Thursday, 24 March 2016

TPM GHAFAR BABA: RAJA ADIL RAJA DISEMBAH

  1. Dari Twitter :
  2. Masakan TPM Ghafar Baba akan berkata Raja adil raja disembah raja dhalim raja disanggah(CATITAN PERBAHASAN PARLIMEN) .Tanpa Tun masa itu Raja bermaharajalela.TMJ ingatlah sejarah
  3. TMJ IMBAS SEJARAH 1992 DI BAWAH DR MAHATHIR.RAKYAT LEBIH INGAT SEJARAH PRIVET ADAM MENGAMUK DI CHOW KIT
  4. Dunia gempar 35 mati beratus cedera serangan bom di Brussels tapi dunia tak gempar ratusan umat Islam mati tiap hari dilagakan Barat


TUNKU MAHKOTA JOHOR HENTAM TUN MAHATHIR


68416
 23 Mac 2016, 4:28 petang      23 Mac 2016, TunkuMahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengimbas semula sejarah hitam pada tahun 1992 semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengingatkan kerajaan supaya tidak mengulangi apa yang berlaku atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa.
“Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan.“Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan SetiaNegeri Johor, ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.“Malah bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. 
Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab,” katanya dalam posting di Facebook.(lihat penuh dalam Malaysiakini dan Utusan Malaysia)

24 comments:

  1. I was very young when Tun M put a motion to restrict the power of Sultans. What I remember then was the sultans and kerabat, Johor's in particular was alleged as behaving like thugs.

    I don't know whether it was true or not but the rakyat then believed the royalties beat or slap people indiscriminately for the flimsiest of reasons e.g. overtaking their car or not giving way on the road.

    Rakyat was quite happy that Tun M managed to pass a law to make the royalties accountable for their behaviours.

    I personally believe the majority of rakyat accepted the royalties as a check and balance to the politicians' power but with the clear ineffectiveness of it as clearly shown in 1MDB scandal, the support might turn.

    ReplyDelete
  2. Maaf saya berkira isu ini tidak wajar langsung dibangkitkan kerana ianya hanya akan membuka satu perbahasan yang akan memalukan pihak yang memulakannya. Segala kisah silam, kisah busuk, kisah dalam kain dan gosip-gosip liar akan didedah kembali dan ianya hanya akan memalu dan memalit nama busuk kepada institusi yang kita muliakan dan pertahankan selama ini. Saya sedih dan saya harap TMJ janganlah begitu. Beliau sudah mula dihormati dan didengari pendapat progresifnya. Tapi yang kali ini adalah tidak sepatutnya diungkit walau seinci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, TMJ langsung tidak menunjukkan 'jari' Baginda kearah Dr.M. TV3 yang berlebihan cari isu untuk memburuk-burukkan Dr.M. Langsung tidak sebut nama Dr.M pada posting TMJ.

      Kalau saya jadi TMJ, sudah tentu saya saman TV3 kerana memutar-belit kata-kata Baginda. Desak TV3 minta maaf secara terbuka kepada Baginda atau Dr.M.

      Delete
  3. Zam,dalam ini kes TMJ silap.Krisis perlembagaan 1992 bukan disebabkan kuasa tamak haloba oleh TDM,ianya jelas salah guna kuasa oleh nenda TMJ sendiri.

    ReplyDelete
  4. TMJ nampaknya lupa layanan terhadap keluarga DiRaja Terengganu yang dizalimi di Johor dulu semasa atoknya dulu bermaharajalela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesungguhnya, Allah berfirman dalam Quranul Karim bahawa tidak suatu jiwa akan di pertanggungjawabkan beban dosa2 jiwa yang lain.

      Delete
  5. Yang satu kisah pegawai navy kena lempang tu sebab ketawakan seorang kerabat terjatuh dari perahu tu kat negeri mana berlaku ye?

    ReplyDelete
  6. Salah siapa? Siapa yg bertindak dahulu dan kesannya. Pandangan daripada satu pihak sahaja. Kalu tdm salah, kenapa diberi dk johor. Tak yg pertikaikan itu. Tmj kecil lagi masa tu. Fahaman ikut akal kecilnya ketika itu.

