Wednesday, 22 June 2016

DR MAHATHIR MEMPORAKPERANDAKAN PEMBANGKANG

LILIN AKAN PADAM TETAPI SINARNYA KEKAL

Tujuan utama Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir berkonspirasi dengan pembangkang adalah untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib dan bukannya menghancurkan UMNO tetapi beliau telah memporakperandakan pembangkang dan memperkuatkan lagi UMNO.

Kehadirannya di arena pembangkang sebagai Mantan Perdana Menteri dan ketokohan politiknya yang hebat mulanya terlihat sebagai sokongan moral tetapi akhirnya telah demoralise mereka bila beliau mengetuai  Deklarasi Rakyat,sekali gus melindungi Imej Anwar Ibrahim, menggugat perpaduan antara kepimpinan PKR, menimbulkan prasangka  kepada Naib Presidennya Azmi Ali  dan merendahkan kelantangan Mat Sabu dan lain-lain serpihan Pas.

Apa yang ditakuti  oleh  pemimpin besar  pembangkang Anwar Ibrahim yang berada dalam penjara telah berlaku dan  menjadikan jawatan  Perdana Menteri di luar kemungkinannya.

Tepat seperti yang diramalkan dalam suratnya dari penjara ketika kekalutan "Deklarasi Rakyat"  : "Jangan harap orang yang berumur 92 tahun akan berubah. Ini hanya mengukuhkan pendirian keyakinan saya kumpulan elit penguasa hanya akan berusaha menyelamatkan UMNO dan memastikan kebangkitan sistem usang".

Anwar melihat sambutan kepada Mahathir oleh rakannya-rakannya sebagai "merendah diri seolah-olah masih terikat pada budaya feudal."

Anwar merasakan dengan itu agenda reformasinya telah diketepikan. "Walapun kepetahan Azmin, Ambiga dan Mat Sabu lantang dan meyakinkan, pengolahan agenda reformasi  hanya menjadi isu sampingan,"katanya

Tembok penjara tidak menghalang Anwar yang mempunyai ketajaman pandangan politik. Kehadiran Mahathir ternyata menyingkirkan mesej reformasinya dalam  PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar yang memberikan kemenangan besar kepada BN.

Maka itu seorang oportunis politik yang terbesar di era ini Presiden UMNO Datuk Seri Najib telah segera melihat faedah Mahathir berada di pihak pembangkang dan mengistiharkan mahu Tun Mahathir terus membantu kempen parti pembangkang.

Matlamat Mahathir menyertai barisan pembangkang tulus ikhlas. Beliau bukan mahu kembali menjadi Perdana Menteri tetapi didorongkan oleh keyakinan kuat berasaskan kepada bukti yang ada padanya Najib telah menyalahgunakan tabung negara dan kerana itu beliau mesti  berundur.

Penyertaannya  bersama pembangkang dari baju kuning  sampai kepada Deklarasi Rakyat adalah atas apa yang diistiharkannya  dari awal "Masalah yang berlaku di negara ini bukan melibatkan isu bangsa tetapi usaha untuk menukar kepimpinan yang banyak menimbulkan masalah pada rakyat." katanya.

Mahathir juga tidak berhasrat untuk memporakperanda perpaduan pembangkang tetapi tanpa sedar beliau telah meruntuhkan tembok kekuatan perpaduan dan integriti pembangkang dengan ketokohannya, menggugat perasaan ahli-ahli DAP sendiri dan telah meruntuhkan senjata kekuatan pembangkang untuk jatuhkan BN dalam pilihanrya ke 14 dengan satu lawan satu.

Sekurang-kurangnya seorang pemimpin DAP telahpun menyatakan "kita mesti mencari jalan lain"

Semuanya yang telah berlaku tanpa dirancang termasuklah kerjasama rahsia Pas dengan UMNO yang tidak diatas rhetorik perpaduan Islam dan Melayu tetapi sebaliknya didorongkan oleh kepentingan  menyelamatkan kepimpinan besar kedua parti itu.

Dr. Mahathir sendiri tridak menyedari sumbangannya yang sangat besar ini kepada UMNO tetapi hakikaknya inilah yang berlaku. Mungkin inilah sumbangan yang terbesar dan terakhir Mahathir kepada UMNO dan juga kepada pemulihan perpaduan  nasional.

Beliau telah menjadi ibarat sebatang lilin yang sedang  membakar dirinya.

Seperti lain-lain pemimpin teragung UMNO terdahulu; Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman, Dr Mahathir juga turut merasakan kepedihan tidak disenangi oleh orang parti sendiri  tetapi setelah padamnya lilin maka sinaran cahayanya  yang lebih dikenang kerana beliau berada dalam bangsa  yang memiliki tradisi tinggi dalam  mengenang budi.

Datuk Seri Najib akan membayar harga baik buruknya. 

