Saturday, 18 June 2016

KEARAH SELAMATKAN UMAT ISLAM MALAYSIA DARI KIAMAT LEBIH AWAL


Image result for Timbalan Menteri Asyraf Wajdi
Add caption




Persaianan politik agama


Datuk Dr. Asyraf Wajidi Dasu

Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki
Persaingan politik keugamaan untuk mencari pengaruh di kalangan umat Islam di negara ini telah menyebabkan kecemaran dan kekeliruan dalam kefahaman agama yang bersih tulin yang akhirnya kita menyaksikan UMNO sendiri sebagai benteng pertahanan sebuah parti  nasionalis Islam turut kecairan dalam asakkan Islam kekafiran,Penerapan Nilai Islam,Islam Madani dan Islam Hadhari.

Kecairan  ini jugalah yang mencetuskan berbagai  program agama  di TV dan radio yang mementingkan rating dan persaingan  tanpa memberikan perhatian kepada nilai pengisian, kemunculan tenaga penceramah atau pendakwah yang tidak berauthoriti, ustaz dan ustazah yang tak terpelajar  dan penampilan personaliti dalam kepelbagaian  imej .

Syarat-syarat keizinan menjalankan ajaran agama atau dakwah yang dikenakan oleh jabatan-jabatan agama negeri tidak terpakai di stesen -stesen TV yang menyebabkan tidak nampak arah tuju yang jelas wawasan  pembentukan keperibadian umat Islam negara ini.

Apakah kita mahu generasi Islam yang progresif,dinamik dan moden atau yang jumud sempit,mundur  dan berfikiran tidak sesuai dengan tuntutan sezaman dan mementingkan penampilan  kekulitan dari kecemerlangan keupayaan pemikiran menghadapi cabaran.

Kita kesesatan  dalam menuju matlamat dengan  menggunakan agama bagi  pembentukan dan pemupukan keperibadian umat Islam  negara ini selari dengan semangat perlembagaan negara dan nilai-nilai global sehingga setiap sesuatu yang dikaitkan dengan kalimah Arab  mudah diterima sebagai perubatan Islam  dan menjadi alat utama  pemasaran.Jenama- jenama ubat dan permakanan  yang berbau ke Araban  mudah dijual.

Apakah dakwah keugamaan tanpa disiplin dan kawalan ini seharusnya dibiarkan terus berkembang kerana tekanan politik dan komersialisme  sehingga kumpulan -kumpulan agama dan tarikat boleh menggunakan menteri menteri dan perdana menteri dan pihak berkuasa agama untuk mengembangkan pengaruh mereka, tidak cukup dari dalam negeri,diimport pula dari luar negara.

Malah ada Menteri agama yang merasa perlu untuk menganjurkan kursus nikah kepada pelajar- pelajar Malaysia di luar negara.

Apakah program-progam agama di TV dan Radio yang boleh membawa kepada kebekuan berfikir dan kekolotan  akan dibiarkan terus bermaharajalela tanpa mengambil kira  kesesuaian dengan nilai -nilai yang diperlukan untuk ketahanan Islam sebagai  agama  sezaman.

Adalah mustahil untuk mewujudkan keseragaman  program-program agama berorientasi ideologi tetapi perancangan yang bijak dan profesional  dengan koordinasi semua pihak yang mahukan kemajuan Islam yang sezaman di negara ini boleh menggariskan  dasar yang kemas dan tegas untuk menjadi  panduan kepada semua program agama di TV dan Radio tanpa menampakkan kawalan yang keras umpamanya dari yang sekecil-kecilnya ialah  penampilan pakaian yang berkeperibadian

Penyusunan semula program agama TV dan Radio diperlukan  untuk menyekat cara pemikiran dan perkembangan kepercayaan kepada pendekatan pengurusan masalah sosial sekarang seperti  di zaman nabi-nabi masih sesuai.

Kesedaran mestilah  dicetuskan  dengan berani bahawa  keadaan sekarang adalah lebih komplikated dan lebih teruk dari zaman jahiliah.

