Friday, 10 June 2016

UMAT ISLAM KIAMAT LEBIH DAHULU DARI KAUM KAFIR

SEOLAH - OLAH NEGARA HANYA  PERLU USTAZ USTAZAH SAHAJA

Saya mengucapkan tahniah kepada Astro Oasis yang berani menampilkan Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Perlis untuk mencabar pemikiran orang Islam yang sekian lama  dilesu dan dibekukan pemikiran mereka  menerusi berbagai program agama stesen-stesen TV yang lebih menjuruskan kepada pendekatan bersifat  ritual, wahyu, doa dan penyerahan.

Pendekatan ke arah kecanduan kepada agama dan bukan kesedaran beragama telah dibiarkan begitu lama tanpa teguran dan nasihat kerana beberapa TV stesen lebih  mementingkan komersialisme kerana  rating program agama yang tinggi sehingga  sampai keperingkat pengacara-pengacara  yang mengendali berbagai program popular  pun  bercakap mengenai agama untuk  menunjukkan mereka juga dalam golongan ustaz dan ustazah.

Kita telah sampai kepada peringkat berada dalam kepercayaaan boleh membayar upah  kepada  ustaz dan ustazah untuk menjadi wakil menebus dosa dan menjampi  air dan buah kismis untuk diminum dan dimakan bagi mencerdikkan otak anak-anak dalam  menghadapi peperiksaan dan sebagainya.

Jika demikian kata Dr. Asri maka orang-orang kayalah yang paling beruntung kerana  boleh menggunakan wang untuk  menebus dosa mereka.

Ketika saya tefikir kenapa ulama yang progresif dan dinamik seperti Dr. Asri tidak muncul untuk menyekat dakwah kejumudan yang berlaku dengan liar tanpa perhatian dari pihak yang bertanggungjawab terutama Jabatan Perdana Menteri, maka muncul Dr.Asri di Astro Oasis yang dengan berani mendedahkan aliran dakwah Islam yang tidak realistik  dan tidak berjijak kepada permasalahan semasa  sebaliknya banyak merujuk kepada zaman nabi-nabi yang tidak lagi sesuai untuk pendekatan di zaman ini.

Pada keseluruhannya khutbah ustaz dan ustzah di TV dan juga radio tidak mengajar orang Islam untuk bersikap dinamik bagi mempersiapkan diri untuk survival Islam jangka masa yang panjang sebaliknya menekankan kepada kiamat dan kematian  yang menyebabkan umat Islam mati sebelum mati dan kiamat sebelum kiamat.

Inilah yang sedang berlaku di negara-negara Arab yang menyebabkan mereka lari mencari kehidupan dan keselamatan di Barat dan juga ke Malaysia.

Dalam berfikir demikian maka saya bagitu gembira apabila  dalam  sebuah program agama pagi di Astro Oasis muncul Dr. Asri yang bercakap secara terus terang kelemahan pendekatan Islam di negara ini. Beliau  mencabar penggunaan wang zakat yang terhimpun beratus juta ringgit tetapi tidak dapat diuruskan secara lebih efektif.

Beliau berkata "tidak sahaja orang yang tidak membayar zakat berdosa tetapi  orang yang tidak menjalankan pengurusan zakat dengan sempurna juga adalah berosa"

Beliau bertanya kenapakah wang zakat hanya mesti diberikan kepada pelajar-pelajar jurusan agama, kepada belajar-pelajar yang hendak  ke Azhar Universiti atau  mereka yang hendak pergi belajar agama di negara-negara Arab tetapi tidak diberikan kepada  pelajar-pelajar perubatan, kejuruteraan dan lain-lain bidang ilmu sedangkan Islam adalah agama yang mencakupi segala ilmu.

Ini katanya memberikan gambaran seolah-olah negara  hanya memerlukan ustaz dan ustazah sahaja.

Katanya, wang zakat yang terkumpul beratus juta ringgit  tidak dapat menebus maruah  orang Islam di negara ini.

Masih ramai fakir miskin yang terbiar oleh kerana sikap jabatan zakat yang tidak pro aktif sebaliknya menunggu mereka datang meminta bantuan di pejabat dan menyusahkan pula mereka dengan keperluan mengisi berbagai borang  dan kemudian terpaksa menunggu beberapa lama pula untuk mendapat bantuan bayaran.

Sepatutnya pegawai-pegawai zakat atau jabatan zakat bersikap pro aktif. Mereka bukan menunggu fakir miskin datang meminta bantuan tetapi mencari fakir miskin, menjalankan siasatan dan mencari orang Islam yang perlu diberikan bantuan.

Jika polis boleh mencari penjenayah maka kenapakah pegawai-pegawai zakat tidak boleh ditugaskan untuk mencari fakir miskin di daerah masing-masing? Tidakkah kemiskinan menggalakkan jenayah?

Jika wartawan-wartawan boleh melakukan ini  dan mendedahkan kemiskinan dari semasa ke semasa, maka kenapa pegawai-pegawai zakat tidak dapat berbuat demikian? Adakah pejabat-pejabat zakat mengambil berat tentang berita-berita kemiskinan dalam akhbar-akhbar?

Kebekuan berfikir orang-orang yang hanya bersandarkan kepada pelajaran agama yang tidak terdidik dengan pendekatan-pendekatan yang praktis dan realistik, tidak akan nampak pekara ini .

Lebih buruk lagi ialah apabila penerima-penerima wang zakat ini disusahkan pula dengan upacara atau majlis penyampaian  bantuan kepada mereka yang dipentaskan yang memaksa mereka menunggu berjam-jam lamanya.

Ustaz dan  ustazah  asyik  mementingkan syarahan ke arah mengkritik perbuatan mungkar tetapi tidak menggalakkan atau tidak dapat menunjukkan jalan kepada umat Islam ke arah mengerjakan amal maarof, kata Dr Asri.

Jika kesedaran seumpama ini dibangunkan  sekian lama menerusi khutbah-khutbah  Jumaat dan berbagai tazkirah dan sebagainya maka mungkin negara kita akan lebih bersih dari Singapura atau pegawai-pegawai kerajaan kita akan berkerja dengan penuh disiplin dan tidak menyusahkan orang ramai.

