Sunday, 8 May 2016

NAJIB AKAN HADAPI UJIAN LANGSUNG YANG BENAR- BENAR MENDEBARKANNYA


BN AKAN MENANG LEBIH BESAR DI DUA PRK 
A KADIR JASIN8 May 2016 at 15:12
1. Tan Sri, setuju mengenai hidup mati Mohd Najib di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Dua kawasan Parlimen ini adalah kerusi marginal dalam PRU 2013.
2. Oleh kerana dua kerusi ini kerusi hidup mati Mohd Najib maka dia akan buat apa saja demi menjamin permulaan kematian dia tidak bermula di sini .. the beginning of his death does not begin here.
3. Dia akan lakukan apa saja untuk menang dan menang lebih besar. Dia mungkin menang dan menang lebih besar.
4. Sejarah PRK memihak kepada BN kerana kuasa wang dan pentadbiran yang ada padanya boleh ditumpukan kepada satu kawasan. Dua kawasan dalam konteks tragedi Batang Lupar.
5. Lihat PRK Teluk Intan yang juga di Perak tidak lama dulu. BN merampas kembali kerusi Parlimen itu daripada DAP.
6. Hanya PRU boleh memberikan tumbukan KO kepada kerjaya politik Mohd Najib itu pun kalau Pembangkang boleh berpakat dan menawarkan harapan kepada pengundi.

Wallahuaklam.
NAJIB AKAN HADAPI UJIAN.....

Dua Pilihanraya Kecil Parlimen akan terpaksa diadakan dari segi perlembagaan berikutan dengan kehilangan dua anggotanya dari kawasan Kuala Kangsar dan d kawasan Sungai Besar Selangor dalam trajedi nahas helikopter di Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak menghadapi debaran yang hebat dalam menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana memang telah pun di duga dari awal lagi kepimpinan Adenan Satem yang hebat akan menyelamatkan maruah Najib dengan membawa kemenangan cemerlang BN di Sarawak.

Bagaimanapun kemenangan besar ini  didahului  oleh trajidi yang memberikan alamat buruk  kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana akan disusuli segera  oleh cabaran secara langsung kepadanya oleh dua pilihanraya kecil yang terpaksa diadakan kerana kehilangan dua anggota Parlimen dalam nahas helikopter di Sarawak.

Dua Pilihanraya Kecil  ini lebih berarti dari pilihanraya besar 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Lebih mengerikan jika difikirkan bahawa dalam Pilihanraya Umum lalu,Allahyarhamah Noriah Kasnon mengatasi calun Pas  hanya dengan 399 undi di kawasan Sungai Besar dan Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad menang dengan hanya 1,082 undi dalam tandingan tiga penjuru.

Kekalahan dikawasan ini akan menjatuhkan moral Najib serendah-rendahnya setelah dibangunkan oleh keyakinan yang menumpang dari kekuatan kepimpinan orang lain dan bukan kekuatannnya sendiri.Kegembiraan dan ketenangan Najib hanyalah untuk sementara.

Jika sekiranya BN menang di kawasan-kawasan  ini maka pastinya akan mengangkat maruah Najib setinggi-tingginya, menaikan semula imej BN dan memberikan harapan baru kepada UMNO dalam menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.

Jika menang ,Najib juga akan dapat membersihkan kekotoran  imejnya  sekian lama kerana isu  1MDB,RM2.6 billion dan masalah isterinya.

Dua pilihanraya kecil ini memberi peluang lebih awal  kepada rakyat untuk memberikan hukuman  kepada pemerintahan Najib yang berada dalam krisis  dan juga  bagi Najib akan menjadi medan pertempuran  untuk hidup atau mati.

44 comments:

  1. Kuala kangsar bukan kawasan kampong...ha ha....apa kata orang kualer? tak kan nak sokong bn lagi ?

    ReplyDelete
  2. Dua kawasan ini perlu sedar duit yang bakal ditabur adalah duit kesangsaraan rakyat. Sedarlah, dunia ini sekadar sementara dan akhirat adalah yg akan kekal selamanya.

