Wednesday, 18 May 2016

SEBAB SEBENAR ANWAR IBRAHIM TULIS TANGAN SURAT BERSAJAK DARI PENJARA.

SYABAS DATUK SRI ABDUL HADI!
KOMEN:Syabas kepada Pas yang telah menutup pintu rundingan dengan parti-parti pembankang lain untuk penentuan calon PRK K.Kangsar dan Sg.Besar. Pas mahu satu lawan satu dengan BN atau UMNO.Jangan bimbang dengan PAN parti syok sendiri.Kerjasama dengan PKR  diperlukan. Tun Mahathir perlu bantu jika tenaganya dikehendaki -Zam

ZAID JANGAN FANATIK DAN  KELUAR DARI SIKAP PREJUDISNYA

Agak mengejutkan seorang  peguam dan komentator yang tajam seperti Zaid Ibrahim tidak dapat menciumi  sebab sebenar yang mendorongkan tahanan jenayah Anwar Ibrahim tiba-tiba melihat bahaya  kerjasama Tun Dr. Mahathir dalam "Deklarasi Rakyat" yang dianggapnya  tidak selari dengan perjuangan reformasi partinya.

Sebenarnya tidak selari dengan hasratnya agar  Mahathir kembali membersihkannya untuk membuka semula peluang baginya menjadi Perdana Menteri

Anwar pada mulanya hanya mendiamkan diri apabila Mahathir memasuki khemah pembangkang tetapi tiba-tiba menulis surat lapan muka dari penjara yang penuh sentimental, indah, bersyair, bersajak berseloka untuk mengingatkan bahaya kerjasama dengan Mahathir.

Sebab  utama yang mendorongkan beliau  berbuat  demikian ialah kerana marahnya kepada Tun Dr. Mahathir tidak mahu membersihkan kecemaran moralnya  kerana penglibatannya dengan homoseksual yang telah pun menyebabkannya berada dalam penjara sekarang ini.

Mahathir telah memberitahu media asing dan  juga dalam negeri bahawa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri atau pemimpin negara ini kerana dia mempunyai masalah moral. Ini meruntuhkan harapan menggunung  Anwar yang menjangka bahawa  Tun  Mahathir sanggup berbuat apa sahaja untuk menjatuhkan PM Najib.

Tidaklah  perlu bagi Zaid Ibrahim untuk mengkaji surat berbunga tulis  tangan Anwar Ibrahim meminta simpati dari penjara untuk perjuangan reformasi partinya. Sebenarnya bukan untuk reformasi parti tetapi  untuk Tun Mahathir mereformasikan  moralnya dengan hanya sepatah kata.

Saya kira  Zaid Ibrahim tidak nampak sebab sebenar kerana kefanatikannya yang keterlaluan kepada Anwar Ibrahim sedangkan Chandra Muzafar, Sidek Baba dan lain-lain lagi tokoh bermoral yang pernah bersama Anwar percaya kepada peribadi sebenar Anwar Ibrahim. Bagi Tun Mahathir "tiada kemaafan bagimu" dalam soal ini.

Dalam beberapa hal Zaid Ibrahim yang terkenal dengan liberalismenya terkurung  dalam kotak pemikiran dan prejudisnya terhadap  PAS kerana mahu melaksanakan  hukum hudud sedangkan beliau sedar dalam realitinya  tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini.

Pas terus menjerit dalam soal ini  sekadarkan untuk meyelamatkan maruahnya dan maruah pemimpinnya yang pernah mengkafirkan orang Islam.

Pas telah hanyut jauh  dari dasar dan prinsipnya  setelah sanggup menerima kepimpinan homoseksual dan bersekongkong dengan kafir kecuali "Kafir UMNO"

Hakikat ini mestilah diterima oleh Zaid untuk membuka mindanya bagi menyokong hanya Pas untuk  bertanding di Kuala Kangsar dan Sg Besar demi untuk kepentingan mengembalikan imej perpaduan pembangkang dan juga harapan yang diletakkan oleh rakyat kepada mereka.

Tuan Ibrahim (Pas), Lim Kit Siang (DAP) dan Azmin Ali (PKR) boleh memainkan peranan genting ini secara bijaksana menerusi PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.

45 comments:

  1. Sepatutnya, era TDM, anwar, kit siang, hadi, najib, wan azizah dah berlalu. Kini sepatutnya era hishamuddin, guan eng , azmin, kj untuk memimpin. Sepatutnya lah. Tapi apa nak buat, barisan kedua umno pengecut. Barisan kedua pembangkang pula dibayangi anwar. Sebab tu rakyat terpaksa bergantung pada TDM. Pemimpin pembangkang pun akui, mereka perlu bekerjasama dengan TDM. Tanpa beliau, deklarasi rakyat akan basi macam deklarasi permatang pauh. Tapi satu yang jelas, tarak sapa peduli Ku Li lagi. Baik mamat tu pi pencen.

    ReplyDelete
  2. Kalau menyentuh mengenai Anwar Ibrahim, saya perasan bahawa Tan Sri Zam amat marah kepada beliau dengan menyebut sebagai jenayah homoseksual, tahanan penjara, dan sebagainya.

