Saturday, 12 March 2016

PENGGUGURAN NAJIB SYARAT KERJASAMA PAS UMNO

UMNO seolah-olah mendapat suatu kepercayaan besar dan kekuatan baru apabila Tun Mahathir berkonspirasi dengan pembangkang untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Kepercayaan inilah yang  memberikan keberanian kepada kabinet untuk menyingkirkan Mahathir dari  Penasihat Petronas. Mahathir walaupun sedar beliau seharusnya  letak jawatan tetapi menunggu tindakan bagi  meraih simpati terhadapnya dan menambah sokongan rakyat.

Memang wajar bagi kerajaan bertindak membuang Mahathir kerana beliau tidak lagi mendokong kerajaan.

Bagaimanapun sebuah  komen  ringkas di facebook mengenai pembuangan Mahathir  itu   menjadi viral dengan tiba-tiba yang membuktikan bercanggah dengan sentimen rakyat dan betapa salahnya perhitungan kerajaan dan pemimpin-pemimpin UMNO.

Inilah komen yang telah menjadi viral yang dikirimkan kepada saya oleh beberapa orang kawan yang memetiknya dari sebuah facebook.Banyak yang saling  bertanya sudahkan membaca komen ini yang menunjukan selari dengan sentimen mereka?. Saya tidak tahu penulis asalnya.Inilah komennya :

"Petronas yang tidak bermasalah, penasihatnya dipecat tetapi 1MDB bermasalah besar penasihat masih memegang jawatan."

Apabila dipetik oleh tweet saya, telah di retweet pula oleh ramai orang yang mendatangkan tidak kurang 30,000 orang pembaca dalam masa hanya sekejap sahaja. Ini menunjukan sikap majoriti rakyat di lapangan pada masa ini.

JASA dan juga lain-lain agensi sokongan kerajaan yang membuat tinjauan di lapangan berasaskan pada penemuan mereka, sewajarnya memberikan laporan sejujurnya kepada menteri masing-masing untuk dilaporkan kepada kabinet bahawa PM Najib sedang menghadapi masalah kredibiliti dan integriti yang sukar sekali untuk diperbaiki kembali, sekalipun dalam pekara yang benar.

Sentimen Melayu yang digunakan UMNO untuk memburukkan konspirasi Mahathir dengan pembangkang terutama Lim Kit Siang (DAP) sudah tidak laku lagi. Orang mahu perubahan dan mereka tidak mengira apa parti pun. Mereka sedia mengundi apa juga Parti asalkan bukan Najib,

Pas walaupun tidak menandatagani "Deklarasi Rakyat" tetapi tidak menolak sentimen ahlinya  turut berada dalam semangat deklarasi itu. Pas mempunyai strategi lain untuk menolak Najib bila sampai masa yang sesuai.

Penganalisis politik UMNO tentunya dapat membaca dari sekarang strategi Pas untuk berkerjasama dengan UMNO dalam Pilihanraya Umum akan datang berasaskan sentimen dan pendirian ahli-ahlinya yang sedar tentang  sikap rakyat terhadap Najib.

Jika Pas berkerjasama dengan UMNO tanpa berlaku perubahan pucuk pimpinan atau tidak ada jaminan yang Najib tidak akan terus menjadi Perdana Menteri, maka kalangan kepimpinan Pas menjangkakan akibat yang buruk kepada parti mereka sendiri yang mempunyai harapan  kemenangan besar.

Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man tentang biawak hidup adalah gambaran terhadap syarat kerjasama PAS dan UMNO.

Di Kedah Pas telah mencanangkan bahwa mereka akan kembali menguasai Kedah dan dalam suatu majlis pelancaran buku Prinsip Haji Hadi di Kuala Terenganu baru-baru ini, pemimpin-pemimpin Pas negeri dan juga nasional telah menyatakan keazaman untuk merebut kembali beberapa kerusi yang akan membolehkan Pas kembali menguasai Terenganu. 

Jika UMNO mahu berkerjasama dengan Pas untuk mengekalkan kuasa maka mereka mestilah bersedia untuk menerima beberapa tekanan dari Pas.

