Friday, 6 May 2016

RAKYAT SARAWAK HARGAI PILIHAN TEPAT DAN BIJAK TAIB MAHMUD


Apabila  Tan Sri Datuk Amar Petinggi Adenan  Satem membawa  kemenangan besar dan bersejarah  kepada BN di Sarawak esok maka seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat  Sarawak tentulah mengenang bahawa inilah   pillihan tepat dan bijak yang ditinggalkan oleh Tuan Yang Terutama Tun Pehin Abdul Taib Mahmud Yang Di Pertua Negeri Sarawak.

Adenan  bukan pemberian Najib seperti yang didakwa oleh Porpagandis Sabah Salleh Said Keruak tetapi pemilihan Taib Mahmud  dari sejak sekian lama yang menghadapi berbagai cabaran  malah  pada suatu masa beliau terpaksa memendamkan dahulu nama Adenan  dan menimbulkan  semula setelah beliau menerusi proses pemulihan dalam jangka masa yang panjang.
Adenan faham apa yang dilakukan oleh Taib Mahmud untuk menunggu suatu masa  yang sesuai dan tidak terburu-buru serta bersabar.

Ini adalah suatu  tindakan Taib yang bijak untuk mententeramkan politik Sarawak dan memastikan kemantapan  yang terus menerusi suatu permainan politiknya  yang halus dan bijaksana yang juga menjadi amaran kepada Adenan.

Najib hanyalah sekadarkan terpaksa bersetuju dengan  apa yang telah dipilih oleh Taib Mahmud tetapi Salleh Said Keruak berpura-pura untuk tidak mahu memahami hakikat ini.

Taib Mahmud telah menghadapi berbagai tekanan  dari luar dan dalam untuk menyingkirkannya kerana ketegasannya mengawal tanah adat dan tanah pusaka. Adenan adalah pakar dalam hal ini. Taib keras dan tegas dalam mengawal  tanah ini  dari jatuh  ke tangan taukeh-taukeh dan penyamun penyamun balak  yang  menjadi penyokong kuat DAP dan anasir - anasir luar dan  parti-parti pembangkang sehigga sanggup menggunakan  media asing.

Taib menang dalam peperangan ini sekalipun suatu ketika Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berada di pihak yang mahu Taib diturunkan. Ketidakmatangan politik lulusan Oxford!

Apabila kepimpinan   negeri jatuh ke tangan  Adenan Satem ,beliau  mencantas dengan berani penyamun dan penyangak ini malah menutup perusahaan balak mereka. Mereka diam membisu dalam keadaan menggigil.

Sesungguhnya Adenan Satem yang saya kenal sekian lama mempunyai keupayaan politik yang hebat, ketokohan dengan aura yang menyebabkan beliau disegani walaupun disenangi dan mudah membuat orang selesa dan percaya pada keihlasannya dari segi tindakan dan pengucapannya.

Saya tidak perlu menulis panjang tentang mengapa kepimpinan  Adnen Satem akan membawa kemenangan  besar  yang bersejarah di Sarawak tetapi cukuplah dengan  mengingatkan semula  bahawa saya pernah menulis berkali-kali disini bahawa mereka yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia  selepas Tun Dr. Mahathir ialah Taib Mahmud atau Rafidah Aziz dan bila Adenan  Satem menjadi KM Sarawak  saya mengemukakan  beliaulah yang paling layak  menjadi PM Malaysia dalam krisis keyakinan yang kita hadapi sekarang.

Tentunya  Najib akan menumpang  moral politik dari kemengan besar Adenan Satem esok. Beliau bersama timbalannya  telah menumpukan sepenuh masa dan telah melakukan apa yang boleh dari segi hadiah persekutuan bagi membantu kemenangan BN di Sarawak  walaupun  mereka telah mendapat  maklumat kehadiran mereka di Sarawak tidak menyenangkan kerana takut membawa lumpur.

Tetapi tentulah Najib sebagai seorang pemimpin politik yang berBugis  tidak akan mensia-siakan  peluang keemasan   dari populariti Adenan Satem ini.

Kemenangan cemerlang BN di Sarawak esok juga akan menyaksikan keruntuhan dan kemunduran politik yang teruk kepada DAP dan juga kepada Pakatan Pembangkang yang mungkin akan membantu memulihkan moral politik BN di Semenanjung dan mendorong kerjasama lebih erat antara PAS dan UMNO.

