Friday, 8 April 2016

TOLAK MAHATHIR TIDAK BERERTI TERIMA NAJIB

Komen: NAJIB TERLIBAT
Najib yang tubuhkan 1MDB.
Najib terlibatlah tu.
Apa pasal tak terlibat?
Kanak-kanak Permata pun tahu.

Suatu perkiraan politik yang mudah  jika sesiapa  membuat konklusi rakyat telah menerima Perdana Menteri Datuk Najib kerana membantah  konspirasi Tun Dr.Mahathir dengan DAP  untuk menjatuhkannya.

Keadaan ini tidak wujud walaupun  Najib  digambarkan bersih oleh media perdana berikutan pemutihan  1MDB.

Mereka mengeksploitasi sepenuhnya kenyataan  Naib Pengerusi PAC dari DAP Tan Seng Giaw mengatakan Perdana Menteri tidak terlibat secara langsung tetapi orang cerdik segera bertanya: Jika tidak terlibat secara  langsung maka apakah terlibat secara tidak langsung.

Umum sependapat dengan Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man yang menuntut Najib mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kelemahan pengurusan 1MDB seperti yang didakwa oleh PAC.

Najib wajar meletakkan jawatan dengan segera sebagai Menteri Kewangan, katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Malaysiakini.

Sementara itu Tun Dr.Mahathir juga harus menerima hakikat bahawa tindakannya bersekongkol dengan parti-parti pembangkang terutamanya  DAP untuk menggulingkan Najib juga tidak popular di kalangan rakyat di akar umbi khususnya orang Melayu.

Banyak yang menganggap Tun Mahathir telah membuat perhitungan politik yang silap dalam langkah ini.



36 comments:

  1. As Salam Tan Sri,

    Saya rasa Bangsa Melayu silap kalau menuduh Tun Mahathir bersekongkol dengan Cina DAP.

    Kenapa Melayu tidak mahu faham bahawa Tun menggunakan DAP untuk menggulingkan Najib. BUKAN DAP MENGGUNAKAN TUN.

    Nampak macam Deklarasi Rakyat gagal kerana diminta mengisikan No Kad Pengenalan secara penoh. Saya rasa jika 5 angka terakhir No Kad Pengenalan sudah mencukupi untuk mengelakkan penyelewengan samseng2 yang ingin mengambil kesempatan untuk tujuan jenayah.

    Melayu mudah lupa. Begitu kata2 Tun dalam penggulungan PAU tahun 90an. Kini Melayu di persimpangan untuk dijajah kembali oleh Bangsa sendiri keturunsn bangsawan.

    Golongan Elitis Melayu makin galak membodohkan Bangsa nya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100%

      Delete
    2. Dan tahukah engkau apa itu jalan yang mendaki?:(12) Melepaskan perbudakan (13) atau memberi makanan pada hari kelaparan (14) terhadap anak yatim yang sekerabat (15) atau orang miskin yang dalam kepayahan. (16)
      (Surah al-Balad)

      Delete
  2. Hahaha....lain macam je posting Tan Sri kali ni!!!

    ReplyDelete
  3. TS Zam,
    Saya rasa pandangan Tun M berkerjasama dengan DAP mungkin yang tidak senang akar umbi Melayu dalam UMNO itu pun golongan golongan dungu yang masih tak dapat hidayah yang najib ini seorang penyeleweng serta pemakan pemakan dedak dan kaki ampu ,nak kata keseluruhan melayu terutama atas pagar saya tak setuju kerana kalau pengundi 45 tahun kebawah yang akan menjadi 50% pengundi keseluruhan pada PRU 14 sudah tentu apa yang dibuat Tun M tidak ada masalah besar pada mereka malah golongan ini nanti saya rasa akan merubah lanskap masa depan politik malaysia yang lebih kepada real politik "survival for fittest" daripada isu perkauman.Sebagai seorang yang dianggap sering membuat keputusan dan tindakan untuk masa depan saya rasa Tun M memang sedar sangat berkenaan hal ini dan citarasa pengundi 5 ke 10 tahun akan datang .

