Wednesday, 6 April 2016

WANG BUKAN LAGI RAJA BILA "RAJA" UMNO JUMPA HADI

Apakah yang dibincangkan oleh Datuk Raja dan Datuk Seri Haji Hadi ?
Pertemuan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail dengan Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang di Kampung Rusila, Kuala Terengganu baru-baru ini dan keputusan syarikat penerbitannya BYG Publisher menerbitkan buku Haji Hadi "Prinsip Haji Hadi" menimbulkan banyak persoalan. 

Raja Niza sendiri adalah seorang novelis dan penulis politik yang terkenal.

Khabar mengenai pertemuan ini yang tersebar di kalangan UMNO Selangor telah menimbulkan kembali cerita sumbangan Raja Ahmad Niza kepada UMNO lebih 40 tahun yang tidak dihargai.

Pucuk pimpinan UMNO memilih orang lain bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kuang pada Pilihan Raya Umum 2004 sedangkan beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang dan menetap di DUN berkenaan.

Menurut rakan-rakannya di Kuang, walaupun beliau tidak dipilih untuk bertanding tetapi beliau tetap turut berkempen memastikan calon yang bertanding memperolehi kemenangan dan beliau sedikitpun tidak melahirkan perasaan kecewa kerana tidak dipilih.

Selepas calon berkenaan mencapai kemenangan, beliau telah menulis surat kepada Perdana Menteri bertanyakan bagaimana kedudukannya dan peranannya selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang apabila tidak dipilih untuk bertanding. Tetapi malangnya suratnya langsung tidak dijawab.

Difahamkan Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO telah memainkan peranan penting dalam mengenepikan Raja Niza yang tidak hanya merupakan orang politik tetapi juga bekas wartawan Utusan Melayu yang terkenal.

Antara jawatan-jawatan yang dipegang sepanjang 40 tahun beliau bergiat aktif di kawasan Kuang ialah Ketua Cawangan UMNO Kuang Selatan, Kuang Timur, AJK Pemuda Bahagian Selayang, AJK Bahagian Selayang dan meningkat kepada Ketua Penerangan Bahagian, Setiausaha Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan Pengarang UMNO Selangor (NADA).

Beliau masih setia  kepada UMNO hingga ke hari ini tetapi pertemuannya dengan Haji Hadi menimbulkan banyak persoalan.

Ramaikah lagi Ketua-Ketua UMNO Bahagian atau bekas-bekas  Ketua UMNO Bahagian yang akan menemui Haji Hadi. Mungkin semakin hampir Pilihan Raya Umum semakin ramai dan ketika itu Presiden UMNO Datuk Seri Najib akan tersandar pada kenyataan bahawa Money Is Not The King but the Power Is The King. Najib mungkin boleh memberikan wang kepada semua tetapi tidak boleh memberikan kuasa kepada semua.

23 comments:

  1. YBhg Tan Sri,

    Ada jawatan dalam parti, bukan bermakna patut diletak sebagai calon. Jangan berkecil hati. Rezeki Allah yang beri, bukan bos yang beri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi pun Raja Ahmad Niza
      bukan anak jati Selangor.
      Dia orang jati Perak.
      Kalau dia nak bertanding pergilah
      ke kampung asal, Kuala Dipang.

      Delete
    2. dulu rafidah ajis bertanfing kat selayang boleh pulak ye....

      Delete
    3. Banyak wakil rakyat di selangor bukan anak selangor jadi apa masalahnya. Datuk saidin thamby, org perak, zain org prrak, md dros org melaka, rafidah aziz org perak dan banyak lagi

      Delete
  2. Tapi itulah kepercayaan pemimpin -pemimpin bahagian UMNO yang akan menyebabkan berlaku kekacauan dalam parti apabila keputusan pencalunan dibuat oleh parti.Masa itu duit Najib dan Rosman tidak berguna lagi.

    Masa itu Najib tidak boleh lagi mengawal kerana yang penting bagi mereka ialah hendak jadi yang berhormat dan boleh buat wang lebih besar lagi.

