Wednesday, 11 May 2016

HARAMKAN PENDAKWAH SEPERTI ZAKIR NAIK DATANG KE MALAYSIA

SEHINGGA JAM 3 PETANG INI PELAWAT KEPADA TAJUK INI TELAH MELEBIHI 25,000

MERENDAH  KEWIBAWAAN MUFTI DAN ULAMA  TEMPATAN


Sewajarnya Jabatan Mufti Negeri Terengganu tidak menafikan dakwaan mengatakannya tidak menyenangi kehadiran tokoh ilmuan Islam Dr. Zakir Naik di negeri itu seperti yang dilaporkan  oleh TerenganuKita Online.

Sebenarnya inilah  perasaan yang terpendam di kalangan orang Islam yang mempunyai prinsip kejatian diri Melayu Islam termasuk para ulama dan mufti-mufti lain di negara ini dengan  kehadiran dan sanjungan "gila" terhadap ulama asing dari India yang seolah-olah menafikan peranan pemimpin Islam tempatan bagi modenisasi  dan kemajuan Islam di negara ini.

Lebih menakjubkan ia sampai memukau seorang dua menteri UMNO dan juga Menteri Besar Terengganu sehingga sanggup untuk memberikan tanah di Tasik Kenyir baginya membina sebuah pusat latihan dakwah. Apakah Pusat latihan dakwah kita mundur dan kurang berkesan?

Sikap dermawan MB ini sehingga menimbulkan kemurkaan baginda Sultan Terengganu.

Dr. Zakir sebenarnya seorang  tokoh Islam yang kontroversi yang tidak memberikan imej positif Islam kepada bukan Islam sebagai agama persaudaraan antarabangsa. Menerusi kepakaran perbandingan agamanya dia menyemaikan perasaan buruk sangka dalam masyarakat berbilang agama dan kaum.

Dia adalah konspirator  Ahmed Deedat (Allahyarham) pendakwah dari Afrika Selatan yang pernah di bawa oleh anasir-anasir ABIM untuk berdakwah di Malaysia dalam masa Anwar Ibrahim berpengaruh dan berada dalam kerajaan. Ahmed Deedat tidak disenangi oleh orang Islam di Afrika Selatan sendiri.

Bagaimanapun Polis Bahagian Khas kita tetap sedar dan waspada dan dapat mencegah pergerakannya di Malaysia setelah dia membuat ucapan menghasut kebencian antara agama di Dataran Merdeka dengan  menghina agama lain untuk  menunjukkan  kebesaran Islam.

Video-videonya yang cuba diedar di sini juga telah dirampas.

Bukanlah cara kita mengembangkan Islam di Malaysia dengan memperkecil dan menghina agama lain dengan apa cara sekalipun. Ini  juga dicegah dengan tegas di Singapura  hingga kini termasuk sekiranya pendakwah Kristian cuba menjual agamanya kepada orang Islam di Singapura.

Pihak Polis di Raja Malaysia juga mengetahui pendekatan dakwah "Merbahaya" Zakir Naik kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia tetapi cubaan untuk menyekatnya dari berdakwah di Malaysia telah digagalkan oleh kepentingan politik yang memerlukan sokongan kekuatan dari semua pihak.

Benar seperti kata Zainah Anwar dalam tulisannya di Sunday Star (8May2016)

Was this the reward that UMNO had hoped to gain-endorsement by a charismatic evangelist to push a reluctant PAS worried about its grassroots sentiment into arms of its once die- hard enemy?

Really? Desperate times call for desperate tactics

Bahawa Kerajaan Terengganu menganjurkan kedatangannya ke Malaysia dan mahu memberikan tanah di Kenyir untuknya membina Pusat Latihan Dakwah adalah menunjukan pemimpin-pemimpin baru UMNO tidak menghayati prinsip beragama  di negara ini yang diterapkan oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman dan juga Tun Abdul Razak yang diwarisi Tun  Hussein Onn dan Tun Mahathir.

Kita sekarang mempunyai pemimpin-pemimpin negara yang sanggup menjual prinsip-prinsip dan identiti Islam UMNO dan Melayu  untuk menyerupai imej Pas yang jumud dan ketinggalan zaman dan mahu menyerupai  pemimpin-pemimpin tarikat dalam cara mensandiwarakan peribadatan. Tidak hairanlah jika pemimpin-pemimpin  di bawah juga turut tersesat.

Islam di Malaysia mendapat penghormatan dunia dan di kalangan penduduk bukan Islam di negara ini  selama ini bukanlah dengan pendekatan  memburukkan  dan memperkecilkan  agama lain tetapi dengan mengembangkan sikap  toleransi  yang menunjukkan tolak ansur dari segi sosio budaya untuk hidup bersama dengan orang lain.

Sikap ini masih hidup subur di Sabah dan Sarawak tetapi sedang terhakis dan dihakiskan di Semenanjung termasuk menerusi sesetengah ustaz-ustazah selebriti di program-progaram agama TV.

Ulama-ulama Malaysia telah memberikan sumbangan besar dari sejak awal kemerdekaan dalam membantu membangunkan imej  "Moderation Of Islam" di Malaysia dan menerusi  permodenan dan peradaban  Islam sesuai dengan keperibadian  negara ini  tetapi berbagai anasir politik dan persaingan politik telah semakin menolak orang Islam di Semenanjung ke arah pemahaman Islam yang sempit yang lebih condong kepada ke Araban dari kejatian diri Melayu Islam.

Tahniah kepada Tun Taib Mahmud dan juga Tan Sri Adenan Satem yang mencegah kebebasan anasir-anasir jahat agama ini di samping anasir perkauman dari berleluasan di Sarawak.

Kita dapat melihat pembangunan Islam di Malaysia terutama program-progaram TV yang lebih berunsur ritual, fahaman Islam yang bersifat sentimen melulu dan tidak mengajar dan memahamkan orang Islam terhadap keperluan hidup beragama dalam realiti ketamadunan manusia. Semuanya boleh diatasi dengan doa dan penyerahan kepada Allah. Tidak semudah itu wahai ustaz dan ustazah.

Beribu orang datang untuk mendengar syarahan Dr Zakir Naik ini di Terengganu sekalipun mereka tidak memahami bahasa Inggeris oleh kerana didorongkan oleh perasaan sentimen, emosi dan keghairahan melulu.

Seorang  remaja bukan Islam memeluk agama Islam kerana mendengar syarahan pendakwah India ini di gemparkan seolah-olah sebagai kemenangan besar umat Islam tetapi berapa banyak bukan Islam yang telah di Islamkan oleh ulama-ulama tulen kita tanpa digembar gemburkan sejak sekian lama.

Saya sendiri dan rakan-rakan dari Malaysia melihat ramai pelawat dari Republik Rakyat Komunis Cina yang di Islamkan di Majid Malabar di Singapura tanpa heboh.

Demikianlah  semakin terhapusnya kehalusan, kebijaksanaan,kecekapan dan diplomasi dalam mendakwahkan  Islam di Semenanjung.


99 comments:

  1. AsSalam TS ...

    Apo lak khobar an gitu ..?

    Kan Zakir ni bawak pendekatan ilmiah yg takdo kek negaro kito ni ..
    Dio tak langar apo2 syariat islam ..
    Dio tak kutuk agamo lain ..
    Sebalik tu dio mahir ajaran kristen dan hindu dan dapek menghujahkan kebenaran islam dlm kontek ajaran kristen n hindu itu .

    Dlm sumo ceramah beliau takdo satu pun dio menghino orang kristen , hindu atau lain2 .
    Dio hanyo mohon pencerahan pendapat dari mereka dalam mencari kobonaran.

    Den tak nampak kejujuran TS kek sini.

    Waghih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahmad Khatraja.11 May 2016 at 11:52

      Bagaimakah perasaan saudara jika saudara seorang Kristian atau Budhis,saya tidak mengutuk agama saudara tetapi menunjukan kesilapannya dihadapan umum.

      Sekurangnya ia akan membangkitkan perasaan saudara untuk mempertahankan agama saudara dan berlaku pertempuran fikiran yang tidak membantu kearah ke kaharmonian sekalipun saudara tidak meneyarang agam tertentu secara khusus.

      Delete
    2. Dr zakir naik hanya mahu, penganut agama lain baca kitab mereka, di dalam kitab mereka melarang sembah patung, gambar atau seumpama dgn nya. Dari situ mereka akan mengenal Tuhan yg Satu, Dr Zakir Naik mahu mereka kembali kpd kebenaran tanpa paksaan.

      Delete
    3. Apo pulo tak jujor?11 May 2016 at 18:25

      Den setuju dengan TS melayu yang mirip Melayu PAS yang jumud masuk ke UMNO untuk kuasa dan jawatan tanpa memahami perjuangan nasionalis UMNO.
      UMNO tu United Malay National Organisation. Tapi tak jelas, sebab tu orang PAS masuk UMNO mcm MB Ganu tak reti kebangsaan. Caya pada orang india jadi hero dia pulak..
      Zakir Naik memang bawak pendekatan ilmiah yang takdo di sini sebab ilmiah Zakir Naik ilmiah orang India. Apo pulo dia tak langgor syarioh..mu tak baco dio kato kalau saman dio sama macam saman quran.. mu tak baco ke?
      Menyamakan dirinya dengan quran. Walhal dio hanya mentafsir ikot fahaman keling dio je..
      Semuo orang tak beroni mengaku dio perfect melainkan orang india ni jo.. bukan arab pun.
      Mu jujor tapi mu tak faham. Elok usoh komen.