    Sebaliknya sekarang UMNO telah menuju kebelakang tidak seperti dahulu , bermula pada zaman Tun Razak UMNO telah mula menjadikan diri nya parti dominan untuk semua kaum sehingga zaman Tun M pun perkara ini diperkukuh dimana majoriti ahli perniagaan cina memberi sokongan kuat pada Tun M terbukti dalam semua PRU zaman Tun undi cina tinggi kerana Tun M pandai menjaga persekitaran perniagaan yang makmur untuk mereka walaupun disektor pendidikan dan usahawan bumiputra dizaman ini lah anak anak melayu keluar negara secara besar besaran dan usahawan melayu lahir macam cendawan tapi kaum cina walaupun ada merunggut tapi disebabkan faktor ekonami dinamik mereka tidak membelakangkan BN seperti sekarang sebab faktor ekonomi yang dinamik.Malangnya sekarang UMNO kebelakang kerana nak panjangkan hayat terpaksa main isu perkauman dengan agak buruk sekali walaupun beberapa fakta tidak tepat tapi terpaksa juga guna isu kaum semata mata untuk kuasa .Ini yang akan menjadi faktor kejatuhan umno nanti kerana bila mana lanskap berubah disebabkan oleh perubahan masa ,jenerasi dan cara fikir masyarakat umno akan pupus ditelan zaman. Kerana jenerasi 45 tahun kebawah ini kalau kita buat analisis mereka lebih kepada tarikan individu bukan parti keseluruhanya ,kalau Tan Sri kaji tengok cara menteri melontarkan pendapat dan membalas komen boleh dikatakan pada masa sekarang banyak dari golongan ini akan pandang sinis dan lawak jenaka kerana selalunya menteri bercakap nampak bodoh berbanding dengan lapisan muda pembangkang yang dalam parlimen semakin menonjol berhujah.Sebenarnya bukan salah UMNO tetapi umno nazak sekarang kerana diwarisi pemimpin pemimpin lemah dan bermasalah ,kesilapan ini datang dari Ahli ahli umno sendiri kerana memilih pemimpin bukan diukur pada AMANAH tapi dilihat pada siapa yang dapat beri duit(dedak) itu yang aku pilih semasa PAU dan amalan ini menjadi budaya sejak 25 tahun yang lalu maka ini lah kerosakan yang UMNO tanggung.

    Pasal hal 1MDB orang bahalol saja yang akan kata Najib tak terlibat cuba baca keseluruhan laporan PAC nampak dengan jelas masih banyak yang belum disiasat dan Ketua Audit negara pun sahkan masih banyak Akaun 1MDB tidak diterima ,lagi kenyataan Ketua Audit Negara adalah bijak kerana setakat ini siasat pihak pengurusan dan CEO dulu betul la mesti mula dari bawah baru kita dapat yang atas kemudian nanti . Kalau mula dari atas sudah tentu tak ada apa apa . Wallah huallam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amat bersetuju dan sokong dgn pendapat tuan roslan othman.

      Delete
  4. pada saya tidak ada yang silap. Pastinya Tun dah buat perhitungan juga. Pada ketika ini antara DAP dan Najib Najib adalah lebih teruk dari DAP. Dimana ketika ini jika apa2 DAP tidak mungkin akan menjadi kerajaan sama sekali jika Najib jatuh kerajaan tetap BN, PM tetap dari kalangan orang UMNO.

    Bagi yang berpikiran singkat pastinya akan beranggapan sebaliknya.

    Tapi hakikatnya Najib mesti berundur. Terimalah hakikatnya wahai macai Najib

    ReplyDelete
  5. saya tidak fikir 1mdb bermasalah pada mula...tetapi persepsi buruk yg dilemparkan manusia2 busuk hati yg membuat keadaan kucar kacir sehingga perjalanan perancangan syarikat tersebut merudum prestasinya...tun m sebelum ini mengatakan 42b hilang,2.6b dan bermacam macam fitnah yg dilemparkan...benarlah kata nabi yg fitnah itu lebih dasyat dari membunuh...tun m harus bertaubat dgn kerosakan yg dibawanya melalui fitnah ini...saya sayangkan tun m dan terhutang budi sehingga ke cucu cicit...tapi dgn hayat yg pendek ini seharusnya carilah keredhaan Allah jgn sesekali mendustakanNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara anon oo:26

      Adakah saudara sudah baca Laporan PAC?

