Sunday, 27 March 2016

SALAM TERAKHIR KU SEMAN PADA UTUSAN MELAYU

KEBINATANGAN POLITIK ATASI IDEALSIME KEWARTAWANAN

Tiap wartawan  yang menempah nama besar di Utusan Melayu melangkah keluar dari Utusan Melayu dengan memberikan tabik hormat kepadanya setelah  mengukir nama  kerana menjiwai, mewarisi dan meneruskan semangat dan tardisi  Utusan Melayu sebagai akhbar perjuangan zaman berzaman sejak tahun 1939.
Mereka sedar bahawa mereka menumpang kebesarannya dan tiap pengorbanan mereka samaada ke kiri atau ke kanan  menambahkan kekeramatan dan keagungannya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pengarang Utusan Melayu Pertama Yusuf Ishak menjadi Presiden Singapura yang pertama kerana Perdana Menterinya Lee Kuan Yew mengikhtiraf sumbangan Utusan Melayu kepada pembangunan politik Singapura dan Malaya  di bawah pimpinannya 

Samad Ismail keluar penjara masuk penjara semasa di Utusan Melayu dan masih dilihat membawa semangat Utusan Melayu bila beliau berkhidmat dengan akhbar lain. Beliau tetap digeruni kerana semangat Utusan Melayu dan kemudian di tahan lagi di bawah ISA di Malaysia. 

Said Zahari di tahan dibawah ISA di Singapura selama 17 tahun  kerana mewarisi semangat perjuangan ini dan diiikuti dengan laluan berkrikil oleh Melan Abdullah,Mazlan Nordin,Zainuddin Maidin dan Johan Jaafar.

Terkini  seorang lagi yang mempunyai nama besar dalam dunia kewartawan Ku Seman Ku Hussain telah melangkah keluar dari Ibu Pejabat Utusan Melayu  dengan meninggalkan catitan terakhirnya yang memilukan setelah berkhidmat lebih 32 tahun.Bacalah penilaiaannya terhadap Utusan Melayu sebagai Universiti Keduanya

Kabarnya Ketua Pengarang Utusan Melayu sekarang Aziz Ishak juga telah memberitahu rakan-rakan bahawa beliau akan berhenti.

Mereka meninggalkan Utusan dengan rasa kecintaan pada Utusan dan kesedaran betapa kebinatangn politik mengatasi kemanusiaan dalam dunia kewartawanan dan dalam dunia kewartawanan juga ada binatang politik

Di bawah ini Petikan tulisan terakhir Ku Seman Ku Hussain di Mingguan Malaysia 27 Mac 16



Senja itu 1 Januari 1984, masih saya ingat lagi dalam hujan lebat di Stesen Bas Kangar yang becak dan bias cahaya lampu jalan pada lopak berair bagaikan mise en scene sebuah filem. Hening dan sepi. Itulah detik  yang mengiringi saya melangkah ke Kuala Lumpur untuk menjadi warga Utusan Melayu. Emak hilang kata-kata, hanya matanya mem­beritahu saya tentang gejolak jiwanya. Ayah seperti tidak ada apa-apa. Tetapi saya  sangat kenal dia.

 Sebelum bas bergerak emak menghulurkan RM50 sebagai tambah duit belanja. Saya sebak. Titis hujan dan airmata bersatu. RM50 itu besar bagi keluarga kami. Dalam perjalanan sesekali terasa kesal menerima tawaran kerja di Utusan Melayu. Bukankah lebih bertuah kalau berjaya temuduga sebagai posmen. Tanpa pengetahuan emak dan ayah, saya berjanji dengan “tukang atur” untuk memberikan sebulan gaji sebagai upah. Tetapi gagal juga.

 Saya sampai ke pondok pengawal Utusan Melayu pukul 7.30 pagi. Sunyi  dan tidak ada orang kecuali pengawal. Saya beritahu hendak berjumpa Encik Zainuddin Maidin. Pengawal itu menjegil kepada saya. Rupa-rupanya waktu berkerja pukul 10 pagi. Saya melaporkan diri di atas tangga semasa Zainuddin berjalan naik dengan beg briefcase dan terus panggil masuk ke pejabat.