Oleh kerana pemikiran politik agama yang berasaskan zaman jahiliah untuk menyelesaikan masalah sosial sekarang yang menyebabkan Kelantan sebagai Serambi Mekah banyak mempunyai kes jenayah yang lebih teruk dari lain-lain negeri dalam sifat zaman kuno; kejam,pelek,teruk,kotor dan lucah( Boleh dapatkan record dari polis).

Pada pandangan saya eloklah sebuah panel  ditubuhkan untuk mengkaji seluruh program agama di TV dan Radio supaya dapat dilihat segala kelemahannya untuk  disusun semula supaya  dapat diseragamkan dalam pendekatan yang bersifat sezaman,berdaya intelek, progresif,dinamik dan futuristic  yang dapat menjamin pengekalan penampilan bermaruah imej Islam Malaysia .

Selama ini pun kita sememang mempunyai imej kemulian ini dengan kejayaan besar wanita-wanita Islam Malaysia dalam berbagai bidang profesional dan juga politik berbanding dengan negara Islam lain malah seorang wanitanya berjaya menjadi  Gabenor Bank Negara yang terbilang  di dunia.

Saya mempunyai kepercayaan penuh  tugas untuk merangka penyusunan semula program agama TV dan Radio termasuk milik   swasta boleh diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki seorang tokoh intelektual dan modenis Islam yang mempunyai ilmu yang seimbang, progresif ,dinamik dan berpengalaman.

Beliau boleh dibantu oleh wakil mufti termasuk Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, motivator Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan juga pakar keselamatan yang berpengalaman.tetapi  keanggotaannya mestilah terbatas pada jumlah yang paling kecil.




28 comments:

  1. Tak cukup radio dan tv, tempat kerja juga 2 x 5. Yang mana tak create minda untuk berfikir langsung. Asyik kata Islam itu indah. Apa yang indahnya? Only kill and kill and kill and kill... Tuhan bagi nyawa maka hanya Tuhan yang ambil nyawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata madani librel yg di terapkan Oleh golongan anwar itu aku yakin golongan protun pasti suka, kalau kita tak gunakan pendekatan agama macam mana kita capai ke syuga, agama perlu gunakan tiap hari sehingga sebati dalam diri kita, agama bukan di peralatkan kepengtingan diri untuk pengaruh, kekayaan Dan kuasa

      Delete
  2. Singapore negara kafir. Air pon tarak, minyak tarak, balak tarak, hudud tarak, habok pon tarak, tapi boleh jadi negara maju tahap dunia. Sistem pendidikanny bertaraf dunia, tanpa syarahan dan ceramah agama mana mana pon. Rakyatnya bertaraf dunia, dan brand singapore membolehkan rakyatnya di ambil bekerja di sydney, hong kong, new york, rio, mana mana pon. Bukankah ianya contoh dan model terbaik untuk negsra islam seperti kita? Apa kata bawa masok pakar2 dari singapore untuk berceramah di sini, seperti pakar ekonomi, pakar sociology, pakar town planning, pakar pendidikan, pakar itu ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dan sampai masa kita kena join depa bukan tunggu depa join kita. MalaySi. Jawatan PM boleh bergilir2.

      Delete
    2. Itu takda maruah namanya nak kita yang join Singapore Yahudi. itu bangang namanya nak PM digilirkan macam mangkuk tandas. PM hanya milik melayu kerana tanah ini adalah tanah melayu.

      Delete
    3. Maruah? Satu dunia ketawakan kita pasal episod derma.

      Delete
  3. Tan Sri, saya amat tertarik dengan topik TS. Kuasa media TV amat besar impaknya ke atas minda sedar dan separa sedar umat melayu kita. Yang kita bimbang kesan ke atas minda gen muda sehingga akhirnya menyebabkan umat menjadi lesu, sensitiviti bercelaru, terikut-ikut, negatif dan rosak.
    Program agama yang memberi lebihan dos ritual sya percaya peyebab minda kita dan anak muda menjadi sukar untuk memahami mesej intelektual. Malah menjadi lesu, kurang minat atau keliru, bila kita cuba bercakap isu orang Islam itu adalah sifatnya rajin, kuat, berani, bercita-cita tinggi. Ramai anak muda yang baik pun tak boleh proses apa yang kita katakan pasal sifat siafat mulia nabi yang sikit sangat disebut itu. Mereka akan pusing dan berminat lebih kepada sunnah nabi yang disempitkan seperti bersugi, solat sunat, sabar, tawadhu. Isu disiplin, rajin, kuat berusaha ditolak mentah atau dilupakan sebagai sunnah Nabi yang amat penting. Apakah yang sudah terjadi?