52 comments:

  1. mmg pun tiada siapa boleh pertikai sumbangan tun mahathir kepada negara,tapi apa yg beliau buat sekarang mmg keterlaluan dan tidak boleh diterima.kami yg terdidik dari kepimpinan beliau berasa tertipu dikhinati selama ini.kami juga ada benda yg kami kurang senang dgn najib tapi kami x akan melampaui batas.kamu x boleh membuat kehendak kamu sendiri lagi.kamu melantik tun abdullah kamu juga mahu dia dihentikan,kamu melantik najib sekarang kamu mahu dia juga dihentikan.kuasa bkn ditangan kamu seorang tapi kuasa rakyat yg menentukan.zaman kamu sdh berakhir,sgt sedih kamu habiskan penghujung hayat dgn menentang apa yg kamu bina sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 15.24,
      Salah tu ,masalah nya bukan saja najib yang sah penyeleweng dana negara melalui 1MDB,masalah besar apabila seluruh pemimpin dalam umno sekarang serta menteri menteri terpalik malah sinomim dengan amalan rasuah tiada integriti dan lemah ekoran berusaha mempertahankan najib ,justeru itu,bagi rakyat malaysia yang waras dan berakal keadaan barisan kepimpinan sekarang amat tiada berguna untuk kebaikan dan kesejahteraan nagara cuma baik untuk diri mereka dan kekayaan keluarga mereka.

      Jadi Tun M sebagai negarawan tulin dan ada marwah tidak dapat la baliau hanya duduk diam dan biar negara dijarah dan rakyat tasnggung bebam haram faham la.

      roslan othman
      Pulau Pinang.

      Delete
    2. Datuk Saya rasa TUN tidak memporak porandakan pembangkang... kerana puak2 pembangkang dah sedia porak poranda sebelum ini lagi...

      Delete
  2. Saudara Zam, saya berpendapat kegagalan kempen menjatuhkan "UMNO Najib" di Sg Besar dan K.Kangsar lebih berpunca kepada kekeliruan yg timbul disaat agenda2 murni Tun M dieksploitasi habis-habisan oleh PH utk memenangi undi. Ini mewujudkan pandangan masyarakat setempat agenda DR (Deklarasi Rakyat) adalah agenda politik PH sebagaimana kebiasaan pada musim2 pilihanraya walhal DR jauh lebih merentasi dimensi politik, fahaman ideologi dan agama. Disaat DR berpaksikan kekuatan PH yg tak seberapa, UMNO Najib mengambil kesempatan meneutralkan PH dgn berbaik dgn PAS dan persengketaan PH+PAS terus menenggelamkan agenda2 murni Tun M yg bersifat neutral politik. Seharusnya Tun M lebih mendekati NGO2 yg berpengaruh drp pelbagai kaum, agama dan menyatukan kesemuanya utk membawa agenda2 DR....satu perkara yg CUMA boleh dilakukan oleh seseorang beraura "true statesman" yg boleh dipercayai seperti Tun M kerana beliau lebih dilihat milik rakyat Malaysia sejak meninggalkan "UMNO Najib". Seharusnya mana2 parti politik perlu dilihat sebagai "penumpang" kepada agenda2 DR yg berpaksikan kesatuan NGO2 dan bersifat neutral politik...hanya agenda rakyat Malaysia yg mahu Najib ditolak dan pengganti beliau akan ditentukan oleh sistem yg digunapakai di negara kita seperti amalan biasa demokrasi.

    ReplyDelete
  3. Umno bertambah kuat? Saya rasa tidak. Umno cuma mempertahankan sokongan yang ada.....majoritinya di kalangan orang kampong yang selesa dengan segala bantuan dan sumbangan...dan di kalangan sektor awam yang selesa dengan cara umno mentadbir negara, di mana laporan ketua audit negara boleh dibakul sampahkan. Malaysia tak boleh pergi jauh lagi, malah sudah pun disisihkan secara senyap. Sejak isu derma dan 1mdb tersebar ke seluruh dunia, perasan tak, tak ada pemimpin negara luar melawat kita? Tak silap saya, hanya PM Maldives dan kemboja yang datang. Persidangan World Economic Forum ASEAN pon , dia orang hantar junior officials jerr. Sad but true.

    ReplyDelete
  4. Apa yang menyedihkan lagi jika mahathir meninggal dunia bukan sebagai ahli umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Tun meninggal dunia ketika dia bukan ahli Umno, dia sebenanrnya tak rugi apa pun.

      Sekurangnya dia meninggal dunia dengan prinsip dia sendiri daripada dia menjadi belukang di akhir hayat dia.

      Delete
    2. insyaallah TM akan dikenang sepanjang hayatnya nanti, TM bagaikan lilin yg membakar diri demi bangsa dan negara

      Delete
  5. hanya educated middle class dan selebihnya faham pemikiran mahathir. Yang lain faham BR1M dan dedak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf, saya tak bersetuju dgn 'assertion' anda yang middle class x setuju dgn BR1M.

      Saya x sokong Najib tapi bagi saya BR1M adalah cara (sementara) terbaik untuk memastikan subsidi sampai kepada golongan yg memerlukan.

      BR1M bagi saya lebih baik daripada cara QE & Helicopter Money yg dipilih di Eropah & US. It has been observed/proven that QE/helicopter Money did not filter down to the real economy.

      Delete
    2. You cannot compare BR1M to QE, malaysia to EU countries. In EU, their system of governance is almost clean of corruption. Every single cent spent is accounted for. Every corruption case, big or small, is investigated. Here, with so much of ketirisan kontrak isue, ali baba, unaccounted spending by the gomen agencies ( millions missing from kdmenterian belia, for example), BR1M is seen as gula gula. I agree with you that on its own, BR1M is a straight foward subsidy scheme good for the low income group.

      Delete
  6. Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan saudara Zam. Malam masih muda. We're only finished the first chapter. There are 11 chapters to go. Stay alive, eat well and be healthy. Otherwise you will miss the greatest show on earth..

