Monday, 4 April 2016

UMNO BANTAH UTUSAN BERI TEMPAT KEPADA PEMBANGKANG

KOMEN:  LOOK AT THE SUCCESS OF THE STAR
Mafeeah4 April 2016 at 15:38
You have to look at the success of The Star. Despite being associated with MCA, who is in BN, the paper is still selling and doing okay. In fact I am actively subscribing to its Electronic Paper version, despite the news being available in The Star Online for free.

Why would I do this and pay for it ? While not agreeing with all that I read, it is a paper that is still worth reading and getting news. Even though the news coverage is never entirely fair for all sides, nevertheless news from them does appear in the paper unlike some publications that choose to censor them. Being closely associated to the Chinese, The Star will continue with it's style of reporting i.e. satisfying everyone's needs. Now do you realise the NST too has improved lately ? Check it out for yourself to see what I am talking about !
UMNO BANTAH....
Pada petang itu dalam tahun 1990 (tarikhnya tidak ingat), saya telah bersiap-siap untuk pulang berhari raya Aidilfitri di kampung apabila menerima panggilan dari pejabat PM Datuk Seri Dr. Mahathir mengatakan beliau  mahu menemui saya. Maka saya pergi menemuinya di pejabat.

Beliau disertai oleh beberapa orang ketua  UMNO termasuk seorang dua Menteri Besar. Saya ingat wajah-wajah MB berkenaan.

Mahathir mahu saya sebagai Ketua Pengarang mendengar sendiri rungutan dari mereka  kenapa Utusan sebagai akhbar UMNO memberikan tempat kepada parti-parti pembangkang terutama sekali menyiarkan temuramah khas wartawan  Rosnah Majid (sekarang Datuk) dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz  berikutan dengan kejayaan Pas menawan Kelantan pada tahun 1990  dan kenapa tidak  mereka.

Jawapan saya mudah sahaja iaitu supaya Utusan dibaca juga oleh orang Pas dan juga rakyat yang tidak berparti walaupun Utusan adalah akhbar parti.

Kami menerima laporan dari Kelantan, akhbar Utusan sudah habis terjual pada jam 8 pagi dua hari berturut-turut kerana siaran temuramah itu.

Saya bertanya kepada mereka " Apakah kita mahu Utusan hanya dibaca oleh orang UMNO sahaja?"

Keputusan yang saya buat itu adalah selari dengan dasar Lembaga Pengarah Utusan Melayu setelah UMNO  mengambil alih pegangan sahamnya pada 1959 dan menyingkirkan Pengarah  Urusan, Pengarang dan Penaja Utusan Melayu Yusof Ishak kerana kegagalannya mencegah  golongan  kiri (sosialis dan nasionalis) menguasai Jabatan Pengarang Utusan Melayu masa itu.

Keputusan itu antara lain menetapkan Utusan  memberikan sokongan penuh kepada  parti yang memerintah tetapi membenarkan berita parti-parti lain disiarkan dengan  syarat tidak menjadi berita utama atau tidak membesarkannya  (Lihat buku sejarah Utusan Di Depan Api Di Belakang Duri muka 91)

 (Yusuf Ishak kemudianya dilantik  oleh PM Singapura Lee Kuan Yew  menjadi Yang di Pertuan Negara dan seterusnya  Presiden Singapura yang pertama kerana LKY mengenalinya sebagai seorang yang jujur sejak menjadi peguam Utusan Melayu pada tahun 1955).

Temuramah Rosnah  dengan Lim Kit Siang juga menerima bantahan yang sama tetapi saya tidak menghiraukannya kerana Tun Dr.Mahathir yang cerdik dan rasional telah memahami tujuan saya.

Apabila saya disingkirkan dari jawatan Ketua Pengarang  atas keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO kerana perasaan tidak senang Anwar Ibrahim dan Daim Zainuddin terhadap saya maka saya memberikan surat  penjelasan ringkas   kepada Pengerusi dan anggota-anggota Lembaga Pengarah Utusan Melayu bertarikh 18 November 1992 sebagai berikut:

" Saya cukup sedar bahawa Utusan Melayu(Malaysia) Berhad adalah kepunyaan UMNO tetapi sedapat mungkin saya telah cuba membuat setiap pembaca merasakan bahawa akhbar ini terpulang kepadanya sekalipun ia bukan ahli UMNO.

