Friday, 17 June 2016

JANGAN RASA BERSALAH BERI LAPORAN KEMASKINI KESIHATAN MB KEDAH

Pihak yang bertanggungjawab tidak sewajarnya merasa bersalah untuk memberikan maklumat terkini dari masa kemasa mengenai keadaan kesihatan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah  yang telah masuk hari keenam berada di hospital.

Beliau telah dikejarkan ke Kedah Medical Center(KMC) Sabtu lalu setelah pengsan ketika mempengerusikan suatu mesyuarat tetapi dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk menjalani pembedahan usus.

Suatu Kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah mengatakan bahawa beliau  terpaksa berada  di wad  ICU sehingga keadaannya pulih.
Media di minta membuat laporan mengenainya hanya dari kenyataan rasmi dari Pejabat Setiausaha Kerajaan atau MB tetapi sehingga ini belum ada kenyataan terkini mengenai keadaan MB Kedah itu samaada masih berada dalam ICU atau telah keluar.

Ketidak konsistensi  laporan mengenai keadaan kesihatan MB Kedah itu bermula sejak dari  penapian pengsan kepada hanya pitam, tidak serius tetapi kemudiannya terpaksa di kejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang kerana alat kelengkapan rawatannya  lebih baik bagi komplikasi usus dan kemudian diketahui berada dalam Wad  Rawatan Kecemasan( ICU) kerana jalani pembedahan usus. 

Berbagai spekulasi timbul kerana tidak adanya konsistensi  dalam lapuran itu dan menimbulkan anggapan seperti  ada usaha untuk menyembunyikan  keadaan sebenar kesihatan MB Kedah itu.

Oleh kerana perlantikan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai MB berlaku berlaku atas   penyingkiran Mukhriz Tun Mahathir  maka orang ramai merasakan mereka dinapikan untuk mengetahui keadaan yang sebenar yang mungkin selari dengan sentimen mereka.

Hal lini adalah berbanding dengan lapuran kesihatan mengenai bekas dua MB Kedah yang ketika menjalani rawatan senantiasa dikemaskini  iaitu Datuk Azizan   dari Pas dan Datuk Syed Razak yang diberkan tekanan dengan berbagai lapuran  negatif setiap hari bagi membolehkan penyingkirannya disegerakan untuk digantikan  dengan  Mahathir  Khalid.

19 comments:

  1. Jamil Sg Petani17 June 2016 at 07:11

    Sewajarnya gambar MB Kedah di hospital di tunjukan kepada umum untuk meyakinkan rakyat bahawa beliau adalah bertambah sehat seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Kerjaaan Negeri.

    Jika keadaan Syed Razak yang bertambah teruk boleh disiarkan bertubi2 oleh TV3 maka takkan gambar MB Kedah yang bertambah sehat tak dapat disiarkan untuk menenangkan kerisauan dan keraguan rakyat Kedah kuhususnya.

    ReplyDelete
  2. Tajul Ismail Merbok.17 June 2016 at 07:15

    Kami ingin tahu keaadaan terkini Menteri Besar kami Ahmad Bashah yang sangat kami sayangi kerana walaupun beliau hanya baru sekejap memeritnah tetapi telah membuktikan keupayaannya memahami kehendak rakyat di akar umbi

    ReplyDelete
  3. Ku Seman Ku Din Pokok Sena Kedah.17 June 2016 at 07:17

    Sewajarnya pejabat MB atau Setiasaua Kerajaan Negeri mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan kesihatan MB dan tidaklah rakyt bergantung kepada kenyataan berbagai pihak yang melawatnya

    ReplyDelete
  4. Saya ada 2 kesimpulan:

    1. Hospital kedah haprak, hanya sesuai untuk orang kampong. MB dan VIP kena hantaq pi pineng.
    2. Bashah sihat, cuma terkejut beruk kena boo oleh penyokong kedah sendiri kat stadium masa tengok team kedah main hari tu.

    ReplyDelete
  5. Saya pelik membaca kenyataan SUK Kedah, "tidak perlu melantik Pemangku MB". Mengapa SUK yang keluarkan kenyataan ini. Siapa yang memerintah Kedah. MB dan Exco atau pegawai tadbir.

    ReplyDelete
  6. Cikgu Tajul Urus berpeluang cerah jadi MB.Raya nanti boleh buat open house besar-besaran.

    ReplyDelete
  7. Tidak teruk tidak serius tetapi pembedahan dibuat dalam keadaan cukup bersegera, 5 jam pula dan agak lama tanpa berita.

    ReplyDelete
  8. SinggahSebentar17 June 2016 at 12:27

    depa ingat org kedah bodo kot...

    ReplyDelete
  9. Saya tak kisah langsung pasal perkembangan kesihatan MB Kedah. Yang sangat saya kisah sekarang ialah mengenai passport baru Msia yang dikatakan'offspec' dan tidak boleh dibaca secara elektronik. Mengikut lapuran Malay Mail, passport yg dikeluarkan sejak April bermasaalah tapi Jabatan Imigresen kata tak ada apa2 masaalah.

    Yg akan hadapi masaalah ialah pengguna. Tak ke haru, kalau lepas belanja ribu2, naik kapal terbang berjam2 hanya untuk tersangkut dekat lapangan terbang negara asing?