    Malah ustaz ustaz, ilmuan dan pakar motivasi pun di kaca tv sendiri tak berminat nak cakap pasal isu kelesuan umat melayu ini sebagai subjek besar sebab kurang mendapat sambutan dan ratingnya rendah.

    Tan Sri, memang umat melayu akan berdepan kehancuran hidup sosial dan kuasa lebih awal yang kita jangkakan kalau ini dibiarkan tanpa usaha semua orang dan pihak.

    TV negara sendiri pun menolak program atau produk mempunyai bahan patriotik. Cuba kira berapa banyak rancangan patriotik di TV hari ni? Drama cinta berlebihan, cerai berai rumah tangga, seram menjadi pilihan penerbit dan panel yang membuat tapisan. Kerajaan pun berdiam, Menteri pun suka GangNam style dan Bollywood. Akhirnya saya bimbang anak muda yang dihidangkan rancangan ini akan satu hari nanti meruntuhkan kerajaan berkuasa yang suka sogok hiburan dan unsur perosak ini dan orang muda ini juga akan menyerahkan kepada pihak yang memusuhi bangsa dan negara tanpa rasa apa-apa. Sehingga akhirnya kuasa baru politik nanti, tiada lagi memberi tempat untuk menyiarkan rancangan keagamaan bersifat ritual sekalipun.

    fikirlah apa yang sedang berlaku hari ini akan menjadi bisa yang menghancurkan hati kita.

    ReplyDelete
  4. Sebaik sahaja Mahathir berhenti sebagai PM,mereka bermaharajalela.Mereka kembali mengambil alih segalanya.Industri filem dan drama kembali dengan kisah karut marut.Tidak ada lagi penulisan berkualiti dalam akhbar yang boleh membawa harapan kepada pembentukan generasi bijak pandai.Ostad,ostazah dan imam muda menjadi selebriti,menguasai alam fikir Melayu melalui ceramah saban hari.Mereka mengambil alih tempat artis dan menjadi pujaan,sehinggakan artis sendiri demi untuk survival terpaksa tampil seperti mereka.Dengan mudah sahaja menteri kabinet semua ikut berjubah demi kelansungan hidup.Konsert Malam Cinta Rasul menjelajah negara,dan di sebalik jubah-jubah itu lah berbillion-billion lesap.Iblis sangat berjaya menggunakan agama dan nama Rasulullah untuk mencapai agendanya.Tahfiz tumbuh bak cendawan menyambut kedatangan kiamat ini.Bidang-bidang keperluan lain diabaikan.Majlis 'ilmu' bersepah di jabatan kerajaan.Hadis menjadi penjana ekonomi,dan ayat-ayat menjadi komoditi.Pusat pengajian tinggi,institusi,maktab,kolej dan sekolah menganut budaya ini.Hasilnya ialah lahir pelajar cemerlang,malah yang mendapat anugerah tertinggi negara,namun kualiti mereka boleh dipertikaikan.Malaysia dalam 'percutian'.

    ReplyDelete
  5. CEO MAS Mueller msndedahkan ramai pekerja MAS tido masa bekerja. Dan MAS membayar lebih 20% - 25% untuk bekalan dari harga pasaran. Jelas ini bercanggah dari nilai agama. Ni baru satu GLC, yang lain macam mana? Apa kata tokoh tokoh agama serbu semua GLC dan juga agensi kerajaan, bagi tau direct terus terang apa yang bercanggah dengan agama, apa yang haram. Kalau mamat jerman ni pun tak tahan, maknanya teruk sangat dah. Patut la dia give up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka tido masa bekerja kerana penat menghadiri majlis ilmu bersama tokoh-tokoh agama.