Saya tidak dapat mencatitkan disini semua pemikiran Dr Asri yang mencabar minda kita, yang boleh membuka fikiran pemimpin-pemimpin Islam  untuk melihat sejauh manakah kita telah terbawa dalam arus dakwah yang jumud, beku dan tidak sezaman. Eloklah program Dr. Asri di Astro Oasis itu di ulang semula pada waktu-waktu utama.

Syabas kepada penerbitnya.




76 comments:

  1. Ustaz kat pusat zakat banyak berzikir, bersolat dan menghadiri majlis ilmu bersama malaikat. Mencari dan menjalankan tugas hanya dalam skop kerja aje. Ramainya gitu, van kutip zakat kerap nampak, van cari org miskin Tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity913 June 2016 at 15:08

      saya bagi direct saja la ni pada yang mana saya tahu memang miskin. bagi kat amil, masjid etc tak tahu kemana pergi. tiap tiap kali jumaat minta derma... bila datang bulan puasa minta derma lagi nak buat moreh, bila nak korban lembu minta sumbangan lagi...

      Delete
  2. Agama adalah candu masyarakat.Iblis menguasai institusi agama,melarikankan kita daripada Al-Quran dan kebenaran.Orang seperti Dr. Asri telah lama mereka cap sebagai kafir.Segala-galanya diagamakan oleh agamawan untuk tujuan ringgit.Sejak orang Melayu bertudung dan berjubah,kita menjadi semakin sesat dan menyesatkan.Membaca Al-Quran sekadar untuk tujuan tajwid dan berlagu-lagu sahaja,sedangkan peringatan Allah tiada yang peduli.Jika benar kita ada ulamak dan hukamak,di manakah mereka dalam keadaan negara sekarang sedang berhadapan dengan pemerintah yang terang-terang merompak harta negara?Orang Melayu lebih percaya agama tulisan tangan tok guru daripada Al-Quran.Kita sedang menganut agama Arab Jahiliyyah.Islam bukan agama ritual dan kepercayaan,kerana manusia sangat percaya kepada sesuatu itu walaupun ianya adalah karut dan merugikan.Islam adalah kebenaran.Apabila kebenaran ini cuba disampaikan,maka ianya sangatlah pahit.Iblis yang bertahta akan buat serangan balas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raja-Raja Melayu tidak sebulat suara12 June 2016 at 00:25

      Saya setuju ugama pada asasnya adalah madat untuk orang awam pada zaman feudal. Kita yang masih siuman ada dua pilihan. Sama ada join these hipokrits dan munafik dan berpura-pura menjadi suara Allah macam Hadi atau kita boleh bersatu menegakkan kebenaran dan keadilan yang tulin.
      Ugama itu memang menarik sebagai tongkat dan sumber kewangan sebab itu bermacam-macam berbembang di seluruh dunia. Tetapi sejarah telah membuktikan ramai orang berpura-pura menjadi perantara Allah dan manusia supaya disanjung dan diberi imbuhan.
      Malah konsep rumah berhala juga adalah sama. Siapa yang dapat membina rumah berhala yang cantik dapat mengutip wang dari mereka yang datang dengan berhajat.
      Dongeng bertukar menjadi realiti.
      Tapi dongeng itu akhir akan menjadi ISIS kerana itulah akhirnya dongeng Hadi dan Najib mereka tak akan puas.
      Sekarang ini Hadi dan Najib membelakangkan Sultan-Sultan. Dalam THESTAR , Asyraf Dusuki membongkarkan kenapa Najib tidak membentangkan RUU355 adalah kerana Majlis Raja-Raja Melayu tidak sebulat suara setuju.
      Tetapi jika pembangkang Hadi yang buat mereka tidak perlu dapat kelulusan Raja-Raja Melayu!
      Ini bermakna Najib cuba mengambil kuasa Raja-Raja Melayu mengenai Islam!
      Malah TheSTAR juga melaporkan Najib menyebut Allah,Nabi dan pemimpin mesti ditaati.
      Bukankah ini satu bidaah. Najib menyamakan dirinya setaraf Nabi pula! Sedangkan yang dimaksudkan adalah Raja semasa zaman feudal.
      Begitu juga teguran Majlis Raja-Raja Melayu supaya tindakan diambil keatas 1MDB di diamkan saja.
      Begitu juga rang undang2 NSC juga tidak mengendahkan teguran Raja-RAja Melayu.
      Najib nampaknya sudah faham peranan agama sebagai madat untuk membolehkannya terus berkuasa dan mencuri seperti kata Tun dan Ling Liong Sik.
      Ini melayu paling jahat yang orang UMNO perlu faham.
      Jika Raja-Raja Melayu tidak setuju dengan RUU 355 apa hak Hadi atau Najib mengaku bertindak atas nama Allah?

      Delete
  3. amalkan kat perlis dulu...saya orang johor tapi potong gaji zakat negeri perlis sbb tau perlis negeri kecil perlu bantuan kewangan tapi yg dok bersidai lelaki perempuan berpeluk waktu maghrib jln pantai menuju kuala perlis tu perlu di bersihkan dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity913 June 2016 at 15:05

      ke situ pulak... jangan lari dari tajuk. Org berpeluk waktu maghrib tak ada libat duit orang lain.

      Delete
    2. hahahaha..... betul tu. Org berpeluk waktu maghrib, dia tersasar sekejap2 saja. Yg tersasar teruss sampai tak mahu tgk jalan adalah yg overdose agama.

      Delete
    3. Apa pulak orang berpeluk bersidai masa maghrib yang ko dengkikan? Itu masalah peribadi. Ni ha..masalah negara ni yang kena difikirkan.

      Ayron

      Delete
  4. Pada pendapat saya bijak pandai alim ulama di peringkat negeri ada alasan kukuh kenapa mereka cenderung agar zakat diberi kepada pelajar pengajian Islam. Kerana untuk kursus2 lain, sudah ada tajaan atau pinjaman dari MARA, PTPTN dan seumpamanya. Maka zakatlah satu2nya saluran untuk membantu para penuntut lapangan pengajian Islam. Isu ini seringkali diulang2 oleh Dr Asri semenjak sekian lama. Saya sudah mendengar ulasan beliau mengenai ini lama sudah. Kelihatan Dr Asri suka membangkitkan isu ini demi survival dan popularitinya semata. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu spesifik kepada pengajian agama. Kita sentiasa memerlukan saintis, jurutera, peguam dan lain2 lebih banyak daripada ustaz dan ustazah.
      Guru bahasa dan matematik pun kurang di Malaysia.
      Sudah2lah cuba membeli agama. Tuhan tidak makan sogokkan. Akhir nanti amal kita bukan setakat zikir dan solat yang dikira. Berbudi kepada dunia dengan amal yang baik adalah lebih penting dari melagu-lagukan kitab yang sepatutnya memberikan jalan yang benar.