Terlalu memperkecil dan membodohkan Haji Hadi sekiranya UMNO menangapnya tidak sensitif dan tidak menghayati gelombang besar kebangkitan rakyat diseluruh negara yang mahukan perubahan pucuk pimpinan negara.


Nota: Mulai hari ini saya akan bercuti untuk tempoh beberapa hari, oleh demikian semua komen-komen akan disiarkan selepas saya bercuti.

56 comments:

  1. Pendapat saya, Pas hanya menunggu peluang keemasan untuk kembali bernyawa....masing2 memerlukan pil Viagra...

    ReplyDelete
  2. dulu aku nak najib letak jawatan ni sekarang aku nak dia bertahan lawan tun mahathir yg khianat kepercayaan yg kami berkan selama ini...pandangan aku pada tun berubah sama sekali lps apa yg dia buat sekarang...cerita 1mdb sentiasa bertukar2 dari mula hingga sekarang...cubaan tun mahathir mahu mengaitkan pembunuhan altantuya juga kerterlaluan...fitnah2 semua ini terlalu kejam...aku bukan menilai berdasarkan nafsu emosi tapi menggunakan akal fikiran...rakyat 24 jam berpolitik tidak kena tempat...nmpknya bkn najib yg akan musnahkan negara tapi rakyat yg tidak matang sndiri yg musnahkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu sorang je yg pikir mcm tu...ikut lu la labi..

      Delete
    2. jangan jadi bodoh tuan.

      Delete
    3. Hang tak pernah sokong Tun pun.Janganlah nak menipu.Najib yang songlap duit kenapa Tun pulak yang jahat.

      Delete
    4. Siapa tukar cerita pasal 1MDB? Siapa bagi jawapan berbelit belit pasal 1MDB?Kalau fitnah, kenapa tak saman WSJ, Sarawak report?

      Itu sebab orang sokong Tun. Itu sebab umno mula panik. Itu sebab orang macam kau mula menyerang Tun di mana mana blog. Apa yang kau faham tentang 1MDB? sila ulas.

      Delete
    5. Macam INI kes WSJ bermula dia buat cerita kes derma terima arab saudi najib dah mengaku terima derma, Cara jatuh najib guna Cara isreal jatuh pm mereka tak jalan, WSJ ubah pulak cerita duit ITU sebenar Dari 1mbd pun tak jalan,

      Aku Tanya kau INI Dari derma tukar pada duit 1mbd macam mana rakyat percaya media asing INI kalau selalu tukar2 cerita, mahyuddin derma duit Arab suadi masuk kedalam akan pm, media WSJ cakap duit derma Dari Arab suadi kemudian wsj cakap duit Dari 1mbd, kami dulu pertahankan tun m Dari fitnah WSJ selama 22tahun jadi kalau kami percaya pada media WSJ dah lama kami sumbat tun m ke dalam bambo river ITU malah buku penyelewangan tun m dah keluarkan oleh wartawan WSJ ITU, Rakyat Malaysia boleh baca buku itu ,kalau kami dulu percaya media WSJ dah lama kami suruh tun m,anwar, najib ditangkap Ada faham tak
      Sebagai manusia pandai berfikir setiap berita dia akan siasatnya

      Delete
    6. Hello mamat...apa sal la kau ni bengap sangat. SR xpernah pun kata duit tu dari Arab. Yang buat statement tu najib. Later part of the day baru SR & WSJ kata manat najib ni penipu kerana base on thier investigation duit dari MDB transaction juga. Kalau macam ni punya facts on the table and you keep on leaking balls...than i would say may almighty Allah have mercy on you.

      Delete
  3. sebagai seorang yg datang dari masa silam, tun mahathir sepatutnya tahu dan arif permasalahan hari ini berpunca daripada tun sendiri...anwar adalah salah satu daripadanya.tun mahathir adalah seorang egois yg hanya tahu mementingkan diri dan kemahuannya saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana Tun Dr. Mahathir tahu si Anwar itu cenderung kepada punggung laki muda? Sedangkan Anwar rajin mengemukakan dirinya sebagai pejuang agama (ABIM). Bahkan, bila Umi Hafilda pecah lobang bahwa bini adiknya telah berhubung seks dgn Anwar, Dr. Mahathir telah menolak laporan Umi lama satu tahun, akhirnya kena terima hakikatnya bahwa Anwar itu bukan bermoral mulia. Bukankah Anwar mahu singkirkan Dr. M sebagai PM?