      Kalau tida tahu fakta jsnfan berhujjah. Persepsi anda menjurus kepada menyimpulkan Tun Dr Mahathir MEMFITNAH. Dan itulah kata2 Najib dan penyokongnya. Soalan saya:-

      1) kalau duit sebanyak 42b itu ada dan terkini naik jadi 50b. DIMANAKAH DUIT ITU SEKARANG??

      2) Kalau Najib bersih tidak terpalit kenapa ada klaus setiap keputusan MESTI mendapat kelulusan Pengerusi Lembaga Penasihat iaitu Najib. Bermakna Najib tahu hal ehwal tadbir urus 1MDB. Laporan Ketua Audit Negara di klassifikasikan dibawah OSA. KENAPA? BUKANKAH 1MDB SYARIKAT MILIK KERAJAAN? BUKANKAH TUGAS KETUA AUDIT MELAPORKAN SEGALA PERBELANJAAN KERAJAAN? DARI 1957 BOLEH CERITA TIAP2 TAHUN; KENAPA 2016 MESTI BERAHSIA?

      3) PADA 30 SEP 2009 SEJUMLAH USD300 JUTA TELAH DIPINDAHKAN KEAKAUN JP MORGAN BANK RASMI 1MDB PETROSAUDI SEBAGAI BAYARAN USAHA SAMA DENGAN PETRO SAUDI.TETAPI KENAPA SEJUMLAH USD700 JUTA PADA TARIKH YANG SAMA DIPINDAHKAN KEPADA BANK RBS COUTTS LTD, MILIK SYARIKAT LAIN YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN PROJEK USAHA SAMA PETRO SAUDI.

      4) KENAPA USD100 JUTA BOLEH DISALURKAN KETANGAN ANAK TIRI NAJIB UNTUK MEMBUAT FILM PORNO.

      4) kenapa pihak pengurusan 1MDB masih gagal memberikan dokumen transaksi?

      5) Kenapa ketua Audit Negara dan PAC tidak menyiasat hingga rentas sempadan. Bukankah banyak perniagaan 1MDB diluar negara, kenapa cerita dalam negara sahaja? Kenapa permintaan SPRM untuk menyiasat hingga keluar negara ditolak oleh PEGUAM NEGARA DAN MENGARAHKAN SIASATAN DITUTUP. SEKARANG TERBUKTI BANYAK SALA LAKU. ADAKAH PEGUAM NEGARA BERLAGAK MACAM PAK PANDIR???

      Itu baru sebahagian WAHAI SAUDARA ANON 00:26.

      Melayu sedang kembali melangkah kezaman FEUDAL. Golongan elit bangsawan memperbodohkan golongan msrhaen anak bangsa sendiri. Dikampong2 30 kilo kelapa sawit hanya dapat membeli 1 kilo gula pasir. Sedangksn Najib boleh bermewah2 dengsn isteri membeli barangan BRANDED di Hawaii dsn Itali. Adakah ini ciri citi pemimpin MUSLIM??

      Saya masih teringat Doa Adik Arwsh Nik Aziz di Stadium Kota Bahru. KO UMNO, UMNO KO.. Ribuan jemaah mengaminkan. Kini UMNO sedang diambang kehancuran gara2 pemimpin gila kuasa seperti CZAR DIRUSIA DIKUASAI RASPUTIN dizaman Revolusinya.

      Arwah Nk Aziz pernah sembahyang hajat pecah pegut Najib. Bala Allah sedang mendekati Najib, Isterinya, dan kawsn2 sekelilingnya yang hsnya pandai MENGAMPU.

      ALLAH MAHA AGONG, MAHA BESAR DAN MAHA BERKUASA. DI AWAL REJAB INI JUTAAN ANAK BANGSA GOLONGAN MARHAEN MENADAH TANGAN AGAR NAJIB MENDAPAT AZAB YANG PEDIH. NSJIB BODOH MEMERINTAH NRGARA. DOA ISTERI PERTAMNYA TENHKU ZAINAH KERANA DIANIAYA OLEH NAJIB DAN ROSMAH DIDENGAR DAN DI MUSTAJABKAN ALLAH.

      JANJI ALLAH BENAR. JIKA INGIN JADI PEMIMPIN MESTI ADA 4 SIFAT IAITU SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH DAN FATHONAH.

      SEKIAN.





