Friday, 1 April 2016

UTUSAN TIDAK ZALIM TETAPI DI ZALIMI.

Saya tidak pernah anggap diri saya sebagai ketua walaupun ketika menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu.(1983-1992).

Perasaan ini juga tidak ada pada saya ketika menjadi ketua pemberita, pengarang berita, pengarang dan lain-lain jawatan ketua yang pernah saya pegang dalam memanjat  tangga di Utusan Melayu sejak tahun 1960.

Saya menilai  setiap pekerja Utusan Melayu sebagai rakan sekerja tetapi rupa-rupanya cara dan sikap  saya bekerja, saya menjadi  ketua yang ditakuti dan digeruni.

Ini hanya saya ketahui daripada bekas wartawan-wartawan dan pekerja-pekerja kilang yang pernah berkhidmat di bawah saya  setelah saya bersara. Terakhir adalah dari tulisan Ku Seman Ku Hussain Pengarang Mingguan Malaysia sebagai ucapan selamat tinggalnya kepada Utusan Melayu yang dicintai, yang menyebutkan tentang saya dan lain-lain ketua.

Tulisan ini memberi kesan mendalam memilukan  jiwa saya.

Ceritanya tinggalkan kampung halaman untuk bekerja dengan Utusan Melayu hampir sama dengan laluan saya tetapi ibu bapa saya tidak mampu untuk memberikan wang sesen pun sebaliknya saya hanya mempunyai wang poket $25 baki simpanan saya bekerja sebagai wartawan sambilan di akhir tahun 50an ketika mahu meninggalkan Alor Setar.

Saya tidak sangka dari seorang stringer di Alor Setar saya akan meningkat naik menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan seperti juga Ku Seman tidak pernah memikirkan untuk jadi Pengarang Mingguan Malaysia.Akhirnya dia juga menjadi korban kebinatangan  politik.

Suatu cerita lucu yang saya baru dengar tentang ketegasan saya ialah bila saya menegur  seorang pemberita  datang ke pejabat tanpa berpakaian sempurna. Saya tidak tahu dia berada di pejabat pada hari rehatnya untuk menulis rencana. Dia pulang segera  dan datang semula dengan memakai pakaian yang lebih kemas, berbaju kemeja  tangan panjang ke dalam seluar malah memakai cuffling.

Rozaid Abdul Rahman (Sekarang Eksekutif Editor Star online) pulang dari suatu tugas semasa di Utusan dan memberitahu saya  dia mendapat berita eksklusif yang akan ditulisnya esok tetapi saya bertanya" kenapa mesti tunggu esok, jika awak mati malam ni  bagaimana?". Dia menyiapkan beritanya pada malam itu juga.

Teguran saya ini tanpa  perasaan marah atau benci  tetapi hanya mahu membentuk sikap bekerja kewartawanan supaya menepati masa, tidak bertangguh, pantas, cekap, cemburu dengan  masa dan berdisiplin.

Tulisan Ku Seman menyedarkan saya jika saya berperasaan sebagai ketua besar Utusan Melayu, maka saya tidak akan terus memanggil Ku Seman masuk ke bilik saya pada hari  dia  melangkah kaki kali pertama ke Utusan Melayu untuk melaporkan diri.

Apakah semua orang menyertai sesuatu syarikat terus menemui boss no satu?
Saya melakukan ini tanpa sedar kerana saya rasa  sama  sahaja dengan sesiapa pun dan bangga dengan orang berkualiti  yang mahu bekerja dengan Utusan.

Saya tidak pernah menengking sesiapapun di bawah saya tetapi wajah saya bengis (menurut Ku Seman), sikap saya tidak membiarkan setiap kesilapan berlalu begitu sahaja sekalipun kecil, penekanan kepada penulisan  berita dengan intro yang terbaik  dan  menarik dan mempastikan wartawan senantiasa  terkini dengan pembacaan dan maklumat serta mengetahui apa yang tersiar di akhbar lain menyebabkan diri saya dianggap sebagai seorang yang serius, sentiasa mencari kesalahan, ditakuti dan digeruni.

