Friday, 18 March 2016

SEKARANG UMNO PULA BOLEH MINTA PRESIDEN PAS BERUNDUR

Haji Hadi kini berimej baru berkopiah warna merah, tidak lagi berwarna putih
seperti sebelum ini
.
KOMEN: LANSKAP POLITIK NEGARA AKAN BERUBAH
TS Zam,
Melihat kepada senario ini ,saya dapat rasakan yang lanskap politik nagara akan berubah selepas PRU14 ,parti jenis orentasi agama dan kaum akan pupus perlahan lahan.
SEKARANG UMNO PULA...
Saya  menyangka bahawa PAS mempunyai kekuatan tersembunyi apabila Datuk Seri Haji Hadi Awang menghebahkan rancangannya untuk kerjasama politik dengan parti politik pembangkang dan NGO.

Tetapi debaran dan keghairahan rakyat menunggu pengumumannya itu runtuh dalam kekecewaan dengan pandangan rendah sebaik sahaja diumumkan kerjasama antara PAS dengan IKATAN - sebuah parti tidak ternama, yang boleh dikatakan tidak mempunyai pengikut, malah intigriti peminpinnya menjadi persoalan masyarakat, khususnya ahli dan pemimpin UMNO sendiri yang pastinya tersenyum kambing dengan pengumuman itu.

Dari sebuah parti yang dianggap berwibawa, tiba-tiba PAS  hilang identiti Islamnya yang menjadi kelebihan dan kekebalannya untuk membawa perpaduan Islam dan Melayu. Imejnya lebih kuat ketika bersendirian.

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bukan Anwar Ibrahim yang walaupun tercalar parah moralnya, tetapi masih mempunyai pengikut fanatik yang setia buta kepadanya.

Apapun kriteria, perhitongan PAS atau presidennya dalam memileh IKATAN tetapi jika strategi ini PAS anggap sebagai  langkah pertama ke arah mencetuskan gelombang besar kebangkitan semula PAS, ternyatalah ia tidak meninggalkan impak yang besar, sebaliknya memperkecilkan imejnya sendiri sebagai sebuah parti politik Islam.

Langkah ini memperlihatkan PAS benar-benar berada dalam keadaan "putus asa" sehingga mahu bergantung di dahan yang busuk dan reput.

Saya menyangka PAS akan berkerjasama dengan PERKASA sebuah NGO berpegaruh besar pimpinan Datuk Ibrahim Ali yang walau apapun dikatakan orang tentangnya, tetapi tidak boleh dinafikan kalibernya yang senantiasa memeriahkan kancah politik tanah air dan tindak tanduknya terus menjadi perhetongan dan perhatian umum.

Dengan Abdul Kadir menjuarai kerjasama dengan PAS, saya tidak fikir Ibrahim Ali akan bersedia menjadi Pak Turut.

Kekuatan PAS berkubu di Kelantan, tetapi dengan intigritinya tercabar kerana penggabungan dengan IKATAN, maka besar kemungkinan kubunya di negeri ini juga akan tergugat dan akan membolehkan penetrasi PAN yang lebih mudah ke negeri itu.

Pakatan politik baru PAS melenyapkan kekuatannya untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO, malah Pas tidak berada pada taraf yang membolehkannya untuk memberikan syarat kerjasama dengan UMNO sebaliknya mungkin orang PAS sendiri yang mahukan Hadi berundur sebelum PRU 14 kerana kopiah putihnya pun telah bertukar menjadi merah.

Benar sekali seperti kata Penasihat DAP Lim Kit Siang, pakatan politik baru PAS ini "seperti kosong tambah kosong bersamaan kosong."




