Thursday, 19 May 2016

PM PANGGIL KP UTUSAN KERANA TAK SIAR BERITA KETUA BAHAGIAN UMNO

UNTUNG BELI TERUS "SAYA BUKAN MENTERI"  DARI PENGARANGNYA 

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah memanggil saya sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu ketika itu kerana  tidak menyiarkan berita mengenai beberapa orang Ketua Bahagian UMNO tetapi memberikan tempat kepada berita pemimpin-pemimpin pembangkang.


Saya memberitahu Dr.Mahathir di depan beberapa orang ketua bahagian termasuk seorang dua Menteri Besar" Jika cakap-cakap ketua bahagian yang tidak bernilai pun harus diberi tempat dan hanya berita UMNO sahaja disiarkan,maka Utusan akan terlihat sebagai suara rasmi parti dan akhirnya hanya orang UMNO sahaja yang akan membaca Utusan."

Dr.Mahathir memahaminya tetapi beliau meminta berikanlah juga  sedikit tempat kepada mereka.

Apa yang difahami oleh Dr.Mahathir tidak lagi difahami sekarang maka itu edaran Utusan telah jatuh kerana bukan sahaja tidak dibaca oleh orang ramai tetapi juga oleh  orang UMNO sendiri.

Untuk mengetahui selanjutnya pertarungan seorang Ketua Pengarang dalam akhbar yang dikuasai oleh parti ,maka bacalah buku saya yang terbaru "Saya Bukan Menteri" yang diterbitkan oleh UUM PRESS Penerbit Universiti Utara Malaysia. Anda juga boleh memesan terus dari saya selain dari UUM.

Banyak lagi  bab  yang menarik dari buku ini. Diantaranya ialah:
1- 35 Minit Yang Terlalu Panjang di Istana Bukit Serene Johor.
2-Tersingkir Maka Jadi Menteri
3 Selamat Tinggal Bungaku
4-Saya Bukan Menteri. 

 
SAYA BUKAN MENTERI


Sekarang anda boleh membeli buku " SAYA BUKAN MENTERI " yang di autograf oleh pengarangnya Zainuddin Maidin dengan memesan terus darinya.

Harga sebuah RM50. Pembayaran boleh dibuat menerusi :
 Akaun CIMB : 8002397357.
 Bayaran pos percuma. Sila sertakan alamat anda yang lengkap.

Sila maklumkan jika anda telah membuat pembayaran dan sertakan resit pembayaran sebagai bukti kepada zainudinmaidin@gmail.com



25 comments:

  1. Dah hampir 2 tahun, saya hanya beli Mingguan Malaysia, setiap hujung minggu kerana bersimpati dengan Utusan. Malangnya saya baru saja berhenti berbuat demikian. Dah meluat.

    Nampaknya, demi President UMNO, Utusan sanggup mengenepikan integriti, maruah dan kebertanggung-jawapan. Sehinggakan apa yang keluar dari mulut atau tulisan seorang kaki-main-pungkoq pun, tergamak Utusan guna untuk memburuk-burukan Dr.M.

    Tuduh Dr.M tikam-belakang/mengkhianati UMNO, padahal Dr.M hanya mahu Najib ditukar. Pada masa yang sama, seorang kaki-main-pungkoq yang sudah 18 tahun berhempas-pulas, berkomplot dan berpakat dengan DAP (dan PAS) mahu mengkuburkan UMNO, supaya diri sendiri dilantik sebagai PM, dijulang demi 'mengilap' Presiden UMNO.

    Pada saya, Utusan bukan lagi 'Pemangkin Fikiran Rakyat' tetapi, UMNO-Najib.

    ReplyDelete
  2. Ya setuju dgn RD.sy pun dah meluat dgn utusan Dan tak membelinya lg. Sebelum kes najib utusan adalah akhbar yg plg digemari.

    ReplyDelete
  3. Sejak zaman belajar di U hingga kerja..saya kekal konsisten membeli Utusan Malaysia walaupun kadang2 tiada masa untuk membaca..sekadar membelek semata2 untuk menyokong akhbar tersebut..

    tetapi kini ia lebih menjadi lidah DS Najib dan sekufunya untuk memalukan Tun.