Sebab utama saya ialah mahu Utusan jadi akhbar yang  lain dari yang lain yang sentiasa sempurna, terkini dengan berita dari lain-lain akhbar. Bagaimana Utusan  akan terkini jika wartawannya tidak tahu apa yang telah tersiar di akhbar saingan atau menyiarkan berita yang telah tersiar di akhbar lain.

Saya belajar kewartawanan akhbar  memerlukan teguran atas kesilapan atau ketinggalan  pada setiap hari untuk menerbitkan akhbar yang lebih baik pada esoknya. Saya mahu menyedarkan wartawan-wartawan terhadap keperluan menjadikan diri mereka  sentiasa menciumi kesilapan dan  bertanggungjawab  memberikan maklumat yang betul, terdahulu  dan mengenali antara yang baru dan yang sudah lapuk.

Lebih dari itu  sikap saya yang  keras, tegas dan tidak bertolak ansur adalah untuk membentuk pasukan wartawan Utusan yang mencintai kewartawanan dan dedikasi kepada Utusan Melayu seperti generasi wartawan Utusan terdahulu yang menjadikan Utusan sebagai akhbar perjuangan bagi kepentingan bangsa dan agama.

Setelah saya bersara dan menemui semula  bekas rakan-rakan di Utusan maka barulah saya sedar bahawa saya rupa - rupanya telah meninggalkan kesan yang mendalam di kalangan bekas wartawan-wartawan saya dan juga yang masih bekerja dan berjaya dalam kehidupan mereka samaada sebagai wartawan atau lain -lain profesion.

Mereka menceritakan kembali setiap sikap dan perwatakan dan cara saya bekerja yang menyebabkan saya ketawa.

Saya tidak pernah menyesali dengan sikap saya ini dan  tidak  menyimpan perasaan dendam pada semua yang terdidik menerusi kekerasan dan kebengisan sikap saya termasuk seorang yang  cuba membawa saya ke mahkamah.

Cuma ada  seorang manusia yang tidak dapat saya lupakan kerana ketika menjadi orang kuat Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NJU)  telah menghasut para wartawan Utusan  memakai lencana "Utusan Zalim"  dibaju mereka atas alasan menuntut gaji dan syarat-syarat kerja yang lebih baik.

Sebenarnya dia  telah dipergunakan oleh orang-orang politik dari dalam UMNO sendiri yang  tidak senang dengan sikap Utusan yang tidak membantu mereka untuk naik ke pucuk pimpinan tetapi anggota NUJ tidak menyedari permainan politik ini.

Dalam suatu sidang akhbar Perdana Menteri Dr.Mahathir telah bertanya kepada wartawan Utusan yang memakai lencana Utusan Zalim "Zalim apa ni?" . Mahathir pernah menuduh  Pegawai NUJ ini pembohong dan berita mengenainya disiarkan di muka depan The Star.

Sebagai Suara Keramat, Utusan tidak pernah zalim  kepada sesiapa pun tetapi sebagai akhbar perjuangan ia akan terus dipergunakan, dizalami oleh orang-orang politik  yang rakus dari masa ke semasa yang mahu menumpang kekuatan imejnya yang dibina  oleh penaja-penaja dan pengarang-pengarang awalnya.

William R.Roff penulis buku sejarah  Nasionalisme Melayu (terjemahan Ahmad Boestaman)  mensifatkan Utusan sebagai  akhbar perjuangan. Kerana imej besar dan pengaruhnya yang kuat, semua pihak mahu menjadikannya sebagai medan perjuangan mereka dari masa ke semasa. Utusan adalah contoh terbaik bagi kewartawanan politik.

Utusan dizalimi mereka yang datang semata-mata untuk menungganginya  bagi kepentingan politik dan diri sendiri termasuk untuk membina kekayaan diri dengan kepura-puraan sikap  kecintaan kepada  Utusan Melayu  tanpa menjiwai darah daging perjuangan Utusan.

Jiwanya yang sebenar  digambarkan oleh Sasterawan Negara Usman Awang dalam sajaknya Utusan Melayu yang dicipta sempena 50 tahun Utusan.

Utusan Melayu
Wajah dan lenggangmu boleh berubah
suara dan nadamu terkocak gundah
namun jiwamu tetap tidak mungkir
untuk bangsa agama dan tanah air.