      Delete
    4. Sdra Kharaja eloklah belajar agama islam dulu, dari berkata kata tanpa ilmu, tapi hanya dengan emosi.

      Delete
    5. Hanya yg jahil dan reluctant liberals Yg bantah dr zakir naik ..

      Delete
    6. Liberalism has no basis in Islam. It is a philosophy based on nafs.

      Delete
    7. Demokrasi asas liberalisma12 May 2016 at 19:59

      Islam dtg dari orang arab. Begitu juga kristian dtg dari yahudi timur tengah.Mereka sama sama berebut kuasa. Liberalisma adalah demokrasi dan kebebasan individu. Jika tiada liberalisma tiada demokrasi. Tiada satu orang satu undi. Raja yang berkuasa. Pope itu suara tuhan di dunia. Anda fikir Zakir Naik itu suara tuhan? Penterjemah quran ygn maksum?
      Kita melayu liberal adalah nasionalis ,pejuangn kemerdekaan. Pejuang budaya dan seni melayu.

      Delete
  2. That's the price the 'Tsunami Cina' has to pay.

    Do the chinese think that their attempts to split the Muslims and topple a Muslim-led Government will have no consequences?

    I am not pro-fundamentalism but if the chinese try to pull a stunt like that again during GE14, I WILL support any party that is fighting DAP...I will even support PAS!

    As in the chinese slogan, asalkan bukan UMNO, so goes my slogan, ASALKAN BUKAN DAP!

    Fair?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spot on... ASALKAN BUKAN DAP EVANGALISTA!!!

      ...more than fair

      Delete
  3. 11.18 komen yang tepat. jangan kaitkan faktor dakwah dengan bangsa, politik dan yang seakan.kita sepatutnya dikenali sebagai umat nabi muhammad s.a.w. bukan sebagai muftike,doktorke, mnelayuke malaysiake indonke. kita patutnya malu gagal melahirkan ulama seperti drzakir naik yang mahir pelbagai bidang seperti ulamak zaman keagungan islam. niatnya untuk selamatkan akidah umat nabi muhamad s.a.w bukan umat malaysia sahaja. dia korbankan prfessionnya untuk dakwah. tanpa dakwah islam akan hilang maksiat, akan berleluasa dan akhirnya tunggu la bala yg turun.ts berfikir jumud untuk ini.semoga allah selamatkan umaat nabi muhammad.s.a.w

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suatu khayalan jika dakwah tidak kaitkan dengan bangsa,politik dan agama kerana dalam masyarakat berbilang kaum pendekatan seperti Zakir Naik inilah yang akan membangkitkan perasaan perkauman,politik dan kebenciaan keugamaan.
      Kita boleh dikenali sebagai umat umat nabi Muhammad tetapi soalnya bagaimana untuk kenalkan bukan Islam sebagai umat Nabi?
      Tunku tidak mengugut atau mengecam agama lain tetapi beliaulah yang paling banyak mengIslamkan bukan Islam di Malaysia.
      Sebaliknhya pendekatan yang jumud yang tidak mengambil kira perasaan manusia dan realiti masyarakat berbilang kaum akan menyebabkan UMNO atau kerajaan ditakuti oleh bukan Islam seperti apa yang berlaku pada Pas AlArqam dan lain-lain.

      Keharmonian berbangsa dan beragama wujud di Malaysia kerana pendekatabn liberal UMNO dari awal dan demikian juga di Sarawak malah lebih berdisplin orang Islam Sarawak dari orang Semenanjung yang sudah jadi identiti Islam Arab.

      Saudara membanggakan zaman keagungan Islam di zaman nabi. Kerana penerusan cara inilah yang menyebabkan umat Islam dan negara mereka hancur di timur tengah,bahasa Arab menjadi bahasa jumud dan bukan lagi bahasa ilmu,tidak berkesan untuk mendakwahkan Islam kepada bukan Islam sebaliknya terpaksa meminjam bahasa lain terutama bagi penyerapan ilmu sehingga menyebabkan orang kita yang tak tahu berbahasa Inggeris terpegun dengan dakwah bahasa Inggeris Zakir.
      Apakah Bahasa Arab masih bahasa ilmu sampai sekarang sedangkan orang Arab sendiri mempelajari berbagai ilmu dalam Bahasa Inggeris.Bahasa Arab membawa kejumudan dalam cara berfikir kerana keterbatasan ilmu.Bahasa Arab bahasa ilmu adalah cerita lama.
      Dijauhkan Allah dari kita mempunyai pendakwah tanpa deplomasi seperti Zakir Naik yang akan membinasakan pendekatan Islam liberal seperti di negara kita yang menyebabkan Malaysia di pandang tinggi sebagai negara Islam.

      Kita tak perlu tunggu turun bala kerana Allah telah pun menurunkan bala ke atas orang Arab yang sombong.emosi dan menyalahgunakan kekayaan mereka untuk berbunuh sesama sendiri.Orang yang berkhayal seperti saudara tidak pernah nampak bala yang telah pun diturunkan kepada keturunan Nabi-nabi di Timur Tengah.
      Orang-orang seperti Zakir inilah yang akhirnya akan membawa permusuhan antara Islam sendiri kerana menyangka caranya adalah benar.Jenis Inilah yang ramai di Pakistan , India dan Arab yang menyebabkan tidak ada toleransi sesama Islam dan akhirnya mengembom orang Islam sendiri.
















      Delete
    2. Salam,
      Tuan Zainuddin perlu berhati-hati dalam membandingkan bahasa Arab dengan bahasa Inggeris. Kemunduran bangsa Arab sekarang bukan kerana jumudnya bahasa tersebut. Dalam keghairahan tuan menjawab komen di atas tuan tidak perasan yang tuan banyak memberi maklumat yang belum betul pasti. Antaranya tuan mengatakan bahawa Tunku Abdul Rahman adalah orang yang paling banyak mengislamkan orang Di Malaysia dan saya ingin bertanya dari mana tuan mendapat FAKTA ini. Memang jasa armarhum Tunku kepada Malaysia dan Islam pada peringkat negeri dan antarabangsa tidak terkira banyaknya tapi jasa alone tidak memberi tiket untuk ke shurga atau neraka. Saya mendoakan armarhum Tunku ditempatkan di shurga Allah namun tuan dan ramai warga emas mengetahui gaya hidup Tunku di mana tidak molek untuk saya aibkan di sini. Jadi, dlm menghurai hujah saya pohon Tuan agar lebih bijak dalam mengapai point of your argument.

      Kehancuran bangsa Arab di mata Tuan nampaknya terpandang tepat pada zahiriah atau fizikal semata-mata. Tuan tidak melihat jatuhnya tamaddun Islam kerana jauh tersimpang dari makna sebenar AlQuran yg tertulis dalam bahasa Arab iaitu bahasa yg terindah dan dipilih oleh Allah SWT sebagai bahasa alam akhirat. Berhati-hati dlm mengeluar hujah.

      Bila tuan menyanggah pendapat En Abdul Syukor, Tuan mengatakan En Syukor jangan terlalu memuja keagungan zaman Nabi kerana penerusan cara itu menjumudkan bangsa Arab. Saya berharap tuan dapat menerangkan lagi maksud tersebut. Bangsa Arab dikeluarkan dari kegelapan dengan datangnya Nabi Muhammad dan diagungkan lagi bangsa ini sehingga ke Tanah Eropah di Sepanyol. Sepanjang tempoh ini Islam was at the Zenith sehinggalah mereka mula mengabaikan Quran dan nilai-nilai keIslaman. Berkongsi pendapat saya diruang ini adalah dlm rush, so my argument here is thoroughly lacks substance sebab tanpa diselitkan real event, date, narration of important evente etc. Saya mohon maaf for such scholarly argument cuma ingin singgah sebentar menyuarakan pendapat.

      The world for both muslims and non muslims were at large asking thousand of questions related to Islam, Christianity, Judaism and perhaps Hinduism too and we're exhausted when questions left unanswered. We often argued among ourselves when would someone from Islamic world would come forward to clarify certain matters which for so long dangling in open asking for answers. Then came a few who dare enough, smart enough to answer those questions...such late Ahmad Deedat and now his protege DZN. We have dozens who went on in the net and media condemning islam and putting wrong info about nabi Muhammad etc and yet when one single soul who blessed enough to acquire such a subhuman memory like DZN, he is being accused of derailing Islam into the abyss.


      What is there that Tuan Zainuddin so proud of Islamic way in Malaysia? Alhamdulillah we are doing good but looking back perhaps 40 years ago...today's muslims in Malaysia are better in term of dressing and practicing Islam. In those, Muslim women in Malaysia were wearing tight kebayas and not many wearing a proper tudung. Women in kampung were lepaking outside their homes cari kutu berkemban. And today, you hardly see these because Islam is being practiced and reestablished according to Quran and sunnah.
      What kind of liberal Muslim you wanna be dear Tuan Zainuddin?
      There is no liberal muslim whatsoever. It is either a muslim yang mengikut hukum atau tidak. Which one are you?

      Delete
    3. Tuan hanya nampak Tunku Abdul Rahman dari segi keburukannya sahaja. Itulah pesepsi gulongan yang tidak terdedah kepada pergaulan luas kecuali kelumpuk sendiri.

      Sebagai wartawan saya ikuti aktiviti Tunku dalam Perkim dan juga pengIslaman ribuan orang bukan Islam di Sabah dan ini bukannya hanya atas percepsi atau tanpa keterangan.