      Delete
    2. Liwat tetap liwat.PKR dan PAS adalah kafir.Sekarang UMNO ikut sama jadi kafir.

      Delete
    3. Please la stop cerita pasal anwar. Kita xperlu bersimpati lagi kat dia.Reason- just simple ...he never learn through mistake. First time kena bila dah keluar dr penjara, apa pasal yg masih dok cari pembantu "cun".? Pembantu cam saiful tu..kalau masuk penjara sudah tentu punggong dia koyak.

      Delete
  4. Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor bekas Presiden PAS, pernah mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.
    Tun m sepatutnya bertaubat APA dia lakukan INI tun m Cuba memusnah diri dia sendiri, najib Dan hadi tak rugi APA pun.
    Walaupun saya tak sokong pas, INI nasihat saya pada tun m bertaubat ,
    APA yg di cakap dato Ustaz fadzil cakap ITU telah menjadi kenyatan zam Sekarang.
    Tak gunanya kita lindungi tun m itu walau pun beliau banyak berjasa, tun m menbina kemudia memusnahkannya
    Tun razak menperkenal Dasar DEB ,tun m gagal dasar DEB dia sendiri musnahkan nya sebab Cuba kroni bailout dia Dan kroni cina dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya Tuhan yang berhak memanjangkan umur seseorang.
      Apabila meletakkan kepercayaan betapa hebatnya doa seseorang itu Tuhan tak suka. Otherwise buat apa selalu laung Allah Maha Besar.
      Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersurat dan tersirat.

      Delete
    2. PAS adalah sesat dan menyesatkan.

      Delete
    3. ITU ada tara betul cuba dia teknologi Jerman di Korea Utara ada dalam umno sebagai mana PAS dulu INI? Keropok lekor ada? Atau mee rebus?

      Delete
    4. PAS... Parti Anak Setan

      Kah kah kah... jangan la tumpang UMNO utk nak hidup. Kami tatap tolak Parti Anak Setan

      Delete
    5. Mahathir panjang umur dan sempat juga melihat pepecahan yang melanda PAS hingga melahirkan PAN.

      Fadzil Noor adalah salah seorang yang mempelopori konsep kepimpinan ulamak dalam PAS dan sekarang kita lihat ulamak dalam PAS dikeji dan dihina oleh bekas2 ahli PAS yang sekarang berada dalam PAN.

      Delete
    6. Al-Marhum ustaz A, al-marhum ustaz B, al-marhum ustaz C serta al-marhum ustaz tu dan ustaz ni pernah berdoa agar PAS kembali kejalan islam sebenar tu bagaimana pula.

      Delete
  5. ini semua teori mamak.. realitinya blm tau lg..

    ReplyDelete
  6. Mana bolih orang melayu lupokan LKS dari DAP tu TS .
    13 may..orang yg koncing bendera M'sia.
    13 may..orang yg laung Melayu balik kampong .
    13 may..ngajak kaum cino bawak penyapu sebagai simbol untuk sapu melayu dari bandar.

    Himpunan xbersih ..masih melaung melayu balik kampong.
    Himpunan xbersih ..penyokong DAP bawak penyapu ..
    Himpunan xbersih ..memijak mijak gambar PM DSN dan TG Hadi .

    Tindakan DAP salepas menang P.Pinang.
    Kampong melayu dan kampong warisan dihapuskan.
    Rumah mampu milik dihapuskan dan tiada satu pun dilaksanakan.
    Semua pembangunan rumah baru mesti memenuhi kuota 50% cino , 20% melayu , 30% lain.

    LKS dapat nafas baru dgn Tun M dlm Deklarasi Tun M ...
    Nak tutup Jakim..

    Maaf yo TS ... Melayu masih ingat .

    Waghih.

    ReplyDelete
  7. Pelik betul baca komen2 yg kutuk Tun M. Macamlah Tun M tu PM dan berkuasa. Dia dah letak jawatan sedekad yg lalu lah. If dia ada buat salah dakwalah kat mahkamah. AG bukan in his pocket. So kemukakan bukti2 dan buat polis report, mesti AG akan dakwa.