    Saya bukanlah penyokong Anwar Ibrahim tetapi tidak perlu menyebut salah lakunya khususnya mengenai homoseksual. Entah betul entah tidak. Tapi, saya hanya menganggap Anwar sebagai mangsa konspirasi politik sejak tahun 1998.

    Adakah kerana Tan Sri Zam marah kepada Anwar disebabkan kerjaya Tan Sri Zam sebagai ketua pengarang Utusan Melayu berakhir disebabkan Anwar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berpendapat sebaliknya. Jika ia "konspirasi politik sejak tahun 1998", mengapa Anwar tidak saman Dr.M yang jelas menceritakan dalam Memoir - A Doctor In The House, bagaimana bekas TPM itu 'gila sex', lakukan orgy dengan 3 gadis serentak.

      Jika Liwat I beliau terlepas atas sebab teknikal pada zaman Dr.M. mengapa boleh 'tersangkut' sekali lagi, apabila Dr.M telah bersara?

      Dalam kes China-doll, adalah mustahil mana-mana pakar video mampu edit gambar movie dari 3 biji spy-camera yang dirakan dari sudut berlainan.

      Delete
    2. Saudara RD,

      Tak sangka saudara melayan komen saya.

      Ternyata tulisan saya tidak seperti tulisan saudara yang memualkan.

      Jeruk Pak Ali.

      Delete
    3. Sudah lah Pak Ali...... Apa bukti yg anwar berikan utk menafikan tuduhan tu?

      Delete
  3. Bukan Zahid la Zam tapi Zaid..Zahid tu Zahid Hamidi, TPM kita tapi ni Zaid Ibrahim, loyar dari Kota Bharu tapi Zam punya pasal tak apa. Dimaafkan. You are Tokoh Wartawan Negara after all. You can get away with anything..

    ReplyDelete
  4. Madey tulis surat guna bahasa direct to the point.
    Nuar tulis surat guna bahasa sastera berbunga2 dan puitis.
    Itu bezanya madey dan nuar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir berkelulusan MBBS dari King Edward VII College, Singapore (National Universiti of Singapore). Anwar Bachelor of Arts in Malay Studies, Universiti Malaysia. Tu pun berhempas dia nak habiskan pengajian. Asyik duk berdemo je kat campus.
      Mahathir punya style direct, blunt and straight to the point. Maklum lah doktor. Siapa yang terkena tu memang akan terasa hati. Seminggu tak hilang. Anwar punya style suka bersilat dan kaki konar. Kadang-kadang diselitkan humor dan jenaka untuk melembutkan hati. Sangat mujarab untuk melembutkan hati wanita. Tu yang boleh tulis surat dalam bahasa yang indah dan berbunga-bunga sebanyak 8 muka surat walau pun intipatinya hanya 1 muka surat.

      Delete
    2. Betul. Pasal itu saya menyampah pada Anwar sejak dia masuk UMNO pada 1982 lagi. Gaya dia berucap pun saya meluat, lebih-lebih lagi bila dia kerap buat lawak berbau sex.

      Delete
  5. TS Zam ,
    Saya setuju dengan pendapat TS ,sebenarnya sentimen ini ujud setelah Tun M mengeluarkan kenyataan beliau kepada media luar negara bila menyentuh hal Anuar yang mana Tun M masih perpegang kepada prinsip nya yang Anuar mempunyai masalah moral pribadi dan tak layak memimpin negara ,walhal sebelum temu bual ini Anuar secara jelas memberi sokongan kuat kepada deklerasi rakyat walau pun Tun M turut bersama.

    Saya berharap rakyat yang menentang Najib dan kuncu kuncu harus sedar dan tidak terpedaya dengan sentimen Anuar serta kuncu kuncu beliau dalam otai reformasi yang tah apa apa ,sila baca dengan teliti semua kandungan deklerasi rakyat ,adakah hanya samata mata mahu Najib turun dari jawatan PM ,saya fikir orang orang macam lim kit siang ,Amiga ,Khalid Samad ,Husam Musa ,Kamaruddin Jaafar,Salehudin Ayub ,Azmin Ali ,Rafizi ,Tian chua ,Tony Pua dan ramai lagi pemimpin pembangkang tidak begitu bodoh untuk membiar lehir mereka bagi dipancung oleh Tun M mereka ini semua sudah kenal benar dengan Tun M malah mereka juga sangat mengenali dengan permainan licik politik Anuar.

    Sebenarnya Tun M bukan lah individu yang mengujudkan ketidakstabilan antara pembangkang ,yang menjadi faktor ketidakstabilan ini apabila PAS dan DAP mula berkonflik hanya kerana nak mempertikaikan hal isu hudud yang semua rakyat yang celik minda tahu yang hudud hanyalah gimek PAS untuk mererus kan talian hayatnya dalam usaha mencari habuan dunia dalam politik negara dan mereka sedar hudud tidak mampu dilaksanakan dengan suasana negara malaysia ( ini diakui oleh Hj Eddy presiden pas yang perjuangan negara kebajikan lebih penting dari hudud).Kemudian ketidakstabilan dalam PH ekoran deklirasi rakyat sebenarnya datang dari dalam PKR sendiri yang sekarang dah mula berkonflik sesama mereka konon kem Azmin dan Wan Azizah ditambah pula dengan sentimen Anuar yang rasa terpinggir bila mana melihat deklirasi ini dapat sambutan dari lebih 1 juta rakyat ( ini dah boleh buka parti baru berkonsepkan malaysia sejati dan moden) tapi beliau terus terpinggir malah tak disebutkan hal beliau mahu dibebaskan sebagai syarat perjuangan deklerasi rakyat (adoi tak habis habis nak sibok).