      Sila pandang sesaorang tidak sahaja dari segi kejahatannya Imbangi dengan kebaikannua
      Siapakah yang menganjurkan penubuhan PERKIM dan juga terjemahan Al Quran yang pertama yang digunakan oleh Pusat Islam atas terjemahan Abdullah Bassmeh kawan saya di Utusan.Dia berhenti dari Utusan untuk membantu Tunku dalam hal ini
      Apakah alasan bahawa bahasa Arab adalah bahaa yang maju selain sebaliknya mereka sendiri mempelajari dis[plion ilmu yang lain dalam Bahasa Inggeris.
      Adakah Tuan tahu bagaimanakah keadaan perempuan Islam di Arab Saudi dan di lain-lain negara Islam yang tekurung malah haram untuk membawa kereta. Apakah mereka ini lebih baik dari Zeiti bekas Gabonor Bank Negara. Adakah wanita-wanita Islam di lain negara lebih maju dari wanita-wania Islam Malaysia yang memegang jawatan penting dalam polis Ketua Pengarah Jabatan dan dan lain-lain pentabiran kerajaan.
      Adakah wanita yang hanya duduk melepak di rumah di negara negara Arab atau di Paskitan lebih baik dari wania Islam yang melepak di kedai mamak di Malaysia?
      Malaysia akan terus mempunyai orang yang tidak realis seperti tuan tetapi insaaahlah muslim yang practical minded akan berekmbang lebih banyak menerusi sistem pelajaran yang terbuka yang memberi peluang pendedahan kepada ilmu dan juga masyarakat terbuka di Barat(bukan Di Arab Saudi atau di Pakistan)

      Delete
    4. Orang ini bercakap seolah olah dia macam Allah yang boleh menentukan surga neraka bagi Tunku Abdul Rahman kerana kunonnya Allah tidak mengambil kira jasanya tetapi dia tidak sedar silap-silap dia terjumpa Nik Aziz dan Haji Hadi dalam neraka kerana dia telah cuba mengambil kuasa Allah.
      Dia hanya bercakap mempertahankan Bahasa Arab tanpa alasan yang kukuh, tanpa menyedari orang Arab lari keluar negara untuk mempelajari Bahasa Inggeris bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.
      Yang membina Dubai dan Arab Saudi adalah orang Kafir disamping oranng Islam Melayu Malaysia yang bukan dari Azhar Universiti tetapi dari negara-negara Barat.

      Delete
    5. Sharifah Mahani.12 May 2016 at 17:38

      Adakah Kuza Luke menyedari bahawa wanita-wanita Islam yang berkerja telah dapat mebantu kekluarga mereka yang miskin,membantu anak-anak melanjutkan pelajaran dan menmgambil tugas suami yang meninggal dan sebagainya.

      Tidakah ini merupakan sumbangan yang besar kepada pembinaan kehidupan umat Islam dan ini lebih baik dari wanita-wanita Arab atau pakistan atau India yang hanya duduk melepak di rumah. Ramai wanita Melayu yang menjadi doktor selepas merdeka.Tidakah ini adalah sumbangan kepada pembangunan maruah orang Islam.
      Apakah yang difahami oleh Kuza sebagai pemabagunan Islam. Hanya rhetoric kosong.
      Kenapa tidak boleh dilihat sudut positf ini dari hanya melihat mereka yang melepal di kedai mamak dan mereka yang meleak ini pun setelah penat berkerja dan kerana ada kemampuan

      Delete
  4. Penyertaan seorang pemuda bukan Islam memeluk Islam selepas mendengar ucapan Zakir Naik adalah suatu sandiwara atau stage managed atau telah diaturkan dari awal untuk dipentaskan.

    Inilah cara yang dilakukan oleh pendakwah ini untuk menunjukan keberkesanannya di mana-mana.

    Maka itu kita harus berfikir.Kita harus bertanya kenaapa hendak ditimbulkan pasa masa itu juga dan tidakkah boleh diadakan kemudian didalam suatu majlis pengIslaman dengan cara yang lebih sempurna.
    Ini semua adalah porpaganda murahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila sdh ada hidayah harus terus saja kembali kpd Islam, x payah dilewat2 kn kerna ajal dtg tidak kira waktu.

      Delete
    2. Man Banun Sg Petani.11 May 2016 at 17:04

      Hidayah apa benda. Ini sandiwaralah yang dirancang lebih dahulu.

      Delete
    3. Hidayah mana boleh dirancang.

      Delete
    4. Boleh jadi juga teknik ini di cetak ulang daripada teknik yang sering diguna oleh faith healers kultus Kristian di Bible Belt Amerika. Ia sangat berkesan dalam menawan minda-minda lemah yang mudah teruja dengan benda majik.

      Delete
  5. Selamat berbalahan! anda semua memang bagus dlm hal ini...teruskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sangat setuju pendapat sebegini.
      Saya juga amat setuju, Pendapat TS Zam pada 12:28.

      Pertikaian atau perbalahan mengenai 'Agama' (apa pun) tidak akan mendatangkan sekelumit manafaat kepada sesiapa. Yang pasti, ia akan mendatangkan permusuhan sesama sendiri seperti mana yang menimpa Pak-Pak Arab di Timur-Tengah, sejak 1400 tahun dahulu.
      Harus diingat, pertelingkahan Arab bermula kira-kira 200~400 tahun selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW, bila muncul ramai 'orang-agama' atau apa yang dipanggil 'waris-Nabi'. Maka bermulalah perbalahan. Ketika itu jugalah Islam berpecah kepada Sunni & Syiah, dan sejak itu, Islam terus mundur dan ketinggalan dalam serba-serbi.

      Oleh yang demikian, membawa Zakir Naik ke Malaysia adalah satu keputusan tidak bijak demi mencari populariy politik dan akan memecah-belahkan lagi sesama Melayu-Islam. Pada masa yang sama, ia juga akan merenggangkan lagi hubungan kaum/Agama di Malaysia.

      Adalah di ketahui, Zakir Naik tidak disukai oleh penganut majority Hindu di Negaranya sendiri, India. Conflict Hindu-Muslim di India (sejak 1528 lagi - rebut tapak Masjib Babri) telah menyebabkan berjuta maut, dikedua-dua belah pihak, termasuk tindakan balas dendam keatas penganut Hindu di Negara berjiran, Pakistan dan Bangladesh.
      Adalah juga diketahui bahawa Rakyat Malaysia keturunan India, sangat mengikuti rapat perkembangan politik di India. Oleh yang demikian, sikap UMNO yang kelihatan amat 'teruja' dengan 'kebolehan' seorang Rakyat India berAgama Islam akan membuat masyrakat Hindu di Malaysia, terutamanya MIC, curiga terhadap UMNO dan BN.

      Inilah akibatnya bila UMNO miliki seorang President yang lemah akibat berbagai kemelut dan kerap buat tindakan sendiri tanpa berbincang dalam Kabinet. Demi membodek dan untuk menaikkan popularity 'boss', pengampu buat keputusan sendiri tanpa berfikir panjang akan kesan dan akibatnya. Nasib baik Sultan telah berjaya menyelamatkan Pulau di Tasek Kenyir dari tergadai. Mungkin kebawah Duli sudah serik sejak kehilangan TIA.

      Delete
  6. Yang hang dok pi sambut zainah anwar tu pasai Tok? dia tu dah sewel, liberal tak tahuan hala hang pulak dok pi ikut

    ReplyDelete
  7. Amat ramai orang kita suka sangat ikut resmi ayam, telur sebiji riuh sekampung dalam hal hal dakwah, agama malah juga ibadah untuk mempamemirkan betapa islamiknya mereka berbanding orang lain. Dalam hal ini seharusnya kita ikuti resmi padi, makin berisi makin tunduk. Bila dalam beribadah dan beragama, perasaan riak dan ego menguasai hati baik sesama Islam mahu pun bukan Islam, maka ia lebih merosakkan daripada membina syiar Islam itu sendiri. Golongan yang riak dan ego agama inilah yang ramai menjadi pengikut Zakir Nair malah tidak sedikit yang menjadikan agama ini satu escapisme bagi menutupi kekurangan diri dalam banyak aspek lain. Sebab itu kebanyakan lulusan Agama luar negara kelihatan cenderung fanatik terhadap agama dan keupayaan mereka untuk berbicara soal soal lain yang menjadi isu besar hidup harian sangat terbatas. Ini dapat kita perhatikan khususnya dalam DUN atau Parlimen dimana kelompok ini lebih ramai membisu dan tidak ke hadapan dalam membahas isu isu penting negara malah tidak sedikit mereka ini yang perdagangkan agama untuk mendapatkan sokongan walhal sikap sebenar mereka amat diketahui dikalangan rakan rapat sesama mereka. Kejadian siserban menonton filem biru di negara German satu waktu dulu adalah gambaran sebenar karektor pemimpin itu yang selama ini ditutupi lilitan besar serban di kepala. Pergaulan dan percampuran saya dari pengalaman lepas bersama kumpulan ini mengiayakan perkara ini kerana apa yang ramai nampak diluaran mereka, hakikatnya bukan wajah mereka yang sebenar. Namun tidaklah semuanya yang berpenampilan warak ini begitu perangai mereka.

    ReplyDelete
  8. Orang Terengganu jangan membiarkabn MB meroasakan anak-anak Islam dengan ajaran latihan dakwah yang tidak sesuai dengan negara ini.

    MB hendaklah meminta nasihat lebih dulu dari bekas MB Teregannu Wan Mokhtar yang memahami pendekatan Islam yang sewajarnya sebelum membuka sekolah latihan dakwah oleh orang asing di Pulau Kenyir.

    ReplyDelete
  9. Setuju dengan tulisan TS. This Zakir Naik is a small-minded misleading bigot!