      Delete
  5. Apa yang dikatakan oleh anon 12:10 sangat benar. Amat sedih bila kes pencurian di tahap mega berkaitan emdibi tidak langsung mendapat perhatian mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai alim ulama, ilmuan dan sebagainya. Apakah skandal terbesar itu tidak ada kaitan dengan Islam? Layak kah Malaysia di label sebagai negara Islam? Sedangkan pihak berkuasa Singapura, yang dianggap negara 'kafir', bertungkus lumus cuba membongkarkan semua aspek berkaitan dengan kes berkenaan.

    Bilakah ornag Malaysia akan kembali kepada Al Quran dan mengamalkan semua prinsip-prinsip yang terdapat di dalam nya seperti yang di amalkan oleh pihak-pihak yang dianggap 'kafir' seperti S'pura, Switzerland, Ireland, Jepun dan sebagainya. Pihak yang akan memenangi pilihan raya yang akan datang diharap akan mengkaji semula pendidikan Islam di semua peringkat dan memeberi keutamaan kepada semua prinsip yang terdapat di dalam al-Quran. Jangan lah lagi bergantung kepada mereka yang mengutamakan kitab-kitab tulisan manusia dan mereka yang melihat negara-negara Arab sebagai contoh yang perlu di teladani.

    ReplyDelete
  6. Orang Melayu isle lebih bertuhankan ostat2 malaun bodoh dari beriman ajaran quran.
    Klu ostat terjun sungai depa pun terjun sama. Akai tak dak. Otak pakai kepala lutut. Serupa lalang ikut angin tiup. Ostat plak bukan nk mengajar tapi cari pitih cari glamor. Bodoh.

    ReplyDelete
  7. Saya rasa prosedur Pusat Zakat dah betul dah. Seumpama prosedur2 di agensi2 lain di Malaysia juga. Jika kita perlukan bantuan atau pinjaman, seperti biasa kita la yang kena datang untuk mohon, isi borang dan lain2. Prosedur tu dah cantik dan sistematik dah rasanya. Kenapa pula perlu ada van cari orang miskin. Saya pun pelik kenapa Dr Maza dan ZAM yang lama jadi menteri tak faham bahawa apabila seseorang itu memerlukan sesuatu bantuan, maka sistem prosedurnya dia kena datang, mohon dan sertakan dokumen2 menandakan dia berhajat dan layak menerima zakat. Ada juga org miskin yang layak tapi tak mahu menerima zakat, jadi adakah van2 dan pegawai tu kena datang siasat dan paksa dia terima zakat tersebut berdasarkan kaedah Dr Maza tersebut? Sistem yang ada sudah baik dan sistematik. Jika anda berhajat dan perlu, datang ke kaunter. Jika anda layak, tiada sebab hak anda perlu dinafikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, datang kaunter apply bantuan zakat? So klu tak datang tak dapat & pusat zakat duk terkangkang jer tunggu? Atau tunggu sambil tengah baca Al quran?
      Aisey bro, use your brain la sikit. Be pro active. Its proven existing system failed. Bukak mata luas luas..

      Delete
    2. Kau pegawai zakat ke?Semasa berkursus makanan macam mana?

      Delete
    3. Pakai Jubah Arab untuk riak12 June 2016 at 00:37

      Melayu seperti kamu tidak berminat kepada membuat kebajikan. Hanya pandai menggunakan niat baik orang lain untuk kepentingan diri.
      Zakat diberikan supaya dapat menyokong orang miskin dan susah. Kenapakah Jabatan Agama tidak minat dan proaktif? Sedangkan kalau mengintip anak dara atau janda tengah pagi buta pun sanggup?
      Duit zakat beratus juta adalah sumber maksiat kerana nafsu haloba manusia yang tidak dapat lari darinya.
      Jadi orang Melayu mesti peka ada Melayu yang cuba mengambil kesempatan.
      Melayu yang sudah berani mengatakan duit Kerajaan bukan duit rakyat setelah cukai dikutip!
      Melayu yang sudah berani berkata YPEIM ada bisnes sendiri jadi apa yang mereka buat dengan untung YPEIM adalah non of your business. Astargafirullah...
      Mereka lupa asasnya adalah untuk membantu anak yatim. Macam sudah habis anak yatim di Malaysia hingga ada duit lebih main golf simulator.
      Bukan mereka sacrifice masa dan hidup mereka, mereka mula berfikir tenttang kesenangan mereka dan susah payah mereka menjaga duit zakat dan cukai.
      Inilah melayu yang kita perlu kita tentang.
      Bila KJ sudah pakai jubah arab, Najib sudah pakai jubah Arab, Zahid Hamidi, Jami Khir pakai jubah maka berwaspada lah orang Melayu.
      Mereka bukan pejuang Melayu lagi!!!

      Delete
  8. Saya teramat syiok gembira membaca tulisan zam yg satu ni.
    Satu sikap yg berani, betul dan berterus terang.Bijak pandai sekarang banyak munafik lebih penting fulus. Depa dah sembah fulus Tuhan depa.

    ReplyDelete
  9. Jabatan pengurusan Agama ,sudah lama bernanah ,malah di Malaysia ini tiada tempat meletakkan keperchayaan .

    ReplyDelete
  10. 1) Apo pulak TS khobar an Agamo itu candu..?
    Itu dah jurus pado pemikiran komunis yang dibawak olih Stalin dan MZDong dalam usoho mereko menghapuskan agamo.
    Mungkin ado Misundertanding ...?

    2) Dr Asri ni kan mufti Perlis . Dio duduk dlm majlis agamo islam Perlis dan penasihat pado Sultan Perlis . Dio jugo ado kuaso dalam pentadbiran agamo .
    Ngapo tak mulokan pembaharuan yang dio khobar an tu . Jangan cakap jo ...