Dan apabila saya tersingkir dari jawatan Ketua Pengarang Kumpulan  Utusan pada 1992, saya tinggalkan pesanan ini:

Kawan-kawan
dari 1939 sampai kini
api ini tidak pernah mati
dimarakkan ganti berganti
dalam cahayanya anak-anak berlari
satu tangan terbakar
sejuta tanggan mengengamnya lebih erat lagi
maka keramatlah sebuah institusi
yang memahkotakan rakyat dari generasi  ke generasi.

40 tahun lebih saya di Utusan Melayu saya melihat berbagai manusia datang dan pergi, keluar dan masuk tetapi Utusan tetap dengan segala masalahnya  sendiri terutama dari segi kewangan mewarisi kepincangan dan  kemiskinan kerana yang lebih penting bagi mereka yang datang dengan kuasa ialah  untuk  menggunakannya sebagai medan perjuangan tanpa menghayati roh asalnya.

Untuk mengenali Utusan yang sebenarnya  bacalah Sejarah Utusan Melayu   Didepan Api Di Belakang Duri yang saya tulis tanpa menyembunyikan fakta yang sebenar.

Jika anda gagal mendapatnya di kedai-kedai buku datanglah ke Zam Newsroom Cafe di Ayer@8 No D-G-3 A ,Jalan PG8 Putraya Presint 8. Anda juga boleh mendapat lain-lain buku tulisan Zam di Cafe ini.

25 comments:

  1. Media WSJ pun mampu gunakan presiden bush untuk proksi mereka .media amerika pun Ada proksi mereka sendiri, parti demokatik pun Ada proksi media mereka sendiri, parti republik Ada proksi media mereka sendiri.

    Sebab itu kroni penting dalam system demokasi Dan pelobi penting juga dalam system demokasi

    Sebab ITU berulang Kali nasihatkan tak ada kebebasan bersuara untuk media antarabangsa Dan tempatan mereka bercakap hanya untuk proksi mereka, siapa paling banyak sumbang duit dia akan dapat liputan. Kebebasan bersuara hanya mimpi di siang hari

    Dulu utusan berjuang kemerdekaan, sekarang utusan berjuang supaya jangan tutup, berjuang supaya syarikat dapat hidup Dan sumbar kowang mencukup mereka hidup

    Media Sekarang mereka terpaksa bergantung pada proksi untuk teruskan hidup. Tak Kira tempatan ke, antarabangsa ke? Siapa dapat bagi Wang dapatlah mereka dapat hidup. Cabaran sekarang media baru dalam dunia cyber

    ReplyDelete
  2. Asmlkm sdra Zam. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tikam Batu, Kedah dari 1959 hingga 1964.

    Akhbar Utusan Melayu (Jawi) ,saya baca sejak tahun 1965,ketika usia saya 13 tahun. Ia sesungguhnya menajamkan minda saya diusia itu serta melatih saya dalam Bahasa Melayu yang amat membanggakan kesannya sehingga sekarang (Kini saya berusia 64 tahun).

    Saya lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (calun persendirian) pada tahun 1974 . Sebahagian besar ilmu itu (Bahasa Melayu dan Sejarah) adalah hasil bacaan saya dalam akhbar tersebut khasnya siri panduan peperiksaan STP . Saya amat berbangga kerana akhbar inilah yang membantu anak miskin seperti saya mengenal dunia luas dan meningkatkan darjat saya.

    Namun apabila akhbar ini menjadi begitu bias@berat sebelah dalam melaporkan berita khasnya sebagai Lidah UMNO, serta sikap perkauman yang melampau, maka rasa terima kasih itu tiada lagi walaupun ia tetap dikenang selagi hayat dikandung badan.

    Ketika era Reformasi, akhbar ini betul betul menjadi pencacai Mahathir dan membusukan Anwar secara melampau. Saya percaya sebahagian berita adalah bohong, ketika itu!

    Saya lulusan Kewartawanan dari USM 1979.Pernah bekerja dengan RTM , walaupn akhirnya menjadi usahawan yang gagal.