    ReplyDelete
  10. Kebebasan bersuara. Bukankah di barat bebas menghina Nabi saw, agama Islam, kaabah dll tetapi bila Dr Zakir menjelaskan kebenaran dan menunjukkan kepincangan yang sebenar2 fakta tiba-tiba tiada kebebasan suara?

    ReplyDelete
  11. Zam bodoh kebaratan ni yg kita nk ikut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zakir Naik pun kebaratan jugak, bergaya dengan suit & tie.
      Kalau kebaratan tak elok, nak ikut siapa? KeAraban ke? Berserban, berjanggut dan berjubah?

      Bagi saya, lebih baik kita ikut gaya keMelayuan dengan berkain-sarong atau berbaju-Melayu dan bersongkok.

      Apa salahnya kita 'hidupkan' Islam acuan Nusantara tanpa mengimport 'pendakwah' asing dari Negara yang terbukti tiada toleransi dalam beragama dan pertelingkahan kaum lebih huru-hara dari kita?

      Mana tahu, mungkin sudah ditakdirkan Allah, Bangsa Nusantara (Melayu & Indonesia) mengambil-alih 'tugas' Pak-Arab untuk mengembalikan kegemilangan Islam diakhir zaman ini. Terbukti Arab gagal. Mereka memperkayakan Negara Kafir, membeli senjata untuk berbunuhan sesama sendiri. Mereka membantu Negara Kafir untuk mengebom Negara Arab yang lain.

      oleh yang demikian, apa keperluannya kita import 'orang-agama' dari Negara yang kacau-bilau?

      Delete
  12. mungkin agamaWANG kita sudah kenyang dengan pangkat dan harta dunia jadi kita orang Malaysia terpaksa mengimport pendakwah dari luar?adakah ni maksud artikel Tan Sri?!!!!

    ReplyDelete
  13. Dah tua pun bangang Awang Selamat veteran ni... pi mengaji balik...

    ReplyDelete
  14. Inilah contoh orang Islam bahlol yang menyebabkan orang islam di pandang rendah kerana tidak berupaya menjawab dengan akal tetapi dengan kepala lutut ,perasaan marah dan merendahkan orang lain tanpa mnenyedari betapa rendahnya taraf akalnya pada pandangan orang terpelajar.
    Inilahj janis manusia yang mudah dihasut oleh Barat untuik bergaduh sesama sendiri keerana daya bewrdfkir merka amat lemah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul TS Zam.

      Ini lah species manusia jumud dan tak mampu berfikir jauh kehadapan. Mereka ingat, mereka saja yang betul. Mudah terperdaya dan di hasut oleh Barat supaya umat Islam berbunuhan sesama sendiri, seperti yang berlaku di Asia Barat.

      Delete
  15. Kesilapan ejaan: JENIS dan KERANA daya BERFIKIR

    ReplyDelete
  16. How many times have you and Zainah Anwar sat together in any podium with Zakir naik or Ahmad Deedat ? Have you asked them any questions ?

    ReplyDelete
  17. Bahlol adalah brother of Al Sultan Haroun Al Rashid dan saorang wali Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha dah berdosa besar

      Delete
  18. Have you sat with them that made you have a good perception on them or your pre judgement only based on your sentimen?

    ReplyDelete
  19. Kepada semua pembahas dsn pemilik blog ini,

    Gunakan Akal jangan hanya gunakan otak.

    Gunakan akal bukan emosi.



    ReplyDelete
  20. Zam...tulis dari muda sampai tua pun tak jumpa2 juga hakikat dakwah yg berkesan..

    ReplyDelete
  21. Berani Tan Sri mengutuk Zakir Naik!!!
    He is the trend di kalangan Melayu.
    Sesiapa yang tak sokong Zakir Najik akan dicap
    MNENENTANG ISLAM!
    Adakah Tan Sri MENENTANG ISLAM......???????

    ReplyDelete
  22. Orang Melayu memang suka ikut trend.
    Umpamanya trend simpan janggot dan berjubah,
    trend berzikir beramai-ramai sambil menari-nari,
    sekarang trend membanding-bandingkan Islam dengan
    agama lain. Siapa yang menentang, semua kena cop
    ANTI ISLAM.
    Dan SIAPA yang paling berjaya buat perbandingan,
    dianggap PENDAKWAH ULUNG!!!
    Jadi kenalah ikut trend.
    Bukannya lama, Tan Sri.
    Nanti datang trend baru, trend membanding-banding
    agama dilupakan.
    Biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku menanti kembalinya trend free hair.Sejak zaman bertudung ini lah Melayu semakin sesat.

      Delete
  23. Salam,
    Saya rasa saudara zam tidak memahami konsep dakwah Dr zakir Naik.kalau sesorang itu benar2 mengikuti dakwah beliau akan faham bahawa untuk mencari kebenaran mestilah dgn cara berfikiran yg logik dan bukan secara ikut2an.Itulah konsep dakwah yg dibawa oleh Dr Zakir.Konsep logik inilah juga di gunakan oleh beliau dlm mematah hujah golongan2 atheis yg merupakan ancaman terbesar kpd Islam dan umat manusia.
    Kalau kita semua sedar fahaman atheis ini telah menguasai sebahagian besar manusia w.pun mereka mengaku beragama.Fahaman ini lah juga telah meresap dlm kebanyakan kita umat Islam tetapi telah di lunakkan dgn panggilan Islam liberal.

    ReplyDelete
  24. Saya banyak juga mendengar ceramah beliau namun tak pernah pula mendengar beliau menghina agama lain. Bolehkah ZAM bagi contoh penghinaan agama lain oleh Dr. Zakir untuk menguatkan lagi tulisan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju, setelah kemelut ini berlaku saya cuba menonton semua ceramah belaiu di peace tv, dimanakah isu yang beliau menghina islam, apa yang saya nampak beliau juga tidak menghina agama lain.

      Delete
  25. Dr Zakir hanya lah seorang pendakwah Islam yang tidak bercanggah dengan AlQuran dan hadis yang soheh. Jadi...apa masalahnya?.
    Beliau menyampaikan ilmu yang beelandaskan AlQuran dan hadis dan menjelaskan serta menyampaikan bergantung persamaan didalam agama agama lain. Apa masalahnya disitu?
    Beliau menjawab dengan konteks yang spesifik kepada soalan soalan yang diajukan dan tetap berlandaskan kepada AlQuran,Taurat dan Injil sebagaimana Muslim mesti percaya kepada kitab kitab tersebut?. Apa masalahnya disini?.
    Beliau menyampaikan ilmu yang benar dan tiada paksaan kepada sesiapa.

    Bottom line is kalau semua pengikut agama lain mengikut ajaran agama mereka yang benar dan kitab mereka yang benar, mereka akan menemui Islam. Masalahnya mereka enggan menerima hakikat kebenaran. Tiada paksaan, simple as that. Period.

    Ini semua ilmu Allah dan kuasa Allah untuk membuka hati nurani seseorang kejalan kebenaran. Tak payahlah nak kaitkan kepada rasis,fahaman politik atau apa apa selain yang tak berkaitan.

    Kita mencari siratul mustaqeem, ini Allah dah hantar seorang yang telah memberi pencerahan kejalan yang benar,apa nak dijadikan isu?.

    Kalau tak jadi ilmu kepada kita lagi,doa lah agar Allah membuka hati kita.....inshaAllah akan tiba masanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr Zakir tidak bercanggah dengan Al Quran tetapi bercanggah dengan cara penyampaian dakwah Islam dalam masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia.
      Saudara tidak perlu menghina keturunan Cina umpamanya dengan menakwa keturunan Melayu lebih baik dan lebih mulia.
      Dalam keadaan sekarang lebih sukar untuk orang bukan Islam mempercayainya kerana Dr. Zakir mewakili suatu bangsa yang negaranya ramai Islam yang miskin dan ganas dan hanya pandai bercakap berbanding dengan ulama-ulama Malaysia yang lebih pragmatik dan bertolanransi.
      Umat Islam dihormati di Malaysia bukan dengan cara Dr.Zakir. tetapi dengan kesanggupan memajukan orang Islam dan anak-anak Islam mendapat pelajaran yang sempurna,maju dalam akademik dan sebagainya. Kita telah menang dengan cara ini dan tidak tinggal terus sebagai bumiputra dan orang yang tidak bermaruah.

      Delete
    2. Itu la sebabnya rakyat tak pernah bersatu...kita selalu nampak bahagian negatif..hargai pengorbanan seseorang..cuba tanya diri kita sendiri, apa sumbangan kita pada agama? Bangsa, tak payah cerita la...thanks Dato

      Delete
  26. Salam tan sri,
    Tahniah, tan sri berupaya "menghidu permainan politik" yang menjijikkan.
    Dalam masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama, nengunakan agama untuk berpolitik adalah bahaya untuk keamanan kaum. Bila didepan agama A, perkara X disebut, bila dihadapan B perkara Y disebut, bila agama C perkara Z pula disebut. Lakonan ini dibuat dan dipamerkan untuk menjadi popular pada satu-satu bangsa/agama tanpa berfikir tentang kesannya pada keharmonian kaum.
    Contoh, seorang melayu yang "diislamkan" melalui keturunan pun akan mengamok dan marah bila diberitahu ada orang bukan islam sedang mengoyak al-quran. Walaupun dia tak pernah baca dan faham serta amalkan apa yang terkandung dalam al-quran.
    Oleh itu bila saya lihat ramai yang serang tan sri dalam artikel ini, saya tersenyum, tan sri bagi "buah tanggung".
    Sebab itulah parti pas boleh bertahan lama. Bila agak kurang sokongan, isu hudud atau negara islam dimainkan hingga keluar hukum kafir mengkafir sesama islam. Dan bila sesama sendiri berpecah, buat parti lain, boleh pulak tak ada hudud dan negara islamnya walaupun dipimpin oleh orang-orang yang sama.

