Sunday, 15 May 2016

HANYA PAS YANG BOLEH MENANG DI PRK K KANGSAR DAN SG BESAR

PELUANG AKHIR NAJIB JADI PM SERIBU TAHUN LAGI

Komen:KEMUNGKIAN -KEMUNGKINAN:

1- Kemenangan BN di PRK K.Kangsar dan Sg Besar bergantung kepada sejauh mana Allahyarham dan Allahyarhamah  telah dapat memperbaiki kemenangan mereka yang marginal di kedua kawasan parlimen itu dan bukan kerana imej baik atau buruk Najib 

2- Jika Pas bertanding,Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir akan membantu kempen Pas sekalipun Pas  tidak disokong oleh Pakatan  Harapan.

3- PAS akan terpaksa menyerang BN termasuk pimpinan Najib jika bertanding dan akan mendekatkannya semula  kepada parti-parti pembangkang lain  untuk kerjasama dalam Pilihanraya Umum akan datang yang memadamkan harapan kerjasama PAS dan UMNO- ZAM 

HANYA PAS BOLEH MENANG:
Pakatan Harapan tidak seharusnya membuat keputusan diatas sentimen,dendam,prejudis dan keyakinan palsu untuk tidak memberi peluang kepada  hanya  Pas mencabar BN dalam Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Mereka mesti realistik untuk menerima hakikat bahawa  Pas telah lama mempunyai penyokong akar umbi di dua kawasan Parlimen itu berbanding dengan Parti Amanah Negara sebuah parti serpihan yang masih mencari sokongan dan tidak pasti sejauh mana sokongan rakyat kepadanya

Sekiranya berlaku pertandingan satu lawan satu lawan  satu antara Pas dengan BN maka besar kemungkinan Pas  akan menang berasaskan pada sentimen kemarahan  rakyat  kepada UMNO dan pimpinan UMNO sekarang.

Kemenangan Pas ini akan meningkatkan  moral rakyat  untuk meneruskan sokongan mereka kepada parti-parti pembangkang dalam pilihanraya UMUM akan datang.


Jika Pakatan Harapan diwakili oleh  Parti Amanah Negara bertanding maka akan terlihat tidak lebih dari percubaan AMANAH   untuk mengukur  kekuatannya dengan Pas tetapi jika kalah maka moralnya akan jatuh kepada taraf  yang paling rendah dan memberi kesan moral yang besar kepada Pakatan Harapan terutama PKR sendiri.

Kemenangan Pas di dua Plihanraya Kecil ini juga akan membuka jalan untuk pemulihan kerjasama  Pas dan Pakatan Harapan  walaupun Pas sekarang terlihat cuba berbaik dengan UMNO tetapi hakikat  yang tersembunyi ialah penyokong Pas diakar umbi tidak dapat menerima  Perdana Menteri Najib dan isterinya Rosmah.

Sekiranya BN menang di Kuala Kangsar dan Sungai Besar maka berarti Datuk Seri Najib akan berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri  seribu tahun lagi tetapi sekiranya kalah maka beliau tidak boleh tunggu walau sesaat sekalipun untuk terus berada dipuncak kuasa demi masa depan UMNO dan BN.

Bahawa Pilihanraya Kecil dua kawasan Parlimen berlaku kerana kemalangan korban helicopter disebalik  kejayaan besar Pilihanraya Negeri Sarawak adalah takdir Allah yang memberi peluang kepada rakyat untuk menyelamatkan negara. ini.

27 comments:

  1. Masalah PAS adalah Hadi Awang lebih mesra UMNO. Timbalannya Tuan Ibrahim lain pula. PAS dilihat tidak boleh dipercayai. Ini sebab Amanah tiada pilihan melainkan letak calon di kedua Prk itu. Pangkah PAS sama 2x5 je pangkah UMNO.
    PKR, Amanah, DAP kena pakat lawan UMNO -PAS. Rakyat yg paham isu 1mdb tahu pendirian PAS. Bisu seperti pemakan dedak

    ReplyDelete
  2. Undi pas mcm undi umno la...pas parti yg tak blh dpercayai..