 Di sini, walaupun ada editornya kelihatan bengis dan garang tetapi keluarga besar Utusan Melayu sangat humanis. Ini membuatkan saya yang jauh dari dunia asing tidak terasing di warisan pusaka orang Melayu paling berjasa ini. Mereka memberi ilmu tanpa cemburu. Zainuddin sendiri misalnya kerap memanggil saya "menghadap" di biliknya. Wa­taknya yang bengis, serius dan sukar kompromi terhadap kesilapan memang menggerunkan.

 Sebenarnya saya tidak diasuh di mana-mana sekolah kewartawanan. Utusan Melayu adalah universiti saya, ketua-ketua daripada dulu, Zainudin (Zam), Johan Jaaffar, Khalid Mohd. dan sekarang Aziz Ishak telah membentuk karakteristik pemikiran kewartawanan saya.

 Saya dibentuk tanpa sedar oleh ketua-ketua yang ber­pengaruh ini. Oleh yang demikian saya menghargai mereka seumpama Mitch Albom mengenang pensyarahnya Profesor Morrie Shwartz yang menderita sakit amyotrophic lateral selerosis (ALS) dalam buku Tuesdays With Morrie. ALS diibaratkan mati sebelum mati.

 Saya beruntung kerana berpeluang menyaksikan  ketua-ketua saya berhadapan dan menyuraikan peristiwa-peristiwa besar yang melibatkan rakyat dan negara dengan begitu cemerlang. Ternyata wartawan bukanlah pelapor dan pelobi melulu. Juga bukan penulis pamplet. Jauh lebih besar wartawan adalah manusia yang mewaraskan rakyat yang barangkali tidak punya waktu untuk berfikir. Saya mengamati dan belajar daripada semua tragedi ini.

 Peristiwa seperti tragedi Memali di Kedah tahun 1986, pertarungan Dr. Mahathir dengan Tengku Razaleigh Ham­zah (Ku Li) tahun 1987  seterusnya membawa kepada pengharaman parti UMNO pada 1988 yang sekali gus melucutkan seketika jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir, krisis antara Dr. Mahathir dengan institusi Raja pada 1992 dan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 membawa kepada pergolakan politik di negara ini.

 Pengalaman melihat kewarasan pasukan editorial yang diketuai oleh Zainuddin berdepan dengan konflik mem­bawa kepada pengharaman UMNO suatu yang sangat berharga. Begitu juga Khalid Mohd yang menerajui Utusan Melayu ketika ledakan reformasi  Anwar Ibrahim serentak  kecundang  Orde Baru Presiden Suharto di Indonesia. Ini antara fragmen-fragmen zaman yang sangat mencabar bagi wartawan di negara ini.

 Utusan Melayu membentuk saya melihat dunia dan manusia daripada sudut pandangan yang berbeza, kritis, analitikal dan berkeupayaan membaca semiotik yang terlindung dari mata zahir. Malah saya selalu diingatkan bahawa wartawan Utusan Melayu bekerja un­tuk pembaca supaya pemikiran mereka merdeka. Kata mereka, kita mesti jawab segala persoalan daripada rakyat pada esoknya.

 Hanya rakyat yang merdeka pemikirannya menjadi pemangkin kepada sistem politik yang stabil dan aman. Fasa pertama perjuangan Utusan Melayu memerdekakan negara tercapai dengan jayanya. Tetapi perjuangan tidak terhenti di situ, (selepas 59 tahun), organisasi surat khabar seperti Utusan Melayu berterusan untuk agenda merdekanya. Dalam persekitaran sosiobudaya dan politik yang sangat kompleks, cabaran dan harapan kepada wartawan juga sangat tinggi.

 Hari ini saya sudah tidak menyesal kerana gagal menjadi posmen (tanpa secebis maksud memperkecil pekerjaan posmen), malah bersyukur. Kegagalan itu memberikan peluang bersama-sama Utusan Melayu yang menyediakan lubuk pengalaman yang tidak ternilai harganya.

 Utusan Melayu terlalu rapat secara fizikal mahupun spiritual dengan saya. Teman-teman yang baik dan kenangan yang manis semuanya ada di sini. Inilah juga sebahagian kekuatan saya. Saya pasti akan kehilangan mereka apabila tiba pada batas waktu untuk berpisah.

Malam ini (malam tadi) selepas saya menekankan tanda noktah pada catatan terakhir ini, saya melangkah meninggalkan Utusan Melayu yang sudah 32 tahun empat bulan Tuhan menyalurkan rezeki saya melaluinya. Saya bersyukur menumpang hidup di rumah pusaka bangsa ini.