    ReplyDelete
  27. Saya pernah dengar beberapa ceramah zakir naik termasuklah peace conference yang pernah diadakannya...rasanya tak ada yang salah dalam isi hujah dan program tu...mungkin saudara tak selesa sebab zakir naik mnyentuh kitab agama selain Islam...sebab di negara kita budayanya memang begitu...tak boleh sentuh agama2 lain...tapi apa yang dihuraikan oleh zakir naik terhadap kitab-kitab agama lain adalah, untuk penganut agama tersebut menilai kembali kebenaran agama yang dianutinya itu...inilah caranya dakwah kepada penganut agama lain...dan perkara ini bukannya luar biasa (jika di luar Malaysia)... Yusuf Estes juga berdakwah dengan menerangkan pengalamannya setelah mendapati apa kekurangan yang ada dalam Bible...Adul Raheem Green juga Begitu...Yusya Evan juga begitu...tapi mungkin tidak pada muallaf2 kontemporari di Malaysia...kerana di Malaysia ada satu yang namanya sensitiviti agama...jadi orang Islam di Malaysia kalaupun hanay berikan Quran pada seorang Cina beragama Buddha adalah satu dosa dan kesalahan...jadi bagaimana caranya seorang Islam di malaysia hendak berdakwah kepada penganut agama yang lain...yang dibolehkan adalah berdakwah sesama umat Islam...Fakta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooooo...Zakir Naik menghurai kitab agama-agama lain untuk penganut agama lain untuk mereka menilai kebenaran agama mereka. Ini tak menyentuh perasaan penganut lain ke...??
      Bagaimana agaknya kalau Paderi Kristian menghurai Quran kepada orang Islam dengan membandingnya dengna Bible untuk mereka menilai dan memilih mana agama yang dianggap benar........?????
      Saya lebih suka mendengar ceramah untuk memperdalamkan ISLAM bukan dengna menilainya dengna agama lain. Setiap agama merasakan agama mereka betol, siapa kita nak mengatakan agama mereka tak betol. Memang akan menimbulkan kemarahan. Bila mereka marah dan lukis-lukis katun, kita marah pulak!
      Sebenarnya apa maksud BERDAKWAH.
      Menurut Pendakwah MALAYSIA Ustaz Amin yang saya google, berdakwah itu...Menyuruh mereka berbuat yang ma`ruf dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar, agar mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dalam erti kata yang lain pula, dakwah adalah mengajak umat manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya.
      Berdakwah dan PREACHING ni sama kan....?
      Mengikut kamus Cambridge preach bermaksud 'Giving Advice'
      dan 'To persuade': to try to persuade other people to believe in a particular belief or follow a particular way of life:
      Jadi, kalau Padri 'PREACH' kepada umat Islam, maknanya dia nak orang itu mempercayai agama Kristian lebih baik daripada Islam kalau dia membanding-bandingkan kedua-dua agama itu.
      BOLEH TAK.......??????
      Bila Padri buat gini, penganut Islam marah tak sedangkan Padri tu kata, dia BUKAN NAK MENGHINA ISLAM. Dia cuma nak mereka faham Kristian lebih baik daripada Islam.
      Jadi pada saya, nak berdakwwah lebih baik tumpukan kepada agama sendiri dengan memperdalamkan pengetahuan agama kita
      tentang Islam tanpa melibatkan agama lain untuk menunjukkan agama kita lebih baik.

      Delete
    2. Rasanya kalau dibandingkan pun apa yang umat Islam takutkan...adakah takut kita akan menemui kebenaran dalam Bible dan kesalahan dalam Quran...Yusuf Estes pernah memnyatakan bantahan bilamana munculnya kartun menghina nabi...tetapi dalam masa yang sama dia juga menyatakan adakah umat Islam mengharapkan pihak yahudi atau kristian untuk membuat filem atau cerpen yang elok-elok dan memuji agama Islam...tugas siapakah itu jika bukan bukan umat Islam itu sendiri yang melaksanakannya...maksudnya umat Islam hendaklah berusaha untuk berdakwah tetapi jangan melatah sekiranya penganut agama lain menyatakan sesuatu yang tidak tepat mengenai Islam...ini kerana mereka jahil atau mungkin ada niat yang lain...tak apalah, maka debatlah jika perlu...nyatakan apa yang dirasakan tidak kena pada agama Islam ini...biar mereka mendapat pencerahan...mudah-mudahan mendapat hidayah...asalkan jangan menghina agama lain... menghina agama amatlah tidak sama dengan menyatakan kecacatan atau kekurangan pada sesuatu agama itu...tapi itulah uniknya di Malaysia...minta maaflah, tapi di Malaysia digambarkan bila umat Islam lihat tanda salib saja sudah dikuatiri mendorong ke arah keruntuhan akidah...maknanya di Malaysia jarak antara agama itu semakin dijauhkan...bukan didekatkan...hasilnya adalah pemikiran yang lebih ke arah negatif bilamana isu-isu perbandingan dan juga persamaan agama dibincangkan...seperti yang saya katakan sebelum ini, cuba tanya diri sendiri, apa yang akan kamu lakukan jika kamu lihat ada apek Cina tua bersinglet dan berseluar pendek tiba-tiba minta al quran dari kamu...adakah kamu nak beri atau tidak

      Delete
    3. Apa pandangan Anonymous12 May 2016 at 05:02 jika ada agama lain atau individu yang minta kita nilaikan semula agama "islam" atau nilaikan semula kitab2 hadis? Marah tak? Mesti ada rasa bengangkan????

      Delete
  28. Tan Sri, saya TAK bersetuju TS meminta haramkan Zakir Naik berceramah di Malaysia, tetapi saya bersetuju kalau TS tidak menyokong perlunya menjemput Zakir Naik kerana negara ini ada cara dan pendekatannya sendiri utk berdakwah.

    Namun saya berharap TS juga sedar bahawa kebanyakan agamawan kita tak memiliki ilmu yg cukup utk berhujah dlm dakwah mereka bila berdepan fengan org bukan islam yg semakin canggih kerana pengaruh alam maya.

    Semuanya kerana kelemahan institusi ilmu agama kita yg membiarkan pelajar dan umat sibuk berbincg isu kecil kecilan sehingga meninggalkan isu yg boleh membangunkan jatidiri umat melayu seperti isu kelesuan minda, kelemahan jiwa mahu berusaha. Sedangkan sunah sunnah besar dari sifat kenabian tidak dibincangkan. Bayak Sunnah Nabi kita yg lebih besar seperti kerajinan Nabi vs sifat umat islam hari ni yg ditahap defisit, sikap nabi berwawasan hidup vs sifat umat kita yg tiada langsung wWasan hidup.

    Banyak lagi sunnah sunnah baik nabi yg ditinggalkan oleh orang Arab dan melayu sehingga menimbulkan fitnah tauladan. Sehingga hari ni ramai orang islam sendiri keliru termasuk Tan Sri sendiri yg membenci perangai orang Arab, Pakistan dan umat Islam lain sebab syahsiah mereka yg buruk. Walhal itu bukan sikap dan sifat Nabi, Sahabat sahabat dan perangai umat Islam di Zaman Kegemilangan Islam.

    Baiknya TS membaca dan menelaah sejarah Islam semasa kegemilangan dari buku buku yang ditulis oleh ulamak muktabar supaya penulisan Tan sri lebih tepat dan menarik.

    Wira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, sedapnya cakap kita tak punya agamawan yang berilmu tinggi. Tu Dr Afifi al-Akiti & Dr MAZA tak cukup tinggi lagi ke ilmunya? kalau tak tahu siapa Dr Afifi, sila google.

      Setakat dalil aqli yang disebut Dr Zakir, seingat saya masa saya tingkatan 1 zaman 80an pun dah belajar contoh2 yg disebut.

      Masaalahnya, penggunaan dalil aqli tidak digalakkan di M'sia. Heck, baca quran terjemahan bahasa inggeris pun tak digalakkan di M'sia. Tapi bila ada orang luar buat begitu, 'tersenyap' mufti2 yang sebelum ni kata manuasia tak digalakkan guna akal untuk mentafsir agama.

      Akhir kata, saya setuju dgn Tan Sri ZAM, M'sia tidak perlu Dr Zakir Naik.

      Delete
    2. Bila ada Ulamak yang menyampaikan ilmu dan dakwah ... reamai pula yang nak tunjuk pandai dari ualamak itu sendiri... Dr Maza sendiri pun bangga dengan kedatangan Dr Zakir Naik ke Malaysia ... kita orang awam pula sibuk pertikai ... pemikiran apa macam ni ...???