22 comments:

  1. TS Zam,
    Saya rasa Adnan di pilih oleh Taib hanya untuk mengekalkan status Quo politik kelumpok ahli politik dalam PBB yang menjadi kuncu Taib sekian lama dan Adnan lebih di percayai,status quo termasuk la mengekalkan pemilikan kekayaan sarawak pada kumpulan mereka ,saya tak nafi Taib banyak menghalang taukey taukey balak yang lebih condong kepada DAP dan anti kerajaan untuk memonopoli balak sarawak tapi disamping itu balak sarawak banyak dimonopoli oleh kroni kroni Taib dengan rakus contoh klasik dengan jelas pengistiharan harta anak lelaki Taib mahmud dimakamah tinggi syariah dalam kes tuntutan harta mutaah bekas menantu Taib mahmud terhadap anak lelakinya itu dimana anak lelaki taib mahmud dengan sah mengaku memiliki harta lebih RM 1 billion dan kebanyakan harta ini datang dari syarikat pembalakan ,itu belum lagi harta isteri anak anak dan taib mahmud sendiri jadi jelas pengekalan Adnan Satem bukan lah kerana tindakan untuk membantu pentadbiran sarawak untuk terus majukan negeri tapi lebih kepada mengekalkan status quo mencengkam kuasa disarawak yang mana kalau orang sarawak bijak status quo ini harus di pecah dan dilupuskan kerana rakyat hanya jadi bahan untuk dapat kuasa sahaja dan rakyat hanya jadi barua barua yang diperbodohkan sama la seperti Najib melayan rakyat malaysia sekarang, cuba lihat apa dibuat pada waktu ini, 1MDB dengan kurang ajarnya Najib terhadap rakyat ,telah memindahkan semua entiti syarikat 1MDB termasuk beban hutang kepada kerajaan melalui menteri kewangan bermakna dimasa akan datang rakyat tanggung beban hutang ,wang yang lesap didiam sahaja.

    Ya mungkin PRN ini BN akan menang cemerlang dan mungkin tidak kebarangkalian boleh berlaku, saya bukan la pakar dalam hal sarawak ini tapi bagi saya cukup kalau pembangkang boleh menang lebih 25 kerusi dari 82 kerusi sudah boleh bagi isyarat yang BN akan bungkus di PRU 14 nanti kerana jarang pembangkang menang lebih dari 10 kerusi sebelum ini .Pun begitu PRN sarawak tidak boleh menjadi kayu ukur bagi PRU 14 kerana sentimen pengundi yang berbeza dan geopolitik yang tak sama ,apa pun kita lihat nanti apa kesudahannya.

    ReplyDelete
  2. haha...artikel ni mcm menyindir pihak2 tertentu je...hehe...tapi setuju la klu adnan tu mmg seorang yg tegas..orang tgk berdepan pun takut dibuatnya...kurang senyum pulak...tapi ada dasar2 yg di ingin ketengahkan buat saya tidak setuju sperti menggunakan bahasa ingeris disetiap jabatan kerajaan dan mengubah sistem pendidikan yg secara tidak langsung tidak baik untuk perpaduan negara masa depan...soalan saya, anak mahathir x bagus ke jadi PM? xda dlm senarai pulak ye..hehe

    ReplyDelete
  3. Shamsul Azmin, Melawati, Ulu Klang.6 May 2016 at 12:45

    Anak Mahathir pun semua kaya-kaya macam anak Taib Mahamud, ada juga yang tidak tahu berbahasa Melayu dengan baik dan berfikiran seperti Barat,sokong Lebian dan Homosexual. Semua sama sahaja.Kita rakyat mudah tertipu dengan lakonan peimimpin pemimpin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar tapi anak Tun M tak sapu duit rakyat melalui hasil balak iaitu hasil negara dia business yg berkait kerajaan cuma sedikit,dan anak dia pun tak sapu duit rakyat mcm najib buat sekarang.

      Delete
    2. Satu jawapan yang baik, Malangnya Melayu,kerana dengki, tidak tahu menilai yang mana kaca, yang mana permata.
      Biar harta negara diambil olih otang lain, asalkan jangan olih saudara seagama.

      p.s. saya tahu anak Mahathir tidak mengambil balak atau minyak dengan harga murah dan menjualnya dengan harga mahal.

      Mereka mungkin mendapat sedikit kelebihan, tapi setiap anak Melayu kampung pun mendapat kelebihan melalui biasiswa dsb hinggakn hari ini, dikampung, satu rumah dua kereta adalah perkara biasa.

      Delete
    3. Tanyalah Petronas dan Telekom siapa yang dapat perlindungan dari bapak.