    Pengorbanan tidak menerima "WANG KESANSARAAN RAKYAT" itu cukup besar untuk selamatkan Malaysia dan selamatkan generasi kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ambil wang. Tapi undi yang lain!

      Delete
  3. BN akan kalah kedua-dua kerusi itu nanti,walaupun Najib seperti biasa akan berbelanja besar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.Masa ini lah sekolah-sekolah di kedua-dua kawasan ini akan mendapat limpahan durian runtuh,terutama sekali sekolah cina dan tamil.Begitu juga dengan tokong cina,kuil hindu dan gereja,yang mungkin akan bertambah.Untuk menewaskan Barisan Najib di kedua-dua tempat ini,parti lawan hanya perlu letakkan poster Najib dan isteri yang paling besar di merata-rata tempat,berserta gambar koleksi beg tangan kak Rose.

    ReplyDelete
  4. TS Zam,
    Saya setuju dengan Tan Sri bahawa kemenangan PRN sarawak memang di duga cuma kita dapat ramal sama ada menang besar atau majoriti dikurangkan ini disebabkan beberapa perkara :

    1. Bantuan SPR dengan pembahagian kawasan pengundian baru lebih dikawasan luarbandar yang menguntungkan BN.

    2. faktor Adnan yang telah melakukan beberapa perubahan pentadbiran,mengiktiraf sijil pendidikan sekolah cina setaraf dengan peperiksaan SPM dan STPM yang membolehkan pelajar cina memohon untuk kerja dan melanjutkan pelajaran ini sangat mempegaruhi pengundi cina, Adnan nampak macam berjaya memohon autonomi lebih dari Najib yang akur untuk menyelamat hayat politik ini amat diminati disukai oleh orang sarawak.

    3.Faktor tambahan minit akhir Najib setuju dengan permohonan Adnan dan pihak gereja untuk PPN(pendaftaran Negara)bahawa sesiapa yang ingin murtad balik semula keagama asal terutama kristian boleh menukar status agama dalam IC dengan tiada halangan( Rujuk kes Rooney dan PPN).Lebih kurang RM 300 juta ++ ditabur untuk mendapat sokongan padu orang luar bandar.

    4.Pembangkang yang tiada pemimpin tempatan yang berwibawa,pencalonan bertindih antara DAP dan PKR dan majoriti parti Pembangkang bukan dari serawak tapi dari semenanjong memang sudah tradisi menyukar untuk bertapak luar disarawak yang rakyat bermentali wajib parti tempatan ,macam kelantan PAS adalah kelantan dan kelantan adalah PAS.

    Pun begitu walaupun Adnan menang besar tapi beliau dan BN wajib berjaga jaga kerana sepanjang 2 tahun ini sekiranya hasil pemerintahan adalah sama saja macam dulu atau lembab faktor pak lah akan menghantui PRU 14 nanti orang sarawak tidak akan teragak agak untuk menunjuk marah dalam undi peringkat parlimen kerana kali ini tiada kaitan dengan pentadbiran sarawak dan parti dari luar.

    Ya saya setuju Tan Sri ,Sekiranya najib nak buktikan rakyat semenanjung dan umum seluruhnya masih menyokong beliau wajib tempuh ujian di dua kawasan parlimen yang sudah sah dikosongkan dengan kematian trajedi heli dua hari lepas iaitu diparlimen sg. besar dan kuala kangsar, saya berharap Najib dan kuncu kuncu jangan membuat helah untuk melewatkan pengumuman ini sehingga boleh mengagalkan PRK ini diadakan disebabkan untuk elak nanti dimalukan dan merendahkan populariti najib kerana ini amat baik bagi najib mengukur sejauh mana sambutan rakyat terhadap beliau dengan isu isu skandal yang takterjawab dan hasil dari dua PRK ini lah wajib mwnjadi kayu ukur kerana padang perlawanan yang sama dan sentimen pun sama bukan PRN Saarawak yang langsung sama sekali tidak dapat mengukur samabutan rakyat terhadap najib kerana ,kemenangan sarawak macam TS kata lebih kepada adnan tapi bukan kearah kemenangan Najib dan kebinet nya.