      Delete
  29. Saya bersetuju dengan b eberapa pandangan saudara. Kebimbangan saudara adalah kebimbangan saya. Saya tidak mahu menulis dengan rujukan kepada sejarah Islam yang berulang kali diceritakan dan juga dengan rujukan ilmiah sekalipun saya banyak membaca buku-buku agama termasuk pemikiran progresif ulama besar seperti Pak Hamka kerana blog jika di akademikkan tidak akan dibaca ramai kecuali kita mengemukakan fikiran yang bersifat provokasi dan mencabar fikiran.Saudara membaca kerana saudara tercabar.
    Saya amat sedih melihat kebanyakan program agama di TV oleh ustaz dan utazah yang daya intelektual mereka sangat rendah yang menunjukan pembacaan mereka hanya terbatas dan fikiran mereka terbatas kepada buku-buku agama sahaja tanpa displin yang lain.
    terbuka yang menambahkan poenutiupan fikiran orang Islam.Mereka tidak dapat membantu kepada pemikiran terbuka untuk umat Islam menghadpoai cabaran yang semakin complicated dibandingkan dengan zaman nabi.Masalah zaman Nabi adalah jauh berbeza dengan sekarang.
    Rujukan mereka hanyalah kepada zaman Nabi sedangkan masalah yang kita hadapi ialah memerlukan pemodenan fikiran dan ilmu yang staraf dengan kemajuan antarabansga.
    Fikiran mereka semata-mata berasaskan wahyu.
    Saya bimbang jika tidak ada kawalan terhadap pemikiran program agama TV yang menjumudkan fikiran atau tidak dikaji kelemahannya maka ustaz dan ustazah kita akan terus meracuni fikiran orang Islam di negaa ini dengan sikap penyerahan dan tidak memnangunkan kekuatan ilmu dan daya fikir untuk menghadapi hujjjah yang berasaskan logik yang diperlukan oleh negerasi baru yang semakin terpelajar dan yang dapat membantu mereka berani menghadpai hidup.
    Sebenarnya ajaran mereka telah mengkiamatkan umat Islam sebelum kiamat sedangkan umat Islam perlu bersedia untuk generasinya adapat hidup beribu tahun lagi dalam berbagai cabaran ilmu yang tidak tercapai oleh fikiran ustaz dan ustazah yang sekadarkan bersandarkan pada wahyu..
    .

    ReplyDelete
  30. Maaf diatas beberapa kesilapan ejaan dan beberapa ayat yang tidak sempat dipadamkan tetapi saya harap dapat dibaca dan difahami.

    ReplyDelete
  31. Tan Sri & Wira 07:39,

    Pandangan 2 sen dari saya:

    Saya rasa punca masalahnya ialah (umumnya) masyarakat Islam/Melayu M'sia tidak punya budaya ilmu yang kuat.(Contohnya, lihat novel jenis apa popular dikalangan remaja kita dan lihat contoh2 program popular di TV3 sekarang).

    Ianya mejadi lebuh parah lagi apabila institusi agama menegah org2 Islam daripada mengunakan akal dalam bab2 agama, i.e. terima je bulat2 apa saja org2 agama pilihan kerajaan cakap.

    Tidak ada apa yang akan berubah sehingga kita dapat memupuk budaya berfikir dan budaya ilmu di kalangan masyarakat. Mungkin langkah pertama yang patut diambil adalah menukar Menteri Hal Ehwal Islam dan mufti2 & ketua2 intitusi agama yang dah lama pegang jawatan yang sama. (Kalau tidak segala usaha yg tak sealiran akan disekat). Tapi saya yakin ia tak akan berlaku dgn kerajaan/PM yang ada skrg.

    ReplyDelete
  32. Harus diingat, Zakir Naik boleh hafal Bible. Jika Zakir 'berjaya' dapat Pulau untuk dibina 'Pusat Berdakwah', sudah tentu antara syllabus kepada 'anak-anak' kita nanti ialah menghafal Kitab Bible dan mungkin, lain-lain Kitab Hindu dan Buddha. Nak buat perbandingan antara Agama, mesti baca dan hadam betul-betul, apa yang terkandung dalam semua 'Kitab' Agama. Lagi banyak, lagi bagus dan berkesan.

    Cuba bayangkan, anak-anak Melayu bertudung atau berserban yang mengikuti 'kursus' berdakwah Zakir Naik di sekitar Tasik Kenyir sedang membimbit atau menela'ah Kitab Bible ditepi-tepi jalan atau sambil minum di restoran Mamak.

    Masih ingat sedikit masa lalu, orang Melayu/Islam amat marah bila mengetahui ada mubaligh Kristian, mengedarkan Bible kepada murid-murid Melayu di Bukit Mrtajam? Sehingga kecoh 1Malaysia bila ada cadangan supaya di'bakar' kitab itu, jika sesiapa menerimanya?

    Kitab Bible dalam bahasa Indonesia/Melayu pun kita haramkan masuk Semenanjung, inikan pula nak benarkan anak-anak belajar menghafal Bible untuk buat perbandingan-Agama.

    Kata nak mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, tetapi tindakan bertentangan dengan semangat itu..

    Demi popularity, mungkin MB terlupa bab ini. Pasal tu terlupa untuk meminta nasihat Tuanku Sultan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ataupun JAKIM.

    Saudara DrKecik Kecik

    Boleh Dr. huraikan bagaimana kita boleh "mematah hujah golongan2 atheis yg merupakan ancaman terbesar kpd Islam dan umat manusia." ?

    Pada pendapat saya, hanya Umat Islam yang kecoh pasal golongan 'atheist' nih. Masyarakat bukan Islam, langsung tak heran atau peduli pada mereka.

    Lagi pun, 'Puak atheis' tidak percaya pada mana-mana Kitab Agama. Orang tak percaya Agama, macam mana nak guna 'Agama' untuk mematahkan hujah-hujah mereka?
    Atheist percaya, manusia berasal dari monyet. Siapa tahu, kalau guna science dan mathematic, mungkin kita boleh "mematahkan hujah" mereka. Tapi, kenalah mahir Science & Mathematic dahulu.

    Huhh....banyak kita perlu belajar nih. Itu belum masuk bab 'hari kiamat'. Yahudi dan Kristian pun percaya pada 'Kiamat'. Mungkin sebab itu mereka cipta kapal-angkasa dan meneroka cakerawala untuk mencari planet lain yang boleh didiami manusia. Adakah mereka cuba lari dari Kiamat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh12 May 2016 at 18:50

      Macam mana nak baca Kitab Injil tengok kelibat pangkah je dah takut.

      Delete
  33. saya rasa di dalam malaysia kita mempunyai ulamak atau ilmuan seperti bidang kepakaran dr zakir naik...adakah pemimpin umno dan jabatan agama sendiri membenarkan sekiranya agamawan kita berdiskuisi seperti yang dilakukan oleh dr zakir naik??....halangan sebegini menyebabkan ulamak dan agamawan kita menjadi tepu dan hanya membincangkan hal berkaitan solat,zakat dan puasa. Tiada pembaharuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh12 May 2016 at 19:05

      Tu lah masalahnya bila kita mengtakrif ilmu itu hanya didalam ruang lingkup Islam dan Arab sahaja. Itu lah ilmu yang dimiliki oleh kebanyakan ulamak kita dan itu jugalah yang saban malam diajar kepada kita melalui TV dan Internet. Yang parahnye apabila ilmu ini dijual beli pula. Maka seronok lah kita dengar yang nabi berkenduri dengan roti jala, kurma dicecah dengan kari, bab payong emas .. maka ketawalah kita sampai luruh jantong apabila ugama disampaikan dengan berlawak dan dalam masa yang sama kutuk rancangan Raja Lawak.

      Delete
  34. Maaf ada lagi yang saya terlupa.

    Untuk berbahas dengan bukan-Muslim, kita mesti mahir berbahasa Omputih seperti Dr.Zakir Naik.
    Oleh yang demikian, marilah kita beramai-ramai mula mendidik dan asuh anak-anak kecil kita, supaya mahir berbahasa Inggeris, terlebih dahulu.
    Dalam bab ini, elok juga jika Kerajaan dapat menghidupkan kembali Sekolah yang menggunakan Inggeris sepenuhnya seperti yang terdapat sekitar 1970an dahulu.
    Apakah cadangan ini akan mendapat tentangan hebat dari 'pejuang' bahasa Melayu, terutamanya dari penerbit2 & pencetak buku-buku sekolah BM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. panglimo potaseh12 May 2016 at 18:40

      Tuan RD.
      Apa yang saya parasan sejak 15 tahun dulu, apa je yang jatuh di pangkuan orang Melayu semuanya disalah gunakan .. semuanya nak dijual. Apa saja, samaada dari segi kuasa, ekonomi, sosial, agama apatah lagi dari segi bahasa. Bahasa kita tak kira bahasa Melayu atau Inggeris dah jadi gohed gostan. Tak tau mana nak di cekau. Kalau kita nak tukar balik ke bahasa Inggeris pon, ia lebih condong pada menjual bahasa itu .. bukan ajar.

      Saya seronak dengar Hendrawan beri tunjuk ajar pada Chong Wei. Chong Wei dalam keadaan apa pun cuba mengangkatkan mertabat bahasa Melayu, walau pun pelatnya "ya amat", kesihan beliau jadi mangsa politik dan sistem pendidikan. Nicol yang dapat "A" bahasa Melayu mungkin dah lupa untuk berbahasa Melayu tapi saya tak salahkan beliau.

      Cara kita menerima bahasa Inggeris pada tahun 60an dan 70an adalah secara semula jadi .. dengan bahasa Inggeris kita berkawan malah dating dengan amoi dan menachi .. kita tak de hal nak makan dikedai sapa pon. Apa pun saya seronok tengok Melayu Terengganu penoh satu stadium dengar Pak Zakir berceramah dalam bahasa Inggeris loghat India lagi.

      Delete
  35. jangan lah kamu takut akan ilmu.. terangilah jlan kehidupan dengan ilmu.. janganlah memomokkan orang lain dengan kejahilan kamu.. islam berteraskan ilmu..