      Delete
    2. Kamu silap isu penyelewengan 1MDB mula menjadi hangat pada tahun lepas dan apabila AG patail dan bekas TPM dipecat dan dedahan dari WSJ,dan penyelewengan telah berlaku sejak mula ditubuhkan pd 2009jadi kenyataan awak salah ,kemudian kalau fitnah saman saja Tun M dan WSJ sampai hari ini tak saman menunjukkan najib takut dan bersalah.

      Delete
    3. Itu anggaran Tun saja....tengok2 rupa2nya bukan 42b tapi 50b yg lesap. Jgn laa kita pertikaikan jumlah tsbut sbb masih blom muktamad. Tapi yg PASTI billion msuk dlm a/k peribadi dgn alasan derma laa bagaii. Pihak yg btnya & mlakukan siasatan dipecat, dilucutkan jawatan@ditangkap! Rasanya hanya org yg kurang mbaca@bodoh@si pemakan dedak jea yg masih menyokong....konon2 umno adalah demi mpertahankan bangsa, agama & negara. Skrg smua tu adalah retorik semata2!! Mrk adalah pengkhianat sebenar kpd bangsa Melayu & negara. Perjuangan mrk lebih kpd diri sdri, kluarga & kroni semata2. Adakah pemimpin sebegitu yg wajib dipertahankan? Islam menyuruh kita taat pd pemimpin waima pemimpin kafir sekalipun sekiranya mrk baik utk rakyat....tapi bukan pemimpin yg zalim, korup, & bacul!!! Utk info seluruh keluarga saya adalah penyokong umno/bn....tapi skrg tidak lagi stlh melihat kemungkaran yg nyata oleh mrk. Maruah bangsa & negara telah mrk jual.... dan kesusahan ini pastinya akan terus ditanggung sehingga ke anak cucu kita.... Fikir2 kan lahh...

      Delete
    4. 0026...jangan baling batu sembunyi tangan dan jangan jadi DAYUS macam Najib.Tidak perlu menuduh Tun memfitnah dan suruh dia bertaubat.Kemudian pulak menipu kononnya sayang pada Tun.Sangat tidak konsisten.Mahathir dan Mahathirisme adalah satu 'standard'....kau tak akan faham apa maksudnya ini.Mereka yang sayang Mahathir adalah insan yang mengerti dan yakin dengan perjuangan beliau.Jangan malu untuk mengaku yang kau menyokong maharaja lawak Panglima Bugis Penipu.

      Delete
    5. Apa yang fitnahnya...KO dah baca ke laporan penuh PAC....Kan semua ada cerita penyelewengan dan salah urus tadbir dan dana 1mdb......Semua yg ditemui oleh audit Negara dan PAC adalah sama apa y dilapurkan oleh Serawak report dan wsj....cuma buat masa ini PAC tak dpt libatkan Najib secara langsung.....sbb dari aspek perundangan syarikat yg berkuasa adalah CEO dan lembaga pengarah......Klu ko tak baca lg..Tolong jgn komen ...

      Delete
    6. Akaun 2015 dengan akaun 2009 sama ke

      Najib baru 1kesalahan salah takbir syarikat 1mbd

      Tun m salah APA pulak sampai 5syarikat bankrap hampir bankrap salah urus takbir apa kah tun m buat ini
      biar aku sebab kesalah tun m bagi korang semua sedar
      1)kerugian pada bank bumiputera
      2)pkfz
      3)Perwaja
      4)mas dijual pada kroni tahu bermewah2
      5)kerugian pada proton Dan tak tahu berdikari
      6)curi Wang patronas dengan gunakan syarikat apek menyamanya di England apek syarikat logi jana kuasa,kemudian ambil bilout pada kerajaan

      Tun m hanya tahu bercakap je seperti orang politik lain.

      Delete
  6. dulu ada penjenayah nama geng mamak... mamak ni mmg selalu bw masalah lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi se setengah mamak ini elok dari Pemimpin melayu yang tahu melanun menipu bangsa sendiri , pengkianat negara dan buat dosa dunia akhirat .

      Ada juga pemimpin melayu nama saja islam tapi guna ugama untuk dapat kuasa politik ,jadi malu saja lebih mampos dari hidup.

      Delete
    2. Encik Anon 02:24.

      Awak menyindir Dr Mahathir ye.