    Begini la ,bagi saya perjuangan deklerasi rakyat ini terlalu jauh untuk mendapat kejayaan nya kerana kuasa hari ini ditangan Najib dan Rosmah ,Jadi kalau kita nak tuntut dibebaskan dari penjara biar la halangan besar iaitu najib dibuang dahulu kemudian baru kita perbetulakan apa yang salah dan rosak ,kemudian tolong ikhlas dalam perjuangan demi bangsa malaysia dan negara ,jadi rakyat sepatut diutamakan bukan diri kita ,individu atau nafsu batang peliak kita diutamakan jadi jelaslah kalau kita utamakan diri melebihi negara maka kita adalah pemimpin hipokerat ,dan rakyat wajib buka mata dan otak serta insaf dengan gelagat pemimpin macam ini.Tun M sepatutnya boleh bersara senang lenang bersama cucu beliau dan makan angin keluar negara setiap masa malangnya belaiu terpaksa berkorban demi rakyat untuk selamatkan negara ini.

    ReplyDelete
  6. Walau pun Tan Sri bermegah tak pernah terbabit dengan masalah moral dan sering pula berterusan menghina Anwar Ibrahim Non-Stop, namun sosok itu tetap disanjung rakyat teramai dan sentiasa menang bila contest dalam GE malah oposisi pimpinan beliau mampu mendapatkan majoriti popular dalam GE dan semakin dominan. Tapi sedar atau perasan kah sebab musabab mengapa Tan Sri yang kelihatan dan sentiasa bermegah bersih (sebab itu seronok terus menghina orang) ini ditolak rakyat dan tidak diterima di tempat sendiri dalam GE lepas?. Di mana silap Tan Sri?. Apa yang jelas, rakyat umum lebih menyakini Anwar Ibrahim yang kononnya bermasalah moral dan menolak manusia bersih dan baik seperti Tan Sri. Tak pelik ke Tan Sri???. Allah Maha Adil & Maha Mengetahui. Sebijak dan selicik mana perancangan manusia, perancangan DIA lebih sempurna. Fikir2 kan lah sebelum terlambat. Jangan terlalu bongkak sesama makhluk Allah walau pun serendah dan sehina mana pun dia. Busuk dan buruk Anwar Ibrahim di mata Tan Sri, tak pernah dibuktikan bahawa 1 sen pun dia mengkhianati duit rakyat berbanding berbilion RM kebocoran yang lesap sejak dulu, kini dan mungkin seterusnya tanpa dapat ditangkap pelakunya walau pun semua tahu yang berkuasa dulu hingga sekarang itu siapa dan parti apa?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahfuz Ibrahim Sungai Dua18 May 2016 at 14:19

      Zam berada di luar penjara walaupun kalah pilihanraya dan Anwar Ibrahim berada dalam penjara walaupun menang dan masih dipercayai oleh orang-orang fanatik.Tidakkah ini bukti Allah Maha Adil ,Maha Mengetahui dan perancangan Allah lebih sempurna tidak membiarkan orang seperti Anwar terus bertopengkan agama disamping membuat kerja maksiat.Bukalah mata jangan ikut marah dan sentimen sahaja.

      Delete
    2. Apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim sehingga dipenjarakan bukan pengadilan rakyat sebaliknya konpirasi sekelompok pemimpin sedangkan Tan Sri ZAM jatuh kerana pengadilan ramai. Ini perbezaannya. Apa yang peliknya Anwar dipenjarakan kerana kuasa politik, undang2 dan mahkamah ditangan sekelompok kecil pemimpin rakus. Ini yang berlaku sebenarnya. Sebab itu perjalanan perbicaraan kes liwat Anwar tunggang langgang kerana Allah ingin menunjukkan sesuatu kepada umum. Itu sebabnya rakyat umum lebih percayai Anwar berbanding Tan Sri Zam sekali pun media massa ketika itu di bawah kawalan parti Tan Sri Zam. Tapi Tan Sri tetap terguling jatuh sedangkan kemenangan Anwar terus bertahan dan dipertahankan rakyat kerana izin Allah.

      Anon 14:48 kurang cerdik saya lihat. Kalau sudah jelas ketika Anwar dulu, perkara seleweng begitu dilakukannya, kenapa Anon 14:48 hanya diam dan tidak membawa isu ini ke atas?. Kenapa setelah puluhan tahun baru mahu bersuara?. Bukan kah Tun M adalah PM ketika itu. Kenapa ini tidak dibangkitkan?. Tidak bijaklah anon ini. Kalau Anwar didakwa liwat di era Tun M, berarti laporan anon ttg penyelewengan Anwar boleh diambil tindakan atau ini cuma cakap kosong tanpa bukti apa apa?. Bercakap tentang pengkhianatan Anwar semua orang mampu tapi satu negara yang dikuasai Tun M dan skrg Najib Razak yang berkuasa atas segala institusi kenapa gagal untuk membuktikan penyelewengan Anwar. Apa yang mampu dituduh dan terkial kial mencari bukti hanya isu liwat (kalau pun itu benar) yang tidak langsung terbabit dengan harta awam dan wang atau khazanah rakyat berbanding berbilion kebocoran dan ketirisan sejak dulu lagi. Anih..puaka yang lesapkan duit tak dapat dikesan walau pun yang memegang tampuk kuasa semua orang tahu siapa mereka. Maknanya yang memegang kuasa tak berkredibiliti mengekang masalah.