    ReplyDelete
  3. Sbgai manusia biasa tentu Raja Ahmad Niza merasa kecewa tapi syabas krn beliau terus gigih membantu parti.... Malangnya pihak atasan seolah2 membutakan mata & hampir tidak acknowledge langsung sumbangan beliau yg telah lama menabur bakti. Sikap tidak gentleman dgn tidak berjumpa@melayan surat beliau ini adalah sikap yg amat Xbertanggungjwb... krn waima jika menimpa sesiapapun sudah tentu berasa sgt marah@berkecil hati. Ternyata Raja Ahmad Niza seorang yg berjiwa besar dgn menolak kepentingan peribadi.... di mana sehingga kini beliau masih setia bersama parti. Sikap beliau memang patut dipuji. Pertemuan beliau dgn Haji Hadi saya Xdpt nak komen..... krn itu adalah hak beliau utk bebas bertemu dgn sesiapa saja....

    ReplyDelete
  4. Kadangkala saya rasa hairan adakah dunia di tadbir oleh sang cerdik yang suka mengejekan kita, ataupun dunia kita di uruskan oleh pak bangang yang bersungguh sungguh.

    ReplyDelete
  5. TS Zam,
    Menerbitkan buku "Prinsip Hj Hadi",apa ini,yang AMANAT Hj Hadi tahun 1984 itu pun masih tak selesai dan menyebabkan umat islam melayu berpecah dengan sembahyang 2 imam ,kenduri asing asing ,mayat kebumi asing asing , kafir umno sana sini tak akan lupa kut ,macam mana pun nak baik balik Hj Hadi kena la taubat kerana AMANAT itu ramai orang melayu islam yang tersesat dengan kaedah kafir mengkafir.Ini yang payah jenis politik jual agama ,saya rasa tak yah la jumpa Hj Hadi ini lagi sekali Pilihan agung Pas 2017 dia pun akan tertendang keluar,politik ini macam macam apda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen yang bernas.

      Delete
    2. TS Zam, xkan nak buat buku Prinsip Hj Hadi . Rasanya buat buku 50 dalil lagi baek...

      Delete
  6. Jawapan lebih tepat apabila siapa yang menganjur dan merasmikan buku itu apabila siap. Strategiknya sebelum pru.

    Perlu ada pendedahan dan penjelasan tentang pengkafiran orang UMNO dalam amanat Hadi, pelopor sembahyang dua imam, pulau majlis UMNO, cerai berai bila suami isteri bukan dari PAS..

    Kena tahu juga dasar dan politik dari Negara Islam ke Negara Kebajikan lepas tu sekarang, cukup kalau jadi Penasihat. Bukan nak kuasa Putrajaya tapi kalau ada jawatan kosong apa salahnya.

    Macam-macam TURN sudah dibuat, kemudian tiba-tiba tak benci orang UMNO tapi benci UMNO. Pening lalat dibuatnya apabila Hadi tukar serban putih kepada hijau.

    PAS makin pelik dan terpinggir dari arus perdana sedangkan inilah masa terbaik pengganti UMNO.

    ReplyDelete
  7. Aku nampak sangat politik tak matang yg di bawah orang tentu dimalaysia.
    Anwar Dan tun m malah bini boleh pakai mewah
    Najib Dan rosmah tak boleh pakai mewah disuruh kain jekel ITU di tuduh rasuah selapas dia derma kain jenama bumiputera ITU badan2 kebajikan
    Tun m Dan anwar boleh Naik kereta mewah luar negara posche Dan kereta Mercedes
    Najib di suruh tun m Naik proton

    Kalau politik cara 80an masih dibawa macam mana demokasi matang di Malaysia ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada derma minyak wangi kat badan kebajikan?

      Delete
    2. Bro,
      U nak kata apa saja dekat Tun M dan Anuar tu lu punya suka la,tapi apa kejadahnya beli kain sampai RM 55juta di jekel ini mana mai duit tu,lepas tu berita ini di laporkan hampir di 54surat khabar negara negara berlainan seluruh dunia,tak malu ka.kemudian sampai hari ini pun Najib tak saman saman berita yg keluar diam je apa takut ka,
      Yang pasai Tun M naik Porsche tu biak kat dia la bukan dia punya memang RPK buat cerita macam macam pasai Tun M tapi tak pernah pun SPRM dan Tun M sah duit billion billion masuk akaun dia,RPK siapa Tak kenal bahalol saja boleh jilat cakap dia.

