaannya? Kita dapat lihat cubaan demi cubaan daripada penyokong and menteri2 sendiri dimana komen2 mereka semakin ternampak jelas pekung di dada, dan Tun tetap bersabar dan tidak pernah tersasar dari arah tujuannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga Allah meredhai perjuangan Tun M dan yg lain2
      kita sayangkan tanah air ini
      make malaysia great again

      Delete
    2. Manusia berubah masa ke semasa, kalau bukan sokongan para ahli umno 'tun m tak akan jadi pm, kalau bukan sokongan Rakyat tun m tak akan jadi PM.

      Rakyat melihat APA belaku pada pakatan harapan yg tak berharapan.
      APA yg tun m boleh bagi pada dap jika mereka mahu berkerja sama menjatuhkan najib
      Jawatan timbalan PM
      Jawatan menteri kowangan

      Jika dia sayang melayu dia tak berkerjasama dengan dap
      Jika sayangkan bangsa dia dia tak Anak naikkan Anak dia semata2 kerana Anak nak jadi ahli politik

      Ingat maharaja China sangup bunuh Anak Dan ibu sendiri sebab kekal kestabilan kuasanya Dan keamanan rakyat apabila Anak dan ibunya memberontak mahu jadi raja,

      tun m sendiri menbantu Anak sendiri merosakan Rakyat.
      Anda fikir akan Anak tun m lakuakan.
      Bagi kondom percuma pada Rakyat
      Bagi jarum percuma pada Rakyat
      Tubuhkan sisters selam.
      Tipu Rakyat tandatangan dekalrasi mecapai satu juta.
      Benarkan lelaki berpakai perempuan
      Benarkan perempuan berpakai lelaki

      Seorang bapa akan halang Anak nya melakukan merosakan ,bukan menbiarkannya
      Tun m majukan Malaysia tak dia gagal didik Anaknya, bersama2 Anak nya lakukan merosakan

      Delete
    3. HAHAHA...............Jika kita sayang umno, kita patut paksa perompak negara letak jawatan. Jangan cakap dia rompak duit rakyat untuk menang PRU13. Yang dia bershoping sakan membeli belah, beli hartanah bagi anak tiri buat filem porno Wolf of Wall street tu DUIT SIAPA.............??????
      Duit warisan keturunan keluarga Tun Razak ke.....???
      Adik beradik dia pun tak ngaku bapak mereka sekaya itu. Cuma kamu penjilat najis sahaja yang sanggup menyokong pencuri dan penipu.

      Delete
  12. ELOKLAH TUBUHKAN SEGERA, NAIK MELUAT MELIHAT UMNO - BUSUK DARI KEPALA SAMPAI EKOR. ORANG YANG MAKAN RASUAH, SUKA RASUAH AKAN TINGGAL DALAM UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah jelas halatuju tun...sokongan pada pakatan tun akan bertambah selepas ni...sokongan ikhlas tanpa dedak...hari ni pi open house, ramai yang nyata dah sokong, walhal orang yang sama minggu lepas dok wait and see. Dulu tak ada platform, sekarang ni ramai dah excited nak join, walau pon baru dengar bayang2. Itulah power Tun.

      Delete
    2. Yang partai baru ini kan ke semuanya bekas persuah belaka.

      Delete
    3. bekas perasuah saja takpa...jgn mcm yg dok kat amno skrg menyamun merompak merasuah semua sapu

      Delete
    4. Bekas perasuah dah kehausan sebab kroni kroni menghilang diri.

      Delete
  13. Aaaaikkk...dulu kata tun baling gelas pon tak pecah, dah tua, tarak stamina...so takut apa kat dia?

    ReplyDelete
  14. DAP is making a big mistake working with UMNO pigs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are right. Thats why they dont work with umno. Just woke up, didnt you?

      Delete
  15. Pemimpin-pemimpin kanan Umno seperti Muhyiddin dengan Mukhriz digantung kemudian dipecat tanpa dipanggil untuk bela diri. Undang-undang parti jenis apa macam ni? Orang yang bakal dijatuhi tidak diberi peluang untuk menceritakan 'his side of the story'. Tahu-tahu digantung, dipecat dan sebagainya. Langsung tiada keadilan. Sebab tu Tun M cakap Umno sekarang tak macam dulu. Umno dah seperti parti Najib.