NOTA:

Ini adalah catatan terakhir Pengarang Mingguan Malaysia yang meletakkan jawatan dari Utusan Melayu.  Tulisan beliau yang kontroversial tetapi jujur kurang menyenangkan pihak tertentu.  Ku Seman boleh memohon bersara awal dan menikmati faedah tertentu tetapi beliau menghantar notis meletakkan jawatan  dan tidak menikmati apa-apa faedah. 

34 comments:

  1. Saya mendoakan agar saudara Ku Seman kembali kepada Utusan sesudah rejim Najib ditumbangkan.Negara sedang dikuasai penjahat,...suara keramat ditutup dengan dedak.Malaysia sedang diancam dengan 'NAJIBISM'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utusan Melayu perlu melayu pandai yangtahu apa itu demokrasi apa itu sekular.
      Buian main tangkap muat je. Sebab it UM tiaDa kesan pada orang melayu. Yang kaya cina makin kaya...
      Arab, inggeris ramai pemikir..UM pemikirnya melayu bodoh

      Delete
    2. Utusan tak perlu rejim kroni bailout 100 billion Dan tak perlu menulis ikut gaya kitad wsj ,dulu utusan berjaya pertahankan pertakbiran Dr mahathir Dari serang media WSJ selama 22tahun, utusan akan pertahankan pentakbiran malaysia Dari serangan WSJ itu ,harus ingatkan WSJ telah penipuan perang iraq 2 konon WSJ Ada bukti Iraq Ada senjata biology palhal tak pun bukti, selagi utusan pertahankan kerajaan dipilih secara demokasi selagi ITU saya akan menbaca utusan itu

      Utusan melayu tak perlu ikut gaya tulisan WSJ tak mendatang hasil pun, utusan perlu bergerak memahami politik Sekarang yg penuh penipuan demokasi barat Cuba bawah ideologi demokasi lgbt Rome di malaysia INI, suasana politik Sekarang berubah ahli politik barat Cuba bawa budaya demokasi ala Rome LGBT di serata dunia jika kita berhati2 kita akan termasuk golongan demokasi LGBT tersebut
      Kalau bukan sebab utusan ingat najib ITU kita masih gagal capai 30% ekuiti bumiputera Dan najib leka di buai minpi 1malaysia Dan Dan dibuai mimpi kroni bailout 100billon ITU Ada faham

      Saya ucap selam bersara Ku seman ITU, bagi saya, tulis dia memyubang kepentingan masyarakat Malaysia ini

      Delete
    3. Arab ramai pemikir???Pemikir-pemikir yang setuju untuk berperang sesama sendiri?

      Delete
    4. Kesian.Kamu sekolah darjah berapa?Ejaan lintang pukang.Apa kamu faham tentang Mahathir?

      Delete
  2. Tak usahlah Kamal Zailani menjadi binatang politik dengan memperkecilkan Ku Seman di suara UMNO. Aziz Ishak tidak akan melantiknya menjadi Pengarang Mingguan Malaysia jika dia hanya wartawan upahan seperti Kamal Zailani.

    ReplyDelete
  3. Sejak tulisan ku Seman tiada di Mingguan saya sudah tidak beli lagi setiap Ahad. Teris tertutup hati saya untuk melihat Utusan asyik memperbodoh Melayu. Sebagai ganti saya baca Sinar Harian dan Sunday Star. Dahulu mesti Mingguan dan Sunsay Star.

    ReplyDelete
  4. Utusan Melayu mahupun Utusan Malaysia sudah làma mati dari jiwa Melayu merdeka..terutama sejak Utusan Malaysia menjadi media pemuji dan penjilat pemimpin-pemimpin yang amat ketara kerakusannya..tahniah kepada warga Utusan yang berjaya memerdekakan diri dari kebatilan yang nyata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn saudara.

      Delete
  5. Syabas kepada saudara yg berperinsip....jgn jadi macam pimpinan PAS masakini...hampeh

    ReplyDelete
  6. #respectKuSeman

    ReplyDelete
  7. Salam sdr zahrin um.. sekiranya sdr bukan sebahagian drp denyut nadi utusan.. tak perlu beri ulasan ttg perit getir pahit manis org2 utusan. Nokhtah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suara keramat sudah mati.

