Monday, 25 April 2016

DISINILAH KAMI BERTUKAR MAKLUMAT RAHSIA LUCU DAN LUCAH

ULASAN TERHADAP" BULETIN SUARA KERAMAT" KETEPIKAN AGAMA DAN POLITIK
panglimo potaseh25 April 2016 at 21:44
Saya tertarik dengan ungkapan untuk mengenepikan perkara politik dan ugama didalam kumpulan whatsap Buletin Suara Keramat suara bekas wartawan-wartawan Utusan .Saya akui kedua perkara ni dah jadi macam rojak .. dicampur gaul dengan semahunya. Kedua perkara ini telah ditegakkan sebagai alat menutup dan melindungi perlakuan songsang dan tak beramanah. 

Pendekatan dakwah kita, walaupun berjaya membungkus wanita kita, tapi ugama ini dah jadi semakin pelik. Setiap langkah ada doanya, teringat saya episod TV 70an, tentang aktiviti harian keluarga Kristian "Little House In The Preire". 

Kebelakangan ini melalui GB dan whasap kita seronok menabur hadis yang tak tentu sahihnya .. akhirnya kita lihat sahaja apa yang berlaku .. berebut tudung, air doa dijual RM4.50 sebotol kecil, makanan sunah, seronok berumrah berkali-kali, setiap yang Arab dan Jawi itu lah agama yang sebetulnya .. dah jadi macam cerita kartoon. 

Cara beragama dinegara kita telah menjauhkan hubungan antara kaum. Dulu pada tahun 80an kita boleh lagi minum teh bersama roti bakar atau nasi ayam di restoren Cina atau pekena nasi atas daun pisang di kedai India, sekarang ni jangan buat pasal. Kalau kita berterusan menjarakan diri dengan orang kafir, jadi macamana untuk kita mengembang U

Dari kiri Hamid Yahya, Latif Nordin, Shamsudin Abu Bakar,  Zam,  Johan Jaafar, Zahari Affandi, Ali Jaafar, Rosle Azmi dan Syed Agil Syed Jaafar(Jurugambar terkemuka). Saya berbaju Melayu kerana tak sempat menyalinnya  dari Masjid di Putrajaya kerana sudah terlewat.
Berdiri dari kiri  Ketua Jabatan Jenayah Selangor  Datuk  Adnan Abdullah, Nik bekas wartawan Harian Sinar,Tan Sri Johan Jaafar(JJ) dan Zam
Sesi Teh Tarik bekas wartawan-wartawan Utusan  di  sebuah gerai  di Malayan Mansion Jalan Masjid India semakin meriah sejak di sertai oleh Tan Sri Johan Jaafar(JJ) yang juga bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu setelah beliau bersara sebagai Pengerusi Media Prima.

Beliau menjadi kesinambungan  dalam memperkukuhkan gerai ini sebagai Kelab Veteran Utusan dari sejak zaman berzaman, bermula dari saya sendiri sejak tahun 1962 dan diikuti oleh  Pak Sako (Ishak Haji Muhammad) dan Osman Abadi Timbalan Ketua Pengarang (Allahyarham)  dan kemudiannya Ahmad Idris Pengarang Mingguan Malaysia (Allahyarham).

Mulanya JJ datang sekejap atas jemputan saya  dan hilang tetapi setelah bersara dari Pengerusi Media Prima beliau tidak lagi ketinggalan untuk bersama kami malah lebih awal dari semua pada setiap pagi hari Ahad. Sesi ini bermula dari  jam 7.30 pagi.

Kedatangan Ex Utusan ke sini semakin ramai apabila JJ secara sukarela menyeliakan "Buletin Suara Keramat" yang merupakan suara khusus bekas wartawan Utusan. Ia merupakan kumpulan WhatsApp paling aktif di Malaysia kerana keanggotaannya adalah bekas - bekas wartawan yang penulisan tidak merumitkan mereka dan menjadi satu ketagihan.

Bagaimanapun Buletin ini mengharamkan perbincangan politik dan dakwah agama sebaliknya hanya mengenai kisah sosial diri  sendiri dan kenangan masa lalu samaada dengan berpantun, bersajak atau catatan ringkas.

JJ tegas dalam mengharamkan dakwah dan politik yang dipersetujui oleh semua anggota lebih 100 orang. 