    Masa Anwar dipecat dari Umno dulu sekurang-kurangnya Tun M bagi peluang kepada Anwar yang pada masa tu duduk masih disebelahnya kerana menjawat jawatan Timbalan Presiden untuk membela diri sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya. Anwar diberi peluang oleh MT kenapa tindakan tidak boleh diambil ke atasnya. Setelah selesai memberi keterangan, barulah MT membuat keputusan. Itulah amalan parti Umno sejak mula ditubuhkan. Bukannya main ikut sedap jer seperti apa yang berlaku sekarang.

    Shafie Apdal dilihat bijak mengatur langkah dan menggerakkan buah caturnya. Beliau terlebih dahulu meletak jawatan before Umno even had the chance to lift its sword. Now the table has turned. It was Umno's turn to react. Ismail Sabri dan Tok Pa anggap Shafie Adal terburu-buru. Oh apa yang depa buat kat Muhyiddin ngan Mukhriz dianggap betul dan kena, bila Shafie buat dianggap satu tindakan yang terburu-buru pula. Inilah dinamakan demokrasi dan keadilan ala Umno. Dia buat boleh, orang lain buat tak boleh.

    Depa ni pandai. Nak pecat depan-depan tak berani sebab tu gantung dulu. Bila dah gantung jadi Muhyiddin ngan Mukhriz tak boleh hadir mesyuarat. Bila tak ada dalam mesyuarat senang nak buat kerja pecat-memecat. Mahathir pecat Anwar depan-depan dalam mesyuarat MT. Anwar tepuk meja, menjerit-jerit lepas tu bingkas bangun tinggalkan mesyuarat.

    Lepas mesyuarat penyokong Anwar tunggu Mahathir di pintu utama. Kawalan keselamatan bimbang akan keselamatan Mahathir. Mahathir berkeras untuk balik melalui pintu utama. Mahathir muncul, penyokong Anwar memaki hamun Mahathir. Mengeluarkan kata-kata kesat. Mahathir jauh lebih berani dari orang yang mengaku ada darah pahlawan. Nak pecat melalui saluran yang betul pun tak ada telur. Prosedur disiplin dan tatertib entah ke mana asalkan matlamat tercapai.

    Hukuman berbentuk seperti pilih kasih. Kesalahan Ahmad Said bekas MB Terengganu yang mengusulkan undi tidak percaya kepada pemimpin dari parti beliau sendiri jauh lebih serius dari Muhyiddin dan Mukhriz yang hanya duduk satu pentas dengan pembangkang. Mat Said tidak pula dipecat. Inilah dinamakan demokrasi dan keadilan ala Umno. Yang menjadi isu bukan pelanggaran disiplin parti tapi survival politik sang pemimpin parti. Sudah tiba masanya platform politik baru diwujudkan bagi menggantikan parti Umno yang telah jauh berubah dan teras perjuangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di zaman tun m siapa Cuba jatuhkan dia Dan ADA potensi untuk Naik dia akan jatuhkan,
      Antara taktik tun m 'ketahui kelemahan orang mampu dia kawal itu taktik maruah Dan perasuah. Najib tak akan gunakan perkara sama seperti tun m lakuakan

      Anda tahu tak kelemahan pemimpim
      Tun gafar baba,Tun musa hitam Dan pemimpin umno hadapi krisis morel Dan rasuah
      Saya tak cerita tentang maruah orang, ADA pemimpin umno baik itu tak nafikan

      Sebenar tun m dah lama tahu perangai anwar itu suka main belakang Dan mengamalkan rasuah dia tak nak dedahkan sebabnya dia nak pergunakan anwar itu je, apabila anwar lawan Bos barulah tun m jatuhkan anwar.