      Delete
  8. Respect Ku seman....Prinsip Dan jati diri yang menebal mengatasi segala2nya....ku seman bukan dikalangan orang yang mempercayai najib maha menurunkan rezeki...jari tengah untuk najib!!!!

    ReplyDelete
  9. Apabila bila utusan tak memahak pada tun m di bising Tanya pada Diri sendiri kenapa utusan tak memihak pada tun m itu , harus ingatkan media seluruh dunia semua Ada proksi politik mereka, WSJ proksi bush ketika dia nak melawan al goro ITU.

    Sebab ITU kurang percaya pada APA di cakap kebebasan media ITU semua main barat, media dibarat media sebab semua bercakap mewakil proksi mampu bagi mereka Wang

    Saya tetap membaca utusan walau pun pembangkang cakap ia proksi umno tapi mereka lupa perkara INI harakah ITU proksi pas Dan keadilan daily proksi pkr,

    Sebab ITU saya cakap siapa kata media tak proksi politik, media diseluruh dunia semua digunakan proksi politik mereka, perkembangan politik mereka

    Tun m Ada proksi dia the media dia untuk jatuhkan pak lah Dan najib ITU macam kita orang tak tahu

    Saya ingat Ada orang putih cakap dengan saya'' jangan percaya pada kebebasan media antaranbangsa Dan tempatan kerana mereka proksi politik untuk mempergunakan media untuk menjatuhkan dalam Dan luar negara melalui proksi politik mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai encik...pening baca...google translate ke ni...? Susun ayat molek skit..sakit mata baca...

      Delete
  10. Yang datang akan poi ....
    Itu adat hidup qado n qada .

    Yg ponting bendero utusan , yg bawak agenda melayu islam , mesti tegak mengibar . Demi kesinambongan , pelapis mesti sedio ado . Kalau dilihat straktur utusan itu memang ghamai yg berkebolihan yg bolih pegang bendero tu .
    Jadi jangan lah sodih kalau ado yg poi . Kito beri dio penghormatan dan ucapkan terimokasih atah sumbangan mereka selamo ini .

    Subhanallah .

    Waghih.

    ReplyDelete
  11. Saudara Kamal Zailani,
    Bahasa saudara terlalu biadap ketika mengulas perletakan jawatan Ku Seman Ku Hussein. Di kalangan wartawan semua tahu, saudara sejak berada di bawah payung UMNO hidup penuh keselesaan dan kemewahan kerana sangup menjadi alat untuk diperkuda. Ku Seman tidak seperti saudara, dia ada maruah dan harga diri oleh itu saudara perlu menghormati beliau diatas prinsipnya itu.

    ReplyDelete
  12. Salute Ku Seman kerana mendukung prinsip hidup dan maruah diri. Orang begini sudah hampir pupus dalam masyarakat kita kerana ditelan arus RM dan kuasa.

    ReplyDelete
  13. Saudara Ku Seman, anda seorang pejuang yang bermaruah, saya amat menghormati anda. InsyaALLAH akan ada peluang yang lebih besar menunggu. Saya doakan....

    ReplyDelete
  14. Jangan dikesali tinggalkan Utusan Ku Seman.
    Utusan akan terkubur tidak lama lagi.
    Kalau bernyawa pun: "hidup segan mati tak mahu".
    Kecuali Najib&konco-konconya disingkirkan.
    Deklarasi Rakyat akan mengubah segala-galanya.

    ReplyDelete
  15. Happy to know that there are still good people around with principles. Can't find them in Malaysian Cabinet though. There you can find only crooks and fat cats.

    ReplyDelete
  16. Muhyiddin patut berani menggerakkan usaha merampas kuasa dalam UMNO.Kenapa takut sekiranya kita yakin yang kita di pihak yang benar?Kita adalah teramat DAYUS bila hanya melihat dan membiarkan sahaja penjahat menguasai UMNO.Najib dan kabinetnya itu bukanlah UMNO,ini sangat jelas.Bagi saya ini bukan permainan politik lagi,...ini adalah pengkhianatan tahap paling hina oleh orang yang diberi amanah.Raja-Raja Melayu sepatutnya saat dan ketika inilah bertindak demi kedaulatan negara.Malangnya majoriti mereka masih bersikap seperti zaman dulu ketika menggadaikan tanah kepada Inggeris,sehinggalah munculnya Dato' Onn Jaafar.Raja Nazrin Shah jelas murka dengan Najibur,yang lainnya duduk selesa disinggahsana.Kamu semua menjadi raja dan pemimpin kerana adanya rakyat.Jangan lupa itu.Tanpa kedudukan itu,kamu cuma manusia biasa.