    Isu sekarang ialah PM yg menyalahgunakan kuasa dan buat Malaysia bergolok bergadai bayar hutang. Hutang yg tidak sepatutnya dibuat. Hutang yg duitnya hilang entah kemana tanpa hasil yg boleh nampak.

    PM ni yg kita rakyat nak suruh berambus. Ada faham?

    ReplyDelete
  8. Emosi rakyat bukan boleh diperdaya dengan masuk keluar kotak. Pejuang tulin tidak masuk keluar ikut emosi macam katak. Matlamat perjuangan mengikut perjuangan melalui parti yg bukan boleh diperjudikan sesuka hati. UMNO / BN telah berusaha memberi kesejahteraan kpd rakyat. Jika melayu sendiri ingin melihat melayu terhapus apalah umno boleh boleh buat lagi. Lihat selangor lihat penang apakah melayu semakin unggul. Apakah mungkin hudud boleh dilaksanakan jika pas hanya menjadi blok ke-3 yg konon menjadi kuasa penentu kemenangan. Tentulah dari sekarang kemana melayu / islam nak dituju. Jangan tunggu saat akhir. Yg jelas akidah umno dan pas masih diatas landasan yang betul. Kenapa harus terus bermusuhan. Apakah politik perlu berteka teki flip flop. Apakah perlu tunggu saat dipersoalkan oleh Yang Maha Esa. Ayuh bermula lah dari sekarang dan yang lain kesudahannya kita berserah kepada takdir Allah swt ... semoga melayu / islam terus dilindungi dibumi Malaysia ini untuk menegakkan syiar dan syariah Allah swt...

    ReplyDelete
  9. Yang komen pakai anonymous ni adalah pengecut dan mungkin orang yang sama saja. Silap2 cybertrooper kebanggan ahmad maslan punya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali tanggapan anda.. Sekor budak tak beradab & bertamaddun ini di blog parpukari dia dgn bobgkaknya menggelar dirinya 'KEJORA' angkatan Melayu Liberal Pengkagum si Kitol Khairy Jamaluddin @ KJ. Dia ni sering nenyanar dirinya pelbagai karektor seolah-olah cybertrooper anti TUDM itu ramai, tak hal hanya dia keseorangan menggelupur bagai tersampuk. Bahasa carut kejinya macam anak pelacur kelas bawahan. Beginilah anak didik KJ, Mat Maslan & Salleh Krewak.

      Delete
  10. Cuba lihat satu persatu....betul Tun M tak sebaik mana, betul Tun M ada dosanya masa memerintah....tapi kita sedang berdepan dengan realiti hari ni yang akan menentukan nasib anak cucu kita. Najib telah membawa contoh yang tersangat buruk untuk gen masa depan. Bayangkan kalau kita tak tahu pasal duit masuk akaun sebanyak berbilion dalam akaun persendirian? Kalau kita benarkan ini tak dihukum...bermakna akan datng ada pemimpin tertinggi yg sangat suka untuk melakukannya lagi malah yang berebut mahu menjadi pemimpin tertinggi juga akan buat apa saja untuk jadi PM supaya kekayaan akan dikaut dan rakyat akan menanggungnya.

    Mau tak mau kita memang mesti sokong Najib diturunkan sebagai pengajaran kpd mana-mana pemimpin masa depan, rakyat memerhati mereka. Samada bersetuju kaedah Deklarasi Rakyat atau pun tak setuju dan ada kaedah lain...persilakan asalkan Najib mesti diturunkan.

    ReplyDelete
  11. TS selagi pas mengatakan mereka memusuhi umno tetapi tidak memusuhi org umno dan pemimpinnya cakap tak serupa bikin saya rasa bukan saja mereka tak mampu menawan kedah danterengganu bahkan kelantan akan hilang dlm pru14 ni maka org2 pas janganlah syok sendiri ukur baju dibadan sendiri

    ReplyDelete
  12. UMNO tak sepatutnya terlibat dalam skandal ini. Parti UMNO tak bersalah. Ahli2 UMNO pun tak bersalah.