    ReplyDelete
  7. Apa mahathir buat pada 1992 bersesuaian dengan suasana dan kehendak rakyat pada masa itu. Dan syabas TMJ dan sultan johor masa kini, banyak bersuara untuk rakyat. Terbaru laporan The Star pagi ni, Sultan Johor bertitah melayu adalah melayu, bukan orang arab. Yang nak jadi arab boleh pergi Arabia. Spot on. Bagi saya, Melayu yang nak jadi arab, tapi tak mau pi semenanjung arabia, boleh la naik unta tiap tiap hari.

    ReplyDelete
  8. Keluar saja dari Malaysia.Lagi pun di luar negara mereka memanggil diri sebagai The Kingdom of Johore,King of Johore,The Princess of Johore,dan ada bala tentera sendiri.Lantik Ahmad MustLearn jadi PM.

    ReplyDelete
  9. Salam Tan Sri,

    Ungkapan itu adalah ungkapan keràmat yang patut jadi cogan kata parti yang dimasyhorkan sebagai parti keramat.Ia memadai untuk memeperingati sesiapa sahaja supaya senantiasa berlaku adil dan saksama bukan terhad kepada pucuk pimpinan semata-mata bahkan juga kepada ketua-ketua kecil yang merasakan diri mereka besar.

    ReplyDelete
  10. Harap TMJ berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan kerana nanti akan terkeluar semua aib kaum kerabat raja2 di Malaysia.Rakyat sekarang bukan dizamam purba lagi mengikut apa saja arahan dan menyembah tak tentu pasal.

    ReplyDelete
  11. APA boleh buat pada orang tengah sakit pada kerajaan Malaysia ini, ITU je aku persoalkan, macam INI kes hitam kerajaan johor kami tak disebut lagi, aku bukan pertahankan raja jika buat salah tapi kena berfikir,tun m bermusuhan dengan ku li, Dan buang tun abas,untuk berlaku adil habis tahanan isa di bebaskan dan buat hura hara di bebaskan ,INI lah hasil tun m itu. Semua kita lihat orang di bebaskan buat bersih 1,2,3,4 ,hasil nya najib terkena, semua gara2 bebaskan tahanan isa itu, Korang fikirkan ia, nanti orang cakap najib hapuskan isa tapi orang bebaskan tahanan isa sedang buat rusuhan bersih 1,2,3,4 pulak disanjung pulak

    Apa lah jadi pada dunia ini
    Orang bebaskan isa dan orang kena isa bergabung tenaga untuk jatuhkan najib tak kena mena dengan krisis pelembagan Malaysia ini

    ReplyDelete
  12. Yang ni den sokong Dr Mahathir .

    Masih ingat lai caddy yg malang tu kono boda kek rajo yg zalim ...
    Kek mano ehhh ... ?

    Waghih

    ReplyDelete
  13. Semalam, Bulletin TV3 sanggup jadikan isu ini sebagai tajuk utama, 'menghentam' Dr.M.

    Saya pun teringat juga insiden Prebet Adam mengamok di Chow Kit. Masa tu saya menyewa bilik di Jalan Taiping, dekat Jln. Pekeliling, seberang jalan HKL.
    Saya juga masih ingat bagaimana seorang CO (Pegawai Memerintah) KD Perak (kalau saya tak silap) di sepak-terajang sehingga lemas di jeti Selat Tebrau, 1984, yang menyebabkan TLDM yang masih ada pengkalan di Woodland, ketika itu, hampir 'mogok'.

    Berapa kah umur TMJ, ketika 1992 atau 1984?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TMJ masa tu kencing dlm diapers lagi...

      Delete
  14. Amat benar sekali,rakyat tak pernah lupa punca prebet Adam mengamuk dan kes seorang pemain hoki...raja adil raja disembah,kalau berlaku zalim pasti rakyat sanggah.

    ReplyDelete
  15. Nk bubar JMF..?
    1990-1995
    Mentri Pertahanan : Najib razak

    ReplyDelete
  16. TMJ ni bukak kotak Pandora, keluarlah segala katak, ular,
    jengking, cengkrik dan lipas. Dia pikir dia seorang ada
    kenangan hitam, satu Malaysia pun ada macam-macam kenangan
    hitam berkitan krisis perlembagan 1992. Bila semua orang mula mengignati kisah-kisah hitam masing-masing, facebu pun penuh
    dengan kiriman kenangan hitam, TMJ mula teasa bahangnya.
    Dia pun buat U turn - dia bukan kaitkan Tun Det, tapi Kerajaan
    Persekutuan. Tulah TMJ, kalau otak sebesar semut, jangan dibuka
    kotak Pandora. Nanti tak terkawal jadinya. Sendiri dapat malu.