    ReplyDelete
  3. Pengundi Cina tak akan undi PAS.

    ReplyDelete
  4. Nak tunggu Harun Jin tiup aiyak jampi di Sg besar dn kkangsar
    Kih kih

    ReplyDelete
  5. But can PAS garner votes from the non-Muslims? Quite impossible unless PAS gets the support of DAP and PKR. The Malay votes will be split between Umno and PAS if only these two were to contest. PAS will lose without the support from Chinese and Indian voters. Hadi is a spoiler here. He should work with PH for the sake of a two-party system in the country and the ousting of Najib as PM. No Malaysians, including those in Umno want Najib anymore to remain as PM. This is an obvious fact. Hope PAS and Hadi think deep before making any wild decision.

    ReplyDelete
  6. If winning and protest against Najib are to be factored then the best bet to contest the two seats would be PKR. I strongly suggest PKR contest both seats. Amanah is too young a party. PAS will not be able to make it without solid Chinese and Indian voters'support. PAS will not get DAP's backing. With PKR contesting both seats Pakatan Harapan will be in full force to defeat any Umno candidate, Furthermore PAS is PKR friendly. PKR on its part is with Amanah and DAP. Looks like Tun Mahathir wants to see BN candidates defeated in these two by-elections. He can now be the mediator to bring the opposition parties to unite for one common cause - to dent Najib's image as PM. Politics they say is the art of the possible.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wake up Pas! It has been said and done so many times again and again that you will never get Dap's backing comes what may.Jangan termakan umpan lagi Pas.It is pay back time now...United Malay Nationalist Organisation will be your true saviour! Let not history repeat itselves.

      Delete
    2. Get real 18.23. PAS is umno's saviour, not the other way round. To be more precise, PAS will be the saviour of everyone involved with derma 2.6b and 1mdb, if it chooses to do so.

      Delete
  7. Walaupun Hadi mesra Najib, belum tentu PAS nesra UMNO terapi apa situasi PAS dan UMNO sekalipun ia banyak bergantung kepada kewarasan Mat Sabu dan Lim Kit Siang.

    Azmin telah memainkan peranan yang sewajarnya untuk mengajak PAS kembali mesra Pakatan Harapan.

    Jika PAN dan DAP bersikap keras kepala dan Azizah terlebih lajak... ia merupakan sabotaj kepada matlamat Deklarasi Rakyat untuk memberi tekanan kepada Najib supaya berundur.

    Ramai yang sedang memerhati gelagat semua parti politik tentang sikap mereka di KK dan SB.

    Tersilap langkah, mereka sudah boleh bungkus sekarang dan petanda lingkup di PRU akan datang.

    ReplyDelete
  8. Salam TS Zam.
    Saya bersetuju benar perenggan terakhir tuh.

    ReplyDelete
  9. Jika kita mahu mengerti dan mengambil ikhtibar pasti kita menemui apa yang tersurat Dan tersirat.
    Kemenangan besar bn prun Sarawak ke 11 menunjukkan pengundi akan memberi kekalahan besar juga bn dalam pru 14. Kesepakatan Dan kebijaksanaan perlu untuk pemilihan calun. Kejujuran, keikhlasan Dan amanah adalah sikap yang perlu ada. Taat perintah Allah swt serta takut kemurkaanNya, menjadikan seseorang calun itu pilihan pengundi.
    PRK P.067 dan P.093 boleh diselesaikan dengan akal. Jika menggunakan lutut pasti berlaku tiga penjuru. Yang penting kebiwaan calun Dan strategi.
    Seeloknya anjurkan Tun Dr Mahathir bertanding bebas di Kuala Kangsar ataupun di sungai besar. Beliau boleh hilang deposit. Namun masa kempen adalah pentas terbaik untuk perjuangan DR dan SM.InsyaAllah Tun menang besar.

