Tuesday, 12 April 2016

PERGINYA SEORANG NASIONALIS MELAYU YANG KENTAL SAID ZAHARI

UTUSAN IKTIRAF PERANANNYA: BACALAH MINGGUAN MALAYSIA HARIINI(17APRIL) 
PAK SAID JADIKAN UTUSAN HEBAT
Samada kita bersetuju atau tidak dengan penulisan Pak Said,kita tidak dapat menafikan bahawa Pak Said adalah sebahagian daripada sejarah Utusan dan Utusan adalah sebahagian daripada sejarah Malaysia. Samada mereka berhaluan kiri  atau kanan,orang seperti Pak Said menjadikan  Utusan itu hebat.

Zainuddin Maidin, The Straits Times,Singapore 13 Januari 2001

KOMEN: WHAT A PITY. THAT WAS INSANE

He was detained in Singapore for 17 years? What was his offense? 17 years is a hell of a long time. He must had been rotten in there. His spirit must had been broken. Incarcerated for 17 years. That was insane. Why did they detain him that long?
His prime years, his youth must had been lost in that windowless four walls. What a pity. Such precious life had been wasted just like that.


TERIMA KASIH " MEMBAWA BALIK" SAYA KEPANGKUAN UTUSAN. I SALUTE YOU FOR THAT

Saya mendapat berita yang tidak lengkap bahawa bekas Pengarang Utusan Melayu Said Zahari yang mengetuai pemogokan seluruh perkerja Utusan Melayu pada tahun 1961 bagi menentang pengambilalihan  Utusan Melayu oleh UMNO telah meninggal dunia hari ini.

Saya mengenangnya sebagai seorang yang telah mengambil saya bekerja di Utusan Melayu  sebagai stringer(pemberita sambilan) di Alor Setar pada tahun 1958.

Penglibatannya dengan gerakan nasionalis kiri yang pro Indonesia apabila menjelang konfrantasi Indonesia telah menyebabkannya di tahan oleh Lee Kuan Yew atau pemerintah  di Singapura selama lebih 17 tahun.

Apapun dikatakan tentangnya tetapi beliau adalah seorang pejuang nasional yang kental, gigih, berani dan keras hati.

Banyak buku-buku yang ditulis mengenainya telah diterbitkan oleh Utusan Publications and Distributors.

Beliau adalah rakyat Singapura tetapi atas sokongan dari saya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Mahathir, beliau telah diterima sebagai permastautin tetap negara ini. Beliau dianggap sebagai warisan Tan Sri Samad Ismail di Utusan yang terus setia berjuang bersama rakan-rakan sehaluan seperti  Usman Awang (TongkatWarant), Semani Mohd Amin dan lain -lain lagi.

Mogok politikUtusan Melayu pada tahun 1961,telah meninggalkan trajidi hitam yang sukar untuk dilupakan bila perpecahan berlaku antara gulongan nasionalis yang menyokong UMNO dan juga yang pro Indonesia yang menyebabkan Said Zahari dibuang  dan penyokong-penyokongnya disemua bahagian  menjadi korban,hilang pekerjaan.
Bagaimanapun permusuhan Said Zahari dengan Utusan telah pulih apabila saya sebagai Ketua Pengarang menjemput beliau  hadir di Majlis meraikan 50 tahun Utusan pada tahun 1989 yang baginya dirasakan amat terlalu besar.
Beliau tidak sahaja hadir pada majlis malamnya tetapi pada siangnya  telah pergi menemui bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Pak Melan Abdullah di rumahnya.Mereka berdakapan dan bertangisan.

Dalam hal ini Said Zahari mencatitkan autograph dalam bukunya Meniti Lautan Gelora yang dihadiahkan kepada saya sempena  pelancarannya  5 April 2001 semasa saya menjadi Timbalan Menteri Penerangan :
Saudara Zam,
Terima Kasih atas keberanian dan kesanggupan saudara"membawa balik" saya kepangkuan Utusan Melayu.Inspite of what had  happened. You did that in 2001 dan now again,lebih berani lagi in 2001. Your sense of history vis-a vis my role in Utusan in the 1950s and early 1960s and your recognition of it,is both remarkble and admirable. I salute you for that.



Antara buku-buku yang ditulis oleh Pak Said yang diterbitkan oleh Utusan Pubilcation and Distributors(UP&D)


26 comments:

  1. al Fatihah. sy sungguh teruja baca Meniti Lautan Gelora

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah

    ReplyDelete
  3. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Semoga damai beliau di sana. Al-fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahari's 17 years
      https://www.youtube.com/watch?v=aaLaeDN4t2U

      Delete
  4. 17 tahun dipenjarakan oleh kerajaan Singapura tidak sedikit pun goyah,contoh seorang pejuang tulin...yg dok ada la ni 'saya pun nak cari makan'...alfatihah untuk allahyarham Pak Said Zahari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He was detained in Singapore for 17 years? What was his offense? 17 years is a hell of a long time. He must had been rotten in there. His spirit must had been broken. Incarcerated for 17 years. That was insane. Why did they detain him that long?
      His prime years, his youth must had been lost in that windowless four walls. What a pity. Such precious life had been wasted just like that.