    Mengapa akhbar ini menyiarkan hal hal perkauman yang melampau, terlalu perkauman ( Melayu ) tanpa menjaga perpaduan kaum di negara ini? Ia sering kelihatan prejudis terhadap kaum lain.

    Mengapa ku Seman berhenti?Mesti kerana akhbar ini semberono menyokong pemimpin UMNO!

    Utusan seharusnya menjadi "penyambung lidah Melayu" bukan penyambung nyawa pemimpin UMNO yang kini kelihatan menindas bangsa Melayu, yg menjual negara kepada orang asing dan yang terang terang rasuah dan memperlekeh minda orang Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga kenalan dari kalangan usahawan yang berjaya...usahawan "projek" khusus nya!!! Dimana saja ada pemimpin politik di situ lah mereka menempek...mengharapkan projek!Namun apabila dasar atau tampok politik berubah pegangan politik mereka pun berubah dan bila yang di hajati tak dapat atau yang di usahakan gagal...dari penyokong menjadi pembangkang tegar pula.Seolah olah pertolongan serta bantuan yang di beri sebelum ini di perolihi entah dari mana.

      Delete
  3. Sudahlah Zam@Mamak.
    Semasa jadi Menteri Penerangan dulu.
    Bukanlah main ego dan sombong.
    Sampaikan Rosnani dan Mustapha Maarof
    menyampah dengan you.
    Dah tak ada taring barulah terhegeh-hegeh.
    Kalau you ada teloq siarkan komen ini.
    Ada berani?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang tahu saya adalah rakan rapat Mustapha Maarof hingga ke akhir hayatnya malah di saat akhirnya di Hospital Tentera di Wangsa Maju saya telah ziarahinya. Saya akui saya tidak rapat dengan Rosnani sebaliknya dengan Mustapha sejak dia bertugas di Studio Merdeka dekat dengan Zoo Negara saya telah berkawan dengannya. Tiada ada suatu pun majlisnya yang saya tidak dijemput.

      Delete
    2. Zam buat apalah you layan dan siarkan tulisan anak haram jadah macam ini.buat menajiskan blog ini sahaja

      Delete
    3. Anon 11:50.
      Yang kena bedal Zam.
      Yang you menyebuk apa pasal.
      Apa? You dapat dedak Zam ke?
      I salute Zam kerana berani
      menyiarkan komen tu.
      Ini baru dikatakan anak jantan.

      Delete
    4. Melayu tak habis-habis kutuk mamak.Bila kantoi tak terjawab hujah panggil orang mamak la, kutty la.Sekarang mamak sudah siar komen kau.Jadi kau yang banyak telor jangan pergi ke kedai mamak,...baru lah konsisten.Siapa kah raja Melayu pertama dan apakah namanya?Sila jawab wahai melayu yang ada teloq.

      Delete
    5. Aku tak pernah makan dikedai mamak, pengotor.
      Ya aku tau siapa Raja Melaka pertama, mamak.
      Siapa fitnah Hang Tuah hingga dihukum bunuh, mamak.
      Angkara siapa Melaka terlepas pada Portugis, mamak.
      Cukup sampai disini saja, sebenarnya banyak lagi.

      Delete
    6. Adakah seluruh keluarga kau tak pernah makan di kedai mamak?Kalau ada,...lebih baik kau nasihatkan mereka jangan lagi pergi ke kedai mamak.Juga,jangan pijak kaki ke KLCC,kerana itu idea mamak.Sekiranya ada saudara mara kau yang suka ke litar Sepang tengok motor racing,...kau patut tegah kerana melayu banyak teloq tak akan pergi tengok kerana itu juga idea mamak.Mamak juga siapkan lebuhraya Utara Selatan,jadi kau kena ikut jalan melayu yang ada teloq,...iaitu jalan lama.Kedai melayu semua bersih kah?Cukup sampai di sini saja,sebenarnya banyak lagi.

      Delete
    7. Anon 11:01
      Kesimpulannya anda sudah melalut.
      Sudah melencung dari topik.

      Delete
    8. Bukankah topiknya, semua kesalahan puncanya adalah mamak?

