Wednesday, 1 June 2016

IMEJ BARU PAS BERI MESEJ SUDAH SAMPAI MASA UNTUK GANTI UMNO

      • PAS UMNO SEDIA TERIMA MENANG KALAH ANTARA MEREKA
    • Nampaknya Pas dan UMNO bersedia untuk menerima kekalahan dan kemenangan antara satu sama lain  dalam PRK  Kuala Kangsar dan Sg Besar asalkan parti-parti  lain kalah.
      • Apakah bentuk kerjasama yang akan berlaku antara kedua parti itu masih belum jelas tetapi nampaknya Muktamar Dewan Pemuda Pas di Kota Bharu telah memberikan mesej kepada pengikut mereka  "Hentikan permusuhan dan mulakan perdamaian dengan UMNO BN".
        • Ketua Pemuda Pas,Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata jika bapanya masih hidup (Mursyidul Am Pas),bapanya juga akan merastui kerjasama ini kerana  UMNO dan BN  telah berubah sikap terhadap Pas dan Dewan Ulama Pas Negeri Sembilan pula mahu penyokong Pas mengakui kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan.
          • Harus diingatkan bendera perdamaian  ini diangkat  menjelang PRK tak lama lagi yang berarti tidak akan berlaku serang menyerang antara kedua parti yang dulunya adalah musuh tradisi.
            • Kerjasama ini tentunya disambut baik oleh mereka yang mahukan perpaduan Melayu dan Islam walaupun tidak berlaku atas sentimen perpaduan tetapi atas dorongan survival kedua parti itu.Allah menentukan jalan lain ke surga.
  1. Twitter:
    Dengan pemimpin-pemimpinnya berpakaian tradisional Melayu,Pas menunjukkan kesangupannya untuk keluar dari kepumpong kejumudan dan mengorak langkah kearah nasionalisme agama yg dinamik dan progresif walaupun suatu masa dahulu menolak asyabiyah
  2. 11 hours ago
  3. Mesej yang disampaikan oleh Pas menerusi pakaian;"Sudah sampai masanya Pas ambil aleh kepimpinan negara dari UMNO yang hilang integritinya"
  4. Syabas Pas berani menampilkan pembaruan dalam hadapi cabaran di suatu Muktamar Pemuda Pas kelmarin dengan berpakaian kepahlawanan Melayu.
  5. Pas semakin pragmatik demi politik yg lebih realistik, Umno makin bercelaru, nak cari pengaruh sanggup sokong tarekat,Najib pakai kupiah lebai dan lenggok kepala atas pentas bersama kumpulan tarekat.Dah haru biru halatuju nasionalisme Melayu Umno.
  6. Ketika Perdana Menteru Najib dipengaruhi oleh seorang menteri agama supaya pakai ketayap, pemimpin-pemimpin Pas mulai pakai tengkolok. Pas semakin moden, umno semakin mundur kebelakang.
  7. Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad dan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim berpakaian tradisional.Mendekatkan identiti UmnoPas

20 comments:

  1. Najib mcm lebai malang,org pas mcm lanun bugis.

    ReplyDelete
  2. Bila kupandang foto Tuan Ibrahim Tuan Man teringat aku dengan DATOK NIKAH KAHWIN DALAM CERITA MUSANG BERJANGGUT.

    Macam sama tapi tak serupa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehe ..sempat buat lawak pulak

      Delete
  3. Dulu tempelak PAS berserban berjubah sebagai kosmetik.

    Bukankah pakaian sebegini lebih hipokrik apabila imej ugama mereka terhakis.

    Kalau sunnah dah ditinggalkan, yang wajib makin terlalai, hampir jadi atau hampir ganti umno...jawabnya sekular.