    ReplyDelete
  10. Tan Sri...nampaknya semua komen komen yang di siarkan semuanya jenis syok sendiri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau pergi la mykmu. Sini untuk orang yang mampu berfikir sahaja

      Delete
  11. I dont understand why would anyone still wanna vote for BN. Either the person is too stoopid, or has already wallopped too much of nasi kangkang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perhap it is the other way round...I dont understand why would anyone still wanna vote for Pakatan yang langsung tak ada harapan.After much of back stabbing among themselves and so much of hanky pangky going on repeatedly! Its either they are to stupid or realize or maybe sudah kena kangkang from.....!

      Delete
    2. Anon 21.30, wake up la woooiii...Pakatan people dont back stab, they front stab (just in case you dont read the real news, only utusan or tv3 news). All disagreements are in the open for the public to judge. Unlike umno which backstabbed mukhriz after winning kedah, muhydin who wanted the real answer. Anyway, enjoy your dedak, if you have received some, like rm500 br1m or rm100 upah pacak poster BN, while you leaders spent millions in vacation , perfume, handbags, etc.

      Delete
    3. Yang masih undi BN tu orang kampong tak faham pasal derma dan 1MDB. Dapat BRIM, happy sepanjang hayat. Kesian dia orang ni, dah abad ke 21, masih di takuk 60an.

      Delete
    4. PRU nanti, saya pon nak mintak dedak dari BN. Tak la nampak bodo sangat kan....kih kih

      Delete
    5. Dont wori 21.30, BN can win again, BN can get more derma next PRU, boleh tabur lagi, no problem. Ada banyak lagi dermawan arab yang boleh dirayu untuk bagi donation

      Delete
    6. Kalu diet Nasi kangkang lauk kangkung , bijak tahap 3.85, hodoh tahap teuku freddy krueger

      Delete
  12. Usuluddin Kepong16 May 2016 at 19:02

    Jika Pilihanraya Kecil kawasan Parlimen K.Kangsar dan juga Sg Besar diliat sebagai suatu peluang untuk meletakan Mat Sabu sebagai calun maka ini adalah suatu perkiraan yang menolak realiti bahawa Mat Sabah adalah samat tarafnya dengan Najib tidak lagi diterima oleh rakyat yang berakal.
    Sebut nama Mat Sabu pun dah tak laku di kalangan orang Melayu kecuali segelitir penyokong-penyokongnya yang berada dalam khayalan dalam pimpinan AMANAH yang menyangka mereka di terima oleh rakyat.

    ReplyDelete
  13. Perhetongan DAP bahawa Amanah sebagai serpihan Pas yang berpenbgaruh di kalangan oranbg Islam dan Melayu tidak boleh di pegang kerana parti ini tidak memahami perasaan penyokong Pad di akar umbi. Ia mengukur penerimaan ini dari kacamata orang bandar.
    Zahid Ibrahim poun tak faham. Dia tak nampak Pas cuba menyesuaikan diri dan tidak menekan hukum hudud macam dulu lagi.
    Hadi boleh berhenti dari megkafirkan UMNO maka takkan dia tidak boleh berhenti dengan langkah yang akan membunuh diri sendiri.

    ReplyDelete
  14. Peguam Zahid Ibrahim seharusnya keluar dari kepumpong persepsinya Pas tidak boleh berubah dalam dasarnya maka itu tidak seharusnya disokong untuk hanya Pas bertanding satu lawan satu dengan BN di dua pilihanraya kecil K. Kangsar dan Sg Besar
    Jika dilihat kembali sejarahnya Pas telah banyak berubah menunjukkan sikap pragmatik dan realistik untuk masa depannya dan juga dalam kerjasama dengan Pakatan Rakyat walaupun diketuai oleh seorang Homosexual yang berselindong di balik agama dan juga DAP pimpinan Kafir.
    Zahid harus beruoaya untuk keluar dari kotak prejudisnya dan menerim hakikat pandangan practical Tun Mahathir untuk memberi peluang hanya kepada Pas bertanding demi untuk mengalahkan BN.Beliau harus melihat bigger picture dan tidak terus dengan sikap prejudis anti sesuatu yang bersifat keugamaan.
    Beliau tentunya nampak bahawa tidak mungkin Pas melaksanakan Hudud tetapi ia perlu bersuara untuk menyelamatkan maruahnya.