    Kok nanti jadi mufti menghabihkan bogheh .

    Waghih.

    ReplyDelete
  11. anon 12;10

    Apa benda yg ko tulis tu.....Mirip karl marx punya agama jer. Kita tau dan kenal siapa Asri ni. Bahan yg dibicarakan adalah satu bahan lama cuma ianya diolah mengikut wacana modul Masterchef saja. Takda apa yg hebat nya melainkan tuduhan demi tuduhan kpd Kutipan Zakat .

    Byk lagi instutusi lain di serang.....Anak aku akitek dapat bantuan zakat. Mana benarnya Asri mengatakan bahawa Zakat hanya di beri kpd pelajar agama sahaja, Bukan kah ini fitnah yg besar yg dilontarkan oleh Asri kpd Badan Zakat.

    Hati-hati setiap kata Asri, isu yg dilontarkan selalunya hanya utk promote diri nya sendiri. Lebih baik diam , lagi banyak Asri bercakap semakin jelas kejahilannya.

    sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai Jubah Arab untuk riak12 June 2016 at 00:43

      Macam riak dan sombong saja tulisan anda.
      Peringatan tentang agama sebagai candu tu tepat pada masanya kerana sekarang ini ramai sudah berminat merebut kuasa seperti HAdi dengan mengaku dialah Islam.
      Menentang RUU yang dia bentang adalah anti Islam.
      Tidak taat pada PAS adalah merosakkan akidah.
      Ini tanda tanda melayu kampung yang cuba menjadi raja dengan menakut nakutkan melayu lain dia lebih tahu dan lebih rapat dengan Allah.
      Tidak salah mengingati walaupun dari Marx ke kerana di barat dan sekarang di ISIS pembunuhan dan peperangan dilakukan kerana tuan tanah dan Maharaja mengaku Tuhan telah memilih mereka. Ada orang arab mengaku Khalifah di Syria dan sekarang Hadi dan Najib mengaku mereka tahu apa yang Allah tetapkan untuk Melayu lain..

      Delete
    2. mamat asri nie suka serkap tah ape2 tah... pemahaman asas dia berkenaan agama yg condong kepada pelopor ekstremis Arab, yg suka nak merendahkan org lain, konon dia betul, dulu ludah jawatan mufti ari nie makan gaji dengan jawatan tu semula, tak pernah menyanggah pemikiran wahabi... kesimpulannya jgn la dok rasional sangat dengan mamat nie...

      Delete
    3. 11:50...cara kau berhujah nampak yang kau juga tidak rasional dengan Al-Quran dan menindas kebenaran.

      Delete
    4. Karl Marx tidak bertanggungjawab terhadap fahaman marxist.Dia anak orang berada yang simpati dengan orang miskin.Membesar dengan melihat ketidakadilan sosial,penindasan dari golongan kaya terhadap rakyat,dan kemiskinan yang tiada kesudahannya.Pemikirannya mengatakan yang semua manusia itu adalah sama di sisi Tuhan.Meninggalkan kekayaan keluarga,membawa diri ke England dan menjalani kehidupan yang sukar.Seorang kawan datang menziarah dia di London dan menyampaikan berita gembira iaitu fahaman marxis sedang berkembang di Peranchis,dengan harapan beliau akan suka mendengar berita itu.Karl Marx berkata kepada kawannya itu,"aku bukan marxist".Buku tulisannya Das Kapital menjadi pencetus semangat kepada golongan yang miskin dan tertindas.Ini mendorong mereka untuk berani bersuara menentang sistem yang ada dan menuntut hak mereka.Perkataan komunis itu asalnya daripada perkataan 'commun/community'.Maka lahirlah daripada golongan yang membaca buku itu pejuang revolusi yang mengajak rakyat untuk bertindak.Gerakan ini dinamakan marxis.Sejarah melihat lahirnya pemimpin revolusi dan diktator dengan doktrin mereka,seperti Lenin,Stalin,Mussolini dan Mao Zedong.Karl Marx tidak pernah menjadi raja,presiden,perdana menteri,menteri kabinet,peguam negara,ketua polis negara,ketua agama dan mengambil apa-apa keuntungan pun daripada revolusi berdarah serta rejim kejam yang mendapat kuasa itu.

      Delete
  12. Satu sifat yg saya rasa sudah tidak ada lagi pada umat Islam M'sia ni ialah akhlak yg baik. Ye memang rata2 org berjubah & bertudung tapi rata2 membuang sampah merata2, mencemarkan alam sekitar, parking kereta merata2 hingga menyusahkan, bercakap dgn bahasa kasar & kurang ajar serta tidak punya sifat 'giving their best' dalam kerja.

    Baru2 ni dlm Utusam M'sia disiarkan mengebai anak mangsa ragut (ibu, yg meninggal) di Kelantan yg terpaksa berhenti sekolah untuk menyara adik2 nya. Ayahnya telah mempunyai keluarga baru dan tak mampu menyara mereka! Tertanya saya mengapa jadi begini. Inikah keadilaan dalam negara Islam?

    ReplyDelete
  13. panglimo potaseh11 June 2016 at 17:10

    Pak Zam.

    Saya melihat ada yang tak kena dengan sistem umat islam hari ini. Ada pun kita lihat secara fizikal umat islam semakin kehadapan dengan peganggan islamnya, tapi tampak kacau-bilau, semacam ada yang menangguk di air keruh .. cari untung politik, untung berniaga, makanan sunah, air magik, kirim doa.

    Mungkin kita dah tak lagi melahirkan pengamal islam tapi pengemar islam. Nak tahu apa itu pengemar islam, tak susah .. kita lihat saja disekeliling kita. Islam dah dikartonkan dengan sekarton-kartonnya. Kalau karton dalam TV impaknya mungkin pada budak kecik .. tapi islam yang di kartonkan impaknya sehingga kegenerasi akan datang .. itu pon kalau tak kiamat lagi.

    Bak kata Pak Zam, dia takut islam yang kiamat dulu .. mungkin juga, lihat apa jadi dengan empayar besar mayan yang di kerjakan dan dijarah oleh kristian. Apa jadi dengan empayar mongul. Mereka lenyap akibat kobodohan mereka sendiri.