    ReplyDelete
  7. Salam TS

    Saya tidak bersetuju pengamatan TS yang TDM memporakperandakan pembangkang. Mereka sebelum inipun sudah di porak perandakan olih Anwar Ibrahim sendiri apabila rancangannya Kajang Movenya mengambilalih MB Selangor gagal. Pakatan berpecah akibat daripada itu.

    Kalau kita campurkan jumlah undi yang di perolehi PAS dan Amanah, ia tidak banyak berbeza dengan undi yang diperolehi UMNO. Yang menjadi masaalah ialah orang melayu sendiri tidak berminat untuk berubah. Mereka masih ditakuk lama. Mereka yang menyokong PAS masih percaya yang mereka mengundi syorga and kalau mereka mengundi yang lain maka ianya sama dengan menempah neraka. Amat mudah untuk menakut-nakutkan dan menpengaruhi mereka ini. Begitu juga dengan penyokong UMNO. Amat mudah untuk menakutkan mereka dengan DAP and menarik undi mereka dengan sogokan wang and barang barang. Tak perlu banyak, mereka ni amat mudah berpuas hati.

    ReplyDelete
  8. Faktor kemenangan bn dtg dari pengundi bkn melayu.Tun tak terfikir pembangkan mahu ekonomi di bawah najib terus menjunam sebelum pru 14.Bkn melayu dpt bertahan dlm apa cuaca ekonomi dan bangun semula.Bangsa melayu yg akan miskin dulu...Daulat Tuanku

    ReplyDelete
  9. Pakatan is already fractured even before Mahathir came into picture. Remember Kajang move? who started it is not other than the 'God sent' leader himself. He tried deviously to conjure up something to save his arse in his ongoing sodomy case which contributed to massive fall out between parties within Pakatan. Things got to the point to of no return when Pas refused to play balls.
    Who was the guy who played the dirty game cheating on his own colleague, stealing their state assemblymen to get Wan Azizah as Selangor MB? Did you realised how dirty and immoral this kind of manuevering tactics? It made me sick to my stomach!..The truth is when PR broke up, Anwar's finger prints were all over it. Not Mahathir. Mahathir came in later trying to put things together back again. That's the truth. The opposition is fall apart and in need of a unifying leader. A strong leader. Not a doormat who takes orders from bamboo river and seems clueless when there is none. The reason why he keeps on churning love letters from the cell is to assert his dwindling influence so people would'nt forget him. It has now shifted slowly in favour of Azmin and he wants to stop that. He is afraid he will lose the clout of the party he founded and built from scratch.
    That's the reason why he put his own wife in his Permatang Pauh seat rather than anyone else from the party because PKR is Anwar and Anwar is PKR. Anyone else is just to fill the chorum. PKR is all about family affairs. All the talk about perjuangan, reform, rakyat are nothing but bull..

    ReplyDelete
  10. Don't be too quick to ruled out Mahathir Zam. He's an old dogs with many tricks. He's a fighter. A shrewd politician. A guy like him don't die on his death bed but fancy himself die in the battlefield. Either he gets what he wants or die trying. Once started, set out to do something, he is just unstoppable. He won't stop at nothing no matter what and he will never quits. It's vintage Mahathir. And the bad news is there's still lot of fights left in him.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I agree with you, Tun M is a fighter!

      Delete
  11. Maaf Tan Sri munkin pendapat saya ini salah. Tetapi saya merasakan ini semua adalah SALAH MAT SABU DENGAN GENG ANWARINAS.
    Mereka terpinggir dalam PAS kemudian membentuk Parti Serpihan PAS dengan jenama PARTI AMANAH NEGARA. Perkataan AMANAH sudah menggambarkan mereka tidak amanah dengan perjuangan. Mereka betpandapat seperti juga pendapat Tan Sri bahawa Haji Hadi merupakan liabiliti kepada PAS. Benarkah??
    Pada konen saya pada bulan May, PH mesti memberi laluan kepada PAS. Tetapi Mat Sabu and the geng konon nak tunjuk kuat dengan menumpang Tuah Tun Mahathir dengan Deklarasi Rakyat. Ditambah pula DAP kono sebagai abang besar dalam PH. DEMI ALLAH TAN SRI SAYA GERENTI PAKATAN HARAPAN AKAN LINGKUP DI PRU 14, PAS AKAN MERUDUM DI PRU 14. UMNO SEMAKIN BESAR KEPALA. MALAYSIA SEMSKIN HANCUR.

    KASIHAN ORANG KAMPONG. PENGHIDUPAN SEMAKIN MENGHIMPIT MEREKA. BANGSA MELAYU SEMAKIN HANYUT DITANAH AIR SENDIRI. YANG KAYA SEMAKIN JAYA, YANG MINKIN SEMAKIN MISKIN.

    MALAYSIA INROAD TOWARDS TIMOR LESTE AND AFRICAN NATION TODAY.

    ReplyDelete
  12. Pembangkang memang dah lama porak peranda. Biasalah tu in marriage of convenience. Bukan salah Tun if they can't stand united.

    Tun ada agenda dia sendiri. He wants BN to stay in power. He just wants to remove penyamun muka seposen tu from leading the country to the gutter.