35 comments:

  1. ITU zam tak fikir startegi hadi ITU dia kerjasama kadir bijak tarik orang Cuba bayangkan , parti cinta Malaysia sertai nya bekas sempihan parti gerakan Dan dap INI ia akan menambah kekuatan block baru ,untuk kaum cina, APA boleh dibuat block baru INI adalah tarik bekas mb Selangor kahlid ibarham ITU ,Dan bekas ahli pkr tak sealiran dengan anwar, anda Cuba bayangkan pas berjaya tarik sepihan bekas ahli parti mic ITU, ITU tak fikir oleh ramai orang,

    Block baru vs pakatan haramjadah vs bn dalam tiga penjuru

    Ia pertandingan paling hebat di Malaysia ini pada pru14 nanti ia juga Sebagai perang tiga negara, bn kena bersiap sedia perang tiga negara ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini adalah pendapat yang penuh dengan khayalan. Semua parti yang disebut tidak popular dan tidak ada pengaruh langsung malah khayalan lebih dahsyat ialah untuk menarik bekas MIC. Apa pengaruh mereka. Bolehkah bantu naikan imej Pas?

      Sebenarnya langkah Pas bersatu dengan ikatan ini adalah membunuh diri yang sudah pun berada dalam keadaan terchungap-chungap.

      Delete
    2. Ya, tahun lepas ketika 1MDB meletop, ramai Melayu yang berfikir, PAS adalah alternatif to UMNO. Tapi, bila Haji Hadi duduk sepentas dan sedondon dengan Najib, fikiran ni terus berubah. Dengan membentuk pakatan dengan IKATAN,
      sah memang PAS pun dah jadi macam umno - The game is over!
      Harap akan muncul satu party baru dengan pemimpin yang berkalibar dan AMANAH. Barulah kami rasa selamat untuk mengundinya.

      Delete
    3. hati manusia mana kita tahu, tak ada istilah bunuh diri dalam politik ,Cuba anda fikirkan, jika pas janji tukar pendapat bahawa semua kaum di Malaysia mesti minta pendapat hukum hudud sesuai adakan di Malaysia atau tak Dan orang bukan Islam boleh terima hukum ITU atau, jika lihat hanya kelantan terenganu,peris,kedah senang pendapat di terima pendapat hukum hudud ITU, diketaui oleh pas ITU sendiri. Di China dulu ramai ramai terima hukum komunis sebabnya ia adakan pada tahun 50an ia senang dibuat ketika itu ramai memandang tinggi undang2 komunis walaupun negara China berbilang agama Dan etenik ,di zaman Sekarang sukar di lakukan sebab popilasi Islam di malaysia 60% Dan bukan Islam 40% sukar dilakukan dilakukan ITU akui oleh president pas ITU sendiri hanya negeri tertentu he boleh melakukan undang2 hukum hudud sebab popilasi umat islam 80% diakui pas president pas ITU, kalau block baru memerintah Malaysia Dan melaksanakan hukum hudud mereka boleh tapi hanya negari popilasi penduduk Islam 80% je mereka boleh laksanakan undang2 hudud itu ,negeri penang,pahang,Selangor,johor,perak,K.L,melaka,Serawak,sabah,negeri9 kurang sesuai melaksanakan hukum hudud ITU sebab popilasi umat Islam kurang 80%,sebab bn itu tak nak melaksanakan hukum hudud perkara INI disedari pas ITU, sebab ITU hadi awang tukar manifosto kepada negara kebajikan pru13.

      Tapi walaupun aku tak dapat data penduduk Islam Dan bukan di Malaysia INI hanya pendapat je jadi jika pas nak sangat buat hukum hudud pas fikir dapatkan data penduduk beragama, kena sedar zaman Sekarang bukan zaman nabi Dan bukan zaman 50an senang2 nak laksanakan hukum hudud. Kalau laksanakan mesti ada akal fikir

      Bagi aku block baru boleh berjaya jika Ada kesungguh pas Dan ikatan menarik bukan Islam,bekas parti bn Dan pakatan Rakyat itu ,jika pas berjaya menerangkan mereka mana2 bekas bn,pkr,dap,mic,MCA tentang maktelamat penubuhan block baru ITU pada Rakyat Malaysia itu,barulah pas akan berjaya

      Delete
  2. Paksu ZAM, kosong + kosong jawabnya sama-sama kosong

    ReplyDelete
  3. Satu percaturan yang salah. Sekiranya Pas berjuang bersendirian ia akan sedikit sebanyak memberi kekuatan pada ahli-ahlinya malah akan terus dihormati. Pas yang dulunya mampu memberi saingan dalam arena politik negara, sekarang kelihatan amat lemah dan tenggelam punca. Berbaliklah pada matlamat asal.