      Delete
    3. 2011 sampai 2015 Tolong usahawan bumiputera dengan beli kain dekat jekel pun salah , tun tolong kroni apek rompak Wang petronas tak salah he.he.he padanlah dasar 30% ekuiti bumiputera gagal di sebab ITU tun m sendiri. Minyak minyak wangi berapa sen sangat he.he.he.. Lupa ia tun m penah masuk duit sokong pada akaun dia tak salah pun sebab ia ADA dalam pelembagaan umno malah Ros cop sah akan undang2 umno itu, lupa nama lama sprm ialah bpr 'bpr dulu bawah jabatan pedana menteri dulu boleh tun m menipu Rakyat jika kroni ditanggkap bpr ITU tun m akan arahkan bpr supaya lepaskan orang ITU sekarang najib nak buat macam tak boleh sebab sprm bukan lagi dibawah jabatan pedanan menteri ADA faham.

      Delete

    4. Anon 20.16

      Kalau setakat nak putar belit dan spin macam ini, baik tak payah la. Simpang sikit kebodohan itu, boleh agih-agihkan sama rata dengan ahli keluarga. Jangan makan/minum benda yang haram atau dari sumber yang haram, baru hati tu boleh bersih.

      Delete
    5. 20.16, Berapa sen minyak wangi tu?

      Delete
    6. wah...tun ada buat salah rupanya..apa lagi..jangan tangguh...lapor polis...cepat2...apa halnya tun nak pakai porshe ke apa dengan najib juta2...

      dalam akaun tun ada berbilion macam najib pernah ada tak...ada ke tidak...

      katakanlah tun pun ada berbilion n buat salh zaman dia adakah ini menghalalkan najib pun terima 2.6 bilion...kalau itu apa salahnya kalau najib pun meliwat juga macam nuar meliwat sbb nuar pun meliwat...adoi..yang salah tetap salah..

      tak kira siapa dia hatta tun m...tun m dah cakap kalau ada salah lapor polis n dakwa dia..dulu ada orang tuduh dia ada akaun bank israel kat singapore..tun siap mitak no akaun bank tu lagi nak abik duit dalam tu...

      salah tetap salah..

      gie7

      Delete
    7. Buat laporkan tak guna ' terisa kok, anwar Dan semasa tun m president masuk Wang dalam akaun pribadi tak salah mungkin ia juga dibenarkan parti masing2 dan ITU he.he.he malah aku heren kenapa veteran macam mahyuddin tak tahu perkara ini ADA pelembagan umno ADA menbenarkan Wang derma di masukan dalam akaun pribadi he.he.he tak pelik ke? Nampak mahyuddin di desak oleh fanatik nya dia agong2 kan itu tun m untuk jatuhkan najib ITU he.he.he

      Delete
  8. RPK adalah bekas pesakit mental di UK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi adalah bekas pesakit mental di Marang. Dia sekarang dibenci ramai rakyat Malaysia. Tulislah 1,000 buku mengenainya pun tidak ramai yang akan baca. Hadi tidak ada prinsip kini nak terbitkan pula buku "Prinsip Haji Hadi" lagilah orang menyampah. Lebih baik Raja Ahmad Niza tulis buku "Prinsip Mat Sabu". Lagi cun melecun. Dia ramai orang suka pasti laku. Kalau Mat Sabu boleh punggut RM200 ribu dengan sekelip mata untuk bayar saman pasti bukunya boleh punggut RM500 ribu sekelip mata juga. Apa macam Raja Ahmad Niza? Tinggalkan si Hadi tu.

      Delete
  9. Zam tak pecaya apa saya cakap ini, tun m sekarang dah masuk dalam perangakap mainan Soros media antarabangsa dah beli iCIJ Ogasasi media American itu dengan duit Soros itu, mungkin saya mentah dalam permain media tempatan dan antarabangsa tapi kami tak buta.
    Selaku wartawan veteran tentu perkara ini.

    Dari dulu cakap Media main proksi bagi pihak berkepentingan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak patut jadi calon Umno untuk kerusi parlimen Kota belud atau Baling. Layak sangat.

      Delete