      Delete
    3. Nurulhuda Maarof,Kg Kerunci.18 May 2016 at 18:38

      Ini pandangan yang sudah ketinggalan zaman,orang yang tidak mengetahui Anwar Ibrahim dari dekat. Zam telah mengenali Anwar sejak pembohongan kebuluran mati lapar di Baling dan seterusnya melihat bagaimana dia menyokong Al Arqam dan kemudian mahu menandingi Islam MADANI untuk menyaingi Penerapan Islam Mahathir.
      Untuk mengetahui hal yang sebenar tentang kelakuan buruk Anwar Ibrahim tanyalah orang-orang ABIM yang meninggalkannya.
      Wajarkah seorang yang menjadi imam naik kepentas,menyanyi dan menari dan berdansa berpelukan dengan isteri orang. Kenapa Nik Aziz atau Hadi tidak berbuat demikian?Ini boleh dilihat dalam masa pilihanraya dan juga video-video yang sebenar.Jika ini pun awak tak percaya awak benar-benar fanatik Anwar.

      Janganlah sehingga awak sendiri kena tutuh pungkok dengan Anwar baru nak percaya.
      Kisah sebenar seorang pensyarah UKM di marahi oleh kawan2 kerana percaya Anwar main pungkok telah mencampakan fail-failnya apabila salah seorang rakannya mengatakan barangkali" awak sendiri pun dah kena dengan Anwar"
      Oleh kerana hal ini benar dan berlaku keaatas dirinya maka dia naik marah dan mencampakan fail dan buku-buku yang sedang dipegangnya.Awak nak pedrcaya,awak tak percaya awak boleh terus menanggung dosa untuk mempertahankan pemimpin raja maksiat.

      Delete
    4. Saya orang utara, penyokong kuat anwar, hinggakan anak sulong saya saya namakan anwar.
      Dimana saja anwar buar ceramah dukawasan utara saya akan hadir. Ketika itu anwar tpm.
      Ketika anwar dipecat, saya menangis depan tv, badan saya bergetar, saya berhenti kerja serta merta gadai barang kemas isteri dan datang ke kl berdemontrasi. Saya tak peduli lagi soal keluarga. Hinggakan jiran sedekah barang makanan dirumah.
      Selepas 4bulan saya dikl, baru saya sedar wayang anwar. Ternyata apa yang berlaku adalah benar, cuma anwar pandai mengubah tajuk.
      Pas telah keluar dari pakatan, selepas ini anda boleh lihat sejauh mana sokongan rakyat pada PKR / ANWAR.

      Delete
    5. Aku pun orang utara. Kalau betul Anwar dikatakan berfoya foya berpeluk dengan bini orang dan dalam masa yang sama menjadi imam solat, kenapa tidak ada satu pun bukti menunjukkan perangai buruk Anwar itu?. Tak kan lah satu Malaysia yang dikuasai Tun M dan Najib Razak sekarang tak boleh keluarkan satu bukti pun untuk menunjukkan perangai buruk Anwar itu?. BUkan kah telanjangkan semuanya tentang buruk Anwar lebih mudah untuk mematikan karektor Anwar?. Kenapa perlu simpan? Hakikatnya semua ni gagal dibuktikan kerana cakap cakap itu tak lebih dari semburan air liur basi saja. Kalau Anwar berperangai seburuk itu pun gagal untuk pihak musuh politiknya dedahkan bukti untuk tayangan umum sedangkan segalanya ada dalam tangan, bodoh sangat laa. Aku juga jemaah Abim malah ramai kawan di dalam Abim, aku lebih tahu mana yang realiti dan mana yang cuma cakap kosong. Ini bukan soal fanatik Anwar atau apa tapi ianya soal benar dan salah.

      Delete
    6. Amin Shah, Shah Alam.18 May 2016 at 22:21

      Inilah jadinya kalau fanatik,berapa banyak gambar Anwar menari-nari dan menyanyi-nyanyi lagu india atas pentas yang telah ditayangkan oleh TV: RTM TV3 dan juga video semasa dia berkempen pilihanraya.
      Orang lain menari tak apa tetapi patutkah Anwar sebagai pemimpin ABIM menari atas stage? Patutkah seorang jadi iman menari2.Awak tak tengok atau senghaja membutakan mata.

      Anwar berdansa di rumah Tun Daim dengan isteri Venson Tan .Tak tengok ke. Janganlah fanatik sampai jadi bangang dan bodoh sehingga tak dapat lihat lagi kebenaran.Seolah-olah semuanya penipuan.
      Orang macam awaklah yang akan beri punggong pada Anwar kerana dia Imam maka sunat sedekah padanya.

      Delete
  7. panglimo potaseh18 May 2016 at 13:48

    Pak Zam.