    ReplyDelete
  4. Salam Tan Sri,

    Saya keliru. Pas yang hilang arah atau presidennya . Sungguh tidak disangka Hj. Hadi bukan sahaja membuang seban yang juga pakaian sunnah tetapi membuang ketayap putih yang dilihat telah sebati dengannya . Ketayap putih dan serban adalah simbol sebagai "tok guru " dan seorang "ulama". Adakah presiden Pas itu kini mahu membuang simbol itu daripada dirinya kerana mencari laluan politik popular untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang ? Hanya Allah yang maha tahu.

    ReplyDelete
  5. panglimo potaseh18 March 2016 at 19:10

    Saya lihat sejak Nik Aziz pergi PAS semacam hilang haluan. Kapten kapal barunye melalau tak tentu arah. Keadaannya seakan layar dikibar sauh dijatuhkan .. pusing-pusing tang tu jugak, angin jika tiup kuat sikit siap lah kamu dengan pelampong .. itu pon kok ada pelampong. Ilmu pelayaran cara ini mungkin diperolehi daripada Najib.

    ReplyDelete
  6. TS Zam,
    Melihat kepada senario ini ,saya dapat rasakan yang lanskap politik nagara akan berubah selepas PRU14 ,parti jenis orentasi agama dan kaum akan pupus perlahan lahan.

    ReplyDelete
  7. Woi....sumanya cari makan dengan cara berpolitik....tu lah jadinya....mereka berjuang utk tembolok memasing...yg bodoh penyokong.....menyokong org politik mereka yg dapat jawatan..penyokong dapat kebangangan

    ReplyDelete
  8. Salam zam.
    hadi = najib. Bezanya hadi lahir dalam pas dan najib lahir dalam umno. Yang menaikan nama najib adalah umno dan bukan kebolehan najib itu sendiri.
    Negara akan bankrup kalau ber PM kan orang yang kosong fikirannya seperti mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah kemungkinan Najib sudah pakat sulit dengan Hadi supaya PAS terhilang sokongan Melayu dan ahlinya jadi pilih UMNO Najib pula dalam PRU14?

      Delete
  9. PAS kembalilah kepada ajaran islam yang sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi Awang dan Nik Aziz berakidah Ibn Taymiyyah ... iaitu mereka mahu menjisimkan Zat Allahu Subhanu wa Ta'ala, lagipun bercampuradukkan Rabbil alameen dengan ciri2 makhluk yang terjadi (mujassimah & mutasyabbihat). Yang teruk sekali kelompok ini selagu Wahhabi bercenderung kepada mentakfirkan muslim yang tidak sehaluan dengan mereka. Apa pada orang mukmin kalau jenis ini mahu hukum hudud atas kita?

      Delete
  10. Mana perginya serban hadi awang ????

    ReplyDelete
  11. TS sebenarnya parti ini sekarang tinggal indah kahabar dari rupa dgn tiadanya pemimpin pro mereka ni jadi tong kosong semua ahlinya nak jadi jaguh tetapi tidak berkualiti nadib lah apa akan jadi dgn parti ini

    ReplyDelete
  12. Pas skrg hanya bercita2 menjadi PEBANGKANG dulu, kini n selamanya... tiada lagi cita2 jadi pemerintah Malaysia......

    ReplyDelete
  13. Apo pulak topik camtu DS ?