      Delete
  4. Saya percaya tidak hanya Melanau Melayu Taib Mahmud dan keluarganya sahaja yang mempunyai harta dan wang berbilion tetapi ramai lagi Melanau Melayu yang telah menjadi kayaraya menerusi politik di Sarawak.
    Bagaimanapun tujuan Taib di timbulkan kerana beliau menjadi halangan besar kepada orang China untuk menambah RM billion mereka.

    Kenapa kekayaan taukey-taukey ini tidak pernah diperkatakan oleh media asing,kenapa tidak didedahkan cara mereka mendapat balak. Kenapa nampak Melanau Melayu sahaja? dan kenaapa Melayu pun hanya nampak kuman ditepi mata.
    Supaya berlaku adil,kita harus mengakui bahawa tiap ADUN negeri Sarawak adalah jutawan, hidup mewah dan stabil kerana Taib tahu membahagikan kekayakaan Sarawak kepada yang berhak dan bagi mengekalkan kuasa bumiputra.
    Sekurang-kurangnya bumiputra Sarawak termasuk di rumah panjang telah berubah kehidupan mereka terutama menerusi pelajaran. Yang mendapat pelajaran juga telah menjadi jutawan.
    Hanya dengan mempunyai bumiputra yang kaya sahaja di Sarawak maka taukey taukey akan hormati bumiputra Sarawak, jika tidak mereka akan dipandang sebagai peminta sedekah.
    Saya tidak lihat maruah bumiputra Sarawak semakin jatuh di bawah pemeriihtahan Taib malah nampak semakin terjamin di bawah Adenan Satem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini politik apa ni,bagi kaya org politik melayu bumiputra,ada kah tujuan politik untuk kaya raya dan sehingga hari orang dayak dan ulu masih ketinggalan dan sarawak masih lagi mundur dikawasan hulu.ini fakta dan semua politik hanya memperbodoh rakyat.

      Delete
  5. Tan Sri sebenarnya org sabah ini hanya kaki sebok sahaja politik negeri dia pun lintang pukang ini nak sebok dekat semenanjung rakyat pun meluat tengok muka dia yg layak ialah dia bercakap dgn org bercawat saja itu pun kalau diterima org pemakan dedak ini

    ReplyDelete
  6. Orang malayu yang dapat balak pon jual permit pada cina kerana tiada kemampuan nak buat sendiri.Lebih baik bagi satu orang cina kaya supaya sepuloh orang melayu boleh cari makan(kerja)dari tulong sepuloh melayu kaya jual harta negara

    ReplyDelete
  7. Yang dok bising pasal cina DAP kaya ni apahal? Dia orang buat bisness, kaya laaaa. Dok makan gaji cam nerr nak kaya? Orang tak bising kalau melayu ka, melanau ka, kadazan ka yang kaya. Tapi yang orang bising ialah bila kaya sebab jual beli kontrak, AP, permit teksi, konsesi balak, pakai kabel dapat loan kerajaan juta juta tapi habok pon tarak, songlap duit kementerian juta2 pon menteri tak tau...

    ReplyDelete
  8. Politik dalam Quran bukannya politik teologi, tapi politik philantropi.

    Bukannya politik hanya mengkayakan segelintir kumpulan keluarga dan para-para sahabat.

    Politik Quran ialah politik untuk semua rakyat dan pemimpin bukannya raja. Yang raja ialah rakyat. Pemimpin hanya diamanah untuk jaga negara dan kerja untuk rakyat.

    Kalau rakyat masih banyak hidup susah, miskin, papa kedana dan pemimpin kaya raya walaupun tidak pandai bisnes, maka negara itu tidak ikut ajaran Quran yang sebenarnya.

    Jangan sampai bala turun ke negara kita tak habis-habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita mostly ikut hadis ma...