    ReplyDelete
  13. Tan Sri Zam, MAAF, I don't agree with U. But I agree with this blogger, PAK PANDIR KAMPONG. He said, don't make too much of the twin PRK - It ia Much ado about nothing! Or, too much analysis leads to paralysis. He said, Amanah could easily win in Sg.Besar, had Azmin as the MB mobilize the mechine. He could make the JKKK and the Penghulus acivate all the activites. He could use the bus to farry the voters - unfortulately HE DID NOT.
    WHY....................?????????

    ReplyDelete
  14. panglimo potaseh22 June 2016 at 21:36

    Hadirnya Tun M bersama pembangkang telah menjadikan keadaan politik negara ini dalam keadaan seperti episod "the twilight zone" cerita physco popular TV 60an & 70an.

    Pihak kerajaan dan pembangkang telah terkejut beruk. Pihak kerajaan semacam kera kena belacan, lompat sana sini seperti kehilangan sesuatu. Pembangkang pula seperti kera dapat bunga, tak tahu nak buat apa.

    Tujuan Tun M menyertai pembangkang adalah bertujuan untuk mengesa Najib berundur dari kerajaan, itu sahaja, tak lebih tak kurang. Maka dalam soal ini, tujuan perjuagan Tun M dengan pembangkang adalah sama .. musuh mereka sama. Tapi yang berbeza adalah matlamat mereka. Pembangkang bermatlamat untuk mengalahkan kerajaan di PRU14 dan ambil alih kerajaan. Sayugia diingatkan, pada pembangkang, Najib dan Rosmah adalah bahan geletek yang perlu dikekalkan sehingga PRU14. Tanpa Najib, kemenangan yang diidamkan akan menjadi sukar.

    Keputusan PRK Sg.Besar dan K.Kangsar, pada saya adalah rahmat yang sangat berguna untuk barisan pembangkang. Mereka setidaknya mungkin dapat mengesan impak positif dan negatif kehadiran Tun M bersama mereka. Yang positif diperkuatkan, yang negatif dipulihkan.

    Pembangkang perlu sedar betapa pentingnya perpaduan, tidak tamak dan bersetiakawan dikalangan mereka. Mengajar mereka realiti semasa, keadaan perkauman negara ini, contohnya Kit Siang dan geng perlu disorokan bila berkempen dikawasan melayu seperti BN sorokan Najib. Pembangkang seharusnya fokus dengan matlamat perjuangan mereka ia itu menang lebih banyak kerusi bukan undi di PRU14 nanti.

    ReplyDelete
  15. panglimo potaseh22 June 2016 at 21:37

    Hadirnya Tun M bersama pembangkang telah menjadikan keadaan politik negara ini dalam keadaan seperti episod "the twilight zone" cerita physco popular TV 60an & 70an.

    Pihak kerajaan dan pembangkang telah terkejut beruk. Pihak kerajaan semacam kera kena belacan, lompat sana sini seperti kehilangan sesuatu. Pembangkang pula seperti kera dapat bunga, tak tahu nak buat apa.

    Tujuan Tun M menyertai pembangkang adalah bertujuan untuk mengesa Najib berundur dari kerajaan, itu sahaja, tak lebih tak kurang. Maka dalam soal ini, tujuan perjuagan Tun M dengan pembangkang adalah sama .. musuh mereka sama. Tapi yang berbeza adalah matlamat mereka. Pembangkang bermatlamat untuk mengalahkan kerajaan di PRU14 dan ambil alih kerajaan. Sayugia diingatkan, pada pembangkang, Najib dan Rosmah adalah bahan geletek yang perlu dikekalkan sehingga PRU14. Tanpa Najib, kemenangan yang diidamkan akan menjadi sukar.

    Keputusan PRK Sg.Besar dan K.Kangsar, pada saya adalah rahmat yang sangat berguna untuk barisan pembangkang. Mereka setidaknya mungkin dapat mengesan impak positif dan negatif kehadiran Tun M bersama mereka. Yang positif diperkuatkan, yang negatif dipulihkan.

    Pembangkang perlu sedar betapa pentingnya perpaduan, tidak tamak dan bersetiakawan dikalangan mereka. Mengajar mereka realiti semasa, keadaan perkauman negara ini, contohnya Kit Siang dan geng perlu disorokan bila berkempen dikawasan melayu seperti BN sorokan Najib. Pembangkang seharusnya fokus dengan matlamat perjuangan mereka ia itu menang lebih banyak kerusi bukan undi di PRU14 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam...masalahnya bak kata Tun M..." kalau mereka tidak mahu faham maka mereka tidak akan faham juga" mengenai tujuan sebenar beliau...sebahagian mereka lebih kepada mencari peluang menghentam beliau...memutarbelitkan penerangan beliau tanpa mengakui atau memahami situasi hari ini...walaupun mereka sedar akan ia...

      Delete
  16. Tun tahu tidak mungkin dia boleh atasi by-election menggunakan Amanah, satu parti baru pertama kali mencalonkan calon.

    Sekurangnya kita tahu benchmark Amanah terletak di mana, something yang boleh buatkan Umno dan Pas tidak lena tidur.

    ReplyDelete
  17. Mahathir has reasons to bring najib down. These reasons are well understood by the people. The problem is that the rural malays are too comfortable with umno...everything must be umno led. Anything non umno, especially the DAP, is a no no. Mahathir is now non umno, therefore his views will not be received by kampong folks. What to do? The current govt is after all backed by kampong folks, there are enough parliamentary seats for them to get umno to form govt for the next 2 or 3 GEs. So the chinese will go back basic, i.e. maintain status quo...chinese dont lose, malays dont gain, ali baba system is still in place, chinese will always prosper. Sapa rugi?

