Thursday, 28 April 2016

JOHAN JAAFAR AKAN LANCARKAN KARYA ZAM " SAYA BUKAN MENTERI"


Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu dan Pengerusi Media Prima, Tan Sri Johan Jaafar akan melancarkan buku terbaru saya   "Saya Bukan Menteri" di Pentas Aktiviti Utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Serdang, Malaysia Agro Exposition Serdang (MAEPS) pada hari Sabtu ini 30 April jam 10 pagi.
Buku ini adalah memoir kehidupan saya dari seorang anak kampung yang berpelajaran rendah, memajukan diri sendiri dan meningkat dalam dunia kewartawanan, menjejaki tangga sebuah Universiti terkemuka di US dan seterusnya menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu  yang dianugerahkan Wartawan Negara.

Ketika negara menghadapi krisis politik, setelah tersingkir  dari jawatan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, saya telah dilantik menjadi senator dan seterusnya menjadi Menteri yang bukan  menjadi matlamat hidup saya. Ia menjadi suatu penyeksaan batin yang tidak diketahui ramai.

Setelah berakhir karier politik, saya dilantik menjadi Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Mahathir Universiti Utara Malaysia (UUM)  yang antara syaratnya mestilah menghasilkan sebuah buku dan "Saya Bukan Menteri" adalah tajuk yang saya pilih.

Saya amat berbesar hati kerana rakan karib saya, Tan Sri Johan Jaafar yang mengambil alih jawatan saya sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu telah sudi untuk melancarkan buku ini. Ini adalah suatu penghormatan kepada saya walaupun TSJJ  menganggap ini penghormatan saya kepadanya.

Semua warga Utusan, rakan - rakan dan orang ramai yang mengenali atau tidak mengenali saya adalah dijemput untuk turut  hadir bagi memeriahkan majlis ini. TS Johan tidak sekadarkan akan melancarkan buku ini tetapi beliau juga akan memperkatakannya.

9 comments:

  1. Sungguh menarik cerita Zam dan Johan.
    Johan menggantikan Zam di Utusan kerana pengaruh Anwar Ibrahim. Dan Johan sejak dilantik adalah proksi Anwar.
    Zam pula adalah seorang yang tetap tegas pendirian bila berdepan dengan Anwar. Anwar tidak suka pada Zam.

    Zam lebih setia dengan Mahathir. Tapi akhirnya Zam dan Johan; dua bekas Ketua Pengarang Utusan menjadi rakan baik dan setia.
    Seperti kata Zam, dia tidak berdendam dengan Johan.
    Dan Johan pula menganggap Zam adalah orang yang membawanya kembali ke arus perdana.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah cuba dapatkan naskahnya dan dapat bayangkan gaya penulisan yang mudah dan menyentuh perasaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih. Saudara adalah memahami saya sepenuhnya. Nanti kita jumpa lagi. Jika datang ke KL call saya

      Delete
  3. awal awal lagi zam dah pilih kem zahid ketika negara di ambang mendapat PM baru (?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Saya tidak pernah ada kem. Dia adalah Timbalan Menteri saya dulu. Tidak ada sebab untuk saya berada di kem sesiapapun.

      Delete
  4. Hikayat mitos terpahat kekal.
    Sejarah adalah nukilan apa yang telah dialami, dilihat, didengari dan di tafsiri.

    ReplyDelete
  5. TS Zam..tahniah kerana berjaya menerbitkn sebuah memoir yg tentunya akan saya cuba dapatkn..ada satu yg buat saya tk gembira..gambar kulitnya yg menghilangkan mood dan menjadi anti klimak

    ReplyDelete