Friday, 22 April 2016

SENGKETA AHMAD NAWAB DAN JAMAL ABDILLAH DALAM"AKULAH YANG TERAKHIR"

Jamal Abdillah sedang melayan saya di Restoran Khatijah Ibrahim tidak lama dahulu  dalam satu majlis bagi
merapatkan hubungannya dengan Datuk Ahmad Nawab, orang yang menaikkan
namanya dalam industri hiburan tanah air.


Selepas suatu jamuan tengah hari yang diadakan oleh penyanyi agung Datuk Jamal Abdillah kepada penggubah produktif  Datuk Ahmad Nawab, gandingan popular yang menghidupkan dunia hiburan tanah air sekian lama, saya yakin  khabar angin sengketa antara mereka telah berakhir.

Saya dijemput khas oleh Jamal untuk menunjukkan penghormatannya kepada Ahmad Nawab yang dianggap sebagai ayahnya.

Berikutan itu, sebuah akhbar telah menyiarkan tidak pernah ada sengketa antara mereka. Kedua-dua pun menafikan anggapan ini,  tetapi sebagai orang yang rapat dengan mereka saya boleh mendakwa bahawa mereka saling berjauh hati.

Saya kemukakan perasaan Ahmad Nawab pada Jamal dan menasihatkan Jamal meminta maaf tetapi Jamal menyatakan  telah membuat segalanya untuk mengubati perasaan  Ahmad  dan memberitahu saya  "Tidak cukup dengan meminta Maaf tetapi saya akan mengadakan majlis jamuan untuknya" yang kemudiannya diadakan  di Restoran Khatijah Ibrahim di Petaling Jaya.

Saya dijemput hadir sebagai tetamu khas untuk menyaksikan  pertemuan ini tetapi apakah perdamaian perlu diisytiharkan  wujud dalam sengketa yang tidak pernah dirasmikan. 

Masih menjadi pertanyaan ialah kenapa Jamal belum mahu menyanyikan lagu  "AKULAH YANG TERAKHIR" gubahan Ahmad Nawab yang liriknya di tulis  oleh saya.

Mungkinkah  kerana Jamal menyuarakan agar lagu itu dinyanyikan oleh anaknya Osama dan tidak oleh beliau sendiri. Saya tidak tahu tetapi saya masih berharap keduanya kembali berdamai demi untuk peminat di seluruh negara yang lama tidak mendengar suara Jamal dalam lagu baru gubahan  Ahmad Nawab.

 Inilah lirik lagu aku yang terakhir:


AKULAH YANG TERAKHIR
Sejenak berjumpa
Berombak rindu tiba-tiba
Dalam diriku,dirimu jua
Tanpa berkata kita merasa

Sumpahku tiada lagi cinta
Sakit sepi  rindu di hujung usia
Tak ku sangka
fajar  menyinsing ketika senja.

Wanginya engkau dalam diriku
Menyegarkan  irama di jari jemariku
Suaramu syahdu ilhamku
Membisikan ditelinga ku
Akulah yang terakhir bagimu

Mengapa menjelang hanya sekarang
Pastinya takkan lama  denganmu
 Engkaulah yang terakhir bagiku.
Terima kasih indahkan hari hari akhirku.

ZAM




5 comments:

  1. wow bro zam bkn saja wartawan..berpolitik...malah penulis lirik...igt wartawan berita semasa politik saja...tau2 wartawan hiburan pun bro zam sapuuuu...hahaha...gurau je...

    ReplyDelete
  2. Persengketaan antara Ahmad Nawab dan Jamal Abdillah ini adalah menjadi rahsia umum walaupun dinapikan oleh kedua pihak. Mereka harus sedar celebrity adalah hak orang ramai dan mereka tidak boleh membiarkan hal ini menjadi tekateki sekian lama.
    Saya harap kedua mereka mesti berani untuk menemui para wartawan dan mendedahkan pekara yang sebenar supaya industri muzik kita dapat terus berkembang dengan sewajarnya.

    ReplyDelete
  3. Menarik ya, seorang tokoh wartwawan juga seorang penulis lirik lagu.
    Kipidap tan sri...dongibap

    ReplyDelete
  4. Sakadarkan untuk makluman memang saya telah banyak menulis puisi dan lirik bagi lagu yang pernah dinyanyikan oleh Salim dan Jamal Abdulah. Lagu koporat Utusan Melayu yang digubah oleh Ahmad Nawab juga liriknya dari saya.
    Juga lagu SEPI SEKALI yang khusus untuk isteri yang kena stroke yang digubah oleh Datuk Mukhzani Pengarah Orkestra RTM:
    Antara liriknya dari saya:

    Sepi amat sekali
    berteman rasa sendirian
    adanya seperti tiada
    tiadanya seperti ada

    sesekali dalam mimpi
    engkau seperti dahulu lagi
    kemudian ku tangisi
    hakikatnya tiodak sama lagi

    ReplyDelete
  5. Jamal adalah penyanyi idola ramai
    Auranya tidak dapat di tandingi penyanyi di malaysia kecuali mungkin arwah P.Ramlee..pertama skali brjumpa dgn beliau tidak dpt saya lupakn sampai bila2,moga Datuk Jamal Dan Ahmad nawab kembali brkerjasama melahir sebuah karya indah seperti keluhan perantau Dan perpisahan tanpa rela mu

    ReplyDelete