    ReplyDelete
  5. Allah maha berkuasa, Tan Sri.
    Siapa sangka di akhir-akhir kempen helikopter
    yang membawa dua orang anggota Parlimen BN
    akanjatuh terhempas..........??????
    Kita berdoa dan Allah memenuhi permintaan kita
    dengan cara yang tak pernah diduga.
    Kalau BN kalah dalam PRK dua Parlimen ni,
    Najib mesti letak jawatan.
    Tak perlu tunggu PRU14 lagi atau mengembalikan
    kuasa Raja-raja.
    Inilah saja cara untuk menyelamatkan umno.

    ReplyDelete
  6. 1. Tan Sri, setuju mengenai hidup mati Mohd Najib di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Dua kawasan Parlimen ini adalah kerusi marginal dalam PRU 2013.

    2. Oleh kerana dua kerusi ini kerusi hidup mati Mohd Najib maka dia akan buat apa saja demi menjamin permulaan kematian dia tidak bermula di sini .. the beginning of his death does not begin here.

    3. Dia akan lakukan apa saja untuk memang dan memang lebih besar. Dia mungkin menang dan menang lebih besar.

    4. Sejarah PRK memihak kepada BN kerana kuasa wang dan pentadbiran yang ada padanya boleh ditumpukan kepada satu kawasan. Dua kawasan dalam konteks tragedi Batang Lupar.

    5. Lihat PRK Teluk Intan yang juga di Perak tidak lama dulu. BN merampas kembali kerusi Parlimen itu daripada DAP.

    6. Hanya PRU boleh memberikan tumbukan KO kepada kerjaya politik Mohd Najib itu pun kalau Pembangkang boleh berpakat dan menawarkan harapan kepada pengundi.

    Wallahuaklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pak Kadir.

      Saya setuju. Sebab PRK itu tidak mendatangkan sebarang kudis dari aspek peruntukan dan lain-lain kuasa "magis" untuk pastikan kerusi itu dimenangi dengan bergaya.

      PRU 14 adalah "do or die" untuk politik peringkat nasional bukan sahaja untuk PM, tapi untuk BN secara amnya.

      Delete
  7. Tiada team Adenan di sg besar dan k kangsar. Ada team Najib jerrr. Kita tengok apa Kruak kata bila umno tumbang di sana

    ReplyDelete
  8. sekiranya najib seorang yg menempuhnya mmg sukar untuk beliau...tapi klu bersama jentera umno dan rakan2 BN insyaallah kemenangan dicapai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam PRN Sarawak, orang mengundi untuk pilih
      Ketua Menteri. Tiada kaitan dengan Najib. Saya pun
      akan undi BN untuk DUN di Johor - bergantung pada
      SIAPA CALONnya of cos. Dalam PRK Parlimen Sg.Besar
      dan Kuala Kangsar, beri sebab yang baik, KENAPA
      KITA MESTI PANGKAH BN............??????????
      Nothing to loose kalau pangkah pembangkah dalam
      PRK Sg. besar dan Kuala Kangsar. Yang akan hilang
      segala-galanya cuma NAJIB & koncu-koncunya. Penduduk
      Sg. Besar dan Kuala Kangsar khasnya dan rakyat
      Malaysia amnya, tidak akan rugi apa-apa.
      Malah dapat beri isyarat jelas kepada Najib dan
      kuncu-kuncunya, U ARE NOT WANTED - GET LOST!