    Maaf tetapi inilah realiti..UM semakin hilang pengaruh dan sokongan terutama anak muda yang pro-BN macam saya tetapi simpati dgn apa yang diperlakukan kerajaan kepada YABhg Tun Dr M

    ReplyDelete
  4. Anwar Ibrahim terasa dirinya dah tak laku lagi. Dah tak ada ummpphh. Maka dalam keadaan SELF FEAR takut hayat politiknya terkubur. Maka tulislah 8 muka surat dari dalam penjara dengan bahasa berbunga2 tetapi INTIPATINYA HAMPAS. Anwar tulis kononnya nak menyelamatkan Reformasi tetapi hakikat sebenar ialah supaya orang ramai ingat dia konon sebagai politikus handalan.
    Anwar buat begitu "just to make his present felt". Sama seperti masa duduk dalam penjara kali pertama dulu. Macam2 alsan tengkok patahlah. Kena racun arseniklah.ITU SEMUA ADALAH ALASAN SUPAYA ORANG RAMAI PERASAN DIA MASIH ADA.

    ANWAR, SESUNGGUHNYA SANDIWARA KAMU DAH BADI. RAKYAT DAH BOSAN. KALAU KAMU JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA PUN SERUPA MACAM NAJIB.

    KONON ALIM TETAPI HAPRAK. MACAM NAJIB KONON PAHLAWAN TAPI PAHLANON @ PEROMPAK.

    ReplyDelete
  5. Saya seperti kebanyakkan orang, pun sudah tidak membaca Utusan Malaysia dan menonton TV3. Majoriti mengetahui kenapa.

    Paling menyedihkan 2 institusi ini telah digunakan untuk memburukkan Tun Dr Mahathir (TDM).

    Rakyat sudah bijak dan tahu menilai.

    Rakyat tidak tertipu; tetapi lebih meluat dan membenci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk uat mcm mne saudara sekalian,ini kerajaan yg kita choose,we deserve it...salute to our beloved PM....

      Delete
  6. Keluarga saya sejak saya kenal apa itu suratkhabar maka mmg Utusan jadi pilihan. Mingguan Malaysia mmg wajib beli.

    Saya sudah mula tidak beli Mingguan dan Utusan sejak mereka jadikan Tun M umpama musuh dan terlalu cuba membodohkan minda kita dalam isu derma sheikh. Sayonara Utusan !

    ReplyDelete
  7. Alahao Tan Sri, saya sudah order buku Saya Bukan Menteri itu melalui web UUM Press sebelum posting ini :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih boleh saya autografkan jika di bawa ke cafe saya di Putrajaya.

      Delete
    2. Saya rasa saya akan gigil kalau dapat jumpa Zam yang amat saya minat sejak kecik ! Masa Zam dilantik setiausaha parlimen dan seterusnya Timb Menteri Penerangan amatlah saya gembira sbb RTM banyak ada dokumentari yang bagi rakyat celik dan sedarrr pasal sejarah dan ancaman semasa.

      Delete
  8. Ternyata kepentingan Politik lebih diutamakan dari kepentingan keyakinan ramai terhadap keupayaan keselamatan negara bila surat dari banduan penjenayah Anwar Ibrahim boleh terlepas keluar dari penjara

    ReplyDelete
  9. Normala Khairy.Ulu Kelang.20 May 2016 at 07:08

    Kerajaan sekarang sanggup menggunakan the lowest dominator untuk meyakinkan rakyat terhadap Perdana Menteri yang telah jatuh taraf integritinya kerana banyak masalah tetapi dengan surat keluar dari banduan dalam penjara untuk memburukan Mahathir maka keyakinan orang ramai semakin jatuh terhadap Najib.Tidak bijaklah porpagandisnya.

    ReplyDelete
  10. Utusan tulis la apa pon, tak ada kesan. Graduan form 3 jerrr yang baca.