      Delete
    2. Dia sebagai ketua dia telah gagal ubah mas itu, ADA soalan aku Tanya ini kenapa di malaysia pasaraya jepun boleh bertahan dari pasaraya perancis telah bankrap diasian, Sedangkan pasaraya perancis lebih ramai orang dari pasaraya jepun
      Jawapan budaya pengurusan kerja dia gagal memahami budaya pengurusan kerja di mas.
      Masih ramai naik mas dari airasian, kesilapan beliau ingin ubah nama dalam keadaan kowangan mas tak cukup, sepatutnya ubah Cara perurusan bukan ubah nama jadi mbh ia merupakan tindakan bodoh, sepatutnya dia ubah Cara kurangkan guna sumbar manusia supaya mas tak perlu ambil ramai perkerja,

      Perkerja bermasalah patut kenakan tindakan.

      Delete
    3. MAB ni,turun lah CEO dari planet mana pun,kalau masih dibawah khazanah takan kemana.penyamun ramai!!

      Delete
  6. Saya syyorkan jika panel ini ditubuhkan Ustaz Kazim juga hendaklah dilantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia lebih sesuai bab berumahtangga sahaja.

      Delete
  7. panglimo potaseh19 June 2016 at 12:17

    Kita percaya kiamat akan datang juga. Ada kiamat kecil dan besar. Sejak Adam lagi kiamat dah disebut-sebut dan dikesan tanda-tanda nya. Kiamat disebut apabila manusia terdesak dari segi sosio-ekonomi dan politik. Ugama dan kiamat sangat berkaitan.

    Kuasa feudal Zaman Pertengahan Eropah mengunakan kaedah keagamaan sebagai candu atau nasi kangkang, untuk mendapatkan kesetiaan dan ketakutan rakyat pada raja. Kesannya positif dan negatif.

    Kristian Eropah bersatu dibawah panji Raja dan Agama berjihad untuk Perang Salib. Dibawah panji Raja dan Salib juga Sepanyol, Britain, Perancis dan Amsterdam menakluk dunia dan menemui benua baru Amerika dan terus disalibkan. Yang anehnya negara salib ini tidak kedengaran berperang sesama sendiri.

    Pada awalnya kekayaan negara salib dari hasil jajahan hanya dilahap oleh kuam raja dan bangsawan sahaja. Rakyat tahu negara mereka kaya, tapi kekayaan itu tidak sampai pada mereka. Melawan raja dan puak bangsawan bererti melawan tuhan. Raja dan puak bangsawan sangat menjaga kaum paderi untuk melindungi mereka dengan mengunakan sentimen agama.

    Akhirnya rakyat melawan .. raja, puak bangsawan dan paderi dihambat dan dibantutkan kuasanya. Maka kiamat lah Kristian sebagai agama diagungkan.

    Untuk tujuan keseksamaan, seterusnya rakyat mula mencipta falsafah sendiri yang mementingkan kemanusaiaan sejagat berasaskan amanah, moral dan disiplin. Setelah kaya dan maju mereka sedar akan kemampanan. Mampan juga perlu ada, supaya keadaan sosial, ekonomi dan alam sekitar dapat dijaga supaya ianya tidak kiamat dulu sebelum kiamat yang sebenarnya.

    Jadi dimanakah kita sekarang dari segi sosial, ekonomi dan sekitaran. Selain di kotak TV dari pagi sehingga keesokan paginya kita dok dengar uztas bercerita tentang suami/isteri, gincu, aurat sehinggalah bab takut nak pegang duit sebab pemunya sebelumnya adalah orang kafir.

    Tak kah kita ni sedang berada seperti dizaman pertengahan eropah tapi dengan cara yang sangat negatif. Ugama dibrandingkan dan digunakan sewenangnya untuk tujuan politik dan kekayaan beberapa kelompok sahaja. Tapi di Eropah mereka mengunakan salib meneroka dunia baru, menjajah, sebarkan salib dan merompak dan memunggah kekayaan dari kawasan jajahannya. Tapi kita merampok rakyat dan negara sendiri.

