Tuesday, 8 March 2016

NILAI-NILAI LEE KUAN YEW SEDANG TERHAKIS



Gambar ini saya rakamkan di hadapan Pasar Geylang Serai di Joo Chiat  Road Singapura pada kira-kira jam 9 pagi  6 Mac 2016. Orang yang lalu lalang tidak mempedulikan seorang manusia terbaring samaada dia tertidur,pengsan atau telah mati atau disinilah tempat rehatnya pada setiap hari maka dia tidak dipedulikan lagi.   









Jika anda telah jalani sejarah Singapura pimpinan Lee Kuan Yew (LKY)dari sejak awal yang bersiri  tindakan dramatik, keras, tegas, pintar dan berani  untuk membentuk masyarakat dan negara Singapura yang maju, kuat, bersih, berdisplin, setia, moden dan terpelajar maka sekarang anda akan dapat mengenali hakisan nilai-nilainya samaada dengan disedari oleh pemerintah atau pemerintah tidak lagi dapat mengawalnya seperti dahulu.

Rakyat Singapura keturunan Cina  sendiri merasa tidak senang kerana keruntuhan ini yang berlaku kerana pendatang asing dari negara besar China telah menjejaskan maruah Cina tempatan.

Pendatang asing dari China bekerja sebagai pembantu kedai dan lain-lain kerja bertaraf rendah, tidak sahaja pelayan di restoran-restoran orang Cina tetapi juga di restoran- restoran mamak  dan di kedai-kedai makan Melayu, umpamanya di Zam Zam Restoran di Arab Street atau di kedai-kedai makan  Melayu di Geylang Serai.

Majoriti rakyat keturunan Cina Singapura dikenali   sebagai  pekerja kolar biru atau golongan profesional. Mereka hanya  mahu menjadi "Taukeh" atau" Tuan".

Orang-orang Malaysia seolah-olah tidak percaya apabila pembawa makanan kepada mereka di restoran Melayu atau mamak di Singapura terdiri dari orang Cina.

Seperti anak-anak Melayu di Malaysia tidak mahu menjadi pekerja atau pelayan di kedai mamak atau Cina maka demikianlah  juga  Cina rakyat Singapura.

Bagaimanapun  mereka terpaksa menerima keadaan ini seperti kita terpaksa menerima pekerja-pekerja dari  Indonesia kerana kita mahu menjadi "Raja"

Kita mudah mengenali pendatang asing dari  Cina di Singapura. Kebanyakan mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, berbasikal  sehingga  tiga orang, membawa anak dan isteri melintas jalan tanpa mengikut peraturan.

Sekarang di tepi-tepi jalan di Singapura juga terdapat peniaga-peniaga haram yang menjual berbagai barangan dan juga pakaian murah. Mereka akan lari bila diserbu polis tetapi datang kembali  ke tempat yang sama bila polis tiada. Ini saya lihat  sendiri dalam perjalanan  dengan teksi di jalan menuju ke Geylang Serai.

Kedai-kedai mamak juga  bebas meletakkan kerusi meja makan di luar restoran, di lorong-lorang atau laman penjalan kaki seperti  kedai-kedai mamak di Malaysia.

Tidak ramai perkerja Indonesia atau Bangladhesi di Singapura. Tentunya kepimpinan negaranya  mempunyai pertimbangan dari segi  keselamatan, ekonomi dan juga motif politik dalam mengutamakan pengambilan pekerja asing dari India dan China. Mereka akhirnya akan diberikan permastautin tetap dalam proses menjadi rakyat Singapura. Jumlahnya telah berjuta.

LKY sering mengingatkan rakyat Singapura bahawa mereka berada di tengah-tengah Nusantara Melayu.

Kajian dan rujukan  secara terperinci perlu dibuat untuk memperkatakan pekara ini tetapi tulisan ini sekadarkan untuk memberitahu apa yang saya lihat bahawa kemasukan pendatang asing dari China ke Singapura sedang  menghakiskan beberapa kualiti  yang mahu dijadikan keagungan imej Singapura oleh LKY.

Bagaimanapun harus diingatkan LKY sendiri pun sebelum meninggal telah ber sikap pragmatik, bertolak ansur dengan  nilai-nilai yang mahu ditegakkannya demi untuk survival Singapura walaupun beliau telah menyatakan akan bangun dari kuburnya kiranya dasar-dasar asas  yang diletakkannya diganggu gugat.

Beliau telah membenarkan perjudian dan kebudayaan kuning (pelacuran dan sebagainya) di Singapura.

Beliau telah membangunkan Singapura dengan tangan besi dari pekara kecil hingga sebesar-besarnya termasuklah tidak mahu budaya Cina  mendominasikan Singapura. Beliau mengharamkan pembakaran gaharu dan perarakan mayat, menghukum keras mereka yang berludah dan membuang sampah di merata tempat, menyebat orang asing  yang  menconteng Singapura (Grafitty) dan mengotorkannya dengan chewing gum.