    Macam tu lah juga keadaan umat islam hari ini. Lebih dahsyatnya mereka dibiarkan bodoh .. lagi bodoh lagi lagi baik, senang dicucuk hidung. Bayangkan kita dah diajar berkali-kali betapa doa yang sampai pada aruah orang tua kita adalah daripada anak-anak mereka juga. Ini tidak, Sang Ustaz dah siapkan borang dengan kadar upah sekali untuk ustaz tu kirimkan doa ampon dosa pada si polan. Aku kira ugama cina lagi berakal sebab mereka kirim aruah dengat duit fotostat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!Kalau dilihat tindak tanduk kita dalam beragama,boleh dikatakan kitalah yang paling kafir sekali antara semua yang lain.Apa sebabnya?Kerana kitalah yang paling kuat di atas muka bumi ini yang memanggil orang lain sebagai kafir,sedangkan Allah melarang.Kita menganut agama Arab Jahiliyyah yang suka berbunuhan sesama mereka.Agama ini bak kanser yang membawa kerosakkan kepada nilai baik yang kita pernah ada.Tiada yang peduli dengan peringatan Tuhan,yang penting ikut apa yang ostad dan ostazah cakap.Saya suka;" Sang Ustaz dah siapkan borang dengan kadar upah sekali untuk ustaz tu kirimkan doa ampon dosa pada si polan. Aku kira ugama cina lagi berakal sebab mereka kirim aruah dengat duit fotostat".Orang yang sudah mati termasuk dalam kategori berkemampuan atau tidak untuk mengerjakan haji?Masih perlukah mereka dihajikan,atau untuk ringgit?

      Delete
  14. Pada pandangan saya, peruntukan untuk membiayai penuntut perubatan, kejuruteraan dan seumpamanya agak tinggi. Jadi kerajaan pusat mengambil tanggungjawab menaja pelajar2 aliran tersebut dari MARA dan PTPTN. Kemudian pelajar2 aliran agama pula dibiayai melalui kutipan zakat negeri masing2 memandangkan kos pengajiannya agak murah. Pembahagian tanggungjawab ini nampak cantik dah apabila kerajaan pusat dan negeri mengambil bahagian dalam memajukan kedua2 bidang/jurusan. Saya tak faham kenapa Dr Asri masih terpekik2 tentang masalah hasil zakat tidak dijadikan untuk tajaan perubatan sedangkan negara kita antara negara yang memberi tajaan penuh kepada penuntut perubatan dan seumpama dengannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity914 June 2016 at 15:10

      tajaan penuh perubatan...?? bukan masih tak cukup doktor ka?
      cuba bayangkan kalau duit zakat tak terikat pada kursus agama saja... rasa ramai lagi anak melayu dan islam yang boleh sambung belajar .. tak la semua balik kampung jadi ostad saja... tak dapat kerja gomen... bukak tahfiz sendiri...tak dak duit, senang.. bagi ceramah bawak sekali produk..jenamakan dia Islam dan halal.. minta derma lagi untuk biayai kos tahfiz...
      saja perangat noo.... sapa rasa panehh?

      Delete
  15. Pusat Zakat bukan hanya menyusahkan orang miskin minta bantuan. Ada sesetengah pegawai nak share dia pulak! Kalau tak beri dia, permohonan tak lulus. Patutnya si miskin dapat 5 ribu, tapi cuma dapat 3.5 ribu. 1 ribu gi kat approving officer, 500 gi kat clerk. Tak pasal2 si miskin terlibat dgn rasuah.

    Sangat memalukan! Duit zakat kita dijadikan alat rasuah!!

    ReplyDelete
  16. Anon 15:32,
    Kalau jabatan agama boleh tunggu dalam semak & serbu rumah org/hotel pukul 3 pagi, kenapa x boleh pergi surau, masjid di kpg2 tanya jika ada org memerlukan bantuan?
    Negara kafir jadi maju kerana mengamalkan 'continuous improvement', menggunakan kritikan sebagai mangkin untuk menjadi lebih baik; bukannya mendabik dada dgn berkata prosedur kita dah perfect dah.
    Hakikatnya miskin luar bandar duduk diceruk yg tidak ada kemudahan pengankutan & ramai yang jatuh papa kedana kerana penyakit atau kematiaan punca utama pendapatan. Nak suruh naik bas turun bas lagi cari pusat zakat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita biasa mendengar laporan berita dalam akhbar berkaitan tangkapan artis berkhalwat yang bila diajukan soalan kepada ostad pencegah maksiat,jawapannya berbunyi begini;"kita mendapat maklumat dari orang ramai,dan setelah 3 bulan melakukan penyiasatan dan intipan akhirnya pasangan ini berjaya ditangkap.Pihak kami juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu." Lebih glamor selama 3 bulan mengintip orang terkenal.

      Delete
  17. Apabila institusinya dikritik tentera pie sanggup mati.

    ReplyDelete
  18. ...kena banyak kan kursus bagi menambahkan ilmu kpd amil...dpatlah zakat makat diagih dgn betul...zakat untuk dilantak pegawai agama.... dibhgi bhgi sesama amil amil....

    ReplyDelete
  19. Salam hormat.
    Saya salah seorang yg kerap berurusan dgn pusat zakat. TAHNIAH...mereka tetap menjalankan tugas dgn baik. Saya yg perlu bantuan,jadi saya harus mencari mereka. Takkan mereka pula yg susah payah memburu saya ? Mereka pula menguruskan bukan sedikit pengadu....ramai. Jadi utk menyalahkan pihak pusat zakat adalah tidak tepat sama sekali. Anak saya mengambil jurusan teknikal pun masih dibantu pusat zakat. Jadi bagaimana tu ?
    Buka lah pemikiran kita seluas2nya.....
    Belajarlah utk bersyukur bukan mengeluh.
    # simpati kpd pusat zakat yg selalu di persalahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan semua ada kemampuan nak turun naik pusat zakat. Anda beruntung masih ada kemampuan.

