Saturday, 7 May 2016

LANTIK ADENAN SATEM SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI KEDUA

KOMEN:

Perhatian kepada pekara-pekara berikut hendaklah diberikan berikutan dengan kemenangan besar BN di Sarawak:
1-Adenan Satem telah membuktikan warisan kepimpinan anak bangsa yang bijaksana berasaskan kepada keadilan,keberanaian,ketegasan,liberal, non racist,tidak keugamaan,  memahami dan menghayati  kehendak rakyat.
2- Siapakah yang bakal pengganti Adenan Satem kelak yang lebih hebat darinya?
3- Sebagai balasan budi sumbangan besar rakyat Sarawak bagi membantu memulihkan sedikit moral Najib Tun Abdul Razak maka Adenan Satem hendaklah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kedua disamping memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak.
4-Tidak semesti lagi orang UMNO selamanya menjadi Perdana Menteri Malaysia -ZAM


RAKYAT SARAWAK TOLAK PARTI AGAMA
PAS kalah semua 11 kerusi yang ditandinginya dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Parti serpihannya Parti  Amanah Negara juga turut kehilangan semua 13 kerusi.

Ini membuktikan rakyat negeri Sarawak tidak dapat menerima politik agama untuk mewakili mereka di mana jua di negeri itu kerana kebanyakan mereka terdidik oleh pimpinan dinamik politik Islam Sarawak untuk menjadi modenis Islam dan tidak ke Araban dalam Islam seperti  orang Islam di Semenanjung.

Dari sejak Ketua Menteri Tun Rahman Yaacob hingga kepada Tun Taib Mahmud dan Tan Sri Adenan Satem mereka tidak melambangkan Melanau/ Melayu Arab dengan kupiah  putih dan jubah tetapi terus segak, kemas  dalam pakaian Melayu Islam. Inilah juga pandangan indah di masjid-masjid di Sarawak setiap hari Jumaat

Percubaan Pas untuk mengarabkan mereka gagal.

Tahniah orang Islam Sarawak. Dengan menolak Pas dan Parti Amanah Negara anda membuktikan  keazaman  untuk kekal sebagai  sebagai orang Islam yang liberal,progresif dan bersifat antarabangsa.

Pukulan teruk kepada Pas di Sarawak ini juga harus memberikan amaran kepada pemimpin-pemimpin UMNO di Semenanjung agar tidak terbawa dalam arus agama yang kekolotan dan kejumudan kerana hendak bersaing dengan Pas.

Kerana kecetekan fahaman agama dan tiada kejatian diri lah  maka ada pemimpin UMNO yang  mudah terpengaruh dengan ulama asing sehingga sanggup untuk memberikan tanah kepadanya dengan melupakan bahawa kita sebenarnya mempunyai ulama-ulama besar dengan kejatian diri Melayu Islam dari sejak sebelum merdeka lagi.

Ulama-ulama inilah yang menyokong UMNO dan  mengajar rakyat menerima falsafah UMNO untuk   hidup bersama dan bertoleransi dengan bukan Islam yang mengamankan negara ini sekian lama.

Pas telah meruntuhkan nilai-nilai identiti budaya yang baik  sehingga pemimpin UMNO sendiri sudah tukar songkok hitam kepada kupiah putih yang melambangkan fahaman keugamaan yang sempit.
 

17 comments:

  1. alhamdulilah BN menang...dan kerusi2 yg ditanding bertindih PKR DAP semuanya disapu BN...undi cina kembali biarpun sedikit secara keseluruhan...diharap orang2 cina kembali bersama kita dan jgn menyendiri lagi...BN tetap dihati kini dan selama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. "diharap orang2 cina kembali bersama kita dam jgn menyendiri lagi...".....ni tulisan orang umno syiok sendiri. Siapa kata cina menyendiri? Mereka tu sebahagian dari 52%, atau MAJORITI rakyat malaysua yang undi Pakatan pada PRU lepas. PRN sarawak lebih pada isu kekuatan Adenan dan ketidakupayaan PKR dan DAP negeri bekerjasama. Tiada kaitan dengan umno dan najib. Tengoklah PRK sungai besar dan kuala kangsar nanti , bila umno bertandinf (jika perlu diadakan),

      Delete
    2. yg syiok sndiri tu kamu...dgn 52peratus undi popular tu boleh bentuk kerajaan ke? kamu sndiri mengaku beza politik bahagian sabah sarawak dari semenanjung yg terlalu liar dan tak terkawal politiknya. nmpk tak bagaimana adenan mengawal anasir negatif dari masuk sarawak?

      Delete
  2. Salam,

    Bagi pendapat saya ialah dasar politik dalam Quran ialah politik philantropi. Bukannya politik teologi atau kononnya politik Islam.

    Kalau politik philantoropy sudah pasti orang bukan Islam akan menerima sebab sifatnya universal. Quran bersifat universal, bukannya ala-ala Arabiah.

    Perjuangan PAS masih kabur dan mungkin tidak selari dengan Quran sebab perjuangan mereka masih tidak dapat mengetuk hati orang bukan Islam. Kita mesti menerima hakikat bahawa "statement" pimpinan PAS tidak begitu bijak secara strategik politik.

    Quran kalau di hayati betul-betul boleh menarik hati orang bukan Islam, tapi bila pak lebai sendiri salah tafsir kehendak Quran maka tidak akan berjaya.