" Saya mengakui bahawa saya tidak pernah memberikan suatu clear -cut guidelines tentang do's and don'ts dalam hal yang bersangkut dengan kepartian tetapi saya  telah cuba mendewasakan wartawan-wartawan di bawah saya menerusi masalah yang timbul dari semasa ke semasa dalam pengurusan berita, rencana dan sebagainya yang bersangkut dengan parti untuk mereka menyedari batas profesionalisme dalam berkhidmat dengan sebuah akhbar yang dipunyai oleh parti.

" Saya percaya cara ini lebih berkesan dalam menjadikan Utusan Melayu/Utusan Malaysia sebagai akhbar-akhbar yang berpengaruh tidak sahaja dalam kalangan ahli UMNO tetapi juga bukan UMNO"

Apabila UMNO merampas Utusan dari orang kiri atas arahan Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman, edaran Utusan Melayu yang jatuh merosot  sehingga kepada 20,000 naskah pada masa itu telah pulih dengan serta merta dan meningkat dengan pantas kepada lebih 50,000 naskah dan  Utusan Melayu Malaysia Berhad  terus maju dan mengembangkan perniagaannya dengan berbagai penerbitan.

Tetapi dalam keadaan menghadapi cabaran media sosial yang semakin hebat sekarang ini ,Utusan merasa wajar  untuk blatantly menjalankan dasar suara parti yang menyaksikan edarannya semakin merosot.Orang hanya dapat membaca jawapan kerajaan tetapi tidak kritikan yang berkenaan.

Mungkin juga semua akhbar dan bahan cetak tidak lagi berkesan untuk mempengaruhi umum  kerana orang lebih percaya kepada media sosial.

32 comments:

  1. TS Zam ,
    Adakah UMNO yang sebenar masih ujud sekarang ? apakah parti ini boleh hidup dan mengekalkan kuasa semata mata dengan slogan slogan ketuanan melayu wal hal untuk sapu dan buat duit pemimpin pemimpin dalam umno ini akan bersama sama taukey cina tak kira la dengan jual projek atau "Ali Baba".

    Jadi bagaimana dengan hayat Utusan , masih panjang ka?atau terpaksa berpura pura sokong lanun dan lintah darat untuk terus hidup ,seperti juga blogger pemakan dedak yang akan buat apa saja untuk penjangkan lagi hayat pemberian dedak sehingga pemberi dedak akan berhenti memberi sebab masuk kedalam jail tapi itu tak penting,yang penting dedak diterima.

    Jadi jangan marah kalau Utusan semakin nazak kerana kurang pembaca,kerana era dan zaman dah berubah ,"real politik" pun dah berubah ,setakat slogan hidup melayu tapi pemimpin rasuah teramat buruk dalam sejarah rasuah malaysia pun tak guna ,kalau slogan hidup melayu tapi pemimpin buat usaha sama dengan cina Jho low (penyokong tegar DAP penang)rembat wang jaminan kerajaan melalui 1MDB
    pun tak guna juga dan paling bangsat dilindungi dan dipertahankan oleh pemimpin AMT UMNO dan ahli UMNO.

    Akhir kata saya rasa ini lah jalan cerita sejarah jatuh bangun sesuatu kisah,mungkin kita akan bernasib baik akan jadi saksi sesuatu kisah sejarah tapi malangnya satu kisah yang kita akan rasa sedih sepanjang hayat iaitu tarikh dimana Utusan dan Umno tersungkur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO yang sebenar sudah mati. Yang ada cuma parti Umat Melayu No Otak dan Untuk Menyokong Najib Only.

      Delete
  2. TS Zam ..

    Ado oghang bertanyo , siapo denominator maso tu ..?

    Jawapan ehh Tun M , Tun Daim dan AlJubori .

    Samo tak keadaan sekarang , oghang yg nak punahkan negaro yg tersayang ni .?
    Jawapan ehh SAMO oghang ehhh..

    Yg kesian .. DSN kono perbetulkan apo yg dipunahkan selamo ni .

    Berito terkini dari Proton ...
    Tun M bersikap diktator dan mencampori pengurusan Proton walaupun dio tu sebagai nasihat ajo .
    Sumo oghang Proton khobar ann .. inilah punco utamo Proton dalam haru biru .