      Delete
    2. Orang yang mendakwa mengikut Quran dan Hadis inilah yang akhirnya menjadi penyeleweng kepada ajaran Islam yang paling dahsyat. Mereka melihat manusia dan permasalahannya dengan bagitu mudah tanpa memahami keperluan politik itu sendiri dan tabii manusia seperti kecintaan pada wang,pangkat dan darjat.Merka bercakap tentang Quran sebelum mereka naik tetapi bila berada ditampuk kuasa dan menghadapi cabaran manusia maka mereka akan menjadi diktator yang kejam dan mentafsirkan Quran ikut nafsu mereka.
      Lihat sahaja penyelewengan Haji Hadi dan Naik Aziz dari Pas yang mentafsirkan Quran ikut fahaman mereka dan merasakan mereka sahaja yang mengikut politik Quran.
      Ini sama sahaja dengan mereka yang percaya dan fatanatik pada fahaman komunis,Mereka tidak bertolak ansur kerana mereka tidak ada pengalaman dan melihatnya hanya dari segi teori dan melihat manusia seolah - olah seperti Robot yang semuaya akan mematuhi arahan, boleh mematahu segalanya maka akhirnya mereka tidak ada toleransi menghadapi realiti perwatakan manusia dan akan membunuh manusia kerana kepercyaaan mereka. Inilah yang dilalukan oleh Pol Pot dan inilah juga yang berlaku di Saudi yang akhirnya menjadi alat kepada Syaitan US untuk membunuh orang Islam.
      Hati-hatilah dengan manusia yang rhetoric dengan Hadis dan Quran kerana akhirnya mereka akan menjadi manusia yang paliang mudah diperalatkan bila kepentingan atau kedudkan mereka terancam atau bila orang tidak menerima fahaman mereka. Dari seorang pejuang Islam mereka akan menjadi " Raja " yang kejam dan dan mendakwa melakukannya ikuti ajaran Quran.

      Delete
  9. Pribumi sarawak tetap undi BN. Sumber berita mereka ialah rtm dan tv3. Kalau mereka ada peluang baca sarawak report, pasti BN tumbang.

    ReplyDelete
  10. Cuma orang yang syok sendiri je baca sarawak report. Kununnya berita sahih tapi diolah dengan fulus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saman la kalu tak sahih.

      Delete
  11. Tan Sri Zam,

    Di sini saya ingin mengingatkan bahawa ramalan Zam dalam posting2 terdahulu bahawa pemecatan Mahyuddin/Mukhriz akan memberi kesan kepada PRN Sarawak adalah meleset sama sekali. Zam harus mengakui semua itu.

    Kedua,Zam ada kata bahawa Adenan berjaya di Sarawak bukan kerana Najib. Pada pendapat saya, kalau kita tak suka Najib pun, jangan nafikan bahawa beliau punya impak atas kejayaan PRN Sarawak. Takkan tiada langsung jasanya, sumba gan persekutuan pimpinannya, projek2 untuk rakyat seperti PAN Borneo dan lain2 yang memikat hati rakyat Sarawak untuk mengundi BN. Saya bukan pro Najib, tetapi menafikan sumbangan baik orang adalah tidak wajar.

    Ketiganya, kalau PRN Sarawak menang sebab Adenan semata2, kalau begitu tak salah kita nyatakan bahawa selama 22 tahun Tun M memerintah, banyak juga negeri2 yang berjaya BN menang kerana kehebatan dan prestij negeri masing2, bukan disebabkan Tun M. Lebih2 lagi di zaman kemarahan dan kebencian membuak terhadap Tun M, pastilah undian rakyat terhadap BN atas dasar sokongan rakyat terhadap tokoh2 di peringkat negeri, bukan disebabkan Tun M.

    Salam hormat

    ReplyDelete
  12. Saya akui bahawa pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz tidak memberi kesan kepada kekuatan BN di Sarawak tetapi ia adalah oleh kerana kekebalan penampilan Adenan Satem yang melampaui imej Najib.Jika pimpinan negeri lemah, imej Najib akan lebih buruk lagi.Piliharnaya kecil Kuala Kangsar dan juga Sungai Besar akan dapat kita lihat sebagai ujian sebenar kepada kekuatan Najib.Logik yang lain saya terima.

    ReplyDelete
  13. Saya akui bahawa pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz tidak memberi kesan kepada kekuatan BN di Sarawak tetapi ia adalah oleh kerana kekebalan penampilan Adenan Satem yang melampaui imej Najib.Jika pimpinan negeri lemah, imej Najib akan lebih buruk lagi.Piliharnaya kecil Kuala Kangsar dan juga Sungai Besar akan dapat kita lihat sebagai ujian sebenar kepada kekuatan Najib.Logik yang lain saya terima.

    ReplyDelete
  14. Saya akui bahawa pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz tidak memberi kesan kepada kekuatan BN di Sarawak tetapi ia adalah oleh kerana kekebalan penampilan Adenan Satem yang melampaui imej Najib.Jika pimpinan negeri lemah, imej Najib akan lebih buruk lagi.Piliharnaya kecil Kuala Kangsar dan juga Sungai Besar akan dapat kita lihat sebagai ujian sebenar kepada kekuatan Najib.Logik yang lain saya terima.

    ReplyDelete
  15. Pandai2 lah dorang jawab kat Allah nanti..kita kat bawah ni apa kurangnya..dok bising2 buat dosa je...

    ReplyDelete