    ReplyDelete
  17. Abad ke 21...tahun 2016....propaganda utusan masih di tahap tahun 60an....sesuai untuk orang umno je.

    ReplyDelete
  18. Utusan hanyalah sebuah nama. Manusia2 yang mengendalikannya itulah yang penting dan harus diberi perhatian. Nama2 besar itu kini telah berkurangan seperti berkurangannya para pembaca. Semoga nama2 baru yang besar dan berperinsip akan muncul semula di Utusan.

    Saya tetap membaca Utusan kerana telah sinonim dengannya walaupun saya bukan Melayu. Nama2 besar dalam Utusan yang menpenakan dan melakarkan pelbagai ragam diMalaysia telah meuniversitikan kehidupan saya selama 50 tahun ini.

    ReplyDelete
  19. salam

    apa nak jadi pada utusan...krisis paklah membuatkan ayah saya bertukar dari berita hairan kepada utusan...nampaknya krisis kali ini membuatkan ayah saya lebih banyak membelek akhbar dari membacanmya...

    tak d nafikan masih membaca mungkin mengambil syarat...apa nak jadi dengan utusan...

    dato zaini bila lagi...

    gie7

    ReplyDelete
  20. Saudara Ku Seman , rezeki di tangan Allah, yakin, cari, doa dan harap kepada Nya semata-mata insya Allah. Janji dalam ayat "seribu dinar".

    ReplyDelete
  21. Ukuran Melayu bangang.
    Maruah Melayu tak perlu dipertahankan oleh much.

    ReplyDelete
  22. “Selamat bersara buat Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein yg telah menamatkan tugasnya di Utusan Melayu pada 26/03/16, terima kasih diatas segala komitmen & sumbangan yg telah diberikan selama 32 tahun berkhidmat di Utusan Melayu.

    http://www.mykmu.net/2016/03/ku-seman-minta-berhenti-bukan-dipecat-utusan/

    ReplyDelete
  23. semoga berjaya Ku Seman. Asam garam kehidupan. Semoga teruskan menulis di pentas berbeza

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah. Allah telah membukakan hati insan yang bergelumang dalam kegiatan kewartawanan yang kotor sekian lama telah mendapat hidayah untuk berhenti menjadi wartawan "pelacur". Balasan yang Allah beri di dunia ini adalah sangat bernilai walaupun menghina. Bayangkan jika Ku Seman terus terlibat menulis dan melindungi kejahatan dan membelenggu pemikiran rakyat yang seharusnya dipimpin supaya berminda cemerlang dan bertindak cemerlang. Buat sekian lama penulisan beliau tidak mencermin ilmu dan pemikiran yang waras. Allah hanya memberi petunjuk kepada yang Dia pilih. Alhamdulillah. Saya harap wartawan "pelacur" segera mengikut jejak Ku Seman dalam menegakkan yang benar. Ramai orang Melayu yang minda mereka terperangkap oleh sajian Utusan Melayu/Malaysia perlu di bimbing ke arah berpemikiran yang bermaruah.

    ReplyDelete
  25. Teringat akan kisah pelacur dgn seekor anjing...atas rahmat allah pelacur berolih syurga!!!

    ReplyDelete
  26. Memang patut ku seman keluar dari utusan setelah tidak sehaluan dgn perjuangan UM. Apa yg perlu ditangiskan dan diperbinatangkan utusan..sendiri mau pikir la yob..

    ReplyDelete
  27. Ada bagus Ku Seman disambar Sinar Harian. Ideologi beliau seakan kena kalau di situ. Platfom yang kuat kena ada juga jika niat mahu terus menganjakkan minda pembaca secara positif. Ku Seman bukan anti Kerajaan, bukan pro NGO ekstrem, bukan juga pencipta kontroversi. Dia hanyalah seorang yang kritis dan mengutamakan kebenaran dan logik pemikiran.

    ReplyDelete