    Kita gunakan agama dengan cara sangat negatif. Ulamak dan uztas hanya tutup mata. Mereka lebih sedap menjual umrah, show TV, jual doa, jual air magik, ayam terapi. Lihat apa jadi di PRK .. Penyamun Tarbus menang besar, kalahkan bukan satu Lebai tapai dua Lebai Malang. Nampaknya Melayu Islam akan kiamat dulu sebelum kiamat yang sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good job Panglimo....!

      Delete
    2. 'Tapi kita merampok rakyat dan negara sendiri'.

      berani terhadap kawan tapi takut kepada musuh. ada kuasa (mandat dari rakyat) guna utk kesejahteraan rakyat & bukan salah guna menindas rakyat.

      islam dah jadi product brand spt islam progresif, islam hadhari, islam konservatif, madani, liberal, moderate & apa ka jadah lagi. islam bahasa arab, mat salleh kata submission. titik.

      Delete
    3. "Yang anehnya negara salib ini tidak kedengaran berperang sesama sendiri."

      ada je mereka berperang sesama sendiri. zaman lanun adalah perang antara england, sepanyol dan perancis.

      Delete
    4. panglimo potaseh21 June 2016 at 11:55

      Mereka bertempur bukan berperang .. memang ada permusuhan diantara mereka, tetapi secara positif dari segi sosio-ekonomi dan politik, bermatlamatkan memumggah hasil kekayaan dari luar. Malah mereka bersatu berperang dengan musuh utama mereka .. Turki/Islam. Tak macam Arab, bersekongkol dengan kafir semata untuk nyatakan mereka lebih Islam. Nasib baik Arab ada minyak.

      Delete
  8. Zam tak faham najib lebih bijak berpolitik dari tun m di Malaysia ini mengunakan pendekatan agama yg sederhana.
    Pengaruh pas adalah sekolah pondok, kegagalan ditembusi oleh bn walau pun anwar menjadi menyebelahi tun m dulu mengunakan Islam madani liberil anwar itu,kesilapan tun m merendah2 kan hukum hudud menyebabkan golongan sekolah pondok menyebelahi pas dari umno sepatutnya tun m itu memberi penerangan hukum hudud tak sesuai di malaysia bukan sebab undang2 itu tak adil tapi sebab negara kita berbilang kaum Dan agama ia agak sukar untuk membuat hukum hudud sebab itu pas masih gagal bertangkan hukum hudud tapi pas Sekarang memilih hukum syriah supaya perkasakan itu tindakan baik walau saya bukan penyokong pas, pas telah sedar dari kesilapan dia dan bercakap berpaksi realiti ADA di malaysia, mufti Arab suadi mengakui Malaysia kurang sesuai untuk buat hukum hudud

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah lah kau.Kekalkan kerusi di 2 tempat tu,terus kau panggil Najib lebih bijak dari Tun.Kalau bijak kenapa tidak dapat 2/3 di PRU?Dasar kulit boleh bertukar-tukar.

      Delete
    2. Sokong kekal 2/3 pun,masa akan datang Cuba anda berfikir semakin ramai menghantar anak dia ke sekolah pondok Najib sedar perkara ini jadi, di rapat diri dengan sekolah pondok, di Kelantan pengaruh sekolah pondok memberi sokongan pada pas sebab itu Kelantan jatuh ketangan pas itu tak sedari oleh tun m itu semakin bertambah sekolah pondok seluruh negara jadi bn mesti mendapat Sokong dengan meberi peruntukan pada mereka, selama ini hanya pas ambil tahu pasal mereka ini, ketika era Dr mahathir berkuasa ambil sikap acuk tak acuk terhadap sekolah pondok menyebabkan sokong mereka pada pas menebal ditambah dengan apabila tun m merendah2 kan hukum hudud konon tak adil di keluarkan mulut Dr m itu menyebabkan mereka pergi menyokong pas, tun m sendiri gagal bagi penerangan kenapa kita tak boleh buat hukum hudud di Malaysia ini

      Delete
    3. Lepas lulus sekolah pondok, ada kerjaya menanti, seperti jual kerepek di gombak, jual jubah di sri petaling, kutip derma anak2 yatim di pasar malam. PAS Kelantan patut buat Dasar Pandang ke Timur Tengah...kalu boleh buat theme park arab kat kota baru, import pasir dari saudi, pasang khemah bedouin, dan bela unta.