    Boto gak 'wise men ' khobar an .. dlm sumo masaallah tengok apo denominator tu ... lopeh tu ambik tindakan .

    TS Zam dah bulls eye tu.

    Waghih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waghih.. kamu ini banyak baca blogger dedak dgn Utusan era Najib.Proton tak lah punah sampai bankrupt pun , Tu 1MDB tu dah lah hasil takdo ,aset habis jual kat orang luar untuk bayar hutang lepas tu kerajaan kena tanggung hutang ,Kira orang yang puji najib ini buta perut kut.

      Delete
    2. Penilaian pada Proton tidak sahaja dilihat dari ringgit dan sen tetapi bagaimana Mahathir bangunkan dengan sekali gus kepercayaaan rakyat kepada kereta buatan kita sendiri dan hampir setiap rakyat berbangga dan memamakainya dengan yakin malah memberikan rakyat peluang untuk memiliki car sendiri dengan harga murah.

      Selain dari itu tanpa Mahathir tidak akan ada LRT dan kita akan pergi ke Singapura dan terus mengkagumi Singapura dengan transportation modennya dan kita merasa ketinggalan.
      Proton juiga menyebabkan kita rasa kedepan dari Singaoura dan demikian juga Petronas Tower yang menyebabkan orang Singapura datang mendongak kepala di Kuala Lumpur.
      BAHLOL TIDAK AKAN MEMAHAMI INI KERANA KEMISKINAN JIWA

      Delete
    3. warigh. ekau ni tertinggal keretapi sampai ko Tampin ko?

      yang nak memusnahkan negaro adalah orang yang berkoso...
      orang yang dah tak ado tak kan terdayo nak buek do...
      macam ada satu binatang politik kato...
      orang tuo tu baling cheromin pun tak pocah...ini kan pulak nak musnahkan negaro..bangang bona ko ekau...

      Delete
    4. Proton bertahun lama minta bailout salah siapa ITU,
      Tun m dan anak beranak dia naik posche ITU ke yg cintakan produk tempatan
      ,Kerosakan bustar Pam keluaran proton baru di kesan sampai dua tahun baru di kesan oleh proton dia hebat tun m ITU, penguna rugi beratus ringgit salah siapa itu.
      Bina kilang kedua tahap peluaran rendah 'salah siapa ITU.
      Beli agustar ketika kowangan proton tak kukuh 'salah siapa itu
      Penasihat proton Tak mahu dengar nasihat orang 'salah siapa itu
      Syarikat proton hanya tahu mengharap tongkat salah siapa itu .
      Alat ganti tak ada kualiti 'salah siapa itu

      Tun m orang politik dia tak layak digelar peniaga atau pengurus berjaya, kalau budak kecil dia tahu kualiti barang dia Jual, dia hanya pandai bercakap je seperti orang politik lain.

      Selepas Mitsubishi tinggalkan proton kualiti turun penjual dia tahun demi tahun Turun salah siapa itu.
      Selepas tun m ambil alih masalah Pam bustar kereta proton ambil baru masa dua tahun baru dia nak kesan 'salah siapa ITU
      ,kalau proton masuk pasaran di amerika dah lama kena saman dengan penguna lihat kes prius toyota mereka berjaya kesan korosakan selepas 6bulah di keluarkan kena saman Dan mereka rugi. Nasib naik penguna Malaysia baik sangat

      Proton boleh maju tapi kena berubah sikapnya, aku tengok selepas Mitsubishi tinggal proton, dia menjadi lebih teruk, sepatut kalau syarikat jepun tinggal proton dia mampu berdiri atas kaki sendiri ,INI tak hanya tahu bailout minta kerajaan 30tahun ITU kerja proton ITU.

      Kami sayangkan proton ITU tapi ubah sikap orang Ada di proton itu

      Delete
    5. Tak bankrap sebab kerajaan pertahankan nya ,jadi ubah sikap dalam proton ITU, 30tahun masih tak mampu berdiri kaki sendiri, masih minta wang r&d, promosi kereta Dan pengurusan kilang tak rasa malu kah proton ITU berusia 30tahun, masih tak matang lagi

      Delete
    6. oghang samo dlm kerajaan dari tun M sampai sokarang. oghang samo waghih.. oghang samo tak ponah bising, tp ambik duit untong.. salah soghang .. najib waghih oiii..

      Delete
    7. Apolah nak jadi pado waghih eden yang soghang ni.