    ReplyDelete
  10. kita ni kenapa le bebal agaknya, kura kura dalam perahu.

    Kalau sihat dan besok boleh berlari, sebelum sempat ayam berkokok, TV3 sudah tentu angkat jadi berita utama.

    ReplyDelete
  11. panglimo potaseh17 June 2016 at 17:51

    Bila Kedah lantik MB baru Ahmad Bashah, sebagai gantikan orang muda Mukriz .. sekali tengok muka Mat Badhah ni saya tahu, beliau ada pakej penyakit. Apa lagi terdapat aksinya sedang zzzzz dimajlis penting. Tapi apa boleh buat jika nafsu tu melebihi tenaga dan menepati pula kriteria orang yang dikehendaki PM sebagai MB. Sekarang dah masuk dua minggu Mat Bashah dihospital .. tapi tidak ada berita kedengaran. Saya harap beliau sembuh segera dan bersaralah .. wang ringgit dan kuasa bukanlah segalanya. Bergumbiralah dengan apa yang ada.

    ReplyDelete
  12. MAT KANDA.KEDAH.17 June 2016 at 19:17

    Tekanan Psychology amatlah berat bagi seorang yang telah dapat mencapai cita-cita besarnya dalam politik tetapi tiba-tiba diserang sakit yang walaupun dapat disembuhkan atau akan pulih tetapi tentunya tidak mempunyai kekuatan yang sama lagi.
    Semangat yang tinggi kerana tercapai cita-cita segera akan lumpoh oleh keadaan kesakitan yang tak seperti dahulu lagi dan dalam politik tekanan akan datang dari rakan saingan yang juga bercita-cita besar.
    Semua perhetongan ini tentu ada pada Menteri Besa Kedah yang sekarang dalam proses pemulihan kesihatannya tetapi jika beliau tidak bijak menguruskan krisis dirinya dalam menghadapi cabaran maka kesihatannya akan bertambah buruk.
    Inilah keadaan yang dihadapi oleh MB Kedah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tekanan psychologi berat...kena boo penyokong sendiri, berat laa, mana ada lagi water face? Kepada yang lain yang ada cita2 tinggi dalam politik, ukoq la baju kat badan sendiri. Len len kena ukoq jugak, macam saiz pinggang, tekanan darah, nadi jantung, gula, ...dan IQ.

      Delete
    2. Setiap penyakit adalah ujian dari Allah SWT. Tetapi dalam kes Mat Basha ni selain daripada ujian ia juga adalah kifarah atas perbuatan sendiri. Moga Tok Mad memohon maaf dari sesiapa yang pernah dianiyanya...Wallahuaklam.

      Delete
  13. Inilah petunjuk Allah yang Allah kat Mad Bah lalu Allah bagi dia sakit. Sikit sahaja . Hanya barangkali cara dia dapat jawatan mb tu Allah tak redha. Jadi sebagai orang beriman mudah sahaja, mohon ampun kepada Allah dan lepaskan jawatan.

    ReplyDelete
  14. Kami kat utara ni kalu dulu musim cuti sekolah, bawak la famili pi haadyai, krabi, phuket. Dulu 100 baht=rm10. Dulu laaa. La ni nak dapat 100 baht kena tukaq rm12. Cuti sekolah dok rumah ja lah. Tak macam orang orang kaya kat putrajaya, boleh pi shopping kat london, sponsor setakat seratus dua ratus orang pi umrah tu tarak apa apa lah. Ekonomi macam taik, orang kaya mana rasa apa? Terus terang cakap, balaci putrajaya nak hidup kaa, mampuih kaaa... peduli apa.

    ReplyDelete
  15. Kalau dah tak mampu buat apa nak pi membeli belah di Haadyai,pik kat Alor Setar sudahlah. Artinya orang bawah pun nak shopping macam orang kaya,kalau ada peluang nak pi London shopping sedangkan orang negara lain nak datang beli barang di Malaysia pun tak mampu.
    Orang Thailand walaupun baht mereka tinggi tetapi kemampuan ekonomi mereka rendah. Mana ada kereta bawah rumah berderet macam orang kg Malaysia. Pokonya ialah orang Malaysia ni cakap sahaja tak ada duit tetapi ada duit lebih hingga shopping sampai ke Haadyai,duk kedai mamak 24 jam kemudian keriau tak ada duit
    Duit lebh dari cukup makan.pasal tulah pi shopping ke Haadyai.bila kaya hang pun pi shopping kat London.semua hipokrit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendekatan hang kalu tak mampu, pi shopping kat aloq staq, adalah pendekatan orang cetek akai. Luluih porm 3 kot macam tuan besaq hang. Kalu dah tau ramai rakyat terkena effect duit RM jatuh, apa kerajaan buat pasai ekonomi? Yang pi banding dengan thailand pasai apa? Aku tanya hang, sampai bila kita nak dok belakang singapore? pemikiran hang tahap banding dengan afghanistan, somalia, ethiopia....boleh laaaa. Ni abad ke 21, bukan tahun 70an lagi.

      Delete
    2. Soalnya ekonomi rakyat kita dah kena downgrade, nilai belian ringgit makin turun, paham? Peratusan golongan kelas pertengahan makin menguncup, paham? Ini semua sebab putrajaya tak tau kendali ekonomi negara.

      Delete