      Baguslah orang Melayu macam awak ni tak sedar diri. Kersna MAMAK Mahathir lah sekarang awak nak ke KL pakai lebohraya PLUS. Pasal Mamak inilah yang membawa Malaysia ke zaman kegemilangan Negara.

      Pemimpin yang awak sanjong Najib Razak dan isteri BoRosmah itu bukan saja menipu tetapi mencuri, melanun dan merompak harta negara awak tak sebut.

      Awak pergi baca laporan penoh PAC, baca akhbar Washington Post, Wall Street Journal, Malaysia Chronicle, Asia Sentinel, jangan hanya pandai baca komen pengampu Najib macam Salleh Keruak, azalina,zahid komidi, mat must learn, anuar musang dan Peguam Pak Pandir.

      Mereka semua BODOH TAK BOLEH DIAJAR DAN PANDAI TAK BOLEH DI IKUT.

      JANGAN NANTI ANAK CUCU AWAK KENCING DI KUBUR AWAK KERANA MENYOKONG PEMERINTAH LANUN.

      Delete
    3. Lupa ITU idea tun rakzak bukan idea tun m ITU .he.he.he

      Delete
    4. 12:52 Lupa ia ngo media iCiJ berpangkalan di amerika milik siapa?, pemberi Dana terbesar yg tahu aku Soros pemberi dana terbesar untuk fitnah di seluruh dunia ini, ITU WSJ dibawah NGO icij mereka , awak pergi jilat mereka, dulu ADA mantan Pm cakap jangan percaya pada media asing sekarang anda pengikut fanatik percaya cakap mantan itu, ulang APA mantan ITU cakap
      Jangan percaya cakap media asing percayalah cakap tun m ITU he.he.he.

      Kalau tak tahu pasal media baik cakap ia buat malu orang je

      Delete
    5. Mahathir yang merealisasikan hasrat Tun Razak.Sekarang hasrat itu digadai satu demi satu.

      Delete
    6. Ye ke? kalau tak kenapa tun m gagalkan hasrat tun razak 30% ekuati bumiputera ITU setelah bagi masa 22tahun itu. Aku tengok dulu dia tuduh tunku kroni cina sekarang APA dia ucapkan telah berpaling pada muka tun m itu. Apek bertambah kaya raya di Malaysia orang melayu kaya APA di tendang keluar di penang, mana pergi perjuangan buku Malay delema dia. Tun m manjakan sangat kroni bailout melayu dia contoh suadara Mara anwar ITU, dah bankrap salahkan umno, bila gagal dasar 30% ekuati bumiputera salah orang melayu sebagai ketua tak boleh salahkan orang ia sebagai ketua tun m juga kena berjawab sebab kegagalan 30% ekuati bumiputera ITU. Aku tengok najib kena bertangjawab kesalahan tun m Dan pak lah itu aku tak nak satu hari orang melayu menyalahkan umno, tun rakzak,tun m, pak lah Dan paling teruk akan kena najib sebab kegagalan 30%ekuati bumiputera ITU, sekarang kita tengok siapa paling jadi PM paling lama 'tun m ITU,jadi orang akan lebih salah tun m ITU sebab gagal dalam dasar 30%ekuati bumiputera itu. Sebagai ketua dia kena bertangjawab. Cuba tengok orang melayu Penang dah menyapah tengok tun m sebab berkawan dengan dap itu

      Delete
    7. Kau dan saudara mara tak sokong,sebab tu la 30% tu tak capai.Tolong cerita macamana nak capai?Tun gagalkan???Apa lagi yang Tun gagalkan?Jangan risau,...sekarang Najib sedang jayakan Malaysia ini menuju negara berpendapatan tinggi.Najib pesan baru-baru ini supaya kita pandang ke depan,jangan lihat belakang demi kemakmuran negara.Kalau kau masih dok ingat 30% ekuiti tu dan fikiran masih lara macamana nak jayakan hasrat Najib?

      Delete
  7. Nurulhuda Maarof,Kg Kerunci.9 April 2016 at 11:01

    Saya ingat tulisan ini memberikan peringatan yang ikhlas kepada jentera UMNO dan BN supaya jangan take for granted bahawa Imej Najib dan isterinya telah dapat dipulihkan kerana beliau tidak terlibat.
    Janganlah terburu-buru hendak menunjulkan kembali isteri Najib Rosmah.