      Tun m Cuba gunakan taktik sama pada najib tapi dia gagal sebab jika anda ikut keria politik najib dia dah biasa hadapi krisis morel Dan sebab itu orang Cuba jatuhkan guna morel tak jalan, sekarang guna taktik Serang Bini tak jalan, lepas itu guna taktik rasuah tak jalan.

      Lepas taktik APA tun m Cuba lakukan taktik PM isreal Ariel Sharon tubuh tunjukan parti buruh Kadima lepas itu menang pilihanraya. Dah tun m jangan ulang sejarah isreal






      Delete
  16. Wow hebat Tun M ni ...
    Never say die ...

    Tahun lopeh .. nak buek undi tak cayo kek DSN dlm parlimen .. result kantoi.

    Tahun ni .. buek deklarasi rakyat a.k.a deklarasi Tun M / LKS .. result kantoi.
    Nipu lak tu tando tangan oghang .

    Sekarang nak buek parti baghu samo DAP , PKR dan PAN ... Nujum kato akan KANTOI .
    Sobab ehhh .. Tun M kato parti baghu akan diterajui olih TSMY n Mukhriz.
    Nujum kato SEX minded oghang takkan selamat . Macam Anuar alju#ori , Mat Sabu @Normah , MB Azmin toilet dll.

    Pilihanrayo Serawak dan PRK KK dan SB dah nunjuk sokogan melayu pado Tun M dan gang ANC hanyo bawah 10 % .

    So .. apo bezo dulu ngan sekarang ?
    Tun M n ANC gang bergabong ngan Ultrakiasu DAPig untuk " hapus " kaum melayu islam . Secaro langsong memenuhi agenda Uktrakiasu DAPig .

    Tak cayo ? ... tengok P.Pinang .. oghang melayu dah mulo merempat .

    Tun M nak lomahkan oghang melayu islam diMalaysia supayo dio bolih kontrol lah dan ambik alih jawatan PM .
    Lobih kurang samo macam percubaan tentero rampas kuaso yg gagal diTurki lah .

    Anyway .. good try Tun M . Never say die spirit . Tun Bolihhhh ...
    Semogo berjayo lah ...

    But then DSN are doing a great job .
    Oghang kampong boghi sokongan tak berbelah bagi pado DSN . Walaupun oghang kuek Tun M , OSTB mengolar rakyat sebagai bangang n bodoh .

    Waghih



    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi makan babi la waghih oii...xde bezanya tolan rasuah dengan makan babi ...bingaii

      Delete
    2. Read chedet article 12 jul titled dumb people. It applies to you.

      Delete

    3. Yo lah Waghih,

      Ekau tau oghang Melayu Pulau Pinang mulo meghempat sekaghang.

      Untuk pengetahuan ekau, bukan setakat Pulau Pinang sajo.

      Bukak mato ekau tu bosa-bosa sikit.

      Buang selaput dodak kek mato ekau tu.

      Tengok boto-boto, oghang Melayu sekaghang di meghato tompek memang akan jadi meghempat kek tanah air sendighi.

      Timo kasih la kepada Rajo duit dongan juak-juak dio.

      Ditabur eh dodak kepado sumo oghang, akibat eh oghang Melayu tak pandai nak berusoho nak caghi joki secagho halal.

      Sumo nak bogantung pado pomboghian dodak.

      Sumo nak sonang jangko maso pendek.

      Somontagho tu oghang ateh, diketuai oleh Ponyamun Mega anak boghanak, sapu abih khazanah negagho.

      Boleh katokan sumo jabatan kerajaan sekaghang tolibat dongan rasuah.

      Dah tak ado sogan silu.

      Mintak suapan secagho toghang-toghang.

      Hargo baghang koporluan molambung naik.

      Apo pihak bokuaso buek ? - Takdo apo-apo.

      Bandingkan hargo barang-barang tahun lopeh dongan tahun ni, kuk ekau ado simpan data la.

      Sampai bilo rakyat sanggup tanggung ni sumo.

      Oghang ateh, diketuai oleh Penyamun Mega, laki eh si Rosmah waghih ekau tu anak boghanak, dan ponyangak-ponyangak lain sonang lenang monyapu harto negagho, rakyat bawahan meghaung jo lah.

