Sunday, 5 June 2016

NAJIB PANGGIL ZAM KERANA USAHA DAMAI DENGAN MAHATHIR

Terkini: MB Kedah selamat jalani pembedahan komplikasi usus
45 minutes ago
Add caption
Bersama Tun Dr.Mahathir di upacara pelancaran buku karya  Ibrahim Ali"Perjuangan Tanpa Nokhtah" di Kuala Lumpur semalam( 5 June 2016)

Walaupun sebagai Menteri Penerangan, saya telah dijadualkan menghadiri majlis perkahwinan anak seniman Mustafa Maarof pada malam 3 Julai 2006 tetapi saya terpaksa mengalih haluan ke kediaman Timbalan perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Ini adalah oleh kerana Datuk Seri Najib sebagai Timbalan Presiden UMNO mahu mendapat penjelasan  mengenai usaha saya secara bersendirian untuk menemukan  Perdana Menteri Datuk Abdullah Badawi dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir yang sedang bersengketa.

Akhbar NST yang ketika itu diketuai oleh Kalimullah tidak senang dengan usaha  ini dan mendakwa  saya memandai-mandai sendiri ketika Abdullah Badawi berada  di Perth walaupun  saya sebenarnya telah pun memaklumkan kepadanya sebelum beliau pergi bercuti.

Bagaimanapun atas hasutan beberapa orang disekelilingnya yang anti Dr.Mahathir,Abdullah telah melupakan izin yang diberikan kepada saya apabila akhbar  The Star mendedahkan bahawa individu yang bersedia  untuk menjadi orang tengah bagi pertemuan ini adalah Gabenor Melaka Tun Khalil Yaakob.

Saya telah memberitahu ini kepada Ketua Pengarang Akhbar  The Star Datuk Wong Chun Wai untuk pengetahuannya sahaja dan bukan untuk disiarkan tetapi dia telah mungkir janji.Rupa-rupanya dia seorang kawan yang tidak boleh dipercayai.

Pendedahan ini sesuai dengan hasrat beberapa orang yang anti Mahathir disekeliling Abdullah terutama  Ketua Pengarang NST sendiri Kalimullah yang tidak mahu pertemuan damai itu menjadi kenyataan.

Ketika memberikan penjelasan kepada Datuk Seri Najib, ada panggilan Abdullah dari  Perth kepadanya  dan Najib meminta saya sendiri menjelaskan kepada Abdullah.

Abdullah mulanya bersuara keras dengan  saya walaupun beliau seorang yang biasanya bercakap  lembut dengan saya. Beliau bertanya kepada saya" Siapa suruh you jumpa dengan Dr.Mahathir?"

Saya tersinggung dengan pertanyaan ini dan mengingatkannya kembali bahawa saya telah pun memaklumkan kepadanya sebelum pergi bercuti ke Perth untuk mencari orang tengah bagi mengatur pertemuannya dengan Dr.Mahathir.

" Kalau Datuk rasa perbuatan ini tidak wajar, saya boleh berhenti,"kata saya.

Saya tidak patut berkata demikian kepada Abdullah kerana dia adalah sahabat  karib lama  saya tetapi pertanyaannya mencabar kejujuran dan keikhlasan saya.

Jawapan keras saya mungkin didengar  oleh Najib yang berada berhampiran saya. Saya sememangnya sedia  untuk berhenti jika diminta  kerana saya tidak lagi bersemangat untuk berkerja seperti  di zaman Dr.Mahathir.

Ini hanyalah secebis dari kisah yang menarik dari buku " SAYA BUKAN MENTERI ".Untuk mengetahui banyak lagi cerita-cerita panas  yang masih tersembunyi dapatkanlah  buku ini  terus dari ZAM

SAYA BUKAN MENTERI


Sekarang anda boleh membeli buku " SAYA BUKAN MENTERI " yang di autograf oleh pengarangnya Zainuddin Maidin dengan memesan terus darinya.

Harga sebuah RM50. Pembayaran boleh dibuat menerusi :
 Akaun CIMB : 8002397357.
 Bayaran pos percuma. Sila sertakan alamat anda yang lengkap.

Sila maklumkan jika anda telah membuat pembayaran dan sertakan resit pembayaran sebagai bukti kepada zainudinmaidin@gmail.com









8 comments:

  1. Saya sedang membaca buku Saya Bukan Menteri, berhenti seketika dan buka blog Tan Sri :)

    ReplyDelete
  2. Pendedahan ini, walau pun sedikit, menggambarkan kepada saya bahawa imej umum pemimpin2 BN yang menawarkan diri untuk berkhidmat demi agama, bangsa, dan negara, berkhidmat demi perpaduan dan kesejahteraan rakyat....adalah auta semua. Kalu orang yang imej umumnya adalah alim, mr clean macam pak lah pon boleh cakap cam tu, yang lain cam ner? Mungkin carut mencarut dan maki hamun pagi petang siang malam tu perkara biasa kot?

    ReplyDelete
  3. Ah, kenangan manis waktu itu. Chun Wai, Kali, Brendan, Wong Sulong ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rocky,
      Saya faham maksud saudara.Lebih manis jika disebut Khairy Jamaluddin dan dua orang lagi yang saya lupa nama mereka.

      Delete
  4. BURHAN PETALING6 June 2016 at 14:37

    Saudara Zam walaupun suatu masa saudara pernah meramalkan di blog ini bahawa Khairy Jamaluddin berpotensi menjadi Perdana Menteri ketika hari tuannya tetapi sekarang saya nampak sampai mati pun dia tidak akan sampai ketaraf ini sama seperti Anwar Ibrahim. Dosanya terlalu besar kepada UMNO.

    ReplyDelete
  5. Dah agak dah ...
    Star WCW tu kaki manipulasi .. Trojan Horse untuk Ultrakiasu Dap .

    Khobar kek oghang MCA tapi bawak agenda Dap .

    Bawak muko moderate konon tapi hati kuek anti melayu . Caro dio buek islam bashing cukup halus .

    Tan Sri dah kono dongan dio tu eloklah.
    Baghu tau siapo kawan dan siapo lawan .
    Tapi Tan Sri dah masakkan dongan oghang2 camni ...

    Waghih.

    ReplyDelete
  6. Saya sudah 'order' buku karya Datuk Ibrahim Ali dari MPH online. Ada dua versi kulit nipis dan kulit tebal :)

    ReplyDelete