      Delete
  20. Tan Sri maaf cakaplah ada ulamak2 kita ini termasuk mufti pun lebih kpd politik duit dan pangkat serta darjat mereka lupa diri saya memang menghormati mufti dr asri diatas kelantanganya dan befikiran one step ahead tk

    ReplyDelete
  21. YB, ketua kampung, taman, penduduk dll ketua kawasan perlu kumpulkan penduduk yang susah. Tolong ajar isi borang zakat & kalau boleh tolong hantar sekali ke pejabat agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity913 June 2016 at 14:57

      Isu borang saja ka? kalau dah tak boleh menulis membaca macamana ya? Org pejabat zakat pon sekali sekala turun padang pi cari dan sembang sembang dgn org kampung pon ok... jgn dijadikan alasan tak ada maklumat dan tak ada permohonan.

      Delete
  22. salam,

    sebenarnya hanya satu kelemahan di dalam sistem pengurusan kebajikan dan pusat zakat iaitu sumber tenaga manusia.

    ReplyDelete
  23. Pasal promosi kejumudan agama di radio dan tv bukan hanya sekarang sejak dulu lagi dizaman Tan Sri sendiri jadi menteri penerangan dulu pun memang macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suatu anggapan samborono. Di masa saya,hanya mufti-mufti dibenarkan memberikan kuliah agama di program agama RTM di waktu pagi dan ditetapkan displin pakaian yang ketat. Hanya Mufti sahaja dibenarkan berpakaian seperti mufti atau berbaju kebangsaan Melayu dan bersongkok hitam.

      Penceramah lain digalakan berpakaian Melayu atau bersongkok hitam dan tidak dibenarkan berkupiah putih atau kupiah lebai atau lain-lain pakaian yang ke Araban.

      Ustaz dan ustazah juga diberikan kesempatan tetapi ditapis ceramah mereka dan bila diketahui "merepet" ,kekarutan dan kejumudan dihentikan serta merta.

      Demikian juga dalam program takbir di pagi raya,para peserta diwajibkan berpakaian baju Melayu yang sempurna.Tidak boleh berbaju Melayu tepi berketayap atau berkupiah putih.

      Sila tanya dengan pegawai rancangan agama RTM jika ignorance dalam hal ini.

      Delete
    2. Politicalamity914 June 2016 at 15:14

      kenapa tak dikuatkuasakan semula ketetapan pemakaian ni ya TS? kan lebih elok... tak la semuanya ikut suka hati... nasib baik tak nampak lagi yang bercelak tebai.

      Delete
    3. Minta maaf jika saya tersilap. Hati saya panas tengok keadaan sekarang. Sebab apa sebab benda ni telah berjangkit ke ahli keluarga. Kerana merepet sangat otak hingga jadi tumpul. Hidup hanya ikut arahan ustaz dan ustazah.

      Delete
  24. Lembaga Urus Zakat tidak sewajarnya memberi bonus tahunan kepada kakitangannya sebagaimana LHDN. Kutipan zakat bukanlah sejenis perniagaan. Pembayar zakat membayar zakat adalah berdasarkan kesedaran tuntutan agama.Jumlah kutipan zakat yang tinggi tidak mewajarkan kakitangannya menerima bonus yang tinggi dan berbeza dari kakitangan awam yang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu rezeki mereka. Allah tetapkan untuk mereka asnaf Amil. Yakni yang menjalankan segala tugas kutipan dan urusan agihan zakat. Segala belanja untuk pengurusan kitipan dan agihan mereka dari asnaf AMIL tersebut. Mereka juga bekerja, susah senang sama seperti kita.

      Delete
    2. Seorang kawan aku kakitangan pejabat zakat di sebuah negeri pernah beritahu aku yang mereka pernah dibenarkan buat 'loan' untuk duit muka beli kereta baru.

      Delete
    3. Jawapan biasa orang Melayu DAH REZEKI...

      Delete
    4. Hey tak malu ker amik duit zakat ? Muka tebal . Dah rezeki konon . Jgn marah na

      Delete
  25. Sebenarnya kalau kita pergi bertanya, ada jurusan lain pun dapat bantuan zakat. Kalau ada fakir miskin tercicir tu bukanlah bererti pegawai zakat tak turun cari, tiap2 hari kerja bahagian agihan zakat keluar cari fakir miskin seperti di fb mereka. Kita manusia, terhad kuasa kita. Hanya Allah yang tahu sehingga setiap helai daun yang gugur ke tanah. Tanggungjawab bersama membantu yang tercicir ni panjangkan pada zakat agar dapat bantuan. Kita muslim umpama binaan, saling memperkuatkan. Follow fb zakat negeri masing2 untuk maklumat:
    Senarai link FB page/website Pusat Zakat & Majlis Agama Islam Negeri untuk rujukan bersama. Boleh hubungi mereka terus jika anda mempunyai sebarang urusan berkaitan pembayaran zakat mahupun permohonan agihan ye.
    Selangor
    Kutipan & Agihan :
    https://www.facebook.com/zakatselangor/
    Wilayah Persekutuan
    Kutipan : https://www.facebook.com/myzakat
    Agihan : https://www.facebook.com/baitulmal.wp
    Pahang
    Kutipan : https://www.facebook.com/zakatpahang
    Agihan : http://www.muip.gov.my/v3/
    Melaka
    Kutipan : https://www.facebook.com/Zakat-Melaka-1672227806388400
    Agihan : https://www.facebook.com/maimmelaka/
    Negeri Sembilan
    Kutipan : https://www.facebook.com/zakatns
    Agihan : https://www.facebook.com/pages/Majlis-Agama-Islam-Negeri-Sembilan/302451703213677?fref=ts
    Pulau Pinang
    Kutipan dan Agihan :
    https://www.facebook.com/zakatpulaupinang/
    www.zakatpenang.com
    Kedah
    Kutipan dan Agihan :
    https://www.facebook.com/zakatkedah/?fref=ts
    Johor
    Kutipan dan Agihan :
    https://www.facebook.com/brigedansar.prihatin?pnref=story
    Terengganu
    Kutipan dan Agihan :
    https://www.facebook.com/maidampuz
    Perak
    Kutipan dan Agihan :
    https://www.facebook.com/pages/Zakat-Perak-MAIPk/1426992360871782
    Perlis
    Kutipan dan Agihan :
    https://www.facebook.com/pages/Majlis-Agama-Islam-dan-Adat-Istiadat-Melayu-Perlis-MAIPs/203294833048179
    Kelantan
    Kutipan dan Agihan :
    http://www.e-maik.my/v2/index.php
    Sarawak
    Kutipan dan Agihan :
    https://www.facebook.com/pages/Tabung-Baitulmal-Sarawak/110233099029503
    Sabah
    https://www.facebook.com/PusatZakatSabah/?fref=ts
    p/s : List di atas telah disemak setakat 9 Jun 2016
    Follow fb zakat negeri kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity914 June 2016 at 15:21