Buletin ini juga telah memainkan peranan dalam mendekatkan kembali hubungan antara wartawan bersara Utusan di seluruh Malaysia, mengaktifkan ziarah rakan-rakan yang uzur, menghadiri majlis kenduri dan pertemuan teh tarik, makan tengah hari, pagi petang siang malam selain dari rutin mingguan di Jalan Masjid India.

Tidak pernah terfikir  WhatsApp akan mengembalikan perhubungan kami.

Buletin  inilah juga yang telah mendorongkan semakin ramai bekas wartawan Utusan berada di Gerai Teh Tarik Malayan Mansion setiap hari Ahad.

Ahad kelmarin sebuah meja  di gerai ini dikuasai oleh Ex Utusan kerana kehadiran yang lebih ramai, diantaranya Zahari Afandi seorang novelis terkenal dan juga Shamsuddin Abu Bakar  bekas Setiausaha akhbar Menteri Penerangan Mohd Rahmat.

Suara Zahari biasanya memekak dan memeriahkan suasana dengan cerita-cerita lucu dan rating X serta kawan-kawan bertukar cerita rahsia tentang raja, menteri, orang-orang besar yang rahsia mereka menjadi maklumat privilege  kepada wartawan-wartawan.

Janganlah marah, jika kami para wartawan menjadi manusia yang sukar untuk percaya kepada sesiapapun, yang dalam kedudukan apapun, yang setinggi mana sekalipun darjat dan kebangsawanan mereka  kerana kebanyakan  kami kenal luar dalam mereka.

Di Gerai Teh Tarik Malaya Mansion ini kami sering bercerita semula  dan bertukar  maklumat rahsia yang benar antara kami sahaja yang tidak boleh kami tulis masa berkerja dahulu  dan sekarang pun  untuk kami sahaja tetapi kami juga berterus terang bila meja kami kadang - kadang di kongsi bersama  oleh Ketua Jabatan Jenayah Negeri Selangor Datuk Adnan Abdullah.

Datuk Adnan datang dari Shah Alam kerana lazatnya Teh Tarik di Gerai ini.




15 comments:

  1. salam

    dato..saya masih merasakan jj merupakan oranng kuat ai..kalau ada sidang apa ntah kat tibi3 dialah yang akan turun untuk temu bual..lupa rancangan tu...

    pandangan dato camne

    gie7

    ReplyDelete
  2. Saya tidak pernah menyimpan dendam pada Johan,malah kami mempunyai perhubungan yang baik semasa dia menjadi Ketua Pengarang Utusan yang mengambil tempat saya.Ketika saya berada di London,dia sering menulis surat pada saya medmberikan berbagai maklumat terkini.

    Comradeship kewartawanan mengatasi segalanya dan dia mengakui hakikat bahawa sayalah yang membawanya balik ke aliran perdana( baca tulisannya di Star minggu lalu)

    ReplyDelete
  3. Haram kan politik tu ok, tapi haramkan dakwah adalah bertentangan dengan suruhan Allah...
    Adakah mengajak kpd kebaikan itu haram?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca lah dan fahami Al-Quran sebenar.Dakwah yang kita banggakan tidak membawa kemana,kerana terlalu banyak yang bertentangan dengan Al-Quran.Kita sebenarnya menganut agama lain dari yang disampaikan Allah dalam Al-Quran.

      Delete
    2. harap maklum
      apatah nak didakwah dlam grup mereka salangkan mereka semua beriman dengan yg tauhid
      harap maklum

      Delete
    3. Menganjur kebaikan itu baik tapi tak semestinya berdakwah.
      Dakwah sekarang macam2. Dakwah tabligh ada. Taliban, isis dll.
      Ayah pin pun berdakwah. Tuhan Harun pun gitu. Tak payah sebut pasal dakwah. Kebaikan adalah sifat universal. Yang membunuh ditanah arab tu sekarang tu apa? JJ dah buat tu betul. Dia tahu kalu masuk bab dakwah ni habis bercelaru.

      Delete
  4. anggota Buletin Suara Keramat25 April 2016 at 18:52

    Cukuplah dengan berdakwah di TV di masjid dan kami tidak mahu menimbulkan persengketaan dan salah faham.Terlalu ramai orang yang nak jadi ustazah dan ustaz. Dalam Buletin kami tidak ada tempat bagi orang bagini keraka kami hendak mengekalkan keharmmonian dan dan persaudaraan dalam Islam.
    Agama lebih banyak membawa perpecahan dan syarahan agama dan dakwah menerusi TV pun sudah cukup untuk membawa kejumudan di kalangan orang Islam di negara ini. Tidak semua dakwah positif malah lebih banyak negatgif terutama kerana ustaz dan ustazah hanya berpendikan Arab dan agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.Kita adalah penganut agama Arab.Jauh daripada apa yang Allah sebut dalam Al-Quran.Cuba baca dan fahami betul-betul.