    ReplyDelete
  36. Saya takut pada ilmu yg hanya berjijak pada wahyu tanpa berjijak kepada akademik displin yang lain yang melihat dunia sebagai tidak berubah.Mudah diselesaikan dengan hanya doa dan hadis. Maka itulah sebabnya para intelektual Arab lari ke Barat dan tidak mahu lagi kembali ke negara-negara Islam asal mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri tidak faham kenapa melayu disemenanjung terlalu mengagongkan budaya Arab. Padahal dapat dilihat yang mereka 'gagal' untuk maju. Yang mnyelamatkn mereka sekarang hanyalah kerana menjaid tumpuan umat islam ke Tanah Suci & minyak. Mereka tidak ada kepakaran lain. Negara kita dalam proses menyertai mereka..kalau terus bersikap begini.

      Delete
    2. Tang mana yg agong kn budaya arab tu
      .. .pada cara berpakaian kah? Apa salahnya kalau niat nk ikut sunah Nabi... bab pakaian cara barat camana pulak ..ber Kot bagai dgn tali jerot tengkok di tengah2 panas terik mentari...x da pon yg komen x sesuai dgn iklim msia..baru satu contoh

      Delete
    3. Agungkan budaya jumud..jahilliah..

      Delete
  37. Saudara RD,

    Tulisan kamu panjang-panjang tapi memualkan..

    Harap maklum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa suruh hang baca sampai memualkan.
      Tulis la, apa yang buat hang nak termuntah.

      Terlampau banyak mentedarah Jeruk Pak Ali kot?
      Otak jadi kecut, sehingga tidak mampu ulas lebih dari sepatah ayat pendek?
      Omputih kata: You are what you eat.

      Delete
  38. Perhatikan penjual durian di Chowkit dalam dia nak melariskan buah2an dia .Tak pernah kita dengar ada yang kata ' itu durian warong sebelah takda bagus la takda manis. Itu datang dari ladang sebelah kandang babi loo banyak busuk jangan beli dia punya'. Atau dia kata ' jangan beli itu limau bali...limau bali takda bagus boleh bikin olang sakit..'.tapi yang selalu kita dengar ' ini saya punya durian banyak spesial la D24 .. musang king ..tembaga kuning semua ada...satu kali try mesti lagi mau beli satu guni......
    wak

    ReplyDelete
  39. Kenapa Allah paparkan cerita Nabi Ibrahim menghancurkan berhala? Menariknya, berhala terbesar dibiarkan dan disangkutkan kapak. Bila orang menuduh Ibrahim, Nabi itu meminta orang bertanya kepada berhala besar yg masih utuh! Tidakkah kabar dalam alquran ini satu perbandingan agama, ikut budaya Malaysia.... sangat dahsyat woo. Alquran ceritakan nikmat syurga, juga sengsara neraka. Alquran juga beritahu agama yg benar ialah Islam. Tersiratnya, agama lain tidak ada nilai di sisi ALlah. Juga boleh baca yg Allah menolak amal kebajikan Arab Jahiliyah Makah memberi makan minum orang haji, walhal mereka tidak percaya Allah sebagai satu2nya Tuhan.
    Semua itu adalah kontradiksi antara benar dan salah, antara Islam dan bukan Islam.
    Awat.... alquran tak sesuai budaya majmuk malaysia?

    ReplyDelete
  40. tak perlu rasa islam kalau setakat dilahir dalam keluarga islam tapi membesar tanpa peduli agama islam
    bila dah mati baru kelam kabut nak ikut islam
    tanya bab salat pun tak lepas
    bab akidah pun ramai yang tak paham
    ramai islam tapi perangai macam kapir

    ReplyDelete
    Replies
    1. "bila dah mati baru kelam kabut nak ikut islam"

      Kenyataan ini pelik.
      Lazimnya, bila dah mati, jasad kaku, lama-lama jadi busuk.
      Sanak-saudara terdekat yang akan 'kelam-kabut' uruskan simati, ikut Islam.

      "ramai islam tapi perangai macam kapir"

      Dalam politik semasa di Malaysia, dari segi ketelusan dan integrity kepimimpinan, saya berpendapat, di Negara-Kafir jauh lebih Islamic.

      Delete
  41. ZAM ZAM TK ABIS2 DGN ASSOBIYAH KEUMNOAN NYA

    TAKDE MUFTI PUN KATA RASA TERHINA DGN KEHADIRAN ZAKIR.. YG KAU CKP BG PIHAK MUFTI KENAPA?

    KAU YG RASA MALU, PATUT KAULAH YG BERDAKWAH LEBIH HEBAT DPD ZAKIR NAIK

    SYIAH MEMBIAK DLM NEGARA TIDAK PULAK KAU BISING DAN TEGUR MUFTI SUPAYA BERUSAHA LEBIH KERAS UTK BENTERAS SYIAH..

    ZAKIR DH MERATA DUNIA BERDAKWAH MENGENAI PERBANDINGAN AGAMA... TAKDE PUN RUSUHAN BERBUNUH2... SEBB DIA BAWA ILMIHA BUKAN POLTIK MURAHAN UMNO MCM KAU

    MUFTI SEDAR MEREKA PUN TK MAMPU NK DAKWAH MCM ZAKIR, SO MEREKA SOKONG LA ZAKIR. TAKDE MUFTI YG BERDAKWAH ISLAM PD ORG AGAMA LAIN DLM NEGARA INI.

    MEMBIARKAN MEREKA KAFIR TERUS BUKAN PERSAHABATAN NAMANYA, ITU NAMANYA TIDAK AMANAH DGN ILMU DAN MEMBIARKAN ORG KAFIR DGN KESESATAN.

    SO ZAM,

    KALAU TK MAMPU BUAT, JGN HALANG ATAU KUTUK ORG BUAT KERJA DAKWAH. U PERGI KE DEPAN TENGAH MASYARAKAT DAN DAKWAH LAH RAKYAT MALAYSIA CARA ISLAM UMNO.

    TGANU NK BAGI TANAH SIKIT PADA ZAKIR KAU BISING.. NAJIB REMBAT TANAH BYK JUAL PADA SYARIKAT CHINA YG MENGADAI MARUAH NEGARA KAU SENYAP.

    SUDAH LAH ZAM.. TIDO LAGI BAIK LA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini ckp tentang Zakir Naik, jgn lh ckp pasal rembat tanah plak.INNOCENT UNTIL PROVEN GUILTY

      Delete
  42. Y.Bhg Tan Sri.

    Sekadar Pandangan Saya... Perbandingan agama Samawi umumnya akan berakhir dengan persamaan. itu yang saya lihat dengan nyata melalui ceramah-ceramah Dr Zakir Naik. Malah lain-lain ilmuan yang membuat perbandingan agama (Samawi). Namun tak dapat saya tolak dalam persamaan yang wujud secara tidak langsung menyerlahkan kewibawaan dan kesyumulan Islam. lalu biarkan yang bukan Islam melihat kedamaian yang terdapat dalam agama ini. Berdakwah kepada bukan Islam adalah satu kewajiban dalam memberikan pengertian benar mengenai Islam. Dan Berdakwah kepada bukan Islam tidak terhad dalam perbandingan agama. Cukup dengan menunjukkan tingkahlaku yang baik sehingga menambat hati bukan Islam untuk mengenal Islam. Hal ini yang membuatkan dakwah dalam masyarakat Malaysia Gagal kerana kita seringkali bertelingkah dalam perkara subjektif tertakluk kepada perpekstif masing-masing. Akhirnya dakwah melalui perbandingan agama dilihat lebih baik (berkesan) berbanding dakwah secara halus.

    Namun Islam tidak hadir dengan paksaan. sekiranya dakwah ditolak maka bagi mu agama mu dan bagi ku adalah agama ku. Inilah yang membuktikan Islam mampu hidup bertoleransi dengan agama-agama lain.

    ReplyDelete
  43. Saudara RD yang poyo menulis,

    Dalam politik semasa di Malaysia, dari segi ketelusan dan integrity kepimimpinan, saya berpendapat, di Negara-Kafir jauh lebih Islamic.

    Kalau macam tu ko duduk la negeri2 kapir RD.

    Jangan duduk Malaysia kalau malu duduk sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut pun berjuta-juta pelarian dari conflict antara Pak-Pak Arab di Negara Islam, semuanya mahu lari ke Negara Kafir. Seorang pun tak ingin atau dipelawa pergi ke Arab Saudi atau Negara Arab lain.

      Delete
  44. Tak tahulah bahasa inggeris saya yg teruk atau pemahaman saya yg salah. Semasa menonton semua video syarahan Dr. ZN tak pernah dengar dia menghina agama lain. Dia terangkan persamaan2 yg ditemui melalui kitab2 perbandingan agama yg telah dibuat. Jarang dia mrngalakkan orang islam bertanyakan soalan kerana setiap muslim ada pemahaman yg berbeza tentang ilmu islam sendiri. Tapi dia tidak menghukum.. Dia cuma mahu non-muslim memeluk islam. Kebanyakkan syarahan masih dlm konsep tajuk dan kalau lari pon kerana soalan2 yg datang. Tanya diri sendiri apa sumbangan kita kepada islam. Sekurang2nya dia berceramah; melatih; buat station tv; menghafal; belajar.. Ulama tempatan sebok bergaduh; menghina sesama sendiri. Sekurang-kurang dia berceramah bawa team. Habis yg buat duit atas nama islam dan disokong oleh atasan bagaimana pula. Selagi kita mengucap syahadah; cukuplah.. Jangan judge yg melampau. Islam ni sebenarnya lebih kepada cermin diri sendiri. Komoditi masa akan dipersoalkan setiap penggunaannya. Bila orang cuba berbaik perkara ke jalan akhirt kita pulak nampak mcm ancaman. Jadi renunglh diri..

    ReplyDelete
  45. Tan Sri.