    Macam jeles ajo !
    DSN dah berbaik dgn TGH . Kan elok tu .
    Tanggung jawab kito sesamo islam iolah merapatkan silatulrahim . Kito patut galakkan .
    Membuek sindiran camtu seolah kito menentang ajaran Nabi kito supayo bersatu .

    DS patut mempamirkan tindakan yg.positib pado generasi mudo .

    Subhanallah .

    Waghih.

    ReplyDelete
  14. Berita PAS -Ikatan tenggelam bila guan eng buat open house. Ha ha ni la baru roti telor, bukannya lari dari wartawan macam "pahlawan" bugis. Merah padam muka orang umno penang, lebih sudu dari kuah, kuah basi pulak tu. Dah jadi bahan lawak kat penang, sebab tak berani bersemuka dengan guan eng....padan muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He.he.he. kes Rumah guan end sedang di siasat sprm
      Guang end nak bodohkan wartawan pergi melawat Rumah guan end ITU siap cakap guan end 'no swimming pool he.he.he APA banggangnya guan end ,ingat kita orang bodoh sangat ke? Nak masukan harga tanah dengan harga swimming pool itu.
      He.he.he.
      Sila jawab rasuah di buat oleh pembangkang itu

      Delete
    2. "Sila jawab rasuah di buat oleh pembangkang itu". Rasuah apa anon 11.47? Bagi la bukti kat sprm!!! Tulis la kat sini, saya pasti blog TS akan jadi famous lagi kalu awak bagi bukti.

      Gan eng sendiri bagitau sprm cepat siasat kes rumah dia. Nothing to hide! Sekarang baru hang tau apa sebab orang Pineng suka dia. Mamat Tasek Gelugoq tak berani bersemuks dengan dia...bikin malu umno saja.

      Delete
    3. Anon 11.47, orang umno seperti kau tak layak nak berbicara tentang integriti.

      Delete
    4. guan eng ni hebat..dulu beliau pernah game orang umno apabila dengan sengaja melepaskan beberapa maklumat palsu yg menyebabkan umno sebar fitnah bodoh..

      Delete
    5. Ceritalah APA ITU integriti dap dua setegah tahun memerintah ,29kampung warisan di jual pada pemaju, lepas ITU suruh umno bertangjawab ITU integriti dibuat oleh dap, kalau cakap pasal politik Wang 'dalam mana2 parti politik di Malaysia menang Ada, tapi bn tak menyusahkan Rakyat miskin,nanti adalah macai cakap pasal gst mebebankan tapi lupa gaji 1200 rm mahu harga barang zaman tun m gaji 600rm,

      apalah integriti yg diperjuangkan oleh dap ITU tipu undi pemilihan parti, tipu orang kampung jual tanah, Rakyat miskin disuruh beli Rumah 400ribu, lepas ITU berlakon depan wartawan Rumah banglo no swimming pool, tipu pemilihan parti supaya keluarga lim berkuasa, ITU ke no swimming pool ajar integriti pada Rakyat Penang yg sokong dap itu

      Sejahat2 umno tak penah pun susahkan Rakyat miskin di malaysia

      integriti yg di perjuangkan dap untuk kayakan pemaju ITU Rakyat miskin seperti kami faham , maklumlah kami tak faham APA integriti yg perjuangkan oleh dap ITU

      Delete
    6. Hanya pandai bedebat Dan berlakon depan wartawan tapi gagal kemukakan bukti,sepatut lim guan end kemukakan bukti Dan saksi di sprm kalau dia integriti sangat jawab di mahkamah nanti guang end selepas sprm selesai siasatan nanti

      Kalau panggil wartawan ITU bekas mb bn pun penah panggil wartawan ke Rumah dia isu Rumah banglo dia, kalau ajak berdebat ITU pandai dibuat dap ITU, kalau berdebat siapkan peguam keluarga kalpa kebanggan dap di mahkamah, Lupa ia keluarga kalpa dap sebuk dengan kes mh370, silap2 dia tak nak ambil kes keluarga lim ITU sebab takut kalau kalah di mahkamah

      Delete
    7. Anon 11.47, mana bukti rasuah?

