Sumber dari pejabat Menteri Besar itu memberitahu, keadaan kesihatan beliau positif dan dinasihatkan doktor untuk berehat.
"Alhamdulillah beliau selamat menjalani pembedahan kecil akibat komplikasi ususnya malam tadi selepas dipindahkan ke hospital berkenaan dan kini berehat. Beliau juga menunjukkan reaksi positif," katanya di sini hari ini.
Ahmad Bashah dikejarkan KMC Sabtu lepas setelah mengalami pitam ketika menghadiri satu mesyuarat UMNO negeri di Hotel Grand Alora dekat sini.
Beliau disahkan mengalami komplikasi usus setelah menjalani rawatan di KMC kelmarin.
Semalam beliau dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan susulan. - UTUSAN ONLINE