    Yang bersalah ialah Najib. Najib telah melakukan kesalahan jenayah besar dalam kapasiti tertentu di dalam 1MDB dan SRC. Kedua2 entiti tersebut hanyalah digunakan oleh Najib dan mastermindnya Jo Lhowkang untuk menipu dan mencuri wang yang asalnya dari berbagai pinjaman yang dijamin kerajaan.

    Yang bersalah ialah Najib sebagai perdana menteri dan kerajaan Malaysia. Sepatutnya Najib dan pegawai kerajaan tertentu yang patut dipersalahkan dan dihukum kerana kecuaian menjalankan tugas.

    UMNO tidak mempunyai apa2 saham dan aktiviti2 yang boleh dikaitkan dengan salahlaku 1MDB dan SRC. Tapi Najiblah orangnya yang telah membawa kedua jenayah ini ke dalam UMNO. Tak pasal2 UMNO terikut sekali menerima padah dan menguatkan persepsi rakyat bahawa UMNO ada kaitan dengan salahlaku 1MDB dan SRC. Tak pasal2 keutuhan UMNO menjadi retak sehingga mencetuskan berbagai perselisihan yang tak masuk akal. Tak pasal2 pergaduhan tak siuman di antara ahli berlaku dan pemecatan tergesa2 diterima oleh berbagai ahli yang tak berdosa.

    Yang paling berdosa ialah Najib selaku presiden! Turunlah wahai Najib jika kamu sayangkan UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cerita bertukar2 siapa nak percaya
      1)Sekejap Wang derma, mahyuddin Dan WSJ mula2 cerita.
      2)Sekajap Wang ITU Dari 1mbd, tun m dan WSJ mula2 cerita.
      3)Sekajap Wang ITU dekat uae, WSJ Dan Sarawak repot mula2 cerita.
      4)Jo Lho curi duit 1mbd pergi club malam, cerita wsj Dan tun m
      5)Anak tiri najib curi duit 1mbd bikin filem, cerita tun m

      Skrip di ubah2 siapa nak percaha

      Sekarang Rakyat nak percaya mana satu, Rakyat pening perangai tun m Dan pembangkang.

      Satu aku nasihat pada tun m bertaubat dengan APA cerita dia buat itu

      Delete
    2. Aku lagi pening bila baca ulasan org bodoh yg tak paham pun teringin nak bagi ulasan. Kalau tak paham dgn isu sebenar dan tak tahu fakta sebenar lebih baik diam lagi bagus. Jgn nak menyebok... faham.

      Delete
  13. Nak bandingkan Fadzil Nor dengan Mahathir?

    ReplyDelete
  14. Kerjasama PAS-UMNO mmg dialu-alukan. Tp PAS harus mengelak dr terlihat spt mempertahankan Najib. Mempertahankan Najib skrg very unpopular, bahkan mendtgkan lbh bnyk kebencian dr sokongan.

    ReplyDelete
  15. Yang mampu mengubah Malaysia dari keadaan senario politik yang tidak menentu ini kepada politik yang segar, dinamik tidak lain tidak bukan hanyalah terserah kepada RAKYAT jelata.

    Kalau sebahagian rakyat masih anggap pemimpin ternyata siang hari korup itu tidak bersalah, maka rakyat itu sendiri akan menjadi sumpahan anak cucu di kemudian hari.

    ReplyDelete
  16. Ku Nan and UMNO is feeling the heat and turns groggy when Mahathir and opposition working together.

    I called on every Malaysians " LETS BOO'S NAJIB " wherever and whenever we see's him.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This Roti Nan is available at any Mamak prata stall @ RM1.20 a piece. Yet.. he got the thick sickening cheek to refer himself from royal family. Tengku my foot...damn it.....!!!!

      Delete
    2. Pergi pembangkang ITU hanya puak protun yg undi pembangkang, orang melayu tak lupa APA dibuat dap ITU, malah pas berkuasa di Kedah pun ucapkan padan muka tun m itu , dap tak berkuasa pun.