    ReplyDelete
  4. UMNO dan PAS dah tidak relevan lagi pd org melayu dan agama isle. Mereka adalah watak2 kartun dan badut dipentas.
    Mereka masih hidup kerana majoriti Melayu masih dibwh katak tempurung, buta, tuli dgn segala yg berlaku di depan mata.
    Melayu hanya mau jadi tuan
    Dan hanya tahu halal haram
    Lain semua boleh pi kerana tak perlu payah memikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hissss, jangan kata lagu tu...umno ada ramai intelek dan pemikir, seperti 3.85, mat bashah form 3, kruak, rahman dahlan, aziz thambi, saya pon nak cari makan jugak, budak oxford, tokey lembu, tokey ikan bakar, dan ramai lagi. Nak komplen apa lagi?

      Delete
    2. Parti politik orang Melayu semuanya munafik.Ada yang jual agama,jual bangsa,jual negara,jual maruah,dan apa saja yang boleh jual depa jual.Politik bodoh dan memalukan.P.Ramlee telah sebut dan gambarkan menerusi karyanya.

      Delete
    3. Sbb tak buta tuli la, kami tak pilih dap, pan watave.

      Delete
  5. Baju melayu boleh tempah....tapi idea, matlamat , halatuju negara bangsa cam ner? Cuba cakap terang2, apa PAS nak buat untuk malaysia dan rakyatnya. Umno tak yah citer ler, memang tahap nazak dah

    ReplyDelete
  6. buat mana2 pun x apalah, asalkan tidak salah, klu ini menjadi mesej ganti umno apakah maksud krisis terengganu boleh disiratkan? apa gabungan kerajaan perpaduan umno-pas? kedua dua parti nmpk semakin akrab.Alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. Cara baru berpakaian para pemimpin PAS memberi maksud mereka bukan saja bersedia utk menjunjung tinggi agama Islam tetapi juga mempertahankan bangsa Melayu sebagai bangsa majoriti dan anak bumi Tanah Melayu.

    Bangsa Melayu terkenal dgn budi bahasa dan tolak ansur serta Islam ( bukan Islam ISIS) terkenal dengan keadilan terhadap bangsa lain akan memastikan bumi Malaysia ini bergerak maju kedepan.

    ReplyDelete
  8. Tengok gambar Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim macam Pak Dogol..kih kih kih

    ReplyDelete
  9. This is only a joke.
    The Malay in spore called a thief pencuri.
    But in msia a thief is perdana menteri.

    ReplyDelete
  10. sekadar tukar pakaian memang mudah..namun hakikat sebenarnya pemimpin pas belum mampu untuk mentadbir negara secara bersendirian. tambahan pula, pemimpin pas suka berceramah pi mai tang tu.. kerja malas otak buntu.. bengap baa

    ReplyDelete
  11. .
    ............#comeyla
    .

    ReplyDelete
  12. Aikkk, sudah tukar ka? Ta mau naik unta lagi?

    ReplyDelete
  13. Apalah pakai baju zaman dulu-dulu.... pakailah baju kodaridair dunia Arab sampai US/UK/Eropah semua pakai kot.

    Sudahlah dengan ke-Araban dalam perjuangan Islam, Quran mana ada sebut pasal pakaian Arab.

    Bukan salah pakaian ala Hang Tuah, tapi kenalah pada tempatnya. Kalau masa buat filem, teater atau dokumentari bolehlah.... kalau nak pergi United Nation ahem...ahem .LOL

    ReplyDelete
  14. Imej, atau dlm bahasa omputih fancy dress party goers, baru PAS hanyalah menyerupai pendekar-pendekar bujang lapuk bersama TG Wak Mustarjo mereka lah, iaitu bukan main sikit punya sarkas.

    ReplyDelete
  15. Kedua-duanya saling lengkap melengkapi,kerana penaja mereka adalah sama,iaitu iblis.

    ReplyDelete
  16. Dato'

    Ingat tak , kalau dulu ulamak bersampin labuh kebuku lali, si bujang bersamping singkat, Orang berkahwin bersampin bawah lutut..itulah budaya melayu..ha ha ha..

    Tapi PAS macam pendekar aje..hilang ciri ulamak..ha ha ha

    ReplyDelete