      Delete
  5. United Malay Nationalist Organisation.Adakah Tun M masih relevan sebagai seorang nationalis pada pandangan datuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun m terima anugarah star of sukarno Dari keluarga sukarno Kejahatan keluarga Sukarno tak lupa oleh perjuang Negara, mereka jahat ingin memusnahkan kesatuan Malaysia ini.
      ADA antara penerima anurgah sukarno ITU bekas Presiden Cuba Fidel Alejandro Castro Ruz, bekas Presiden Venezuela Hugo Rafael Chavez dan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.
      Mereka semua pengamal ideologi nepostism utara. anwar pun pengamal nepotism utara he.he.he Anak didik tun m itu saya tak akan berada heran jika anwar dapat bintang star of Sukarno ITU he.he.he. magawati sukarno pengamal ideologi nepostism utara, dua anaknya berjawatan tinggi di parti pdi ITU jadi mereka pengamal nepotism utara

      Delete
  6. Real pejuang. Alfatehah. Jom juang sama sama Tun Dr Mahathir Mohammad.

    ReplyDelete
  7. Mari kita bersama2 menentang nepostism Dan kronima di malaysia anwar tun m Anak didiknya Telah melakukan kejahatan dengan memecat tan seri Khalid dengan meletak bini nya, tun m telah melakukan perkara serupa dengan meletak Anak nya jadi MB ini dan Melaku kejahatan politik dengan cuba meletak Anak nya ,ini merupakan kejahatn terbesar tun m Dan Anak didik anwar pada parti2 yg menjalankan demokasi di Malaysia, mana pergi kata2 anti nepostim Dan anti kronima pada perjuang refomasi berada dimalaysia kalau tak menentang kronima Dan nepostism di Malaysia habislah parti politik tak lagi dihormati Malaysia ini

    ReplyDelete
  8. demo kasi demo tak kasi komunis kasi dulu komunis tak kasi sekalang PM kena kasi klonismah borosmah.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dap parti terlalu banyak melakukan nepotism di malaysia, sepatut anwar menbasmi nya sehingga lenyap nepotism dalam parti di malaysia ini, ini tak ketua umum melakuan nepotism, mana pergi perjuang anti nepotism yg anwar lawong2 kan itu.
      Sudah tiba masa kita menghapuskan nepotisma dalam dap itu , gerakan anti nepostim dan anti kronima akan terus perjuangnya sehinggkan lenyapnya nepotism di dalam parti malaysia ini, itu sebenar mula2 pkr di tubuhkan perjuang anti nepotism dan anti kroni ,tapi ketua umum anwar telah melupakanya, sebab itu kami menentang habis2 san, sampai hapus nepotisma di malaysia ini , tak kira nepotism dalam umno,dap,pas, pkr kami akan menbasmi nya sampai habis..

      Delete
  9. AL fatiha buat nya

    ReplyDelete
  10. Alfatihah. Tapi kita patut jaga arwah lebih dari yg sepatutnya kerana dia bukan orang sebarangan.

    ReplyDelete
  11. Wartawan Utusan tak cam yang mana satu Dr. Zakir Naik.Tapi menulis pasal dia.Tengok Utusan 14 April.Kesilapan Tun adalah keinginannya untuk mengubah bangsa Melayu menjadi bangsa bermaruah dan sehebat bangsa lain.Namun pada hakikatnya,melayu lebih selesa menjadi paria dan gemar merosakkan kampung halaman sendiri.Oleh itu,Najib adalah orang yang paling sesuai menjadi PM kepada spesis yang bangsat ini.Inilah standard orang melayu.Selepas ini si kulup pun layak jadi PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cerita dengan aku, kalau Tak umno, tak ADA tun m ,ADA faham,
      Dulu aku hormati tun m sebab di pilih oleh umno, sekarang aku tak menghormati tun m ITU sebab sikip lebih suka naikan Anak sendiri dari naik umno itu. Orang telah lari perjuang asal dia tak payah kau hormati dia lagi.

      Kalau betul tun m meningkat bangsa melayu dia mesti betulkan kesilapan sebab dia gagal tingkat 30%ekuaiti bumiputera. Ini dia memilih jalah bermusuhan dengan umno. Jangan lupa umno ADA sejarah mampu buang golongan fanatik tun Hussein onn ketika dia tun m berkuasa dulu, umno mampu buang president onn jaafar ketika dia melupakan perjuangan asal umno itu

      Delete
    2. Kau tak habis-habis berbohong kononnya dulu hormati Tun.Berapa peratus 'ekuaiti' bumiputera yang kau sendiri miliki pada masa itu?

      Delete

    3. 02.40

      Malam-malam macam ini elok bawak solat tahajjud tapi kau memilih untuk merapu tak tentu arah.

      Fakta: Najib menghapuskan peraturan wajib 30% pegangan ekuiti bumiputra dengan menjadikannya hanya 12.5% pada tahun 2009 ketika dia mula-mula jadi PM.

      Yang kau meroyan tuduh TDM apa hal?


      Delete
    4. Tun rakzak berjaya tingkat ekuati 24%, tun m di sokong oleh anak didik anwar pulak turunkan ekuati 16% semua sebab diskaun tun m itu pada kroni apek Penang he.he.he.

      Delete
    5. Apa kau mengarut,...era Tun Razak kita baru menebas hutan nak tanam pokok.Masa tu Malaysia bukan berduit pun,kita sama tahap dengan Korea Selatan.Munafik!

      Delete
    6. Ahmad bashah paling hebat.

      Delete
    7. Mamat ni balun pil kuda dengan air ketum kot

      Delete
  12. turut bedukacita sedalam - dalamnya, turut berbela sungkawa.
    Bangsa melayu harus bangga punya sosok seperti beliau
    cantik alami

    ReplyDelete