      Kadang-kadang toghaso gak malu eh sobab dik yang soghang ni.

      Apolah bonak bona hati ekau ni.

      Omak ekau takdo aja ekau ko maso kocik-kocik dulu - Jangan makan bondo hagham, nanti jadi mada, jadi bonak.

      Bilo dah mada, dah bonak, hati jadi itam, aka jadi bangang.

      Itu la sobab ee ekau moghapu yang bukan-bukan sopanjang maso.

      Ontah la, tak dapek den nolong tu doh.

      Ati kuk dah itam susah nak di boghosih kan balik.

      Bahgian ekau la waghih.

      Goma yang tak sononoh.


      Another Waghih.



      Delete
  3. Suara keramat sudah mati.

    ReplyDelete
  4. TS Zam,

    From a business point of view, there's nothing wrong in venturing into a business. I take my hat off TDM for having this big courage to delve into something challenging.


    After 30 years, Proton is said to have failed. Says who? Look at some of the major brands around the world.

    Most of them have undergone a bad period. Some continental brands have tested with Japanese style of management. Some have succeeded, some didn't.

    Proton will one day undergo this process, minus TDM as advisor. Who knows its fate will change for the better.

    ReplyDelete
  5. Saya adalah salah seorang pembaca@pelanggan setia utusan malaysia satu ketika dahulu.... namun telah berpatah arang & langsung tidak membacanya 2@3 thn kebelakangan ini. Begitu juga saya sudah tidak menonton buletin utama tv3 mahupun rancangan berita rtm & bual bicara yg disiarkan. Walhal dahulu boleh dikatakan saya tidak boleh miss utk menonton berita jam 8 mlm.... Saya pasti ramai penonton yg beralih arah spt saya.....kerana kami merasa tertipu dan diperbodoh2kan dgn lapuran palsu & berat sebelah oleh penjilat2 pihak pendusta.....

    ReplyDelete
  6. Keputusan Tunku mengarahkan UMNO mengambilaleh Utusan dari orang-orang kiri adalah suatu keputusan yang bijak kerana mereka adalah anti pemodal yang menyebabkan Utusan tidak mendapat iklan dan pernjualannya juga merosot kerana sokongan kepada parti-parti kiri yang pro Indonesia juga telah merosot.
    UMNO telah menyelamatkan Utusan bengkrap.
    Bagaimanapun keadaan sekarang berubah.Umum tidak percaya kepada pimpinan UMNO sekarang dan sikap Utusan menyokong UMNO tanpa mengimbanginya dengan berita-beriota pihak lain menmyebabkan Utusan dianggao sebagai Harakah atau akhbar parti
    Sewajarnya Utusan tidak memileh jalan yang tidak profesional ini walaupun menyokong UMNO. Sebagai sebuah akhbar yang berpengalaman Utusan sewajarnya lebih bijak dari Star dan juga Harian Sinar untuk memelihara pembacannya tetapi pembaca setiannya juga telah lari.
    Utusan sukar sekarang untuk memulehkan keyakinan ramai kepadannya
    kerana persekitran tidak seperti semasa PM pertama memgambil aleh Utusan.
    Saya sedih atas keadaan ini kerana saya yang telah membaca Utusan lebih 50 tahun juga terpaksa meninggalkan Utusan.
    Orang ramai sedar Utusan membesarkan soal rasuah KM Pulau Pinang adalah untuk menutup rasuah PM Najib.Seharusnya ada perimbangan dalam soal ini supaya tidaklah nampak terlalu berat sebelah. Sayang Utusan tidak tahu lagi menjaga maruahnnya dan maruah para wartawannya.

    ReplyDelete
  7. Tan Sri,
    Saya pembeli dan pembaca tegar UM dan MM, tapi sejak kes 1MDB, sudah tidak membeli dan mambacanya lagi. Dulu UMNO saya sokong, sekarang dengar nama UMNO pun saya meluat.

    ReplyDelete
  8. Utusan tidak lebih hanya menjadi tempat menyebar fitnah & menjadi lubuk utk pembangkang mencari duit mudah.BODOH

    ReplyDelete
  9. TS Zam,
    Mereka yang menghentam Proton ibarat katak dibawah tempurung. Cuba lihat pada VOLVO kebanggaan Sweden. Milik siapa syarikat kereta iti sekarang

    ReplyDelete
  10. You have to look at the success of The Star. Despite being associated with MCA, who is in BN, the paper is still selling and doing okay. In fact I am actively subscribing to its Electronic Paper version, despite the news being available in The Star Online for free.

