Wednesday, 4 May 2016

SAYA BUKAN MENTERI BOLEH DIBELI SEKARANG

Banyak yang bertanya kepada saya di mana boleh membeli karya saya terkini "SAYA BUKAN MENTERI". 

Sebenarnya buku ini bukan di terbitkan oleh saya sendiri tetapi oleh UUM(UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) PRESS di mana saya telah menjadi Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr.Mahahtir(IPDM) selama empat tahun.

Anda boleh membelinya dengan tawaran istimewa sekarang di Pesta Buku Antarabangsa di MAEPS SERDANG atau memesan on line uumpress.com.my
Jika bermasalah anda juga boleh menalipon encik Khoiry 0174982818

  1. Tan Sri Johan Jaafar Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu dan Pengerusi Media Prima telah melancarkan buku saya "SAYA BUKAN MENTERI" di MAEPS Serdang 10 pagi 30 April lalu.

7 comments:

  1. Dalam buku ADA tak mecerita tentang macam mana zam di buang Dari utusan ,kenapa orang2 anwar Dan daim tak suka zam kami hanya mahu tahu je, cerita sebenar

    ReplyDelete
  2. Darwis Dirwan4 May 2016 at 20:41

    Saya telah membacanya. Bagi saya bab yang paling menarik ialah Selamat Tinggal Bungaku kerana merupakan suatu kisah cinta yang tulus dan sebenar yang jarang terjadi

    ReplyDelete
  3. Semasa Zam menjadi Menteri, saya kira pada masa itu zam hanyalah sama seperti Hassan Malik, Shabery Chik, Salleh Keruak, Rahman Dahlan di era Najib.

    Apa sumbangan terbesar dari segi perubahan yang telah Zam lakukan semasa menjadi Mentgeri untuk dianggap jasa terbaik untuk negara.

    Radio Kelasik telah bertukar menjadi rangkaian nasional di era siapa, Kadir Sheikh Fadhil (?)

    Apa pandangan tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sebenarnya tidak suka untuk membangkitkan apa sumbangan saya.Samaada orang kenang , nampak atau tidak,tidak menjadi masalah bagi saya.
      Terima Kasih kerana mengingati Radio Kelasik.Barangkali itulah warisan terbesar saya sebagai Menteri Penerangan. Saya juga menghidupkan kembali MPI (Malaysian Press Insitute ) Untuk latihan kewartawanan.

      Jika boleh dianggap juga sebagai jasa yang berarti ialah mengIslamkan pemimpin Pas.Sejak saya mendedahkan klip video Haji Hadi mengkafirkan orang Islam bukan Pas, Nik Aiz mengatakan Mahathir Barua,Mat Sabu kata Mahathir Gila dan seorang lagi pemimpin Pas menuduh Mahathir tengokv video lucah dengan cucunya maka mereka memberhentikan kempen secara bertaraf rendah,bersifat fitnah dan maki hamun.Mereka baru sedar bahawa mereka melakukan perbuatan paling buruk apabila mereka melihat diri mereka sendiri dalam pakaian ulama mencaci maki pemimpin Islam lain secara un Islamic di pamerkan di TV.Mereka tidak lagi melakukan perbuatan ini sekarang.

      Sebelumnya video video tersebut hanya diedarkan dari tangan ke tangan tetapi bila disiarkan oleh RTM maka kesannya amat besar dan menggemparkan penonton. Nik Aziz marah dan kata saya budak celaka.Saya mengatakan saya hanya membantu kempen mereka.

      Klip videoa Kelantan dalam Gerhana dedahkan kemiskinan di Kelantan hampir menjatukah Kerajaan PAS kelantan. Terengganu Kita bantu jatuhkah kerajaan Terengganu pimpinan Hadi.Ini bukan hanya sumbangan saya tetapi sumbangan bersama para wartawan profesional di RTM


      Di Merbuk saya sepenggal sahaja dan sempat tinggalkan sebuah Perpustakaan dan saya bersukur kerana dapat tinggalkan sebuah Masjid di Angksapuri.
      Saya tidak mendakwa saya meninggalkan jasa besar kepada negara.Saya gembira kerana Radio Kelasik telah berkembang dengan baik,semakin baik kualitinya dan semakin popular.
      Saya membuat sekadarkan kemampuan saya dalam masa yang singkat.

      Delete
    2. Maafkan dia Tan Sri Zam..bukan semua org berpengetahuan tinggi dan bukan semua org rajin membaca..justeru pertanyaan2 semberono akan lahir dari org-org semacam ini..

      Delete
  4. SALAM,

    Saya pi web UUMPress tapi tak ketemu buku ini :(

    ReplyDelete