      Delete
  9. RE:"Jika menang ,Najib juga akan dapat membersihkan kekotoran imejnya sekian lama kerana isu 1MDB,RM2.6 billion dan masalah isterinya."

    Tidak mungkin Datuk Zam, sebab taik dah megalir naik sampai ke otak dia orang ... darah tak boleh bercampur dengan taik kecuali ia jadi bisa.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Tan Sri,
    Saya bersetuju dgn pendapat Tan Sri. Untuk PRK yang akan diadakan di dalam waktu terdekat ini, Hanya pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar dapat mengajar Najib atau membantu memberi isyarat awal kepada Najib. Kalau kalah di dua tempat ini UMNO kena nasihat Najib supaya.... Sebab isyarat dah nyata.

    ReplyDelete
  11. Dua prk sudah pasti susulan kematian penyandangnya. Yang ke3 mungkin berlaku akibat ura2 pemecatan oleh parti tonggak bn. Jika yang ke3 itu menjadi kenyataan, pengundi di dun berkenaan memang sejak dahulu menyebelahi pas. Mereka dah cukup biasa dengan dedak ori. Dedak najib susah nak laku di sana.

    ReplyDelete
  12. biar mahathir lawan calon bn, menang kalu boleh bulldozer jadi pm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan Sri Mike Tyson boleh gempak BN.

      Delete
  13. Saya sudah bermastautin di KL lebih 20 tahun.. tapi tidak tukar lagi kawasan mengundi.. kali terakhir saya undi tan sri rafidah.. kali ni ... maaf bn.. ds najib perlu diajar!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib perlu diajar!
      Betul. Tapi nak pilih siapa?
      Kerana PR 2x5 macam BN.

      Delete
    2. Hanya utk prk saja.. x memberi kesan apa2 pada kedudukan bn si parlimen.. isyarat menolak kepimpinan ds najib.. utk umno berbuat sesuatu..

      Delete
    3. Kalau PAS letakkan Dr Raja Ahmad Iskandar iaitu bekas N.Ketua Pemuda & bekas Pen.Setiausaha Agung PAS... rasanya boleh menang. Calon tempatan tu.

      Delete
    4. Tan Sri Radidah calon bebas boleh ?

      Delete
  14. BN akan menang di Sungai Besar dan K.Kangsar kerana PAS dan Amanah sudah tak sabar sabar utk berentap sesama sendiri...lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu BN letak si Jamal tongkol sekali pun BN tetap akan menang. Reason- BN akan guna tekti samseng dan Jamal Tongkol memang simonim dgn budaya samseng.

      Delete
  15. Selagi dedak berkuasa.
    Selagi itulah Najib berkuasa.
    Apapun Allah akan menentukan segala-galanya.

    ReplyDelete
  16. INI ADALAH SUATU PERCUBAAN TERBESAR KEPADA NAJIB.JIKA DIA DAPAT KELUAR DARI CUBAAN INI MAKA DIA AKAN TERUS BERJAYA SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN AKAN KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI SEHINGGA LEPAS PILIHANRAYA AKAN DATANG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. percubaan terbesar akan datang dari Swiss AG

      Delete
  17. Najib ada telor ke nak buat PRK di Sg.Besar dan
    Kuala Kangsar sebab ikut SPR, PRK tak boleh diadakan
    dalam tempoh dua tahun sebelum PRU.
    Betul ke Tan Sri..........??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh... dgr kata 28 June ke atas baru boleh kalau x nak buat...

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Salam..

    Pak Zam,

    Jika disorot kembali sejarah politik Perdana Menteri ke-6 (bermula sebagai calon automatik kerusi Parlimen Pekan pada tahun 1976), beliau tidak pernah menempuhi sebarang cabaran yang mendebarkan, jika dibandingkan dengan Perdana Menteri terdahulu (dari zaman Tunku Abdul Rahman hingga Tun Abdullah Badawi - kecuali Tun Abdul Razak dek kerana faktor takdir Illahi)

    Setahu saya, beliau ini seorang yang teliti (calculative) dalam membuat keputusan dan kerap ikut arus (follow the flow) tanpa berani menentang arus.