    Why would I do this and pay for it ? While not agreeing with all that I read, it is a paper that is still worth reading and getting news. Even though the news coverage is never entirely fair for all sides, nevertheless news from them does appear in the paper unlike some publications that choose to censor them. Being closely associated to the Chinese, The Star will continue with it's style of reporting i.e. satisfying everyone's needs. Now do you realise the NST too has improved lately ? Check it out for yourself to see what I am talking about !

    ReplyDelete
  11. Rata rata semua pengomen termasuk Tan Sri kelihatan amat benci dan meluat dgn utusan.Tapi apa yang utusan buat semuanya menjadi perhatian.Kalau dah benci biarkan lah utusan dgn hal dia.Perangai seolah olah macam orang yang gila talak!!!

    ReplyDelete
  12. 'Mungkin juga semua akhbar dan bahan cetak tidak lagi berkesan untuk mempengaruhi umum kerana orang lebih percaya kepada media sosial.'

    Ya, betul TS Zam. Di zaman kegemilangannya, Utusan menguasai hampir 70 peratus pasaran tetapi sekarang telah menjunam ke paras bawah 30 peratus. Orang lebih percaya kepada media sosial seperti blog Zamkata daripada membaca Utusan yang nampak begitu 'obvious' pro Najib dan pro Umno. Dulu tak obvious macam sekarang. Dulu ada sikit veil nya. Orang putih kata 'thinly veiled'. Nampak cover-cover lagi dulu tapi sekarang obvious gilerr.
    Sekarang Utusan dah tak cover-cover dah sampai orang dah naik meluat dan jelek membelek kandungan Utusan. Semuanya berbentuk ampu-mengampu dan pujian-pujian melampau manakala pembangkang digambarkan terlalu hodoh, jahat dan buruk.
    Saya masih ingat lagi menjelang PRU-13 dulu ketika video-video yang melibatkan para pemimpin pembangkang dalam keadaan mengaibkan rancak tersebar. Utusan mengambil tindakan sumbang apabila menyiarkan cebisan gambar video-video tersebut di muka hadapan akhbarnya. Satu perbuatan yang sungguh jelek dan tidak senonoh.
    Utusan yang sejarahnya dikenali sebagai peneraju fikiran rakyat dengan berita yang mendidik masyarakat telah bertukar menjadi sebuah majalah porno. Utusan telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak yang masih bersekolah dan juga golongan muda belia yang tersengih gatal apabila menatap muka depan akhbar Utusan tersebut. Dimanakah moral Utusan? Sampai begitu sekali cubaan Utusan untuk memburuk-burukkan pemimpin pembangkang sehingga hilang kompas moralnya. Utusan cuba menonjolkan betapa suci bersihnya kerajaan pada waktu itu dan perlu diterjemahkan dalam bentuk sokongan secara total manakala pihak pembangkang pula digambarkan sebagai dipenuhi oleh manusia-manusia kotor yang tidak bermoral dan perlu ditolak dengan kasar dalam pilihan raya. Namun cubaan tersebut tidak berjaya apabila rakyat masih lagi memberi undi kepada pembangkang malah parti pemerintah hilang lebih banyak kerusi daripada sebelumnya.
    Kini Utusan tak ubah seperti alat propaganda kerajaan yang ulung. Di dalamnya bukan lagi berita tetapi sebuah naskhah puji-pujian berlebih-lebihan. Bak kata Pak Pandir dalam lagunya "Oh pujilah aku, ampulah aku, senang hidupmu..suruh angguk, anguk, suruh geleng, geleng.."
    Kalau sudah begitu keadaannya, tidak hairanlah Utusan kehilangan audience dan jualannya merosot. Utusan tak ubah seperti hidup segan mati tak mahu. Ianya masih bernyawa tapi hidup atas belas simpati kerajaan. Kalau Proton dikritik hebat kerana mengharapkan pertolongan kerajaan untuk stay afloat tapi apa kurangnya Utusan. Memaku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