    ReplyDelete
  15. Kita ada 2 minggu lagi sebelum penamaan calon.

    Diharap Tun Dr Mahathir dapat meyakinkan PAKATAN HARAPAN agar jangan bertanding. Biarkan PAS bertanding. Semuga Mat Sabu dan the geng akan berfikiran jauh dan hilangkan ego kerana kecewa dan dendam.

    Tun, mulakan gerak untuk memujuk dan merasionaljan mereka2 ysng terlibat.

    Sekian

    ReplyDelete
  16. Apabila tarikh penamaan calon semakin hampir dan jika didapati pertandingan akan melibatkan lebih 3-penjuru, saya rasa elok saja Dr.M sendiri menjadi calon BEBAS di Sg.Besar, sebagai pilihan pertama. Jika Dr.M keberatan menjadi calon, lantik saja sesiapa sebagai 'proxy'. Dr.M sudah tentu boleh menjadi penyokong pada hari penamaan calon.

    Sudah tentu Rakyat yang tak suka Najib dan masyarakat Cina yang tak suka PAS akan menyokong calon UMNO.

    Jika SPR seolah-olah mahu merahsiakan 'Peratusan Keluar Pengundi' BN menang PRN Sarawak, saya pasti di 2-PRK ini nanti, SPR akan lebih malu untuk menghebahkannya kerana jumlah mereka yang keluar mengundi jauh lebih tinggi bila BN/UMNO-Najib kalah.

    Baru Najib 'terbeliak biji-mata' dan terus lari meninggalkan Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, tersilap.

      "Sudah tentu Rakyat yang tak suka Najib dan masyarakat Cina yang tak suka PAS akan menyokong calon UMNO."

      Sepatutnya; "......akan menyokong calon BEBAS".

      Delete
  17. panglimo potaseh17 May 2016 at 16:02

    Seingat saya, Najib ada mengupah juruperunding Yahudi bagi persediaannya merancang pentadbiran dan pembangunan negara .. disamping perkara yang paling penting baginya, iaitu mendepani seteru politiknya.

    Khabarnya upah untuk khidmat juruperunding ini memakan berjuta juga. Dengan keadaan sosio-ekonomi kita yg berterusan tunggang terbalik, kita pernah bertanya juga, apa yang dibuat oleh juruperunding ini. Seperti biasa Najib diam je.

    Pada saya hasil khidmat juruperunding ini, dah nampak buahnya. Sememangnya kaum Yahudi terkenal dengan kuat bekerja .. bekerja dengan otak pulak tu. Tu sebab ada cerita tentang betapa diakhirat nanti, otak kaum Yahudi adalah otak yang paling lohe (lunyai) dan tak beharga sebab isinya dah habis diguna semasa didunia. Tengoklah apa jadi didunia Arab, kita nampak sendiri .. dan itu jugalah yang akan berlaku disini.

    Najib dah mula tersenyum walaupun belum tergelak lagi. Percaturannya untuk mendapatkan bantuan daripada juruperunding Yahudi dah nampak hadilnya.

    Pakatan bagai wayar berselirat. Ikatannya dah terlerai tapi wayar belum terputus lagi. Pakatan masih punya masa untuk mengsematkan wayar itu .. mengikat balik wayar tersebut supaya teguh dan tak terputus. Nanti bila wayar dah terputus maka ramai lah dikalangan anggota Pakatan akan jadi gila .. gila isin .. gila tak dapat turunkan Najib dan Rosmah .. gila tak menang PRU14. Dah diberikan otak tu gunakanlah, tak perlulah disimpan untuk kegunaan diakhirat nanti.

    ReplyDelete