      Aku tahu startegi tun m 'Cuba kuat pembangkang, jatuh najib 'ini startegi paling gila tun m ini, dalam pemikiran tun m 'pas berkuasa di utara, pantai Timur, dap hanya berkuasa penang dan dap terpaksa rebut kuasa di perak, selangor, mereka akan bergaduh dengan pas,pkr Dan lain2 parti pembangkang,
      Kemudian negara huru-hara kemudian tun m Cuba gunakan umno Dan pas selepas najib berhenti Dan pakatan haramjadah bergaduh sesama sendiri, umno Dan pas Cuba di gunakan oleh tun m itu untuk selamatkan malaysia,

      Jika perkara ini berlaku 'aku minta sumbat tun m ITU ke bamboo river ITU dulu, jangan menerima dia jadi ahli umno sebab dia meningalkan umno buat Kali kedua. Umno tak perlukan orang jenis orang suka buat hura-hara

      Perkara INI dah berlaku Thailand, kalau orang tahu sejarah baju merah Dan baju merah thailand, ITU startegi gunakan tun m itu

      Delete
    3. Pigidah kau.Di Thailand tu tak sama dengan sini.Baju saja sama warna.Kau ingat semua warna merah sama.Kau rabun akal ke?Kau bukan UMNO pun,....nak menyamar pula.Elok lah kau sokong Najib,....sama sama bangsat.

      Delete
  17. ini semua angkara mamak kerala yang nak memjadi mahafiraun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tak habis habis dengan mamak kerala.Siapa raja Melayu pertama dan nama asalnya?Kesian kau.

      Delete
    2. Mamak kerala tu lrbih bagus drp Bugis Bapok takut bini badak..

      Kah kah kah

      Delete
    3. Kesian ye pada yg kutuk Tun M sebagai mamak kerala tu. Boleh tau awak tu mamak mana pula? Mungkin mamak tongkag ķe? Atau mamak bangkok ke? Atau pun mamak paria ke? Ni tempat org berbincang dan memberi pendapat. Kalau tak ada apa-apa pendapat utk dibincangkan tolong main jauh-jauh faham...syoh.syoh...l

      Delete
  18. Simpati adalah taktik tun m ,siapa tak faham ,dah tua macam nak merajuk lagi APA tun m INI, macam INI tun m akan terselamt ke? Jika pembangkang menang he.he.he saya percaya tun m akan sumbat ke Bambo river
    Kalau pas Kedah menang di Kedah bertambah dendam tun m ITU sendiri, kalau kalah jangan salahkan orang lain ,salah tun m ITU sendiri sebab menhasut rakyat menbenci bn, lupa ia semua negari Kedah,kelantan,terengunu, Kelantan dan penang 'salah siapa jatuh tangan pembangkang salah tun m juga bergaduh sesama parti sendiri kalau tahu orang sejarah tun m buat malu je.

    Kami masih ingat lagi Dr mahathir cakap 'dalam perjuang tak Ada istilah orang kecewa,tun m selaku ahli umno dengar ke nasihat Dr mahathir itu.
    Pas kalau menang paling koman pun dia minta hukum hudud ITU mereka akan minta tapi jika mca Dan mic tak Ada kekuatan kerusi dalam palimen lebih mudah umno Dan pas buat hukum hudud itu. MampuKah kita hadapi tekanan antarabangsa jika kita laksanakan hukum hudud itu, pasti orang kuat membantah dap menghasut Rakyat bukan Islam menbenci pas Dan umno itu maklumlah pemdapatan keluarga kappa ITU kan Dari asal guaman jadi mereka tak mahir undung2 Islam terutama keluarga kalpa pasti akan menburuk Malaysia diluar negara, lupa sekarangkan keluarga kalpa ITU sedang kumpulkan kekayanan kes mh370, Cuba bayangkan m370 guna undang2 Islam mampus kalpa nak dapat kes itu

    ReplyDelete
  19. di buang bukan sbb petronas bermasalah. semua orang tahu tugas penasihat hanya menasihat. operasi sebenar arahan datang dari lembaga pengarah. 1MDB sekarang berada di landasan yang betul setelah di tukar CEO dan beberapa orang pengarah nye. Tun M dibuang sebab dia dah berpaling tadah kepada pembangkang. Tak adil lah kan dapat gaji dari kerajaan tapi kerja duk hasut rakyat benci kan kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pulak rakyat dihasut benci kerajaan? Bila pulaknya TM berpaling tadah ke pembangkang? Habis kalu UMNO sggup kjsama dgn PAS itu dikira apa pula? Kalu 1MDB bole tukar org2 kuatnya (??) dan kononnya skrg dah d lndasan yg btul , apa masalah nya pulak kalu minta pemimpin2 yg kredibiliti dan integritinya bermasalah dan boleh dipersoalkan ditukarkn spya negara pun boleh bgerak d lndasan yg btul? Nak cakap psl adil ni, lagi tak adil la kot kalu byr gaji geng yg masih disimpan ni pkai duit rkyt bila byk benda yg meragukan dibuat dan rkyt dibiarkn tnpa penjelasan yg meyakinkan... Pemimpin harus jujur dan amanah...