    ReplyDelete
  13. Saya rasa ingin mencelah pasal proton. Saya rasa ramai orang tidak tahu tentang industri automotif setempat dan global dan juga kesan dan impak proton pd Malaysia. Ramai juga yg memesongkan(mislead) info2 ini untuk memburukkan usaha orang lain - melayu begitulah.Tambah lagi kalau orang yg dikutuk itu tidak berkuasa. Barulah berani.
    Saya pun tidaklah tahu sangat tapi pada pandangan saya 13 billion yg dikata telah ditelan oleh proton tidaklah banyak memandangkan ia industri automotif skala besar & teknologi tinggi. Saya rasa perlu juga dikira pulangan dari proton. Proton tidak pernah membayar cukai pd kerajaan? Bagaimana dgn pengajian/saraan ribuan pekerjanya dan keluarga mrk dari dulu sampai sekarang? Bagaimana dengan industri barang2 automotif/ servis & pembaikan kereta yg dijana oleh proton. Dan yg paling tak ternilai adalah semangat kebolehupayaan orang melayu dlm kejuruteraan yg dpt dibina oleh proton. Orang ramai bertanya bagaimana Dr Mahathir dpt melonjakan malaysia dari pertanian ke ekonomi industri yg menaikkan taraf ekonomi rakyat. Pada saya Proton adalah sebahagian besar drpdnya. Dlm bahasa inggeris "part and parcel of malaysia's industrialization.
    Yalah Proton tidak berjaya seperti yg dikehendaki- partly because orang melayu banyak dah kaya. ironikkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. The main is simple: Mahathir's thinking is too far ahead, Proton's executives couldnt keep up with him.

      Delete
    2. Yang hilang kan duit tu Tun dan kroni. Lepas tu kereta proton dijual mahal dan tidak bermutu nak untung besar. Akhirnya kayap.

      Delete
  14. UMNO tak pula marah dengan MCA yang memiliki 'the star' kerana mempromosi DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Star promote DAP? Kau tau baca omputih ke dak?

      Delete
    2. Hafizul Rahman5 April 2016 at 13:01

      Star promote DAP dibiarkan oleh Datuk Seri Najib dan orang-orang suruhannya tetapi bila Utusan siar sahaja bahan yang ancam kepentingan UMNO maka teguran datang bertubi tubi.
      Najib takut hilang pengaruh di kalangan Melayu dan dia tidak takut hakisan pengaruh BN di kalangan bukan Melayu. Maka akhirnya DAP menjadi suara extremisme Cina yang semakin berani dan semakin kurang ajar. Salah siapa?

      Delete
  15. Sehari dua ni, saya percaya lebih ramai baca jawa pos dari utusan.

    ReplyDelete
  16. Zaman Dari dulu sampai sekarang media lebih berorentasi kan proksi Dan keuntungan siapa mampu Wang dia berjaya tunduk media itu ,saya menbaca blog cetdet saya ketawa juga peragai beliau 53 media antarabangsa Serang najib, 53 media ITU menyerang tun m ITU , kalau nak jadi PM tak tahan kena fitnah baik jangan jadi pm,
    Saya tak yakin pemimpin umno lain tak mampu menghadapi fitnah termasuk mahuyddin Dan Anak tun itu sebab mereka ITU tak penah hadapi finah besar seperti najib Mula menteri krisis masalah pribadi dia berjaya hadapinya. Najib bukan senang2 'tun m mahu jatuh dia guna media 53 antarabangsa berorentasikan proksi, keuntungan Dan cerita mampu beri keuntungan pada mereka itu, mungkin ramai anggap aku penyokong tegar najib ini hakikat tun m kena terima.
    Sebab ITU saya berulang Kali saya cakap perkataan penipuan diguna media antarabangsa Dan tempatan (kebebasan media)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utusan jerrr betul, media lain semua salah. Sebab tu media lain rugi memanjang, sebab kau tak baca. utusan untung berjuta tiap tahun, sebab kau baca.

      Delete
    2. 1101...Bunyi macam spesis yang suka kutuk mamak je.

      Delete
    3. Anon 11.01, your ability to churn out mind boggling and intellectually challenged arguments in a dead serious manner is admirable. Laughter is the best medicine, and at times like this we certainly need it from people like you. Keep on writing.

      Delete
    4. Mamak tu nak anak dia PM melalui apa cara pun. Siapa yg tak sokong akan dihalang. Tapi yg sedihnya keupayaan anaknya dipertikai ramai.

      Delete