Thursday, 26 May 2016

MENTERI BOCORKAN RAHSIA KABINET MALAYSIA KE SINGAPURA

PENDEDAHAN "SAYA BUKAN MENTERI"

Amat mengejutkan saya tidak lama selepas menjadi menteri penerangan (2006),dalam perjalanan pulang dari mesyuarat kabinet,saya menerima panggilan telefon daripada wartawan Starits Times Singapura (ST) bertanyakan benarkah saya dan Syed Hamid Albar Menteri Dalam Negeri mengkritik New Straits Times(NST) dalam mesyuarat itu.

Secepat kilat rahsia kabinet Malaysia sampai di Singapura sedangkan saya belum sampai balik ke Angkasapuri.

Masa itu Ketua Pengarang NST ialah Kalimullah yang diketahui amat rapat dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi dan juga Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Memang benar saya dan Syed Hamid Albar telah membuat beberapa teguran terhadap akhbar ini kerana tidak menghormati agama Islam dan beberapa siarannya yang bertentangan dengan  semangat Perlembagaan Negara tetapi soalnya bagaimanakah perbincangan kabinet telah bocor bagitu cepat ke Singapura?

Saya mengesyaki mungkin Polis Cawangan Khas Malaysia (SB) yang menyamar sebagai wartawan ST Singapura mahu  menguji samaada saya boleh menyimpan rahsia kabinet atau  tidak.

Saya bertanya kepada pemanggil ini "Bagaimanakah saya hendak  memastikan  awak wartawan ST Singapura yang sebenarnya," dan dia memberikan nama dan nombor telefonnya.

Saya bertanya lagi," Bolehkah awak menelefon Menteri Singapura untuk bertanya mengenai mesyuarat kabinet seperti awak  sedang bertanyakan kepada saya sekarang?". Dia terdiam dan meletakkan telefon.

Bagaimanapun esoknya berita mengenai kritikan saya dan Syed Hamid Albar terhadap NST diterbitkan oleh akhbar The Sun dan disiarkan oleh NST sehari kemudiannya dengan memetik dari The Sun.

Sebenarnya orang NST yang mendapat maklumat itu daripada sumber dalam kabinet dan dia juga memberitahu Straits Times Singapura dan meminta  The Sun menyiarkannya.

Dengan kelewatan sehari penyiaran  itu maka tidaklah menampakkan NST telah mendapat berita itu  secara langsung daripada kawan mereka dalam kabinet. Saya dapat mengesyaki siapakah menteri yang membocorkan rahsia kabinet itu kepada NST yang  cuba untuk menunjukkan seolah-olah dia mendapat dari sumber lain. Dia ingat saya terlalu bodoh.

Saya lebih hormati Datuk Nazri Aziz (sekarang Menteri Pelancongan) kerana dia tidak berpura-pura dan terus terang tetapi menteri yang membocorkan rahsia ini sering berpura-pura dengan saya sebagai seorang penyokong Mahathir.

Untuk mengetahui banyak lagi cerita-cerita panas  yang masih tersembunyi dapatkanlah  buku "SAYA BUKAN MENTERI" terus dari ZAM

SAYA BUKAN MENTERI


Sekarang anda boleh membeli buku " SAYA BUKAN MENTERI " yang di autograf oleh pengarangnya Zainuddin Maidin dengan memesan terus darinya.

Harga sebuah RM50. Pembayaran boleh dibuat menerusi :
 Akaun CIMB : 8002397357.
 Bayaran pos percuma. Sila sertakan alamat anda yang lengkap.

Sila maklumkan jika anda telah membuat pembayaran dan sertakan resit pembayaran sebagai bukti kepada zainudinmaidin@gmail.com


7 comments:

  1. Saya sudah mula membaca buku ini, memang menarik dan disampaikan daripada hati TS Zam :)

    Menteri itu rasanya kita boleh agak siapa dia kerana dia pandai berkata manis (agakan sayalah) :D

    ReplyDelete
  2. Apakah masa itu itu Tan Sri tak membangkitkan pekara ini dalam kabinet dan kenaapa tiada sebarang tindakan diambil. Saya percaya orang yang mengkhianati negara itu hidup dalam keadaan selamat sampai sekarang ini.

    ReplyDelete
  3. Kastwa Damanhuri26 May 2016 at 17:02

    Walaupun pekara ini telah lama tetapi saya kira polis patut membuka kertas siasatan. Apakah masa itu Kalimullah yang pernah berkerja dengan Straits Times Singapore mempunyai hubungan dengan NST Singapura pada masa itu

    ReplyDelete
  4. Ahmad Alimun Pasir Mas.26 May 2016 at 17:07

    Terima Kasih kepada saudara Zam kerana mendedahkan pekara ini kerana akan mengingkatakan kita semua kepada suatu zaman di mana penyalahgunaan kuasa berlaku secara rampant dan media di exploitasi untuk menutup penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa malah menodai Perlembagan Negara.

    ReplyDelete
  5. Iskandar Wangsa Maju27 May 2016 at 05:39

    Mereka ini sekaranG hidup mewah diatas pengkhianatan mereka.Mereka telah terlepas dari segala kemungkinan tindakan sekalipun pada suatu masa kedududukan mereka telah tergugat tetapi dalam proses politik negara maka mereka dapat timbul.
    Bagaimanapun ini semua tidak seharusnya menggoyangkan keimanan kita dalam ketaqwaan kepada Allah kerana tidak semesti mereka yang menipu tidak hidup bahagia, hanya terserah kepada manusia untuk memileh samaada hendak kaya sebagai pelacur atau penyamun atau memileh jalan baik yang ditentulah oleh Allah dan agama.
    Bagi kita mereka ini yang kelihatan mewah dan bahagia dengan segala kemewahan sebenarnya tidak labih dari ANAK HARAM NEGARA tetapi bagi mereka itulah kebahagian mereka.
    Pilehlah kehidupan yang kita hendak kerana di negara kita segalanya longgar belaka dan metrialisme telah dijadikan Tuhan bagi maruah suatu bangsa.
    Maka itu kita dengan cerita pembelian cincin berlian berjuta dan beg tangan berpuluh ribu ringgit harganya.
    Ustaz dan ustazah kita mengajar orang Islam di Malaysia supaya jangan marah dan memejamkan mata terhadap ini semua kerana kebahagian ada menanti diakhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz pun 2x5.Menumpukan akhirat sebagai 'escapism'.Islam Melayu bukan tulen daripada Al-Quran,sebaliknya Islam palsu ciptaan tok guru.Sepatutnya Majlis Ulama yang mengepalai penentangan terhadap perompak harta negara,malangnya mereka juga adalah golongan munafik sebenarnya.

      Delete
  6. keluar dari perut mak dah pandai baca quran ke?
    belajar dari mana?
    islam tulen macam mana
    sapa ajar ucap 2 kalimah syahadah


    Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.

    ni munafik lagi besar dosanya

    ReplyDelete