      Delete
  20. Tun m APA yg di buat tun m, pengundi benci tun m akan pergi ke bn atau pas
    Pengundi puak protun akan pergi ke pakatan haramjadah jadi siapa
    Kita tengok ramai orang melayu tetap undi bn Dan pas
    Dap akan lebih sensara sebab nya dia tak lagi mendapat undi melayu seperti mana semasa pas dulu menyetai pakatan haramjadah. Mungkin zam lupa kekuatan pas semasa Pru 13 dimana gentera kampan pas semua bertumpu kawasan melayu sedangkan gentera dap bertumpu kawasan cina , dimana dulu kawasan berbagai kaum' pas dap bekerjasama tawan kawasan tersebut, dap lupa kekuatan pas sepatut dia sedar kekuatan pas, gentera kempin pkr dulu kawasan melayu hanya mengharap pas, Sekarang pkr terpaksa susuh balik gentera dia saya ingat lagi Pru 13 rata2 buat kerja kempin di kawasan pkr adalah pas yg buat kerja mereka,

    jawapan mampu kan pkr hidupkan Tampa pas.

    Mampukah tun m memberi semangat kempin pada pkr ITU rata2 ahli kempin pkr adalah pemalas

    INI saya lihat dalam Pru 13 dulu ahli pkr lebih bertumpa pondok kempin sedang pas meraih undi. Mungkin zam boleh lihat siapa lebih iklas buat kerja, pas hanya di bekal nasi bungkus je ahli pkr dibekal Wang DAn nasi bungkus kerja berkempin, sama je bn di bekalkan nasi bungkus Dan Wang untuk kerja kempin.

    Disini kita lihat keiklasan mereka buat kerja, walau pun aku sokong bn tapi Dari penyokong yg iklasan buat pas, aku sokong bn sebab pemimpin nya tahu Cara memerintah dibandingkan pas tak tahu Cara memerintah, Dari segi keiklasan buat kerja Kempin ahli pas ITU tak pada bn,pkr Dan dap itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang ni org mana...nama pun tak da.. dah lama aku dok peqati hang dok bebel dlm blog yg tak sokong najib. gaya tulisan dan bahasa hang macam bangla yg lama skit duduk kat Malaysia saja.

      Delete
  21. Tun Mahathir - teruskan perjuangan mu .. rata2 kami rakyat masih setia di belakang Tun .. janganlah dipedulikan komen2 orang yang dengki dengan pencapaian dan jasa2 Tun .. saya pasti perjuangan Tun jujur dan mahukan yang terbaik buat negara dan tiada hidden agenda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 21:32... Cantik sungguh gurindam anda, rengkas tapi berealiti. Tak macam Si Kejora merepek berjela mengotorkan ruangan. Sekolah Nana CIA ye....?????

      Delete
    2. Menbina kemudian dia juga memusnahkan, telah banyak berlaku dalam sejarah manusia.
      Kalau angap jasa ITU lebih penting Dari keamanan Dan sila ikut tun m ITU.

      Betul kata2 legendary boss
      Dia mebina legasi dia juga memusnaskan Legasi dia bina

      Kasihan aku tengok tun m ITU mengharapkan jasa dia balas sedangkan dia tak mampu kekalkan legasi dia

      Delete
  22. Apakah jenis kebenaran yang hendak dicari kalau Tan Sri Zam sendiri pun mengakui yang Tun Mahathir telah BERKONSPIRASI dengan pembangkang untuk menguling PM Najib!