    Masalah yang duhadapi sekarang ialah kepimpinan Najib telah langsung hilang kredebiliti yang sukar untuk dipulihkan.Manipulasi untuk menutup hal yang sebenar yang mengakibatkan terhakisnya maruah SPRM,Peguam Negara, Gabenor Bank Negara dan sebagainya yang dianggap sebagai hendak menutup kebenaran masih belum hilang dari ingatan rakyat.

    Kemudian seorang demi seorang digantikan dengan orang yang dianggap sebagai "orang aku".
    Maka itu Najib akan terus menghadapi zaman-zaman sukar sehingga pilihanraya 14 nanti.Kerja keras masih diperlukan untuk memulihkan imej kerajaan terutama sekali dari pemulihan ekonomi.Jika ekonomi pulih maka harapan untuk BN dan UMNO kembali berkuasa dan penyingkiran Najib berlaku secara licin akan dapat di jalankan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa setakat pemulihan ekonomi tidak mencukupi untuk dapat simpati rakyat terutama pengundi bawah umur 40 tahun yang bilanganya 50% pada PRU 14 ,isu 1MDB belum selesai masih banyak akaun belum diserah pada Audit Negara terutama transaksi luar negara dan Najib memang secara tidak langsung terlibat , UMNO sudah hilang integriti (AMANAH)apabila keseluruhan pemimpin mereka mempertahankan Najib dan kemungkarannya ,sejak saat itu umno dilihat sebuah parti korup yang total yang wajib ditolak sekiranya Najib disingkir awal awal lagi oleh AMT UMNO sempati dari rakyat masih ada sekarang dah terlambat pulih la apa pun imej rasuah sudah terpalit kukuh.Lebih baik UMNO tersungkur kerana umno boleh bermuhasabah dirinya dan ganti semua pemimpin yang telah rosak dengan muka baru dan perjuangan dan semangat baru sesuai dengan zaman kini.

      Delete
    2. Salam 1 Rajab Cik Nurulhuda Maarof.

      Isteri Najib - Rosmah. Baru2 ini Mak Cik dsn Nyonya kat kampong cakap BOROS Mah.

      Sekali shopping 3 juta.

      Hish hish hish.
      Memang BOROS MA


      Delete
    3. anwar Dan tun m ITU tak kurop ke?
      Yg kasihan lihat si anwar ITU
      Khairuddin ITU tikam anwar semasa tmp dulu .dulu anwar Bantu dia jadi kaya raya, bila najib tak Bantu dia pergi pada tun M.
      Kalau kaya atas dasar jatuh orang tak kemana orang itu.
      Kau yakin ke mahyuddin Dan mukhriz ITU boleh jadi PM mereka sendiri tak penah di menghadapi finah secara besar2 ran, aku tak yakin mukhriz jadi PM jadi MB Kedah pun gagal macam mana jadi pm, kalau sokong dekat Kedah gagal dia perkuatkan mana dia jadi PM, najib 40tahun pm macam2 masalah dari muda sampai jadi PM. Selalu orang bersih dari kontovesi tak kan bertahan lama contohlah paklah sendiri dia senang dijatuh orang.

      Kalau sebab aku pandang orang macam seperti khairuddin ITU sampah sebab dia suka tikam orang selapas matalamat dia tercapai, korang sebab APA khairuddin di buang sebab dia sampah tun m suka tikam orang.

      Sebenar korang tahu tun m suka simpan sampah seperti suadara Mara anwar si khairuddin itu. Aku Naik menampah sudara Mara anwar ITU dah kaya tak sedar diri, tak penah menbantu usahawan bumiputera bila bankrap salah pm Dan umno ITU

      Delete
  8. Ha ha ha...tu laaaa dah bagitau sejak dari dulu lagi, perbetulkan teks buku sejarah negara. Nak sangat sanjung pak arab, budaya arab, pemikiran arab, makan roti arab...bukan saja dari segi pakaian, tapi cara hidop, jiwa dan raga...putrajaya tu architecture arab. Sekarang dah kena kelentong dengan arab pon sampai billion billion. Duit hantar pi Aabar tu apa jadi? Beli unta ke? Orang2 PAS dah diArabkan. Ramai orang umno pon dah diArabkan. Sifat tribal arab ikut telunjuk pemimpin membuta tuli dah meresap ke dalam fabrik bangsa. Habisssd....finish....