    Cabaran beliau, bukanlah terletak pada keputusan yang bakal diketahui PRK di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kelak.

    Sebaliknya, cabaran yang utama ialah untuk mengembalikan keyakinan atau sekurang-kurangnya "at par" dengan kemenangan BN Pusat, seperti yang telah dinikmati oleh BN Sarawak dalam PRN 11 baru-baru ini.

    Hakikat jumlah pengundi yang jauh lebih rendah dibandingkan dengan PRN 10 itu tidak menjadi isu.

    Isu yang utama ialah menghadapi hari yang mendatang pasca PRU 14!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju penuh dengan pandangan saudara. Najib banyak bergantung kepada nasib disamping kebijaksanaannya sebagai seorang oportunist

      Delete
  20. Nothing will change. Lower income people love handouts. The educated middle class is steering the change, but the number is too small. Go back to basics.... education, education , education. If people understand and accept that handouts or dedak cannot bring progress, then things will change. Until then, each is on his own.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aje ambil dedak tapi tak bagi undi. apa BN boleh buat ?

      Delete
  21. panglimo potaseh9 May 2016 at 11:50

    PRK ini juga akan jadi ujian blok Pakatan Rakyat (PR). Kebelakangan ini PR tampak letih dan seakan di buai mimpi, yang akhirnya akan bawa mereka pada igauan.

    ReplyDelete
  22. BN mesti menggerakan jentera pilihanraya dari sekarang.Calun mesti dipilih segera dan diumumkan dengan cepat

    ReplyDelete
  23. Susah utk kalahkan najib kalau bertanding 3 penjuru. PAS dh tentu bertanding kerana kerusi tradisi. Amanah juga akan bertanding. Undi cina akan pi kt amanah. Cuma bilangan undi boleh dijadikan ukuran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum cuba dah mengaku kalah.
      Undi Cina, takkan menyebelah BN.
      Tinggal undi Melayu - asiklah pikir PAS akan
      menyebabkan undi berpecah. Tak pernah fikir,
      pengundi umno dah berpecah.
      Sekurang-kurangnya separuh sudah lari, tinggal
      separuh lagi. Jangan harap undi PAS kekal sedangkan
      PAS dah berpecah 3 - satu jadi Amanah, manakala PAS
      di bawah Hadi Awang dah berpecah dua dengan pemecatan
      HUSAM. Jadi, kalau Amanah atau PKR bertanding di Sg.
      Besar, kemungkinan untuk menang tu ada.

      Delete
  24. Isu PRK ni isu kecil. Isu bond 1MDB dan hutang rm50B lagi besar. Penarafan kredit terhadap malaysia hanya boleh merudum. Ranking index rasuah kita pulak makin teruk. Hutang negara terus naik, flora hutang makin kembang. Sayangnya majoriti rakyat tak paham semua ni. Masih syukur dapat duit BR1M. Harap2 yang faham suasana ekonomi sekarang dapat menjelaskan pada mereka yang tak faham. Itu saja caranya.

    ReplyDelete
  25. Tan Sri.

    1. Dua Pilihanraya Kecil Parlimen yang akan diadakan di kawasan Kuala Kangsar dan di kawasan Sungai Besar Selangor ini TIDAK LAH PENTING SAMA SEKALI...BUANG MASA...DAN BUANG DUIT RAKYAT SAJA.

    2. Bagi Najib memang tetapi dia akan kata sekuat kuat hatinya bahawa adalah policy BN bertanding habis habisan sampai mati bila kerusi kosong. Ini akan disokong olih semua orang UMNO. Biar la UMNO bermati matian di tempat tu...sebab UMNO banyak duit.