    ReplyDelete
  23. Orang yang bertanggungjawab meletakkan Petronas di tempatnya sekarang dan menjadikannya antara syarikat minyak yang tersohor dan terkemuka dunia telah diperlakukan dengan sebegitu hina. Tun Dr. Mahathir diperlakukan seolah-olah beliau tiada langsung sumbangan dan jasa dalam membina syarikat minyak Petronas sehingga syarikat tersebut mampu meraih keuntungan berpuluh-puluh bilion saban tahun.
    Dan pada yang sama mampu untuk menyumbang berbilion-bilion ringgit ke dalam kantung kerajaan dalam bentuk cukai dan dividen.
    Hakikatnya Petronas yang banyak terhutang budi kepada Mahathir dan bukan sebaliknya. Mahathir tidak perlukan jawatan penasihat Petronas. Beliau bukan seperti pemimpin Umno lain yang memegang sesuatu jawatan just to enjoy the perks and privilleges, untuk kumpul harta. He's much more honourable than that tapi out of respect to Petronas higher ups at that time, he duly accepted it reluctantly.
    Petronas melantik beliau kerana mahu mengenang jasa beliau yang sangat besar kepada Petronas yang pada satu ketika dulu sanggup bersusah-payah membawa syarikat minyak yang belum dikenali, baru hendak bertatih terbang bersama beliau ke serata dunia untuk mencari peluang pelaburan pada awal tahun 80-an.
    Dr. Mahathir pada ketika itu melihat potensi besar yang ada pada Petronas. He took it under his wing and went looking for strategic investment overseas. Dr. Mahathir bekerja keras bertungkus-lumus mempromosikan Petronas ke mana sahaja beliau pergi dan sanggup menebalkan muka melobi agar Petronas diberi peluang untuk membuat pelaburan. Hasilnya kini Petronas is listed among Fortune Global 500 Company and currently Petronas is one of the world's most recognizable brand. It is sole Malaysian company with global stature with operations and presence encompassing more than 30 countries.
    Tanpa usaha keras Dr. Mahathir, tidak mungkin Petronas berjaya seperti sekarang. Tapi lihatlah bagaimana kerajaan membalas jasa Dr. Mahathir. Sungguh memalukan. Tindakan ini juga mendapat sokongan menteri kabinet lain terutamanya menteri twitter yang beria-ria benar menyokong tindakan ini seolah-seolah beliau jurucakap Petronas. Menteri kabinet baru sepenggal tapi mempunyai kepandaian seolah-olah sudah berpuluh-puluh tahun menjadi menteri. Pengakhirannya insan yang bernama Dr. Mahathir, seorang manusia tua ini yang telah banyak berjasa kepada Petronas telah ditendang keluar dari rumah yang dibinanya dari darah dan keringat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mecipta legasi bersama2 Rakan perjuangan dia, tapi dia juga Cuba memusnahkan legasi dibina dengan meninggalkan rakan pejuangan dia, Sejarah tak dia jadi pengajaran bagi dia




      Delete
    2. Dia bina legasi,dia bakal memusnahkan legasi yg di bina

      Petikan kata2 legendary boss

      Aku kasihat APA yg dibuat tun m Sekarang dia sedang memusnahkan legasi dia bina

      Delete
  24. "JASA dan juga lain-lain agensi sokongan kerajaan yang membuat tinjauan di lapangan berasaskan pada penemuan mereka, sewajarnya memberikan laporan sejujurnya kepada menteri masing-masing..." - hahaha..toksah la Tan Sri menaroh harapan..nama sebenaq JASA tu hapa Tan Sri? Bukan ka Jàbatan Hal Ehwal Khas atau kependekannya "JHEK" (sebutan org kampong - jek @ bodek).Tak tau la pulak lagu mana buleh tukaq jadi JASA..jadi kalu nama pon dah jek..kerja dia pon jek jugak la..kasi jek cukop-cukop janji bos sentiasa rasa berada di tempat tinggi dan selamat tak kena ayaq bah..padahai ayaq dah kat paghaih dagu ..sat lagi nak sampai kat lobang hidong..berJASA la sangat..

    ReplyDelete
  25. Macam2 komen kluar.....mesti byk mkn dedak....

    ReplyDelete
  26. TS.. mcm komen anon 1208, suni dah banyak pemakan dedak, Anjing Najis dah terlepas kott?

    Woff woff sokong najib

    ReplyDelete