    1. Ada beratus ratus suku suku kaum bila kita panggil bangsa Arab itu...dengan budaya dan agamanya yang berbeza beza...dan berenaka loghat bahasanya...dalam suatu kawasan yang sangat besar sekali...melebihi luasan kawasan South East Asia....yang dikenali sebagai Timur Tengah.....satu pun bahasa bahasa orang orang Arab ini tidak ada sama dengan bahasa AlQuran.

    2. Tamadun Islam bukan tamadun Arab...tetapi tamadun orang orang yang menganuti agama Islam...kebanyakannya tidak tahu bahasa Arab...tapi ada yang bolih faham bahasa Quran kalau mereka rajin belajar.

    3. Hadis yang mengatakan bahasa Arab adalah bahasa akhirat itu adalah hadis lemah yang tidak bolih dipakai. Hanya Allah Taala saja yang tau bahasa akhirat, bukan nya manusia. Maka itu semua bahasa bahasa manusia ada-lah rahmat dari Allah taala, termasuk bahasa English yang sangat popular dan bertaraf antara bangsa itu, bukan nya bahasa Arab atau bahasa Melayu.

    4. Dr Zakir Naik pendakwah Islam. Caranya sahaja yang berbeza dari yang lain...jadi tidak lah salah TETAPI bukan begitu cara yang terbaik untuk mengembangkan agama Islam. Kalau cara begitu, semua orang Melayu masih lagi jadi penganut agama Hindu, Buddha dan Animisme. Pengembang agama Islam dulu bukan macam dia ni. Baca sejarah, banyak contoh contoh nya yang lagi baik...yang elok...YANG MANIS dipandang mata dan yang SEDAP didengar...tetapi itu stail dia, hak dia.
    Ada dikabarkan, suatu ketika dulu, orang orang Arab asal yang datang membawa Islam ke nusantara ini, khususnya...mereka mereka ini dipanggil "the walking Quran", sebab perangai, tingkah laku, budi bahasa mereka itu adalah "Quran", padahal mereka ini tidak pandai bertutur Bahasa Melayu langsung, tetapi orang "nampak" apa itu Islam sebenar. Tanya orang orang tua di kampung, mereka mesti pernah mendengar cerita cerita begini...syukur la kalau ada yang masih hidup itu pernah "nampak" manusia sedemikian rupa...macam mana mereka ini hidup, bukan mau mengembangkan agama Islam, tapi mereka itu lah "Islam".

    5. Islam bukan slogan atau logo atau nama...atau konsep baru seperti Islam Hadhiri...Islam Wassabiyah...entah apa apa la rekaan manusia...yang mau menjual beli agama untuk kuasa dan wang. Jauh sekali lah kalau ada Muslim itu yang terang terang mencuri duit anak yatim piatu, fakir miskin dan balu, tabung haji dan duit kutipan cukai rakyat.

    Kalau di negara negara seperti Switzerland, Singapore, Norway dsbnya, kata ada kes, lalu membuat penyisatan rapi mengikut undang undang mereka...kenapa di Malaysia...punca epicenter kes ini...sunyi sepi? Mana dia Syariah-compliant Islamic Index? Ini ke ciri ciri sebuah negara "Islam"? Jauh sekali....minta maaf...Islam pun tidak...kafir pun tidak...entah apa.

    Ini lah yang dikatakan menjual beli agama untuk kuasa dan wang seperti yang sudah dijelaskan dalam AlQuran.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan pandangan saudara 'sukasamasuka'.
      Kalau Dr. Zaki Naik ni 'The Walking Quran' dan benar-benar berjuang kerana Islam, tentu dia akan membicarakan hukum 'menyonglap', 'menipu', 'corruption dari sudut pandangan Islam dan juga (Kristian, Buddha, Hindu, Judism,dll). Ini takda - dia senyap seribu bahasa pasl ni. Boleh pulak sibuk suruh PAS & UMNO bergabong!!!!!..........KIHKIHKIH
      Ini maknanya, dakwa dia memang 'Dakwah Cari Makan'.Topik dakwah berpilih-pilih.
      Dia menyeru orang Islam jangan menentang pemimpin.
      Adakah ini dalam ajaran SEMUA AGAMA - jangan menentabn gpemimpin walaupun dia BOBROK......?????

      Delete
    2. Sokong Dr Z.N. adakah menunjuk kn jalan dari kesesatan salah? Hingga nk haram kn Z.N. mendengar ceramah beliau membuat saya ingin lebih mendalami Al Quran, menjadi kn saya rasa bangga menjadi umat Islam, saya tidak rasa kerdil walaupun bertudung dan dapat menjawab bila kawan2 yg bukan Islam tanya, mengapa bertudung.
      Kebanyak kn kita merasa hebat penemuan scientist2 barat i.e big bang, cahaya bulan dan sebagai nya, tapi dlm Al Quran lebih 1400 tahun telah menerangkn kejadian tersebut. Pencerahan Dr Zaki Naik sngt memberi manfaat.

      Delete
  46. Membaca hujah2 di sini saya jadi sangsi dgn tindakan Sultan Terengganu terhadap MBnya.............kesian Razif......tak apa lah ALLAHUAKBAR.

    ReplyDelete
  47. Wahai Raja-Raja Melayu,tidak kah kamu semua perlu ambil berat atau ada rasa bertanggungjawab terhadap nama baik dan kedaulatan negara?Apa maknanya DAULAT TUANKU sekiranya negara hilang KEDAULATAN angkara aib yang dibawa oleh seorang Perdana Menteri yang pecah amanah?

    ReplyDelete
  48. Dengan menunjukkan kebatilan ugama yg ain drpd islam adakah kita menghina ugama itu....kita mesti berkata kpd org kafir bahawa ugama kamu salah...adakah kita menghinaa mereka?kita mesti berhujjah dengan baik kepada mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama macam kita memberitahu seorang isteri, suaminya curang.
      Adakah dia akan berterima kasih kepada anda....???
      Kemungkinan besar dia akan memandang anda sebagai'Busy body' yang suka jaga hal rumahtangga orang. Dia takkan berterima kasih kepada anda. Anda akan jadi seterunya sampai bila-bila. Begitu juga kalau ada orang beritahu anda, anak anda kurang ajar, pencuri dan suka bermaksiat. Adakah anda percaya dan terima, sebab di rumah mereka bersolat dan baik budi pekerti, pijak semut pun tak mati!

      Delete
    2. Bagaimana mana pula jika Allah berfirman di dalam Al-Quran melarang kita berpuak-puak dan bermazhab,adakah anda yang bermazhab Ahli Sunnah atau Syiah dapat menerimanya tanpa rasa hina?Cari sendiri ayat itu dan banyak lagi peringatan Allah kepada umat Isle dan manusia yang menyimpang daripadaNYA di dalam Al-Quran.

      Delete
    3. Ooi cik minah...dlm beragama kita kena busy body bukan dok simpan rahsia .. kalau laki hang buat mcm tu baru padan muka...sampai tua hang kena tipu

      Delete
  49. panglimo potaseh14 May 2016 at 19:41

    Ngatakan orang kapir yang ugama mereka salah dengan cara apa sekali pun .. sudah tentulah Si Kapir ni marah dan rasa terhina. Apa pula kita rasa bila Si Kapir pula kata yang ugama kita juga ada kelemahan.

    Kita mesti faham yang apa pun agama yang kita anut ia berasaskan kepada "faith" atau kepercayaan .. kepercayaan pada kebiasaan tidak memerlukan sokongan fakta. Bila sesuatu perkara itu tidak diampu dengan fakta, apatah lagi fakta yang berbentuk saintifik .. maka kepercayaan saja lah menjadi nadi keimanan. Jadi kita cubalah elakan mempersendekan kepercayaan orang lain.

    ReplyDelete
  50. orang utusan memang tak boleh pakai idealoginya..semua benda yg dipublishkan banyak tokok tambahnya.so tak payah nak gaduhlah pasal zakir naik ni.terang lagi bersuluh orang utusan the weakest of islam.

    ReplyDelete
  51. Musaif anak Utusan15 May 2016 at 14:31

    Inilah contoh orang Islam yang lemah dan menyebabkan Islam di pandang rendah kerana tidak menyedari kemelahan diri sendiri,tidak dapat memberikan jawapan yang logik dan menasabah maka menuduh orang lain lemah.Mudah kan. Semakinb banyak manusia Islam bgini semakin jatuh maruah Islam,menunjukan tak pelajar,fikiran pondok sempit,baca hanya bawah kangkang.

    ReplyDelete
  52. Perbetulkan 'islam' itu sendiri dahulu. Jangan nak menyibuk nak perbetulkan agama lain.
    Setakat pandangan mata saya ni islam dah tak tentu arahnya dan porak peranda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat pengetahuan hang,islam itu dah perfect dah..tak ada cacat cela utk dibetulkan...yg kena dibetulkan ialah manusia yg mengaku islam tapi kafir sebenarnya...orang sewel sebenarnya...mata hang yg sepatutnya dibetulkan dulu...lihat islam dengan mata hati bukan dengan mata sepet hang tu...yang x tentu arah dan porak peranda tu hang n kawan2 hang...ISLAM x ada cacat celanya

      Delete
    2. Buat pengetahuan hang,islam itu dah perfect dah..tak ada cacat cela utk dibetulkan...yg kena dibetulkan ialah manusia yg mengaku islam tapi kafir sebenarnya...orang sewel sebenarnya...mata hang yg sepatutnya dibetulkan dulu...lihat islam dengan mata hati bukan dengan mata sepet hang tu...yang x tentu arah dan porak peranda tu hang n kawan2 hang...ISLAM x ada cacat celanya

      Delete