    ReplyDelete
  18. Cakap banyak tak guna.

    Dalam politik, tak ada siapa betul dan siapa salah sepenuhnya. Hanya si pemenang yang tentukan hala tuju negara.

    ReplyDelete
  19. Tun Dr Mahathir masih dalam lengkongan sayangkan UMNO cuma bagaimana mahu Najib disingkirkan.
    Permainan kulit adalah bergaul dengan pembangkang dan menyertai pilihanraya tetapi permainan sebenar masih di dalam UMNO sendiri dengan mendekati beberapa figure yang boleh menghasilkan satu gerakan dalaman.

    Tun sudah lali dan tidak peduli dengan persepsi tetapi masih memberi penjelasan yang cuba memfitnah dan memburukannya secara keterlaluan.

    Tun tahu di mana kelemahan Najib tetapi belum cukup kuat untuk menyingkirkannya kerana figure yang cukup kuat menggantikan Najib masih berhati hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankah anak dia on standby mode. Kalau ada rejeki.

      Delete
  20. Tun doesnt care about condemnations from makan dedak people. He shouldnt care, he doesnt have to. Those condemnations are done by clowns. You dont listen to clowns, you only laugh at them. And you can also laugh at those who support clowns. Anyway, the world is already laughing at us now, so it makes sense to side with Tun, and disassociate ourselves from village idiots.

    ReplyDelete
  21. Bagi saya kemenangan kerajaan BN di kedua dua PRK menunjukan kepada kita satu lagi taktikal politik kaum cina.mereka sedar PRU akan diadakan hanya dua tahun sahaja lagi jadi pada PRK ini mereka mangaut segala tawaran yang telah di tawarkan oleh kerajaan dan memberikan undi untuk membeli keyakinan kerajaan kepada mereka..PRU dan PRK adalah dua pentas yang berbeza dan saya cukup yakin tsunami pru13 akan berulang

    ReplyDelete
  22. Tun M bagi saya tidak patut disalahkan dan dikatakan sebagai penyebab kekalahan pembangkang.Tun telah berkali kali menyatakan bahawa beliau akan menyokong mana-mana calon yang bersama beliau dalam Dekerasi Rakyat dan calon parti Amanah telah memenuhi krateria ini.

    ReplyDelete
  23. I would say Mahathir is an old man with many tricks up his sleeve(s). If someone says an old dog has many tricks, then Mahathir should have much more being the man he is.

    However, there are outcomes that Mahathir has correctly predicted and there are equally those that he has Never Expected. And this is the politics of the Malays. The Malays will stand by the Malay parties no matter what happens. It is no brainer why Umno / BN ruled this country for so long. Just like the politics of the Chinese across the straits, this is the Peninsula which has its own brand of politics.

    Now coming back to the tricks up his sleeves, it will be a question of which shirt Mahathir wears and what trick he decides to play. I believe this man has thought enough after last Saturday night to devise his next trick. So like we always say, Stay Tuned !

    ReplyDelete
  24. Seperti yang kami katakan sebelum ini, "rakyat adalah hakim" dan hakim telah mengesahkan pemenangnya. Kami terimalah seadanya.

    Cumanya kenapa pulak Proturn semacam tak leh terima??? Apakah Proturn lebih pembangkang dari pembangkang sendiri?

    ReplyDelete
  25. Sorry Tan Sri Zam. Selepas membaca komen2 haters kerajaan BN/UMNO saya rasa mereka2 ini dah lupa apa yang UMNO telah buat untuk orang Melayu. Ramai yang menyalahkan Najib. Tapi jika dibandingkan dengan PM2 terdahulu Najiblah yang banyak membantu rakyat bawahan. Mungkin keybord2 warrior ni adalah gulungan middle class yang dengki dengan orang miskin yg dapat BR1M. Bagi saya apa salahnya mereka ni mendapat rm900 setahun. Bukan maknanya mereka ni bergantung bulat2 kepada BR1M. Meraka adalah yang kurang bernaib baik daripada kita kerana mungkin pelajaran tak berapa tinggi. Janganlah kita labelkan mereka ni sebagai pemakan dedak. Hinakah mereka ni. Najib juga telah bersungguh-sungguh memperbaiki pengangkutan awam di Lembah Klang dan bandar2 besar lainnya. Salahkah Najib menambah baik prasarana untuk rakyat. Kita yg berkereta ni patut bershukur dengan apa yang kita ada. Tak payahlah saya nak tulis satu persatu apa yang kerajaan telah buat untuk kebajikan rakyat. Bagi mereka yang mengatakan ekonomi negara telah jatuh teruk. Saya tak peduli dengan cakap2 ni kerana statistik ekonomi negara tidak begitu. Malah tahun 1985 (KDNK -5%) pada zaman Tun adalah yang terburuk dalam sejarah. Semua pekerja pada masa tu tak ketentuan takut diberhentikan kerja. Adakah kita menyalahkan Tun pada masa tu. Sudah tentu tidak. Rakyat bersatu padu mengharungi masaalah pada masa tu. Kenapa kita sekarang berfikir negatif. Ini semua adalah hasutan-hasutan dari pembangkang dan diburukkan lagi dengan sokongan Tun. InsyaAllah negara akan bertambah maju. Pelabur asing akan tetap melabur di Malaysia. Kini pelabur dari China banyak melabur hartanah di Negara kita. Adakah mereka ni bodoh sanggup buang duit di Malaysia. Sebenarnya kita yg bodoh kerana tidak mempercayai dan memburuk-burukan negara kita sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini semua hasutan pembangkang? Ekonomi negara masih baik just because of statistics? Kau kerja gomen kot, patut kau tak paham, sebab gaji dan duit raya dan pencen kau gerenti sampai mati. You can insult the inteligence of some folks, but not the educated ones. Kita tak lupa jasa umno. Jasa umno bukan nya isu. Tun bukannya isu. Pembangkang bukannya isu. Prasarana yang kerajaan bukan isunya. Tun is correct, ramai yang buat tak faham, he refersvto orang macam kau laaa.