      Sobughuk-bughuk Dr M, maso dio momerintah, tak camni toghuk doh.

      Sokughang-kughang eh rakyat boleh bobanggo diri, pondapatan cukup la makan, negagho makmur dan dipandang tinggi oleh masyarakat dunio.

      Sekaghang ni usah cakap la.

      Nak poie Mongolia pon Najib ngan Rosmah takut, kang dikoja dik hantu Altantunya pulak.

      Kalau tak tu, dah bokoja dio poie teghutama eh Rosmah waghih ekau tu, nak lajak jet kerajaan.

      Cukup la sotakat tu dulu.

      Maap yo Tan Sri dan pembaco yang lain.

      Esey ambik ruangan yang panjang sikit.


      Delete
  17. Sejauh mana anda kutuk Tun M sekakipun,takde siapa pun blh nafikan dunia mengenali MALAYSIA adalah krn kebijaksanaan dan pembanganunan yg dilaksanakan oleh beliau.I salute u Asia's Tiger.sy percaya apa yg Tun lakukan skrg bkn utk menyelamatkan karier politik Mukhri seperti mana yg disebut oleh media nasional.2020 hanya tinggal kenangan tapi masih tak terlambat utk mengubah nasib anak cucu kita.love u always Tun M.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ini tun m masa muda dia dia bagus Naik Malaysia ini, semata2 kerana kejaya politik Anak dia menjadi rosak.
      Ingat tak onn jaafar orang menibuhkan umno dia juga berpaling dari perjuangan umno Dan onn jaafar menubuhkan parti baru semata2 ikut cakap orang putih umno harus buka pada bukan melayu, tun m ikut perkara sama ikut cakap kroni menyebabkan dia rosak tak mahu dengan pendapat para ahli umno, bakata orang tun m ini my way

      Delete
  18. TS Zam, RPK belasah you kaw-kaw kat Malaysia Today. I think you should respond to his accusations..

    ReplyDelete
  19. I dont want to lowering my self to his level.Why should you respond to a lalang writer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agreed. Mamat tu buat-buat berani tapi sebenarnya pengecut. Boleh geng dengan Rahman Dahlan. Hari tu tulis artikel serang Rewcastle Brown dari Sarawak Report. Bila Rewcastle bersedia nak saman dekat British court, kelam-kabut mintak maaf kah kah kah...
      Beritahu artikel tu bukan dia yang tulis tapi Julian Khoo. Entah mana datang Julian Khoo. Semua artikel sampah yang di upload semua letak nama Julian Khoo takut kena saman. Sekarang semua artikel dah letak nama MT webmaster lepas Sarawak Report pecah tembelang yang Julian Khoo sebenarnya tidak wujud. Ianya hanya ciptaan khalayan RPK pasal takut kena saman. Baca artikel Sarawak Report 'Lies, Damn Lies and RPK' bertarikh 18 Jun 2016.

      Delete
    2. Great, zam, that's the way it should be. Tun never responds to comments by people like rahman dahlan, nazri, kruak, ismail sabri, even zahid. People like you and tun understand the sentiment on the ground. We dont even listen to what umno leadership is saying anymore, we simply dont trust them.

      Delete
  20. Dalam senarai ada Rahim Thamby Chik...betul ke nak banteras rasuah? Betul ke nak bagi orang melayu bersatu? Betul ke ketam akan bolih mengajar anaknya berjalan lurus! Orang tua melayu dulu dulu lagi dah pesan bersatu teguh bercerai roboh!Sejarah nasib malang orang melayu sudah sampai ke penghujung kitaran nya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Datuk Seri Khai dah bagitahu list tu fake. Lagipun yang ada dalam Umno semua bersih suci murni ke?

      Delete
  21. If PAS thinks it is going to be the only kingmaker in the next GE, think again. Yesterday, 2 articles in thestar and malaysiakini about pairin, whom we didnt hear from for quite sometimes. Coincidence? No way. Pairin is making a big statement, the christian bumis in sabah are kingmakers too. Later, i believe sarawakians will make do the same under one voice, adenan. He has publicly shown he doesnt kasi muka sama umno. Umno is squeezed left and right now. Old fox tun must be aware of this, and his old network with borneo bumi elders will come in handy. Najib only has kruak and rahman dahlan.