    Saya bersetuju dengan Pak Zam, terutama dengan perenggan terakhir itu .. yang PAS, DAP dan PKR perlu memainkan situasi genting ini dengan bijaksana .. saya ulang bijaksana .. atau lupakan saja matlamat untuk turunkan Najib.

    ReplyDelete
  8. Mohon alamat cafe TS. Saya berhajat berjumpa TS. Mohon whatsapp/telegramn/SMS 011 2373 0995
    Tk. Salam Sufian Abdullah.

    ReplyDelete
  9. Bukan UMNO tidak ada jasa kpd negara Malaysia Malahan UMNO lah yg memperjuangkan kehidupan yg hampir sempurna kpd penduduk2 Malaysia tidakbkira bangsa.

    Begitu juga dgn Tun Dr. Mahathir. JasaA TDM kpd rakyat MAlaysia tidak siapa boleh nafikan, apablg kalau nak dibandingkan dgn pemimpin 2 UMNO sekarang bgi langit dgn bumi.

    Tetapi ITU dulu. Sebenarnya ke2 2 nya serupa sahaja. Kalau nak diibaratkan dgn kerepi duanya telah tergelincir Dari landasan.

    Sesiapa sahaja yg berada di lunar UMNO akan nampak keburukkan UMNO. Ahli UMNO take akan nampak keburukan UMNO.

    Najib sekali akan nampak keburukan UMNO apabila keliar sahaja dari UMNO, apalah lg Pembangkang.

    Sebagai rakyat Malaysia sangupkah kita melihat saja suasana INI berlaku sampai bila? Ayuh rakyat Malaysia berubahlah segera sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  10. Islam larang kita mendedahkan keburukan orang nanti Allah SWT mendedahkan keburukan kita.

    Kalau kita mengaku umat Islam nescaya kita tak akan melakukan nya lainlah kalau sebaliknya.

    ReplyDelete
  11. Islam menggalakan kita mendedahkan orang yang bertopengkan agama tetapi melakukan pembohongan demi pembohongan,hidup dengan berpakain mahal,keluar negara mencari sarang homoseksual untuk memuaskan nafsu rakus.

    inilah yang diketahui oleh rakan-rakan Anwar Ibrahim yang jujur yang meninggalkannya.
    Pahalalah kepada mereka yang telah mendedahkan manusia yang menipu orang Islam ini dan menyelamatkan lebih ramai orang dari nafsu main pungkok seorang pemimpin yang polis mempunyai bukti yang banyak. Janganlah jadi fanatik yang tolol.

    ReplyDelete
  12. Sodomi 1 adalah konspirasi politik Mahathir. Sodomi 2 pula adalah konspirasi politik Najib.

    Klau Najib tak terlibat dlm \sodomi 2 tentu dia dh bocor rahsia yg Mhdir terlibat dlm konspirasi sodomi 1 spt kat Zaharin Yassin dlm facebook dia. Zaharin ckp dh lama dia tahu, Mhdir pecat Anwar kerana Anwar bongkar kes perwaja dan kronisma dan nepotisma serta korupsi amalan Mhdir.

    Nak membersih kan nama Anwar bukan allah nanti. Tak de siapa yg percaya kes sodomi momy ni kecuali musuh Anwar. Org Umno yg cerdik pun tak percaya tapi mereka suka Anwar dipenjara. Tu shj .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seorang lagi bahlol. Bila ditutuh pungkoknya oleh Anwar Ibrahim barulah dia percaya. Dia tak percaya Anwar yang baca khutbah Jumaat naik pentas menari-nari. Baginikah kelakuan seorang pemimpin Islam atau dajal yang berpura2 menjadi malaikat.
      Kalau pemimpin UMNO lain berkelakuan buruk,menari dan sebagai tak apa sebab mereka tidak berpura-pura menjadi pejuang Islam

      Delete
    2. Golongan munafik menyokong sesama munafik.Anwar adalah Bapa Munafik.

      Delete
    3. ..mestilah kau Badrol pernah kena sondol dgn Anwar ni....apasal tak repot polis mcn Siful..Siful org tak prcaya keraan pemeriksaan jubor tak de kena kesan tosokan...Pusrari ckp distusok olih objek plastik..

      Kalau kau Badrol yg pernah kena sondol dgn Anwar buat repot polis dan jadi saksi utama, memnang menyakinkan lahhhhh....

      Sendir bahlol..tak sedar diri. Ada bontot, beri kat Anwar...

      Delete
  13. " tokoh bermoral yang pernah bersama Anwar percaya kepada peribadi sebenar Anwar Ibrahim.Bagi Tun Mahathir "tiada kemaafan bagimu" dalam soal ini."


    Tun Mahathir hanya berterus terang menyatakan fakta, perkara sebenar. Masaalahnya untuk Anwar (dan penyokong fanatik beliau) fakta tersebut terlalu pahit, perit dan pedih tekak untuk ditelan. Lebih mudah untuk tipu diri sendir anggap ianya satu fitnah dan tidak pernah berlaku,

    ReplyDelete
  14. Warkah dari penjara siri 2 bakal menyusul. Anwar Ibrahim skang tengah ligat cari idea. Cari ilham. Guling-guling dalam penjara. Kamus Dewan Siri 4 menjadi bantal tidur beliau. Kali ini bakal menjawab segala tuduhan liar Zam. Siap la kau Zam..Tunggu......