      Delete
    2. panglimo potaseh23 June 2016 at 15:40

      Tak salah rakyat terima BRIM rm900 setahun. Tapi habuan BRIM ni bukan dapat percuma .. ada kos nya, bak kata cerdik pandai tiada yang percuma didunia ini .. lebih lagi dibawah tangan Najib. Realitinya kos untuk terima BRIM ini lebih tinggi lagi, berbanding apa yang diterima oleh kaum miskin ini.

      Janganlah mudah lupa bahawa Si Papa Kedana pun dah dicukaikan, subsidi dah tak da. Dengar khabar kerajaan berjaya pungut GST cecah rm40-50 biliyun .. peruntukan BRIM berapa agaknya. Kata yang miskin hanya ada tak sampai 2%, ngapa pula yang terima BRIM juta orang. Ini menunjukan kos dah lebih daripada faedah yg diterima rakyat.. senang cakap faedah BRIM lebih rendah drp kos kehidupan.

      Bayangkan gula dibawah tangan Robert Kouk pada 2009 rm1.35 sekilo, apabila kerajaan Najib uruskan gula harganya naik lebih 100%. Minyak dibawah Tun pada 2003 hanya rm1 seliter berbanding setong usd40 .. tapi ngapa dibawah Najib kita kena rm1.75. Tarif letrik naik dalam keadaan minyak murah .. dengar khabar toll nak dinaikan lagi. Pengangkutan awam akan jadi lebih efisien jika kos tambang dapat di kurangkan. Tu sebab walaupun ada cerita pengangkutan awam tapi kereta semakin sesak di KL.

      Jom kita berbuka di Masjid Jamek KL, hampir 70% drp mereka yg berbuka disana gelangdangan tapi mereka ni bekerja dan kemas, tinggal lagi gaji mereka sangat rendah .. apa juadahnya .. saya pernah rasa juadahnya??

      Delete
    3. Hujung minggu, pergi la jalan jalan di shopping complex mana mana. Tengok, berapa banyak kedaia dah tutup....tengok pula pengunjung, berapa ramai yang bawa shopping bag. Kebanyakan pergi window shopping, kecuali waktu sale. Sekarang ni orang tak ada extra cash. Kalaua ekonomi bagus, kita kata bagus la kan, nak tipu buat apa, bukan orang tak tau

      Delete
    4. En' Esa Adam.

      Kalau benar BRIM untuk gulungan miskin. Apa kejadahnya Najib bagi kat orang muda. Kan nampak sangat Najib bangang konon nak beli undi. Tak madok akal program melingkup duit rakyat.

      Kalau betul2 nak tolong rakyat bahi kat orang tua2 tidak berpendapatan berumur 63 tahun keatas. Baru betul. Bukan pesara2 kerajaan yang makan gaji buta. Masa dalam perkhidmatan memonteng manjang. Tak caya pergi ke pejabat2 kerajaan seluruh Malaysia. Sepatutnya mula kerja jam 8 pagi, tetapi jam 9 pagi madih sembang kat kedai kopi dan kanteen. Minta tolong kawan punch kad. Sepatutnya ketua2 jabatan bertindak, tetapi merekalah pemonteng nombor satu.

      Ini pengalaman saya di pejabat tanah Melaka Tengah. Dua tahun Sebelum itu saya pernah memohon agar tanah pusaka pemberian ayah saya di pecah geran. Saya dapat surat dari pejabat tanah supaya mengambil geran dipejabat tanah. Saya pergi kepejabat tanah dan menunjukkan surat dari mereka. Anda tau apa jawapannya. Pegawai bertugas cuti. Mereka tolak menolak dari satu kaunter kesatu kwunter. Setelah saya tepok meja dan pekik kat pegawai disana boleh pulak cari geran tanah tersebut.

      Pokoknya pegawai2 kerajaan Malaysia hanya segelintir yang amanah. 90% tak amanah. Mereka samalah dengan seluruh anggota kabinet yang tidak amanah. Cakap tak serupa bikin.

      Makaysia semakin hancur. Rakyat marhaen semakin menderita. Tunggulah masa untuk lebor.

      Delete
    5. Esa Adam, rileks laa...kalu dari awal kerajaan berterus terang pasal derma, 1mdb, tak ada kona kiri kona kanan buat u turn sambil kona baring...tak la jadi cam ni. Logik kan....

      Delete
    6. panglimo potaseh sila jawab soalan aku ini kau pandai ekonomi atau tak

      Gaji 500rm gula 1.35 memanga patut di zaman tun m, kenapa kau bandingkan harga gula kita dengan Thailand Dan Indonesia yg aku tahu siapa Rakyat Kelantan makan gula dalam masakan pun campur gula, Rakyat kita siap jadi penyeludup gula di thai lagi,


      Cuba tengok Indonesia Dan thai kenapa harga barang makan ada lebih mahal dari Malaysia ,ADA lebih murah dari Malaysia, tiap2 negara ADA kelebihan masing2.