    ReplyDelete
  17. TS Zam
    Says ingin bertanya TS apakah wujud Bangsa Johor. Yang says tahu bangsa Melayu, Cina dsbnya. Sebutan Bangsa Johor hanyalah 'a figment of someone's imagination' saja. Perhaps illusions of grandeur would be more appropriate. Kalau ada lah Bangsa Johor tentu ada Bangsa Kelantan, Terengganu dsbnya. Mendewa-dewakan bangsa sebuah negeri yang kecil tidak membantu dalam memergabatkan bangsa Melayu kerana ia hanya akan menyemarakkan perpecahan bangsa Melayu yang kini telah pun berpecah.
    Saya juga bersetuju dengan TS bahawa masih ingat Pr. Adam yang mengamuk. Mungkin TS boleh menyorot semula kisah tersebut supaya orang ramai dapat mengambil iktibar dari kejadian tersebut. Jangan lupa juga TS ceritakan tentang seorang jurulatih hoki yang ditumbuk oleh seorang yang berkuasa.
    Saya juga difahamkan bahawa perlombongAn bauxite di Pahang banyak didalangi oleh sekumpulan elit Melayu (bukan ahli politik) yang tidak dapat dikawal oleh pihak penguatkuasa kerajaan.
    Dalam hal krisis perlembagaan yang telah ditangani oleh Tun M saya menyokong kuat usaha beliau itu.
    Mungkin orang ramai patut baca buku ' Kisah Pelayaran Munshi Abdullah Ke Pantai Timor ' untuk mempelajari bahawa zaman dahulu rakyat marhaen telah diperlakukan dengan zalim oleh pihak pemerintah pada zaman itu. Alhamdulillah zaman itu telah berlalu. Mohon doa kepada Allah supaya keadaan seperti itu tidak akan berulang lagi dan juga kesempatan untuk sesetengah golongan elit menindas golongan marhaen walaupun secara tidak langsung dapat terus dihindarkan.

    ReplyDelete
  18. Budak hingusan yang mesti belajar sejarah.
    Kalaulah Pte Adam boleh cerita kenspa dia mengamuk kat Chow Kit kan bagus. Tanya BG Gen Dahlan.
    Bukan BG celop.
    Berlagak tak kena tempat.

    ReplyDelete
  19. But I support kerabat Diraja Johor and Tun M.
    Both have their arguments.
    And how about Saudi Arabia sponsoring terrorists and fanaticism?

    ReplyDelete
  20. kes prebet Adam tu mungkin buku tidak bertemu dengan ruas....tapi ingatlah darah sama2 merah....!!!!

    ReplyDelete
  21. Kali ini TMJ dah buat silap. Kesilapan yang tak harus dibuat kerana jika ini dibiarkan jadi isu yang berpanjangan maka buruk padahnya. Bukan kepada kerajaan pusat atau rakyat jelata tetapi kepada institusi kesultanan itu sendiri.

    Cerita sejarah lama cetusan emosi dari seorang budak yang belum pun akil baligh pada waktu tersebut apakah akan dapat menepis fakta akan sebab dan punca terjadinya krisis perlembagaan waktu itu.

    1.) Kes Prebet Adam yang mengamok di Chow Kit kerana adiknya...
    2.) Jurulatih hoki skuad remaja Johor dilempang kerana putera...
    3.) Imam Majid Negara dilempang kerana menegur emas dan sutera...
    4.) Kereta-kereta mewah yang dilarikan dari airport....
    5.) 'Tengku Wong' yang mendapat konsesi balak milik kerabat...

    Sebenarnya ada banyak lagi dan yang tersenarai diatas sekadar yang menjadi isu pada waktu itu hingga terpaksa Tun M masuk campur..

    Mohon TMJ menarik balik kenyataannya dan mohon juga krisis perlembagaan yang dulu dijadikan iktibar supaya tak terjadi sebarang penyesalan di kemudian hari.

    ReplyDelete