    3. Kalau pembangkang menang sekali pun dikedua kerusi ini....SO WHAT?? NOTHING...IT MEANS NOTHING...NOTHING AT ALL...because you can't change anything...so don't waste your time here...just let UMNO win all...make them happy...if possible, let 100% of the votes goes to UMNO...biar mereka mereka rasa siok sikit.

    4. There are times to fight...there are times to let it go...this is the best opportunity for oppositions to let it go...just let it go...it means nothing even if you win all...so what???

    5. Don't dance with UMNO on these two seats...its all over now...the Sarawak Elections speak volume about the future of BN lead by Najib-UMNO.

    PBB which led BN Sarawak can work with anyone who form the next Federal Government....the writing is on the wall.

    Who is Najib and UMNO to Sarawakians? and Sabahan?????

    6. Opposition represent 51% of popular votes...don't go and fight these ones. Let UMNO feel good here, ok.

    ReplyDelete
  26. PAS PAN DAP perlu bertanding dikedua-dua tempat, ia sebagai usaha promosi, test market, muhasabah dan warm up perang kempen besar untuk PRU akan datang itu lebih penting dari menang PRK yang kerusinya disandang tipis oleh BN. Momentum ini yang perlu dibaja pihak sebelah sana! Biarkan Najib gembira dan terus gembira dengan cash is king nya. Kelak PRU nanti Najib akan ditunjukkan rahsia pukulan padu... KO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak fikir pakatan mampu bagi pukulan padu...KO pada BN pada PRU 14 nanti.Peluang terbaik mereka sebenarnya adalah pada PRU 13 yang lalu.Perpaduan mereka waktu itu bolih dikatakan superb! Hingga sanggup menjanjikan the star and the moon pada pengikut mereka.Sekarang permainan mereka benar benar berubah...masing masing telah menunjukkan belang! Saya tak pasti pengikut tegar mereka masih lagi tegar! Menjelang PRU 14 nanti mereka akan mencari formula baru untuk bergabung dan bersatu...maka mereka akan melolong satu malaya untuk bagi tau betapa hebatnya semangat perpaduan dikalangan mereka.Tak tau lah kalau waktu tu pengikut tegar mereka masih lagi tegar atau mungkin kita akan tau siapa sebenar benarnya pemakan dedak! Bagi puak pakatan saya ingat they really need alot of cash untuk sumbat masuk dalam mulut mulut yang terbuka luas when come PRU 14!!!

      Delete
  27. Dato, Syarat untuk kalahkan najib 1)semua parti bersatu pilih satu parti turun calon.
    2)bertolak ansur dgn PAS, salah satu kawasn utk PAS dan satu lg kawsn utk parti Pkr atau Amanah. Tapi jgn sesekali DAP.
    3)Tun M turun dan ketuai kempen.
    4) deklarasi rakyat sbgai simbol kempen.
    Apa pndgn Dato?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua parti bersatu!

      Mission impossible...tidur satu bantal mimpi lain lain.Macam air dgn minyak.

      Bertolak ansur dgn PAS!

      Mission impossible...selama ni memang pun mereka telah ditolak beransur ansur dari pakatan...ironis nya tolakan itu telah mendekatkan Pas kpd Umno.

      Tun M ketuai kempen!

      Mission impossible...beliau tlh mendedahkan belang dgn bersekongkol dgn LGE dan LKS.DAP lah tu kan?

      Deklarasi sebagai simbol rakyat.

      Mission impossible...rakyat malaysia yang tak setuju dgn arah tuju deklarasi itu pun ramai juga!

      Delete
    2. Hang pk ahli parti saja ka... Yg kami ni tak berparti lagi ramai tau... Silent umno members pun ramai dah berbelah bagi ngan pucuk pimpinan. Mungkin kedua dua kawasan itu pengundi masih tolak pembangkang tapi sekarang ramai yg tak menyokong pucuk pimpinan bn@negara.baguslah analisa syok sendiri.

      Delete