      Kalau gaji dah 1k nak sama akan dengan harga barang dengan zaman tun m bergaji 500rm 'bankrap syarikat.

      Kenapa kau tak sama dengan kopi zaman p.ramlee 15sen dengan zaman tun m 70sen

      Delete
    7. Anon 00.31, harga barang makan thai dan indo lagi mahal dari kita? Kau ni lulus darjah 6 kot. Dari dulu cakap merapu. Pi mykmu la, kau sesuai di sana

      Delete
    8. panglimo potaseh24 June 2016 at 13:05

      Tu sebabnya Tun M, pada eranya dia susah nak naikan gaji .. apa gunanya gaji naik, bila barang turut sama mencanak naik lebih malang kena pulak GST, subsidi tak de. Apalah guna kerajaan kalau tak bagi subsidi .. macam tak de kerajaanlah, betul tak.

      Lebih malang lagi bila minyak naik, barang naik, tapi bila minyak turun barang naik lagi. Roti canai naik rm1.20 sekeping pada masa minyak terjelepuk us30 setong.

      Tapi kita kena ingat juga masa sektor kerajaan dilonjakan gajinya, ramai lagi pekerja tak naik gaji .. ada yang kena potong gaji lagi.

      Saya tepuk dahi bila Najib kata pada 2020 gaji orang Malaysia akan cecah seperti yang diunjurkan Wawasan 2020. Tulah dia kalau falsafah cerdik pandai kita kata kalau barang naik, masak je kat rumah???. Tun M tentu gelihati tengok gelagat Najib dgn barisan cerdik pandainya .. tu sebab Tun M sehat dan kuat sebab selalu senyum dan gelihati. Semoga Tun M selalu dilindungi.

      Delete
    9. 13:05 kalau kau samakan zaman tun m ' baik hidup tak payah pakai smartphone,tak payah topup,tak payah beli kereta dua 'tiga dalam satu rumah ITU jimat pebelanjaran kau macam dulu dulu, kongsi kereta,beli simkad 150rm, call 60semint. Boleh tak kau kongsi kereta Bini kau itu ikut zaman macam tun n ITU.

      Nabi dah pesan didik Anak kami ikut zaman, zaman sekarang metalistik, Rumah ada dua,tiga kerata, sekarang Anak mahu smartphone,bil telefon mahu bayar, kalau kau bagi alat permain dia tak pandang

      Aku Tanya kau ini kau makan gula ke?, yg aku tahu hanya orang Kelantan makan gula, kau minmum petrol ke?, laki Bini pakai ada kereta sendiri zaman sekarang ITU hidup matelistik zaman najib, tak akan kau nak hidup zaman tun m itu.

      Delete
    10. panglimo potaseh1 July 2016 at 21:55

      14.07 bagi tahu aku metalistik tu apa, matelistik tu apa pulak. Dah tahu orang Kelantan kuat makan gula apasal naikan gula cecah dua kali ganda .. cakap nak tolong melayu. Babi pun tak naik sampai cecah dua kali ganda. Apasal Robert Kuok boleh offer gula murah sekali dan jadi orang terkaya di Tanah Melayu ni. Kereta dah banyak apasal ambik kesempatan naikan harga petrol berkali ganda, tarik chapchidi lagi .. betul ke ejaan tu. Ini baru betul kerajaan perah rakyat cara blackmetal. Chedet dapat untong minyak 30 billion setahun memacam dia buat. Sekarang minyak dapat 100 biliyun masih tak cukup malah utang dah nak cecah 1 trillion. Kau tahu ke trillion ada berapa kosong.

      Delete
  26. Kita lihat permain seterusnya tun m berjaya atau tak
    Dap tahu dia nak gunakan tun m
    Tun m tahu dia nak gunakan dap

    Dalam pemikiran jahat saya 'mungkin tun m mahu musnahkan pembangkang dengan sertahi pembangkang, biar anwar musnah bersama legasi tun m itu, jika lihat rata2 para pengikut pembangkang menbenci tun m dari najib, tapi permain gila ini bakal dua faktor bahaya
    1)golangon fanatik tun m akan menyokong pembangkang atau sebalik manyokong umno
    2)sama ada undi bn merosot atau undi bn meningkat pru14



    Biasa guna mengunakan 'salah seorang akan kecewa atau dua2 nak gunakan akan kecewa 'jika Orang bijak jangan digunakan kedua2 pihak.

    Kalau dulu tun m boleh gunakan anwar Dan gunakan kroni tun m Penang untuk jatuhkan pak lah guna isu proton ,minyak dan tanah NGO CIna.

    Antara ada dalam pemikiran ahli umno Dan rakyat
    Tun m ada satu sikap pantang menyerahkah sehinggakan matalamat dia tercapai,
    Saya tertanya2 APA dia kejar semasa usia 91 tahun ITU
    Apakah Anak dia nak jadi PM atau pun mahu melihat anak nya berjaya dalam politik.
    Apakah najib henti projek dia rancang
    Apakah dia tun m menjaga hati kroni
    Rakyat melihat tun m sudah nyanyok.