      Delete
    4. Anda patut sedar itu sekolah pondok zaman tun m menghasilkan mereka jadi penjual keropok, jual jubah, kutip derma untuk anak2 yatim , sedar sekolah pondok zaman sekarang bukan seperti itu mereka mengajar sains Dan metamatik ada juga mengajar bahasa inggris antara mereka mendapat bantuah kerajaan ADA telah berjaya cermelang pelajaran , zaman tun m hanya biarkan mereka jadi macam dicakap oleh itu, sebab itu mereka menbenci tun m itu tak menberi peruntukan pada mereka hanya membiarkan mereka ikut pas ,ADA faham tak

      Delete
    5. Sekolah pondok hebat, lahir ramai santis, peguam, jurutera, akauntan, professor, doktor, pilot...anon 12.56 boleh bagi contoh

      Delete
  9. Oh negara ku....team bola pon boleh kalah dengan papua new guinea dua kosong....apa nak jadi...

    ReplyDelete
  10. Salam TS Zam,

    Bagi saya, zaman sekarang lebih mencabar berbanding dengan zaman Tun. Zaman sekarang maklumat lebih di terima melalui internet.
    Jaringan dua hala merupakan satu kemudahan yang boleh di dapati melalui internet. Maklumat, sosial dan ideologi kini menjangkaui sempadan negara.

    Maklumat dan penyebarannya kini berbeza. Jika disyorkan untuk rangkaian TV dan radio, saya merasakan adalah lebih baik untuk kita selamatkan umat Islam di negara ini dari kiamat lebih awal dengan menyedarkan mereka tentang pentingnya ajaran sebenar di dalam al-quran.

    Ini kritikal kerana apabila masyarakat yang lebih percaya maklumat sebaran tanpa membuat rujukan dan imbangan, akan mudah terpengaruh dengan pewatakan penyebar berbanding maklumat yang disebarkan. Hasilnya, penyebaran maklumat samada benar atau tidak akan di terimapakai sepenuhnya oleh penerima maklumat kerana sudah terpengaruh dengan pewatakan penyebar maklumat tersebut. Ini jelas di firmankan Allah di dalam al-quran supaya kita manusia hendaklah menyiasat sesuatu maklumat itu tentang kebenarannya.

    Ubat untuk kembali pulih masyarakat kita hanya satu iaitu Al-quran. Maklumat di dalam al-quran adalah benar dan dilindungi serta tidak kontradik di antara setiap maklumat di dalamnya.

    Al-quran adalah 'Hadith' yang terbaik. Inilah satu-satunya ubat untuk menghalang candu seperti Tan Sri katakan.






    ReplyDelete
  11. Tan Sri,

    Semalam saya telah berkesempatan menonton rancangan Dialog di TV1. Tetamunya adalah seorang ahli akademik dari UKM, Prof Datuk Dr Mohd Yusof Haji Othman, yg juga pengarah Institut Islam Hadhari UKM.

    Alangkah kagumnya saya mendengar hujah2 & perbincangan beliau. Pengetahuan & ilmu beliau amat luas & beliau menyampaikan hujah secara kritis & mengambil kira sejarah. Orang seperti inilah yang patut diketengahkan di TV & majlis2 ilmu. Saya rasa beliau jauh lebih berilmu dari Dr Zakir Naik.

    Antaranya kata2 beliau semalam (not verbatim):

    'Untuk maju kita memerlukan para intelectual. Akan tetapi, sifatnya para intectual akan mengkritik apa yg mereka rasa tak betul. Persoalaanya dapatkah pemerintah menerima org yg sebegini?'

    "Sains tanpa agama itu buta, agama tanpa sains itu pincang" .

    ReplyDelete