      Bang, cuba la pikir panjang sikit.. jangan la dok pikir yang orang susah ni mcm kita.. dok melangut komputer tiap-tiap hari...cuba la cari jalan yang memudahkan untuk golongan miskin ni dapat bantuan.. bukannya memudahkan pejabat zakat memberi zakat (boleh dalam FB, Twitter, website..selesai masalah). Dan ingat juga.. golongan susah ni pon, persekitaran kediaman mereka kena ambik kira juga... kita jangan la pikir orang susah ni dikelilingi oleh orang berada dan kaya yang pandai segalanya dan ada access pada semua media massa.
      Kita nak bagi zakat, kita cari amil ka..amil cari kita?

      Delete
    2. setuju 100%. orang dah miskin..nak beli beras pun tak berapa nak cukup...mcm mana nak beli internet nk buat FB....

      Delete
    3. Sebabtu pentingnya wakil rakyat, ketua kampung, ketua kawasan atau imam yang digajikan kerajaan untuk membantu mereka yang kurang upaya macam ni dengan menyebarkan maklumat cara-cara memohon & tolong kumpulkan meraka untuk sesi penerangan bersama lembaga zakat, tak payah susah-susah ke pejabat. nak harapkan staf lembaga zakat turun padang selalu memamng susah, diorang pun manusia biasa kerja hanya utk ganjaran duniawi... tp klu lembaga zakat nak tambah staf untuk tujuan mencari asnaf lagi bagus, ramai pemuda-pemudi yang menganggur sekarang ni.

      Delete
  26. Masaalahnya Pejabat2 Zakat ni ramai diurus oleh ustaz2 dan ustazah. Maka dia buat peraturan sendiri meramaikan ustaz bukan doktor, akauntan dan engineer. Ini perlu diubah. Menterinya mesti berfikiran terbuka. Ramai anak2 melayu kita yg ingin belajar IT, engineer dsbnya dinafikan hak walau pun mereka ini tergulung dari kalangan miskin.

    ReplyDelete
  27. TS Zam lebih prihatin mewajibkan orang2 Melayu bersongkok berbaju Melayu waktu muncul di RTM. Sedangkan kewajipan menutup aurat TS Zam langsung tak nampak ketegasan sepanjang menjadi menteri. Tak tahulah sebab apa TS Zam ni panas hati sangat pada org berkopiah putih. Kalau benci PAS pun takkan kopiah putih nak dibakar pula. Cubalah rasional sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkataan aurat tu maknanya kemaluan mengikut orang Arab.Awak ada nampak kemaluan sesiapa di tv ke?

      Delete
    2. Politicalamity915 June 2016 at 14:17

      ada sapa sapa inzal ka tengok yang tak bertutup kepala (aurat) dalam tv tu? kalau rasa tak boleh nak tengok org kampung saya cakap "lower your gaze"...jgn nak hadapkan kesalahan pada org lain.

      RTM buat regulation atas polisi kenegaraan..sah sah ni Malaysia kan?? bukan Arab.

      Delete
    3. Otak blue ni...asyik2 nampak aurat orang. Tgk prgm masakan nampak aurat. Tgk prgm bualbicara nampak aurat.. tak nampak dan tak dengar apa2 yg lain dah agaknya. Hahaha... iman sifar ke?

      Delete
    4. Naik motor kener pakai helmet bukan pakai kopiah .kalau accident takder la pecah kepala tu ...kalau lumpuh pusat zakat gak nak kener bela . Tuhan tak suruh org Pas Bodoh situ . Utamakan keselamatan ketika di jalanraya .Majulah ummah tanpa head injuries . Balik2 citer aurat ..citer kopiah . Bodo piang !

      Delete
  28. Kelihatan ramai yang jahil mengenai peranan amil. Berkenaan Amil Zakat, memang disebut secara jelas dan terangan2an di dalam al Quran bahawa mereka adalah salah satu asnaf yang layak menerima zakat. Kepada yang jahil, jangan rendahkan martabat anda dengan memfitnah Amil merembat duit zakat. Pusat zakat telah mewujudkan pelbagai mekanisma utk pengagihan. Salah satu caranya ialah dengan cara media sosial. Maka di sinilah menuntut keprihatinan kita yang celik IT dari anak pinak, adik beradik, atuk moyang utk bantu yang buta IT utk dapatkan bahagian zakat mereka. Ya, mmg ramai orang miskin tak mampu berinternet, akan tetapi saudara mara, jiran dan sahabat handailah kena bantu mereka untuk akses IT.

    ReplyDelete
  29. Sumo ni dah takdo kojo lain ...

    Dulu hontam tabung haji kito ...

    Lopeh tu hontam majlis agamo kito ...

    Sekarang hontam pusat zakat kito ...

    Hampeh yahudi melayu ...

    Semoga Allah SWT buko pintu hati mereko pado haghi dan bulan yang baik ni ...

    Waghih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity915 June 2016 at 14:20

      ada kebenaran tak dok hontam hontam tu Waghih? tak boleh ka nak hontam kalau nak perbaiki? ke nak kena sondol saja macam lembu?

      Delete
    2. Kalau tak boleh tegur, tak boleh hentam, nak buat apa? Tengok je? Janji Malaysia aman? Gitu?

      Delete
  30. Wagih, andalah yahudi baru yang mencuri bila ada kesempatan atas niat baik melayu lain dgn bertopengkan kealiman.
    Tabung Haji tu mmang sasaran lanun sebab ada berpuluh bilion duit melayu. Jabatan2 ni, Pusat Zakat, majlis agamo ni la ni, Melayu UMNO yang buat tapi perlu sentiasa di awasi sebab duit bilion2 ni kalau dapat 1 percent pun juta2 jgn tak faham..hang ni hampeh tuii.