    ReplyDelete
  9. DAP jauh lebih baik dari PAS yg langsung takde idea membangun negara.Hanya berpolitik.Umno terlalu perasuah..Jln terbaik PH

    ReplyDelete
  10. Tun Mahathir tersalah langkah? Tidak sekali-kali. Disebabkan Deklarasi Rakyat, ramai yg sebelum ni tak sokong dan tak suka dia pun dah respect dia. He is our wisest leader. Only the dumb and dumber can't see that.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are so right ��

      Delete
  11. salam Tok,deklarasi Tun simple saja.kami orang kampong paham lagu ni..you scratch my back,i scratch yours = win win(deklarasi/rakyat). dua dua pon menang.

    ReplyDelete
  12. Najib yang tubuhkan 1MDB.
    Najib terlibatlah tu.
    Apa pasal tak terlibat?
    Kanak-kanak Permata pun tahu.

    ReplyDelete
  13. Oklah..kira najib x tau apa jadi pada pengurusan 1mdb..cam biasa malas.tp camne plak duit2 yg bank in tu?takde plak cite.1 mdb punya hal..tp yg bank in x jawab lagi.camne nak minta derma sebab sy banyak hutang..x tertanggung akibat salah sendiri masa muda2 dulu.

    ReplyDelete
  14. Salam tan sri,
    Tun tetap bertegas dalam isu 1mdb dari mula sampai sekarang. Pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh tun. Ternasuk mengajak kesemua rakyat malaysia yang hilang keyakinan kepada najib bersatu bagi mendesak najib undur tidak kira fahaman politik dan bangsa serta agama.
    Sesuatu yang diluar jangkauan pemikiran najib dan pro nya yang tun akan bertindak sehingga ketahap itu bagi menyingkirkan najib.
    Tun seolah-olah mendapat nafas dan tenaga baru pada usia 91tahun apabila najib gagal menjawap persoalan yang beliau lontarkan dan sebaliknya najib menyerang tun kembali. Disini najib dah masuk perangkap tun.
    Tanpa berlengah, tun bermain dengan "pemikiran rakyat" untuk rakyat menilai sendiri siapa najib. Tun membakar perasaan rakyat supaya bangun menunjukan kuasa rakyat. Situasi ini meletakan najib dan kuncu-kuncunya dalam bahaya untuk menghadapi pru14.
    Isu anti dap ditiup untuk mengusarkan orang melayu berpaling dari umno. Mereka menyatakan tun berkomplot dengan musuh melayu bagi mengulingkan kerajaan pimpinan melayu. Persoalannya adakah calon dap menentang calon melayu umno dalam pru? Setahu saya tidak ada satu pun kerusi calon umno ditentang oleh calon dap. Dap akan bungkus kalau letak calon dalam kawasan majoriti melayu.
    Sehingga saat ini najib gagal menjawap persoalan tun yang telah pun menjadi persoalan rakyat. Laporan pac mengenai 1mdb, masih gagal memadamkan persoalan yang tun bangkitkan yang juga telah sebati dalam pemikiran rakyat.
    Tingkah laku dan tindakan najib sendiri dalam berhadapan dengan isu 1mdb yang menyebabkan tun dijulang sebagai hero. Tindakan najib juga yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada agensi penguatkuasaan seperti pac, sprm, bnm, pdrm dan ag. Sekiranya najib dan umno yakin mereka masih bermaruah, tubuhkan RCI untuk menyiasat 1mdb, derma 2.6 dan tersilap masuk akaun 42juta.
    Sekiranya tun ditangkap dan didakwa, maka tun akan lebih mendapat simpati dan najib serta umno akan jatuh kelembah yang paling hina dihati rakyat.


    ReplyDelete
  15. Baca dulu dan faham intipati Deklarasi Rakyat.
    Jangan mudah terpengaruh dengan mereka yang berkepentingan.

    ReplyDelete
  16. Yang mustahak bagi TUN Mukhriz jadi PM melalui Abang Din yang akan jadi Goh Chok Tong Singapore, PM sementara. Itu je puncanya. Yang lain2 tu biasalah mamak punya putar.

    ReplyDelete