Demikian hakikat dunia, pengalaman menjadikan manusia pragmatik dan bertolak ansur tetapi yang terpenting kepimpinan negara berjaya meletakkan negara dan majoriti besar  rakyatnya  mengenali dan berpegang terus kepada nilai-nilai yang baik yang  telah membawa perubahan besar dalam membahagiakan kehidupan mereka sebagai bangsa yang maju, makmur  dan bermaruah.

Betapa pun cuba dibangkitkan kesilapan LKY tetapi Singapura tetap lebih menonjol sebagai  sebuah negara maju yang terbina kejayaan  atas nilai dan asas-asas yang teruji dan terbukti benar.


11 comments:

  1. TS Zam tak pi Zouk ke? Dengar citer anak PM ada tayang skills dia kat situ.

    ReplyDelete
  2. Betul ITU zam. Di hongkong,taiwan mereka terpaksa letakkan papan tanda jangan break di kawasan awan he.he.he. mungkin LKY lupa letak papan tanda ITU. Sebab ITU bila dia pelancong Dan pekerja cina datang Singapore mereka ITU berak Dan kencing rata2 mungkin zam boleh tengok youtube perkara itu pasti zam tergelak buat nya. Di Singapore mungkin dia pun terpaksa letak papan tanda jangan berak rata2 dikawasan awam sebab penah kes kerja cina berak rata2 kawasan awam

    ReplyDelete
  3. Di Malaysia, ketua dan kabinetnya berak merata-rata.

    ReplyDelete
  4. Ada kemungkinan tak yang pendatang haram dari cina ni dah semakin ramai di Pulau Pinang...atas perkiraan politik juga!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya dah ramai pun.Persediaan dibuat untuk pastikan Pulau Pinang selama-lamanya milik mereka.Andai kata PAS tidak lagi menyokong,namun itu tidak menjadi masalah bagi mereka.

      Delete
  5. Mungkin TS Zam terlepas pandang, yg berkerja dan sebahagian empunya stall adalah adalah orang Indonesia.

    Macam kat pasar Chow Kit.

    ReplyDelete
  6. TS Zam juga terlepas pandang yg penyanyi
    Hussein Ismail juga ada di Pasar Geylang Serai melepak di depan restaurant Teh Tarik

    ReplyDelete
  7. Datuk Zam, dengan segala hormatan, saya warga Singapura hendak maklumkan bahwa bukan orang tempatan - Cina ke Melayu ke - yang enggan bekerja di tempat2 jual makanan. Tapi hakikatnya pelayan2 itu keseluruhan bekerja shift 12 jam, dan dapat rehat 2 hari dlm sebulan saja. Saya ada kawan Malaysia kerja begitu untuk gaji S$1,300/bulan - tempat tidur dan makan ditanggung majikan.
    Masalahnya untuk warga tempatan walaupun dibagikan $2,000 dia akan rasa berat bekerja waktu berpanjangan seumpama itu. Dia ada ahli keluarga yang perlu di layani,dia ada hubungan sosial yang dia akan menceburi. Kenapa orang Malaysia sanggup terima keadaan ini? Sebab gaji dia digandakan 3 kali ke nilai ringgit. Tapi berat untuk majikan menanggung: tiap2 pekerja asing di cukaikan kerajaan $700 setiap bulan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau gaji $2000 pun, potongan wajib CPFnya 20%, jadi gaji bawa balik rumah hanya $1600. CPF seorang tak dapat withdraw hingga umur 65 tahun, dan pada itu pun beransur berapa ratusan dollar setiap bulan saja. Datuk Zam tak melawat pusat makan Geylang Serai market? Warga tua2 berumur 70an buat kerja kemas meja dan buang sampah lagi ... kesian orang Singapore. Kaya raya miskin papa.

      Delete
  8. As salam TS Zam,
    Semoga sihat sejahtera.
    Terkenang kembali lawatan saya ke Singapura sekitar Jun 2011. Ketika itu, kedengaran ura-ura membina pusat budaya Melayu yang baru di GS. Pelayan dari RRC pun ramai di Restoran Fatimah di Choo Chiat. Tapi masih ada juga perniagaan makanan yang diusahakan oleh keluarga seperti Mi Rebus Haji Watusi.
    Semasa lawatan pada akhir 2014 pula, saya sempat menaiki bas dari Jurong East yang dipandu pendatang dari RRC yang tak faham bahasa Inggeris apatah lagi bahasa Melayu.
    Suami pada kenalan saya (seorang wanita Melayu) semasa di Oman, yang dilahirkan dan dibesarkan di China Town Singapura, turut menyatakan rasa kurang senang dengan kehadiran pendatang RRC yang membanjiri CT.
    Apa kan daya, kertas putih Dasar Kependudukan Singapura mensasar angka 6.3-6.9 juta penduduk untuk 2030. Dijangkakan menjelang 2020, bilangan penduduk akan mencecah angka 5.9 juta.
    Penambahan penduduk tentu akan memberi kesan kepada penggubalan dasar, pertumbuhan ekonomi dan tahap pembangunan.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  9. Berita Harian Singapura 9.3.2016

    Pembantu nafi anak Najib (Norashman Najib) paksa mau beraksi di Kelantan malam S'pura

    ReplyDelete