    ReplyDelete
  15. Salam Tan Sri Zam...

    Izinkan saya....
    Udah-udahlah tu Nuar ooi....duduk diam-diamlah dalam sel tu...loya tekak nenek baca surat kau tu....

    Eloklah muhasabah diri...jangan mimpi nak jadi PM...tak sesuai lansung...nenek tahu memang kau tu ehem..ehem..

    ReplyDelete
  16. kat mana u belajar mendedahkan keburukan org digalakkan....hadoi rosak....

    cerita anwar ni hanya Allah shj yang tahu kebenaranNya.....

    kalaupun benar sekalipun......Allah itu maha pengampun walau sebesar mana sekalipun dosa-dosa hambaNya. Siapa anda untuk menjaja keburukan org lain...dan seolah tidak dapat memaafkan Anwar?

    Lihat Anwar....walaupun tun telah memperlakukan perkara yang dasyat kepadanya...tapi dengan senang hati dia memaafkan Tun. Tapi apabila tun masih menyerang Anwar...Anwar wajar mempertahankannya.

    Lihatlah perbazaan kpd ciri-ciri 3 insan ini....Zam dan Tun yang tidak berlapang dada utk memaafkan Anwar....sedangkan sebalinya Anwar.

    Tun dan Zam...cermin diri...

    Kenapa amalan mulia utk memaafkan org lain tida bertakhta di hati..
    Memaafkan org lain itu basic...je. Menggambarkan keperibadian anda sebagai muslim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atas sebab apa Anwar perlu memaafkan Tun???Saiful ada sebab untuk memaafkan Anwar,kerana dia adalah mangsa liwat.Kamu yang menyokong si pengkhianat negara ini adalah golongan munafik.

      Delete
  17. Zam dan Tun Mahathir jangan memaafkan Anwar selagi Anwar mahu kembali menjadi Perdana Menteri kerana seharusnya rakyat terus diingatkan agar dia tidak akan menjadi PM semula yang akan menghalalkan Lesbian dan Homoesksual.

    ReplyDelete
  18. Allah memberi byk dugaan pada hambanya tetapi percayalah...tiada yg memalukan spt kes anwar....Jika dia orang baik...fitnahnya mgkin rasuah ke...gubahan duit haram ke...pecah amAnah ke...dn jika extrem ada hubungan dgn 1 perempuan lah....
    tetapi kes anwar...terlalu mengaibkan...terlalu..tk siapa berani plan fitnah ni...sbb susah nak frame....kalau dia orang baik.saya yakin hukuman ini dari Allah...kalau dia orang baik..
    fitnahnya akan brbrntuk lain...
    Dan nampaknya dia tidak insaf....memalukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade ke ayat al Quran,dalil atau hadis yg mengatakan fitnah org baik mcm mne org jahat mcm mne,klu ade bleh saudara bgtau sbgi rujukan,klu xde X perlu la saudara nk berlagak pandai utk menampak kan hujah saudara itu kukuh,ia MENJIJIK KAN

      Delete
    2. Bagaimana mungkin fitnah, jika pakar forensik temui kesan DNA dari air-mani OKT (Orang Kena Tuduh) dalam rectum mangsa.

      Jika 'fitnah' sudah tentu ia sesuatu yang menakjubkan. Bermakna kerajaan dibawah Dr.M dan Najib telah 'berjaya' melakukan sesuatu usaha (feat) yang tidak dapat ditanding sesiapa pun di Dunia ini.

      Doctor Pakar, Pegawai Polis/Penjara, Peguam, Hakim, Tuan-punya condominium dan lain-lain harus di'sogok' terlebih dahulu. Kemudian OKT mesti dipengsankan terlebih dahulu untuk disedut air-mani dari testicle (telor) nya menggunakan picagari (syringe). Sample air-mani itu, kemudiannya disumbat atau dijolok masuk kedalam lobang jubor pengadu.

      Beginikah kaedah fitnah itu dilakukan?

      Delete
    3. Azim Aras. Kg Pisang.19 May 2016 at 14:40

      Saudara RD,tidak ada gunanya kita memberikan penerangan saintifik kerana kepada mereka yang telah ke syaitanan di hati kerana kefanatikan keugamaan kepada Anwar Ibrahim telah berada dalam keadaan terpukau, bangang,jumud dan tiada lagi kewarasan.
      Hanya yang saya ingin tahu bagaimanakah Anwar boleh memujuk sesaorang yang dia jatuh cinta menyerah kepadanya selain dari menggunakan kuasanya. Apakah dia gosok,sapu,jampi atau macam mana?

      Delete
    4. Nak Allah tulis kisah kemuliaan Anwar ke?Kalau segalanya nak ditulis,sehingga Al-Quran setinggi Gunung Everest baru kau nak faham?

      Delete
    5. Saudara Azim. Kg Pisang.

      Saya pernah tulis lama dulu, bagaimana 'kuasa-gerun' yang ada pada pemimpin, pegawai-tinggi atau ketua, mampu buat lelaki 'lemah-lutut' dan secara 'rela-paksa' menuruti apa saja yang diperintah. Lebih-lebih lagi dicurah dengan berbagai hadiah dan wang elaun lumayan, mangsa mungkin takut putus-rezeki, terhutang-budi dan malu-alah. Di tambah pula, jika mangsa seorang yang berwatak dan berjiwa 'lembut', tidak agresif dan malu-malu.