    ReplyDelete
  31. Para cendekiawan seperti Dr Maza & Zam bukan menghentam, tapi melahirkan dan menzahirkan kekurangan yang berlaku pada agensi agama kita sekarang ni yang perlu dibuat perubahan sistem pentadbirannya, kalau nk mengharapkan 'pemakan-pemakan dedak' yang ada sekarang ni untuk menegur kerajaan, memang lingkupla pelaburan orang islam kt malaysia ni.

    ReplyDelete
  32. Aku baru tahu belajar agama dapat bantuan zakat. Selama ni aku hanya ingat zakat utk org miskin sahaja. Kalau diberitahu dari awal mungkin aku pun jadi ustaz hari ni.huhuhu

    ReplyDelete
  33. Assalam Tn Zam, saya pernah bertanyakan pusat kutipan zakat negeri zzz untuk anak saya yg akan melanjutkan pelajaran dlm bidang kejuruteraan. Jwp yg diterima, duit zakat ini hanya utk pelajar ke timur tengah. So anak saya yg melanjutkan peljaran ke timur (tanpa tengah) adalah tidak layak dipertimbangkan. Bg saya ilmu Allah luas ttp kenapa belajar agama shj yg dipertimbangkan utk mendpt zakat sedangan ilmu dlm bidang lain juga perlu utk perkembangan negara sesuai dgn zamannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh16 June 2016 at 00:37

      Tu lah masalahnya, skop "ilmu" dikalangan umat islam dinegara ini, untuk masa ini adalah hanya yang berkaitan Islam yang mengikut acuan tren sekarang. Jika Pak Ustaz sebut perkataan "ilmu" usahlah kita berfantasi untuk belajar sains, kemudian membina kapal angkasa terbang melintasi Pluto. Itu bukan "ilmu" yang dimaksudkan. Subjek jurutera, arkitek, sains, matematik, pengurusan, IT di istilahkan tidak berdaya maju untuk membina pahala sebagai tiket ke syurga. Banyak kali dah saya dengar ceramah "ilmu" bahawa kita tak perlu susah payah belajar sains dan matematik sebab semuanya ada dalam Quran .. ilmu sains ni biarlah Si Kafir je yang belajar sebab tamadun mereka berakhir didunia ni sahaja.

      Delete
    2. Salam panglimo potaseh,

      Dalam al-quran banyak ilmu boleh kita dapat. Ilmu seperti sosiologi, penjagaan haiwan liar, penerangan sejarah tamadun dunia sebelum masa kita, permulaan alam, zarah, dan wujudnya Pencipta kita yang ghaib dan Esa.

      Al-quran adalah pembacaan tentang falsafah dan ideologi yang sesuai bagi manusia. Kita tidak akan dapat belajar computer program, electronic, prinsip akaun dalam al-quran, tetapi Allah juga suruh manusia untuk membaca dan mengkaji ilmu Dia.

      Isaac Newton berfikir kenapa bulan tidak jatuh ketika apple jatuh di depan mata dia. Oleh kerana dia berfikir, dan berusaha untuk mencari jawapannya, maka kita dapat buat ISS di orbit kerana gravity yang dijumpai oleh Isaac Newton yang bermula dari kisah bulan dan apple dia.

      Allah tidak pernah menyuruh manusia untuk baca al-quran sahaja, tetapi baca dan fikir tentang apa yang Dia jadikan. itu konteks dalam al-quran. Yang penting baca dan faham.

      Al-quran tidak pernah sesekali menyuruh manusia menjadi jumud tetapi menjadi lebih proaktif, environmentalist, intelligent jika kita memahami maksud al-quran yang sebenar.

      Semua yang terhasil di depan mata kita adalah datang dari ilmu Allah. Hanya manusia yang berusaha gigih dan berjalan dengan sabar dan fokus akan mendapatkannya.

      Setiap orang samada dia Isaac Newton, Albert Enstein, Al-Jabbar, Pak Meon jika dia benar benar berusaha, dia pasti berjaya. Tak kira siapapun.

      Delete
    3. panglimo potaseh21 June 2016 at 09:02

      Salam Ramadan Pak Zam
      Salam Ramadan Anon 2.44

      Saya setuju .. baca, faham dan kaji.
      Saudara cuba bayangkan seorang penceramah ugama yang seakan "blakout" tentang sejarah Firaun, Kerajaan Rome dan Yahudi, berceramah bagai dirasuk, tentang perhubungan kedua kerajaan itu, raja nya dengan kaum Yahudi. Malah siap bertanya "anda faham ke tidak". Mungkin ini petanda kiamat dah sampai pada kaum muslim dinegara ini.

      Delete
  34. Saya mual mendengar ceramah atau program agama di tv. Pasal nak cuci najis, cara sembahyang, cara mandi wajib, bagaimana menjadi isteri solehah dsb. Bukan tak boleh tetapi rasanya dari dulu sampai sekarang banyak sgt. Lebih baik mengajar orang islam menjadi progresif, berdaya saing, bersatu, menjadi kritikal thinker dan memahami al quran bukan hanya mengajar tajwid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ostad tak tau pun apa itu pemikiran kritis,berdaya saing dan progresif.Apa yang penting bagi mereka ialah mengumpul pahala,dan siapa yang akan masuk surga dan siapa pulak yang akan masuk negara.Majoriti ostad dan ostazah adalah penyokong kuat 'ulamak' macam Hadi.Rata-rata di hati mereka lebih condong kepada perjuangan ISIS untuk menegakkan kepercayaan mereka itu.Untuk kita bersama mereka apa yang perlu hanyalah,berjanggut,berketayap,berjubah,purdah dan di kereta ada sticker parti dan tok guru.Maka ke surga lah kita.

      Delete
  35. walopun macem tu,. Ustad juge diperlukan

    ReplyDelete
  36. Salam,

    Saya pernah mendapat bantuan kewangan dari Pusat Pungutan Zakat negeri Perak dalam kursus diploma IT pada tahun 1998. Saya merasakan PPZ boleh membantu jika kita menepati syarat yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  37. Encik,
    Tengok dulu program tu,
    Hadam dulu isi program tu,
    Baru komen..

    ReplyDelete