    ReplyDelete
  22. Betul kah Lim Kit Siang akan dpt membuat semua orang melayu bersatu? Terkenang akan gambar Lim Kuan Yew pakai songkok bersalaman dgn orang melayu yang nampak kagum dgn penampilan LKY....fast forward masih adakah anak cucu suku sakat LKY yang masih sudi nak pakai songkok orang melayu! Dimanakah letaknya songkok di bumi singapura sekarang ini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penggerak dalam pakatan baru tu Tun Mahathir bukan Lim Kit Siang. Parti yang Tun M bakal tubuhkan tu bakal menjadi tunjang utama dalam gabungan pembangkang. DAP berfungsi macam MCA dalam BN la. Teras utama dalam BN adalah Umno. Tidak timbul Melayu bakal kehilangan kuasa pasal parti baru ini DNA nya berteraskan Melayu.
      Yang akan membuatkan orang Melayu bersatu adalah Tun M melalui parti barunya. Lim Kit Siang pula tugasnya adalah untuk membuatkan orang Cina bersatu. Bersatu menolak BN.
      Usahlah dikau cuba menjadi scare monger kat sini. Menakut-nakutkan orang Melayu. Pemimpin besar Melayu yang ada sekarang pun bukan mempertahankan hak Melayu. Harta negara dijualnya kepada bangsa asing. Bapa dia dulu bersama Tunku Abdul Rahman dan pemimpin kemerdekaan yang lain bertungkus-lumus mengambil tanah semula orang Melayu dari pihak British. Yang si anak senang-senang boleh jual pasal nak bayar hutang. Itu jauh lebih serius dan berdosa daripada apa yang saudara cuba canangkan-canangkan disini.

      Delete
    2. Di abad ke 21, scare mongering, unfortunately, still works for umno, especially kat felda dan kampong. Anak2 felda dan kampong yang belajar tinggi2 tu, harap2 dapat celikkan saudara mara mereka. Kalu ada duit lebih, bawak lah keluarga pi singapore, cakap dengan melayu singapore, tanya sendiri dia orang happy tak kat sana. Tanya berapa ramai melayu singapore minta jadi rakyat malaysia. Kot kot dia orang reply in english! But i always believe, those who want to be left behind, shall have the rights to be left behind. Apa nak buat...

      Delete
  23. TV3 namakan parti baru ini sebagai'Bahtera Mahathir-Kit Siang'.

    Hebat sekali media UMNO spin berita untuk buat Melayu benci pada Dr.M.
    Sekian lama kita ditakutkan kita kepada DAP, benci Kit Siang dan anaknya Guan Eng.
    Hakikatnya:-
    -Penyokong UMNO benci pada DAP tapi Najib, sambil senyum-tersenggeh, pernah berselfie dengan Guan Eng.

    -Kita benci pada Kerajaan Amerika kerana sokong & bantu Israel bunuh Rakyat Palestine, tapi Najib selamba je main golf & berselfie dengan Obama.

    Oleh itu, jangan kita percaya bulat-bulat pada orang-politik, lebih-lebih lagi yang berasal dari golongan Bangsawan. Mereka pandai berpura-pura.

    ReplyDelete
  24. Saya berpendapat PAS akan berpecah sekali lagi apabila terbentuknya Party baru ilham Dr.M ini. Kali ini lebih teruk lagi.
    Sudah tentu masih ramai Pemimpin PAS yang jujur dan beramanah. Bagi mereka, imej dan maruah Islam sudah tentu akan tercemar jika PAS berbaik-baik dan menyokong UMNO-Najib dalam kemelut 1MDB. Setelah dikaitkan dengan pengganas, sudah tentu mereka tidak mahu Islam dipandang serong pula oleh bukan-Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

    Jika berpecah menjadi PAN tidak banyak menjejaskan PAS, perpecahan kerana 'Cash is King' kali ini akan lebih menjahanamkan.
    Maka yang tinggal untuk 'bergabung' dengan UMNO, sudah tentu boleh diibaratkan sebagai kain-buruk.