      Jangan terkejut, ada juga lelaki, walaupun naluri sexnya adalah normal tetapi sifat penakutnya mengalahkan wanita. Begitu juga, ada lelaki berbadan sado, tapi nafsu sex songsang.

      Dulu saya pernah cerita perihal insiden yang melibat beberapa pelatih dalam badan beruniform yang diperlakukan sedemikian oleh jurulatih. Ada juga yang kata, guna jampi-serapah untuk buat mangsa terkaku. Tapi saya tak berapa percaya.

      Kalau saya cerita lebih, nanti TS Zam delete atau tak siar pulak.

      Delete
    6. dude...,gomen pnye org mmg bnyk X leh pki,sume nk sedap je,truk tul gomen kite ni,smpi ble kite nk tgk je,atau kite hnye pndai berkata kata di ruangan komen ni sje,manusia mmg pndi berkata kan

      Delete
    7. Habis kalau tak pandai berkata-kata dalam ruangan komen nak jadi bisu saja ke?
      Tanpa berusaha, hanya berdoa dan serah kepada Tuhan saja ke?

      Delete
  19. bro klu setakat pndi ckp je tp xde ape2 tindakan uatpe,sembang deras dr ayaq terjun leh la,haha....usaha mende klu setakat nk tnjuk pndai dlm ruangan komen ni...cube lu cite sket bro ape usaha yg lu da uat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Saya sedang mengajar Bahasa Inggeris, secara percuma, (bila saya senang) kepada anak-anak kecil jiran-jiran. Setiap budak kecik saya jumpa, saja bercakap Inggeris dengan mereka. Saya nasihat suruh belajar betul-betul...utamakan belajar bahasa Inggeris, Science & Mathematic.
      Banyak membaca dari main game HP atau PC/Laptop. Dengar radio berbahasa Omputih, Tengok TV cerita Omputih.

      Saya mahu IPTA/S dipenuhi oleh Melayu atas usaha sendiri, bukan kerana quota. Bukan seperti hari ini, kalau tidak kerana 'tongkat', IPTA akan dipenuhi bukan Melayu. Hospital, terutamanya Pharmacy, kurang Doctor Melayu. Begitu juga professional seperti, jurutera, pilot dan lain-lain..

      Kalau boleh, saya mahu hentikan budaya buang-masa anak-anak kecil Melayu yang suka bermain-main dilorong-lorong taman perumahan hingga jauh malam, terutamanya yang terletak berdekatn Surau. Amalan ini paling ketara pada bulan puasa. Kalau tak percaya, cuba lihat tak lama lagi.

      2. Hantar anak ke SRJKC supaya mereka mahir banyak bahasa. Bila besar, nak belajar Jepun, lebih mudah. Anak sulong, saya hantar ke SRJKC. Yang lain, isteri bangkang kerana kasihan atau kesian tengok yang sulong, teruk belajar dan hari-hari banyak kerja rumah. Lebih banyak lagi, bila cuti hujung minggu.
      Hari ini saya menyesal kerana turuti kemahuan isteri. 4 Anak yang lain, semua punyai kepercayaan yang pelik-pelik; takut pada tempat gelap, takut hantu, iblis & syaitan. Guruh & kilat dilangit, mereka kata Allah sedang menembak iblis. (Mungkin inlah sebabnya, hanya anak-anak Melayu saja yang kena hysteria).
      Seorang anak, ketika darjah 5, pernah mencuri basikal jiran. Bila saya marah, dia jawab: ek...eleh...Abah. Esok Arith besar, Arith pergi Haji, hapus lah semua dosa Arith, Abah.
      Terkejut-beruk saya. Tak pernah saya ajar semua itu... Lepas tu, saya terus hentikan semua mereka dari belajar Agama, sebelah petang. Saya tak mahu otak mereka jadi jumud, percaya benda-benda karut.

      3. Jika saya jumpa, anak-anak muda yang sedang melepak dikedai mamak, saya akan duduk semeja dengan mereka. Hampir kesemuanya, langsung tak berminat pada politik. Tapi mereka tahu pasal Najib & 1MDB.
      Jarang sekali, saya jumpa yang sudah mendaftar sebagai pengundi, walaupun ramai yang melebihi 21 tahun. Oleh yang demikian, setiap kali saya jumpa anak-muda, termasuk anak-anak saudara, saya akan nasihatkan mereka supaya daftar mengundi. Siapa mereka nak sokong, itu mereka pun pasal. Saya hanya ceritakan pada mereka, apa kerugian kepada Agama, Bangsa dan Negara, jika mereka tidak boleh mengundi kerana tidak berdaftar. Contohnya di KL dan Pulau Pinang; Jumlah penduduk Melayu, lebih sedikit saja dari bukan-Melayu. Tetapi bukan-Melayu lebih ramai yang berdaftar mengundi dari Melayu.