      Delete
  5. dakwah dalam wassap je yg diharamkan. copy paste. itu la yang mampu dibuat tapi tak faham. benda yang sama di paste berkali kali oleh orang yang berlainan dalam group yang sama. paste tapi tak baca orang lain punya serupa jer bahan dakwah.

    ReplyDelete
  6. panglimo potaseh25 April 2016 at 21:44

    Saya tertarik dengan ungkapan untuk mengenepikan perkara politik dan ugama didalam kumpulan whasap Pak Zam. Saya akui kedua perkara ni dah jadi macam rojak .. dicampur gaul dengan semahunya. Kedua perkara ini telah ditegakkan sebagai alat menutup dan melindungi perlakuan songsang dan tak beramanah.

    Pendekatan dakwah kita, walaupun berjaya membungkus wanita kita, tapi ugama ini dah jadi semakin pelik. Setiap langkah ada doanya, teringat saya episod TV 70an, tentang aktiviti harian keluarga Kristian "Little House In The Preire".

    Kebelakangan ini melalui GB dan whasap kita seronok menabur hadis yang tak tentu sahihnya .. akhirnya kita lihat sahaja apa yang berlaku .. berebut tudung, air doa dijual RM4.50 sebotol kecil, makanan sunah, seronok berumrah berkali-kali, setiap yang Arab dan Jawi itu lah agama yang sebetulnya .. dah jadi macam cerita kartoon.

    Cara beragama dinegara kita telah menjauhkan hubungan antara kaum. Dulu pada tahun 80an kita boleh lagi minum teh bersama roti bakar atau nasi ayam di restoren Cina atau pekena nasi atas daun pisang di kedai India, sekarang ni jangan buat pasal. Kalau kita berterusan menjarakan diri dengan orang kafir, jadi macamana untuk kita mengembang Ugama Islam .. tiap masa asyik tegakan je ugama ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas tulisan Tuan. Sebab tu la bukan melayu tak mau anak2 masok sekolah kebangsaan. Mereka tak takut murid2 melayu, tapi para guru nya, lebih lebih lagi guru dari kampong. Semua ni dah terjadi masa zaman sekolah saya di tahun 80an, atau pon lagi awal dari tu. Guru2 melayu sibuk nak sebar islam kat anak murid bukan melayu. Yang ironiknya, para ustaz dan ustazah tak pulak buat semua ni di sekolah.

      Delete
  7. Apabila kuku sudah tidak boleh mencengkam.
    Zam + JJ akan buat apa saja untuk terus popular.
    Kepada semua yang terlibat tak payahlah buat apa-apa.
    Zaman kau orang semua sudah pun berlalu.

    ReplyDelete
  8. Mencari makanan yang halal itu wajib Panglimo Potaseh. Menjauhi yang samar2 status halalnya itu dituntut kerana ia menjadi darah daging kita. Bukankah nasik ayam restoran cina dan lain2 tu samar2 status halalnya, mungkin kuali dan peralatannya sekali guna untuk memasak babi. Sedangkan benda2 sepertu pakaian dan kenderaan yang kita ragui kualitinya pun kita tinggalkan. Mengapa tidak yang berkaitan halal haram seperti apa yang masuk ditekak dan menjadi darah daging seperti restoran cina dan india?

    ReplyDelete
  9. salam tok zam,tulong habag kat tok JJ sat..awat la ni TV3 dok merapu sakan.Depa lapog brita atau lapog skrip kakak tua

    ReplyDelete
  10. Tan Sri,
    Salam terima kasih kerana sudi bergambar dengan saya, Cikgu Joe Ban Khuan Satun Thailand.
    Aktivis Bahasa Melayu yang bergerak solo.
    Gaya penulisan Tan Sri menjadi teladani saya.
    Keep up writing with Briliant Ideal.
    Salam Dunia Melayu Ku.
    p/s : pls uncheck Robot.txt at Blogger Setting, if not Google cannot search and found your blog.
    my email : karlisahalim@gmail.com

    ReplyDelete