      Delete
    9. Zam realitinya Mamak. Zam tak boleh nafikan.
      Apakah hina diahirkan sebagai Mamak?
      Peringkat awal saya memperkatakan sikap Zam.
      Bukannya menghina keturunan Mamak.
      Lebih jelas ramai kawan saya adalah Mamak.
      Malah anak saya pun berkahwin dengan anak Mamak.
      Sepatutnya debat antara Zam dengan saya saja.
      Zam pun dah beri jawapan dengan merendah diri.
      Cukuplah tu tak payahlah dipanjang-panjangkan.
      Yang orang luar masuk campur apa pasal?

      Delete
    10. Dah insaf?Lain kali berhujah secara bijaksana,..elakkan bersifat mengejek,...nanti seribu kali lagi orang boleh balas.Tengok balik cara kau panggil orang,cabar orang,mempertikai sikap orang,...seolah-olah kau sempurna."Yang orang luar masuk campur apa pasal?"Nak berdebat dengan Zam sila ke kafe dia,....kalau ada orang lain masuk campur boleh lah kau sound.Kau masuk blog dia dan warning orang lain.Bukankah mamak itu asalnya orang luar?Mana pergi Melayu ketika mamak melepaskan Melaka ke tangan Portugis?

      Delete
  4. Hanya kerana manusia bernama najib habis semua warisan bangsa digadaikan....najib PENGKHIANAT BANGSA!!!

    ReplyDelete
  5. As salam Tan Sri,

    Looking back at the quality of grammar, message and overall writings of yesyeryear publications such as Dewan Masyarakat, Mestika, Utusan Melayu and Utusan Jawi (all pre-1980s during their heydays), i cannot help but wonder whether the Utusan Group will once again achieve its glorious days as a publication group par excellence.

    The writers then considered monetary rewards secondary. The main purpose was to inform, educate and excite the mind.

    Whither all these? Maybe we can help rebuild something from the ashes.

    OAB
    Budak Kampung


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wonder no more, Utusan will never bounce back. Its readership has dwindled. Only kota belud and padang rengas type of people read the paper. Its contents are so umno centric, to the point that even umno members do not read it anymore. How ironic? On the other hand, Cameron Highlands farmers should like the paper, its size format is suitable to bungkus kangkung, bayam, kacang panjang, etc. If the daily readership numbers cant even fill up half the seats of National Stadium, then its status should be junked to that of mozzie paper.

      Delete
    2. Wonder why worried so much of utusan than? Sindrom takut dgn bayang bayang sendiri! How ironic? By the way itu cameron highland towkey semua kaki perasuah and kaki penipu.

      Delete
    3. Towkay cameron highlands kaki perasuah? Habis sapa terima rasuah? Kerajaan pahang tu DAP ka? And who is worried about utusan?

      Delete
    4. Orang yang terima rasuah tu dah pun kena tendang dari BN...btw tq for admitting that those towkay are the real culprit!!! And whoever go againts them... he will put his life or even his family life at risk.

      Delete
  6. zainuddin,awk msuk bakul agkt sendiri,itu pandangan sye,awk rse....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pandangan saya tulisan Zam dalam blognya ini, tidak mencerminkan dia bekas Ketua Pengarang Utusan apatah lagi sebagai penulis buku politik yang hebat. Bukan dari segi isi kandungan, tapi corak dan gaya bahasa seperti penulis amateur. A.Kadir Jasin jauh lebih baik lebih sempurna dibandingkan Zam. Dah lama saya nak tegur, baru sekarang tergerak hati. Maaf kalau Zam terguris hati. Saya jujur dan ikhlas.

      Delete
  7. Salam Datuk insyaAllah saya akan ke cafe Datuk bukan saja untuk dapat buku tetapi berbual2 hal semasa. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Terima Kasih tetapi sila hubungi saya dahulu untuk pastikan saya ada

    ReplyDelete
  9. Allahyarham Ahmad Idris pernah beritahu saya lepas tu ketawa berdekah-dekah. Katanya: "Ku Seman Ku Hussain penulis hiburan bukan penulis politik. Jahanam Utusan." Ternyata Allahyarham betul, Utusan kini dah jahanam. Ini kisah benar, bukan rekaan.

    ReplyDelete