    Maka pejuang atas nama "Islam" tidak akan kemana-mana pun. Ini berlaku di seluruh dunia.

    Quran menyeru sifat keadilan bukannya pancung kepala, mengebom sekolah, mengkafirkan orang, sifat rasis, memukul kaum wanita, mencolek orang dll perkara yang terang-terang melanggar Quran.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjuangan PAS hanya satu penyamaran sahaja.Berselindung di sebalik jubah,janggut dan ketayab basi.Bukan adeen yang mereka bawa,sebaliknya agama ajaran tok guru yang sangat lain daripada apa yang diperintah Allah di dalam Al-Quran.Kalau DAP ikut acuan penjajah dengan PECAH DAN PERINTAH,tetapi PAS ikut acuan kebodohan yang tiada had atau 'limit' dengan PECAH TAPI TIDAK PERINTAH.

      Delete
  3. pas cuma parti yang tahu jual agama. Tahniah buat BN kerana memenagi kerusi dengan lebih banyak berbanding sebelum ini. Ini menunjukkan rakyat Sarawak suka dengan pentadbian kerajaan pusat. Tahniah BN. Tahniah juga untuk pembangkang, kerana kecelaruan, ketamakan dan kebodohan kalian akhirnya terjawab. Padan muka! Belaun ADUN ke mana, perjuangan entah ke mana. Rakyat Sarawak memang bijak memilih kerajaan negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn kaitkan pilihan dun dengan kerajaan pusat.di dlm dun ada tok nan.dlm kerajaan pusat ada najib.jauh bezanya.sbb tu tok nan x nk poster najib n pemimpin kerajaan pusat ditampal semasa prn 11.ramai org x gemarkn najib

      Delete
  4. Harap orang Islam Sarawak menolak PM Najib yang rasuah.

    ReplyDelete
  5. Isu sebesar mana pun,seperti GST yang membebankan rakyat, isu 1MDB berbilliob billion, duit masok akau PM billion billion, rakyat sarawak tetap undi BN. Pmbangkang sarawak, anda perlu kaeadah lebih baik menjelaskan isu pada orang kampong. Bukan kat sarawak jerr, kat Baling, Gerik, Ketereh dan banyak lagi kawasan2 sekampong dengannya.

    ReplyDelete
  6. Askm Tan Sri...

    Saya tidak berapa setuju dgn kemenangan besar PNRN Serawak ni...sbb yg keluar mengundi hanya 52% dari lebih sejuta pengundi...Oleh itu Ia tidak menunjukkan satu sokongan yg kuat....

    ReplyDelete
  7. Biasa saja keputusan ni... sama macam tun Abdullah dulu... pilihan raya pertama macam ni juga... tapi yang kedua... kena beringatlah. Bandingkan juga peratusan yang keluar mengundi.... tengok juga faktor cash is king... ada pakai ke tak...

    ReplyDelete
  8. Parti pas ini seolah2 hidung tak mancung pipi tersorong sorong di semenanjung pun akan pupus dlm pru14 cuma mereka ni mask bakul angkat sendiri muhasabahlah diri aammiiinnn

    ReplyDelete
  9. Apa, lantik Adenan sebagai TPM ke2 ? Tolong jangan buat lawak Tan Sri.

    ReplyDelete
  10. Ini bukan lawak.Jika tak silap ingatan saya,Perdana Menteri Tun Abdul Razak pernah melantik Tun Mustapha Ketua Menteri Sawah sebagai Menteri Pusat disamping menjadi Ketua Menteri Sabah. Sila betulkan jika saya silap.
    Saya juga ingat tidak salah dari segi Perlembagaan.
    Ini adalah suatu keperluan untuk menjamin kemenangan calun-calun BN dalam Pilihanraya Umum di Sarawak yang serentak dengan Semenajung kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mengundi TEAM ADENAN tu rakyat SARAWAK.
      Kalau Adenan jadi calon Parlimen di Semenanjung,
      belum tentu orang undi dia.
      Apa pun kita tengok dulu PRK Sg.Besar dan Kuala
      Kangsar. Dua PRK ni adalah ujian untuk melihat
      sejauh mana BN di bawah Najib masih disokong
      rakyat.

      Delete
  11. Sekiranya Adenan Satem masih belum anggota Parlimen maka agak sukar untuk beliau dilantik menjadi menteri pusat tetapi mungkin boleh dilantik menjadi senator.Ini kalau tidak silap saya dilakukan kepada Tun Khalil untuk jadi menteri penerangan( semasa beliau menjadi MB Pahang???)
    Setiap Ketua Menteri atau Menteri Besar adalah juga anggota Parlimen tetapi mungkin Adenan tidak bertanding dalam Pilihanraya Umum lalu namun beliau pernah menjadi menteri pusat.
    Saya harap sesaorang sudi mencerahkan saya dalam pekara ini

    ReplyDelete
  12. Bila pula Khalil jadi Menteri Penerangan dan pada masa yang sama jadi MB Pahang?Khalil masih hidup,tetapi fakta sudah bertukar.Suatu hari nanti sejarah Melayu akan mencatatkan kewujudan PM Malaysia ke 4 sebagai mitos.Sebaliknya Ahmad Maslan,Nazri,Jamal Ikan Bakar,Ali Tinju,Ahmad Bashah dan Mahazir Khalid sebagai pahlawan negara yang membantu Panglima Bogus serta Jho Low memajukan negara.

    ReplyDelete