    ReplyDelete
  11. semalam saya & wife pi makan kat mamak di juru. ada sekitar 30 org dlm kedai. berita TV3 tengah tayang masa tu. saya perati 100% dari 30 orang tak jeling pun ke TV. (walau sampling size yg kecik, tapi kalu 0% jeling TV3 masa berita perdana, ini adalah pencapaian yg agak memalukan....

    ReplyDelete
  12. Salam TS, buku terbaru TS ini boleh beli secara walk in ke di cafe TS ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.Beritahu dengan pembantu Cafe saya bila ada di Cafe supaya saya saya datang kerana rumah saya tidak jauh.Alamat di: Zam Newsroom Cafe,D-G-3Ayer@8 Jalan P8G Presint 8

      Delete
  13. Semua dah tak suka...benci...meluat tapi dlm diam intai intai pandang...curi curi dengar apa yang di buat masih nak ambil tahu! Perilaku tak ubah macam orang gila talak...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau maksud anda intai2 utusan atau tv3 jgn mimpilah
      tak hingin

      Delete
  14. Assalamualaikum Tan Sri,

    Saya bersetuju dengan pendapat Tan Sri. Saya salah seorang yang dah mula tidak membeli Utusan Malaysia maupun Mingguan Malaysia. Sudah beralih kepada surat khabar yang menyiarkan berita sahaja. Sejak akhir2 ni surat khabar Utusan macam memperbodohkan pembaca. Macam memaksa pembaca bersetuju sepenuhnya dengan cerita mereka. Begitu juga dengan TV3. Lebih baik layan National Geographic dapat juga manfaatnya. Satu kerugian yang cukup besar untuk dua organisasi ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Tan Sri,
    Bukan sahaja Utusan dan TV3 yang saya tidak baca dan tengok sekarang. Malah ada juga beberapa blog yang dulu menjadi kemestian saya, sekarang ini sudah jarang-jarang saya jengok.

    ReplyDelete
  16. Tan Sri, hari ni akhbar seperti Sinar Harian pula yg mengajar Utusan erti kewartawanan atau cara mengurus akhbar. Utusan sepatutnya menjadi teladan dan ukuran kpd akhbar akhbar lain di negara ini kerana usianya dan struggle yg dilalui sekian lama, namun tidak berlaku sebegitu.

    Malang menimpa, kerana beberapa pemimpin lemah dan korup menghancurkan Utusan. Kini utusan tak lebih dijadikan agen dan lidah rasmi parti dan gagal mrmenangi dan membawa masuk penyokong baru kpd UMNO.

    Sebaliknya Utusan lebih kearah mempertahankan sisa pengaruh yg ada.

    Malang sekali, golongan muda dan ahli UMNO semakin menjauhi akhbar Utusan.

    ReplyDelete
  17. Nak suruh pejabat pun berhenti beli. Membazir dan merosakkan minda.

    ReplyDelete
  18. Assalam Tan Sri. Nak dapatkan buku ni. InsyaAllah cari. Nak Tan Sri autografkan.Dimana cafe Tans Sri di PutraJaya?

    Saya dah tak baca Utusan selain dari di kedai mamak aja.Sejak bila tak ingat, tp rasanya sejak Awang Selamat asal dah tak ada, atau sejak Sdr Astora Jabat dah tak ada...

    ReplyDelete
  19. Saya akan berada di Cafe Saya Zam Newsroom Cafe D-G 3A Ayer@8Jalan P8G ,Presint 8, 62250 pada5 dan 6 Jun ( Sabtu dan Ahad) mulai dari jam 10am hingga 12pm untuk autografkan buku saya " SAYA BUKAN MENTERI".Harga sebuah RM 50.00.Mereka yang berminat silalah datang dalam masa itu.

    ReplyDelete
  20. Dulu saya minat akhbar Utusan. Tapi sekarang langsung tak minat nak belek, apatah lagi nak baca. Bukan masalah pro mana-mana parti, beritanya dah tak berkualiti. Tapi bukan Utusan saja, hampir semua akhbar tempatan banyak yang mengarut, bahkan ada yang copy dan terjemah artikel akhbar luar. Bagaimana nak ubah mentaliti masyarakat?

    ReplyDelete