    Didalam kalangan Ahli Parlimen UMNO sendiri mungkin ada ramai lagi yang masih jujur dan amanah. Pada PRU14, jika ada, sudah tentu PAS tidak akan mendapat sokongan bukan-Islam.

    ReplyDelete
  25. Bagi saya zam tun m akan ulang perkara sama seperti onn jaafar lakukan hidup kecewa semasa tua, tun m sepatut menumpukan solat Dan beribadah itu lebih baik. Jauhkan kawan2 kroni menyusahkan tun m itu.

    parti baru yg tun m nak tubuhkan 'APA tujuanya dan tun m nak tunjukan Dan perjuangan APA yg diperjuangkan perjuangkan pun tak jelas, hanya untuk jatuh najib. Rakyat akan lihat jika najib jatuhkan Rakyat akan melihat jatuhkan najib semata2 nak jatuh najib oleh tun m sendiri, Sekarang yg dilihat oleh pemehati politik.
    cukup anak tun m dah kaya raya apa lagi tun m nak perjuangankan, kes kerugian negara yg tun m penah melakukan kerugian pada negara 150billon hilang semasa petakbiran dia tak pun ahli umno menyalahkan dia sebab ahli tahu jika orang melayu berpecah dap akan ambil kesempatan

    Satu nasihat saya pada tun m, Rakyat Dan ahli umno melihat tun m hanya tahu menaik Anak sendiri,

    Apakah umno ini parti nepostism seperti anwar cakapkan
    Apakah kita mahu meniru Korean utara dengan ideologi nepostism utaranya anwar Dan tun m mengamalkanya

    Cukup tun m telah gagal dengan meningkat ekuati 30% bumiputera dasar deb telah ambil tangungjawab dari tun rakzak itu.
    Cukup tun m gagal dalam dasar mlvk kemahiran vokisenal dia perkenalkan.
    Cukuplah tun m gagal dalam dasar besi negara apabila perwaja bankrap.
    Cukuplah kereta proton rugi disebab tak mahu bersungguh2 memastikan kualiti kereta proton terbaik.
    Cukuplah kita Kos projek pkfz dengan Naik menambung tinggi.
    Cukuplah mas rugi disebab tun m bagi mas pada kroni yg suka berpoya2 Dan bermewah2..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gagal tu kena ingat gak dia dah berhenti jd PM sejak 2003. Dah 13 tahun, bukan 13 bulan ni adalah PM Pak Lah dan PM Najib dah hasilkan apa2 yg signifikan ? Antara 1981 dan 1994, 13 tahun Dr M jadi PM banyak nampak beza kebaikan daripada beza keburukan :) ... Qur'anpun kata berat timbangan masuk syurga bukan 100% sempurna masuk syurga ya :)

      Delete
    2. Bak Tan Sri Zam kata, tak perlu layan orang-orang yang merapu ......not worth the salt.So, just ignore them.

      Delete
    3. Boi boi boi dah taada harapan. Sia-sia je perjuangan untuk boi boi.

      Delete
  26. klu parti baru TDM gabung ngan PH,berapa lama agak nye pakatan itu nnt,perkara sama mungkin akan berulang,perebutan kuasa antara setiap leader parti,owh...politik Malaysia,terlalu membosan kan,da mcm sinetron yg tiada penghujung...apa pun..doa yg terbaik utk tanah air ku ini

    ReplyDelete
  27. Doktor Madey Doktor pertama perkenaL ujikaji Lobang jubor daLam persada poLitik tanah air..
    Politik tanah air kita di jadikan makmaL oLeh tun..banyak jenerasi sangat rindu sama tun, penoh kedai mamaK tempat peLepas rindu sama tun jubur..kedatangan semuLa tun bukan Lagi nak koyak jubur sapa2..ini betul untuk rakyat, bumi dudah gancur

    ReplyDelete