      4. Saya sedang cuba untuk hentikan cara anak-anak kecil diajar: Bangun pagi, berus gigi.
      Pada saya, cara ini salah. Cara ini mengajar anak-anak berus gigi untuk mewangikan mulut yang berbau busuk, bila bangun tidor.
      Cara yang betul ialah; Sebelum tidur, berus gigi. Berus gigi adalah untuk menanggalkan sisa makanan yang melekat dicelah-celah gigi. Selain membusukan mulut, sisa makanan juga merosakkan gigi. Jika gigi bersih sebelum tidor, mulut tidak akan berbau, keesokannya. Oleh itu tak perlulah gosok gigi bila bangun tidor. Selepas makan pagi, baru berus gigi. Begitu juga, selepas makan tengahari. (Kalau rajin lah).

      Harap-harap Saudara Anon 15:33 dapat belajar sesuatu dari tulisan yang agak panjang ini.
      Terima Kasih kerana bertanya, apa yg wa da uat...

      Delete
    2. Saya sokong saudara RD=research and development,(saya bergurau saja noo...).Tahniah kerana menghentikan mereka ke kelas agama yang sia-sia.Kini kelas macam tu lebih kepada menjauhkan kita daripada ajaran Al-Quran yang sebenar.Allah melarang kita belajar agama daripada orang yang mengambil upah.

      Delete
  20. Tan sri, Apa pandangan Tan Sri tentang masa depan DSAI?

    Ini pandangan saya. DSAI bukanlah pemimpin yg dinanti nantikan.

    DSAI sudah tidak relevan dlm perjuangan membangunkan generasi baru yg lebih matang dan bijak mengurus negara. Jauh sekali berupaya menyelamatkan negara ini. Beliau ketinggalan bila tidak Mempunyai konsep perjuangan yg boleh menyatukan rakyat dan berwawasan dlm memajukan rakyat. Gagal memimpin dan mencipta barisan pemimpin dlm partinya sendiri utk menjadi bakal peneraju kepimpinan negara. Sepatutnya partinya adalah kilang melahirkan pemimpin yg berkaliber.

    Sepanjang beliau bebas utk memimpin partinya kita dpti beliau lebih sibuk mencipta dan mewujudkan suasana yg havoc. Sibuk mengatur dan merancang isu isu supaya rakyat bersimpati dan menambah penyokongnya. Beliau lebih berminat menjaga penyokong blok bukan melayu sehingga sanggup meminggirkan isu mempertahankan hak sebenar melayu dlm perlembagaan. Mgkin percaturan beliau femi undi bukan melayu sgt penting tak kira apa isu yg dibangkitkan oleh bukan melayu mesti disokong demi sebuah impian utk menjadi PM. Beliau pilih brdiam bila bukan melayu mempertikaikan hak perlembagaan org melayu adalah merosakkan masa depan negara.

    Beliau bersikap berpilih, boleh terlalu peka dengan isu yg dijuarai oleh blok bukan melayu tetapi menyepi isu agama islam terancam. Kerana bg beliau isu Islam kurang sambutan dan jika menjuarainya boleh merosakkan sokongan blok bukan melayu. Walhal ianya byk kali mengguris hati ramai orang melayu. Misalnya beliau menjadi juara hal gst, hak gereja menggunakan kalimah Allah tetapi menyepi hal bukan melayu berani melanggar batas perlembagaaan bila bukan melayu mencampuri urusan JAKIM dan hak khutbah Majlis Agama Islam.

    Bagi saya, Anwar adalah "cliche" tiada agenda yg unik dan bukanlah dicari cari oleh rakyat terutama melayu.

    Pemikiran Anwar bercelaru, tidak menggambarkan perjuangan yg dinantikan oleh generasi pemuda sebagai pemimpin penyelamat ummat. Beliau samada terlalu liberal ataupun boleh jadi terlalu terpengaruh dengan idea bebas dan pragmatik yg diciplak dari pemimpin dan tokoh luar negara yg tak sesuai utk negara ini yg berbeza sosio politik. Tan Sri, saya lihat DSAI, utk mencapai cita cita politik sehingga menggadai prinsip agama yg akan menyusahkannya satu hari nanti sekiranya dia diberi peluang memimpin.

    Sepatutnya hari inilah sebelum dia menjadi pemimpin negara dia mesti mengajar sekutu politiknya mana batas batas yg tidak boleh dilanggar, yg mana isu sensitif yg mesti dihormati bersama. Kurang ajar mesti diajar menjadi senang diajar. Ibarat anak anjing sebelum menggigit tuan sendiri eloklah diajar bila dan apa yg mesti diikuti bak kata omputih, " do and dont". Supaya semua parti sekutunya dan rakyat mudah dipimpin satu hari nanti.

    Wira.

    ReplyDelete
  21. Pandangan saya DSAI tidak akan menjadi Perdana Menteri kerana berbagai proses baru politik telah berlaku yan menenggelamkan kehebatan lakonannya dan juga kegagahan reformasinya.Itulah sebabnya mereka yang fanatik kepadanya atau " kekasih-kekasihnya" berusaha untuk menghidupkannya tetapi usaha ini akan dilemahkan oleh masa.
    Suratnya dari penjara menyebabkan orang semakin mamandang rendah kepadanya kerana dilihat sebagai berpakat dengan pemimpin UMNO atau diperalatkan oleh UMNO untuk melemahkan Mahathir.
    Secara ringkas zaman DSAI telah berakhir sebaik sahaja beliau dipenjarakan.

    ReplyDelete