    APA kata semua betul atau tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lagi sorang buat2 tak faham. This is not a game.This is about the future of the next generations. Kalu next generation kena tanggung hutang usd5.6b sebab kena bayar IPIC atau Aabar tu, cam nerr?

      Delete
  27. Imej Anwar sebagai Ketua Perpaduan Pembangkang telah runtuh tetapi sebelum muncol Mahathir di tengah-tengah mereka,berbagai porpaganda dan usaha terus dilakukan untuk mempromo Anwar.Keadaan telah berbeza sekarang.Kesannya buruk kepada pembangkang terutama kepada Anwar sendiri malah menepati kebimbangan Anwar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dap boleh dia mahu mengunakan dua2 nya, bila anwar sumbat ke bamboo river, dap cari peluang untuk mendekati tun m 'dap sambil main Mata dengan wan Azizah, Satu kelamahan dap keyakinan orang melayu pada parti dap jadi yg katakan parti parti resis dia perlukan bantuan anwar untuk pulihkan Sokong dap hampir berjaya tapi di hanya kalangan pembangkang je tapi bukan dikalangan penundi atas pagar Berpegar teguh pada perkauman , dap taktik gunakan pan Dan tun m tak menjadi

      Delete
  28. Anon 20.33, pengalaman anda di pejabat tanah melaka tu, malangnya, adalah perkara biasa. Ramai ada pengalaman macam anda di pejabat kerajaan. Kita ada 1.6 juta penjawat awam untuk servis 30 juta rakyat, antara ratio tertinggi di dunia. Sebabnya , mereka adalah vote bank untuk BN. Insiden MH 370 mendedahkan kepada dunia ketidakcekapan penjawat awam kita. Passanger mamat iran pakai passport palsu masok negara, tapi minah imigresen kata pegawai yang cop pasport dia patuhui semua SOP. Mamat DCA pula buat press conference bercelaru, hinggakan ada andaian nak cover up sesuatu. Tak tau cakap omputih, pakai translator jerr la.

    ReplyDelete
  29. Apabila anwar keluar dari penjara nanti saya tak fikir dia akan dapat mengenakan madir.Pengaruh anwar dalam pakatan pembangkang telah pun dipalam betul betul olih madir walaupun anwar masih dlm penjara lagi.What a smart move by madir! Madir only trying to kill two birds with one stone! But look like he only manage to kill one

    ReplyDelete
  30. Apalah ramai sangat bijak pandai bertekak pasal perjuangan dlm politik, yg itu betul ini salah atau sebaliknya, seolah-olah kalau bagi mrk memimpin negara, semua negara lain akan ambil Malaysia sbg negara contoh yg amat berjaya. Tapi adakah yg komen berapi ni aktif dlm arena politik? Atau setakat jadi tukang ramal atau teka2 ikut sedap rasa hati saja?

    Kalau rasa dah serba serbi tau, bawak bertenang, pergi pilih parti dan register nama sbg ahli. Kemudian bergiat aktif sbg pemimpin, walaupun anda tidak berkelulusan tinggi melangit, atau setakat memandu perodua kancil atau myvi saja.

    Baik anda diparti mana atau sebelah mana sekali pun, bila anda berjawatan penting anda akan pasti dapat sesuatu kuasa, secara otomatik anda boleh menukarkannya kpd nilai wang. Inilah yg semua idam2kan ...

    Inilah yg berlaku dlm UMNO, MCA, MIC sejak berpuluh-puluh tahun. Kemudian skrg dirasai sama oleh pemimpin2 PKR, DAP, PAS dan lain2 utk berbelas tahun, maknanya yg telah mendapat kuasa diperingkat negeri. Bolot selagi boleh seolah boleh bawak kemati.

    Jadi pendek cerita siapa yg belum dapat, tapi telah 'set' matlamat utk dapatkan kuasa, akan terus melalak memekak menyalahkan org lain dlm bentuk yg berbeza-beza, sehinggalah apabila mrk telah dapat apa yg dihajati mrk2 ini akan menikus menyepikan diri utk mengelak dari diketahui umum, atau bagi jenis yg mmg dah gian memburukkan org lain akan membuat tohmahan pd org lain utk melindungi apa yg mrk sendiri lakukan.

    Pendek cerita, pada mrk yg komen seolah-olah telahan, kupasan, pendapat mrk boleh selamatkan negara dan rakyat, cepatlah dapatkan kuasa tersebut, gunakanlah sebaik mungkin utk mengumpul harta dunia, dan kemudian anda boleh menyepi atau menghilangkan diri dari dunia politik, dan beri pulak peluang pada org lain, utk mengikis seberapa banyak harta dunia selagi boleh melalui perjuangan politik yg ikhlas konon2nya.

    Rakyat biasa? Lebih2 lagi yg dikampung2? Tak payahlah kutuk2 dan salahkan mrk, krn mrk tak faham permainan politik kelas menengah, atasan dan elit yg berduit ni. Mrk dibagi beras mrk ambil, dibagi duit atau BR1M, mrk terima. Tapi didlm hati mrk tetap berterima-kasih dan bersyukur dan yakin bahawa apa yg mrk terima adalah Rahmat dari Tuhan.

    Tidak spt mrk yg berduit dan dgn duit mrk percaya mrk mampu mencatur senario politik negara tanpa penghujungnya, ditambah pula dgn ego dan hawa nafsu yg tidak ada batas dan sempadan ...

    ReplyDelete