      Delete
    8. Anon 16:31 taip mana2 blog dokumen pembelian Rumah banglo lim guang end itu, siap Ada dokumen cop tandatangan, bukti pembelian dan setam hasil lagi, pembelian Rumah ITU Cara murah sangat no swinming pool,

      Rakyat Penang semua patut minta Rumah no swinming pool pada guang end ITU, tak patut Rumah no swimming pool Rakyat pependapatan rendah rumah berharga 400ribu itu .anda fikir sendiri ia

      Delete
    9. Ada bukti rasuah?

      Delete
  15. Sudah la pasal banglo guan eng tu....seller bernama Phang pun dah buat SD, rumah tu jual willing seller-willing buyer basis, jadi dia orang punya hal laaa. (Laporan The Star hari ni). Dia pun tak ada kepentingan syarikat KLIDC yang dapat tender tanah di penang, so rasuah apa? Checkmate, Guan Eng menang.

    ReplyDelete
  16. Anon 11.47 , jelas tak dapat pamerkan bukti rasuah yang dia sendiri dakwa. Diam lah.

    ReplyDelete
  17. Anon 12.11, orang yang sama dengan anon 11.47 kata 29 kampong warisan di jual pada pemaju. Boleh tak awak:

    1. Senarikan nama kampong kampong tu.
    2. Senaraikan nama pemaju yang beli
    3. Senaraikan status tanah tanah kesemua kampong warisan tu, contonhnya tanah hak milik kekal, tanah pajakan, tanah TOL kerajaan, tanah milik persendirian, status setinggan, dan sebagainya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He.he.he
      Kampung orang melayu di tanjung tokong di jual pada temasek pada singapore APA cerita ,malah ada buat sidang Akbar pulak, ITU Cara dap nak pecan undi melayu dekat penang itu
      ITU baru satu aku Cerita ,banyak lagi penipuan dap ITU pada kampung melayu ITU
      Dap sedang berkerjasama dengan Singapore untuk halau orang melayu di Penang Dan pecahkan undi melayu, ingat kita orang tak tahu taktik dap serupa madam pap singapore ITU, anda orang melayu patut anda sedar perkara INI
      Temasek ITU syarikat siapa? bukah ia syarikat kerajaan Singapore ITU. Banyak penipuan dap akan terdedah

      Delete
    2. Kampung buah pala APA cerita ia

      Delete
    3. Senarai kampung di jual oleh dap sila siasat kejahatan dap ITU kami bukan cakap bukan je 26 kampung telah di jual oleh dap ITU, lupa anwar pun penah janji ertahan kampung buah pala tapi mana dia anwar hanya tahu bercakap je ini senarai kampung aku cakap ITU

      1. Kg Permatang Tok Subuh
      2. Kg Buah Pala
      3. Kg Pokok Assam,Jelutong
      4. Kg Dodol
      5. Kg Binjal
      6. Kg Batu Uban
      7. Kg Tanjung Tokong
      8. Kg Bagan Dalam
      9. Kg Permatang Tepi Laut
      10.Batu Maung
      11.Kg Pulau Jelutong
      12.Kg Lima Kongsi,Sungai Bakap
      13. Kg Teluk Kumbar
      14.Kg Dalca
      15.Kg Sungai Nibong Kechil
      16.Kg Tengah Jelutong
      17.Kg Terang Balik Pulau
      18.Kg Genting,Balik Pulau
      19.Kg Pondok Upeh, Balik Pulau
      20.Kg Padang Benggali, Permatang Pauh
      21.Teluk Air Tawar 22.Kg Gagah, Bagan
      23.Kg Nelayan, Teluk Kumbar
      24.Kg Selut Sg Pinang
      25.Kg Siam, Pulau Tikus.
      26.Kg Mutiara, Batu Feringghi

      Delete